Followers

Friday, May 4, 2012

Menteri Cukur Kening Melalak Pasal BERSIH ??


Pada saya, ada empat sebab utama kenapa Bersih 3.0 diadakan. Pertama, pakatan pembangkang tidak bersedia hadapi PRU13. 
 
Walaupun mereka kata bersedia, hakikatnya perbalahan antara PKR, Pas, DAP dan beberapa parti pro-pembangkang di banyak negeri berhubung pembahagian kerusi agak meruncing. Mereka perlu lebih banyak masa untuk selesaikan kemelut ini. Bersih 3.0 bertujuan melambatkan PRU13.

Kedua, tekanan rakyat terhadap Kerajaan-kerajaan Negeri di Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan kerana gagal mentadbir dengan baik. 
 
Rakyat di negeri-negeri pembangkang juga kerap berdemonstrasi menuntut janji-janji daripada pilihan raya dahulu ditunaikan sebelum membuat janji-janji baru. Bersih 3.0 adalah satu cara mengalih tumpuan kemarahan rakyat di negeri-negeri tersebut.


Ketiga, pakatan pembangkang tidak mampu menjawab dan menangani pelbagai skandal yang dihadapi pemimpin mereka. Pelbagai pihak, termasuk penyokong pembangkang sendiri, menuntut jawapan kepada hubungan Anwar dan isteri Azmin, Shamsidar serta orientasi seks Anwar.

Juga pembelian dan pemilikan saham jutaan ringgit oleh Azmin, kes khalwat Ustaz Badrolamin Baharon dan satu lagi kes seks dalam tandas membabitkan seorang pemimpin tinggi PKR, Mohamed Sabu dengan isteri kawannya, isu pembohongan Mohammad Nizar Jamaluddin, hubungan retak Datuk Seri Azizan Razak dengan beberapa Exconya sendiri, isu Abdul Hadi Awang tidak mahu bertanding dalam PRU-13, desakan supaya Nik Aziz Nik Mat letak jawatan dan kemelut pelantikan Yang Dipertua Majlis Agama Islam Pulau Pinang.

Sekali lagi, Bersih 3.0 adalah untuk mengalih perhatian rakyat daripada memberi tumpuan kepada isu-isu tersebut.

Keempat, populariti Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang meningkat. Program turun padang ke seluruh negara mendapat sambutan hangat. Sokongan kaum Cina kepada Ah Jib Gor dan dalam kalangan penduduk India semakin padu. Inilah yang menakutkan pakatan pembangkang. Penganjuran Bersih 3.0 bertujuan menyekat populariti Najib, tapi sebaliknya menjadikan rakyat bertambah mual dengan sikap pembangkang yang melampau.

Pendirian Naib Pengerusi DAP Senator Tunku Abdul Aziz dan bekas Timbalan Presiden Pas Nasaruddin Mat Isa mengenai penganjuran demonstrasi dan pemimpin bermasalah moral membuktikan bahawa kepimpinan pembangkang tidak sepakat. 
 
Saya juga bersetuju dengan seruan penganjur S Ambiga yang mahu polis ambil tindakan tegas terhadap mereka yang bertanggungjawab mencetuskan huru-hara pada Sabtu lalu. Sebenarnya, beliau merujuk kepada Anwar, Azmin dan dirinya sendiri.


Scorpene: Keengganan Najib Bukti Beliau Bersalah - DRS. KHALIL IDHAM LIM



12 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] -

SHAH ALAM 4 MEI : Keengganan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk tidak hadir ke mahkamah Perancis berhubung skandal pembelian dua kapal selam Scorpene akan memberikan impak yang besar terhadap kredibiliti pemimpin tertinggi negara tersebut di mata dunia.

Selain itu tindakan tersebut juga akan memberikan gambaran yang menunjukkan beliau seorang pemimpin yang tidak bertanggungjawab, tidak amanah dan menyalah guna kuasa.

MP Shah Alam, Khalid Samad berkata keengganan itu juga akan membuktikan Najib sebenarnya terlibat dalam skandal terbabit seperti yang didakwa sebelum ini.

“Ianya akan menimbulkan andaian dan tanggapan banyak pihak bahawa beliau sebenarnya bersalah dan terlibat dalam amalan rasuah itu,” katanya ketika ditemui.

Beliau berkata apabila kerajaan Perancis mengambil tindakan seperti itu, ianya menunjukkan satu usaha yang baik untuk menangani masalah rasuah termasuk amalan kontraktor dan pembekal membayar pihak tertentu untuk mendapatkan kontrak.

“Walaupun ianya boleh menguntungkan ekonomi mereka tetapi kerajaan Perancis tidak mahu amalan itu dilakukan oleh kontraktor dan pembekal Perancis kerana bagi mereka jika mahu mendapatkan kontrak sekalipun biar atas sebab merit bukan atas sebab rasuah,” katanya.

Justeru, Najib dan kerajaan pusat sepatutnya memberikan sokongan yang sepenuhnya untuk membantu kerajaan Perancis itu untuk menentukan amalan perdagangan yang bersih dan bebas rasuah.

“Dalam usaha seperti itu, walaupun kerajaan Perancis mendapatkan keuntungan dari segi ekonominya kerana kontrak itu tetapi usaha yang murni itu sepatutnya Najib memberikan sokongan penuh.

“Hal ini juga akan menunjukkan jika kita ingin bersaing di pentas antarabangsa, ekonomi syarikat-syarikat kita tidak akan mampu bertahan kerana budaya rasuah menjadi amalan,” katanya.

Sehubungan itu katanya, tiada sebab untuk Najib enggan hadir ke mahkamah Perancis kerana ianya melibatkan keuntungan ekonomi negara kita masa akan datang.

“kalau mahu membeli barang, tidak perlu rasuah orang dan tidak payah beli dengaan harga yang tinggi. Kalau dikatakan ianya menjadi satu amalan biasa maka akhirnya ekonomi kita juga akan terjejas kalau nk bersaing di pentas antarabangsa pun kita akan kalah.

