Followers

Thursday, September 2, 2010

Pembangkang sepakat teruskan hubungan baik Malaysia-Indonesia

23 Ramadhan 1431 H
Oleh: Hazayani Zakaria

Pihak pembangkang Malaysia dan Indonesia sepakat untuk meneruskan dan memperbaiki hubungan baik antara kedua-dua negara, kata Timbalan Presiden PAS, Nasharudin Mat Isa.

Kesepakatan itu dicapai dalam satu pertemuan di antara beberapa Ahli Parlimen PAS dan wakil Partai Demokrasi Indonesia Perjuangan (PDIP) di bangunan Parlimen, hari ini.

"Kita mengadakan perbincangan mengenai beberapa perkembangan terkini yang sedang berlaku yang berkaitan hubungan antara kedua negara tanpa menafikan segala usaha baik yang telah dilakukan oleh kedua-dua pemerintah Indonesia dan Malaysia.

"Pertemuan ini adalah sebagai satu lagi usaha yang dimainkan oleh ahli Parlimen untuk memastikan hubungan baik berkekalan dan beberapa isu telah kita bangkitkan tadi dan kita masuk kepada tahap memperbaiki dan menjernihkan hubungan baik melalui usaha ahli parlimen pembangkang," kata Nasharudin kepada pemberita selepas pertemuan hampir sejam itu.

PAS menerima kunjung hormat daripada wakil pembangkang Indonesia itu bagi membincangkan isu utama berhubung hak asasi manusia melibatkan pendatang dari Indonesia.

Kedua-dua negara bersetuju bahawa mereka yang melakukan kesalahan perlu dihukum tanpa melanggar batas-batas hak asasi manusia.

"Kita telah bersetuju dalam hal-hal yang berkaitan dengan perlanggaran undang-undang di mana sahaja samaada di Malaysia atau di Indonesia, kita mahukan undang-undang dilaksanakan cuma kita akan pastikan perjalanan undang-undang itu menjaga hak asasi bagi memastikan keadilan dilaksanakan dalam proses perundangan tersebut," kata Nasharudin yang juga Ahli Parlimen Bachok.

Sementara itu, anggota Dewan Perwakilan Rakyat (DPR), Reike Diah Pitalokal yang mengetuai rombongan berkata, pihaknya sedang berusaha untuk mewujudkan satu di Parlimen mereka bagi menangani kes-kes melibatkan rakyat mereka yang bekerja di Malaysia.

"Kami sedang berupaya untuk membangun semacam polisi di Parlimen bagi persoalan buruh migran mudah-mudahan juga hal yang sama bisa dilakukan oleh Parlimen di Malaysia dan kita bisa berkomunikasi," katanya.

Ahli Parlimen Tumpat, Datuk Kamaruddin Jaffar pula mencadangkan agar satu kaukus Parlimen diwujudkan berhubung hubungan Malaysia-Indonesia seperti mana wujudnya kakus hubungan Malaysia-Myanmar dan lain-lain lagi.

"Bagi pihak ahli Parimen PAS, kita mencadangkan untuk mewujudkan kaukus hubungan Malaysia Indonesia di kalangan ahli parlimen sebagaimana sudah ada kaukus berkenaan Myanmar dan sebagainya.

"Ini untuk memastikan kita dapat memberikan tumpuan yang khusus kepada isu yang besar dan penting untuk kemajuan kedua-dua negara dan kemajuan rakyat," katanya.

Diminta mengulas mengenai demonstrasi yang dilakukan Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) di bangunan kedutaan Malaysia di Jakarta, Reike berkata, pihaknya tidak mahu membesarkan isu berkenaan sehingga menenggelamkan isu utama yang perlu diberi perhatian khusus.

Manakala Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub yang juga Naib Presiden PAS pula berkata, sepanas manapun situasi yang cuba diwujudkan di Indonesia, PAS tidak pernah bercadang untuk membuat tindakan balas sebaliknya berusaha untuk menyelesaikan perkara yang berlaku melalui diplomasi.

"Saya rasa hubungan diplomatik yang baik dan kebijakan kita untuk menangani isu ini lebih penting kerana kami di Malaysia khususnya dari PAS apa pun yang berlaku di Jakarta, kami daripada PAS tidak pernah menggerakkan pemuda untuk berdemonstrasi di kedutaan Indonesia di sini.

"Kita harus melihat itu dari segi kacamata yang lebih besar, kita punya masa depan yang lebih baik. Apa yang berlaku harus dicermati dan kebijakan politik penting dalam menangani isu sebegini," katanya.

Harakahdaily/-

AURAT : Isteri isteri & anak anak Pemimpin2 UMNO yang tidak menutupnya !

Aurat: Siapa yang tidak hormati agama sebenarnya?

23 Ramadhan 1431 H
Oleh: Anak Melaka

Riuh 1Malaysia tentang pimpinan DAP dan PKR bukan Islam mencemarkan Masjid dan surau dengan memasukinya tanpa menutup aurat.

Saya tidak hairan jika mereka masuk masjid dan surau dengan tidak menutup aurat kerana mereka bukan dan belum Islam.

Tetapi yang menghairankan saya ialah isteri-isteri dan anak-anak perempuan pimpinan sebuah parti politik (semua orang tahu) kononnya parti Islam terbesar yang di luar dan di dalam masjid tidak menutup aurat.

Umur dah lebih separuh abad sesetengahnya tetapi kewajipan menutup aurat belum di fahami atau sengaja tak mahu faham.

Apakah mereka ini menghormati masjid dan surau dengan memasuki rumah Allah itu tanpa menutup aurat. Walaupun mungkin mereka meletakkan selendang di kepala tetapi rambut dan batang leher masih kelihatan.

Mengapa media dan pimpinan parti politik tersebut tidak pula menegur isteri pimpinan mereka yang jelas masuk masjid dan surau tanpa menutup aurat.

Itu sebabnya sebelum kita membuat tuduhan dan fitnah sebegini kita mestilah melihat diri kita sendiri apakah kita sendiri menutup aurat yang jelas menjadi kewajipan bagi umat Islam.

Bagi wanita hukumnya ialah menutup keseluruhan badan kecuali muka dan tapak tangan malah ada yang berpendapat muka juga aurat. Bagaimana dengan wanita yang bertudung tetapi jambul dan rambut terjuntai keluar atau mungkin leher jinjang dan leher pendeknya nampak.

Tidak perlulah saya menamakan siapa antara isteri-isteri pimpinan yang tidak menutup aurat kerana apa yang lebih ialah kita semua wajib menutup aurat apatah lagi isteri pimpinan mestilah menunjukkan tauladan supaya dicontohi oleh rakyat.

Apakah pimpinan dan isterinya yang ingkar akan perintah Allah ini wajar untuk kita ikuti dan kita sendiri beriya-iya mendokong perjuangan sebuah jemaah yang menutup aurat pun tidak wajib dan boleh dipermainkan, kadang-kadang letak kelubung atas kepala (itupun tak tutup aurat), dan di masa lain langsung tidak meletakkan seurat benang di atas kepala.

Di bukan yang suci ini mari kita muhasabah diri kita, apakah kita ini sedang dipimpin oleh pimpinan yang benar-benar taat kepada Allah.

