Followers

Sunday, January 2, 2011

INI BUKAN BUKTI? One Malaysia Sama One Israel ??

JANGAN JADI BARUA ZIONIST ISRAEL

SELANGOR TERUSKAN LARANGAN LOGO SATU MALAYSIA

Kerajaan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor tidak akan menarik balik larangan penggunaan logo satu Malaysia pada papan tanda dan iklan di negeri ini meskipun mendapat bantahan daripada pelbagai pihak sebelum ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Ronnie Liu berkata, larangan pengunaan logo itu akan dilaksanakan oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) di seluruh negeri ini sehinggalah kerajaan negeri membuat keputusan mengenai perkara itu pada mesyuarat Exco negeri minggu depan.

Bagaimanapun katanya, buat masa ini kerajaan negeri hanya menangguhkan sementara pelaksanaan larangan tersebut termasuklah tindakan kompaun serta menurunkan logo satu Malaysia di premis seluruh kawasan pentadbiran di negeri ini.

KAH KAH KAH
KAH KAH KAH
KAH KAH KAH


woit…. SELANGOR BUKAN WILAYAH ZIONIS…. kah kah kah…

woit… SELANGOR BUKAN WILAYAH APCO….. kah kah kah..

kah kah kah….SELANGOR BUKAN DI BAWAH NATHANYAHU… kah kah kah…

woit…APA BENDANYA SATU MALAYSIA NI?.... kah kah kah..

kah kah kah…SELAMA INI ADA BERAPA MALAYSIA…. kah kah kah

woit… ISRAEL BUAT SATU ISRAEL KERANA RAMAI YAHUDI TAK NAK DATANG KE ISRAEL….. kah kah kah…

kah kah kah….APA HAL PULAK NAK TIRU ZIONIS ISREAL?.... kah kah kah..

woit..PASAL APA BANGANG SANGAT ... kah kah kah

KENYATAAN MEDIA “PELANTIKAN KHUSRIN SUATU AGENDA RAMPASAN KERAJAAN LANUN UMNO-BN”

KENYATAAN RASMI


Perlantikan Datuk Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri, yang berkuat-kuasa pada hari ini haruslah dikaji semula dengan segera. Sebagai seorang Setiausaha Kerajaan Negeri, penilaian dan kelebihan pada kredibiliti dan rekod kerja yang baik adalah amat penting. 
Namun, nampaknya perlantikan Khusrin tidak berdasarkan penilaian terhadap rekod dan pencapaiannya dan hanya melalui ‘pintu belakang’ serta ihsan ‘kabel besar Putrajaya’.

Kini, sekuel politik kotor kerajaan Pusat ini semakin terdedah kecacatannya apabila perkara asas perlantikan ini sendiri dikesampingkan sewenangnya, semata-mata mahu mendahulukan matlamat politik berbanding kepentingan rakyat Selangor. 
Jika tidak masakan seorang yang diketahui telah mencemarkan Jabatan Agama Islam Selangaor (JAIS) masih dilantik sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri? Tindakan biadab ini membuktikan bahawa kerajaan Pusat Umno-Bn sengaja mahu menganiaya rakyat negeri Selangor.

Ketandusan wang negara kerana ‘membiayai’ politik janji PM, 111 juta Permata dan projek RM 500juta Menara Warisan nampaknya telah memaksa kerajaan Umno-BNbertransformasi menjadi Kerajaan Lanun Black Pearl sehingga terpaksa menghantar agen untuk merompak wang rakyat di negeri-negeri pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat pula. 
Ini jelas membuktikan bahawa perlantikan Khusrin adalah suatu agenda rampasan oleh Kerajaan Lanun Umno-BN. Maka, Selangor harus segera diselamatkan daripada agenda kotor lanun kolar putih Kerajaan Lanun Umno-BN ini.

Andai Kerajaan Lanun Black Pearl musnah dengan strategi makan tuan, begitu juga nasibnya dengan kerajaan Umno-BN yang nampaknya kini umpama di tali gantung sahaja kedudukannya. 
Jika benar perlantikan Khusrin adalah strategi terbaru PM Najib, yang juga selaku Pengerusi Umno Selangor, saya percaya, pemimpin Pakatan Rakyat tidak gentar kerana kami yakin, rakyat Selangor matang dan tahu siapa yang berjasa, dan siapa yang merompak.

Malah, sebagai seorang mantan Pengarah JAIS, Khusrin sendiri pastinya sedar akan kemampuan dan kelayakannya dan sepatutnya telah menolak tawaran jawatan ini sejak awal. 
Maka, saya menggesa agar Khusrin segera tampil memberi penjelasan agar dakwaan bahawa beliau sebagai agen dan ‘puppet’ pihak tertentu dapat disangkal, sekaligus membersihkan nama dan memulihkan integritinya selama ini.

Sekian. Terima kasih.


YB ZURAIDA BINTI KAMARUDDIN
AHLI PARLIMEN AMPANG
MERANGKAP KETUA WANITA KEADILAN

Surau dan masjid Selangor : Tak pakai baju dan seluar dalam ?

Ada kawan-kawan bertanya, jika memakai pakaian luaran tetapi tidak memakai baju dalam atau seluar dalam, seseorang itu boleh tak berada di perkarangan surau atau masjid di Selangor?

Kasihan YB Ahli Parlimen Serdang.

Tidak sahaja yang bukan Islam, penganut Islam pun tertanya-tanya dengan 'ajaran baru' Jabatan Agama Islam Negeri Selangor ni.

Eloklah JAIS keluarkan panduan dan peraturan supaya kekeliruan masyarakat dapat diatasi.

Setelah 1432 tahun, Islam kelihatan semakin bercabang. Tak salah jika ada masyarakat antarabangsa yang melihat Islam sebagai membimbangkan.

Saya teringat sekitar tahun 1970-an dan 80-an. Ramai pelancong wanita yang masuk ke dalam Masjid Negara di Kuala Lumpur dengan pelbagai fesyen pakaian mereka.

Beberapa bulan yang sudah, saya melihat senaman Tai Chi dilakukan oleh masyarakat wanita Melayu di perkarangan Masjid Sultanah Bahiyah Alor Setar.

Apa yang kita tahu, Islam telah berada di seluruh dunia. Bukan sahaja di Malaysia. Islam adalah satu tamadun yang cukup tua. Sama tuanya dengan kewujudan manusia.

Entahlah. Adat mahu dijadikan agama atau agama mahu dijadikan adat.