“Sememangnya di negara kita wujud keperluan pihak ketiga dalam urusniaga pembelian tetapi mengapa kerajaan perlu membayar dengan harga yang tinggi,” katanya.

Semalam, Pendakwa awam Perancis yang menyiasat urusniaga pembelian senjata Perancis-Malaysia mendakwa menemui bukti bahawa menteri pertahanan ketika itu, Datuk Seri Najib Razak meminta AS$1 bilion (RM3 bilion) untuk syarikat tempatan Perimekar daripada DCNI – anak syarikat pembuat kapal Perancis DCN.

Menurut kertas pendakwaan yang didedahkan oleh NGO Suaram, terdapat satu faks menunjukkan bahawa Najib didakwa meminta jumlah itu untuk Perimekar sebagai syarat bagi mengadakan pertemuan dengan beliau pada 14 Julai 2001.

Faks bertarikh 1 Jun 2001 dari Francois Dupont, wakil Malaysia untuk syarikat swasta Thales Asia International, kepada D Arnaud.

Dokumen itu, satu daripada 153 yang ditunjukkan kepada Suaram, telah dirampas oleh polis Perancis dari pejabat Henri Gide, seorang pegawai Thales.

Malah, Waran tangkap antarabangsa boleh dikeluarkan oleh hakim Perancis jika saksi enggan membantu sesuatu siasatan selepas sepina dikeluarkan.

Menurut peguam Perancis, Joseph Breham, yang mewakili NGO Suaram dalam aduan awam berhubung dakwaan membabitkan sogokan jutaan ringgit dalam urusniaga pembelian senjata, “amaran merah” boleh dihantar kepada Interpol sebagai langkah terakhir.

“Jika saksi itu enggan mematuhi sepina tersebut, mahkamah boleh mengeluarkan notis mandat d’amener, memaksa saksi hadir di mahkamah.

“Jika saksi (masih) tidak mahu mematuhinya, maka waran tangkap boleh dikeluarkan.

“Waran tangkap berkenaan berkuatkuasa dalam wilayah Perancis, dan mungkin diantarabangsakan, jika hakim merasakannya perlu,” katanya.

Bulan lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau atau sesiapa sahaja dari kementeriannya, tidak akan membantu siasatan di Perancis itu.

Zahid dinamakan dalam senarai tujuh orang saksi yang dicadangkan oleh Suaram, yang telah diterima oleh hakim siasatan Perancis, Roger Le Loire.

selangorku/-

BERITA SEDIH YANG AMAT MENYEDIHKAN !!

 
KEMANA KAU MENGHILANG WAHAI BIK MAMA ?


semakin jelas bik mama yang gila glamour kini hilang
muka bik mama tidak ada lagi dalam media
muka bik mama tidak kelihatan di muka akhbar

bik mama tidak buat kenyataan
bik mama tidak buat dasar negara

laman flom telah lupus

bak mama tidak loncat lonact lagi
bik mama tidak main badminton lagi

oooh... kemana kau menghilang wahai bik mama?

kenapa menghilang?
apakah kerana mat mongol bertemu ziana kembali?
apakah kerana mat mongol jumpa penyanyi dari korea yang slim berambut panjang?

atau

apakah bik mama sedang menguruskan badan
apakah bik mama sedang sibuk menjahit baju
apakah bik mama membasuh beg birkin

atau

kerana bik mama terlalu berat kini menjadi bebab
kerana bik mama pembawa undi untuk pakatan
kerana bik mama dibenci oleh ahli gerombolan

dan

kerana madey kata lepas ini muhyiddin akan jadi pm
kah kah kah








PENTAS RADIO DARI RADIO BANGSAR UTAMA

senyum mak janda
sebuah drama radio
akan muncul di radio bangsar utama

sila tunggu
sila nanti

NOTA:

tukar tiub tanpa bik mama
adalah seperti kedai mamak tak ada roti canai
kah kah kah

BERSIH 3.0 Dataran Merdeka - Video Paling Best!!!

Police attack in restaurant on Bersih 3.0 - Identiti TERDEDAH ?


Identiti POLIS yang menyerang pendemo BERSIH 3 terdedah.

Amenoworld 
Ketua polis negara dalam satu kenyataan menjelaskan bahawa pendemo yang teraniaya ketika bersih 3 boleh mengadu kepada polis untuk mendapatkan pembelaan. Baik. Mari kita mulakan dengan posting neh terlebih dahulu untuk melihat samada benar atau tidak kata2 ketua polis negara tersebut.

Lihat gambar kat bawah neh dulu ;
Dah lihat? Oke. Perhatikan nama dia tue yang paling penting tue. Perhatikan juga muka2 mereka oke. Dan sekarang lihat pula video kat bawah neh ;
Apa yang sahabat2 aku [semua pendemo bersih adalah saling bersahabat] buat kat atas restoran neh ialah dia makan. Bersama rakan2 dia. Tapi sekumpulan polis tah dari mana datangnya tiba2 menghalau dan melakukan kekasaran ke atas pendemo bersih yang tak buat kacau ataupun langgar arahan.

Apa yang dimaksudkan sebagai langgar arahan? Langgar arahan = berada dalam kawasan dataran merdeka. Selain dari kawasan tersebut, kami tidak melanggar apa2 arahan dan menyerang kami yang berada di luar kawasan tersebut bererti kezaliman dan salahguna kuasa.

So sekarang, apakah tindakan yang bakal di ambil oleh PDRM? Benarkah mangsa2 kekejaman BERSIH 3 akan diadili?

Lagi satu terdapat kekecelaruan maklumat yang ditimbulkan oleh polis2 yang bertugas ketika demo bersih 3 ari tue. Meskipun telah diperjelaskan tidak terdapat sebarang kematian terhadap anggota polis yang diakibatkan oleh pendemo bersih, mereka masih lagi menyebarkan khabar angin yang tidak berasas ke atas kami. Semua neh adalah dipercayai adalah satu konspirasi untuk memburuk2an peserta bersih.

