Followers

Thursday, February 28, 2013

Fitnah Ummi Hafilda Terhadap DS Anwar Sudah Bermula !

 

Ummi Hafilda akan pastikan PKR rebah

HULU LANGAT - Ahli perniagaan, Ummi Hafilda Ali bertekad akan memastikan Parti Keadilan Rakyat (PKR) rebah terutama pada Pilihan Raya Umum Ke-13 nanti.

Katanya, beliau akan menjelajah seluruh negara bagi mendedahkan segala keburukan Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ummi Hafilda akan pastikan PKR rebah

"Saya takkan benarkan Anwar jadi Perdana Menteri dan karier politiknya akan berakhir pada pilihan raya umum nanti," katanya ketika berucap dalam ceramah 'Bongkar Rahsia Sulit Anwar' di Dataran Dato’ Mohd. Said, Beranang, Semenyih di sini malam ini.

Yang hadir sama Pengerusi Penyelaras Barisan Nasional Parlimen Hulu Langat, Datuk Johan Abd. Aziz.


- UTUSAN

Manifesto Rakyat: Dr Mahathir anggap orang lain semua bangang.



Sinarharian melaporkan:

    KUALA LANGAT - Manifesto Pakatan Rakyat (PR) boleh menyebabkan kerajaan menjadi muflis kerana pelaksanaannya melibatkan perbelanjaan yang sangat banyak, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.

    Beliau berkata, sebuah kerajaan perlu mempunyai wang untuk mentadbir negara, dan manifesto pembangkang itu dilihat akan mengurangkan pendapatan kerajaan. - Sinarharian. 

Naik kesian pulak aku tengok Dr. Mahathir ni, patutnya bila dah pencen boleh hidup tenang aman damai main dengan cucu cicit. Tapi dia lansung tak boleh hidup tenang walaupun dah lama lepas dari bebanan sebagai Perdana Menteri.

Dr. Mahathir ni jadi macam tu pasai dia rasa dia dia sorang saja yang pandai dan hebat, orang lain semua bangang.

Dia rasa dia cukup pandai dan hebat untuk meyakinkan orang ramai untuk percaya dengan logik dia yang dia gunakan.

Logik dia tu memang nampak logik bagi orang yang cuma dapat maklumat dari Utusan dan mulut pemimpin Umno saja. Memang nampak logik la kerajaan akan kurang pendapatan kalau kurangkan cukai dan tol.

Tapi bagi yang dapat maklumat dari sber lain, logik Dr. Mahathir tu adalah logik BANGANG untuk membangangkan pengundi supaya terus undi Umno BN.

Realitinya pakatan rakyat bentangkan Manifesto Rakyat tu dengan kos selepas buat kajian mendalam.

Keadilandaily melaporkan:

    Beliau turut membentangkan huraian anggaran kos untuk menghapuskan tol, pelaksanaan bonus warga emas, royalti 20 peratus, pendidikan percuma, turunkan harga kereta dan lain-lain program ekonomi yang mencakupi pelbagai aspek keperluan rakyat.

    Menurut Rafizi, keseluruhan anggaran kos program terbabit melibatkan RM45.75 bilion. - Keadilandaily.

Jumlah RM45.75bilion tu jauh lebih redah dari kos nak buat MRT yang bernilai RM80billion yang kalau kerajaan Pakatan Rakyat yang buat tentu jauh lebih murah.


Cenangau Daunkari.

AWASSS !!!... SEORANG PESAKIT OTAK TERLEPAS DARI HOSPITAL BAHAGIA... JAGA-JAGA BEB !

 
Kalau mengikut pada REKOD PESAKIT HOSPITAL BAHAGIA tersebut beb... PESAKIT OTAK berkenaan adalah seorang Dr. PHD dan pernah menjadi PEMIMPIN PAS yang boleh dikatakan KANAN jugak satu ketika dulu... 
 
di ceritakan juga PENYAKIT OTAK beliau mula BERPUTIK apabila KERAJAAN PERPADUAN yang beliau IDAM-IDAM kan diantara PAS dan UMNO tidak menjadi kenyataan... 
 
 
dimana dikatakan ANDAINYA terjadi KERAJAAN PERPADUAN tersebut beliau akan mendapat HABUAN dengan DILANTIK sebagai MENTERI BESAR NEGERI SELANGOR pada waktu itu... namun HARAPAN dan CITA-CITA serta ANGAN-ANGAN MAT JENIN beliau cuma tinggal ANGAN-ANGAN saja beb... 
 