Mari kita muhasabah diri kita apa jemaah/parti yang kita dokong selama ini adalah parti yang memang menjunjung segala perintah.

Kalau perkara asas seperti menutup aurat pun tidak dititikberatkan oleh pimpinan, apakah pimpinan itu boleh kita harapkan untuk memimpin kita dunia dan akhirat?.

Harakahdaily/-

AKHIRNYA MUSA HASSAN HILANG KEKEBALANNYA - ITU LAH PUSINGAN HIDUP MANUSIA !!

MUSA MENANTI....

Akhirnya Musa Hassan hilang juga kekebalan. Beliau adalah ketua polis yang dilihat paling sombong dan angkuh dengan kenyataan terbukanya. Paling terakir ialah kenyataan angkuhnya berkaitan isu budak lelaki yang mati ditembak anggotanya. Akhirnya Musa kembali ke masyarakat yang menjadi musuhnya dalam beberapa isu kononnya kerana mempertahankan anggotanya. baca

Itulah pusingan hidup manusia. Yang di bawah akan naik, dan yang di atas akan turun jua. Mustahil mereka mampu menjadi Nabi Sulaiman yang kekal ditakuti jin biarpun telah mati. Musa mungkin terlupa hakikat itu walaupun pastinya ayah beliau pernah menasihatkan sedemikian rupa...maklumle ..anak ustaz..

Kalau Rahim Nor telah menerima nasibnya...tidak mustahil Musa menunggu giliran. Kalau dibanding dengan Rahim Nor...hidup Musa lebih berliku. Jika Rahim Nor terlibat dengan konspirasi terhadap DSAI, apa kurangnya Musa... namun Musa meneruskan kerja setelah Rahim Nor menanggung akibat perbuatannya.

Kini semua sedang menanti apa tindakan dan susulan terhadap Musa dan semua tuduhan yang berjaya dielaknya semasa menjadi Ketua Polis Negara.Mungkin pakaian seragam itu mampu menutup kelemahan dan tindakannya, namun setelah baju itu dilondehkan...mampukan ia berselindung lagi???

Dicatat oleh ANAKSENGAT' ( Barua umNO kata nama aku Faizol) di 00:07

Label: PANDANG SISI

KHIR TOYO Tenat ? Hampir Sasau Dan Hilang Ingatan ?


JAWAPAN BUAT KHIR TOYO - SELANGOR TIDAK MAHU LAGI TERJAJAH

Umat Islam Selangor tidak mahu kembali terjajah

Roslan SMS

Bicara tentang Merdeka, bekas MB Selangor yang juga Ketua Pembangkang Khir Toyo melontarkan persoalan serba kaya dengan sindirian di dalam blognya: Merdekakah umat Islam di Selangor?

Hujahnya, kerana PAS Selangor benar YB Teo Nie Ching (ahli parlimen Serdang) masuk ke Surau al Huda Serdang, benar wakil rakyat bukan Islam berceramah (tazkirah), benar DAP beri duit pada orang Islam dalam surau, maka kesimpulannya umat Islam di Selangor tidak merdeka!

Khir sebelum saya ulas, sudah 2 tahun 5 bulan hilang kuasa. 2 tahun 5 bulan dahulu beliaulah pemimpin tertinggi di negeri Selangor ini, beliulah yang meneraju, menetap apa yang baik dan buruk untuk negeri pimpinannya, tiba-tiba disentap takhta darinya sehingga jatuh tersungkur ia tanpa disangka. Mahu rampas kembali takhta tadi, ianya milik rakyat, rakyat yang tetapkan siapa turun darinya dan siapa yang naik duduk. Lalu terkulat-kulatlah Khir antara percaya tak percaya. 2 tahun 5 bulan sudah berlalu, ia masih begitu.

PAS Selangor sudah 2 tahun 5 bulan membentuk kerajaan baru Selangor bersama rakan-rakan dari PKR dan DAP atas nama Pakatan Rakyat setelah kerajaan BN yang akhir dipimpin Khir ditolak rakyat.

Sebagai parti Islam, jelas dasar dan matlamat PAS. Kerja-kerja amar makruf nahi mungkar menjadi keutamaan PAS. Lebih 50 tahun Selangor di bawah BN yang diteraju Umno, tak tahulah samada Islam Merdeka, yang pastinya pada kaca mata ramai, Islam tidak Merdeka tetapi dijajah buat kepentingan Umno.

Masjid dan surau semasa BN dahulu dijajah oleh Umno. Hak ahli-ahli kariah untuk memilih kepimpinan masjid dan surau dibekukan kerana kononnya takut PAS menguasainya. Lalu ditunjuklah siapa yang jadi Nazir dan AJK dan senarai kepimpinan masjid ini perlu disahkan oleh Ketua Umno bahagian, mungkin kerana sudah hilang kuasa Khir lupa bab ini.

JAIS di bawah Khir dan MB sebelumnya telah mengeluarkan suatu senarai hitam. Iaitu senarai penceramah dan pendakwah yang diharamkan dari berceramah dan memberi kuliah di masjid dan surau-surau seluruh Selangor, suatu keputusan yang terang-terang dipengaruhi nafsu politik. Almarhum Dato Ishak Baharum (bekas Mufti Selangor) turut digam oleh Khir dan rakan-rakannya, Merdekakah umat Islam Selangor?

Begitu juga Dato Dr Harun Din (yang kerajaan PR Selangor anugerahkan sebagai Tokoh Dakwah Selangor), Dato Ismail Kamus (anak Selangor yang terkenal dirantau sebelah sini, termasuk memberi kuliah di dalam Istana Sultan Brunei) dan ramai lagi. Siapa yang menjajah umat Islam Selangor ketika itu?

Khir mungkin lupa, masjid dan surau ketika zaman beliau dan MB sebelumnya dengan bebas digunakan buat kepentingan orang Umno. Ketika musim pemilihan Umno, solat hajat, bacaan Yasin diadakan dalam masjid dan surau buat pemimpin-pemimpin Umno./Baca seterusnya di Harakahdaily

Dicatat oleh WFAUZDIN NS 



KESAH BENAR : UMNO BUKAN PEJUANG SEBENAR !!


Dokumentari : UMNO bukanlah Pejuang sebenar KEMERDEKAAN..

"Perang Jepun tu banyak mengubah fikiran kita. Rupanya kalau tak ada orang putih ni pun boleh. Dulu kita terfikir kalau tak ada orang putih ni, mati kita. Bila dah Jepun memerintah tiga tahun lapan bulan, kita terfikir, tak ada orang putih pun boleh jugak." - Majid Salleh / Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU)

20 Oktober 1947 merupakan hari bersejarah dalam perjuangan berperlembagaan rakyat Malaya menuntut kemerdekaan dari penjajah British. Filem dokumentari pendek ini menceritakan pengalaman yang dilalui oleh 5 individu yang turut serta dalam perjuangan politik kiri untuk membentuk sebuah gerakan kemerdekaan rakyat di Malaya, sepuluh tahun sebelum merdeka.

Individu-individu tersebut ialah

1~ Lim Kean Chye / Malayan Democratic Union (MDU)

"The unity we talked about never mention the racial aspect as is emphasised nowadays. All we wanted was that all the trade unions, all the workers, all the women, all the organisations to join in, in a broad front to oppose the British return of the Governor to rule the country."