Lihat kat bawah neh oke ;
Mohon agar PDRM bersikap adil. Aku percaya disebabkan khabar angin yang tidak berasas neh lah peserta2 bersih dituduh sebagai pembunuh polis oleh pelbagai facebookers meskipun telah kami perjelaskan banyak kali tiada mana2 anggota polis yang mati ketika bertugas.

Ameno : Sedap jek halau orang tengah makan..

BERSIH 3.0: Yang Tersurat & Tersirat

Kamilah Mamat  
 
‎(Print screen dari video Malaysiakini yang menunjukkan seorang lelaki menundukkan kepala melihat ke bawah kereta sementara rakan-rakannya yang lain menterbalikkan kereta peronda polis itu)

Kereta Polis Diterbalik, Untuk Selamat Gadis Tersepit Bawah Kereta

KUALA LUMPUR: Seorang saksi memaklumkan, tindakan demonstrator menterbalikkan kereta peronda polis adalah untuk menyelamatkan seorang gadis yang terperangkap di bawah kereta itu selepas dilanggar.

Ia berlaku selepas kereta peronda itu semacam hilang kawalan dan melanggar tiga orang termasuk seorang gadis Cina sehingga gadis malang itu terperosok di bawah kereta itu.

Untuk menyelamatkan gadis yang terperangkap di bawah kereta itu, mereka beramai-ramai menterbalikkan kereta peronda polis.

Menurut seorang aktivis dari Terengganu yang menyertai perhimpunan hari ini, kejadian itu berlaku di depan mata beliau berhampiran pasaraya Sogo.

"Ambe (maksudnya saya) petang (tadi) jadi saksi kejadian polis rempuh pendemo. YA! Memang ade provokasi tapi setelah check-check, rupanya yang start lempar botol air mineral kat kereta polis tu adalah Sahabat Bodoh (SB)...!

"Mana tak mengamuk polis tu sampaikan sanggup rempuh dengan laju orang awam di hadapan SOGO.

"Berita yang menyatakan ada meninggal tidak benar sama sekali, tiga yang dilanggar parah, seorang wanita cina terperosok bawah kereta polis, sebab tu orang ramai terbalikkan kereta polis, sebab nak selamatkan wanita tu.

"Polis pun tak dak yang meninggal, walaupun dibelasah dengan agak teruk orang ramai yang tidak puas hati mereka langgar pendemo.

"Persoalannya sekarang kenapa polis tu sanggup rempuh orang ramai dengan laju, sampai retak dinding tangga SOGO tu.

"Suasana pilu, tangisan kedengaran melihat insiden itu.

"Ya, memang ada yang mulakan provokasi, dah kejar orang tu tapi tak sempat sebab dia naik motor lari," cerita saksi itu dalam facebooknya.

Cerita yang beliau tulis itu amat sepadan sekali dengan video yang disiarkan oleh Malaysiakini disini (http://youtu.be/ZZmS2AczePY).

Ia dapat disahkan apabila seorang wanita yang bersuara nyaring dalam video ini berkata, "Astaghfirullah...angkat-angkat" sementara seorang lagi peserta demonstrasi melihat ke bawah kereta peronda polis itu.

TV3 hari ini menyiarkan video yang telah diedit bagaimana kereta peronda polis itu diterbalikkan oleh para peserta perhimpunan Bersih 3.0 hari ini.

Ia sangat jelas cuba mengelirukan orang ramai dan menyalahkan para peserta perhimpunan itu khasnya penganjur dan Pakatan Rakyat yang menyokongnya.

New York Times, ABC News: Demonstrasi dan Rusuhan Dirancang dan Dikepalai Oleh Polis

 
Beberapa hari lalu Kerajaan Rakyat cuba meleraikan kekalutan rakyat Malaysia yang dibebani berbagai persepsi buruk terhadap PDRM dalam demonstrasi aman BERSIH 3.0.

Demonstrasi aman BERSIH 3.0 bertukar menjadi liar dan ganas seterusnya memberi ruang kepada pihak polis bermaharajalela menzalimi para demonstran BERSIH 3.0 dengan 'tear gas', mortar air, belantan, sepak terajang dan kata-kata kesat. Lebih dari itu sebuah kereta polis dilihat seolah sengaja telah merempuh orang awam mengakibatkan kecederaan para demonstran BERSIH 3.0 dan orang awam yang tidak bersalah.

Tindak-tanduk, perangai, sikap dan segala kelaku polis semasa BERSIH 3.0 atau pada hampir setiap demonstrasi aman dilihat seolah anggota polis Malaysia beribukan syaitan, berbapakan iblis..!!! 

Selang beberapa jam selepas kekejaman polis menzalimi orang awam dalam BERSIH 3.0, pihak polis dan pemimpin kerajaan Umno BN menggunakan media arus perdana seperti biasa mengeluarkan kenyataan songsang yang sarat dengan penafian serta pembohongan. 

Sebelum kalian tonton video yang mendedahkan keterlibatan pihak polis merancang plot dan skrip demonstrasi ganas dan zalim, sila baca "Sekolah Demonstrasi - Polis Diraja Malaysia"
Video pendedahan ABC News


THE United States has been narrowly saved from lethal terrorist plots in recent years - or so it has seemed. A would-be suicide bomber was intercepted on his way to the Capitol; a scheme to bomb synagogues and shoot Stinger missiles at military aircraft was developed by men in Newburgh, N.Y.; and a fanciful idea to fly explosive-laden model planes into the Pentagon and the Capitol was hatched in Massachusetts. 

But all these dramas were facilitated by the F.B.I., whose undercover agents and informers posed as terrorists offering a dummy missile, fake C-4 explosives, a disarmed suicide vest and rudimentary training. Suspects naively played their parts until they were arrested. 

When an Oregon college student, Mohamed Osman Mohamud, thought of using a car bomb to attack a festive Christmas-tree lighting ceremony in Portland, the F.B.I. provided a van loaded with six 55-gallon drums of "inert material," harmless blasting caps, a detonator cord and a gallon of diesel fuel to make the van smell flammable. An undercover F.B.I. agent even did the driving, with Mr. Mohamud in the passenger seat. To trigger the bomb the student punched a number into a cellphone and got no boom, only a bust.