AKIBAT nya beliau telah dimasuk kan ke HOSPITAL BAHAGIA bagi mendapat RAWATAN untuk OTAK beliau yang dikatakan SAKIT berpunca dari rasa KECEWA yang TERAMAT SANGAT... kah kah kah !.

Kemuncak bertambahnya SAKIT OTAK beliau ialah bila DITENDANG dari menjadi AHLI PAS beb... ialah mana nya TIDAK DITENDANG dari menjadi AHLI PAS... cakap pada waktu tersebut lebih kepada MERAPU CAMPOR MEROYAN... 
 
bila dibagi NASIHAT tak mahu dengar... lepas tu ditambah lagi dengan PERANGAI BODOH SOMBONG serta PERANGAI HASAD DENGKI (PHD)... 
 
jawap nya apa lagi beb kena TENDANG lah dari PAS walaupun ada yang BERAT HATI untuk MENYETUJUI tindakan tersebut... 
 
kah kah kah... sejak dari itu PENYAKIT OTAK beliau semakin hari semakin PARAH yang AKHIRNYA membawa kepada TERPAKSA dihantar ke HOSPITAL BAHAGIA oleh RAKAN serta KENALAN terdekat beliau... kalau tak SILAP gua kenalan terdekat beliau tu bernama !!!!... 
 
apa ya... adoiii... lupa pulak gua beb... oh yaa nama nya kalau tak silap gua NASHARUDDIN ke apa ke... dengar cerita beliau ni pun dah terkena gak JANGKITAN SAKIT OTAK tu beb... kah kah kah !.
Berbalik kepada PESAKIT OTAK yang TERLEPAS tu beb... yang mana menurut SUMBER DALAMAN gua... beliau semalam telah BERJAYA melarikan diri dari HOSPITAL tersebut tanpa DISEDARI oleh KAKITANGAN Hospital Bahagia berkenaan... 
 
 mungkin kerana PENYAKIT MENTAL yang beliau MILIKI tidak membuat KACAU atau mendatangkan KECEDERAAN kepada orang lain... beliau cuma akan SIBUK untuk BERCAKAP bila beliau ternampak akan MIKROFON dan PENTAS... 
 
lebih-lebih lagi kalau MIROFON dan PENTAS itu ada mengeluarkan BAU-BAU UMNO serta bau-bau ISI PERUT UMNO... 
 
kah kah kah... lain macam betul PENYAKIT MENTAL beliau ni ya beb... tapi walaupun dikata TIDAK BAHAYA namun kalau dah SAKIT MENTAL mana boleh DIJAMIN SELAMAT beb... 
 
jadi lu orang kat luar tu kena lah BERHATI-HATI beb... mana lah tahu tiba-tiba PENYAKIT MENTAL tu buat SPIN dan jadi BAHAYA pulak... kah kah kah !.

Ok lah lah beb kalau lu orang nak tahu apa yang PESAKIT OTAK tu buat bila TERLEPAS dari HOSPITAL BAHAGIA semalam... 
 
lu orang... nampak tak beb betapa SAKIT nya OTAK beliau... kah kah kah... rasa gua lah beliau ni dah mula ada MUKA TAK MALU TAMPAL KULIT BABI 14 INCI beb... 
 
yang mana KEBIASAAN nya TAK MALU tahap tersebut ada pada KEBANYAKAN yang namanya ISI PERUT UMNO... kah kah kah... sebab nya TAK MALU tahap tersebut sanggup membuat APA SAJA walaupun MENFITNAH... 
 
pada gua memang gua TAK HERAN beb... ialah KETURUNAN INGGERIS PENJAJAH YANG LAHIR HASIL PERSETUBUHAN HARAM TANPA DIKETAHUI SIAPA BAPAKNYA semestinya berperangai begitu...... sebab itu orang lain yang BERJUANG... UMNO DAPAT NAMA... sedangkan semasa AIR MATA MENGALIR ... 
 
DARAH TUMPAH dan NYAWA MELAYANG kerana PERJUANGAN KEMERDEKAAN mereka masih diulik MIMPI bersama INGGERIS PENJAJH beb... tiba-tiba DIANGKAT menjadi PEJUANG KEMERDEKAAN... kah kah kah !.


hemmmmm..... masuk umno tak beliau tak henginnnn konon nya masih sayangkan pas... tapi perangai... tingkah laku... perbuatan dan kata-kata dan sama macam isi perut umno... itu sebab gua kata beliau sakit otak... 
 
hanya orang gila aje yang berperangai seperti beliau beb... kah kah kah... umporno perkasam jati... betul-betul meloyakan heeeee... A B U.
 
 
Mat Indera Sipejuang

DS Anwar Dengan Penampilan Baru - Naik Firefly !

