Followers

Saturday, May 5, 2012

Pengawai Peribadi Wanita kepada Najib amat seksi dan cun

 
Mentang-mentang Rosmah tak ikut....hahaha...
 
Najib diiring seorang wanita berkebaya biru jarang....
Mungkin ini SB peribadi Najib time Rosmah tak ikut...hehehe...

MasyaAllah...inikah wasathiyah dalam Islam yang diwar-warkan Najib.....


Gambar ini pada 3 Mei 2012 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semasa Najib di program pelancaran Laporan Prestasi syarikat-syarikat berkaitan Kerajaan (GLC)di Staf GLC  bertemakan 
 
"MemanduTransformasiNegara "

Umno Pasir Mas sahkan ada ahlinya bernama Wan Ahmad Wan Omar - Muda Mohd. Noor

 
Bagaimanapun, Naib Ketua che Johan Che Pa tidak dapat mengesahkan individu itu timbalan pengerusi SPR.

PETALING JAYA: Umno Pasir Mas mengesahkan ada ahlinya yang bernama Wan Ahmad Wan Omar, tetapi tidak dapat mengesahkan ia timbalan pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagaimanapun, Naib Ketua Umno bahagian, Che Johan Che Pa berkata, Wan Ahmad menjadi ahli Umno dalam sebuah cawangan dalam DUN Chetok.

“Saya telah membuat semakan dan mendapati ada individu yang bernama Wan Ahmad yang menjadi ahli di sebuah cawangan dalam DUN berkenaan.

“Tetapi (saya) tidak tahu individu itu adalah timbalan pengerusi SPR. Kalau hendak mengesahkan Wan Ahmad itu timbalan pengerusi SPR, kena beri nombor kad pengenalannya,” katanya ketika dihubungi.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail mendakwa timbalan pengerusi SPR itu merupakan ahli Umno di Pasir Mas.

Beliau juga mendakwa Pengerusi suruhanjaya itu, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof juga menjadi ahli Umno.

Bagaimanapun, Wan Ahmad dan Abdul Aziz menafikannya.

Menurut Wan Ahmad, beliau tidak pernah mendaftar untuk jadi ahli Umno dan tidak pernah mengenali serta tidak mempunyai kaitan dengan individu bernama Wan Ahmad bin Wan Omar yang memegang keahlian Umno bernombor 2374564 di cawangan Umno Kubang Bunggor, Pasir Mas, Kelantan.


Free Malaysia Today

Hukum Tuduh Orang Islam Berzina Tanpa Saksi 80 Sebatan!



Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya menjelaskan menuduh orang berzina dalam Islam perlu dikenakan hukuman khazaf dengan sebatan sebanyak 80 rotan, jika sabit dengan kesalahannya.

“Itu jalan penyelesaian yang ada dalam Islam sekiranya orang yang membuat tuduhan tidak mampu memanggil empat orang  saksi,” katanya pada wacana anjuran Sinar Harian di Kelantan Trade Centre malam tadi.

Dua lagi ahli panel iaitu pakar sejarah dari UM, Datuk Prof Dr Mohamad Abu Bakar dan Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Islam Antarabangsa Sultan Ismail Petra, Datuk Dr Johari Mat.

Bekas Ketua Pengarah DBP, Datuk A Aziz Deraman bertindak sebagai moderator. Tajuk diperkatakan “Bersatu Demi Islam”.

Wacana tersebut mendapat sambutan agak dingin berbanding wacana yang dianjurkan kerajaan negeri dalam banyak siri sebelum ini.

Dr Juanda sebelum itu mengulas keghairahan akhbar tertentu yang sering memuatkan berita berunsur lucah pada halaman depan.

Baru-baru ini Utusan Malaysia dalam laporan muka depannya menyiarkan gambar aksi agak panas kononnya membabitkan seorang pemimpin Pakatan Rakyat.

Tahun lepas akhbar sama menyiarkan gambar klip video seorang lelaki dan wanita dalam keadaan yang menghairahkan juga ditujukan kepada pemimpin Pakatan.

Ramai pemerhati politik menyifatkan tindakan akhbar terbabit sebagai langkah desperado apabila gagal menampilkan bukti. Ketika pertabalan Yang di-Pertuan Agong sebelum ini akhbar sama mendakwa wakil rakyat Pakatan mempersendakan Raja-Raja Melayu.

Dr Juanda berkata, meletakkan gambar lucah di muka depan akhbar secara tidak langsung boleh mendorong ke arah keruntuhan moral di kalangan generasi muda.

Dr Mohamad pula berkata, persoalan perpaduan Melayu  bukan perkara baru yang berlaku dalam masyarakat di negara ini.

“Isu perpaduan Melayu sebenarnya perkara lama, namun mengapa lebih kerap diperkatakan sekarang, adakah semata-mata kerana situasi Mac 2008.

“Sebenarnya persoalan perpaduan wujud ketika kita melawan penjajah lagi. Kemudian diperkatakan semula selepas peristiwa 13 Mei 1969. Jadi ia bukan lahir selepas pilihan raya Mac 2008 sahaja,” ujarnya.

Beliau juga tidak nampak pemimpin yang bercakap soal perpaduan Melayu sekarang lahir daripada lubuk hati mereka, sebaliknya ada kepentingan diri dan kedudukan mereka yang perlu dipertahankan.

Menurutnya apabila ada ancaman daripada luar barulah sibuk pemimpin Melayu bercakap soal perpaduan, sedangkan ia bukan lahir dari lubuk hati mereka sendiri.

Anehnya juga kata beliau perpaduan Melayu yang ditonjolkan sedangkan perpaduan Islam lebih penting untuk dipertahankan.



Jalan Pulang

TIBAI menyalak!!

 
Wooff!! Wooff!! Wooff!!  TIBAI MENYALAK!!

TIBAI..... TIBAI.... Persis anjing!! Mungkin dipelihara untuk menyalak atau mungkin juga merelakan diri menjadi 'anjing' untuk menyalak bagi mendapatkan perhatian dan sedikit habuan untuk diri sendiri.

Terkini.... TIBAI menyalak Azmin Ali. TIBAI mungkin menjadi salah satu pelakon dalam drama porno terbaru tajaan UMNO yang mendapat promosi hebat daripada rangkain media porno mereka, khususnya TV3 Suku. Selain itu, TIBAI juga turut membantu dalam usaha untuk melariskan drama porno ini dengan menyalak di sana dan di sini.

Mereka cuba mendapatkan sambutan Box-Office daripada rakyat. Well, we'll see tapi aku rasa mereka tak akan berjaya. Sebab.... plotnya sama jer dengan drama-drama porno terbitan mereka yang lain. Basi dan boring... Cara derang shoot gambar pelakonnya pun tak tepat. Tak nampak bebetoi wajah pelakonnya. Snap dari jauh dan dari sudut atas jer. Tak best ler... Orang nak tengok muka pelakon tu tepat-tepat... Baru dapat tengok ekspressi muka mereka ketika melakon babak-babak yeyek tu. Baru ler dapat feel... Tak gitu, you all??