This is legal, but is it legitimate?


Kerajaan Rakyat

Polis Sepak Muka Demonstran Ramai-ramai | BERSIH 3.0

[Wajib Baca] Laporan PANAS tentang Skandal Scorpene



[HD] KUALA LUMPUR: Tinjauan A sia Sentinel terhadap syarikat bernama Terasasi di Hong Kong, yang pengarahnya ialah Abdul Razak Baginda dan ayahnya Abdul Mulim Baginda telah mendapati bahawa syarikat itu adalah syarikat misteri yang tidak diketahui punca perniagaannya.


(Abdul Razak dan isteri didakwa pemilik syarikat misteri di Hong Kong)

Terasasi, yang disenaraikan antara 142 syarikat di satu bangunan pada 3 Lockhart Road di Wan Chai Hong Kong cuma disenaraikan sebagai sebuah syarikat tempatan.

Terdahulu Asia Sentinel mendedahkan bahawa syarikat kontroversi tersebut telah digunakan untuk menerima duit komisyen sebanyak Euro 36 juta (RM144 juta) daripada pembelian kapal selam Scorpene daripada sebuah syarikat pertahanan Thales International yang berpusat di Perancis, yang lebih dikenali sebagai Thint Asia.

Wang tersebut, dakwa Asia Sentinel telah disalurkan ke akaun milik perdana menteri Datuk Seri Najib Razak.

Laman web tersebut berkata penyaluran dan pengendalian wang haram di Hong Kong adalah satu jenayah serius, dan mempercayai bahawa pihak berkuasa di Hong Kong sedang menyiasat dakwaan yang ditimbulkan terhadap Terasasi.

Laporan yang ditulis oleh John Berthelsen, Editor Eksekutif akhbar The Standard di Hong Kong turut mendapat perhatian media Hong Kong, Ming Pao.

Menurut Merdeka Review, Ming Pao telah melaporkan pada 7 April 2012, bahawa sebuah syarikat Hong Kong diheret dalam kes ini, di mana sebuah syarikat Perancis disyaki menyogok Najib Razak, Perdana Menteri Malaysia sekarang, yang menyandang jawatan Menteri Pertahanan ketika kes ini berlaku.

Hasil daripada usaha Suaram, skandal kes pembelian kapal selam Scorpene kini sedang didengar di mahkamah Perancis.

Temu ramah Najib
Majistret Perancis Roger Le Loire dan Serge Tournaire yang dilantik ke Tribunal Paris Grande de Instance telah memberitahu hasrat mereka untuk menemu ramah Najib dan orang kanannya satu ketika dulu Razak Baginda.

Bagaimanapun peluang untuk pihak berkuasa Perancis untuk menerumah perdana menteri daripada sebuah negara berdaulat atas kes rasuah adalah sangat tipis, walaupun persoalan ini akan merumitkan pelan Najib untuk melawat Eropah pada masa depan,” tulis John, sambil menambah beliau tidak pasti samada pihak berkuasa Perancis sudah meminta bantuan daripada Hong Kong untuk membantu siasatan mereka.

Selain orang kanan Najib, Razak Baginda juga dinamakan sebagai kekasih kepada Altantuya Shariibu yang dibunuh kejam di Shah Alam pada 2006 setelah d ikatakan datang menuntut komisyen daripada penjualan kapal selam yang dijanjikan kepadanya.

Di satu sidang Dewan Rakyat, telah didedahkan bahawa syarikat Perimekar Sdn Bhd telah menerima sebanyak Euro 114 juta (RM457 juta) sebagai komisyen pembelian kapal selam daripada satu anak syarikat Thales dan DCN, Armaris.

Perimeker pada masa itu adalah satu syarikat yang dimiliki KS Ombak Laut Sdn Bhd yang dimiliki oleh Razak Baginda dan isterinya Mazalinda.

Perimekar kini dimiliki 20 peratus setiap satu oleh LTAT and Boustead Holdings.

Menurut laporan Agence France Press (AFP), siasatan akan menjurus kepada tiga kontrak untuk kapal selam bernilai € 1.2 bilion, yang telah ditandatangani pada 5 Jun, 2002.

Berdasarkan dokumen, kontrak tersebut mempunyai dua bahagian. Menurut dokumen yang dikaji, kontrak yang dimeterai mempunyai dua komponen:

Pertama ialah penjualan dua kapal selam yang dibina oleh DCNS pembinaan kapal tentera laut Perancis dan Izar firma pembinaan kapal Sepanyol, € 920 juta;

Dan kedua ialah m
engenai penghantaran "sokongan logistik" dari sebuah syarikat Malaysia, Perimekar Bhd , bernilai € 114 juta, untuk melatih kumpulan pertama anggota TLDM seramai 200 orang.

Menurut AFP, perjanjian tersebut melibatkan komisyen RM457 juta yang dibayar ke Perimekar, kontrak C5 untuk bisnes kejuruteraan yang dimeterai pada Ogos 2000 antara DCNI, sebuah anak syarikat DCN dan Thales International Asia bernilai Euro 30 juta (RM132 juta).

Yang ketiga, ialah penjanjian rundingan yang ditandatangani pada Oktober 2000 antara Thint Asia dan Terasasi.

Menurut John, penyiasat Perancis sedang juga menyiasat satu invois yang dikeluarkan oleh Terasasi pada Ogos 2004 bernilai Euro 359,450 (RM1.44 juta) yang dihantar ke Thint Asia.

“Bagi penyiasat, perkara ini seolah-olah… menunjukkan bayaran yang dibuat ke Terasasi pada akhirnya tiba di tangan Najib, menteri pertahanan ketika itu atau Razak Baginda,” tambahnya.