 

abuluqman
Wajah baru DS Anwar Ibrahim's New outfit.. ceramah di Kelantan Semalam.. DSAI naik Jet Eksklusif .. Jet Ni Jarang Menteri NAik.. jom lihat..



Kakitangan Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra bersama DS Anwar Ibrahim di Kota Bharu
 
Airport krew bersama DS Anwar Ibrahim di Kota Bharu sebelum menaiki karpal terbang
 
Mission accomplished!!! 7 flights across Malaysia covered 15 events in 5 States in 6 days
Terbaik dari ANWAR... naik jet pribadi pun susah,, naik Firefly je sonang, cerite yekan.. sape pun tak kata apa ye..apa pun..gook luck.. kami mennuggu harapan baru,,dari PRU 13..jangan main main ye...ada ..berita lagi..jom terjah



sila klik FB FAN PAGE ORANG KAMPUNG UNTUK DAPATKAN BERITA TERKINI...ada lagi berita menyusul

( Video ) Ceramah DS Anwar Bersama EMPAT GENERAL ATM Yang Menyokong Perjuangan PR !
















azmaria

Wednesday, February 27, 2013

PRU13 : Dr. Asri, Dr. Juanda Dan Dr. Mazli Sah Tempah Tiket Pakatan Rakyat Posted by Addin Deen


KUALA LUMPUR: Di sebalik demam Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) yang semakin dirasai, tiga tokoh agama termasuk Mufti Perlis Dr Juanda Jaya disebut-sebut antara individu yang bakal diturunkan dalam gelanggang pilihan raya kali ini yang dilabel sebagai ‘pilihan raya paling sengit' pernah berlaku dalam sejarah negara.

Selain Juanda, dua tokoh lain yang berada dalam senarai calon PRU13 ialah bekas Mufti Perlis, Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dan Pensyarah Kuliyah Ilmu Wahyu dan Sains Kemanusiaan, Universiti Islam Antarabangsa Malaysia Dr Mazli Malek.

Ketiga-tiga mereka dikatakan akan bertanding mewakili Pakatan Rakyat namun belum disahkan untuk bertanding atas tiket PKR atau PAS.
 
Bagaimanapun tokoh-tokoh ini tidak dapat dihubungi untuk mendapatkan komen mengenai perkara itu.

Menurut sumber Antarapos, ketiga-tiga masih belum membuat keputusan untuk mewakili parti mana dan perkara itu akan diketehui apabila sampai masanya.
 
"Wakili parti mana belum pasti, kalau nak tahu kena tanya tuan punya badan.
 
"Belum tahu mereka akan tanding atas tikat parti mana, sama ada PAS atau PKR. Cuma yang pasti wakili Pakatan Rakyat," kata sumber itu kepada Antarapos.

Asri dan Juanda sudah didampingi semula beberapa parti, dari Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat untuk bertanding kali ini kerana dilihat sebagai calon ‘boleh menang’ kerana memiliki karisma sebagai personaliti yang berlatarbelakangkan agama.
 
Antarapos difahamkan pertemuan dengan parti politik akan diadakan dalam tempoh terdekat dipercayai membincangkan tentang pendirian dan kerusi yang akan ditandingi mereka.

Juanda, 41, adalah lulusan Universiti Al-Azhar dan mempunyai Ijazah Sarjana Syariah dengan pengkhususan Penggubalan Undang-Undang Keluarga Islam Malaysia daripada Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Asri pula kini berkhidmat sebagai pensyarah di Universiti Sains Malaysia, sudah pun menjadi sebutan sejak lebih setahun lalu dan beliau telah beberapa kali menafikan akan menyertai parti politik.
 
Asri disebut-sebut akan bertanding di Pulau Pinang manakala Juanda anak kelahiran Sarawak, dipercayai akan diletakkan di Perlis.

Juanda yang sering kali muncul di stesen TV tempatan sejak akhir-akhir ini dilihat mempunyai pemikiran dan pandangan yang lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat.
 
PRU13 disebut-sebut akan diadakan akhir Mac atau awal April ini.Mandat kerajaan pusat akan berakhir penghujung April. 
 
Jika Parlimen terbubar secara automatik, PRU13 perlu diadakan sebelum akhir Jun. 
 
 
~antarapos

Pegawai KCS mintak RM5juta dari Najib untuk buat kerja menikam MB dari belakang. Team Selongkaq

Azmi Din kempen untuk BN secara terang-terangan walaupun beliau salah seorang pegawai KCS kanan dalam Pentadbiran Kerajaan Negeri Kedah. 
 