Jangan menjual beli agama kerana politik sudahlah.

1DUNIA SUDAH HEBOH.... HOI..BILA NAK JAWAB..!? / Dicatat oleh YB Anuar Sudin


Bukan sahaja 1Malaysia tahu malah 1Dunia pun sudah heboh.
  • Kalau berita itu tidak betul, sila nafikan.
  • Kalau berita itu benar, PM mesti ambil tindakan.
  • Kenapa Menteri ini berdiam diri ?
  • Kenapa Najib berdiam diri ?

KERAJAAN PERPADUAN: Apa Perasaan PAS Kalau PKR dan DAP Berjumpa UMNO dalam Gelap?


Juak2 UG mempersoalkan, apa salahnya berjumpa dengan UMNO dalam gelap? Antara hujjah mereka yang awal adalah:

1.0 Apa salahnya berjumpa dalam gelap?
2.0 Keputusan bukan dibuat oleh Presiden, Timbalan Presiden dan Mursyidul Am
3.0 Nabi SAW pernah buat perjumpaan rahsia
4.0 Ustaz Fadzil pernah berbincang empat mata dengan Dr Mahathir
5.0 Agenda UG tidak diperbincangkan dalam perjumpaan tersebut
dan banyak lagi alasan-alasan yang tidak berasas yang digunakan untuk menjustifikasi perjumpaan dalam gelap 2.

YANG PASTI PERJUMPAAN DALAM GELAP 2 BERLAKU

Apa yang dilakukan oleh Blogger2 UG ini hanyalah satu, yakni mengkonfirmasi bahawa pertemuan dalam gelap 2 ini benar-benar berlaku.

Ertinya puak2 pro UG juga mengakui berlakunya perjumpaan dalam gelap yang kedua.

ALASAN-ALASAN YANG MEMUALKAN

Alasan2 yang diberikan oleh puak-puak perpaduang amatlah memualkan. Seolah-olah mereka mahu mengecilkan keupayaan berfikir majoriti ahli-ahli PAS.

Untuk menjawab hujjah mereka dengan cara yang mudah, saya mengajukan satu soalan:

Apa Perasaan PAS kalau PKR dan DAP Berjumpa Dengan UMNO Dalam Gelap?
Sedar atau tidak bahawa UMNO ini sepatutnya musuh PAS. Di samping itu UMNO adalah musuh PKR dan musuh DAP.

Pemimpin-pemimpin tertinggi PAS telah berbincang di dalam gelap dengan pemimpin2 musuh kepada rakan-rakan PAS.

Apa punya kawan kalau kawan bercakap dalam gelap dengan musuh kita?

Lupakah anda UMNO bukan setakat musuh, mereka juga zalim dan bongkak.

Bayangkan apa perasaan balu Ibrahim Libya apabila pemimpin2 PAS berbincang dalam gelap bersama orang yang bertanggungjawab terhadap kematian suami beliau.

Begitu juga dengan puluhan ribu ahli dan penyokong PAS serta rakan PAS yang telah dizalimi dan difitnah oleh UMNO. Bayangkan perasaan mereka.

Tulang Besi

TERKINI: Bekas MB Berzina ? UMNO Halalkan Zina - Share Oleh: MALAYSIALEAKS


Ahad, 02 Januari, 2011-TINDAKAN Mantan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Abdullah Badawi (Tun) bersubahat menyembunyikan kes 376 Kanun Keseksaan yang dilakukan oleh Menteri Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan, (Februari 2006 sehingga 15 Februari 2008) Datuk Seri Utama Rais Yatim pada 2007 merupakan tindakan tidak bermaruah Perdana Menteri ketika itu.

Selain kes Datuk Rais Yatim, Pak Lah juga menyembunyikan kes perzinaan Menteri Besar Perlis, Datuk Seri Shahidan Kassim dengan membenar beliau bertanding dalam pilihanraya umum ke 12 telah menandatangani watikah perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis sekalipun tanpa persetujuan Raja Perlis.

Ketika itu, Pak Lah meresetui perzinaan antara Shahidan dengan seorang gadis sehingga gadis tersebut mengandung dan Shahidan memaksa gadis berkenaan menggugurkan kandungan.

Murut fakta kes, mangsa telah bertemu Pak Lah bersama Doktor yang menggugurkan kandungannya dan beberapa VIP yang mengetahui Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah enggan mendengar aduan mereka kerana begitu sayang kepada Shahidan.

Perkara ini bukan rahsia lagi kerana semua jemaah menteri tahu Skandal Seks Shahidan, namun Pak Lah mempertahankan Shahidan atas sebab yang tidak diketahui.

Walaupun selepas 10 Adun telah menulis surat rasmi kepada Pak Lah untuk menolak kepimpinan dan perlantikan Shahidan sebagai Menteri Besar Perlis, namun Pak Lah mengganggap sepuluh adun berkenaan memfitnah Shahidan.

Bahagian Penerangan UMNO Perlis telah menghubungi Bernama Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Shahidan akan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar Perlis di Istana Raja Perlis di Kuala Lumpur ketika itu.

Menurut satu sumber, Hashim Suboh yang memainkan peranan sebagai jurucakap media Shahidan dan mengetuai pakatan untuk menjatuhkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Mohd Radzi bagi membolehkan Shahidan mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar dan enggan mendengar nasihat dan pandangan menteri kanan seperti Radzi.

Ketika itu, Shahidan telah mengarahkan Hashim memungut nama para pemberita dan wartawan yang membantu beliau dalam kempen pilihanraya umum ke 12 lalu dengan menjanjikan Pakej Umrah secara percuma.

Mereka ini mengatakan bahawa Tuanku Raja Perlis lembut hati dan akan tetap melantik Shahidan sebagai Menteri Besar.

Menurut maklumat daripada sumber terdekat dengan Istana bahawa pada hari tersebut sahaja, Shahidan telah berulang alik sebanyak tiga kali dari Kuala Lumpur ke Perlis untuk mengejar Raja Perlis agar merestui perlantikannya sebagai Menteri Besar.

Namun, Baginda Raja Perlis masih enggan menandatangani Watikah Perlantikan Shahihan atas sebab kebejatan moral walaupun Pak Lah telah memberi watikah sendiri kepada Shahidan dan meminta Shahidan berundur.
Selain skandal seks berkenaan, Shahidan turut terpalit dengan pelbagai skandal kerana disifatkan ramai pemimpin Perlis sebagai 'Beraja Di Mata dan Bersultan Di Hati.'

