ZAKRI ALI

AL QURAN : Surah Hud Ayat 113 - BERMAKSUD : "Dan janganlah kamu cenderung kepada orang yang berlaku zalim yang akan menyebabkan kamu dibakar api neraka, sedang kamu tidak ada sebarang penolong pun selain daripada ALLAH SWT. Kemudian kamu tidak akan diberi pertolongan"

Followers

Wednesday, August 4, 2010

PERBICARAAN LING : MAHATHIR SEDIA BERI KETERANGAN

HANYA SATU SANDIWARA-HANYA BIAWAK YANG KENAL MAMAK LIDAH BERCABANG



Mahathir Mohamed berkata beliau sanggup memberi keterangan pada perbicaraan bekas Menteri Pengangkutan, Ling Liong Sik yang didakwa memperdayakan jemaah menteri, jika dipanggil berbuat demikian.

“Jika seseorang diperlukan beri keterangan di mahkamah, dia mesti berbuat demikian...tak boleh kata tak nak,” kata Mahathir selepas pelancaran Yayasan Universiti Petronas, hari ini.

Bagaimanpun Mahanthir tidak pasti apabila diajukan soalan sama ada beliau rasa yang dirinya diperdayakan oleh Ling berhubung pembelian tanah untuk projek ”Mega Distribution Hub”.

KAH KAH KAH

woit… KITA JANGAN MUDAH LUPA…. kah kah kaH...

kah kah kah… MUNKEEE INI PERNAH KATA DIA SANGGUP DI PANGGIL KES ANWAR…. kah kah kah..

kah kah kah… CIKUN … TAK BERANI DATANG KE MAHKAMAH…. kah kah kah..

woit… LEPAS TU KATA MAHKAMAH TAK PANGGIL…. kah kah kah

woit… KALI INI TEATER INI PUN SAMA…. kah kah kah…

kah kah kah… INI SANDIWARA… PANGGIL UNTUK JADI X-TRA PUN OKAY…kah kah kah..

woit…. JADI PAK PACAK PUN OKAY…. kah kah kah…

nota:
pelik tetapi benar
ling liong sik ini boleh tipu madey
cakap bukan main terrer
tapi kena tipu oleh cukong kah kah kah

nota:
pelik tetapi benar
wira dunia ketiga
ditipu oleh apek cukong kah kah kah

Dicatat oleh Tukar Tiub
Dicatat oleh atsixty di 1:00 PM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

SIPAUN : TIADA PENYESALAN BANTAH SABAH SERTAI MALAYSIA – mkini


47 TAHUN PROJEK GAGAL-

ANAK JATI SABAH BANGUN MELAWAN

nota:

47 tahun kemudian tidak ada sesalan menentang malaysia.

47 tahun sabah yang terkaya menjadi yang tercorot
47 tahun di bawah hegemoni gerombolan
47 tahun warga sabah makin di asak pendatang luar
jual kad pengenalan
jual untuk duit
jual untuk undi
jual orang sabah

bacalah sejarah pandangan anak sabah ini
beri penghormatan kepada pandangan ini:


Selepas 47 tahun pembentukan Malaysia, bekas naib pengerusi Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam), Tan Sri Simon Sipaun lebih yakin bahawa tentangannya agar Sabah tidak menyertai persekutuan Malaysia adalah betul.

"Malah jika menyertai Malaysia adalah perkara yang betul, ia datang sepuluh tahun terlalu awal bagi kami,” kata Sipaun kepada kira-kira 500 peserta di forum tertutup berjudul, 'Formation of Malaysia, a Promise Revisited and the Way Forward', di Kota Kinabalu, pada hujung minggu lalu.

Forum ini anjuran Yayasan Warisan Borneo (BHF) dengan kerjasama Common Interest Group Malaysia (CigMa), dan beberapa NGO.
Spektrum yang luas

Sipaun berpendapat ketika pada 1962 lalu, Britain sepatutnya menetap untuk sepuluh tahun lagi. Atau pilihan lain adalah bagi Sabah meredeka terlebih dahulu bagi tempoh masa yang sama sebelum memutuskan sama ada untuk menyertai Malaysia.

Pada forum itu, beliau mengimbau semula tentangan ketika itu.

Katanya, dia hanya berusia 25 tahun pada masa itu tetapi tidak ragu-ragu menyuarakan pandangannya kepada Tun Donald Stephens, yang merupakan Huguansiou (ketua tempatan) bagi suku kaum KadazanDusunMurut.

Pandangannya itu disampaikan kepada Stephens melalui seorang pemimpin masyarakat tempatan yang juga membawa beberapa isu lain.

Menurut Sipaun, beliau terharu apabila mendapati Stephens juga sependapat dengannya bahawa Malaysia sebenarnya bukan untuk Sabah.

Bantahan Sipaun melangkaui spektrum yang luas. Beliau memberi amaran bahawa Malaysia hanya akan menyaksikan “pemindahan kuasa penjajah di Sabah dan Sarawak daripada United Kingdom kepada Malaya”.
Kebebasan sebenar

Katanya lagi, Sabah sepatutnya menikmati kebebasan yang sebenar sebagai negara berdaulat dengan pemerintahan sendiri dan diikuti dengan kemerdekaan.

Sipaun juga memberi amaran Sabah, seperti juga Sarawak tidak mempunyai orang yang layak serta berpengalaman untuk berunding dengan Malaya dan Singapura.

Malah, beliau juga mencadangkan Sabah ke meja rundingan seorang diri tanpa perwakilan kerajaan British jika pungutan suara Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu menunjukkan rakyat mahukan persekutuan Malaya, Singapura, Sarawak dan Sabah.

Beliau kemudiannya difahamkan bahawa pungutan suara itu menunjukkan bahawa hanya satu pertiga rakyat di Sabah dan juga Sarawak memilih menyertai Malaysia.

Jumlah yang sama menentangnya dan selebih mereka memilih untuk mencapai kemerdekaan sendiri terlebih dahulu.

“Apa yang menghairankan saya sehingga hari ini ialah mengapa Stephens menukar fikirannya dan memilih malaysia selepas berjumpa dengan Lee Kuan Yew,” soal Sipaun.


Dicatat oleh Tukar Tiub
Dicatat oleh atsixty di 11:59 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

BERITA SEDIH SELURUH NEGARA - Ceramah UMNO Tiada Sambutan ??

PROGRAM MEMBOCORKAN RAHSIA PAKATAN RAKYAT



nota:

sedih dan pilu

gugur air mata berdayu dayu
sayang nya yang mendengar hanya bangku

apalah nasib ku
nasib baik merah warna ku
kalau tidak telah jadi tunku

kah kah kah

nota:

tapi ini projek
bangku dan kerusi pun ok
m
asyuuk mesti masyuuk kah kah kah
Dicatat oleh atsixty di 11:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Negeri Pakatan Rakyat Catat Pelaburan Tertinggi ?


SELANGOR mencatatkan jumlah pelaburan tertinggi yang diluluskan dalam tempoh empat bulan pertama tahun ini dengan nilai RM459.94 juta menerusi industri makanan.

Berdasarkan perangkaan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), Melaka menduduki tempat kedua dengan nilai RM75.33 juta diikuti Johor RM72.29 juta.

Bagaimanapun, Pengerusinya, Tan Sri Dr Sulaiman Mahbob berkata, dalam tempoh itu, tiada sebarang projek membabitkan industri makanan diluluskan bagi Kelantan, Terengganu, Pahang, Kedah dan Perlis./Seterusnya di Metro.

Dicatat oleh WFAUZDIN NS
Dicatat oleh atsixty di 10:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Polis Serang Ceramah PKR di Melaka Oleh : Shamsul Iskandar


Salam semua…

UMNO dan BN sekali lagi menggunakan polis untuk menghentikan ceramah PAKATAN di Bukit Beruang, Melaka malam tadi. Bermula dengan jalan masuk dikepong lebih 50 anggota polis dan diakhiri dengan cubaan untuk menghentikan ceramah.

Penceramah yang terdiri dari YB Dr. Hatta Ramli, YB Khoo Poey Tiong dan saya sendiri tetap tidak mengalah dan meneruskan ceramah walaupun satu demi satu pembesar suara dimatikan.

Ini bukan pertama kali tapi untuk sekian kalinya polis menjadi kuda tunggangan untuk mengekang kemaraan rakyat. Namun hakikatnya kemaraan rakyat takkan mampu ditahan lagi..

LAWAN TETAP LAWAN!!!

Dicatat oleh atsixty di 9:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

I HELP YOU, YOU HELP ME


Kah... Kah... Kah....

Selepas wayang "Bersekutu Kita Menipu" yang bakal menjadikan Tun Lee Liong Sik super star dunia wayang tanah air. Mahadhir pulak mengofferkan dirinya untuk menjadi super badut. Lawak pertama dia adalah melalui kenyataan yang dia keluarkan tentang FDI Malaysia iaitu......