Dilahirkan di Penang pada bulan Disember 1919. Mendapat pendidikan di Cambridge University dalam bidang guaman.

Beliau merupakan ahli pengasas Malayan Democratic Union (MDU) di Singapura bersama-sama dengan pakciknya, Philip Hoalim Sr., sahabatnya Lim Hong Bee dan John Eber pada 21 Disember 1945.

MDU merupakan pertubuhan politik golongan berpendidikan Inggeris yang menuntut hak demokrasi dan hak berkerajaan sendiri dari penjajah British.

2~Yahya Nassim / Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)

"Perang Jepun tu banyak mengubah fikiran kita. Rupanya kalau tak ada orang putih ni pun boleh. Dulu kita terfikir kalau tak ada orang putih ni, mati kita. Bila dah Jepun memerintah tiga tahun lapan bulan, kita terfikir, tak ada orang putih pun boleh jugak."

Berasal dari Ulu Langat, Selangor.Sebelum perang, beliau telah menganggotai Kesatuan Melayu Muda (KMM), parti politik Melayu pertama di Malaya, di bawah pimpinan Ibrahim Yaakob.

Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) selepas perang, beliau merupakan Ketua PKMM negeri Selangor dan telah dilantik sebagai Timbalan Bendahari dalam Kongres PKMM yang kedua pada bulan Disember 1946 di Melaka.

3~Hashim Said / Angkatan Pemuda Insaf (API)

"Saya mula-mula sekali masuk politik, saya ada terbaca sebuah buku yang dikarang oleh Cikgu Ibrahim bin Haji Yaakub (Melihat Tanahair). Dia menyatakan nasib orang-orang yang kena jajah, di negara yang kena jajah, termasuklah negeri kita Malaya pada masa itu... dijajah."

Berasal dari Kuala Kangsar, Perak.Beliau bertugas sebagai cikgu di Sekolah Melayu Padang Gajah sebelum mula menganggotai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pada akhir tahun 1945.

Beliau kemudian menganggotai barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) di bawah pimpinan Ahmad Boestamam.

Beliau merupakan Ketua API ranting Padang Gajah, Perak, memimpin 400 orang pemuda.

4~Zainuddin Andika / Angkatan Pemuda Insaf (API)

"Indonesia punya yang datang tu, semangat tu datang ke mari setengah. Pasal sana Sukarno dah beri semangat tu. Sukarno maklumlah, kata-kata yang dikeluarkannya. Beri saya sepuluh orang pemuda katanya, dia boleh menggoncangkan dunia. Itu dia semangat tu sampai ke mari."

Berasal dari Sayong, Kuala Kangsar, Perak.Menyertai Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) sejak penubuhannya pada 17 Oktober 1945 dan kemudian memasuki barisan Angkatan Pemuda Insaf (API) bahagian Padang Rengas, Perak.

API telah diasaskan oleh Ahmad Boestamam, Abdul Rahman Rahim dan Bakar Thareek pada 17 Februari 1946 di Ipoh, Perak.

5~Majid Salleh / Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU)

"Awak ni gila? Nak merdeka, tak tahu awak ni siapa? Orang Melayu ni siapa? Tak tahu orang putih kapal terbang ada, kapal laut ada, kapal selam ada, itu nak kita lawan?... Itulah suara yang biasa kita dengar."

Berasal dari Ipoh, Perak.Selepas Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) ditubuhkan di Ipoh pada 17 Oktober 1945, beliau telah menubuhkan cawangan pertama PKMM di Simpang Ampat, Kampar, Perak sebagai ahli jawatankuasa.

Selepas menjadi ketua seksyen buruh PKMM negeri Johor, beliau telah dilantik menjadi ketua Johore State Federation of Trade Unions (JSFTU) yang bergabung di bawah Pan-Malayan Federation of Trade Unions (PMFTU).

PMFTU mempunyai keahlian seramai 300,000 orang buruh seluruh Malaya.

RAJA MUDA PERAK Hadir - Mana MB Zambry dan YB Hamidah ???





Mana pergi MB Perak Zambri?!!!, mana pergi EXCO Kanan Hamidah!!

Salam Sejahtera...

Aku nak mengata lagi, aku tak peduli posa ke tidak, apakah aku nak biar perkara yang tak sepatutnya berlaku.....

Cubalah baca petikan gambar yang aku ambik dari BH Online dan Utusan....

Kenapa nak tunggu sampai Raja Muda Perak mencemar duli pergi melihat sendiri masaalah apa yang rakyat hadapi...., MB sibuk sangat ka,,, tak selesai lagi shopping untuk beli baju raya buat anak-anak angkatnya....

Kawasan yang berlaku pulak adalah kawasan DUN EXCO Kanan, EXCO kanan dok buat kerja apa, tak selesai lagi masalah surau-surau!!! Sehingga sampah dalam kawasan Raja Muda yang kena selesaikan....

Nasib malang tuanku lah, pilihlah lagi UMNO yang memerintah, kan dah nampak tembelangnya,,, masallah sampah pun tak boleh nak diselesaikan...

Posted by Manjungmari at Thursday, September 02, 2010 




UMNO SEMAKIN TERTEKAN, UMNO SEMAKIN BACUL DAN UMNO SEMAKIN MENGHAMPIRI LIANG LAHAD !


LIM GUAN ENG JADI MANGSA FITNAH PUAK BANGSAT

Oleh: Mandor

BETAPA hodohnya perbuatan mereka yang tidak pernah insaf dari melakukan kerja fitnah. Jika di bulan yang mulia ini pun mereka sanggup melakukan kerja fitnah sebodoh itu, maka tidak hairanlah jika kerja ini akan berterusan dilakukannya. Setelah habis modal dengan isu mendoakan Lim Guan Eng di dalam Khutbah, isu pemimpin DAP memasuki surau, akhirnya satu lagi kerja bodoh telah mereka lakukan. Kali ini dengan menyiarkan gambar Lim Guan Eng menyembelih lembu korban. Baca di sini.

Tujuan fitnah ini tidak lain tidak bukan untuk menggambarkan betapa PAS kununnya terpaksa menggadaikan Islam kepada DAP. Siapa punya kerja ini? Siapa lagi kalau bukan tali barut puak-puak yang tidak pernah aman hidup di dunia ini tanpa melakukan fitnah. Mereka itu adalah puak yang bersekutu dengan Apco Yahudi laknatullah.

Apakah rakyat boleh terpedaya dengan fitnah bodoh mereka? Jika ada yang percaya pun mereka adalah terdiri dari orang yang bodoh juga kalau pun tidak gila. Apa makna semuanya ini? Maknanya Umno semakin tertekan, Umno semakin bacul dan Umno semakin menghampiri liang lahad. Justeru itu, berpakatlah keluar dari Umno yang sudah kehabisan idea itu. Marilah kita bersama bersatu menentang Umno kerana dengan adanya Umno, maka sukar fitnah ini untuk dihentikan.

/mandor.blogspot.com Dicatat oleh WFAUZDIN NS 

Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dah hantar surat amaran pada YB Teo Nie Ching, Ahli Parlimen Serdang.


Perihal tapak kaki pompuan berhaidh......alahai.....