Tanpa mempedulikan Skandal Seks Shahidan, UMNO Malaysia pula menghalalkan perlakuan zina dengan melantik Shahidan sebagai Timbalan Badan Perhubungan UMNO Perlis pada 27 Disember 2010.

Selain kebejatan moral pemimpin UMNO Semenanjung, Pak Lah turut melindungi Skandal Seks pemimpin UMNO Sabah dan berkenan memilih mereka sebagai calon yang bertanding pada pilihanraya umum Mac 2008.

Adun Lahad Datu, Datu Nasrun Datu Mansur (Datuk) terpalit juga dengan Seksyen 376 Kanun Keseksaan dengan isteri orang yang juga bekas pekerja di syarikat guamannya.

Walaupun Nasrun telah membayar sejumlah RM500,000 kepada suami mangsa dan mangsa telah menarik balik laporan polis, namun kes berkenaan telah ditutup begitu sahaja, termasuk Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sehingga ramai penduduk Lahad Datu beranggapan bahawa ‘Rogol’ bukanlah kes jenayah kerana boleh ditutup sekalipun semua bukti telah terdedah.

Seorang lagi Adun yang mengalami kebejatan moral yang dipilih bertanding mewakili UMNO ialah Adun Tempasuk, Datuk Haji Musbah Jamli yang mempunyai Skandal Seks dengan pembantu rumah dan adik iparnya serta mempunyai kes dengan BPR, namun Pak Lah telah memilih beliau mewakili Tempasuk.

Manakala seorang lagi Adun yang pernah menjadi banduan di Indonesia, Datuk Haji Harman Mohammad yang dibenarkan bertanding di DUN Sulabayan, Sabah sekalipun beliau tidak layak kerana baru setahun dibebaskan daripada penjara Indonesia (atas ehsan UMNO) sedangkan Anwar terpaksa menunggu selama lima tahun sebelum boleh aktif dalam politik.
  
sumber: sabahkini.net
PDF Print E-mail
 

Panas: Isu 'Menteri Rogol Amah Indonesia', Kenapa Kerajaan UMNO BN Masih Terus Biarkan Bapak Menteri Itu Berkuasa Jika Benar Beliau Terlibat !!

Di ambang tahun 2011 baru-baru ini, kita dikejutkan dengan satu laporan yang dibuat oleh WikiLeaks berkenaan kecurangan seorang "bapak menteri" yang dikatakan telah merogol amahnya. 

Ramai yang tidak menyangka kejadian ini berlaku diketika kontroversi babitkan pekerja warga Indonesia di negara ini belum selesai. 

Skandal menteri UMNO rogol amah itu kini bukan lagi menjadi rahsia kepada rakyat Malaysia dan Indonesia. Tambahan pula, laman blog sabahkini telah mendedahkan wajah amah terbabit yang dikenali sebagai Robengah (foto). 

Laman itu juga menyiarkan nama menteri berkenaan serta laporan bertulis yang dibuat oleh sebuah NGO yang menjaga kepentingan pekerja Indonesia, Migrant Care yang menyiasat kes ini sejak Julai 2007 lalu. 

Ini kerana, selepas didedahkan menerusi temubual dengan Country Coordinator Migrant Care, Alex Ong mengenai penyiasatan Migrant Care. Alex mengesahkan laporan itu dan mengesahkan Migrant Care telah membuat siasatan terperinci mengenainya pada bulan Julai 2007. Pada 1 Ogos 2007, Alex bersama dua lagi pemimpin Migrant Care telah menandatangani satu kenyataan media mengenai kes mangsa rogol yang berkenaan. 

Malah, blog-blog pro UMNO sendiri mahukan menteri terbabit dikenakan tindakan sewajarnya dengan segera. Soalnya, siapakah "bapak menteri buaya" berkenaan?. Khabarnya, beliau telah diangkat sebagai menteri ketika zaman Pak Lah lagi. 

Inilah yang mengejutkan, apabila PM Najib Razak terus mengekalkan individu terbabit sebagai menteri, sedangkan perangainya itu tidak melayakkan beliau untuk berada dalam kabinet. 

Apakah, ini imej yang mahu dipertontonkan kepada rakyat agaknya. Pemimpin yang rasuah, pengkhianat dan perogol mahu terus diangkat oleh UMNO BN.

[Harapan kita agar, menteri berkenaan segera diambil tindakan. Jika tidak, sudah pasti rakyat akan memberontak dan terus menolak UMNO BN dalam pilihanraya umum akan datang. 

Inilah impak besar yang bakal diterima oleh kerajaan UMNO BN jika terus cuba untuk mempertahankan kecurangan puak-puak mereka sebenarnya. Siapakah menteri berkenaan, inilah yang bermain difikiran rakyat sekarang ini. 

Khabarnya beliau berketurunan "Minangkabau" dan pernah "membakar jambatan UMNO" satu ketika dulu. Namun kini beliau telah kembali menjilat segala ludah-ludahnya selepas mendapat kembali jawatan dan kuasa. Semoga pendedahan demi pendedahan akan menyebabkan menteri berkenaan "kepanasan"bagai cacing" hendaknya selepas ini.  
Pastikan beliau terduduk dan terhumban ke lembah kehinaan jika beliau terus dan masih rakus untuk terus berkuasa !!].

sumber: pahang daily online

Pengarang Utusan Malaysia sudah tidak punya prinsip, maruah dah harga diri - NUJ

NUJ Malaysia ingin mengucapkan selamat tahun baru kepada semua pengamal media di negara ini dan diharapkan tahun ini kita akan dapat menikmati kebebasan media yang sebenar bagi memastikan orang ramai mendapat maklumat yang benar dan seimbang.
Kesatuan juga meminta pengarang-pengarang di media perdana terutama Utusan Malaysia, New Straits Times, Berita Harian dan The Star agar kembali kepada fungsi dan matlamat sebenar media iaitu untuk menyampaikan maklumat kepada orang ramai dan bukan sebagai alat propaganda kepada kerajaan, mana-mana parti politik dan individu-individu tertentu kerana kepentingan peribadi.

Kejatuhan edaran akhbar media perdana seperti yang di umumkan oleh Audit Bureau of Circulations (ABC) jelas membuktikan bahawa orang ramai terlalu muak dengan isi yang disajikan di dalam akhbar-akhbar tersebut yang bukan sahaja tidak membina minda tetapi penuh dengan propaganda buruk serta akhbar-akhbar ini boleh dikategorikan sebagai akhbar murahan tidak mempunyai harga diri serta maruah kerana para pengarang mengenepikan serta menguburkan nilai-nilai murni tujuan asal akhbar itu diterbitkan.