Drama porno kali ini pun tentu low bajet punya production, sebab tu... low class and in fact, no class at all. Promosi jer hebat.

Berbalik kepada peranan TIBAI dalam promosi drama porno UMNO kali ini. TIBAI kini menyalak, mendesak supaya Azmin bersumpah laknat. Ek ele.... balik-balik sumpah laknat. Balik-balik sumpah laknat. Wei... tak der modal lain ke. Sumpah laknat, hotak ngkorang!!

Weh.... tak main ler sumpah-sumpah laknat ni, lahanat oi. Korang ingat Azmin bangang macam korang? Azmin tak sior menari ikut rentak sumbang korang. Kalau ikut rentak sumbang lu orang, alamat tonggang-langgang dan mungkin akan tumbang ler. Itu yang orang harapkan, bukan?? 

Udah ler tu.... Berhentiler mengharap and  go fly a kite. Kalau tak nak.... mampuih pi korang ler. Menyalak ler sampai terkeluor anak tekak komer. After all, this a free country. Buat ler suka hati lu orang.

Hello TIBAI.... Selamat menyalak yer??

Woooff!! Wooofff!!!!

JOM SILENT PROTEST!!

 Kredit gambar: Farhan Ithnin


Jom kita tunjukkan solidariti kita!! Hari ini dan esok kita terangkan bijik mata kereta kita dengan memasangkan lampunya.

Silent Protest!! Protes Senyap!!

Seluruh negara  menentang kezaliman Regime Najib Razak terhadap rakyat Malaysia pada BERSIH 3.0 bebaru ni.

Bukan susah... start je kenderaan bukak lampu. Usah tutup2 sampai ler komer tutup enjin semula.

Jom!! Jom!! Jom pasangkan lampu kendreraan kita!!

PM 1 Billion takut kena guling rupanya.


PM 1Billion sudah mula kacau  jiwanya dan bercelaru mindanya. Macam mana tak kacau dan macam mana tak bercelaru... pelbagai mala petaka menimpanya.

Kes Scorpene di Perancis membuat dia tak tidor malam. Duduk dalam aircon pun peluh jantan bertabor-tabor keluor. Tak habis lagi kes Scorpene, BERSIH 3.0 pulak buat dia mengigau walau pun mata tak tidor. Camane dia tak ngingau.... kalau 300 000 rakyat keluar pada 28 April lalu. Kuning.... Meghonyut macam ulat taik wa cakap lu.

Fuuhh!! Tak boleh duduk dia di KL. Terpaksa bikin program di Sabah untuk melarikan diri. Manalah tau kot-kot terjadi macam di Dataran Tahrir di Mesir, mampuih dia. Jadi, kalau berada jauh nun di Sabah.... selamat dan senang sikit kalau dia nak cabut lari ke luar negara. Aaarrr.... betoi tak??

Macam-macam bermain di fikiran dia. Semuanyer bikin jiwa dia kacau. Dia sebenarnya takut, apa yang berlaku kepada Mubarak di Mesir akan berlaku kepadanya di sini. Itu yang dia gelabah bagai nak rak tu. Hahahaha... sampaikan dia beranggapan yang BERSIH 3.0 diadakan kerana nak gulingkan kerajaan. Pathetic betoi!!

Oooooo.... kini terbongkar yang rupanya BERSIH ni menjadi mimpi ngeri PM1 Billion ni. Takut dia dengan BERSIH rupanyer. Patutler sepupu bengap dia, si menteri KDN... beriya-iya menggunakan teropong canggih men-skodeng perjalanan BERSIH 3.0 aritu. Dia nak dapat 1st hand info dari orang yang dia percaya, sekiranya kemungkinan berlakunya 'tsunami' yang mungkin akan menelan dan menenggelamkannya.

Dan, patutler juga.... anjing-anjing mereka bertindak amat ganas  dan menggunakan kekerasan mengila terhadap para peserta BERSIH yang tak berdosa. Rupanyer mereka nak kekang kebangkitan rakyat. Hahahahaha.... Taaakkkuutt. Takut kena guling.

Hihihihi.... geli hati aku. Dia juga menuduh kita tak menghormati kerajaan. Ala, kerajaan UMNO.... Woit... !! Sapa nak hormat komer kalau hak rakyat pun komer tak boleh nak hormat. Kalau nak rakyat respek kamu.... kamu juga kena respek rakyat. Ini tidak.... rakyat dibuatnya musuh, dikasari dan dizalimi. Lepas tu, minta dihormati. Adey.... piiigiirahhh!! Apa punya pemimpin ler dia ni??

Kalau tengokkan cara dia memimpin dan mentadbir negara...... obvoius, he FAILED!! GAGAL... I tell you. Kalau semua yang dia buat tak menjadi dan rakyat pulak yang terpaksa menjadi mangsa, layakkah dia terus menerajui negara dan menjadi Perdana Menteri lagi??

Oh.... no no no. Please.... not this 1 billion dollar UMNO man.

In fact, banyak yang dah mula skeptikal akan kemampuan PM 1 Billion ni. Bukan saja di luar UMNO, orang mula sok-sek... sok-sek tentang Najib, tetapi... mereka yang berada di dalam UMNO juga..

Loghat dah Piem 1 Billion ni. You all rasa, dia ni... boleh pakai lagi ke??

Of course not. InsyaAllah, PRU13 nanti kita kuburkan dia dengan parti UMNO sekali. 

Hahahahaha.... Canteek beb!!
 

Rusuhan Cubaan Gulingkan Kerajaan: Semuga "Doa" Najib Diperkenanan Tuhan




Jika Najib Mubarak, rakyat perlu guling BN’

SHAH ALAM – Kenyataan Datuk Seri Najib Tun Razak yang menggambarkan tindakan peserta perhimpunan Bersih 3.0 cuba menggulingkan kerajaan dan mahu menjadikan Dataran Merdeka seolah-olah Dataran Tahrir, dengan sendirinya mengiktiraf diri beliau bekas Presiden Mesir, Hosni Mubarak.
Hosni digulingkan menerusi gelombang kebangkitan rakyat 15 bulan yang lalu.

Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail menegaskan, sekiranya Perdana Menteri menyifatkan langkah mengadakan perhimpunan Bersih 3.0 sama seperti yang berlaku di Mesir, maka rakyat perlu menjatuhkan kerajaan Barisan Nasional (BN) pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

“Adakah beliau (Najib) merasakan dirinya seperti Mubarak?” kata beliau ketika dihubungi Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Najib yang mengatakan perhimpunan Bersih 3.0, yang mendapatkan sokongan pertubuhan bukan kerajaan dan kepimpinan pembangkang di Kuala Lumpur, Sabtu lepas, adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi di mana tindakan itu menunjukkan pihak terlibat tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.


"Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan.

"Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini, hari ini.

Saifuddin, yang juga Ahli Parlimen Machang, turut menyangkal kenyataan Najib itu kerana Bersih 3.0 sudah menghebahkan tujuan dan matlamat perhimpunan iaitu mendesak serta menuntut perjalanan pilihan raya yang bersih dan adil.