"Pelabur Asing Tiada Wang Untuk Melabur" Baca sini.

Lawak... Lawak... Best giler lawak ni.

Kenyataan yang dia buat ini, mungkin didorong untuk mendapakan ehsan daripada PM 1Malaysia yang kuat berpegang pada slogan.... I Help You.... You Help Me!!

I sokong what you say.... You don't heret me, okay??

Ha.... ha.... ha....!! Super Badut.... Super badut... Lawak la lu.

Posted by A Mum Of Three Mohd
Dicatat oleh atsixty di 12:30 AM 1 comment:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Tuesday, August 3, 2010

Ibrahim Ali Tuduh KJ Menantu Tun Pak Lah Ada Hubungan Intim Bersama Maya Karin. Woo Yoooo.. Oleh: Brian Pedro Rizal


Biar betul Ibrahim Ali ni tuduh KJ menantu Tun Pak Lah Ada Hubungan Intim Bersama Maya Karin. Woo Yoooo..bunyi macam Luna Maya jer...

Dalam facebooknya 32 minit yang lalu, Ibrahim Ali mendedahkan kononya KJ menantu Tun Pak Lah ada hubungan intim bersama Maya Karin. Intim macam mana Brianpedro tak tahulah pulaknya. Kerja Brianpedro nak selak jer…

Pun begitu Ibrahim Ali tidak membandingkan hubungan KJ dan Maya Karin sebagaimana Airel dan Luna Maya. Ha ha.. dalam imaginasiku ini, kalau tidak sama mungkin lebih hebat daripada pasangan Ariel dan Luna Maya. Ibrahim Ali dalam tulisanya mengaku sebenarnya bukan niat beliau untuk membongkar hubungan Maya Karin dan KJ.

Menurut Ibrahim Ali yang pernah di gelar Englishman kerana kemahiran beliau menguasai english dan mendapat A++ semasa sekolah dulu, niat beliau mendedahkan isu ini adalah baik semata-mata dan berharap tidak akan ada yang tersalah ngerti yang akan berlaku nanti.

Sambil menambah lagi, Ibrahim Ali menyatakan bahawa kalu KJ sdka nak tambah nombor 2, tambah jerlah…dan mengakhiri dengan kenyataan, “Bung Mokhtar ada jawapan nya. Haha”. Yang last part ni, Brianpedro tak faham ha ha Ibrahim Ali.

sumber berita: Ibrahim Ali

Dicatat oleh atsixty di 11:59 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Ladang babi konsep rumah tertutup mesra alam di Sarawak dibuka menjelang 2011

UMNO & NGO UMNgOk Tak Nak Bantah Ke Cadangan BN Sarawak Ni???

UMNO..Perkose..GPMS..Kelab UMNO luar Negara..nak bantah tak cadangan BN Sarawak ini. Dulu bukan main korang bantah gila-gila ladang sama kat Selangor

SIMUNJAN - Kawasan penternakan babi termoden berkonsep rumah tertutup di tapak seluas 804 hektar di Pasir Puteh dekat sini, akan mula dibuka kepada penternak babi sekitar Kuching dan Samarahan menjelang tahun 2011, kata Menteri Muda Alam Sekitar, Datuk Peter Nansian Ngusie.

Beliau berkata, kawasan terbabit yang hampir 75 peratus siap lengkap dengan prasarana asas bernilai RM90 juta yang ditanggung serta dibangunkan oleh kerajaan negeri dan pusat mampu menempatkan kira-kira 250,000 ekor babi pada satu-satu masa.

"Kawasan yang lengkap dengan prasarana moden bernilai hampir RM90 juta melalui konsep rumah tertutup mampu mengatasi masalah pencemaran khasnya bau dan air sisa kumbahan dari kandang babi," katanya kepada pemberita pada sesi taklimat sempena lawatan media ke kawasan itu hari ini.

Beliau berkata, setakat ini kira-kira 72 daripada 103 penternak yang berlesen bersedia untuk menternak babi di kawasan yang turut dilengkapi pusat pemotongan dan bilik beku menggunakan teknologi Jerman bernilai hampir RM19 juta.

Nansian berkata, kerajaan yakin ladang terbabit yang dibangunkan bersama oleh Lembaga Sumber Asli dan Alam Sekitar Sarawak (NREB) dan Jabatan Pertanian Sarawak dapat mengatasi dan mengawal masalah serangan penyakit selain mengawal pencemaran alam sekitar serta menjamin mutu dan standard pengeluaran hasil daging babi.

"Dengan adanya ladang babi yang lebih sistematik dan canggih ini kita yakin mampu mengeluar lebih banyak babi bukan sahaja untuk permintaan tempatan malah juga untuk pasaran eksport," katanya.

Beliau berkata, kawasan penternakan yang sedia di bahagian Kuching dan Samarahan bagaimanapun masih dikekalkan berdasarkan syarat dan peraturan yang telah ditetapkan NREB, khasnya daripada segi kawalan mutu kesan alam sekitar.

"Beroperasi di sini (Pasir Puteh) bukan satu mandatori... namun kemudahan di Pasir Puteh ini adalah yang terbaik dan kita yakin penternak akan berpindah secara berperingkat," katanya sambil menjelaskan kerajaan juga dalam perancangan untuk membangunkan konsep ladang babi yang sama di Sibu dan Miri.

Ketika ini, Sarawak menternak kira-kira 280,000 ekor babi dan daripada jumlah tersebut 75 peratus ataupun 210,000 diternak di bahagian Kuching dan Samarahan manakala selebihnya di bahagian lain di negeri ini.

Dicatat oleh atsixty di 11:15 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sivakumar : Demokrasi Dibunuh Di Dewan Negeri Perak


Kenyataam Media YB V.Sivakumar

IPOH : Apa yang telah berlaku dalam Dewan Negeri Perak hari ini amat mengecewakan. Ahli-ahli Dewan Negeri Perak BN sanggup membunuh demokrasi semata-mata untuk mengekalkan kuasa politik mereka.

Kemuliaan Dewan Negeri Perak telah dicompang-camping sekali lagi dalam persidangan Dewan Negeri hari ini. Mereka ini merupakan golongan yang paling tidak bertamadun. Tindakan mereka harus dikecam untuk menghidupkan kembali demokrasi di Negeri Perak.


Persidangan Dewan Negeri Perak lebih sesuai dipanggil Pesidangan Polis Diraja Malaysia. Lebih ramai polis berkerumun di perkarangan Bangunan Perak Darul Ridzuan dibandingkan dengan wakil-wakil rakyat.

Nampak jelas bahawa pihak kerajaan cuba menggunakan polis yang begitu ramai untuk menggertak pihak pembangkang secara tidak langsung. Tidak ada sebab kenapa beratus-ratus anggota polis ditugaskan di Bangunan Perak Darul Ridzuan pada hari ini.

Kenapa masa dan tenaga polis dikerah untuk tujuan politik BN? Kehadiran polis yang begitu ramai sendiri telah mengancam amalan demokrasi yang sihat di Negeri Perak. Tambahan pula, orang awam tidak dibenarkan hadir sebagai pemerhati persidangan Dewan Negeri.

Pihak media tidak diberi ruang di dalam dewan untuk membuat liputan. Mereka ditempatkan di sebuah bilik ‘akuarium’ yang kalis bunyi. Kebebasan akhbar telah dinodai oleh kerajaan BN yang zalim. Pihak media tidak diberi penghormatan yang sewajarnya .

Mereka dilayan dengan buruk dan tidak dibenarkan membuat laporan yang sebenar. Dalam kata lain, kerajaan BN mempunyai niat buruk menyekat atau mengambus berita sebenar supaya tidak sampai kepada rakyat jelata. Tindakan ini membuktikan bahawa kerajaan BN takut kepada kuasa rakyat yang bakal menjatuhkan kerajaan itu di Negeri Perak dalam PRU ke 13.

Terbukti Datuk R.Ganesan adalah kuda tunggangan BN yang sanggup mengadai maruah legislatif kerana akur seratus peratus arahan pihak eksekutif . Beliau bertindak secara kelam kabut dan membuat kenyataan-kenyataan yang tidak rasional apabila menerima arahan komplot daripada ketua eksekutif.

Terbukti Datuk R.Ganesan tunduk kepada kemahuan dan manupulasi politik kerajaan BN. Jari telunjuk ketua eksekutif dianggap sebagai cokmar oleh Datuk R.Ganesan yang terang-terang jahil dalam Perintah-perintah Tetap dan konvensyen Dewan Negeri.

Satu Rang Undang-undang yang bertajuk Enakmen Perbekalan Tambahan 2010 telah dibentangkan di Dewan Negeri hari ini. Peruntukan tambahan yang dipohon oleh kerajaan ialah sebanyak RM80 juta.