Utusan Malaysia yang pernah edarannya mencapai 350,000 sehari kini hanya menjadi alat propaganda kerajaan dan memainkan isu-isu perkauman serta cuba mencetuskan pertelingkahan di antara kaum di negara ini.

Ketua Pengarang dan pengarang-pengarang di Utusan Malaysia sebenarnya adalah pengarang yang tidak mempunyai prinsip, harga diri dan maruah kerana hanya hendak mempertahankan kedudukan dengan gaji puluhan ribu ringgit oleh sebab itulah sentiasa tunduk kepada tuan-tuan politik yang hanya mahu mempertahankan kuasa mereka dengan menggunakan Utusan Malaysia sebagai alat propaganda.

Sehubungan itu NUJ Malaysia menyeru ketua pengarang dan pengarang-pengarang di Utusan Malaysia agar kembali kepada matlamat utama penubuhan akhbar itu pada awal penubuhannya.

NUJ Malaysia juga meminta pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap Ketua Pengarang dan pengarang-pengarang di Utusan Malaysia yang jelas cuba mencetuskan pertikaian perkauman di negara ini berikutan beberapa isu perkauman yang dimainkan.

Kegagalan pihak berkuasa untuk mengambil tindakan terhadap Ketua Pengarang dan pengarang-pengarang di Utusan Malaysia menunjukkan mereka juga terlibat dalam agenda untuk mencetuskan pertikaian perkauman di negara ini oleh sebuah akhbar yang boleh dianggap sebagai akhbar rasis dan tidak bermaruah.

*Kenyataan media oleh Hata Wahari (gambar) selaku Presiden NUJ Malaysia 
 
sumber: mimpi senja

Saturday, January 1, 2011

Dr Aziz Bari : Perlantikan SUK, Putrajaya Tidak Ada Kuasa !!

SHAH ALAM 1 JAN : Pakar Undang-Undang Profesor Dr Aziz Bari menegaskan Putrajaya tidak mempunyai kuasa untuk menghalang Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah untuk menerima dan memberi perkenan kepada calon kerajaan negeri Selangor untuk mengisi jawatan Setiausaha Kerajaan Negeri.

Beliau berkata Undang-Undang Tubuh Negeri jelas menyebelahi kerajaan negeri dalam perlantikan jawatan itu.    

"Kalau kita lihat pindaan yang dibuat oleh pentadbiran Tun Mahathir Mohamad tahun 1994, menimbangkan nasihat bermaksud menerima nasihat. Jadi undang-undang sebenar adalah sultan perlu menerima dan mendengar Menteri Besar," katanya.

Aziz menjelaskan krisis hari ini berlaku ekoran kerakusan Umno-Barisan Nasional meminda Perlembagaan dan memperkasakan kedudukan Eksekutif dengan menghadkan kuasa Raja-Raja Melayu.

Berdasarkan pengamatannya, Aziz berkata undang-undang jelas sekali memihak kepada Kerajaan Negeri Selangor dalam isu ini.

"Samada pindaan yang dibuat itu tidak sah, ataupun kuasasultan yang menjadi pemutus. kedua-dua perkara ini tidak menguntungkan Umno. kalau melihat kepada pindaan itu, ia menunjukkan tan sri khalid adalah betul," katanya.

Pakar perlembagaan ini menjelaskan Undang-Undang Tubuh Negeri telah meletakkan amalan yang sepatutnya dipatuhi oleh semua pihak berkenaan.

Artikel 52 (4) menegaskan Setiausaha Kerajaan Negeri harus mengangkat sumpah di hadapan Menteri Besar Selangor. Ia tidak menyatakan individu berkenaan harus mengangkat sumpah di hadapan Sultan.

"Kuasa melantik semenangnya di tangan Sultan, tetapi Sultanperlu meneliti cadangan dari suruhanjaya berkenaan. Sebelum itu,Sultan harus mendengar nasihat menteri besar," katanya.

"Kerajaan pusat tidak ada peranan atau kuasa. apa yang disebutkan oleh Datuk Khir Toyo mungkin apa yang berlaku di zaman Umno sahaja..yang mungkin formaliti sahaja. tetapi kalau berdasarkan perlembagaan, kerajaan persekutuan tidak mempunyai peranan," katanya lagi.

Aziz juga menyokong gesaan supaya wakil-wakil rakyat Selangormengadakan sidang tergempar membantah campurtangan Kerajaan Pusat.

"Ya ia wajar kerana kalau kita lihat Parlimen meluluskan usulprihatin ke atas isu Sultan Johor pukul coach hoki. Jadi tidak adamasalah sekiranya sidang khas diadakan dan membincangkan situasi yang berlaku ini," katanya lagi.

TVS

Siasat Rais Yatim Dengan Segera!

Laman web dedah gambar mangsa rogol menteri Gambar: Pembantu rumah yang ditemuramah oleh Migrant Care yang dikatakan menjadi mangsa keganasan menteri yang bernama Rais Yatim. KUALA LUMPUR, 31 Dis: Kisah tentang menteri yang didakwa merogol pembantu rumahnya tidak boleh disembunyikan lagi apabila sebuah laman web menyiarkan gambar mangsa rogol tersebut semalam.Laman web itu, Sabahkini.net, juga turut menyiarkan kenyataan seorang pemimpin PKR Sabah agar menteri berkenaan meletakkan jawatan. Laman itu juga menyiarkan nama menteri berkenaan serta laporan bertulis yang dibuat oleh sebuah NGO yang menjaga kepentingan pekerja Indonesia, Migrant Care yang menyiasat kes ini sejak Julai 2007 lalu.

Blogger Rocky Bru atau nama sebenarnya Ahiruddin Atan pula membandingkan negara Yahudi Israel pernah memenjarakan menterinya yang didapati bersalah merogol pembantunya.

Namun, tulis Rocky, laporan yang dibuat pada tahun 2007 itu dipercayai diperap sahaja oleh Perdana Menteri ketika itu.

"Tak boleh biar orang tuduh pemimpin kita melakukan jenayah terkutuk tanpa siasatan. Tapi pasal kita dah tak siasat dan kes tu dah terpendam, sekarang ni tampak macam kita telah cuba mengabui mata rakyat," tulis Ahiruddin dalam blognya.