Beliau dilarang masuk di ruang solat utama di mana-mana Masjid dan Surau di negeri Selangor tanpa kebenaran MAIS.

Di masa-masa akan datang beliau perlu mendapat kebenaran yang awal sebelum menziarahi sesuatu Masjid atau Surau.

Dengan keluarnya surat itu, maka itu jelas membuktikan orang Islam boleh memasuki Masjid dan Surau dengan syarat mendapat kelulusan terlebih dahulu.

Adess, mana nak sorot muka-muka orang-orang yang dikatakan sangat kuat berpegang kepada Ajaran Islam kononya orang bukan Islam dilarang memasuki Masjid dan Surau terutama Si Mamat-Mamat ini:

  • si Mamat Jais yang kata orang bukan Islam dilarang masuk dalam Masjid dan Surau kerana badan mereka berhadas besar (haidh). {Apa, yang bercakap tu selalu mandi wajib di malam buta setiap kali lepas berjimak ke?)
  • si Mamat Bandar Baru Kulim yang konon 'kuat' Melayunya dan 'kuat' Islamnya [jikalau pakai kopiah jadi ukuran) yang amat memandang 'hina' kepada orang kafir (disebutnya kafir harbi) kononnya men'gotor' tempat sujud orang Islam. {Rasanya tapak kaki amoi itu lebih lembut daripada tapak kaki si Mamat itu yang busuk, kematu lebih kurang sama dengan hatinya yang keras kematu lagi hapak busuk. Nabi SAW pun menggunakan kepakaran orang kafir yang beramanah untuk memandu arah ke Madinah dalam peristiwa hijrah. Apakah si Mamat Kulim tu dah jangka tapak kakinya lebih mulia dari tapak kaki kafir yang membantu Nabi SAW itu?}
  • si Mamat Pasir Mas pula mencadangkan agar digubal undang-undang Syariah agar orang bukan Islam ditegah memasuki Masjid dan Surau (si Mamat perasan ni dah kering modal, daripada berjalan ke hulu ke hilir men'yepak kertas dan tin', lebih baik keluar kenyataan yang 'pelik-pelik' kot-kot yang 'buta hati' ada yang pangkah dia besok)

Nota:

Orang-orang tua selalu berpesan, lebih baik diam daripada terlalu banyak dan terlebih 'sudu daripada kuah' apabila berkata-kata kerana dikhuatiri apabila terlebih berkata-kata penginap Tanjung Rambutan atau Tampoi pun berdekah-dekah ketawakan kita......kah kah kah kah kah..... Posted by al-brangi 


SULTAN SELANGOR GANTUNG GELARAN DARI LING LIONG SIK DAN OC PHANG ?


Gelaran Selangor Di Gantung.

Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini menggantung gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kepada bekas Menteri Pengangkutan, Tun Dr Ling Liong Sik dan bekas pengurus besar Lembaga Pelabuhan Klang, Phang Oi Chooi @ Phang Ai Tu atau juga seringkali dikenali sebagai OC Phang.

Dalam satu kenyataan, setiausaha kerajaan negeri Selangor, Datuk Ramli Mahmud berkata keputusan itu dibuat oleh Sultan Selangor, setelah berunding dengan Dewan di-Raja Selangor yang bersidang pada 19 Ogos lalu.

"Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor membuat keputusan di atas setelah mempertimbangkan bahawa kesalahan-kesalahan yang dipertuduhkan ke atas kedua-dua mereka ini adalah kesalahan serius yang melibatkan kepentingan rakyat dan negara," kata Ramli.

Ling dikurniakan keahlian darjah kebesaran Dato' Paduka Mahkota Selangor (DPMS) yang membawa gelaran Datuk pada tahun 1992.

Pada 29 Jun lalu, bekas presiden MCA itu didakwa atas pertuduhan mengikut seksyen 418 dan 417 Kanun Keseksaan di mahkamah sesyen Putrajaya.

Ling didakwa menipu kerajaan Malaysia dengan memperdaya Jemaah Menteri berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub” di Pelabuhan Klang.

Dia juga didakwa dengan curang menyembunyikan fakta berhubung penilaian Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, Kementerian Kewangan ke atas tanah seluas 43,538,200 kaki persegi yang dicadangkannya.

Seksyen 418 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Ling bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan membayar ikat jamin RM1 juta dengan seorang penjamin.

Hakim kemudiannya menetapkan 3 September ini sebagai tarikh sebutan kes.

OC Phang pula dikurniakan keahlian Darjah Kebesaran Dato' Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (DSSA) bergelar Datin Paduka pada tahun 2001.

Dia pula didakwa atas pertuduhan di bawah seksyen 409 Kanun Keseksaan di mahkamah sesyen Klang.

Phang, 63, didakwa sebagai pengurus besar yang diamanahkan bagi dana dalam sebuah akaun di RHB Bank Berhad, melakukan pecah amanah membabitkan RM98,700,000 di LPK, Jalan Pelabuhan Utara, Pelabuhan Klang antara 1 Okt 2004 dan 5 Sept 2005.

Dia menghadapi dua lagi tuduhan serupa masing-masing membabitkan RM21,600,000 dan RM134,550,000, yang didakwa dilakukan di tempat yang sama antara 30 Sept 2005 dan 9 Mei 2006 dan antara 1 Jun 2005 dan 13 Jan 2006.

Pertuduhan adalah mengikut Seksyen 409 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Perbicaraan kesnya pula yang sepatutnya bermula di Mahkamah Sesyen di Shah Alam pada 25 Ogos lalu ditangguhkan ke 26 hingga 29 Okt ini.

Menurut kenyataan itu, penggantungan gelaran dan penggunaan darjah kebesaran kedua-dua mereka itu akan disemak semula jika mahkamah memutuskan mereka tidak bersalah dan dibebaskan daripada pertuduhan. 



GAMBAR YANG MEMBUAT PEMIMPIN2 UMNO NAIK SAWAN ?

YAB SDR. LIM GUAN ENG, KETUA MENTERI PULAU PINANG BERSAMA PEMIMPIN DAN PENYOKONG PAS BERBUKA PUASA BERSAMA.




Wednesday, September 1, 2010

BONUS RAYA DARI KERAJAAN PUSAT BERJUMLAH $900 JUTA TIDAK LOGIK ! - YB KHALID SAMAD

Tarik Balik Subsidi RM 750 Juta Setahun, Bagi Bonus RM 900 Juta ?


Khalid: Bonus tanpa subsidi, tak masuk akal

Ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad menuntut kerajaan supaya menjelaskan rasional di sebalik tindakan membayar 'bonus hari raya' sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam.

Katanya, beliau tidak menentang tindakan itu, tetapi pembayaran berjumlah RM900 juta untuk semua kakitangan kerajaan adalah "tidak logik."

Tambahnya, penjelasan itu perlu memandangkan kerajaan sebelum ini bertindak menarik balik subsidi berjumlah RM750 juta.

Kerajaan sebelum ini memberi alasan bahawa subsidi berkenaan tidak lagi efektif kerana hanya dapat memberi manfaat kepada golongan kaya, katanya.

Katanya lagi, tindakan itu bagaimanapun menyebabkan kenaikan harga barangan yang perlu ditanggung kepada semua peringkat masyarakat.