Jumlah ini adalah terlalu besar dan memerlukan pertimbangan yang sewajarnya. Tetapi, Datuk R.Ganesan telah mengumumkan bahawa persidangan hanya selama satu hari sahaja. Perkara ini amat ganjil sekali dan menimbulkan rasa kesangsian dan kecurigaan kepada Ahli-ahli Dewan Negeri PR.

Kenapakah rang undang-undang itu perlu diluluskan secara ekspres? Kenapakah persidangan Dewan Negeri tidak dilanjutkan selama 4 atau 5 hari mengikut konvenyen.

Ketua pembangkang hanya diberi 15 minit untuk membahaskan rang undang-undang tersebut. Semua Ahli-ahli Dewan yang lain hanya dibenarkan untuk berucap selama 10 minit sahaja. Ini merupakan satu penghinaan kepada Dewan Negeri Perak yang mulia. Ahli-ahli Dewan Negeri BN dibawah pimpinan Dato Seri Dr Zambry Abdul Kadir terbukti bacul kerana tidak berani berbahas dengan Ahli-ahli dewan Negeri PR dibawah pimpinan Dato Seri Ir Nizar Jamaludin.

Kerajaan BN menggunakan Datuk R. Ganesan, seorang boneka eksekutif untuk mencari jalan pintas meluluskan wang RM 80 juta tanpa perbahasan dan prosiding yang sebenar. Walaupun Dato Seri Zambry dan kuncu-kuncunya dicabar berulangkali untuk mengadakan perdebatan selama skurang-kurangnya 4 hari, tetapi mereka tidak berani menyahut cabaran itu.

“Berani Kerana Benar, Takut Kerana Salah” Dalam keadaan dewan yang kalut, Ahli-ahli Dewan Negeri PR terpaksa meninggalkan Dewan kerana penyalah gunaan kuasa oleh Datuk R.Ganesan yang menghalau keluar Dato Seri Nizar dari Dewan.
Dicatat oleh atsixty di 10:15 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Video lucah hantui Shahanim,Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia Oleh: NOOR HASILAH ISMAIL

Lumrah kehidupan, insan yang cantik, bijak dan berwawasan akan sentiasa menjadi perhatian, apatah lagi jika dia seorang pemimpin. Tetapi tidak semua semestinya positif kerana personaliti seperti ini tidak dapat lari daripada golongan PHD (perasaan hasad dengki). Ini biasa dalam dunia politik.

Orang mengenali Shahanim Mohd Yusof sebagai Naib Ketua Puteri UMNO Malaysia. Tetapi tidak ramai yang tahu bahawa beliau pernah bertugas dengan Maybank selama 14 tahun dan menerima anugerah “Best Financial Executive for Maybank Finance in Malaysia” pada 2001.

Setelah memenangi anugerah itu beliau dihantar ke Barcelona, Sepanyol serta Itali dan dinaikkan pangkat kepada Eksekutif Pembangunan Perniagaan sebelum letak jawatan pada 2004 untuk menjadi usahawan dengan membuka sebuah stesen minyak dan pada masa yang sama memberi lebih perhatian kepada politik.

Namun sebaik melangkah kaki ke dunia politik, kehidupan Shahanim tidaklah seindah yang dilihat pada zahirnya. Pelbagai duri dan liku terpaksa diharungi….dan yang paling menghantui nya apabila difitnah beraksi dalam VCD lucah,mempunyai skandal dengan seorang Menteri Besar serta membuat kekayaan menerusi politik. Tidak cukup dengan itu, baru-baru ini beliau dikatakan tidak sebulu pula dengan ketuanya.

Dalam satu pertemuan dengan Agendadaily, Shahanim meluahkan segala yang telah terpendam di dalam hatinya mengenai isu-isu berkenaan sehingga ada ketika tertentu, beliau tidak dapat menahan sebak di dada..

Shahanim berkata beliau menyangka dengan berdiam diri selama ini, semua fitnah dan tohmahan terhadapnya akan lenyap. Harapanya nyata meleset. Kini beliau merasakan sudah sampai masanya membuka mulut.

Agendadaily: Ada desas desus kononnya Shahanim tidak sebulu dengan Ketua Puteri, Datuk Rosnah Rashid Shirlin?

Shahanim: Saya dah selalu sangat dengar perkara ini. Saya nak jelaskan bahawa antara saya dan Rosnah tak ada masalah. Saya buat kerja saya dan dia buat kerja dia. Sedikit pergeseran itu adalah perkara biasa tetapi fokus sekarang ialah dalam keadaan UMNO yang macam ini… saya kena buat kerja macam mana nak jadikan gelombang wanita muda dapat bantu UMNO dan BN menang PRU ke-13. Saya anggap desas-desus ini sebagai perkara remeh.

Agendadaily: Dengar cerita puan tak puashati apabila tidak dilantik ke sebagai Ahli Majlis Tertinggi UMNO?

Shahanim: Itu keputusan dan hak Datuk Rosnah sebagai Nombor 1. Dia tak lantik saya sebagai MT pun saya tak pernah persoal.

Agendadaily: Tetapi sayap lain seperti Wanita dan Pemuda UMNO, naib ketua masing-masing secara automatik dilantik ke MT. Mengapa Puteri tidak? Tidakkah ini memberi gambaran bahawa puan telah diketepikan dan puan mempunyai sebab kukuh untuk tidak sebulu dengannya?

Shahanim: Biar saya berterus terang. Pada tarikh perlantikan MT dibuat, saya sedang menganjurkan kenduri bersama keluarga sempena sambutan hari lahir suami saya pada 24 April. Sedang kita raikan kenduri, Datuk Rosnah menelefon dan beritahu saya dia tak lantik saya sebagai MT di atas sebab-sebab yang tertentu. Saya tidak tanya banyak dan cakap it is okay. Saya cakap pada dia, itu hak dia untuk melantik Dr Norashikin. (YB Dr. Wan Norashikin Wan Noordin). Saya kata saya akur.

Agendadaily: Timbalan Perdana Menteri telah meletakkan tiga KPI kepada Puteri, iaitu menambah ahli, daftar pengundi muda dan berbaik dengan NGO. Bukankah secara logik, tugas besar ini patut diberikan kepada Naib Ketua?

Shahanim: Saya telah diberi amanah sebagai Pengerusi Biro Antarabangsa yang saya rasakan saya tak dapat nak menyumbang lebih. Tetapi sebagai naib saya akur dan tidak pernah mempertikaikan jawatan yang diberi.

Sebenarnya dalam mesyuarat Exco Puteri bulan lalu, Datuk Rosnah ada membuat rombakan. Saya tidak dapat datang kerana terpaksa hadir di sekolah anak saya untuk menandatangani buku laporan. Ketika itu memang saya ada menaruh harapan kerana saya rasa saya mampu pegang jawatan biro keahlian dan turun ke negeri-negeri bagi mewujudkan minat dan meyakinkan golongan wanita muda mengapa kita perlu pilih UMNO. Saya tunggu tetapi keputusan tak memihak kepada saya, dan kini saya masih pegang jawatan biro antarabangsa.

Agendadaily: Rasa terkilan ke tidak ?

Shahanim: Terasa juga…sebab saya rasa saya patut pegang biro yang telah diberi KPI oleh Tan Sri Muhyiddin selaku Timbalan Presiden UMNO. Atas kapasiti saya sebagai Nombor 2, saya yakin saya boleh buat kerja itu. Tetapi apabila tidak diberi kpercayaan, memang rasa terkilan. Bagaimanapun saya akur dengan keputusan Ketua Puteri.

Agendadaily: Tetapi dengan TPM meletakkan KPI berkenaan, apa relevan tugas puan sebagai Pengerusi Biro Antarabangsa dengan persiapan menghadapi PRU?

Shahanim: Dengan keadaan empat negeri yang kalah, untuk menghadapi PRU ke-13 kita perlu dapatkan banyak sokongan wanita muda. Kalau nak tarik golongan wanita muda berusia antara 21 dan 40 tahun, biro-biro yang kurang beri faedah patut dikurangkan dan beri fokus kepada menambah ahli. Kita harus letak lebih ramai orang di situ kerana kalau letak seorang sahaja, susah nak laksana tanggungjawab itu.

Agendadaily: Adakah puan berpendapat bahawa mungkin tidak dilantik oleh Rosnah untuk memikul tanggungjawab penting seperti MT dan Biro keahlian kerana isu kononnya ada VCD lucah puan dan beberapa gosip lain ?


Shahanim: Saya rasa mungkin sedikit sebanyak mempengaruhi keputusan beliau tetapi beliau kena ingat orang politik tak pernah lepas dari fitnah dan saya menjadi mangsa fitnah terbesar dan kini sudah sampai masanya saya nak clear everything .