Sebelum ini, Ahirudin pernah disiasat oleh Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (SCMM) ekoran tindakannya mendedahkan dalam blognya anak seorang menteri mendapat projek dari kementerian yang dijaga oleh menteri berkenaan.

Sementara itu, Ketua Unit Media Baru Pemuda Umno, Tun Faisal mahu menteri yang merogol pembantu rumahnya itu diambil tindakan.

Tun Faisal yang menjawab pertanyaan seorang rakan twitter berkata, "ambik tindakan, apa masalah." apabila ditanya "@tunfaisal mcm mana dgn menteri rogol.apa cer?"

Harakahdaily sebelum ini sudah empat kali menyiarkan cerita ini termasuk tiga pendedahan mengenainya.

Ini kerana, selepas didedahkan oleh WikiLeaks dan laporan oleh Ahiruddin Atan melalui blog Rocky Bru nya, Harakahdaily menebual sendiri Country Coordinator Migrant Care, Alex Ong mengenai penyiasatan Migrant Care.

Alex mengesahkan laporan itu dan mengesahkan Migrant Care telah membuat siasatan terperinci mengenainya pada bulan Julai 2007.

Pada 1 Ogos 2007, Alex bersama dua lagi pemimpin Migrant Care telah menandatangani satu kenyataan media mengenai kes mangsa rogol yang bernama Robengah ini.

Kenyataan ini kemudiannya didedahkan semula oleh NGO Tenaganita pada 27 Disember lepas apabila kes ini timbul semula ekoran pendedahan WikiLeaks. -harakahdaily



PKR DESAK RAIS YATIM LETAK JAWATAN

PARTI Keadilan Rakyat Sabah mendesak Menteri Komunikasi, Multimedia dan Warisan, Datuk Seri Rais Yatim meletakkan jawatan SERTA MERTA dan mencabar Peguam Negara, Tan Sri Gani Patail menjalankan siasatan dan mendakwa Rais di mahkamah atas kesalahan melakukan jenayah di bawah Seksyen 376, Kanun Keseksaan; sebagaimana yang didedahkan Wikileaks.

Ketua Cabang PKR Silam, Johani Abdul Halim ketika menghubungi Sabahkini.net sebentar tadi kesal kerana Kabinet Malaysia di era Pak Lah melindungi menteri berkenaan yang telah mencemarkan kesucian agama Islam, menjatuhkan imej Negara dan melakukan jenayah rogol terhadap pembantu rumahnya pada 2007.

“Jika pemimpin yang rendah moral seperti ini dilindungi, maka ramai lagi akan bertindak mencemarkan imej Malaysia di mata dunia. Jika pemimpin Pakatan Rakyat dilemparkan pelbagai tuduhan, kini tibalah masanya pemimpin UMNO/BN membuktikan kejujuran dan ketegasan mereka membanteras jenayah,” ujar Johani yang kesal kerana Mantan Perdana Menteri tergamak bersubahat menutup kegiatan sumbang yang dilakukan oleh menteri kabinet.

Johani memuji sebuah NGO, Migrant Care yang dilaporkan telah menemuramah pembantu rumah yang menjadi mangsa keganasan seksual Rais sebagaimana laporan yang didedahkan Wikileaks.

Sehubungan itu, Johani turut mencadangkan agar gelaran ‘Datuk Seri’ Perogol berkenaan ditarik balik kerana mencemarkan duli Sultan yang menganugerahkan pingat kebesaran berkenaan.

Selain daripada Rais, seorang menteri Kabinet Sabah juga dikatakan mempunyai Skandal Seks dengan gadis bawah umur sejak dua tahun lalu namun didiamkan oleh ibu bapa dan keluarga gadis kerana bimbang dengan pengaruh menteri berkenaan dan setelah mendapat imbalan yang cukup besar.

Manakala seorang Pembantu Menteri yang masih berkhidmat di Sabah juga mempunyai rekod merogol pembantu rumah dan adik iparnya namun kes tersebut ditutup begitu sahaja. Pembantu menteri berkenaan kini mempunyai Skandal Seks dengan Ketua Puteri UMNO. Sabahkini.net akan membuat pendedahan lengkap setelah mendapat nasih peguam.

Berikut merupakan dokumen yang didedahkan Wikileak yang menyebut nama Rais tetapi hitamkan atas tujuan tapisan.





-sabahkini

Ini Zaman Realiti Beb....!!!!


Waris berkata...

Ini bukan zaman hang tuah lagi nak hormat atau derhaka pada sultan. Mintak ampun dan maaf je le. Mana2 manusia yang tak berapa bijak maka tidak layak dihormati walaupun bertaraf ulama, sultan, perdana menteri atau presiden.

Biarlah meLAYU2 HUTAN saja yang nak tunduk hormat kat orang2 macam tu. Ini zaman realiti bukan zaman cerita dongeng lagi. Kalau rasa kita patut hormat, kita akan hormat. Tak perlu nak paksa2.

Sultan pun kalau rasa diri ingin dihormati maka kelaku kena betul. Kena jadi role model pada rakyat. Kena jadi ketua agama yang baik macam sultan kelantan sekarang. Jangan sibuk nak pertahankan meLAYU tapi dalam istana cakap inglis. Anak2 pulak sepatah haram tak reti cakap meLAYU.

Budaya meLAYU pulak hanya digunakan pada majlis rasmi saja serupa dengan pengantin (Raja Sehari) yang berjalan sopan santun bila bersanding tapi perangai disebalik tabir baik sikit dari setan.

Rakyat sekarang hidup dalam dunia realiti bukan khayalan. Apa yang sultan buat itu yang rakyat ikut. Kalau sultan ke hardrock cafe maka rakyat akan ikut ke hardrock cafe. Ini realiti... jangan salahkan bila ada rakyat yang kurang ajar macam aku sebab ini kehidupan realiti.

Rakyat macam aku dah tak bergantung pada propaganda tv lagi. Aku dah bertahun tak tengok tv3 apatah lagi rtm. Aku pun tak pasti samada rtm masih ujud lagi atau tak. Terpulang samada meLAYU2 HUTAN nak marah atau maki aku. Aku peduli apa?

Kalau penguasa atau sultan tak hormat undang2 maka jangan harap rakyat nak hormat sama. Undang2 tuhan pun orang langgar inikan pula undang2 ciptaan manuasia... Apa ada hal?