“Jika beliau (Najib) mengatakan bahawa tujuan perhimpunan diadakan adalah untuk menggulingkan kerajaan, maka sebenarnya beliau mengalami ‘mimpi liar!’,” ujar beliau lagi. -SH

Rusuhan cubaan gulingkan kerajaan: Najib

GUA MUSANG: Perhimpunan badan bukan kerajaan yang disokong pembangkang berhampiran Dataran Merdeka di Kuala Lumpur, Sabtu lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi, kata Datuk Seri Najib Razak.

Perdana Menteri berkata, tindakan itu menunjukkan pihak yang terbabit tidak menghormati kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi proses yang sah.

"Mereka ada niat untuk tawan Dataran Merdeka, bukan berhimpun untuk dua tiga jam tetapi dua tiga hari atau lebih daripada itu, nak gambarkan kerajaan tidak boleh mengawal keadaan.

"Mereka nak jadikan Dataran Merdeka sebagaimana Dataran Tahrir di Mesir," katanya ketika berucap merasmikan Karnival Komuniti 1Malaysia Negeri Kelantan di Padang Pusat Sivik di sini, hari ini.

Perdana Menteri yang dalam lawatan kerja sehari ke negeri ini, berucap di hadapan lebih 30,000 orang yang mula menunggu ketibaan beliau sejak 7 pagi di padang Pusat Sivik itu.

Perdana Menteri berkata, kumpulan tersebut menyalahkan polis yang didakwa menyebabkan tercetusnya kekecohan pada perhimpunan tersebut.

Najib yang juga Pengerusi Barisan Nasional mencabar kumpulan itu agar bersaing melalui saluran pilihan raya.
 
"Kepada kumpulan ini, bersainglah di peti undi, kalau anak jantan bersainglah di peti undi.

"Saya tidak nafikan ada sedikit sebanyak kekasaran oleh polis, tetapi perkara ini boleh dielakkan jika mereka hormati undang-undang yang diluluskan Parlimen," katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan sudah menawarkan lokasi yang sesuai untuk mereka berhimpun secara aman termasuk di Stadium Merdeka tetapi mereka menolak tawaran itu.

Pada sidang media selepas itu, Najib berkata ada usaha menerusi dalam talian oleh pihak tertentu untuk memaparkan polis menggunakan kekerasan berlebihan dan kerajaan akan menerangkan kepada rakyat perkara sebenar.

"Yang pertama mereka tidak menepati janji mereka. Pada awalnya kerajaan juga nak elakkan (perkara tidak diingini) sebab itu kita tawarkan Stadium Merdeka. Mereka nakkan perbalahan dan apabila ini berlaku, mereka boleh tonjolkan kekasaran polis dan sikap kerajaan yang tidak bertimbang rasa...ini boleh jadi modal politik.

"Sebab itu mereka tolak Stadium Merdeka...padahal (Stadium Merdeka) itulah hasrat mereka sewaktu perhimpunan terdahulu," katanya.

Beliau berkata, dalam perhimpunan itu terdapat dua kumpulan iaitu yang mahu berhimpun secara aman dan yang mahu "hijack' (rampas) perhimpunan bagi tujuan politik serta merancang untuk menawan Dataran Merdeka sekurang-kurangnya sehingga sambutan Hari Pekerja (1 Mei).

"Bagi yang rasional dan tahu kesannya mereka tak sokong perhimpunan itu. Mereka tahu bila ada perhimpunan seperti itu mesti ada perkara tidak boleh dikawal..ada orang yang tak hormatkan undang-undang dan melakukan kekerasan serta budaya samseng," katanya.

Perdana Menteri berkata, kerajaan tidak mempunyai masalah untuk membenarkan mana-mana pihak mengadakan perhimpunan aman termasuk -parti pembangkang dan pihak yang tidak menyokong kerajaan tetapi perlu berdasarkan undang-undang yang ada.

"Mesti ambil tindakan berasaskan undang-undang negara. Undang-undang negara luluskan perhimpunan aman...asalkan bertindak mengikut lunas-lunas tersebut tak ada masalah," katanya.
- BERNAMA


Ulasan GB


GB sudah ulas semalam. Petikan:
Hari ini, Najib menuduh perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi. Ternyata ia satu penyelewengan fakta di mana yang diminta oleh rakyat ialah "sistem pilihanraya BERSIH & ADIL", bukan untuk mengguling kerjaan yang ada.

Sebenarnya Najib cuba menghasut rakyat untuk membenci BERSIH. Cuba pertahankan SPR yang korup yang selama ini menjadi kuda tunggangan UMNO BN untuk terus pertahankan kuasa.

PRU 2008 menyaksikan UMNO BN sudah tumbang di Semenanjung. Jika tanpa sokongan Sabah dan Sarawak, UMNO BN sudah tamat tempoh pemerintahannya dan telah keluar dari Putrajaya.

Setiap perkataan itu adalah doa (Kullu kalam addu'a). Apabila Najib berkata bahawa rakyat ingin menggulingkan kerajaan beliau macam apa yang berlaku di Mesir, BERARTI beliau sendiri yang mendoakan perkara sebegitu berlaku, jangan salahkan rakyat lagi jika ia bernar-benar berlaku nanti.


 

INILAH ALASAN MENGAPA ANDA PERLU BAKAR UTUSAN MALAYSIA, KOSMO DAN TUTUP TV TEPAT PUKUL 8..


https://m.ak.fbcdn.net/a3.sphotos.ak/hphotos-ak-ash3/s320x320/549329_349773071753769_153417568055988_993013_299751326_n.jpg

TERHOT: Bibir Najib tetiba bertukaq kaler... kahkahkah... (Oleh Masdar Wahid)

 
Najib wajib jawab rasuah Scorpene – Saifuddin
 

KUALA LUMPUR 4 Mei: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak wajib menjelaskan tindakannya meminta bayaran AS$1 bilion (RM3 bilion) berhubung skandal pembelian kapal selam Scorpene.

Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, tuntutan bayaran itu merupakan jenayah rasuah dan ia dibuat untuk kepentingan pemimpin Umno itu dan syarikat Perimekar milik kroninya.


“Tiga point penting di sini, pertama, menunjukkan ketidakupayaan agensi seperti SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) dan polis menyiasat skandal ini secara terbuka dan telus hanya kerana ia melibatkan Najib dan kroninya.


“Berbanding agensi sama di Perancis yang berjaya mengesan skandal ini yang jelas bertentangan dengan undang-undang di negara berkenaan,” katanya dihubungi Keadilan Daily.

Beliau mengulas pendedahan Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bahawa Najib semasa menjawat Menteri Pertahanan meminta RM3 bilion untuk syarikat Perimekar daripada DCNI – anak syarikat pembuat kapal Perancis DCNS sebagai syarat bertemu beliau pada 14 Julai 2001.