"Kerajaan tarik RM750 juta subsidi, tapi tiba-tiba dia beri RM500 kepada kakitangan awam semua peringkat.

"Pengarah yang gaji besar pun dapat juga. Anda tarik (subsidi) daripada orang susah untuk bagi untuk bagi (bonus berjumlah) RM900 juta lebih.

"Jadi apa logiknya? Adakah semata-mata sebab kerajaan Pulau Pinang dan Selangor dapat beri juga?," soal Khalid dalam satu sidang media di pejabatnya di Shah Alam hari ini.

Katanya, pemberian 'bonus' hari raya itu juga diumumkan dalam keadaan kerajaan mengumumkan belanjawan defisit.

Tambahnya, Pulau Pinang dan Selangor mampu berbuat demikian kerana mempunyai bajet lebihan.

"Tapi (kerajaan pusat) kata bajet defisit hingga terpaksa tarik subsidi," katanya lagi. - Malaysiakini

BUKIT AMAN AKAN BERTAMBAH AMAN ? Sah Musa Hassan Akan Pencen !!



Indahnya Hidup Ini..Musa Hassan Dah Pencen & Tak Disambung Kontrak Lagi

Ini berita yang menggembirakan kali ini. Lebih gembira daripada berita Timbalan presiden LDP Masuk Gerakan..ini dia, riwayat musa Hassan sudah tamat

KUALA LUMPUR, 1 Sept: Tan Sri Musa Hassan tidak akan disambung khidmatnya sebagai Ketua Polis Negara dan akan digantikan oleh timbalannya, Datuk Ismail Omar.

Pengumuman ini dibuat oleh Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein hari ini.

Pengumuman ini telah menghentikan spekulasi yang berbulan-bulan lamanya termasuk kempen yang dibuat oleh Utusan Malaysia agar beliau disambung perkhidmatannya.

Musa sepatutnya pencen pada tahun 2007, namun telah tiga kali khidmatnya disambung sebelum ini.Hrkh

* Tan Sri Ismail ni merupakan bekas Ketua Polis Selangor dan Johor dulu..negeri yang paling banyak jenayah. Tahniah dan tazkirah. Laksanakan amanah dengan jujur, cekap dan telus..

Buat Musa Hassan, selamat bersara dan beristirehat..jangan ikut jejak langkah Hanif Omar dahla..Nak bisnes boleh, tapi janganlah buat bisnes judi pula.

YB Mahfuz Omar : Apa Yang Dituduh Zainuddin Maidin Bertentangan - UMNO DAH JADI RAJA SEGALA GELABAH



Umno dah jadi raja segala gelabah

Punya gelabah tak gelabah Umno ni sampaikan Racun pun Umno dah sangka ubat... haha... bukan aku yang kata, Naib Presiden PAS, Mahfuz Omar yang kata. Memang betoi pun, gelabah biawak pun Umno, gelabah tikus pun Umno... wakaka...

"Umno sudah tidak tentu arah lagi untuk mencari formula ubat bagi menyembuhkan wabak kronik yang kini dideritainya hingga ubat luput tarikh seperti pandangan Zam (bekas ketua penerangan Umno, Tan Sri Zainuddin Maidin) pun dilahap dengan penuh rakus oleh parti itu.

"Ubat Zam tak ubah seperti botol kicap yang bukan sahaja luput tarikh malah sudah ke peringkat menjadi racun," kata beliau.

Zam menuduh PAS meminta bekas Perdana Menteri, Tunku Abdul Rahman merampas harta orang Cina tempatan selepas tragedi 13 Mei 1969.

Menurut Mahfuz, apa yang dituduh oleh Zam itu amat bertentangan dengan apa yang sebenarnya berlaku di mana Kelantan yang diperintah oleh PAS ketika tercetusnya peristiwa 13 Mei itu terbukti paling aman.

"Sebab itulah saya kata 'ubat' Zam itu sebenarnya racun yang akan memburukkan lagi wabak yang kini dideritai oleh Umno.

"Bagaimanapun, saya ucapkan terima kasih tidak terhingga kepada Zam kerana bersungguh-sungguh menyumbat racun ke dalam mulut Umno yang kini bagaikan dibelasah wabak kencing tikus," katanya sambil membangkitkan kembali dokumentari RTM mengenai Kelantan ketika Zam menjadi Menteri Penerangan.

"Dokumentari itu akhirnya terbukti penuh pembohongan dan menjadi bahan ketawa rakyat Kelantan," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.

Harakahdaily tahun lalu pernah menceritakan apa yang berlaku di Kelantan ketika peristiwa 13 Mei di mana memang tidak dinafikan bahang rusuhan kaum itu mendorong kira-kira 50 hingga 60 orang pemuda berkumpul di atas Jambatan Yahya Petra.

Menurut bekas Setiausaha Perhubungan PAS Kelantan yang juga pembantu kanan Menteri Besar Kelantan ketika itu, Ustaz Salahuddin Abdullah, dengan penuh semangat pemuda-pemuda itu dibakar dengan kata-kata "jangan biar orang-orang Melayu di Selangor dianiayai dan tak ada pembelaan kita".

Salahuddin mendakwa, pemuda-pemuda itu, termasuk dari Umno dan PAS, diapi-apikan beberapa pemimpin Umno Kelantan.

Sebaik sahaja mendengar kekecohan itu, Allahyarham Tan Sri Asri Muda yang ketika itu menjadi Menteri Besar Kelantan meminta Salahuddin dan beberapa yang lain pergi memujuk para pemuda itu. Setelah dipujuk, mereka dibawa ke kediaman Menteri Besar yang terkenal dengan panggilan JKR 10.

Ketika di bawa ke JKR 10, kira-kira 100 orang berhimpun termasuk pemuda-pemuda yang dipujuk itu.

"Mereka dijamu dengan mi dan nasi lemak," kata Salahuddin.

Asri menjelaskan kepada mereka bahawa PAS yang ketika itu memerintah Kelantan berjuang berdasarkan landasan Islam.

PAS, katanya, sentiasa tunduk kepada ajaran Islam.

Bekas Presiden PAS itu menasihatkan mereka supaya berwaspada dan jangan terjebak dengan perkara-perkara yang dilarang oleh Islam termasuk hasutan rusuhan perkauman.

Ketika pertemuan itu berlangsung, seorang kontraktor yang terlibat dengan projek-projek membuat jalan di Kelantan, Chua Say Paw, tiba-tiba datang ke JKR 10.

Sebelum datang ke kediaman Menteri Besar itu, beliau tidak tahu-menahu tentang kejadian yang berlaku dan datang kerana urusan lain.

Asri terus memanggil beliau ke hadapan dan memberitahu jika berlaku kejadian menganiaya kaum Cina di mana-mana tempat di Kelantan, beliau akan pegang penghulu tempat berkenaan.

Menteri Besar itu tak mahu dengar apa-apa berlaku.

Sambil memandang Chua, Asri juga memberi jaminan tidak ada apa-apa yang akan berlaku ke atas kaum Cina di Kelantan di mana PAS memerintah.

Selepas itu, kehidupan seharian di Kelantan berjalan seperti biasa.

INI KAH ERTI KEMERDEKAAN ?






