Dalam posting bertajuk "Lalu menggelejatlah Najib..." saya tulis: Naib Presiden PAS, Haji Mahfuz Omar kata, jika dokumen kerajaan yang didedahkan oleh Malaysia Today (MT) dalam artikelnya yang bertajuk "What the Cabinet hid from the Malaysian public" itu adalah tulen, Najib, timbalannya dan semua menteri yang terlibat dengan perbuatan memberi kelulusan secara retrospektif itu mesti meletakkan jawatan (baca selanjutnya dalam berita Harakah Daily 17/9/09 bertajuk "Najib mesti letak jawatan jika pendedahan MT benar"). Saya nak menjangkakan jawapan kerajaan Najib:
Kerajaan tidak ada pilihan melainkan memberi kelulusan retrospektrif kepada peningkatan kos projek Zon Bebas Pelabuhan Kelang (PKFZ) dari RM1.088 bilion kepada RM4,632,732,000.00 kerana jika berlaku default oleh Lembaga Pelabuhan Kelang (LPK) yang merupakan badan berkanun kerajaan maka ia menjadi obligasi kerajaan untuk menanggung liabiliti tersebut. Lebih dari itu, projek PKFZ telah siap dan sedang digunakan serta kontrak telah ditandatangan antara LPK dan Kuala Dimensi Sdn Bhd (KDSB). Oleh itu kelulusan secara retrospektif adalah diperlukan. Kerajaan terpaksa memberikan kelulusan tersebut walaupun Letter of Support yang telah dikeluarkan oleh Menteri Pengangkutan bagi beberapa penerbitan bon boleh dianggap tidak sah kerana jaminan kerajaan hanya boleh dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan atas persetujuan jemaah menteri.
Tambahan pula, Menteri Pengangkutan telah mendapat kelulusan dasar Perdana Menteri untuk melaksanakan keseluruhan projek tersebut dalam satu fasa serta turn-key developer dilantik untuk melaksanakan projek ini dan LPK pula telah merundingkan skop tambahan dengan KDSB dan kos projek pula telah meningkat kepada RM4,632,732,000.00 yang melibatkan kos pembelian tanah RM1.7 bilion dan kos pembanguna RM2.9 bilion walaupun kos projek tersebut telah dimuktamadkan tanpa merujuk kepada agensi pusat dan setelah dilaksanakan didapati tidak berdaya maju dan kos projek pula telah meningkat kepada RM4,632,732,000.00. Mengambilkira faktor-faktor tersebut, kelulusan retrospektif itu terpaksa diberikan walaupun pertambahan skop kerja yang melebihi RM100 juta dari kos asal sebanyak sebanyak RM1.088 bilion itu tidak dikemukakan kepada Kementerian Kewangan untuk pertimbangan. Barangkali begitulah jawapannya kerana tak mungkin Najib dan anggota kabinetnya kini yang terlibat memberikan kelulusan retrospektif kepada pertambahan kos PKFZ itu tergamak meletakkan jawatan!!