Kedua katanya, dokumen itu mengesahkan penglibatan Najib dalam skandal itu dan ia hanya satu daripada 153 dokumen yang didedahkan setakat ini.


“Rakyat tidak mempertikai pembelian kapal selam kerana ia amat diperlukan kerana negara kita memiliki sempadan seperti Selat Tebrau dan Laut Cina Selatan tetapi yang kita pertikai ialah proses pembelian.


“Najib mungkin boleh lepas di Malaysia kerana beliau berkuasa menekan agensi kerajaan, namun pasti gagal di peringkat antarabangsa,” tegas beliau.


Ketiga pula jelas Saifuddin, apa yang didedah Pakatan Rakyat mengenai skandal Scorpene selama ini adalah benar dan menjadi kewajipan Najib untuk menjawabnya.


“Maka menjadi tugas rakyat juga untuk membuat pilihan pada pilihan raya umum kali ini sama ada mahu mengekalkan Najib selaku PM atau tidak.


“Malaysia kini menjadi tumpuan dunia ekoran penglibatan Najib dalam skandal rasuah dan ini sangat memalukan negara kerana pemimpinnya sanggup meminta rasuah demi kepentingan diri dan
kroni,” katanya.

Najib sebelum ini enggan memberikan komen ketika ditanya mengenai kes perbicaraan rasuah Scorpene oleh wartawan, malah memendekkan sidang media di Universiti Sains Malaysia, 21 April lalu.


Beliau ditanya sama ada akan memberi keterangan dalam perbicaraan itu.


Bagaimanapun, sidang media yang tidak sampai 10 minit itu segera ditamatkan.


Patutlah Program Najib Di Kelantan Di Hadiri 70 Ribu Orang.. Ini Sebabnya -Posted by Addin

 
Najib beranggapan atau syok sendiri apabila mengatakan rakyat kembali menyokongnnya dan United Malays National Organisation (Umno). 
 
Tapi Addin tak percaya kerana dari dulu, kini dan selamanya United Malays National Organisation (Umno) nih kerana mereka selalunya menggunakan taktik memancing orang supaya datang ke programnya.
 
Mereka tabur wang ringgit dan pelbagai insentif lagi untuk menarik rakyat untuk hadir ke program mereka nih. Ini terbukti apabila pendedahan yang di lakukan oleh Topeng Perak berkenaan program Najib di Kelantan semalam..

Program Najib di TEMAN, Wakaf Che' Yeh Dapat Sambutan 1Malaysia..!

Gua tak dapat sampai ke lokasi Program Pelancaran TEMAN oleh PM Najib sebab jalan terlalu sesak & gua pulak cuba nak tunjuk hebat pergi dengan kereta. Hahaha... Akhirnya gua terjelepok di tengah bendang Baruh Tunjung tempat Tapak Projek Padi Organik Kerajaan Negeri Kelantan. Dekat sana gua jumpa 2 orang brader yang datang jauh dari Pendang, Kedah. Masa gua sembang dengan brader tu gua dapat cerita bagus.

Brader tu datang dari Pendang, Kedah dengan rombongan 32 bijik bas yang DITAJA SEPENUHNYA oleh MADA untuk hadir ke program TEMAN di Kelantan.

Setiap peserta yang ikut rombongan tersebut dibayar sebanyak RM100.00 setiap seorang. Katanya mari dari MADA je 32 bijik bas, dari Jabatan lain termasuk LPP pun ada jugak tapi x tau jumlahnya berapa bijik bas. Semuanya FULLY SPONSORED by UMNO/BN.

Pengunjung program TEMAN dikerah dari serata Negara Malaysia hingga ke Johor. Target pengunjung program TEMAN ialah sebanyak 70.000 hadirin, penganjur langsung tak harap orang Kelantan akan hadir ke program tu jadi di kerah rakyat dari seluruh Negara di bawah sponsorship UMNO/BN supaya target 70.000 hadirin tercapai.

Best kan..? Akhirnya UMNO/BN Kelantan sendiri sedar bahawa orang Kelantan sendiri tolak UMNO/BN & mereka terpaksa kerah rakyat Negeri luar yang DIBIAYAI & DIBAYAR kehadirannya supaya Program yang dihadiri oleh PM Najib dilihat berjaya. 


Najib cabar.....kalau Anak Jantan.....

 

 


Begitulah kenyataan seorang pemimpin Umno yang sentiasa mahu memperbodohkan terutama yang dah sedia bodoh. Apa ke jadahnya nak guling kerajaan bersibuk berpanas dan kena belasah dek polis demi mahukan pilihanraya bersih dan telus! Kalau dah nak guling sangat, apa guna berpilihanraya lagi?

Nampaknya panic dan kecelaruan fikiran Najib itu semakin ketara sehingga gagal berfikir dengan logic dan munasabah. Atau Najib sebenarnya agak tertekan sekarang kerana merasakan orang sebelahnya iaitu timbalannya sedang mencari peluang untuk 'menggulingkan' dia?

Sekali lagi, Najib Razak buat kelakar yang kurang menjadi apabila mencabar parti-parti Pakatan Rakyat kalau bersikap anak jantan bersainglah di peti undi! Kah..kah..kah...kah..kah!! Anak jantan sangatkah Najib sehingga mencabar orang lain bersikap anak jantan?

Kalau kita ikut kaedah cabaran Najib, kita cabar Najib juga, kalau anak jantan:

1. Tunaikan 8 tuntutan Bersih 3.0.

2. Lantik Suruhanjaya Diraja menyiasat peranan task force memberi kad pengenalan kepada warga asing.

3. Pergi berjumpa ayah Althantuya untuk memohon maaf kerana Althantuya mati kerana dibunuh kejam dalam Malaysia.

4. Pergilah ke Perancis menjadi saksi kes komisyen kapal selam!

5. Ambil balik cincin RM24juta dari jari manis bininya untuk dilaburkan dalam ekonomi negara demi membantu rakyat.

6. Ambil balik pulau Batu Putih dan tanah KTM Tanjung Pagar.

Kalau tidak, tak payahlah Najib cabar orang anak jantan ke tidak, kerana Najib mungkin lebih teruk, terus tak ada batu kot!



Friday, May 4, 2012

Umno tibai Umno?? - 'Jangan buka aib orang lain'

 Umat Islam tidak digalak membuka aiban orang lain, kerana ia bercanggah dengan syariat Islam, kata Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya.

Sabda Rasulullah SAW bermaksud: Janganlah engkau sekalian mengumpat orang-orang Islam dan jangan membuka aib mereka, (kerana) sesungguhnya orang yang membuka aib saudaranya yang Muslim, maka Allah akan membuka aibnya.

Justeru, Fathul Bari berkata, keaiban yang dilakukan seharusnya tidak disebarkan kepada umum sama ada melalui penyebaran video.

Beliau mengulas berhubung penyebaran gambar yang didakwa menyerupai Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali tersebar di Internet dan blog termasuk adegan dengan wanita di dalam tandas.