N3 di atas tu... gua petik dari ruangan komen di sini, saja jer.. nak kongsi dengan lu orang semua bahawa kita sekarang ini berada dalam zaman realiti bukannya fantasi seperti zaman yang masih di perjuangkan oleh puak2 umnoapco iaitu zaman "Ketuanan Melayu" dan bla... bla.. bla... seperti yang selalu di melalakan oleh menteri2 umnoapco, terutama sekali Menteri yang menjaga Warisan dan Kebudayaan... hahahaha....

Kepada pengomen bernama "Waris", wa caya sama lu bro... 
sumber: Ikut Suka Aku (ISA)

Melayu rugi jika tolak Pakatan Rakyat - Fakhri Ali



TASEK GELUGOR: Orang Melayu di Pulau Pinang akan rugi sekiranya mereka menolak PAS dan Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum yang akan datang.

Begitu luahan rasa Timbalan Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang, Dr Mujahid Yusof Rawa ketika berucap sempena Jubli Perak, PAS kawasan Tasek Gelugor di Sungei Dua semalam.

Kata beliau, sekiranya Umno dan Barisan Nasional (BN) masih lagi diberi kuasa maka banyak kerosakan sedia ada akan bertambah seperti kerakusan kuasa, skandal dan penyeleweangan serta ketidakadilan.

Tambahnya, isu PR tidak ambil peduli mengenai nasib orang Melayu di Pulau Pinang sengaja dimainkan oleh Umno dan BN.

Menurutnya, walaupun mereka sedar PR banyak membantu mengatasi masalah yang dihadapi orang Melayu seperti penyelesaian masalah tanah dan perumahan, tetapi mereka tetap memainkan isu itu.

"Sebagai bukti dalam isu penduduk Kampung Pokok Assam di Jelutong, terbukti PAS dengan kerjasama 

Kerajaan Negeri telah berjaya membela nasib penduduk kampung tersebut apabila persetujuan dicapai melalui cara rumah yang diambil oleh pemaju bagi pembangunan akan diganti dengan rumah yang siap dibina dalam kawasan yang sama.

"Begitu juga dalam masalah tanah perkuburan Islam di Jelutong, turut berjaya diselesaikan oleh PAS dengan kerjasama Kerajaan Negeri. Namun begitu Umno dan BN akan memainkan isu yang diselesaikan dengan elemen lain pula untuk kepetingan politik mereka," ujarnya lagi.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, pemerintahan singkat PR di Pulau Pinang telah berjaya mengatasi masalah penempatan orang Melayu di Jelutong yang selama ini tidak mampu diatasi oleh Umno dan BN walaupun menerajui pentadbiran negeri lebih lama dari PR.

Pelakon Faizal Yusup meninggal dunia... Dicatat oleh Tok Kiyai

Semoga rohnya termasuk dalam kalangan orang yang diredai Allah. Al-Fatihah...

Saya petik:
[KS] KUALA LUMPUR: Pelakon Mohd Faizal Yusup, 33, meninggal dunia di Pusat Rawatan Islam (Pusrawi) di sini, Sabtu, kira-kira pukul 1.45 petang akibat serangan jantung.

Menurut abangnya, Shaiful Yusup, 35, Allahyarham rebah ketika berada di bilik air rumahnya di Sentul.

Akibat kejadian itu, Shaiful dan isteri Mohd Faizal iaitu Rosmunira Rashid, 27, membawa Faizal ke Pusrawi untuk mendapatkan rawatan kira-kira pukul 10 pagi.

"Ketika di hospital, Faizal mengadu dadanya sakit dan berusaha untuk bangun sendiri tetapi saya halang," katanya kepada pemberita ketika ditemui di Pusrawi di sini, Sabtu.

Tambah Shaiful, ketika di Unit Rawatan Rapi (ICU), doktor mengesahkan dia mengalami masalah jantung apabila salah satu saluran pada jantungnya tersumbat.

Bagaimanapun, keadaannya menjadi semakin kritikal sehinggalah dia disahkan meninggal dunia beberapa jam selepas dimasukkan ke hospital.

Sementara itu, bekas isterinya, penyanyi Siti Nordiana atau Nana, 25, yang ditemui berkata Faizal ada menghubunginya beberapa hari lalu untuk bercakap dengan anak mereka, Muhammad Rayyan Nakhaie, 2, tetapi anaknya tiada bersama Nana pada ketika itu.

Bagaimanapun, pada petang Sabtu, Nana mendapat panggilan telefon mengatakan Faizal dimasukkan ke hospital dan dia mahu melihat anaknya.

Berikutan itu, Nana sempat membawa Muhammad Rayyan ke hospital dan Faizal sempat berjumpa dengan anaknya itu.

Selepas berpisah dengan Nana, Faizal mendirkan rumahtangga dengan Rosmunira yang kini mengandung lima bulan pada awal tahun lalu.

Turut kelihatan menziarahi Allahyarham di hopsital, pelakon Amyza Aznan, Zulkifli Ariffin, Pierre Andre, Sharifah Amani, Dira Abu Zahar, Liyana Jasmay dan Tania Hudson.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Sentul, Sabtu dan dijadualkan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Batu Muda, Batu Caves, Selangor kira-kira pukul 10 pagi Ahad.

Ada menteri terkencing dalam seluar... Siapa "terkencing dalam seluar" baca berita ini? Oleh Tok Pepijat

Bekas Presiden Zionis Moshe Katsav didapati bersalah oleh Mahkamah Agung Zionis atas tuduhan merogol keatas 3 orang pembantu wanitanya. Atas kesalahan itu boleh di hukum maksimum 16 tahun.

Katsav juga dituduh memberi keterangan penuh penipuan oleh Panel Hakim Mahkamah Agung itu.Bekas Presiden Zionis itu yang menjadi menjawat jawatan Presiden Zionis selama 7 tahun (2000-2007).

Katsav didakwa merogol oleh 3 pembantunya ketika masih menjawat jawatan Presiden tahun 2006.

Barangkali ada Menteri Kabinet kita "terkencing dalam seluar" membaca laporan ini. Dalam celakanya Kerajaan Zionis ianya masih mengamalkan ketelusan. Tiada orang "kebal" dari undang-undang walaupun Presiden!


Berbeza dengan kita. Bunuh dengan C4, Rasuah berbilion-bilion, rogol amah, raba meraba. Semuanya bebas.
Sebab apa? Ada imuniti. Ada kekebalan.