Seramai 22 pasangan kekasih warganegara tempatan yang dipercayai berkhalwat ditahan oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dalam “Operasi Sayang” sempena sambutan ambang Merdeka ke-53 malam tadi dan awal pagi ini. Penolong Pengarah Unit Perhubungan Awam dan Penerbitan JAIS, Nurhamizah Othman berkata, kesemua pasangan itu ditahan di beberapa hotel bajet sekitar Shah Alam, Klang dan Petaling Jaya sepanjang operasi yang bermula pada pukul 11 malam semalam sehingga 4 pagi ini.

Pelbagai taktik licik dikesan cuba digunakan pasangan kekasih bagi mengelakkan mereka daripada ditangkap seperti mendaftar masuk ke hotel atas nama masing-masing tetapi hanya menggunakan sebuah bilik.

"Curiga dengan tindakan itu, pihak kami pada mulanya pergi ke sebuah bilik yang didaftar namun tiada orang di dalamnya sebelum menyerbu ke sebuah bilik lagi. Di bilik itu, anggota JAIS yang terpaksa memecah masuk setelah pintu tidak dibuka mendapati ada seorang lelaki dan wanita yang bukan muhrim berada di dalamnya”.

Terdapat seorang wanita yang disyaki berkhalwat dengan lelaki bukan Islam menggunakan nama kekasihnya dalam buku pendaftaran bilik sewa hotel bagi mengaburi pihak Jais. Kesemua pasangan yang berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun itu dibawa ke ibu pejabat Jais di sini untuk diambil keterangan dan diikat jamin sebelum dibebaskan. Pasangan yang disyaki berkhalwat itu akan didakwa mengikut Seksyen 29, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM3,000 atau penjara dua tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Bagaimanapun, lelaki bukan Islam itu tidak akan didakwa oleh Jais.

***inikah bentuk kemerdekaan yang difahami oleh generasi muda Malaysia hari ini. menunggu hingga detik 12 malam bersama-sama pasangan, kemudian meneruskan 'kemerdekaan' mereka di tempat-tempat yang sesuai. yang berpasangan akan berzina, yang bujangan akan merempit di jalanan hingga ke subuh. kemudian siangnya tidurlah hingga ketengah hari. kalau begini keadaannya kita kibarkanlah sejuta helai jalur gemilang, kita dendangkan beribu-ribu lagu patriotik, kita laungan kalimah MERDEKA hingga berbuih mulut, tidak ada guna dan kesannya kepada generasi muda Malaysia yang kian rosak moral dan akhlaknya***

E-melkan Ini BlogThis! Kongsi ke Twitter Kongsi ke Facebook Kongsi ke Google Buzz

Dicatat oleh orangkasai

PENGUSAHA BLACK MONEY DI TANGKAP DI THAILAND - SINDIKET BLACK MONEY TUMPAS

100,000 keping kertas bercetak AS$1 ditemui di rumah tiga pelajar Nigeria

KAJANG: Polis berjaya menumpaskan sindiket 'black money', berikutan penahanan tiga pelajar kolej swasta dari Nigeria dalam satu serbuan di sebuah rumah teres dua tingkat di Bandar Sungai Long di sini, Khamis lalu.

Dalam serbuan jam 10 malam itu, kira-kira 100,000 keping kertas bercetak AS$1 dengan nilai pasaran tempatan RM342,000 ditemui disembunyikan dalam dua beg pakaian, selain pelbagai peralatan membuat wang palsu.

Antaranya mesin pengimbas, set komputer dan botol plastik mengandungi bahan kimia di salah sebuah bilik di rumah itu yang dipercayai disewa tiga pelajar asing terbabit.

Ketua Polis Daerah, Asisten Komisioner Sakaruddin Che Mood, berkata siasatan mendapati wang palsu itu dipercayai bukan untuk diedarkan kepada pelanggan seperti kebiasaannya, sebaliknya digunakan untuk memperdayakan mangsa mereka

MUSTAHIL BALAK SEBESAR INI TIDAK NAMPAK - MESTI KERJA RASUAH UMNOgok !


SEMUA KERANA RASUAH GEROMBOLAN

SPRM BONGKAR PEMBALAKAN, PERLOMBONGAN HARAM DI TERSANG – berita hairan

RAUB : Serbuan pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) terhadap aktiviti pembalakan haram di Hutan Simpan Tersang di sini hari ini turut menemukan mereka dengan kegiatan perlombongan emas haram di hutan simpan yang sama.

Operasi yang disertai oleh 10 pegawai penguatkuasa dari Putrajaya itu mula memasuki hutan simpan tersebut seawal jam 8 pagi selepas menerima aduan daripada penduduk tempatan mengenai aktiviti haram berkenaan.

Kegiatan pembalakan haram itu dipercayai bermula sejak empat tahun lalu dan kawasan yang telah diceroboh adalah seluas 30 peratus dan di bawah pengetahuan agensi penguatkuasa terutamanya Jabatan Perhutanan.

NOTA:ini mesti ada rasuahtak mungkin tak ada rasuah

balak besar bukan mancis api boleh suruk dalam kopeklombong besar bukan boleh suruk dalam kerpai

empat tahun?empat tahun punya kerjalori keluar masukbalak keluar masuktak kan tak nampak

siapa di belakang ini ?jamin towkay ini cukongjamin ada hubungan dengan gerombolan

tak kan malaon kerajaan pahan tak tahuapakah ini kerja raja gopal?

berapa banyak agaknya hutan negara ini ditebuksemua oleh cukong yang ada kerjasama dengan gerombolan

gerombolan asik marah china baik masuk surautapi gerombolan kerjasama dengan china jahat curi balak

china baik masuk surau dikutukchina jahat curi balak dipilihara

akhirnya china dan melayu bergaduhtowkay china dan gerombolan jadi kaya

woit.. tak kan tak sedar sedar kah kah kah

nota:betul ke ada kes nanti?kita lihat dan tungguselalunya kes akan ada jikatim curi balak ini bukan tim mb

kalau kes tak ada ertinya semuakautim - berita hari ini hanya nakbagi oarang melayu tidor nyenyak kah kah kah

Dicatat oleh Tukar Tiub pada 1:49:00 AM 

Y.B. Teo kali ini berbaju kurung dan berselendang. Makin manis dipandang! UMNO Semakin MEROYAN !





Isu Surau Mempopularkan Y.B.Teo: Perkasa Sebenarnya Tidaklah Perkasa.

Selepas mesyuarat kawasan pada tengahari itu aku berkata, "Tujuan Utusan mencetuskan isu Surau Al-Huda dengan Y.B.Teo Nie Ching tak kesampaian, bahkan makin menampakkan tembelang mahu mengeksploitasi kemarahan orang Melayu bagi kepentingan parti politik tertentu." Kawan yang masih di meja mesyuarat menambah, "Bukan saja tidak kesampaian, tetapi menunjukkan kejahilan tentang Fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan pada 1 Mac 2010!"