Sehubungan itu menurut nya, pendedahan gambar dan video memalukan serta menjelekkan itu harus dilaporkan terus kepada pihak berkuasa.-sinar


Anwar Ibrahim dulu masuk Umno nak dakwah Umno bagi jadi elok.Last sekali biji mata Anwar lebam kena tumbuk dengan bekas Ketua Polis Negara Rahim Nor dan Anwar kena masuk penjara 6 tahun.Tun Madey kata Anwar tumbuk muka sendiri.
 
Tapi akhirnya terbukti bekas KPN tu bersalah boxing muka Anwar!
  
Kini ulama muda Umno Fathul Bari nak dakwah Umno bagi jadi elok dan jadi orang beriman.Semakin didakwah Umno jadi makin teruk dan bertambah gila tambah-tambah selepas demo Bersih3.0.Semua pemimpin Umno jadi tak ketawan hala bila bercakap demo Bersih 3.0.
 
Saya masih ingat dengan kata-kata Tun Mahathir, Umno parti rasuah yang dah busuk hingga keususnya.Jadi kalau Umno dah jadi taik dan kita duduk dalam tong taik Umno nak bersihkan Umno sekali dengan kita busuk taik!
 
 
 

PKR lancar 'Merdeka Rakyat': Pengumuman penting Anwar mengenai SPR

 
PKR lancar 'Merdeka Rakyat': Pengumuman penting Anwar mengenai SPRSokongan ratusan ribu rakyat dari seluruh pelosok negara yang turun dengan satu suara menuntut proses demokrasi yang adil adalah catatan sejarah negara. BERSIH3.0 yang menyatukan rakyat pelbagai latar belakang seharusnya dirayakan semangat dan prinsipnya.

Malangnya, ada pihak yang cuba menutup isu sebenar yang dibawa BERSIH3.0. Suara rakyat yang mewakili jutaan rakyat mahu ditutup dengan cerita picisan yang memfitnah rakyat. Rakyat yang menjadi mangsa akibat kekerasan dan keganasan polis diserang bertalu-talu di media kawalan Umno/Barisan Nasional sedang pemangsa yang ganas dilindungi.

KEADILAN akan terus membawa berita gembira dari BERSIH3.0 ke seluruh negara mengenai kebangkitan rakyat. Tarikh 28 April 2012 akan kita nobatkan sebagai Merdeka Rakyat.

Pelancaran siri ceramah perdana dan jelajah “Merdeka Rakyat: Pasca BERSIH3.0” akan disempurnakan sendiri oleh Dato’ Seri Anwar Ibrahim pada hari Isnin, 7 Mei 2012 di Padang Kampung Baru, Batu Caves, Gombak jam 9 malam. Ia akan turut disertai pimpinan terkanan KEADILAN dan jemputan kepada pimpinan PAS dan DAP.
 
Dato’ Seri Anwar Ibrahim dijangka akan membuat pengumuman penting mengenai kedudukan Pengerusi dan Timbalan Pengerusi SPR dalam majlis pelancaran Merdeka Rakyat pada hari Isnin ini.

Selain fokus kepada kejayaan rakyat menuntut proses demokrasi yang disuarakan melalui BERSIH3.0, KEADILAN juga akan menayangkan dengan terperinci kejadian keganasan yang dilakukan pihak berkuasa. Peluang ini juga akan digunakan untuk membongkarkan perkembangan perbicaraan kes rasuah pembelian kapal selam Scorpene yang melibatkan Dato’ Seri Najib Tun Razak.

Siri ceramah perdana dan jelajah Merdeka Rakyat: Pasca BERSIH3.0 akan dibawa ke seluruh negara untuk memastikan api semangat rakyat menuntut proses demokrasi yang adil akan terus membakar.
 
 
 
MOHD RAFIZI RAMLI

Gaji minima: Pakatan jauh lebih ikhlas daripada BN

 
Gambar ehsan facebook.com/cmlimguaneng

KUALA LUMPUR, 2 MEI: Penetapan gaji minima RM900 sebulan di Semenanjung Malaysia dan RM800 di Sabah dan Sarawak oleh kerajaan Barisan Nasional bukan sahaja mendiskriminasi pekerja tetapi menunjukkan kurang komitmen Datuk Seri Najib Razak untuk membasmi kemiskininan.

Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng berkata, pengumuman Perdana Menteri menetapkan gaji minima bagi sektor swasta pada kadar RM900 sebulan untuk pekerja di Semenanjung dan RM800 sebulan di Sabah dan Sarawak adalah sangat tidak mencukupi kerana ia adalah lebih rendah daripada gaji minima yang disyorkan Pakatan Rakyat iaitu RM1,100 sebulan.


Katanya, PR telah mencadangkan RM1,100 sebagai gaji minima yang merangkumi semua elaun tetapi tidak termasuk bayaran lebih masa.

Menurutnya, walau pun ia akan membawa sedikit kelegaan kepada satu pertiga pekerja di negara ini yang kini berpendapatan kurang daripada RM700 sebulan, hakikatnya RM800 sebulan untuk Sabah dan Sarawak bermakna bahawa pekerja-pekerja di sana akan terus hidup dalam kemiskinan.


“Mengikut Rancangan Malaysia Ke-9, garis kemiskinan (PLI) adalah RM830 sebulan bagi Sarawak dan RM960 di Sabah. Ini adalah kerana kos sara hidup di kedua-dua negeri itu adalah lebih tinggi berbanding di Semenanjung, yang mempunyai PLI RM720 sebulan.


“Dalam erti kata lain, meskipun gaji minima RM800 dilaksanakan di Sabah dan Sarawak, ia masih lagi jauh d bawah PLI yang ditetapkan oleh kerajaan Malaysia,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Guan Eng yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, gaji minima RM1,100 sebulan yang dicadangkan PR berupaya untuk memenuhi keperluan asas pekerja-pekerja di serata negara.


Menurutnya, kerajaan pusat perlu sedar bahawa Malaysia sedang menjadi negara penghutang di mana isi-isi rumah membelanjakan semua atau lebih daripada pendapatan mereka.


“Sebagai contoh, Laporan Tahunan Bank Negara 2010 telah mendedahkan bahawa hutang isi rumah Malaysia pada akhir 2010 berada di tahap RM581 bilion atau pun 76 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), lantas “menobatkan” Malaysia sebagai negara dengan hutang isi rumah yang tertinggi di Asia selepas
Korea Selatan.”

“Oleh itu, gaji minima tidak mencukupi tanpa dua pertimbangan yang mustahak. Pertama, kuantum gaji minima haruslah dikaitkan secara langsung kepada Indeks Harga Pengguna, supaya ia akan disesuaikan dengan kadar inflasi. Ini akan memastikan taraf dan kualiti kehidupan tidak terjejas dan akan dilindungi.


“Kedua, usaha menaikkan taraf kehidupan rakyat Malaysia memerlukan strategi ekonomi yang tuntas dan disasarkan kepada kenaikan pendapatan boleh guna,” ujarnya..