Para penyiasat Perancis turut berkata Terasasi menerima bayaran daripada Thint Asia, termasuk satu bayaran berjumlah Euro 360000 (RM1.44 juta) yang disertakan dengan nota, “Razak hendakkan bayaran ini dibuat segera.”


“Tiada indikasi Razak mana yang dirujuk, Najib Razak atau Razak Baginda,” tulis beliau.

Dokumen di mahkahmah Perancis telah mendedahkan bahawa jumlah wang yang disalurkan daripada Thint Asia ke Terasasi ialah sebanyak Euro 3 juta (RM12 juta) ketika Terasasi masih di Malaysia dan Euro 33 juta (RM132 juta) tatkala ia menjadi syarikat di Hong Kong.


P/s: Kalau orang putih memanggil nama orang, misalnya Najib Razak, bahagian mana yang disebutnya, Najib atau Razak? 


Duniacacamarba

Indon IC 'Laminate' Boleh Menjadi Pengundi Bandar Tun Razak - laniismaa

 
 
Silap mata yang dibuat SPR, gelap mata kita dibuatnya. Inilah kerja Pengerusi SPR ahli UMNO yang tak kisah dia ahli UMNO.

Persoalan pertama, lihat IC si Mubin, kenapa ICnya seperti lesen kita yang sekadar di'laminate'? Adakah ini juga kerja JPN? Adakah ini IC palsu? Jikalau palsu kenapa si Mubin yang menggunakan kod kelahiran 67-Indonesia berada dalam daftar pemilih?? Boleh menjadi pengundi Parlimen Tun Razak. Sila semak SPR, KLIK!!

Sebagai rujukan ini adalah kod negara yang digunapakai JPN;

Indonesia : 61
India :75
Vietnam :68
Thailand : 67
Bangladesh : 79
Filipina : 65
China : 74
Myanmmar : 64

Lihat rupanya, jawab iklas hati, adakah dia benar-benar warganegara Malaysia. Kalau warganegara kenapa ICnya sedemikian...Alamatnya menunjukkan dia menduduki Rumah Pangsa Sri Sabah, rumah PPR. Mudah pula si Indon ini mendapat rumah PPR?? Siapa yang berikan??

Kita sedih kalau penipuan begini boleh berlaku kerana Pengerusi SPR ahli UMNO yang akan menjadi penipu untuk UMNO.

BERSIH 3.0 telah dilaksanakan, pelbagai pihak juga dengan pelbagai usaha juga dilaksanakan. Akhirnya kita perlu kembali kepada-Nya. Jangan minta laknat kepada yang melakukan penipuan tetapi kita minta hidayah untuk hatinya. Bob Kuman pun telah dipanggil-Nya, nanti tiba giliran semua!!!!


"Ini Semua Anjing Anwar Ibrahim" Ejek Polis Kepada Prof. Aziz Bari - Posted by Addin

 
Saya ditahan sekitar jam 350 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ. Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!". 
 
Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?

Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL. "Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah."

Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang polis turut mengejek kami: "Ini semua anjing Anwar Ibrahim'"


Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor.


Macam samseng


Pelik, adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh seorang anggota polis.


Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat.


Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor.


Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh.


Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, "awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal."


Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa


Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan. Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja.


Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai.


Tahanan ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu.


Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu.


Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu.


Apa yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu.


Dalam garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa. Ketika di Kelab Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu.


Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya "profesor".


Gambaran kebodohan dan ketakutan


Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan hentak kaki.


Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa.


Di Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi BERSIH.


Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM.


Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab.


Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka.


Sewaktu di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya.


Pesta pukul orang


Atau mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: "Wah hari ni polis berpesta pukul orang."


Saya sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat. Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak membeli tiket di stesen LRT.


Mereka berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama.


Ertinya hari itu polis geram dengan orang ramai. Polis sudah menjadi seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di sisi undang-undang. Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara.


Pasuka polis, sebagaimana cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera, perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang.


Tanggapan saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru dan tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya Dzaidin sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan yang paling korup di negara ini.


Sebab itu saya tidak hairan apabila polis gagal membezakan antara menjunjung undang-undang dengan mengampu atau mempertahankan Umno-BN.


Apa pun jika lihat gambar besar kita itu semua tidak memeranjatkan. Kalau para hakim dan anggota Suruhanjaya Pencegahan SPR yang dilindungi oleh perlembagaan secara jelas pun takut dengan Umno-BN siapalah anggota-anggota polis ini.
 
 
 

Seorang Kerabat Diraja Negeri Sembilan Gesa Hishamuddin Hussein Letak Jawatan?

 
Seremban: Seorang ahli kerabat diraja Negeri Sembilan menggesa Menteri Dalam Negeri Hishammuddin Hussein meletakkan jawatannya, dengan menyatakan bahawa beliau perlu bertanggungjawab sepenuhnya terhadap keganasan polis yang berlaku pada perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.

Bercakap di majlis ceramah “Jelajah Jom Ubah Demi Rakyat Negeri Sembilan” malam tadi di Seremban, Tunku Harmy Tunku Hannan berkata polis tiada alasan apa pun untuk melakukan keganasan.
Beliau berkata beliau berada di perhimpunan BERSIH 3.0 tersebut dari tengahari hingga 11 malam.

“Keadaan pada awalnya seperti kita pergi picnic di Port Dickson,” ujarnya di majlis itu. “Terdapat warga emas dan juga kanak-kanak. Saya tidak lihat sebarang niat yang serong di kalangan peserta perhimpunan.

“Pihak polis yang sepatutnya melindungi para peserta perhimpunan, sebaliknya mereka menjadi agresif dan memukul para peserta perhimpunan laksana segerombolan serigala.

“Anehnya ada di antara yang memakai baju Bersih tetapi pakai kasut boot. Ini menimbulkan kecurigaan di hati saya.

“Saya tidak dapat memikirkan teori lain selain dari (keganasan itu) telah dirancang rapi.


Hishammuddin perlu dipertanggungjawabkan terhadap kekacauan dan perlu meletakkan jawatannya dengan segera.”