Selepas berdiam diri ke atas fitnah yang dilemparkan terhadap saya sejak 2006, hari ini saya menemui seorang wartawan yang berani tanya soalan maut ini. Sebelum ini tak ada wartawan yang berani bertanya.

Apabila saya berhenti dari Maybank pada 2004, saya telah dilantik oleh Datuk Seri Syed Razak (mantan Menteri Besar Kedah) sebagai ketua Puteri Kedah. Saya bukan dilantik oleh Dato' Seri Mahadzir Khalid.

Pada mulanya saya menolak tawaran itu dengan alasan saya sudah memegang jawatan Exco Pergerakan Puteri UMNO. Tetapi setiausaha sulit kepada Datuk Seri Syed Razak telefon saya dan cakap, Menteri Besar dah bagi kepercayaan dan saya harus terima amanah itu. Jadi saya pun terimalah.

Pada 2006, Datuk Seri Syed Razak sakit dan jawatan itu diambil alih oleh Datuk Seri Mahadzir Khalid. Beliau tak lantik saya sebagai Ketua Puteri kedah. Tetapi beliau lantik Ketua Puteri, Ketua Pemuda dan Ketua Wanita sebagai pegawai khas untuk membantu sayap-sayap di negeri Kedah.

Berdasarkan pengalaman 14 tahun saya di Maybank, beliau telah melantik saya sebagai pegawai khas yang jaga GLC (syarikat berkaitan kerajaan) . Ahli Dewan Negeri kawasan Air Hangat yang juga Ketua Pemuda Kedah serta Ketua Wanita Kuala Kedah juga dilantik sebagai pegawai khas.

Sebagai pegawai khas, pastinya ke mana MB Kedah ada, kita kena ada…bos saya pula Pengerusi Perhubungan Negeri kedah. Maka, ke mana sahaja majlis UMNO beliau ada, saya pun pergi juga.

Rentetan itu, orang tengok di mana ada Mahadzir, di situ ada Shahanim. Ada kalanya mesyuarat GLC sampai malam. Dah lumrah sikap orang kita. Kalau saya duduk satu hotel dan kebetulan bos duduk hotel yang sama, itu dah dianggap skandal. Kalau minum dan gelak sama-sama pun disebut skandal. Kita boleh tutup mulut tempayan, tetapi kita tak boleh tutup mulut manusia daripada menyebarkan tohmahan.

Tahun lepas semasa nak pergi umrah, saya cakap kat emak saya bahawa saya doakan orang yang fitnah saya ini supaya diberi petunjuk dan hidayah oleh Allah.

Agendadaily: Bagaimana menghadapi fitnah kononnya ada VCD lucah puan disebarkan tu ?

Shahanim: Sebagai orang poiltik, saya boleh hadapi semua tohmahan dan fitnah ini, tetapi apabila anak-anak menjadi mangsa, saya tak tahan. Bayangkan apabila anak saya pulang dari sekolah dan beritahu kawan-kawan sekolahnya mengatakan mereka lihat gambar saya dalam YouTube… (pada ketika ini Shahanim tidak dapat mengawal rasa sebak).

Macammana saya nak yakinkan dan suruh anak saya counter balik cerita-cerita itu kepada kawan-kawannya?. Orang sanggup fitnah saya sampai ke tahap itu. Anda perhatikan sendiri. Dah jelas gambar itu menunjukkan muka saya dicantumkan dengan badan orang lain. Saya tengok badan itu badan seorang artis sebab saya dah cek pelakon itu memakai baju yang sama dengan gaya yang sama. Fikirlah sendiri.

Perkara ini menjadi lebih sensitif apabila guru sekolah anak saya bertanyakan kepada anak saya sama ada saya dan suami sudah bercerai! Saya dan suami saya sudah 16 tahun berkahwin, tak pernah ada masalah. Sampaikan guru sekolah pun jadi macam itu. Saya terpaksa tukarkan sekolah anak saya dari Sungai Petani ke Kuala Lumpur.

Saya berpegang, macam mana pun kita buat, kebenaran akan timbul sama ada cepat atau lambat. Saya bersyukur dapat suami yang amat memahami dan mengenali diri saya. Kepercayaan yang dia bagi adalah asas kekuatan diri saya.

Agendadaily: Boleh komen mengenai dakwaan bahawa puan mendapat kekayaan semasa bekerja dengan Mahadzir Khalid, serta isu mengenai hadiah kereta kepada suami dan stesen minyak?

Shahanim: Kereta Harrier itu adalah second-hand . Saya bayar RM40ribu dan buat pinjaman RM70ribu. Sampai ke hari ini masih berhutang RM12ribu. Bulan lepas tertunggak tiga bulan. Kalau hadiah tak payah hutang.

Stesen minyak saya pula, saya pergi interbiu di Petronas sebelum saya letak jawatan di Maybank dan dapat pada 2004…sebelum saya join MB Kedah. Saya kerja dengan Datuk Seri Mahadzir Khalid pada 2006.

Saya nak cabar siapa yang dok kata saya cari kekayaan atau dapat projek supaya menamakan projek itu dan berapa jumlahnya. Apa yang saya dapat semasa jadi Ketua Puteri Kedah, yang merupakan hak saya, cuma satu…ialah sebagai salah seorang board of directors Kumpulan Ladang. Sebagai pengarah saya dapat RM2ribu sebulan dan pada hujung tahun syarikat GLC itu buat keuntungan, saya dapat RM70ribu setahun.

Agendadaly: Kenapa selama ini puan berdiam diri terhadap gosip dan fitnah ini?

Shahanim: Masa mula-mula dulu saya bercadang nak buat laporan polis di Bukit Aman, tetapi beberapa pemimpin veteran UMNO kata dalam politik ini perkara biasa dan saya tak perlu heboh. Mereka kata kalau buat report berrmakna kita melatah.

Tetapi seminggu sebelum PRU ke-12 pada 8 Mac 2008 tersebar SMS yang mengatakan VCD lucah saya akan disebarkan sekiranya nama saya naik jadi calon. Macam biasalah, dalam masa tak sampai lima minit, satu Malaysia dapat SMS itu. Maka orang sibuk mencari-cari VCD itu…termasuk saya sendiri. Sehingga hari ini mana ada?

Setakat gambar superimpose muka saya dicantum dengan badan pelakon…adalah. Saya sendiri nak tengok VCD itu kalau ada. Malah saya buat tawaran RM30ribu kepada sesiapa yang boleh buktikan dan tunjukkan VCD itu kepada saya. Sehingga hari ini tak ada pun orang datang dan tunjuk bukti fitnah itu betul atau tidak.

Selepas itu timbul gosip kononnya PKR sedang menyiarkan video Shahanim, Saya hantar orang pergi tengok tetapi tak ada pun. Ternyata cuma ceramah biasa PKR sahaja.

Mengenai stesen minyak. Jangan salah faham. Untuk mendapatkan sesebuah stesen minyak bukan mudah. Duit sahaja tak cukup kerana Petronas mendapat beribu permohonan. Kalau mereka kata saya dapat sebab politik…itu salah. Semak dengan Petronas dan tengok syarat ketat yang diletakkan. Mereka mahukan orang yang mempunyai rekod yang bagus dan saya yakin Petronas meluluskan permohonan saya kerana rekod saya di Maybank.

Kalau pasal politik, periksalah stesen minyak di Malaysia, hanya dua tiga kerat sahaja ahli politik yang dapat. Petronas tak pandang langsung ahli politik dalam bab bisnes. Semasa ditemuramah oleh Petronas, saya beritahu mereka saya dah jual saham Maybank, ada duit tapi tak ada kerja bila berhenti nanti.

Mereka tanya apa yang saya jangkakan. Saya kata gaji saya di Maybank RM6 ribu ketika itu dan saya rasa kalau ada stesen minyak boleh dapat antara RM20 ribu hingga RM30 ribu sebulan. Malah bila sampai kritikal sebagai Naib Ketua Puteri UMNO yang tidak dapat sebarang elaun atau projek untuk bantu parti…saya telah menggunakan pendapatan dari stesen minyak ini untuk menanggung program-program Puteri.

Saya pergi rasmi program Puteri sana sini dan bila nak buat tuntutan perjalanan dan sebagainya, Puteri UMNO kata tidak ada peruntukan. Jadi saya kena guna duit sendiri Saya kena berkorban kerana jika orang tak dapat Nombor 1, mereka akan cari Nombor 2 untuk datang ke program masing-masing. Saya tak mahu biarkan orang yang telah menyokong saya. Saya kena turun padang, walaupun terpaksa pakai duit sendiri.

Agendadaily: Tolong cerita bebanan menjadi Nombor 2 ?