Alangkah berbezanya kita dengan Kerajaan Zionis walaupun kita guna APCO dan 1Malaysia ciptaan Zionis!

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011 !

Selamat Menyambut Tahun Baru kepada para pembaca di mana juga anda berada.
Semoga tahun 2011 menyaksikan lebih banyak kemajuan dalam perjuangan kita untuk menegakkan kebebasan akhbar, melindungi hak asasi manusia dan meningkatkan lagi ketelusan dalam urustadbir.
Kami akan kembali menemui anda esok dengan berita dan pandangan yang lebih menarik lagi.

Can we still trust Umno to run the country?


I am the fourth generation and till today I am still treated as a pendatang and second class citizen. I have seen premier after premier taking reign as leaders with such great promises for all of us but at the end of the day, it remains the same…do not challenge our ketuanan Melayu status. You are here just because we allow you to do so.

I had high hope and expected the current premier to be different from his predecessors, but alas, just like the others he succumbed yet again to the demands of his own team and members. 

He simply cannot put his plan into action just because he is afraid to lose his premiership. So, he is playing with time, talking about his election date surprises, walk-about to meet the people, which in fact turns out that his security detail has more men than the people he wanted to meet and lately, buying (not adopting) a pussy cat to play with.

He is leaving all important issues to his foreign advisers (who are just copycats from the west) and other nincompoop ministers to run the show. Hence we see all kind of idiotic statements, poor management, wasteful image promotions and contradicting answers.

What the people needed most are not taken care off and not given any priority. Instead they will go all out to defend, fight tooth and nail or even lie to see that all their unnecessary pet projects got implemented and for what! Your guess is as good as mine.

Never had they ever considered and respected non Muslim rights because of their ketuanan Melayu status. They would only quote the term “non Muslim rights” under circumstances that could benefit them.

What I can say and ask of the people of Malaysia is that this country truly needed a real change in order for us to move forward together as proud Malaysians and not about ketuanan Melayu, Chinese, Malay, Indian, Iban, Dayak, Kadazan, Orang Asli…

From my 56 years of experience with “Umno controlled BN” I can safely claim that we are going the wrong way towards disaster if we still allow “Umno controlled BN” to rule indefinitely.

Many will criticise me for challenging whatever the government is doing. It does not matter, go ahead. What I can only say is, because I had seen enough of their promises, slogans, rhetoric, corruption, discrimination and their worst racist remarks to judge that Umno will still be Umno in whatever shapes and forms.

Do you want your generations to suffer like how we are suffering at the moment, would you trust UMNO snakes, do you still want to vote for UMNO @ BN cronies who have betrayed their own races. Do you want your generation to be called as 2nd class citizens forever.

source: malaysianindian1.blogspot.com

Gambar : Gempar !!! Pertunjukan ala 'Tiger Show' di Putrajaya!..(18SX) p/s: Maaf, gambar agak tidak menyenangkan...









Tiger show: Jabatan agama diminta bertindak(Sumber Gambar)


Pihak berwajib terutama Jabatan Agama Islam didesak menyiasat dan bertindak segera terhadap penganjuran satu pesta maksiat, pertunjukkan "Tiger Show", dalam Majlis Makan Malam di Marriot Hotel, Putrajaya pada 16 Disember lalu.
Ketua Dewan Pemuda PAS Pusat (DPPP), Ustaz Nasrudin Hassan At-Tantawi ketika membuat desakan itu berkata, pertunjukkan itu bukan sahaja bercanggah dengan budaya negara kita, tetapi juga bertentangan dengan semangat Islam sebagai agama rasmi Malaysia.

Katanya, Malaysia sekali-kali tidak boleh dibiarkan menjadi hub maksiat atau hub tarian lucah seperti yang dianjurkan syarikat pengeluar barangan elektrik dan elektronik itu dalam majlis makan malam di hotel tersebut.


"Lebih menyedihkan lagi, rata-rata yang hadir dalam majlis itu ialah bangsa Melayu yang beragama Islam," tegasnya kepada Harakahdaily.

DS 31 12 2010 CHARLES AXIATA

Tanya kangkung ni, ahli Umno mana... ??

Mangkok punya kangkung, tak sehaluan kepala bana apa pulak dahhh... kita cerita bab undang2, dia bawak pasai tak sehaluan...

Kerajaan Selangor sekarang ni pertikai undang undang hutan mana yang kerajaan Najib ikut dalam isu perlantikan KSU negeri yang baru. Kerajaan Pakatan Selangor sekarang ni pertikai kenapa pandangan kerajaan yang dipilih suara terbanyak rakyat Selangor ni diketepikan Najib dalam isu perlantikan jawatan yang amat penting ni.

Yang hang pi sembang soal haluan haluan ni apa hal? Nak haluan apa lagi, kita kena profesional sikit dalam menjalankan tugas. Walaupun kerajaan negeri tak sehaluan dengan kerajaan pusat, kerja mesti diteruskan tapi biarlah ikut peraturan dan undang undang. Jangan buat sesuatu dengan niat tak elok, perut busuk dan ada udang disebalik mee.... piiirrrahhh...

Perangai hangpa semua layak di... "khhiaakkk pptuuuiiihh.." kan

Pensyarah Sains Politik Universiti Kebangsaan Malaysia Prof Madya Dr Ahmad Nizamuddin berkata perlantikan Mohd Khusrin Munawi sebagai Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu diragui oleh kerajaan negeri itu kerana penjawat awam sentiasa dituntut supaya berintegriti dan profesional dalam melaksanakan tugas mereka.

Berintergriti dan profesional? wakaka... memang banyak sangat contoh intergriti si Khusrin ni, dia memang profesional pun... Akai tarak pakai punya orang... memang kangkung jenih yang ada mata tutup, ada telinga pekak...