Tunku Harmy juga menyifatkan Hishammuddin sebagai pengkhianat, mendakwa beliau yang bertanggungjawab memberikan IC kepada warga asing.

“Tak kisah samada MyKad itu tulen atau palsu. Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap keselamatan negara, beliau mesti dipertanggungjawabkan kerana membiarkan keadaan terlepas dari kawalan. IC diberikan kepada warga asing untuk (membantu BN) menang di dalam pilihanraya,” tambahnya.

“Pergi dan semak di Chow Kit, Selayang dan lain-lain tempat di Kuala Lumpur. Terdapat jumlah warga asing yang ramai berniaga memiliki MyKad.”

Lain-lain penceramah malam semalam termasuklah pengerusi DAP Negeri Sembilan Loke Siew Fook, Pesuruhjaya PAS Negeri Mohd Taufek Abdul Ghani dan Ketua PKR Rembau PKR Badrul Hisham Shaharin.

Namun penceramah utama malam tadi ialah bekas Menteri Penerangan, Abdul Kadir Sheikh Fadzir.





 

Kod negara kelahiran mengikut rekod JPN :

Admin x taulah IC ni IC palsu ke @ tak sebab nak kata palsu data ini wujud didalam SPR. Kod yang digunakan adalah 67 dan mengikut JPN

Kod negara kelahiran mengikut rekod JPN :

Indonesia : 61
India :75
Vietnam :68
Thailand : 67
Bangladesh : 79
Filipina : 65
China : 74
Myanmmar : 64

melihat kepada rupanya tak de pun rupa thailand....itu tak pe lagi dan menurut alamatnya dia menduduki rumah PPR..macam mana PR boleh dapat rumah disitu...

dan yg paling tak ble blah namanya wujud sebagai pengundi didalam SPR......adoiiiiiiiiiii....hanya berlaku di Malaysia BOLEH

p/s : menurut pengirim gambar ni tuan punya kad pengenalan ni pun tak boleh berbahasa Malaysia...

CUBA CHECK DI SPR http://www.spr.gov.my/
860407675019 — with Perdana Putra, Hafiz Zin, Dk Bro and Jentera Pas.

BERSIH 3.0: Beranikah Muhyiddin Dakwa Anwar Ibrahim?

 

Apakah Muhyiddin Yassin sanggup menempah bala apabila semasa himpunan Bersih 2.0, Presiden PAS, Abdul Hadi Awang ditangkap polis dan penyokongnya memberi amaran sesuatu yang buruk akan berlaku jika tidak dibebaskan dalam masa lima jam?

Beranikah anak Udin ini menahan Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim pula kununnya keganasan yang tercetus semasa Bersih 3.0 Sabtu lalu bukan daripada tindakan provokasi polis sendiri!

Ini nampaknya hanyalah kata-kata seorang pemimpin yang pengecut tidak berani menjelaskanfakta dan hujah sebaliknya hanya terus memfitnah dan berbohong semata-mata untuk terus berkuasa.

Kerajaan kununnya tidak pernah takut untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengerusi Bersama Bersih 2.0, Ambiga Sreenevasan kerana bertanggungjawab dalam penganjuran perhimpunan Bersih 3.0, Sabtu lalu.

Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan memandang serius insiden itu dan pastinya pihak yang bertanggungjawab tidak boleh terlepas daripada dikenakan tindakan undang-undang.

Menurutnya, Kabinet telah mengarahkan pihak berkuasa iaitu polis dan Peguam Negara supaya proses siasatan dilakukan dengan segera untuk mengukuhkan bukti sebelum tuduhan dibuat terhadap pihak terlibat.

“Setakat ini, seorang sudah dikenakan tindakan dan yang lain itu, kita tunggu untuk mendapatkan bukti kukuh bagi memastikan sama ada mereka terlibat secara langsung ataupun tidak.

“Soal mengumpulkan maklumat dan bukti berkaitan laporan insiden yang berlaku perlu mengikut peraturan undang-undang,” kata beliau pada sidang media selepas merasmikan Majlis Penyerahan Sumbangan Bola Sepak Berjaya Corporation, 7 Eleven dan Cosway Berhad di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jalan Junid di sini, hari ini.

Beliau berkata, ia bukan tuduhan dan mungkin masyarakat akan menimbulkan persoalan mengapa tidak tangkap orang itu dan orang ini.

Ini kerana katanya, dalam proses undang-undang perlu mempunyai bukti yang cukup sebelum sesuatu tindakan diambil.

“Dalam mesyuarat Kabinet semalam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak telah membuat keputusan dan meminta agensi yang bertanggungjawab (penguatkuasaan) untuk mengambil tindakan secepat mungkin.

“Kita sedar kebimbangan masyarakat yang merasakan insiden ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja dan boleh berulang lagi,” katanya.

Kata Muhyiddin, perhimpunan Bersih 3.0 lalu adalah insiden yang sangat mengaibkan negara kerana menyebabkan kerosakan harta benda, kecederaan pada anggota polis dan media yang bertugas membuat liputan.

“Insiden ini memberikan imej tidak baik kepada negara walaupun pihak penganjur beri jaminan perhimpunan akan berlangsung dalam keadaan aman dan selamat tetapi terbukti mereka gagal menunaikan janji.

“Kerajaan sudah putuskan tindakan yang bakal dikenakan terhadap mereka apabila bukti mencukupi dan berharap ia tidak mengambil masa yang terlalu lama,” katanya.

Dalam pada itu, laporan Bernama menyebut bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengalami kerugian RM1.828 juta akibat kerosakan harta benda dan aset ketika rusuhan pada perhimpunan Sabtu lalu.

Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri, Mahmood Adam berkata, selain mengalami kerugian fizikal, pihak polis juga terpaksa bersabar dengan maki hamun dan dicederakan oleh peserta perhimpunan tersebut.

"Kos kerugian ini sepatutnya boleh dielak dan digunakan untuk membiayai perkara-perkara yang lebih berfaedah sekiranya perhimpunan haram itu tidak berlaku," katanya dalam kenyataan.