Shahanim: Yang pertama, apabila orang Nombor 2 bertanding nombor 2, dia tahu dia akan jadi Nombor 2. Dia tahu dia akan ada bos Nombor 1. Pastinya kesetiannya pada bos Nombor 1. Cabaran lain ialah, bos biasalah ada ego dia sendiri. Jadi ada kalanya susah kita nak sampaikan pandangan dan pendapat kita. Kalau bos mahu dengar, dia dengarlah. Kalau dia tak mahu dengar, dia tak dengarlah.

Sebagai orang Nombor 2, kita tidak boleh terlebih laju atau terlajak sedikit daripada bos. Kita nak kawal diri supaya tak melepasi bos, walhal kekuatan kita, jati diri kita boleh buat banyak benda melepasi bos. Tetapi disebabkan kita Nombor 2, kita ada sifat setia pemimpin, dan lebih baik ambil sifat berdiam diri.

Agendadaily: Ramai orang kata Puteri tidak seagresif dulu jika dibandingkan ketika di bawah kepimpinan Datuk Azalina Osman Said dan Datuk Noraini Ahmad?

Shahanim: Ini adalah isu pendekatan. Azalina membawa pendekatan agresif. Masa Puteri mula ditubuhkan beliau banyak tekankan pada jati diri, input kita dan kita bersemangat dan berani lawan. Beliau pemimpin yang sangat tegas, kalau bagi arahan, beliau nak arahan itu sampai turun ke bawah.

Datuk Noraini pula guna pendekatan lemah lembut tetapi masih lagi turun ke bawah dengan satu program yang menyentuh hati dan perasaan saya sehingga hari ini, iaitu Puteri Menyusur Akar. Beliau bersma-sama turun ke kampong, lawat rumah orang miskin dan daif.

Pendekatan Datuk Rosnah pula, beliau ada cara sendiri dan saya masih tengah nak baca pendekatannya.

Agendadaily: Apakah pengalaman puan dalam Maybank dapat diterapkan atau dikongsi bersama dengan Puteri?

Shahanim : Yang pertama, di Maybank kita terapkan KPI. Keduanya kita ada sasaran, ketiga, pencapaian dan keempat, reward. Dari dulu saya, sebelum sertai Puteri, saya sudah hidup dengan KPI. Di Maybank Finance saya buat dana amanah, pinjaman peribadi, insurans dan sebagainya. Dalam mengendalikan semua produk ini saya kena capai sasaran. Kalau di bank kita mencapai sasaran, kita dapat lima bulan bonus atau lawatan ke luar negara.

Saya berhenti Maybank pada 2004. Dalam Puteri pun saya buat KPI dan pengurusan masa. Untuk tahun ini saya dah ada plan. Saya dah ada target apa nak buat dalam bulan puasa dan bulan-bulan seterusnya termasuk program yang membabitkan pelajar yang akan menduduki UPSR, PMR dan SPM.

Agendadaily: Datuk Seri Azalina ada menyuarakan kebimbangannya terhadap nasib yang menimpa bekas pemimpin Puteri yang diketepikan oleh Wanita UMNO. Puan sedia komen?

Shahanim: Ya. Saya juga sedih dengan nasib bekas pemimpin dan ahli Puteri. Apabila habis Puteri, apabila mereka mahu menyumbang kepada Wanita, mereka tak diterima. Saya memohon keterbukaan pemimpin Wanita.

Sayangilah adik-adik Puteri ini sebab kami adalah produk pemimpin pelapis UMNO. Kalau bekas pemimpin Puteri dibiarkan tanpa jawatan, setakat jadi ahli wanita biasa, bakat kepimpinan mereka akan terbiar begitu sahaja. Contohnya, saya, apabila habis tempoh Puteri nanti, kalau Wanita tak ambil saya…kena balik berniagalah.

Saya mohon Wanita pertimbang untuk serap pemimpin Puteri yang tamat tempoh ke dalam G5. Jika tidak, UMNO akan kehilangan produk pemimpin pelapis. Kesetiaan wanita muda amat tinggi. Puteri dah banyak berjuang untuk membantu Wanita dan UMNO. – 3/8/2010.

Dicatat oleh atsixty di 9:35 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

UMNO = BANGSAT CELAKA LAKNATULLAH

UMNO = BANGSAT CELAKA LAKNATULLAH HANYA ITU KATA-KATA YANG DAPAT DIGAMBARKAN KEPADA PARTI YAHUDI UMNO/BARISAN NASIONAL CELAKA.

INI ADALAH PASAL TANGKAPAN RAMAI-RAMAI RAKYAT MALAYSIA YANG PROTES SECARA AMAN DALAM DEMO VIGIL AMAN ANTI-ISA SEMALAM.


Lagi tahan dan lagi ditangkap tiada yang gentar malah lebih ramai yang turun ke IPD Petaling Jaya tanda sokongan.

Polis mengganas hingga ke dalam shopping complex

menyalakan lilin di dalam Amcorp Mall setelah dikepung oleh Polis.

Ironi...Anda adalah tetamu kami...sekali kena halau dengan truck water cannon!!!!

Solidariti di hadapan IPD Petaling Jaya untuk mereka yg ditahan

Peguam memantau dari luar


Terkurung dan terkepung


Jentera Kerajaan!!!!!

video tangkapan....TANGKAAAAAPPPP, TANGKAAAAAPPP

tengok kat youtube nih : http://www.youtube.com/watch?v=b8RGI1hlAHw&feature=player_embedded
Dicatat oleh atsixty di 9:00 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Negara Dalam Zaman Edan (GILA) Di Bawah Umno-BN - Oleh Norasikin Samsi


YG MEROMPAK DAN MEMBUNUH YG BERKUASA:ZAMAN EDAN KATA ANWAR


Pemerintahan kerajaan Umno-BN pada ketika ini merupakan zaman edan bermaksud 'gila' kerana berlakunya bencana keruntuhan negara yang dikaitkan dengan amalan seperti rasuah dan salah guna kuasa si pemerintah negara.

Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata , zaman edan yang berlaku sekarang dibuktikan apabila Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat menjadi mangsa fitnah Umno-BN kerana didakwa terbabit dengan skandal rasuah berhubung pemergiannya ke tanah suci Makkah.

"Zaman baik macam Nik Aziz dikatakan rasuah, yang rompak naik jadi Tun, yang bunuh naik takhta, ini zaman edan, cukuplah kita bangsa Melayu, India, Cina, Kadazan, Iban, Orang Asli, Bugis, Bajau, semuanya mahukan perubahan, pembaharuan untuk yang lebih baik di semua peringkat, baru boleh pimpin orang lain.

Pemuda Umno pernah cakap kurang ajar sebab serang Tok Guru macam itu. Ini zaman edan. Ini peringatan, Ronggowarsito kata ini zaman edan - 'gila' kerana katanya pada zaman edan ini kamu kena berhati-hati, beringat-ingat dan berwaspada sebab yang baik macam Nik Aziz dituduh rasuah, penyamun dijadikan pejuang, yang baik dimasukkan penjara," katanya dalam
Ceramah Perdana 'Merakyatkan Ekonomi Selangor' di Dewan Serbaguna Taman Ehsan, dekat sini malam tadi.

Anwar sehubungan itu mempersoalkan penglibatan pimpinan tertinggi kerajaan Umno-BN di dalam pelbagai penyelewengan dan rasuah tetapi sehingga kini masih bebas malah diberi jawatan tertinggi bagi mengaut keuntungan untuk diagihkan kepada kroni mereka.

Menurut beliau, terdapat banyak lagi penyelewengan besar yang masih belum dibongkar dan tidak dibawa ke muka pengadilan sambil mengambil contoh penyelewengan Skandal Zon Bebas

Pelabuhan Klang (PKFZ), Anwar berkata skandal tersebut telah lama dibongkarkan Pakatan Rakyat tetapi selepas tiga tahun baru dibicarakan.

"Penyelewengan PKFZ adalah antara keuntungan kecil kepada BN. Terdapat banyak lagi penyelewengan besar yang tidak diketahui umum tetapi saya tahu.

"Banyak lagi pemimpin BN tidak ditangkap dan disiasat tetapi masih terus diberi jawatan tertinggi untuk sama bantu mengorek keuntungan agar dapat dibahagikan bersama pemimpin-pemimpin BN lain," kata Penasihat Ekonomi Selangor itu lagi.

Tambah Anwar, rakyat Malaysia juga telah bosan dengan penyelewengan kerajaan BN dan memilih Pakatan sebagai landasan untuk melakukan perubahan sistem pentadbiran negara.

"Pakatan Rakyat akan pastikan rakyat dibela tanpa wujudnya penyelewengan rasuah dan politik wang jika diberi mandat untuk mentadbir negara selepas pilihan raya ke-13 nanti.

"Dia (BN) ingat pilihan raya akan datang, dia boleh menang, Pakatan yang akan menang. Kalau kalah kali ini, kita yang salah sebab mereka memang dah kalah.