Dalam erti kata lain, menurutnya, sesebuah kerajaan harus memastikan rakyat mempunyai lebih banyak wang dalam saku, dan ini tidak boleh dilakukan hanya dengan menetapkan gaji minima yang munasabah.


Menurutnya lagi, kerajaan harus melabur dalam sektor-sektor utama seperti pengangkutan awam, perumahan dan kesihatan. Jika kos sara hidup diturunkan, pendapatan boleh guna akan meningkat.


“Konsepnya adalah mudah – jika kos dikurangkan untuk perjalanan ulang-alik ke tempat kerja, membeli rumah dan membayar bil kesihatan, maka semua orang akan mempunyai lebih banyak wang.


“Bayangkan sekiranya setiap rakyat Malaysia mempunyai RM10 lebih setiap hari, kesan pengganda ekonomi adalah besar iaitu RM280 juta lebih akan diedarkan dalam ekonomi setiap hari,” jelas Guan Eng.


Beliau yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang berkata, kerajaan Pakatan Pulau Pinang komited kepada cadangan PR iaitu RM1,100 sebulan dan sebenarnya sudah pun mencapai gaji minima RM1,100 (termasuk elaun dan COLA) tanpa mengira bayaran lebih
masa.

“Semua kakitangan kerajaan di dalam semua agensi kerajaan negeri dan GLC di Pulau Pinang serta majlis-majlis perbandaran MPPP dan MPSP mempunyai pendapatan lebih daripada RM1,100 sebulan.


“Tahun lepas, penyapu jalan dan pencuci longkang di MPPP dan MPSP juga telah diberi insentif bulanan sebanyak RM150 sebulan.” ujarnya lagi. –
Roketkini.com

Lagi Ramai Menteri Akan Kecundang Dalam PRU13 Seperti PRU12?

 
Gelombang Kuning - Terciptanya Satu Sejarah
Berikut ialah kisah silam - BERSIH 1.0 - kita ziarahinya kembali - mengenang detik-detik yang ada persamaannya dengan peristiwa BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0

BERSIH 1 berlansung 10 November 2007 yang pada masa itu PM Malaysia ialah Abdullah Ahmad Badawi (Pak Lah). Perhimpunan yang 50,000 dikatakan oleh media massa pro-kerajaan cuma 4,000 orang.

Pak Lah yang begitu sombong dan angkuh ketika iaitu tidak memperdulikan perhimpunan itu, katanya "Saya pantang dicabar", tetapi Allah Maha Berkuasa dan Allah yang mendengar rintihan rakyat, akhirnya UMNO BN tersungkur di dalam pilihanraya 2008 dengan terpaksa melepaskan 5 negeri dan kehilangan 2/3 majoriti di parlimen.

Tak cukup sekadar itu, akhirya Pak Lah ditendang oleh UMNO sendiri dari kerusi PM sebelum cukup dua penggal memegang jawatan tersebut.

Pengerusi SPR ketika, Tan Sri Ab Rashid Ab Rahman akhirnya dibersarakan dengan seluruh rakyat negara ini memandang hina kepadanya. Dan Ketua Polis Negara ketika itu Tan Sri Musa Hassan akhirnya melambaikan tangan kepada PDRM dengan tanpa siapa lagi memperdulikannya. Samalah juga kepada Menteri KDN, Syed Hamid Albar waktu itu, lansung tercicir dari kabinet pada 2009.

Kini apakah hal yang serupa bakal berlaku untuk BERSIH 2.0 dan BERSIH 3.0?

Hari ini, Najib menuduh perhimpunan BERSIH 3.0 Sabtu lalu adalah satu percubaan untuk menggulingkan kerajaan yang dipilih oleh rakyat menerusi sistem demokrasi. Ternyata ia satu penyelewengan fakta di mana yang diminta oleh rakyat ialah "sistem pilihanraya BERSIH & ADIL", bukan untuk mengguling kerjaan yang ada.

Sebenarnya Najib cuba menghasut rakyat untuk membenci BERSIH. Cuba pertahankan SPR yang korup yang selama ini menjadi kuda tunggangan UMNO BN untuk terus pertahankan kuasa.

PRU 2008 menyaksikan UMNO BN sudah tumbang di Semenanjung. Jika tanpa sokongan Sabah dan Sarawak, UMNO BN sudah tamat tempoh pemerintahannya dan telah keluar dari Putrajaya.

Setiap perkataan itu adalah doa (Kullu kalam addu'a). Apabila Najib berkata bahawa rakyat ingin menggulingkan kerajaan beliau macam apa yang berlaku di Mesir, BERARTI beliau sendiri yang mendoakan perkara sebegitu berlaku, jangan salahkan rakyat lagi jika ia berlaku.

Marilah kita menjenguk hasil tulisan GB di "Muzium Bersih 1.0"



PM Terbangun Dari Tidur Setelah Bermimpi Gelombang Kuning Mencerut Lehernya


Seperti terjaga dari buaian mimpi gelombang kuning, lalu terjaga dari tidurnya yang panjang tiba-tiba Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi hari ini menempelak BERSIH kerana masih terus ingin mengadakan perhimpunan aman 10 November. Tiba-tiba Pak Lah dengan mata terbeliaknya menjerit .... "saya pantang dicabar"...


Perhimpunan aman esok bertujuan untuk merafak sembah ke bawah Duli Yang Di Pertuan Agong untuk menuntut pilihanraya yang bersih dan adil. Apakah Pak Lah tidak dapat membaca mesej tersebut, bahawa rakyat sebenarnya kini mempesoalkan kepimpinannya yang selama ini memperkudakan Suruhanjaya Pilihanraya, polis dan institusi kehakiman untuk terus berkuasa?


Memang rakyat kini tertekan dan terhimpit hidupnya di regim Pak Lah ini. Telah beberapa kali kita nyatakan dengan nyaring bahawa beliau seorang pemimpin lemah dan tidak berkuasa kerana yang berkuasa kini ialah menantunya, yang berkuasa ialah Peguam Negaranya, yang berkuasa ialah Pengerusi SPR, yang berkuasa ialah Ketua Polis Negara dan yan berkuaa kini ialah Shafie Apdal yang membela lebih banyak kepentingan korporat dari pengguna.


Pak Lah juga meramalkan kononnya sesuatu yang buruk akan berlaku esok.


Dan kami mendapat maklumat terbaru bahawa PEKIDA, sebuah pertubuhan samseng Melayu yang Pak Lah menjadi Penaungnya telah menyebarkan risalah-risalah di masjid-masjid sekitar Lembah Kelang yang berusaha untuk menggagal perhimpunan 100,000 orang esok.


Apakah ini petanda bahawa PEKIDA di sekitar Lembah Klang akan turun beramai-ramai dengan memakai baju BERSIH untuk bersama Himpunan100 ribu rakyat. Tujuan mereka adalah khusus untuk melakukan provokasi dan rusuhan bagi memastikan Pihak Polis dapat bertindak balas kepada perhimpunan ini.


