PEMBALAKAN HARAM DIDALANGI RANGAKAIAN SINDIKET CANGGIH Kegiatan pembalakan haram di negara ini didapati didalangi oleh rangkaian sindiket yang menggunakan komunikasi canggih serta pengunaan khidmat tonto. Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Joseph Kurup berkata, hasil risikan dan siasatan Jabatan Perhutanan mendapati modus operandi atau strategi sebahagian besar pembalak haram telah menjurus ke arah itu. "Modus operandi mereka menunjukkan perancangan yang tersusun, berani dan bersubahat dengan orang luar (iaitu menggunakan khidmat tonto), komunikasi canggih dan taktik mengalihkan perhatian,” katanya ketika menjawab soalan Che Uda Che Nik (Pas-Sik) di Dewan Rakyat di sini hari ini. Che Uda ingin tahu mengapakah jumlah pembalakan haram masih tidak dapat dikurangkan atau dihapuskan walaupun ia mudah dikesan memandangkan berat balak bertan-tan serta perlu dibawa dengan jentera besar, bising dan menggunakan jalan yang luas. Kurup berkata, Jabatan Perhutanan akan terus memantapkan keberkesanan aktiviti penguatkuasaan hutan untuk memecahkan rangkaian sindiket haram tersebut bagi memastikan kegiatan pembalakan haram dapat dibanteras.
KAH KAH KAH.. kah kah kah… INI NAK TIPU SATU MALAYSIA… kah kah kah.. TAK MUNASABAH… TAK TAHU BALAK KENA CURI…kah kah woit… CANGGIH APA ?... CANGGIH PAKAI CHAINSAW
LETERIK POTONG BALAK KE…. kah kah kah…
nota: balak keluar dari hutan tak kan tak tahu hutan mana balak naik lori jalan raya tak kan tal tahu lori siapa. balak pergi kilang papan tak kan tak tahu kilang mana balak naik kapal untuk di ekspot tak kan tak tahu pelabuhan mana tonto ini apa adalah tonto ini lebih tersusun dari pegawai perhutanan? balak bukan sebesar pesil boleh suruk dalam kopek semua ini adalah kerana rasuah bukan kerana canggih bukan kerana tonto mengatakan yang merompak balak ini canggih adalah pderbuatan untuk menipu satu malaysia tolonglah jangan bodohkan orang melayu orang melayu dudah ramai bodoh hentikan projek membodohjkan melayu nanti ada melayu percaya bahawa balak ini dijampi hinggakan tidak kelihatan kah kah kah
sumber: tukartiub
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.