"Kalau kita kaum Melayu, India dan Cina tidak bangkit bersatu, musnahlah harapan anak bangsa kita nanti," kata Anwar.

Dalam pada itu, Ketua Pembangkang itu juga menyifatkan tindakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membiayai Apco Worldwide untuk menyerang beliau di luar negara sebagai pengecut kerana takut segala tembelang kerajaan Malaysia akan terbongkar.

Beliau berkata, tujuan Najib mengupah Apco adalah untuk menyekat hubungan baiknya dengan pemimpin-pemimpin luar yang pernah memberi sokongan kepadanya.

Menurut Anwar lagi, Najib juga menggunakan wang rakyat membiayai Apco sebanyak RM77 juta bagi memulihkan semula imej kerajaan pusat yang tercalar setelah antarabangsa mengetahui berlakunya pelbagai penyelewengan kewangan dan rasuah melibatkan beliau dan kroninya.

"Dia (Najib) takut dengan bayang-bayang selepas membolot harta rakyat dengan kerajaan di bawah pimpinannya, justeru itu beliau mengupah Apco untuk merosakkan imej saya di luar negara.

"Tidak cukup dengan tindakan mereka, BN melibatkan saya dengan kes qazaf Saiful Bukhari, mereka juga tidak senang melihat saya mampu berinteraksi dengan pemimpin besar negara luar," ujar beliau lagi.

Anwar berkata, kekejaman kerajaan Malaysia sekarang ini telah diketahui umum di mana kerajaan menindas rakyat untuk memberi kekayaan kepada kaum keluarga dan juga kroni tanpa segan silu.

"Saya tidak bercakap bohong, rakyat sendiri boleh menilai mana ada seorang pemimpin Umno-BN yang tidak kaya dan tidak mendapat sebarang kontrak jutaan ringgit melalui kerajaan pusat.

"Kalau dah jadi pemimpin Umno dan BN, mesti orangnya kaya dan sentiasa kaya setelah mengaut keuntungan hasil dari wang rakyat.

"Kalau pemimpin Umno-BN tak kaya, bukan Umno namanya. Kerajaan BN adalah penyebab utama kemunduran negara kita ini yang mungkin akan menjadi bankrap tidak lama lagi, jadi kalau Melayu, Cina, India tak bangkit, kita dianggap kuli oleh Umno-BN," katanya.

http://suara-keadilan.com/news-section?t=3611
Dicatat oleh atsixty di 2:23 AM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Monday, August 2, 2010

Penganjuran Piala Monsun ini adalah bertujuan untuk mengagih-agihkan projek kepada ahli-ahli Umno-Barisan Nasional (BN)

Mat Said dan Datuk Peter Gilmour pakat kencing rakyat Terengganu?

Kejohanan tahunan Piala Monsun di Terengganu, dikatakan bersedia mencatat peningkatan 30 peratus pulangan daripada pelaburan di segi acara, media dan penjenamaan tahun ini berbanding pencapaian RM539 juta pada tahun lepas

Penasihat Kejohanan dan tiga kali juara dunia Match Race Sailing berkata kos penganjuran Piala Monsun itu menelan kira-kira RM30 juta, di mana 60 peratus daripadanya dibiayai oleh kerajaan dan bakinya dibiayai sektor swasta. Beliau berkata acara dunia yang amat mengujakan itu telah menjana pulangan 26 kali pelaburan berbanding tahun lepas, menjadikan acara reben biru kejohanan pelayaran itu satu penyumbang penting kepada ekonomi negara.

Acara itu juga telah menjana kesan limpahan bagi Terengganu seperti pekerjaan di musim tengkujuh yang menyulitkan. "Pada asasnya, kesemua kos digunakan untuk mengendali dan menganjur kejohanan itu, dan kami mendapat manfaat luar biasa yang hebat seperti pengiklanan tambahan. "Tiga puluh peratus merupakan sasaran purata yang telah ditetapkan berasaskan tahun ke tahun. Sasaran itu meningkat tahun ke tahun melebihi RM100 juta," katanya.

Piala Monsun 2009 telah menarik 101,794 penonton, mewujudkan 1,722 pekerjaan dan menjana nilai media cetak RM24 juta. "Terdapat banyak limpahan ekomomi di negeri itu. Ketibaan penumpang di lapangan terbang meningkat daripada 300,000 setahun kepada empat juta, manakala stadium sukan dan dua hotel baharu dibina di negeri itu. "Semua ini berlaku ketika musim Piala Monsun itu.

Itulah kata-kata Datuk Peter Gilmour. Orang luar bolehlah ditemberang dengan angka-angka tersebut tetapi realitinya Mat Salleh ini dok kencing rakyat Terengganu. Yang herannya apa pemimpin UMNO buat? Takkan Mat said yang bijak bestari itu dengan berjalan bersama e-book hari-hari pun diperbodohkan oleh mat salleh ini? Atau memang mereka sama-sama pakat kencing rakyat Terengganu? Sampai bila? Sampai 2012. Atau akan disambung lagi?

Penganjuran sukan perahu layar piala Monsun Cup bukan sahaja membazir dan tidak membawa manfaat yang banyak kepada rakyat, ia juga tidak pernah diaudit. Kerajaan pada hakikatnya membazir dibawah pimpinan UMNO Terengganu sebanyak 300j setahun dan perjanjian sehingga 2012 akan menghabiskan RM2.4 bilion wang rakyat. Apa manfaat yang rakyat dapat. Penganjuran Piala Monsun ini adalah bertujuan untuk mengagih-agihkan projek kepada ahli-ahli Umno-Barisan Nasional (BN) menerusi sebuah syarikat kroni T-Best Events yang dibentuk oleh kerajaan negeri.

Perjalanan Piala Monsun yang berbelit-belit, penuh mistri dan kontroversi sejak tahun 2005 ketika ia mula diadakan pada zaman bekas Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Jusoh. Piala Monsun dilaksanakan dengan beberapa komponen projek pembangunan yang mungkin sudah ‘membaham’ lebih satu billion ringgit wang rakyat Terengganu.


Ia tidak boleh diadakan dengan hanya membeli 10 buah perahu layar ‘Foundation 36, yang dibeli dengan harga RM1 juta sebuah. Pembinaan infrastruktur lokasi tempat pertandingan di pulau Duyong sahaja sudah menelan beberapa ratusan juta ringgit.

Pembinaan Heritage Bay Club atau Kelab Teluk Warisan (kini Riyaz Heritage) dengan pembangunan chalet yang dilaporkan berharga RM1 juta setiap unit. Pembinaan marina untuk perahu layar berlabuh sahaja dilaporkan sudah menelan perbelanjaan RM200 juta. Perahu-perahu layar yang berlumba dalam ‘kolam’ pulau duyung itu tidak boleh berlumba tanpa didalamkan teluk tersebut. Dan kos mendalamkan ‘kolam’ itu dilaporkan adalah lebih RM500 juta.


Dan kini, dengan pelantikan Sabaruddin Chik, sebagai Pengerusi T-Best Events Sdn Bhd.

Apa cerita sebenarnya disebalik itu? laporan pengendalian Monsun Cup tidak pernah didedahkan. Ahmad Said, Menteri Besar Terengganu mengumumkan pengambilalihan Kelab Teluk Warisan menjadi Riyaz Heritage membelanjakan RM1 juta untuk menambahkan kelengkapan-kelengkapan yang entah apa-apa.

Berapa banyak lagi duit rakyat nak dikebas? dak rakyat terlopong dan ternganga. Mat said jugak yang tersengih-sengih.
Dicatat oleh atsixty di 8:34 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Patut sangat Umno ni marah sungguh kat Anwar Ibrahim.

Patut la Anwar di benci Umno


Anwar ni jenih tak reti dok diam. Dia kacau sana, dia kacau sini. Tekan suis kat sana, dia tekan suis kat sini. Dah tu suis yang dia tekan tu kena pada tempat yang dia nak tuju pulak tu. Tu la gamaknya, Umno ni marah sungguh sungguh, bukan lawak lawak lagi.

Terbaru dia kacau budak jutawan bernama Jho Low ni pulak yang didakwanya memperolehi kontrak pembangunan semula pengkalan udara Sungai Besi yang dianggapnya sebagai khazanah negara kerana ia merupakan lapangan terbang pertama negara.

Nampak saja muka muka Umno senyum sengih bila kena debik ngan Anwar ni, tapi hati didalam sapa yang tahu. Sebab tu aku nampak Anwar ni tak boleh dibiar bebas diluar. Tak kira walau dengan apa cara sekalipun, susuk yang bernama Anwar ni mesti di penjarakan. Dan jalan Anwar ke penjara telah pun ditebas rapi oleh si Saiful. Sebab tu perjalanan kes liwat II Anwar akan tetap diteruskan juga walaupun terdapat banyak kepincangan.