Beliau merupakan pengerusi SADA yang mana sedang berkempen untuk bertanding di DUN Sg Tiang.
 
Kami mendapat lampiran proposal ini dimana menyatakan beliau sedang merancang untuk menaikkan sokongan masyarakt cina kepada BN sekarang ini....

Politik punya pasal beliau yang makan gaji dengan Kerajaan Negeri telah menikam kepercayaan YAB Dato Seri Ust Azizan Abd Razak.

Adakah hanya Sekolah Cina sahaja diberi sumbangan.....bagaimana dengan Sek Agama Rakyat, Sekolah India....takan tak ada apa-apa kot....
 
 
 
Sempena kedatangan PRU13 nanti maka kami lahir blog SELONGKAQ ini adalah untuk tujuan kita semua menyelongkaq akan apa yang tersimpan disebalik kerajaan-kerajaan yang memrintah tidak kira BN atau PR...

Jika anda merasakan ada penyelewengan berlaku ayuh marilah kita selongkar.... Untuk permulaan kami melantik anda semua untuk menjadi mata-mata gelap kami bagi mendedahkan keburukan dan salah laku semasa rakyat memberi amanah untuk bekerja....

Jadi jika anda file, gambar, salinan resit, dokumen, paper work serta sewaktu dengannya silalah emailkan kepada :

selongkaq@gmail.com
 
 

Ini lah dia "VACUUM CLEANER"............

Al-Kisah: Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary

Tan Sri Syed Mokhtar Shah bin Syed Nor Al-Bukhary
 
Saya nak makan nasi lemak, 
beras dibeli dari siapa? - BERNAS!!
BERNAS milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary

Makan nasi lemak, takkan tanpa minuman, so order kopi 0. 
Air buat kopi, jika tinggal di Johor beli  air dari Aliran Ihsas Resources, 
Aliran Ihsas Resources milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary.

Minum kopi mesti campur gula! 
Gula di Malaysia, dua pengeluar sahaja MSM & MSR. 
MSM milik felda, 20% saham dimiliki Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary 
MSR milik Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary sepenuhnya! 

OK, cakap banyak sekarang nasi sudah sejuk, mahu panaskan! 

Guna gas stove, Gas Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary !



Guna microwave oven, elektrik, TNB beli elektrik dari siapa? = IPP. 
IPP terbesar di Malaysia ialah Malakoff.
Malakoff milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Sekarang tak nak makan nasi, pergi McD sahaja la... naik motor! 

Motor Kriss, keluaran MODENAS.
Modenas milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tak nak naik motor, naik kereta. Kereta apa? Proton. 

Proton milik DRB HICOM.
DRB HICOM milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tak nak beli Proton la. Beli Honda saja. 

Honda Malaysia milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Beli kereta nak buat pinjaman perbankan islam, pergi Bank Muamalat. 

Bank Muamalat milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Kereta kena ada insurans coverage. 

Insurance beli dari siapa? = Uni Asia Insurance! 
Uni Asia Insurance milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Nak ambil road tax, kena pergi PUSPAKOM. 

Puspakom milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Ok la tak nak naik kereta. Naik keretapi lagi senang! 

Landasan keretapi siapa buat? = MMC. 
MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Sekarang, Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary pun nak ambil alih KTMB

Ok tak nak guna keretapi ambil kapal terbang saja la... nak pergi Johor! 

Senai Airport milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary

Tak nak ambil keretapi, kapal terbang, naik kapal laut sahaja la. 

Pergi Pelabuhan Tanjung Pelepas. 
Tanjung Pelepas Port milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.
Tak nak pergi Tanjung Pelepas, pergi Johor Port. 

Johor Port milik siapa? = MMC. 
MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Ok la... I orang KL, naik MRT sahaja la... (apabila siap)
Projek MRT, siapa kontraktor terbesar? = MMC. 

MMC milik siapa? = Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Macam ni la... tak nak keluar rumah langsung! 

Duduk rumah, hantar surat sahaja! 
Apabila nak hantar surat, kena lekat setem! 
Apabila kita lekat setem sahaja, kita sudah bayar Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary, kerana POS Malaysia pun sudah diswastakan kepada Tan Sri Syed Mokhtar Al Bukhary.

Tahniah Tan Sri, You earn this all, on your own!! 

Malaysia is not Malaysians anymore, its YOURS!! Entirely yours!

Kerajaan Rakyat mula berkenalan dengan Syed Mokhtar sekitar 1989 di Johor Bahru semasa beliau baru-baru berusaha untuk merapatkan dirinya dengan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu adalah Menteri Besar Johor dengan tujuan untuk mengambil-alih Johore Port. 