Seorang kawan lagi yang masih berdepan dengan fail mesyuarat mencelah,"Yang aku hairan mengapa kepimpinan dua institusi agama di Selangor itu cepat melatah! Keras dan tidak teliti, terus menurut rentak yang dimainkan Utusan?""Ah memang, orang kenal arah mereka. Ada peluang terus ambil kesempatan!" Celah seorang ahli mesyuarat lain. "Kalau nak kata tak boleh ruang sembahyang dimasuki bukan Islam, termasuk perempuan, mengapa dibenarkan berlaku di masjid Negara dan Masjid Negeri?" Tanya kawan.

Aku menambah, "Ada silapnya Y.B.Teo, dia seharusnya memahami nilai Islam dan budaya mesyarakat Melayu, supaya tidak dieksploitasi untuk menarik kemarahan orang Melayu. Seeloknya majlis dibuat di bahagian luar!"

"Tapi dia datang sekejap waktu malam lepas tarawih, macam mana nak dibuat di luar, gelap! lagi pula dia bukan bertazkirah. Dia datang menyerah cek untuk membaiki pagar dan cakap tentang prihatin kerajaan Selangor tentang pendidikan!", hujah kawan berdepan denganku.

Selepas kami mesyuarat Y.B. Teo datang diiringi beberapa pengiringnya. Selepas tiba dia menyatakan, "Kehadiran kami untuk mendapat pandangan dari saudara-saudari sekalian."

Beberapa orang dari kami menerangkan kepadanya, apa yang kami bincangkan - sebagai agenda tambahan, isu berhubung dengannya. Dia berterima kasih dan menyatakan tindakan lanjut yang akan diambil dan mengharapkan pandangan dari kami akan diberi. Kami berpendapat, peristiwa ini sebagai pengajaran, semua pihak perlu berhati-hati dengan isu yang boleh menyentuh sensitiviti kepercayaan dan kaum.Pada tengahari itu, aku dimaklumkan oleh pihak seorang AJK tentang satu rombongan dinamakan "Wira Perkasa" datang ke Surau Al-Huda di Kajang Sentral. Mereka sasa dan bengis.

AJK itu bertanya tujuan kehadiran mereka. Secara keras mereka menjawab, mereka mahu menemui Pengerusi Surau Al-Huda. Secara sinis AJK itu menjawab,"Mana ada Pengerusi, bukankah semua jawatan sudah digantungkan?"

Terkejut ketua rombongan, kerana sedar tentang kejahilan mereka tentang duduk perkara!. AJK itu bertanya, "Tujuan mahu jumpa?""Kami mahu gantikan cek RM1,000 Teo, dengan peruntukan dari kami!"

"Mengapa?" tanya AJK."Maruah surau, tak boleh terima duit dari bukan Islam." jawab ketua."Itu bukan duit dia. Sebagai Wakil Rakyat, dia salurkan duit peruntukan dari kerajaan Selangor," hujah AJK.

Sekali lagi tersentak Ketua dengan hujah. Melihat Ketua diam, AJK membuat cadangan, "Bagus! Kalau dah banyak wang dan mahu bantu surau, surau berhampiran tu juga perlukan bantuan! Dapatkah diberi peruntukan?" tanya AJK menguji.

"Tak boleh," jawab Ketua rombongan memecah tembelang tentang keikhlasan."Kalau begitu tunggulah Pengerusi!" perli AJK itu lagi.

Pada masa itu Bilal di sebuah lagi surau berdekatan bang zohor, mereka dijemput oleh AJK sama berjamaah. Nampaknya mereka serba salah. Apa yang dinamakan Pengerusi tak ada. Mereka terkial-kial mencari, tapi mana mungkin menemui. Mereka juga tidak menyertai jamaah dan akhirnya, sia-sia mereka blaah!

Nampaknya Wira Perkasa itu tidaklah wira dari segi minda! Bahkan mentah dari segi tindakan!

Petang itu dari berita diikuti, Pemuda Umno pula datang menghantar memorandum mahu menemui Y.A.B. Menteri Besar. Sasaran mereka juga tidak betul. Mereka tidak pasti fokus yang patut mereka hadapi. Apa releven orang lain dihantar bantahan, orang lain pula diminta letak jawatan? Mereka tidak faham dengan kedudukan. Mereka jadi alat dan diperalat!Yang pasti Y.B. Teo makin mendapat publisiti!

Pada petang itu sekali lagi aku jumpa Y.B. Teo di Taman Tun Perak bersama menyampaikan bantuan faqir-miskin dan dia berbuka bersama rakyat. Y.B. Teo kali ini berbaju kurung dan berselendang. Makin manis dipandang! Dia nampaknya mulai menghayati budaya Melayu-Islam! Ada kejayaan kecil dari segi dakwah! Nampaknya Umno berusaha mahu jauhkan orang bukan Islam dari Islam dan kita berusaha mendekatkan mereka dengan Islam!

Sekian.

http://drshafie.blogspot.com/

Nabi benarkan orang2 Kristian Najran masuk dan bersembahyang di Masjid Nabi, Kenapa UMNO & PERKASA BODOH SANGAT ?




BODOHNYA UMNO DAN PERKASA DALAM BERAGAMA

Diposting oleh BRIGED MP SEGAMBUT | at 01:13 2010/09/01 | Labels: SATIRA POLITIK

Cuba bayangkan jika Rasulullah s.a.w ditakdirkan Allah masih hidup di zaman ini. Tidakkah kita fikirkan bahawa Utusan dan Umno mungkin juga akan menemplak tindakan Rasulullah s.a.w yang membenarkan orang-orang Kristian Najran masuk ke masjid dan bersembahyang di Masjid Nabi.

Ahli Parlimen DAP Y.B Teo Nie Ching diserang-serang habis-habisan kerana berkunjung ke Surau Al-Huda Kajang untuk menyampaikan bantuan membaiki pagar surau tersebut. Beliau telah dijemput oleh jawatankuasa surau untuk menyampaikan ucapan ringkas. Insiden itu bagaimanapun dieksploitasi media arus perdana dan Umno dengan mendakwa ia satu kesalahan dan mencemar imej Islam.

Kerana seronok memfitnah di bulan Ramadhan , Umno dan Utusan tidak peduli seerah Rasulullah s.a.w dan para sahabat yang berjaya menonjolkan ruh tasamuh ( toleransi ) yang amat tinggi apabila berdepan dengan golongan non muslim . Sebagai satu contoh toleransi yang Rasulullah s.a.w tonjolkan adalah sepertimana kisah yang dinyatakan oleh Ibn Ishak di dalam seerah berkenaaan perjumpaan Baginda dengan golongan Kristian Najran.

Ibnu Ishak meriwayatkan golongan Kristian ini telah bertemu dengan Rasulullah s.a.w di Madinah dan mereka bejumpa Rasulullah s.a.w di Masjid Nabi. Apabila tiba waktu asar golongan Kristian ini bangun ingin menunaikan sembahyang mereka dan ada para sahabat yang cuba menegah mereka. Rasulullah sebaliknya mengatakan “ Da’auhum ! ( biarkan mereka ) .

Rasulullah s.a.w membenarkan golongan Kristian itu bersembahyang mengikut cara mereka di dalam masjid Nabi !! Akhirnya mereka bersembahyang dengan mengadap di sebelah timur ( lihat buku tulisan Yusuf Al-Qardhawi “ Religious Minority from Shariah’s Perspective ). Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat dan Ketua Dewan Ulama Pas,Dato Harun Taib iaitu mereka yang arif tentang Islam menyatakan tidak salah orang bukan Islam memasuki masjid.