Hari ini, The Edge melaporkan berita berikut:
Govt to guarantee US$1b PKFZ bonds The Edge (25/11/09): Deputy Finance Minister Datuk Seri Awang Adek Hussin said yesterday that tehe government would guarantee around US$1 billion (RM3.39 billion) in bonds issued to fund a free zone project to allay investor concerns over the debt. A fund manager who holds the debt, issued in 2003-2006 to fund the multi-billion dollar Port Klang Free Zone (PKFZ) project, said bondholders are concerned that letters of support honouring the bonds are not sufficient. So they want the government to refinance the debt to overcome investor fears that they will not be repaid, said the fund manager, who spoke on condition of anonymity due to the sensitivity of the issue. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak told an investor briefing in New York on Monday that the government would honour all PKFZ obligations, said the fund manager, who attended the meeting. The comment was confirmed by the finance ministry yesterday. “We will definitely honour the bonds,” the deputy finance minister said. The free zone project has been dogged by allegations of corruption and mismanagement and MARC ratings agency said in August it had downgraded the outlook on PKFZ-related debt to negative. The fund manager said the bonds had fallen in value by 15% since they were issued, adding that concerned bondholders sought to approach the government. “A bondholders group led by UBS has tried to talk to the Malaysian government to get clarity on whether they are going to honour the bonds,” said the fund manager. A recent audit report on the port project, whose costs had surged to RM10 billion from an original RM1.8 billion, said initial letters of government guarantee issued by transport ministers were given without the knowledge of the finance ministry. To be legally enforceable as letters of government guarantee, they have to be issued by the finance ministry. “There is a huge incentive for the government to solve this issue. The port bonds carry an A1 rating which is the same as sovereign bonds,” the fund manager said. The project had been dogged by allegations of corruption and a report presented to parliament identified irregular payments to contractors as well as mismanagement that resulted in cost overruns. A report released recently by the Public Accounts Committee said that former transport minister Tan Sri Chan Kong Choy should be investigated by the Malaysian Anti-Corruption Commission and police for criminal breach of trust. Apa nak kisah, rakyat bukan peduli pun. Tibai pi lah duit rakyat sampai berapa billion dan berapa trillion sekalipun, depa bukannya marah. Depa kata Najib hebat, Najib bijak. Takkan nak buang orang hebat, orang bijak. Bab urus ekonomi dia premium class. Dalam akuan bersumpahnya 3 Julai 2008 itu, penyiasat persendirian P Balasubramaniam mendakwa Najib memberitahu Abdul Razak Abdullah Baginda bahawa beliau pernah melakukan hubungan seks dengan Altantuya.
Kalau benar dakwaan penyiasat tu, hampa ingat rakyat marah pemimpin Melayu beragama Islam buat gitu? Jangankan marah, depa puji lagi. "Tu la tanda dia dero kita, Mongolia pun terkulai dengan kejantanan dia. Hebat hero kita tu!" Pilihan raya ke-13 ni, Umno dan Barisan Nasional (BN) akan menang besar. Najib akan dikenang sebagai hero Umno kerana kehebatannya. Nak buat lagu mana, bak kata seorang pesara tentera, "ketika Umno masuk ICU, PAS pulak saja-saja, gatai-gatai, suka-suka hati dia masuk wad kelas tiga". Najib akan terus berkuasa dengan kerjasama PAS yang sengaja menyakit dan melemahkan dirinya dengan pelbagai isu. Kalau benar dakwaan Balasubramaniam itu, kaki zina akan terus jadi Perdana Menteri kita. Tahniah rakyat Malaysia yang beragama Islam, di mana jua anda berada.
(Saya nak tulis fasal MARA dan keengganan menteri berkenaan menjawab secara lisan soalan mengenai MARA semalam. Dia nak jawab secara bertulis. Walaupun kawan saya dah bagi dokumen kepada Ahli Parlimen PAS, perkara itu tak dapat nak diperdebatkan. Mahfuz komplen keengganan menteri jawab secara lisan persoalan mengenai MARA itu, tetapi Pengerusi sidang pula kata tak ada masa - waktu tu perbahasan peringkat jawatankuasa, dia panggil Pengerusi dan bukan Yang Dipertua Dewan.
Laa... melalut pulak. Yang nak habaqnya, mood rosak nak tulis. Dah la mouse komputer aku ni buat hal dan duit pun tak dak nak beli lagi sebab semedangnya tak dak duit, capaian internet pulak lebih teruk dari apa yang ada di Timbuktu. Elok la TM oi orang tibai growth business - wireless - dari hampa dan hampa jaga dying business ja - fixed line. Yang tinggal nak mampoih ni pun hampa tak reti nak jaga! - saya juga akan tulis perbuatan merompak growth business dari TM)
sumber: ipohmali
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.