InsyaAllah, Kerajaan Rakyat akan titipkan kisah pertemuan pertama saya sekitar akhir July 1989 di Johor Bahru dengan insan bernama Syed Mokhtar Al Bukhary yang hari ini bergelar Tan Sri, bertaraf multi billionaire ! Kali terakhir saya bersembang dengan Syed Mokhtar sekitar bulan Ramadhan 2007 bersama Syed Omar Abdullahsahur di restoran Mamak  di Bangsar! - Mohd Sofi Yassin.

Manifesto Rakyat: BN bakal tumbang pada PRU13

 
KALAU diteliti betul-betul kandungan Manifesto Rakyat yang bertemakan “Pakatan Harapan Rakyat” tidak ada alasan lagi bagi rakyat Malaysia untuk mengelak daripada memberi mandat kepada Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya pada pilihan raya umum ke-13 nanti.

Walaupun kebanyakan pemimpin UMNO-BN memperlekeh dan menganggap manifesto itu tidak realistik atau seperti ‘menanam tebu di bibir’, realitinya rakyat sudah lama tahu hati budi dan perangai jahat UMNO-BN.

Kelebihan manifesto itu yang pentingnya ia dirangka bagi menjamin keadilan, kesejahteraan dan kesaksamaan rakyat.

Kalangan pemimpin PR memang sudah menjangka komen sedemikian akan dikeluarkan dan media arus perdana kawalan UMNO-BN terutama Utusan Malaysia, Berita Harian dan TV3 pasti akan menyiarkan komen pedas segelintir mereka yang seolah dipaksa supaya tidak menyokong manifesto berkenaan.

Setakat ini rakyat belum tahu apa kelebihan pada manifesto BN, tetapi yang pasti memang ‘tanam tebu di bibir’ yang boleh membuatkan hutang negara bertambah dan semakin berleluasa rasuah, salah guna kuasa dan memperkayakan kroni.

Rakyat mahu ubah

Kebanyakan rakyat mahu memberi sokongan untuk memberi peluang PR daripada mengekalkan BN yang sudah lama bermaharajalela melakukan penyelewengan, rasuah dan salah guna kuasa.

Jika rakyat Kelantan, Selangor, Pulau Pinang dan Kedah (dan Perak pada 2008 sebelum kuasa dirampas secara haram oleh UMNO-BN) berani menukar kerajaan yang ditadbir BN, tidak ada sebab bagi rakyat negeri lain untuk mengikuti langkah sama bagi menjamin sebuah kerajaan yang lebih berintegriti, bersih, adil dan tidak salah guna kuasa.

Kecemerlangan yang dicapai empat negeri berkenaan, tidak ada alasan lagi bagi rakyat Malaysia merasa takut, ragu dan bimbang untuk melakukan perubahan sama supaya negara boleh diterajui dengan lebih baik tanpa penyelewengan, salah guna kuasa dan korup kepada kepemimpinan parti dalam PR iaitu PKR, DAP dan PAS.

Tidak mungkin masih ada lagi rakyat yang meragui kemampuan pemimpin PR kerana empat negeri yang diperintah pemimpin daripada parti komponen PR berjaya ditadbir dengan baik dan cemerlang serta memberi banyak manfaat kepada rakyat

Kejayaan Kelantan sebagai teladan

PAS yang menerajui Kelantan sejak 22 tahun ini terbukti mampu mentadbir negeri dengan amanah, tidak melakukan rasuah dan salah guna kuasa. Begitu juga Pulau Pinang, Selangor dan Kedah, masing-masing diterajui DAP, PKR dan PAS.

Rekod kepimpinan Menteri Besar Kelantan, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz, selama 22 tahun gagal ditandingi pemimpin lain di negara ini dan jauh panggang daripada api jika dibandingkan dengan pemimpin BN termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yang paling lama memerintah serta Perdana Menteri sekarang, Datuk Seri Najib Tun Razak yang mana pentadbiran mereka bergelumang dengan rasuah dan salahguna kuasa.

Setakat ini tidak ada pemimpin seperti Tuan Guru Nik Aziz yang begitu hebat daripada segi integriti berbanding negeri yang diperintah UMNO-BN yang hanya pandai menambahkan hutang, bukannya mengurangkan hutang. 

Malah kerajaan negeri yang ditadbir PR sekarang terpaksa menyelesaikan hutang yang ditinggalkan menteri besar dan ketua menteri BN sebelum ini.

Ramai penyokong BN mengatakan tidak mungkin Najib yang bijak ekonomi akan menyebabkan negara muflis. 