Jika Rasulullah s.a.w yang digambarkan oleh Al-Quran sebagai qudwatun hasanah ( role model ) membenarkan orang bukan Islam bersembahyang cara mereka di Masjid Nabi siapakah Utusan dan Umno yang ingin melarang Ahli Parlimen DAP dari memasuki surau Al-Huda, Kajang.

Umno dan Utusan mendakwa kononnya pihak Surau Al-Huda membenarkan Nie Ching memberikan tazkirah sedangkan beliau adalah orang bukan Islam dan tidak memakai aurat.

Sebenarnya ini hujah makan tuan. Baiklah katakan , untuk tujuan berhujah, kami terima pendapat Umno bahawa Nie Ching tidak sepatutnya bertazkirah kerana beliau adalah orang bukan Islam dan tidak menutup aurat . Jika itu hujah Umno kita juga berhak bertanya kenapakah semasa Umno menjadi Kerajaan di Selangor dahulu para alim ulama’ seperti Tuan Guru Nik Aziz, Dato’ Dr Harun Din , Almarhum Dato Ishak Bahrum dan beberapa alim ulama' yang lain juga dilarang memberikan tazkirah oleh pemimpin Umno .Bukankah Tuan Guru Nik Aziz, Dato’ Dr Harun Din , Almarhum Dato Ishak Bahrum adalah orang Islam dan bukankah mereka juga menutup aurat !

Umno katakan Nie Ching tidak menutup aurat ketika bertazkirah . Kita ingin bertanya Umno , adakah hukum atau perintah menutup aurat hanya untuk orang Islam atau juga terpakai untuk orang bukan Islam ? Jika menutup aurat hanya wajib untuk orang Islam sahaja kenapakah kita harus mewajibkan ke atas orang bukan Islam dalam perkara yang Allah tidak wajibkan ke atas mereka. Bukankah pendirian kita bahawa orang bukan Islam yang ingin berkunjung ke masjid mestilah berpakaian sopan. Saya tidak nampak Nie Ching berpakaian tidak sopan hanya kerana beliau tidak bertudung.

Jika Umno begitu serius tentang isu menutup aurat mengapakah Umno tidak ambil peduli sebahagian besar isteri pemimpin Umno dan sesetengah pemimpin wanita dan Puteri Umno yang masih tidak menutup aurat !

Apabila Ahli Parlimen Selayang, Y.B William Leong Jee Keen menyampaikan sumbangan kepada wakil Masjid al-Taqwa, Selayang akhbar Mingguan Malaysia menulis dengan tajuk berikut “ Ahli Parlimen Selayang pula “ bertazkirah” Kesucian Masjid terus dinodai” ( Mingguan Malaysia 29/8/2010 m/s 3 ) . Akhbar itu melaporkan pengarah JAIS Datuk Mohamed Khusrin Munawi berkata orang bukan Islam tidak dibenarkan memasuki ruang solat utama kerana mereka tergolong dalam berkeadaan hadas besar.

Saya tidak pelik jika JAIS mengambil pendirian begitu kerana bagi saya saki baki pengaruh Umno masih tebal dalam JAIS. Bukankah JAIS di zaman BN dahulu sibuk mengambil tindakan kepada AJK masjid yang dilihat tidak cenderung kepada Kerajaan BN. Saya mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam isu tersebut kerana saya mewakili lebih kurang 7 buah masjid dan surau yang diganggu oleh JAIS !

Untuk Khusrin kita ingin bertanya soalan berikut : Adakah Rasulullah s.a.w tidak tahu orang-orang Kristian Najran berhadas besar semasa Rasulullah s.a.w membenarkan mereka masuk Masjid Nabi dan bersembahyang di Masjid Nabi ?

Apabila Ustaz Zakaria Ahmad mendoakan di dalam khutbah agar Lim Guan Eng diberi hidayah akhbar proksi Umno memfitnah beliau dengan mengatakan doa Ustaz Zakaria berbunyi begini “ Ya Allah , Ya Tuhanku, Kau selamatkanlah pemimpin kami Lim Guan Eng… ( lihat Mingguan Malaysia 22/8/2010 m/s 5 ). Malahan ada disiarkan di dalam TV bagaimana seseorang membuat komen bahawa khutbah tersebut boleh dikatakan tidak sah kerana tidak ada doa kepada Yang Dipertuan Agung ( YDPA ). Wow ! sejak bila doa kepada YDPA menjadi rukun khutbah. Habislah semua khutbah Nabi tidak sah kerana di zaman Nabi YDPA tidak ada !

Mengapakah Umno terus menerus memainkan isu seperti ini ? Jawapannya mudah sekali iaitu amat mudah memainkan emosi rakyat dengan isu-isu sensasi ini. Percayalah Umno akan terus menerus memainkan isu seperti ini kerana bagi Umno undi adalah segala-galanya. Bagi mendapatkan undi matlamat menghalalkan cara. Umno tidak akan peduli sama ada isu yang dimanipulasi itu selaras dengan syara’ atau tidak.

Lihatlah pendirian Umno dalam isu kalimah Allah di dalam akhbar the Herald. Emosi mengatasi ilmu. Lihat pula dalam isu kuil dan memijak kepala lembu . Sekali lagi perasaan mengatasi ilmu pengetahuan. Lihat pula isu orang bukan Islam masuk ke dalam masjid. Umno tidak peduli seerah dan sunnah Rasulullah s.a.w . Lihat pula isu khutbah. Umno seronok memfitnah di dalam bulan yang penuh barakah

http://peguampas.blogspot.com/2010/08/umno-berpesta-fitnah-di-bulan-barakah.html

Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/2010/09/bodohnya-umno-dan-perkasa-dalam.html#ixzz0yDHYILV8

BARU BETUL MERDEKA APABILA KEPALA SEGALA KEPALA BERSARA PADA 14 SEPT 2010, JADI KE ??

Gua dengar cerita (khabar angin barat daya dan timur laut) orang dalam gambar tu kompom bersara 14 September 2010, ini baru di katakan MERDEKA..!!!!

MERDEKA...!!!! Sebab satu dah nak berambus.., pengantinya pula tak tau pulak macamana...??? Adakah kaki libas jugak...????

Walau apa pun ianya sekadar khabar angin jelah..., manalah tau dek kerana prestasinya dari tukang angkut tilam hingga jadi KPN teramat memberangsangkan PM 1Malaysia... hingga terangsang di sambungnya lagi khidmat orang tu... atas dasar "You help me..., I help you"... muakakakakakaaaahhhhh

Dan manalah tau jugakan... dalam Malaysia ni... hanya sorang ini jer yang layak jadi KPN... yang lain2nya tak layak... kah..kah..kah....

Perghhhh... memang malang dan sial nasib satu Malaysia... kah..kah..kah...

Kalau kompom khabar angin tu... gua nak sedekah Nasi Beriani Kambing di Masjid pada waktu solat Jumaat dalam minggu ni..., kalau Jumaat minggu depan dah tak boleh beb... (oopppsss... jangan repot kat MAIS dan JAIS...yeaaa... please...please..please.... nanti Sultan murka sama gua...)

Aman.... Bukit Aman....