Followers

Saturday, November 28, 2009

BN Jejaskan Belanjawan Kerajaan Pulau Pinang ?

Bajet 2010 Pulau Pinang terjejas akibat amalan rasuah dan sikap tidak bertanggungjawab yang diamalkan oleh Barisan Nasional semasa mentadbir negeri itu.
Pembentangan belanjawan mendapati kerajaan negeri menanggung kerugian jutaan ringgit akibat penyelewengan dan penjualan tanah-tanah negeri kepada kelompok tertentu. Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang, kerajaan lalu telah menjual tanah seluas 4.3 hektar di Seberang Perai Tengah kepada seorang individu bernama Tan Hak Ju. Penjualan ini menimbulkan kecurigaan kerana tanah tersebut adalah milik persatuan masyarakat setempat, iaitu Persatuan Hokkien Hoay Kuan Wellesley. Disebabkan tidak berpuas hati dengan pembatalan hak milik keatas tanah masyarakat ini, Tan Hak Ju bertindak menyaman kerajaan negeri. Mahkamah Tinggi mengarahkan Pulau Pinang membayar gantirugi RM40 juta kepada Tan termasuk kadar bunga 8 peratus mulai 24 Januari 2005.
sumber: tvselangor

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.