Apa tidaknya selama Najib mentadbir negara kini hutang negara sudah mencecah lebih RM500 bilion dan rezab Bank Negara juga semakin susut.

Tidak mungkin rakyat Malaysia yang semakin bijak dan matang sanggup membiarkan negara dan negeri terus diperintah BN yang mana pemimpin hanya tahu berbelanja boros bukannya tahu berjimat demi faedah rakyat.

Guan Eng membuktikan peluang saksama untungkan Melayu

Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng turut dianggap seorang pemimpin yang hebat terutama cekap dan telus mentadbir negeri Pulau Mutiara itu.

Guan Eng berani mengakui kesilapan dan kelemahan serta memahami keperluan orang Melayu di Pulau Pinang. Kerana itulah teras pembangunan beliau ialah memastikan hapusnya kemiskinan tegar di negeri itu yang selama ini dibiar melarat oleh UMNO dan rakan komponen BN. Kerana itu juga Guan Eng menambah peruntukan bagi memajukan syiar Islam dan menyediakan perumahan rakyat di negeri itu.

Kerana itu jugalah, UMNO melalui media massa yang mereka kuasai hanya mampu menabur fitnah terhadap Guan Eng, DAP dan PR di Pulau Pinang. Memang resmi orang berniat jahat; apabila tak mampu berhujah, dia hanya menipu, berbohong dan menuduh orang lain.

Kedah ditadbir penuh hemah

Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak juga seorang pemimpin yang bersih, tidak rasuah dan salah guna kuasa, sebaliknya mementingkan nasib rakyat walaupun dia sering difitnah UMNO-BN dengan pelbagai penyelewengan, termasuk isu pembalakan.

Kedah yang ditinggalkan BN dengan hutang sebanyak RM2,095 bilion pada 2008 dan pertambahan hutang selepas itu sebahagian besarnya adalah untuk pembesaran Taman Berteknologi Tinggi Kulim (KHTP) dan pengurusan bekalan air terawat untuk rakyat.

Ini bermakna hutang yang dibuat itu bukan untuk projek mewah, hiburan atau membeli cincin dan beg tangan isteri pemimpin negeri. tetapi betul-betul untuk faedah rakyat.

Dalam masa lima tahun pentadbiran PR di Kedah jumlah pelaburan ke KHTP adalah sebanyak RM10.8 bilion berbanding dalam mtempoh sama ketika zaman BN cuma RM4.7 bilion.

Selangor terus cemerlang di bawah PR

Begitu juga dengan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang cekap melakukan perancangan hinggakan ekonomi Selangor begitu membanggakan dan dinikmati rakyat.

Kerajaan PR Selangor berjaya menyumbang 30 peratus pelaburan di Malaysia, melepasi sasaran purata pelaburan negeri itu bagi tempoh Januari hingga Oktober 2012.

Pencapaian memberangsangkan ini sekaligus mencatatkan rekod tertinggi berbanding negeri-negeri lain dengan nilai melebihi RM10.5 bilion melibatkan 211 projek perkilangan yang telah diluluskan.

Berdasarkan statistik yang dikeluarkan Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA), Selangor menjadi negeri tertinggi menerima pelaburan dengan jumlah keseluruhan RM48.53 bilion dalam tempoh tersebut.

PR sedia tadbir Malaysia

Semua empat negeri yang diperintah PR menunjukkan kemampuan yang membanggakan sehingga mendapat pujian dalam laporan Ketua Audit Negara hampair setiap tahun sejak memerintah.

Justeru, dakwaan BN kononnya manifesto PR itu tidak munasabah dan boleh menyebabkan negara muflis tidak boleh diterima, sebaliknya jika rakyat membiarkan negara terus diterajui BN akan mencepatkan negara muflis kerana dalam masa empat tahun saja Najib mentadbir, hutang negara sudah mencecah lebih RM500 bilion.

Bayangkan jika rakyat memberi peluang lagi kepada BN, hutang negara mungkin mencecah berlipat kali ganda dan membolehkan negara muflis. Bila itu berlaku, habislah kehidupan seharian rakyat kerana kenaikan gaji dibeku, harga barang naik, ekonomi merosot, menyebabkan sengsara hidup.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang sebelum ini juga sudah merayu supaya rakyat memberi peluang kepada PR memerintah negara bagi membuktikan model pemerintahan kerajaan yang adil berlandaskan nilai Islam dapat dilakukan.

BN yang sudah memerintah lebih 55 tahun tidak wajar lagi terus diberi peluang kerana dalam tempoh yang begitu parti itu gagal memajukan Malaysia, sekurang-kurangnya setanding dengan Korea Selatan.