Ni bukan budaya perkhidmatan awam dah, ni budaya bodek Umno yang diamalkan selama ini...

sumber: shalehudin

IBU KU ! - by : Maria Abd Rahman

Orang kata aku lahir dari perut mak..  
(bukan org kata...memang betul)
       
 
Bila dahaga, yang susukan aku....
mak                
Bila lapar, yang suapkan aku....
mak      
Bila keseorangan, yang sentiasa di sampingku.. ..
mak        
Kata mak, perkataan pertama yang aku sebut....
Mak                          Bila bangun tidur, aku cari.... mak
Bila nangis, orang pertama yang datang ....
mak    
Bila nak bermanja, aku dekati....
mak  
Bila nak bergesel, aku duduk sebelah....
mak                             Bila sedih, yang boleh memujukku hanya.... mak    
Bila nakal, yang memarahi aku....
mak    
Bila merajuk, yang memujukku cuma....
mak
Bila melakukan kesalahan, yang paling cepat marah....
mak  
Bila takut, yang tenangkan aku....
mak          
Bila nak peluk, yang aku suka peluk....
mak  
Aku selalu teringatkan ....
mak    
Bila sedih, aku mesti talipon....
mak  
Bila seronok, orang pertama aku nak beritahu.....
mak
Bila bengang.. aku suka luah pada..
mak
Bila takut, aku selalu panggil...
"mmaaakkkk! "  
Bila sakit, orang paling risau adalah....
mak    
Bila nak exam, orang paling sibuk juga....
mak    
Bila buat hal, yang marah aku dulu....
mak    
Bila ada masalah, yang paling risau....
mak      
Yang masih peluk dan cium aku sampai hari ni..
mak    
Yang selalu masak makanan kegemaranku....
mak      
kalau balik ke kampung, yang selalu bekalkan ulam & lauk pauk.....
mak  
Yang selalu simpan dan kemaskan barang-barang aku....
mak                    Yang selalu berleter kat aku... mak    
Yang selalu puji aku....
mak    
Yang selalu nasihat aku....
mak  
Bila nak kahwin..Orang pertama aku tunjuk dan rujuk.....
mak      
               
Aku ada pasangan hidup sendiri....        
                         

Bila seronok, aku cari....pasanganku  

Bila sedih, aku cari....
mak  

Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku                        
Bila gagal, aku ceritakan pada....
mak      
                         

Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku  

Bila berduka, aku peluk erat....
emakku                             Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku                          
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
mak  
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku

Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan “Selamat Hari Ibu”
             
Selalu.. aku ingat pasanganku  
Selalu.. mak ingat kat aku


Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon
mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku                        
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
emak  

Renungkan:   "Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja... bolehkah kau kirim wang untuk mak?      
mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
             
Berderai air mata jika kita mendengarnya........  
 
                   

Tapi kalau mak sudah tiada.....
.....  
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
       





Berapa ramai yang sanggup   menyuapkan ibunya....  
berapa ramai yang sanggup   mencuci muntah ibunya.....  
berapa ramai yang sanggup   mengantikan lampin ibunya.....  
berapa ramai yang sanggup   membersihkan najis ibunya.......  
berapa ramai yang sanggup   membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....    
berapa ramai yang sanggup  berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

dan akhir sekali  berapa ramai yang   sembahyang JENAZAH ibunya......  
Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.Kos upah membantu ibu:  
1) Tolong pergi kedai : RM4.00
2) Tolong jaga adik : RM4..00
3) Tolong buang sampah : RM1.00
4) Tolong kemas bilik : RM2.00
5) Tolong siram bunga : RM3.00
6) Tolong sapu sampah : RM3.00
Jumlah : RM17.00
 
Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis sesuatu di belakang kertas yang sama.  
1) Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA
2) Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA
3) Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA
4) Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA
5) Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu -PERCUMA
Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan oleh siibu. Si anak menatap waja h ibu,memeluknya dan berkata,  
"Saya Sayangkan Ibu".   Kemudian si anak mengambil pen dan menulis "Telah Dibayar" pada mukasurat yang sama ditulisnya.  
"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

1 orang : Kamu tidak sayangkan ibumu
2-4 orang : Kamu sayang ibumu
5-9 orang : Bagus! Sayang jugak kamu kepada Ibumu
10/lebih : Syabas!Kamu akan disayangi Ibumu  



Majlis Raja Raja diminta bersih kabinet dari menteri perogol - oleh: Zulkifli Sulong

TASEK GELUGOR, 31 Dis: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar memohon Raja-Raja Melayu bertindak membersihkan nama negara apabila dua orang pemimpin negara ini dikaitkan dengan kezaliman terhadap rakyat asing.

"Perdana Menteri sampai hari ini tidak pernah dilihat bersih ekoran pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu dan ketika Perdana Menteri dilihat begitu gagal membersihkan namanya, tiba-tiba sejak beberapa hari lalu berulang lagi kehebohan tentang seorang menteri kabinet dituduh merogol warga Indonesia yang menjadi orang gajinya.

"Pelbagai peristiwa selepas pembunuhan Altantuya menyebabkan Perdana Menteri semakin dilihat tidak bersih ekoran pembunuhan wanita Mongolia itu manakala dokumen yang mengaitkan menteri berkenaan dengan perbuatan merogol orang gajinya semakin tersebar.

"Kesemua itu membusukkan nama negara dan menyebabkan negara ini dipandang hina," kata beliau kepada pemberita selepas menyampaikan ceramahnya di Karnival Jubli Perak PAS Tasek Gelugor.

Sebelum ini, Harakahdaily dan lain-lain media telah menyiarkan laporan WikiLeaks serta temubual dengan pihak-pihak terbabit tentang menteri kebinet yang dipercayai terlibat memperkosa pembantu rumah warga Indonesianya tiga tahun lalu.

Mahfuz yakin Raja-Raja Melayu tidak sanggup membiarkan nama baik negara terus buruk dan warga negara ini dipandang hina akibat perkara tersebut.

"Sokongan Raja-Raja Melayu amat diperlukan untuk membolehkan rakyat menuntut supaya diadakan suruhanjaya siasatan terhadap perkara itu bagi membersihkan nama baik negara ini," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Ketika para pelabur telah pun diingatkan oleh Bank 0f America Merrill Lynch supaya mengurangkan pelaburan ke negara ini, beliau bimbang keadaan ekonomi negara akan bertambah buruk jika Raja-Raja Melayu tidak bertindak tegas dengan segera untuk membersihkan nama baik negara ini.

Sebelum itu, dalam ucapannya di karnival itu, Mahfuz mengecam keras tindakan Umno yang semakin jelas memperalatkan Raja-Raja Melayu bagi memastikan ia terus berkuasa.

Beliau menyeru Raja-Raja Melayu supaya tidak membiarkan diri mereka diperalat dan menjadi "balang oksigen" yang menyambung nafas Umno yang penuh dengan sejarah kerakusan mengkhianati orang-orang Melayu.

Sebelum ini, Mahfuz mengingatkan bahawa pihaknya akan berkempen secara ofensif dan habis-habisan ke seluruh negara untuk mendedahkan pengkhianatan Umno terhadap orang-orang Melayu.