Mungkin itulah itu petanda buruk yang ada esok dan Pak Lah orang yang akan diheret untuk bertanggungjawab membenarkan pertubuhan yang beliau sebagai Penaungnya melakukan kerja-kerja samseng yang umum telah mengetahui PEKIDA sememangnya sebuah pertubuhan samseng di negara ini.


Setiap kali rakyat menuntut supaya sistem pemerintahan yang dipimpin oleh Pak Lah diperbaiki, tidak pernah sekalipun Pak Lah mendengar serta memperdulikannya. Sewaktu rakyat Johor berhempas pulas menyelamatkan diri akibat ditimpa bencana banjir Pak Lah bersenang lenang berperahu layar bersama Datuk Seri Jean Todt serta merasmikan Puteri Nasi Kandar di Australia!


Seorang sahabat mengukirkan dengan indah : betapa ironisnya, di tengah banyaknya orang-orang Melayu yang kelaparan (seperti yang siarkan setiap minggu rancangan “Bersama mu” di Tv3) Orang Melayu menyaksikan banyaknya pemimpin Melayu dari UMNO yang berstatus Menteri dan Menteri Besar menghamburkan kekayaan dan tidak menggunakan pada jalan yang tepat bagi membantu Melayu sebaliknya untuk kekayaan anak, menantu dan adik beradik, seperti yang dilakukan oleh Abdullah Hj Ahmad yang menjadikan Kerajaan sekarang seperti harta emak bapak dia dan wajarlah dipanggil kerajaan hari ini “Kerajaan Tiga Beranak”


Dunia mengetahui bahawa Pak Lah kini memperolehi gaji sekurang-kurangnya RM56,ooo sebulan dengan tanpa susah payah menjalankan kerja kementerian-kementerian yang disandangnya disamping jawatan Perdana Menteri. Jadi Pak Lah tidak lansung tergugat dengan sebarang kenaikan harga minyak, tol, barang-barang keperluan yang menjrut rakyat marhaen.


Kaganasan Polis sudah tidak terbendung, negara Malaysia umpama menjadi sebuah negara Polis. Polis bertindak sesuka hati dengan meletakkan undang-undang ditangan mereka tanpa mereka menyedari bahawa mereka sendiri perlu mamatuhi undang-undang.


Sistem kehakiman menjadi sistem katun di negara ini apabila tedapatnya hakim-hakim yang rasuah dan gila pangkat membelakangkan keadilan dan kesaksamaan, melepaskan penjenayah, perasuah dan menghukum pula orang yang tidak bersalah.


Perasuah-perasuah negara dilepaskan bebas oleh Peguam Negara dan ada wakil rakyat yang mampu membina sebuah istana di Kelang. Seorang Menteri Besar BN yang gila kuasa dan tamak dunia sanggup merobohkan perkampungan Melayu serta meruntuhkan surau dan kuil.


Dan Pak Lah masih tidur lena....


Mengapa sekang baru kata "pantang dicabar"?


Apakah Pak Lah merasakan perhimpunan 100,000 orang itu bakal memberi bekas kepada rakyat yang akan memberikan impak negatif kepada kerajaan UMNO/BN di dalam PRU yang akan datang?


Kami telah lama mencabar, itu menantumu yang bernama Khairi Jamaluddin, seorang samseng jalanan yang terang-terang mengakui mendapat perlindungan kerana berbapa mertuakan seorang perdana Menteri. Dan kini kamu mendengar lagi bisikan menantumu untuk bertindak ke atas BERSIH yang menganjurkan perhimpunan esok.


Siapa yang mahu mendengar cabaranmu itu Pak Lah?


Kamu telah terlewat.


Rakyat telah membuat keputusannya, bahawa esok tidak ada siapa lagi yang boleh menghalang kami rakyat terbanyak untuk turun beramai-ramai membawa satu mesej yang jelas kepada dunia supaya sistem demokrasi di negara ini diperbetulkan.


Meminjam bait puisi seorang sasterawan negara, Allahyarham Usman Awang yang dipetik oleh seorang sahabat Roslan SMS


Di belakang duri di depan api
kita tidak bisa undur lagi
duri dan api, tajam panasnya kita hadapi.

Semalam dan hari ini kita diukir sejarah
dimana air mata tidak akan menitik tumpah
sebab kebulatan ikrar tidak akan berubah
apa saja kita tidak akan menyerah.


- Greenboc [9/11/2007]
Gelombang Kuning - itulah namanya. 10 November 2007 akan terpahat di dalam lipatan sejarah negara ini sebagai satu kemenangan rakyat merobek kesombongan dan keangkuhan Kerajaan UMNO/BN yang dari awal-awal telah berusaha untuk menggagalkan perhimpunan keramat ini.

Langit persis merestui dan mengasihani rakyat yang berhimpun, mencurahkan hujan rahmat disamping membersihkan kotoran gas pemedih mata yang disemburkan oleh anggota FRU ke arah mereka, sementara laluan ke Istana Negara sekalipun sesak dengan lautan manusia, dipermudahkan jalannya oleh Allah s.w.t. untuk peserta-peserta perhimpunan tiba menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Dipertuan Agong.

Inilah rakyatmu Tuanku, yang datang dari pelbagai ceruk bandar dan desa, tiba ke Istanamu setelah menempuh pelbagai ujian dan dugaan, memohon simpati dan belas ikhsan tuanku, agar mendengar aduan dan rayuan kami tentang salahlaku kerajaan yang ada terhadap perjalanan sistem pilihanraya di negara ini.

Hasrat rakyat itu berjaya disampaikan oleh pemimpin-pemimpin NGO dan parti pembangkang yang dibenarkan masuk ke perkarangan istana diantaranya Presiden PAS, Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang, Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa, Tan Sri Khalid Ibrahim, Tim Presiden Keadilan, wakil NGO dan Bersih, Anuar Tahir, Naib Presiden KeADILan, Sivarasa Rasiah dan Setiausaha Agung PAS, Dato' Kamarudin Jaffar.

Siapa menduga, setelah diancam dan diugut berkali-kali oleh pihak berkuasa yang semuanya bertujuan untuk menggagal missi perhimpunan tersebut, ianya tidak mampu untuk membendung gelora kebangkitan rakyat. Tepat sekali kata-kata TG Nik Abdul Aziz, Mentri Besar Kelantan : "Bagaikan tabie air, rakyat pun begitu. Sebarang usaha menyekat dan membenteng air yang turun dari gunung akan menunggu bencana di hari depan, di satu masa dan ketika nanti."

- Greenboc [10/11/2007]
Aneh! BERNAMA kata hanya 4 ribu sahaja....

Memang telah menjadi dasar berita BERNAMA selama ini, untuk membelitkan apa juga laporan yang tidak menyenangkan kerajaan BN/UMNO.

Di dalam berita yang diterbitkan oleh BERNAMA dan disiarkan oleh MSTAR dikatakan:

"Bagaimanapun, hanya beberapa ribu orang sahaja menyertai perhimpunan anjuran Gabungan Pilihanraya Bersih dan Adil (BERSIH) itu yang sebelum ini merancang menghimpunkan seramai 100,000 orang."