Rakyat sedia terima PR sebagai kerajaan baru

Ramai yang menyambut baik manifesto rakyat itu dan mereka mahu menjadi realiti apabila PR memerintah nanti demi meringankan beban rakyat.

Ramai menyokong janji menghapuskan tol, menurunkan harga petroleum, kereta, hapuskan PTPTN, saman AES, caj elektrik dan air lebih rendah selain beberapa tawaran membantu ekonomi rakyat.

Ini tidak termasuk mewujudkan sejuta peluang pekerjaan baru di samping mengurangkan kebergantungan kepada buruh asing. memperkenal gaji minima RM1,100 sebulan, melatih sejuta lepasan sekolah yang tidak melanjutkan pelajaran, membina lima universiti dan 25 sekolah vokasional, Tabung inovasi IKS RM500 juta, menyelaras cukai rakyat- kadar cukai tertinggi 26% untuk cukai pendapatan hanya mula dibayar bagi pendapatan boleh cukai melebihi RM400,00 berbanding RM250,000 sekarang.

Menyediakan pengangkutan awam percuma kepada golongan berbeza upaya, tambah bilangan bas, merangka untuk membina sistem keretapi laju antara bandar.

Menerusi empat teras utama manifesto itu, PR memastikan setiap isi rumah akan membawa pulang pendapatan isi rumah RM4,000 sebulan.

PR juga komited memastikan harga minyak diturunkan, caj elektrik lebih rendah, caj air lebih rendah, penghapusan tol, cukai eksais dan harga kereta serendah RM25,000 sebuah.

(Bagaimanapun PR mengakui ‘terlepas pandang’ isu tuntutan bayaran royalti minyak untuk negeri pengeluar minyak yang didapati tidak dimasukkan dalam manifesto ‘Pakatan Harapan Rakyat’ versi cetak. 

Semakan ke atas manifesto versi digital yang dimuatkan di laman Pakatan Rakyat mendapati ia memuatkan janji untuk “menaikkan royalti kepada negeri pengeluar minyak dan gas dari 5 peratus ke 20 peratus”.)

Apapun pilihan sudah terlalu jelas. Sama ada terus dengan UMNO-BN yang korup dan semakin tidak peduli rakyat (kecuali untuk memberi habuan BR1M sekali dua kali seumur hidup) atau PR yang benar-benar komited untuk meningkatkan taraf hidup rakyat serta mengembalikan harga diri dan maruah rakyat.


-Roketkini.com

Umno hadapi perang dengan jeneral tempang

 
Umno nampaknya terpaksa menyertai pilihan raya umum ke 13 dalam keadaan serba pincang.
Dengan kumpulan tukang kempen utama mereka iaitu Wanita Umno lumpuh ekoran tragedi lembu masuk kondo dan tanah LTAT, Umno hilang penggerak utama mereka. 

Sekarang ini ke mana Wanita Umno bergerak dalam baju merah puteh mereka, bunyi 'mooo' akan dibuat.

Skandal tanah Ketua Wanita Umno Selangor pula memperlihatkan bagaimana Umno mengorban kepentingan anggota tentera untuk kroni mereka.

Pada awal April 2012 lalu, Datuk Raja Ropiah Raja Abdullah, Wanita Umno Selangor yang juga Exco Wanita Umno Malaysia dilantik sebagai senator yang baru.

Beliau menggantikan Datuk Seri Shahrizat Jalil, Ketua Wanita Umno yang terpaksa berundur kerana skandal lembu masuk kondo.

Namun, selepas itu meletus skandal LTAT yang didedahkan oleh bekas rakan perniagaan isteri perdana menteri, Deepak Jaikishan dan diperjelaskan lagi oleh Rafizi Ramli yang sebelum itu 'membunuh' kerier politik Shahrizat.

Pemuda lumpuh

Ketika tukang kempen mereka lumpuh, Pemuda Umno juga tidak kelihatan bergerak.
Kalau selama ini bilik gerakan Umno banyak dipenuhi oleh tenaga muda mereka, kini Pemuda juga sunyi sepi.

"Tidak ada wang bang, macamana nak gerak," kata seorang pemimpin muda Umno kepada penulis.
Berikutan tindakan pimpinan Umno yang terlalu takut kepada Tun Dr Mahathir, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaludin sehingga kini tidak mendapat sebarang jawatan dalam kerajaan.

Akibatnya, sumber kewangan untuk menggerakkan Pemuda Umno terputus langsung.

Sedangkan semua tahu memang menjadi budaya dalam Umno tanpa wang semua kerja tidak boleh jalan.

