Followers

Saturday, November 28, 2009

Majlis Bandaran SHAH ALAM Lanjut Tempoh Diskaun 50% Bayar Saman Sehingga 31hb. Disember !

Majlis Perbandaran Shah Alam melanjutkan tempoh pemberian diskaun 50 peratus kepada pembayar saman kesalahan jalanraya sehingga 31 Disember ini. Langkah diambil bagi menggalakkan pengguna jalanraya yang melanggar peraturan letak kereta dan trafik tampil dan melangsaikan saman mereka. MBSA telah membuka kaunter-kaunter pembayaran di pusat membeli-belah seraya Shah Alam untuk kemudahan pengguna. Pegawai Perhubungan Awam MBSA Shahrin Ahmad berkata mereka yang gagal berbuat demikian selepas 31 Disember akan diburu dan diheret ke mahkamah. MBSA akan menubuhkan pasukan khas untuk mengesan mereka-mereka yang belum menyelesaikan denda kompaun. Shahrin berkata lebih 100 pesalah telah dihadapkan ke mahkamah dan terpaksa membayer penalti yang lebih tinggi dari denda kompaun yang dikenakan. Pesalah-pesalah ini juga turut dibebankan dengan kos guaman. Setakat 31 Oktober, hutang denda MBSA mencecah RM37.8 juta ringgit.
sumber: tvselangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.