Sehingga kini polis telah menahan 513 peserta perhimpunan kerana merusuh pada perhimpunan itu dan memburu 49 lagi.

Mahmood berkata, seramai 14,331 anggota dan pegawai PDRM dari pelbagai jabatan telah bertugas sepanjang perhimpunan itu.

Kementerian sangat prihatin di atas pengorbanan pihak polis dalam menjalankan tugas bagi menjamin keselamatan dan keamanan semasa perhimpunan tersebut, katanya.
 
 
Jalan Pulang

[PANAS] Fitnah Anti-Islam, NST Mohon Maaf daripada Senator Australia, Tarik Artikel Serta-Merta

 

[MK] The New Straits Times telah memohon maaf kepada senator Australia Nicholas Xenophon berhubung satu laporan yang mendakwa beliau membuat ucapan anti-Islam di Parlimen Australia pada tahun 2009.

Dalam satu kenyataan yang disiarkan di laman web NST hari ini, akhbar berkenaan berkata ia telah membuat "kesilapan besar" dalam menyiarkan kenyataan dalam artikel tersebut.

NST berkata, dalam ucapannya di Parlimen Australia yang dirujuk dalam artikel tersebut, Xenophon tidak menggunakan perkataan 'Islam' dan tidak pernah menegaskan Islam bukan sebuah pertubuhan agama tetapi sebuah organisasi jenayah yang bersembunyi di sebalik kepercayaan agama.

Atas sebab di atas, tambahnya, akhbar itu menarik balik semua kenyataan yang terkandung dalam artikel terhadap Xenophon dan memohon maaf kepadanya di atas sebarang kesusahan atau rasa malu yang disebabkan oleh artikel tersebut.

Akhbar itu juga telah mengeluarkan artikel tersebut daripada versi dalam taliannya berkuat kuasa serta-merta. 


P/s: NST sudah "melutut" minta maaf, TV3 dan blog pencacai bila nak mohon maaf daripada senator itu?


duniacacamarba

EDISI WANTED: POLIS CARIK KORANG!!!

 
 
ASP AZMI BIN AZIZ, PEGAWAI JABATAN SIASATAN JENAYAH D7A, IBU PEJABAT POLIS KUALA LUMPUR mintak tolong korang bawak suspek suspek ni.. Korang boleh email  azmiazizi@rmp.gov.my atau kol je 019-2602344 DAN 019-3872344. Gambar2 yang polis keluarkan kononnya nak carik.. eeerrrrmmm Rasanya klo gambar sesama polis keluar x? 






Ok.. korang tengok bebetul eh? Sedara ke, adik beradik ke, member sebelah umah ke..



Itu gambar 'pengganas' di kalangan orang awam.. Yang gambar pengganas berpakaian polis xmo letak WANTED gak ke?
 Pesanan : Satu Pages fb baru nama 'PR supporter' (khas kepada penyokong PR) telah diwujudkan oleh rakan blogger pada 19.2.2012. Sasaran 1 Juta sebelum 13 March 2013. Sila klik di sini http://on.fb.me/zKwAgs untuk join dan mohon jasa baik anda untuk disebar kepada kawan2 Fb anda. Terima kasih Mohon Like "Like" di bawah juga.

'Ini baju kuning tangkap' - Oleh: Dr Abdul Aziz Bari.

Saya ditahan sekitar jam 350 petang semalam dekat OCBC ketika hendak pergi basuh muka di paip di situ.

Penguatkuasa DBKL dan polis ramai-ramai keroyok saya dan menjerit: "Ini baju kuning tangkap!".

Saya tak kenal atau ingat identiti mereka tetapi saya terus diseret dan dimaki hamun.

Mereka kelihatan hendak mengejar orang lain tetapi bila mereka gagal mereka terus cekup saya hanya kerana saya pakai baju kuning BERSIH! Aneh. Sejak bila pakai baju kuning satu jenayah di Malaysia?

Itu sudah cukup jelas untuk memberi kita isyarat tentang integriti polis dan agensi lain termasuk DBKL.

"Tua tak sedar diri, dah tua duduk rumah sajalah." 
 
Itulah antara ejekan yang saya dengar sewaktu diheret oleh anggota polis
 untuk dikumpul di depan DBKL. Kemudian saya ada mendengar rungutan yang
 polis turut mengejek kami: "Ini semua anjing Anwar Ibrahim'"

Sewaktu diheret polis mengugut seorang petugas media yang cuba mengambil gambar saya ditangkap. Begitu juga ketika kami semua dikumpul dekat Kelab Diraja Selangor.

Macam samseng

Pelik, adakah undang-undang menyekat orang ambil gambar di negara ini? Seorang pelajar fotografi mengadu kameranya yang berharga ribuan ringgit dimusnahkan oleh seorang anggota polis.


Umumnya saya lihat polis bertindak ganas dan memihak kepada Umno-BN. Pada saya hari itu polis kelihatan macam samseng PERKASA. Mereka nampak jelas marah dengan Pakatan Rakyat.

Tetapi yang lucunya bila saya tinggikan suara dan tanya undang-undang apa yang mereka gunakan anggota polis tersipu-sipu dan cepat-cepat beredar. Ini berlaku ketika kami dihimpun macam pendatang asing dekat Kelab Diraja Selangor.

Itulah gelagat anggota polis berpangkat rendah yang mulanya cuba tunjuk garang dan samseng. Para pegawai mereka duduk jauh-jauh.

Pada satu peringkat saya jerit seorang pegawai supaya segera beri rawatan kepada seorang Orang Kena Tahan (OKT) yang terbaring kesakitan. Pegawai ini panik dan tak tahu buat apa-apa. Saya kata, "awak ada budi bicara dan kalau orang ini mati awak akan disoal."

Pegawai ini pucat tak terkata apa-apa.

Itu semua menunjukkan pasukan polis ini jahil dan keliru dan takut dengan kerajaan Umno-BN. Mereka hanya berani bila mereka bergerak dalam gerombolan. Mereka mungkin tak ada akses kepada Internet dan hanya dengar arahan bos mereka saja.