Permohonan Anwar untuk membatalkan pertuduhan hanyalah sia sia. Umno takkan biarkan jalan yang telah rapi ditebas ditumbuhi lalang dan duri. Dan Anwar dan pasukannya jelas menyedari lama dahulu tentang hakikat ini. Anwar hanya cuba menyelit dalam sedikit ruang keadilan untuk dirinya, walaupun dia tahu semua itu bagai tiada harapan.

Sekurang kurangnya Anwar telah berusaha sedaya mungkin.
Dicatat oleh atsixty di 7:13 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

Sodomy II Trial: ‘Saiful-DPP Affair’ Tops Agenda




From Malaysia Today

The prosecution and defence teams are expected to lock horns over the star witness when Opposition Leader Anwar Ibrahim’s sodomy trial resumes tomorrow.

The defence wants Mohd Saiful Bukhari Azlan to be recalled to the stand to answer the allegation of his sexual relationship with deputy public prosecutor Farah Azlina Latif.

FMT learnt that the defence team had written to Solicitor-General II Mohamed Yusof last week asking that Saiful be called in again. However, there has been no response.

A source said if the court agreed to recall Saiful, then Farah would also be summoned to be identified by the former.

When approached for confirmation, lead counsel Karpal Singh declined to reveal the details, saying it would not be proper to disclose the defence’s strategy at this stage.

However, he stressed that the Saiful-Farah episode had tarnished the prosecution’s integrity.

“In fact for Attorney-General Abdul Gani Patail to come up with a statement on this issue shows something,” he said.

In an unprecedented move, Gani issued a press statement on Tuesday confirming that Farah had been dropped from the prosecution team and the prosecution division of the A-G’s Chambers.

He also downplayed her role in the prosecution team, saying that it was confined to taking down notes of the proceedings and that she had no access to the investigation papers.

Doc to be grilled as well

Meanwhile, Karpal confirmed that he would be in court tomorrow although he had yet to fully recover from a lung infection.

Initially, the trial was set to resume on July 19 but was postponed after Karpal went on a two-week medical leave where he was hospitalised at the Universiti Malaya Medical Centre (UMMC).

Justice Mohamad Zabidin Mohd Diah allowed the postponement after the defence team assured that the trial would resume on Aug 2 even without Karpal’s presence. The trial is scheduled fron Aug 2 to Aug 30.

In another development, the defence team is also expected to grill Kuala Lumpur Hospital general surgeon Dr Mohd Razali Ibrahim over his testimony regarding the chemist’s report on samples taken from Saiful’s anus which showed that penetration took place.

Razali, the second prosecution witness after Saiful, had told the court that the clinical report done by him and two other doctors on July 13, 2008, stated that there were no conclusive findings of penetration because it was prepared without the sample analysis from the Chemistry Department.

However, an exhibit tendered in court clearly stated that the chemist’s report was received by Razali and the other doctors on July 11, 2008.

The report stated:

* No detectable alcohol and other common drugs in the blood sample from the patient

* Presence of semen on swabs B5, B7, B8 and B9 (samples taken by Razali)

* No foreign source DNA from swabs taken

* A mixture of male DNA types from swab B5

* Male DNA types from two individuals from swabs B7, B8 and B9.

The anal examination on Saiful revealed that there were no scars or fissures on the external area of the anus or any sign of recent injuries.
During his testimony on June 3, Razali, who was shown the chemist’s report for the first time, told the court that based on his clinical findings and the report before him, he could confirm that there was penetration.
He also told the court that sodomy could occur without causing any injuries.

Dicatat oleh atsixty di 4:30 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest

PAS berharap polis menjaga keselamatan negara, bukan keselamatan Umno !!


Polis perlu jaga keselamatan negara , bukan UMNO

PAS berharap polis menjaga keselamatan negara, bukan keselamatan Umno dan bertindaklah secara profesional dengan memberikan keutamaan kepada apa yang patut dilakukan untuk kepentingan rakyat dan negara, bukan untuk kepentingan Umno BN.

Sehubungan itu, Ketua Penerangan PAS Pusat, Idris Ahmad menegaskan pihaknya membantah sikap primitif dan tidak bertamadun polis yang bertindak kasar terhadap ceramah dan himpunan aman yang dilakukan oleh Pakatan Rakyat di negara ini.

Beliau merujuk kepada tangkapan dan gangguan ceramah oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim di Rengit, Batu Pahat pada 31 Julai di mana polis bertindak mengosongkan pentas, merampas pembesar suara dan menghalau penyokong dari tapak ceramah.

Sekurang-kurang-kurangnya sembilan orang ditangkap yang terdiri daripada tujuh lelaki dan dua wanita di mana polis juga didakwa bertindak mengoyakkan backdrop penganjur yang digantung di pentas utama.

Pada Himpunan Warga Felcra Kebangsaan di Changkat Lada, Pasir Salak, seramai 30 orang termasuk 10 anggota Unit Amal telah ditahan polis pada 1 Ogos manakala pada sebelah malamnya, pada himpunan menyalakan lilin anti-ISA di Padang Timur berhampiran bangunan Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) seramai 29 orang ditangkap, 21 lelaki dan 8 perempuan.

Wartawan Harakah dan Harakahdaily di Kota Bharu juga turut ditahan semasa bertugas membuat liputan himpunan membantah ISA di Dataran Stadium Sultan Mohamad ke-IV malam tadi.

“PAS sungguh kecewa terhadap tindakan yang dilakukan oleh polis, ketika kadar jenayah meningkat, buang anak menjadi-jadi. Manakala pihak polis sanggup memerah otak untuk menyekat rakyat mendapat maklumat yang sebenar,” ujar Idris dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya, adalah tidak adil ketika media elektronik kerajaan BN memfitnah Kerajaan Pakatan Rakyat, tetapi Pakatan Rakyat tidak dibenarkan menjelaskan cerita yang sebenar.

PAS, ujarnya yakin tindakan itu sebagai satu usaha Umno kerana parti perkauman Melayu itu sudah berada penghujung hayat, lantaran apa yang dikhabarkan oleh Umno, rakyat tidak percaya.

Menurutnya lagi, maka satu jalan sahaja yang ada kepada mereka ialah menggunakan kuasa dengan mengarahkan pihak polis mengganggu ceramah PAS dan Pakatan Rakyat.

“PAS yakin tindakan yang dibuat oleh polis bukan rakyat semakin takut, malahan semakin benci dengan Umno BN, dan yang paling kita bimbang moral dan imej polis akan tercalar di mata rakyat.

“Sekiranya Pakatan Rakyat memerintah di peringkat Pusat, kesemua mereka yang bertindak secara tidak profesional akan dihadapkan ke pengadilan,” tegasnya.-Harakahdaily.

Posted by MISAIMERAH
Dicatat oleh atsixty di 3:30 PM No comments:
Email ThisBlogThis!Share to XShare to FacebookShare to Pinterest
Newer Posts Older Posts Home
Subscribe to: Posts (Atom)

BERSAMA BAPA REFORMASI

BERSAMA BAPA REFORMASI
DATO SERI ANWAR IBRAHIM

HANYA DI MALAYSIA

HANYA DI MALAYSIA
Berkata Benar Adalah Satu Kesalahan

ORANG JAHAT TAKUT HUDUD

ORANG JAHAT TAKUT HUDUD

KU LI : UMNO PARTI RASUAH

KU LI : UMNO PARTI RASUAH

JUMLAH PEMBACA

DOA SETIAP WAKTU

Ya Allah..Jangan Kau Pisahkanku dari Rahmat Mu..
Aku Memohon kepadaMu ya Allah..Kau tetapkanlah Imanku disepanjang waktu, Kau Jadikanlah aku diantara hambamu yang Soleh, Jauhkanlah aku dari segala Godaan Syaitan dan Kemegahan Dunia.. dan Kau Peliharalah Zuriatku dan Keturunanku dari segala tipu daya Syaitan dan Jadikanlah Anak2ku dikalangan mereka yang Soleh dan Solehah dan Kau Ampunilah dosa2ku, dosa2 isteriku, dosa2 anak2ku, dosa2 kedua ibu-bapaku, ibu bapa mertuaku dan dosa saudara2ku yang telah meninggal dan kau matikanlah kami di dalam keadaan kami telahpun suci dari segala dosa2 yang kelihatan dan tidak, yang disengajakan dan tidak, yang disedari dan tidak....Amin3 Ya Rabbal A'lamin


PAKATAN RAKYAT

PAKATAN RAKYAT

KASIH SEORANG ANAK !

KASIH SEORANG ANAK !