Di dalam satu berita lain pula BERNAMA menyatakan:Sekitar 4,000 orang telah berhimpun secara haram di sekitar perkarangan Dataran Merdeka sehingga ke Masjid Jamek hari ini dan polis telah menahan 245 orang.

Bukankah itu melucukan sedang dunia menyaksikan puluhan ribu manusia (laporan AFP meyatakan 30 ribu sementara BERSIH Malaysiakini dan lain-lain pertubuhan menyatakan 40 ribu) yang berhimpun di perkarangan Istana Negara, belum lagi dicampur yang masih dalam perjalanan dari tempat berhimpun masing-masing?

Jika di Dataran Merdeka sememangnya kosong, bukan kata 4 ribu, seorang pun tidak ada, tempat yang sepatutnya Perhimpunan Aman itu diadakan. Tetapi malang, peserta perhimpunan dihalang dari memasuki kawasan Dataran merdeka, justeru itu peserta 100,000 orang itu terpaksa berpecah di empat tempat yang berlainan iaitu Sogo, Masjid India, Masjid Negara dan Pasar Seni.

Jika tidak kerana kawalan ketat polis di ibu negara sudah tentu lebih ramai wargakota dan rakyat Malaysia amnya menyertai perhimpunan hari ini...

-Greenboc [10/11/2007]
PRU 2008 : Fakta-fakta Menarik

Barisan Nasional hanya memperolehi kira-kira 51 peratus jumlah undi daripada 7.9 juta pengundi yang membuang undi pada 8 Mac lalu..

Namun ia, memperolehi 63 peratus dari jumlah kerusi yang dipertandingkan - 140 daripada 222 kerusi di Parlimen.

Menariknya, jumlah 49.79 peratus undi yang diterima oleh Barisan Alternatif yang lebih merata di seluruh negara, yang juga bermaksud Barisan Alternatif menerima majoriti undi di di negara ini.

Dan, apabila ditinjau pada kerusi parlimen, BN hanya memperolehi 85 kerusi Parlimen di Semananjung, manakala BA memiliki 80. Hampir 40 peratus kerusi BN adalah di Sabah dan Sarawak - 55 daripada 140.

Calon termuda ialah dari PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, berumur 26. Beliau mengalahkan penyandang Seri Setia, Seripa Noli Syed Hussin.

Calon tertua ialah nenek benama Maimun Yusuf, 89, yang bertanding di parlimen Kuala Terengganu . Beliau hilang wang pertaruhannya.

56 calon dari pembangkang dan calon Bebas juga hilang wang pertaruhan setelah gagal memperoelhi satu perlapan dari jumlah undi yang dikira..

Majoriti undi terbesar dimenangi oleh calon DAP Teresa Kok menentang BN Carol Chew, dengan 36,492 undi di palimen Seputeh di Kuala Lumpur.

Majorit terkecil ialah 14 undi yang diteirma oleh calon BN Hamdi Abu Bakar yang mengalahkan Abu Bakar Haji Hussain dari PAS di DUN Pengkalan Baharu di Perak.

Empat orang yang utama di dalam kes pita video Lingam semuanya berjaya iaiatu : Loh Gwo Burne (who yang merakam pita video), Wee Choo Keong (peguam yang mewakili adik VK Lingam semasa inkuiri) dan R Sivarasa serta Sim Tze Tzin (tersenarai sebagai saksi tetapi tidak dipanggil). Keempat-empat dari PKR.

Calon terramai ialah dari kerusi DUN Sukau, Sabah, dimana lapan orang calon bertanding , termasuk 5 orang calon Bebas.

Blogger terkenal Jeff Ooi - yang berkempen secara online dan kutipan derma dilakuka melalui blognya - berjaya di palimen Jelutong untuk DAP.

Blogger lain termasuklah Tony Pua (DAP, Palimen Petaling Jaya Utara ), Elizabeth Wong (PKR, DUN Bukit Lanjan ) dan Nik Nazmi Nik Ahmad (PKR, DUN Seri Setia).

Aktivis masyarakat Charles Santiago (DAP, isu penswastaan air), Edward Lee (DAP, masyarakat setempat), Elizabeth Wong dan R Sivarasa (PKR, hak asasi manusia).

Tamparan Hebat
Kekalahan komponen BN mengakibat beberapa kekosongan di dalam pelbagai kementerian, dan memaksa satu penyusunan kabinet dilakukan..

Menteri
S Samy Vellu (Menteri Kerja Raya)
Shahrizat Abdul Jalil (Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
Zainuddin Maidin (Menteri Penerangan)
Abdul Aziz Shamsuddin (Menteri Pembangunan Wilayah dan Luarbandar)

Timbalan Menteri
Chia Kwang Chye (Kementerian Penerangan)
G Palanivel (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
Tan Chai Ho (Kementerian Dalam Negeri)
V Veerasingam (Kementerian Perdagangan dan Hal Ehawal Pengguna)
S Sothinathan (Kementerian Sumber Asli dan Persekitaran)
Donald Lim (Kementerian Pelancongan)
Fu Ah Kiow (Kementerian Keselamatan Dalam Negeri)
M Kayveas (Jabatan Perdana Menteri)

Setiausaha Parlimen
Chew Mei Fun (Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat)
P Komala Devi (Kementerian Pelajaran)
Lee Kah Choon (Kementerian Kesihatan)
Ng Lip Yong (Kementerian Industri Tanaman dan Komiditi)
S Vigneswaran (Kementerian Belia dan Sukan)
Rahman Ibrahim (Kementerian Dalam Negeri)
Dr Mohd Ruddin Ab Ghani (Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar) - tidak dicalonkan
Yew Teong Look (Kementerian Wilayah Persekutuan)
Seluruh pasukan dari Kementerian Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat kalah di dalam pilihanraya..

Kesemua pemimpin tertinggi MIC kalah - Presiden, Timbalan Presiden, dua Naib-Presiden, Ketua Wanita dan Ketua Pemuda.

Pemangku Presiden Gerakan yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Tan Sri Koh Tsu Koon kecundang
, Beliau tewas kepada bekas pensyarah, Dr P. Ramasamy daripada DAP.

Daripada 12 kerusi Parlimen, Gerakan hanya menang kerusi Gerik dan Simpang Renggam, selain memenangi lima kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) — Kuala Sepetang (Perak), Ketari (Pahang), Pemanis (Johor), Bukit Batu (Johor) dan Derga (Kedah).

Parti itu bertanding di 31 kerusi DUN dan tumpas kesemua kerusi di Pulau Pinang, tempat ia bertapak. - Greenboc [11/03/2008]


Dengan meninjau arkib tersebut, maka tidak mustahil sejarah PRU12 akan berulang lagi pada PRU13.

Mungkin lebih banyak negeri yang bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat, dan tidak mustahil, Najib dan konco-konconya akan menerima nasib seperti Pak Lah atau akan dinobatkan Ketua Pembangkang pertama dari UMNO di Parlimen nanti!