Sikap samseng dan mentaliti gerombolan pasukan polis ini kelihatan apabila ada tahanan baru sampai.

Tahanan ini akan dibawa melalui kumpulan anggota polis pangkat rendah dan ketika inilah anggota polis ini akan mengambil kesempatan mengejek dan memaki hamun tahanan yang sudah lemah longlai diheret itu.

Ada juga yang akan mengambil kesempatan menumbuk, menyepak dan menampar tahanan itu.

Pada satu tahap seorang anggota Unit Amal PAS yang sedia ditahan bersama kami diseret ke dalam gerombolan anggota polis itu. Riuh rendah kedengaran di sebalik van dan trak itu.

Apa yang kelihatan apabila anggota Unit Amal itu diseret kembali ke dalam kumpulan, beliau lembik; mungkin telah dipukul oleh anggota-anggota polis yang menyeringai macam singa dalam kandang menunggu mangsa itu.

Dalam garang dan samseng itu polis ini tidak tahu apa-apa. Ketika di Kelab Diraja Selangor, saya lihat pihak polis panik bila kami ramai-ramai tanya sama ada kami ini ditahan atau ditangkap. Maklumlah konstabel dan koperal apa tahu.

Pegawai pun tidak berani duduk dekat sebab ada OKT yang tanya soalan dalam bahasa orang putih. Lucu. Masa di DBKL seorang sarjan yang tadinya kasar dan sombong mula berlembut apabila makin ramai di kalangan tahanan yang panggil saya "profesor".

Gambaran kebodohan dan ketakutan

Sewaktu di Pulapol, Ketua CID Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin ada datang. Bukan main lagilah Cawangan Khas (SB) dan komando polis mengiringi dia. Begitu juga pegawai-pegawai lain yang datang bersama. Berdesup-desup mereka tabik dan hentak kaki.


Itulah agaknya gambaran kebodohan dan ketakutan mereka. Ikut perintah orang atas tak kira apa.

Di Pulapol peguam tak dibenarkan masuk langsung. Dan suasana dalam khemah kelam, di situ tak teratur. Pihak polis macam tak pasti apa yang perlu dibuat sedangkan ini bukan kali pertama mereka menangani demonstrasi BERSIH.

Ini jauh berbeza dengan imej tenteram yang cuba ditunjukkan oleh media milik Umno-BN termasuk RTM.

Satu lagi yang saya nampak ialah majoriti anggota polis yang bertugas ialah Melayu. Ada segelintir India dan Cina. Tapi yang bongkak, sombong dan ganas ialah Melayu dan India. Mereka inilah yang bongkak dan ganas. Anggota Cina amat tertib dan beradab.

Para pegawai meskipun ramai Melayu tidaklah sombong sangat. Mungkin kerana mereka mudah dikenali melalui uniform mereka.

Sewaktu di Pulapol saya dibawa ke meja Cawangan Khas (SB). Meskipun saya ditanya soalan-soalan yang saya kira aneh, ia tidak lama. Saya tidak tahu kenapa. Mungkin kerana mereka tidak mahu berdebat dengan saya.

Pesta pukul orang

Atau mungkin mereka simpati. Mereka ada bertanya sama ada saya disakiti. Saya kata saya cuma sakit hati. Saya sempat sebut pada mereka: "Wah hari ni polis berpesta pukul orang."


Saya sakit hati kerana polis tidak peduli hak asasi rakyat. Buktinya cukup banyak. Ada yang mengadu dicekup sewaktu sedang makan dalam dalam restoran. Ada yang ditangkap ketika di lobi hotel. Dan ada juga yang ditahan ketika dia hendak membeli tiket di stesen LRT.

Mereka berada jauh dari Dataran Merdeka yang diisytihar kawasan larangan. Mereka juga sudah bersurai. Mereka dipukul dan diheret oleh polis hanya kerana mereka pakai baju kuning. Malah ada yang tidak pakai baju kuning pun dicekup sama.

Ertinya hari itu polis geram dengan orang ramai. Polis sudah menjadi seolah-olah kaki pukul Umno-BN dan gerombolan anti-Bersih. Ini salah di sisi undang-undang. Apa lagi perlembagaan sebagai undang-undang tertinggi dan utama negara.

Pasuka polis, sebagaimana cabang-cabang perkhidmatan awam yang lain termasuk angkatan tentera, perlu bersikap berkecuali dan menjaga undang-undang.

Tanggapan saya terhadap polis, khususnya selepas BERSIH 3.0, mereka jahil, keliru dan tertekan. Akhlak mereka juga rendah. Ini ternyata bila Suruhanjaya Dzaidin sendiri merakamkan bahawa pasukan polis antara agensi kerajaan yang paling korup di negara ini.

Sebab itu saya tidak hairan apabila polis gagal membezakan antara menjunjung undang-undang dengan mengampu atau mempertahankan Umno-BN.

Apa pun jika lihat gambar besar kita itu semua tidak memeranjatkan. Kalau para hakim dan anggota Suruhanjaya Pencegahan SPR yang dilindungi oleh perlembagaan secara jelas pun takut dengan Umno-BN siapalah anggota-anggota polis ini.

Sumber: Malaysiakini.

 

Ingatkan kereta polis je rosak, kereta milik orang awam juga jadi mangsa..

LAGI MANGSA SERANGAN FRU SEMASA BERSIH 3.0

LOKASI: HADAPAN DATARAN MAYBANK
WAKTU: ENTAH, X PULAK PENGHANTAR EMAIL BAGITAW
MANGSA: DENGARNYA CEDERA RINGAN

*Video disertakan. Sila klik http://bit.ly/IpTk2T

Ingatkan kereta polis je rosak, kereta milik orang awam juga jadi mangsa.. 
 
Apa cher Ni?
 

WANTED by The CITIZEN of BERSIH "

 
...gambar Bangsat ini sedang di edarkan " WANTED by The CITIZEN of BERSIH "