Keadaan itu semakin parah apabila semua ketua-ketua pemuda Umno negeri juga dilantik Khairy.
Hasilnya sebagaimana Khairy bermasalah di pusat, ketua-ketua pemuda negeri pula bermasalah di negeri masing-masing.

"Masalah paling besar kepada pemuda adalah apabila Khairy diketepikan, tidak ada mana-mana pihak yang berani mendekati atau membantu Khairy.

"Ini kerana mereka tidak mahu dilihat membantu atau bersama Khairy kerana takut diserang oleh orang PM dan juga orang Tun (Dr Mahathir).

"Hasilnya Khairy sedang mati perlahan-perlahan bersama seluruh jentera pemudanya," kata sumber itu.

Yang terakhir, apabila pemuda mencalonkan 25 nama dari kalangan mereka untuk dijadikan calon dalam polihan raya ini, hanya dua nama saja yang lekat.

Kini pemuda menunggu masa saja untuk bertindak, apatah lagi kalau pemilihan calon ini menjadi realiti nanti.

Azalina

Di samping pemuda dan wanita, semua terasa sejak Datuk Azalina Othman Said meninggalkan Puteri Umno, sayap Umno untuk wanita muda ini seolah-olah sudah tidak ada.

Dengan berketuakan pemimpin dari Sabah, Puteri Umno seolah-olah sudah tidak ada lagi di medan.
Serangan Najib terhadap Azalina ketika beliau baru mengambil alih pucuk kepimpinan negara dari Pak Lah benar-benar menghiris Azalina.

"Kita bukan mahu melihat muka menterinya, kita hendak melihat tempat-tempat pelancongan," begitulah kira-kira kata Najib membidas bilboard pelancongan yang dipasang Azalina untuk membuat promosi ke atas kawasan pelancongan di negara ini.

Hasilnya tidak lama selepas itu semua bilboard ini jatuh bersama jatuhnya Azalina dari arus perdana politik Umno dan Malaysia.

Namun manusia ini sama saja. Ia lebih mudah melihat kesilapan mereka yang bekerja tetapi sukar untuk melihat mereka yang tidak bekerja dan diri mereka sendiri.

Kalau dulu Najib marah kerana muka Azalina dalam bilboard pelancongan, sekarang muka Najib bukan di bilboard saja bahkan di mana-mana. Hatta pintu tandas pun ditampal gambar Najib.

Tidak cukup dengan itu, semua pengundi baru akan menerima surat bermuka Najib memujuk dan merayu mereka agar memberikan peluang sekali lagi kepada BN.

"Terharunya...takkan sampai merayu begini sekali. Sampai minta maaf segala," kata seorang gadis yang menerima surat Najib. Beliau adalah antara kira-kira 5.2 juta pengundi baru yang bakal mengundi buat pertama kalinya.

Selain wanita, pemuda dan puteri, ramai yang beranggapan, Putera Umno hanya tingga Datuk Azeez (Abdul Rahim) seorang sahaja.

Ini kerana, inilah saja muka dipromokan termasuklah kononnya dilantik menjadi duta oleh negara Palestin. Padahal lebih 1,000 orang telah dilantik oleh kerajaan Hamas untuk menjadi duta kepada negara dan perjuangannya.

Dengan ketiga-tiga sayap utama lumpuh dan sayap Putera tinggal Azeez seorang, bagaimanakah Umno mahu meneruskan peperangan ini.

Najib bukan sahaja berdepan dengan Deepak Jaikishan, sekarang PI Bala juga balik untuk meranapkan lagi kredibiliti beliau. Hantu Altantuya akan mengejar ke mana-mana beliau pergi.

Hatta perbelanjaan jutaan ringgit untuk membawa penyanyi Gangnam Style, Psy, juga masuk ke dalam longkang sahaja apabila penonton sepakat berkata "NO" kepada Barisan Nasional.

Memang Tun Dr Mahathir berusaha untuk menukar jeneral perang Umno ini, namun dengan satu kes sahaja dibuka, iaitu RCI Sabah, Mahathir terpaksa melutut kepada Najib.

TV3 dengan bangganya melaporkan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad antara tetamu VIP yang turut menyambut kepulangan Perdana Menteri Malaysia dari luar negara.

Inilah dilema besar Umno. Muhyidin Yassin dimalukan di Sabah bahkan Ng Yen Yen juga dimalukan di majlisnya sendiri di Jonker Walk, Melaka.

Umno hadapi perang kali ini dengan semua jeneralnya tempang...yang tinggal hanya tukang raba yang sedang mencatur dalam War Room Umno.


- Harakahdaily