CATATAN PALING POPULAR

  • [Dedah] Siapa Potong Kawat Duri Di Sekeliling Dataran Merdeka?
      Pemotong kawat duri macam profesional KUALA LUMPUR, 29 April: PAS mendesak pihak polis melakukan siasatan segera terhadap individu yan...
  • Anak Nik Aziz Sertai Amanah
    Nama Nik Omar Nik Abdul Aziz, anak bekas mursyidul am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat diumumkan menyertai Parti Amanah Negara (Amana...
  • ULAMA PAS PERLU MUSABAHAH !!!!
    Abu As Siddiq PAS BUKAN AGAMA BUKAN JUGA JEMAAH ISLAM SATU SATU NYA DI MALAYSIA

TUNTUTAN BERSIH 2:0

TUNTUTAN BERSIH 2:0

PEMIMPIN YANG MENIPU RAKYAT !!

Ka’ab bin Ujrah r.a. berkata bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Akan datang di kemudian hari nanti, setelah aku tiada; beberapa pemimpin yang berdusta dan berbuat aniaya. Maka barang siapa yang membenarkan kedustaan mereka dan membantu (menyokong) tindakan mereka yang aniaya itu, maka ia bukan termasuk umatku, dan bukanlah aku daripadanya. Dan ia tidak akan dapat sampai datang ke telaga (yang ada di syurga);- (Riwayat Tirmidzi, Nasae’i dan Hakim).

HUKUMAN MENUDUH TANPA EMPAT ORANG SAKSI

AL QURAN-SURAH AL-NUR AYAT 4

"Orang yang melemparkan TUDUHAN (ZINA/LIWAT) kepada seseorang yang terpelihara kehormatannya, kemudian mereka tidak membawakan EMPAT ORANG SAKSI, maka sebatlah mereka DELAPAN PULUH KALI sebatan dan jangan lah kamu menerima penyaksian mereka itu selama-lamanya; kerana mereka adalah orang yang FASIQ."

RUMAH TUMPAH DARAHKU

RUMAH TUMPAH DARAHKU

SENARAI BLOG

  • KERENGGA
    Gadis dakwa dirogol jiran selepas minta baiki telefon
    2 hours ago
  • WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI
    INI LAH TAHAP PENDEHAKAAN.
    4 hours ago
  • Free Malaysia Today
    Thousands protest inaction over climate crisis in Switzerland
    1 day ago
  • WFAUZDIN.BLOGSPOT.COM
    NGETEH
    2 months ago
  • Laksamana Bukit Bintang
    Nukilan Ayah: Anak Yang Menangis Dalam Senyap
    11 months ago
  • :: cina islam | 2011 ::
    Rejim Zionis Israel gali kubur sendiri – Tuan Guru Abdul Hadi
    1 year ago
  • Anwar Ibrahim
    Keseruan dan Keuntungan Berlimpah dari Bermain Slot Gacor Online
    2 years ago
  • Tukar Tiub
    RANCANGAN JAHAT ZELENSKY
    3 years ago
  • Na'im Nikmat @blog
    MASALAH GENERASI LEMBIK.
    4 years ago
  • AdukaTaruna
    Muhyiddin PM8 mirip peristiwa 32 tahun lepas.
    6 years ago
  • Batu vs Kayu
    Perutusan Dari Tun Mahathir
    6 years ago
  • Tulahan
    Kisah Rahmah : Nabi dan jenazah seorang Yahudi
    6 years ago
  • pen buruk online ™
    Ambo tak bohong, ambo nafi ja ...
    7 years ago
  • Nizar | Coretanku
    'Kami tolak Azlan Man jadi MB' : umno perlis
    8 years ago
  • Cenangau
    MUAFAKAT PAKATAN HARAPAN
    8 years ago
  • SharpShooter
    Pembekal Bendera dan Barangan Kempen Pilihan Raya
    8 years ago
  • Kelab Greenboc
    [VIDEO] Husam Dedah Komisyen Balak Diguna Beli Wisma Tok Guru
    8 years ago
  • :: albanjari online V2 |
    hello blog.
    9 years ago
  • DUNIACACAMARBA
    Alfa Romeo 4C 2014
    10 years ago
  • Kerajaan Rakyat
    Zakat Fitrah dan ‪‎kemiskinan‬ kota
    10 years ago
  • Pemuda PAS Wangsa Maju
    Sama tapi serupa!!!
    10 years ago
  • Karat E-jau
    10 years ago
  • Telok Bakong Online
    Muhyiddin gugur, Zahid Hamidi jadi TPM
    11 years ago
  • Mat Indera Sipejuang
    Dasar Jantan Tak Tahu Malu... Kah Kah Kah
    11 years ago
  • Mimpi Senja
    Mat Sabu akhirnya umum pertahan jawatan
    11 years ago
  • :::TUK KIYAI - ISU SEMASA:::
    Tun M, Dr. Asri, dan Dr. Agus tak faham pasal GST...Saya syorkan belajar lebih lanjut pasal GST sebelum kata saya bodoh - Ahmad Maslan
    11 years ago
  • PASPB
    PEMILIHAN PAS : KEDUDUKAN TERKINI PENCALONAN PRESIDEN PAS
    11 years ago
  • SOKONG PAKATAN RAKYAT
    AHLI PAS BERKASTA
    11 years ago
  • SiasahKini
    Terbaru!Artis Terkenal Ini Ditahan Polis.Apa Kes??
    11 years ago
  • Manjadda wajada
    Jamuan raya PAS Cawangan Gopeng
    12 years ago
  • Kampung Bintongan
    Mimpi di siang hari lah (macai macai tegar BN what say u )
    12 years ago
  • Darul Na'im Nikmat
    HADIS: JANGAN BERDUSTA ATAS NAMA RASULULLAH SAW.
    12 years ago
  • Aku Budak Balun
    Info Solat
    13 years ago
  • Addin
  • BRIGED MP SEGAMBUT

KATA KATA HIQMAH 2010

1. Perkataan yang cantik - ALLAH

2. Lagu yang merdu - AZAN

3. Novel yang menarik - AL QURAN

4. Senaman Yang Baik - SOLAT

5. Diet yang mujarab - PUASA

KATA KATA HIKMAH :

Jika HATI sejernih Air - Jangan dibiar ia KERUH

Jika HATI seputih AWAN - Jangan dibiar ia MENDUNG

Jika HATI seindah BULAN - HIASI ia dengan IMAN

TAKUTI LAH ALLAH - Subahannallah

I N G A T ! !


"Jika ALLAH SWT memakbulkan doamu, maka Allah meneguhkan kepercayaan mu kepadaNya",
"Jika ALLAH SWT menangguhkan doamu, maka ALLAH menguji kesabaranmu",
Jika ALLAH SWT TIDAK MEMAKBULKAN doamu, maka ALLAH telah merancang sesuatu yang lebih baik buatmu",

Harapanku

Harapanku

Perhambakan lah Dirimu Kepada Allah SWT

Perhambakan lah Dirimu Kepada Allah SWT

Mengenai Diriku

My photo
atsixty
BATU GAJAH, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
View my complete profile

PETA NEGERI PERAK

PETA NEGERI PERAK

ARKIB

  • January (19)
  • December (399)
  • November (560)
  • October (599)
  • September (571)
  • August (707)
  • July (514)
  • June (555)
  • May (739)
  • April (551)
  • March (560)
  • February (606)
  • January (670)
  • December (665)
  • November (576)
  • October (605)
  • September (657)
  • August (633)
  • July (398)
  • June (427)
  • May (631)
  • April (678)
  • March (801)
  • February (707)
  • January (790)
  • December (847)
  • November (819)
  • October (802)
  • September (680)
  • August (650)
  • July (619)
  • June (348)
  • May (769)
  • April (721)
  • March (653)
  • February (552)
  • January (755)
  • December (583)
  • November (550)
  • October (513)
  • September (455)
  • August (467)
  • July (427)
  • June (479)
  • May (555)
  • April (266)
  • March (435)
  • February (373)
  • January (337)
  • December (308)
  • November (449)
  • October (450)
  • September (405)
  • August (327)
  • July (245)
  • June (430)
  • May (552)
  • April (573)
  • March (595)
  • February (474)
  • January (458)
  • December (428)
  • November (470)
  • October (268)
  • September (199)
  • August (226)
  • July (407)
  • June (448)
  • May (573)
  • April (492)
  • March (548)
  • February (211)
  • January (207)
  • December (287)
  • November (186)
  • October (90)
  • September (39)
  • May (1)
  • April (1)
  • March (1)

AL FATIHAH- AYAH IBUKU

AL FATIHAH- AYAH IBUKU

Aku Selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Batu Gajah 1984

Aku Selaku Naib Ketua Pemuda UMNO Cawangan Batu Gajah 1984

DS Anwar Merasmikan Mesyuarat Bahagian Batu Gajah 1984

DS Anwar Merasmikan Mesyuarat Bahagian Batu Gajah 1984

DS Anwar Di Bahagian Batu Gajah 1984

DS Anwar Di Bahagian Batu Gajah 1984
Simple theme. Powered by Blogger.