Followers

Wednesday, May 30, 2012

Ghani Othman berani jadi lebih jantan dari Najib?

Cerita pasai pemimpin Umno PAS takut nak berdebat ni cerita lama. Bukan baru-baru ni ja, lama dulu dah PAS cabar pemimpin Umno berdebat tapi payah sangat nak jadi. 

Debat yang paling hebat setakat ni mungkin debat antara Khairy Jamaluddin dengan Rafizi Ramli tapi Rafizi dari PKR bukannya PAS. Macam tu jugak debat antara Anwar Ibrahim dengan Shabery Cheek yang disiarkan secara langsung melalui TV. 

Setakat yang aku tau, tak pernah jadi lagi debat antara pemimpin PAS dan pemimpin Umno. Yang ada pun mungkin macam antara Dr. Mujahid dengan Tajuddin Rahman tapi tu bukan debat, lebih kepada bentuk forum. Income pasif!! 

Register & display. RM1.00 setiap referrer. Madu Tualang Asli. 1KG RM60 sahaja. Hubungi PakDin 019-5672201 Yang paling hampir sekali dan jadi bahan sejarah politik yang cukup penting adalah debat isu kafir mengkafir masa zaman Dr. Mahathir jadi PM. 

Dr. Mahathir siap suruh buat debat olok-olok, bekas ahli PAS yang masuk Umno berlakon jadi pemimpin PAS. Aku teringat komen Allahyarham Ust Fadzil Noor yang kata dalam debat olok-olok tu pun wakil Umno kalah kepada orang Umno yang berlakon jadi wakil PAS, tu belum debat betul-betul. 

Walaupun katanya semua persediaan dah siap dibuat malangnya debat tu di dibatalkan disaat-saat akhir kononnya atas arahan Agong, padahal semua orang tau Dr. Mahathir yang punya kerja pasai dia nampak yang wakil Umno tak boleh nak celen wakil PAS. 

Selepas pada tu tak pernah lagi ada pemimpin Umno berani sahut bila pemimpin PAS cabar berdebat. Mungkn kut depa pun yakin kalau berdebat depa tak boleh menang punya. Mungkin depa rasa payah nak berdebat pasai pemimpin PAS tentu punya akan gunakan Al-Quran dan Hadith sebagai dalil. 

Takkan depa nak tolah hujjah Al-Quran dan Hadith pulak. Sama jugak la dengan cabaran terbaru debat oleh Dewan Pemuda PAS Johor antara Salahuddin Ayub dengan Ghani Othman dalam isu tanah di Johor. Tobat lahum Ghani nak berani. 

Walaupun Salahuddin Ayub bukan dari golongan ulama' kalau setakat nak quote Al-Quran dan Al-Hadith sebagai dalil hujjah memang takdak masalah pasainya pemimpin PAS memang sentiasa ditarbiah dengan Al-Quran dan hadith dalam usrah, tamrin dan bermacam lagi program tarbiah dalaman. Dalam ceramah pun guna Al=Quran dan Hadith sebagai penguat hujjah. 

Harakahdaily melaporkan: Cumanya Ghani Othman bernasib baik pasai Najib pun tak jawab-jawab cabaran debat dengan Anwar Ibrahim. Takkan dia tunjuk yang dia lebih jantan dari dari bos dia kut. 

Khairy lain la, dia memang dah lama bengang dengan Najib pasai tak bagi jawatan dalam kerajaan walaupun dia ketua pemuda Umno Malaysia. 

[Kredit image: Nusajayakini] "Segala pertempuran ditangguhkan sehingga selepas pilihanraya" Cenangau Daunkari 

Sumber: http://cenangau.blogspot.com/2012/05/ghani-othman-berani-jadi-lebih-jantan.html#ixzz1wMBhU7yk

Air S’gor: MB mahu dedah kroni Umno-BN - Fazy Sahir

 
Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mempunyai maklumat termasuk pembiayaan yang dibuat oleh syarikat terlibat.

SHAH ALAM: Kerajaan negeri Selangor akan mendedahkan syarikat didakwa merupakan kroni Umno-Barisan Nasional (BN) yang lemah dalam menguruskan air di negeri itu.

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, pihaknya mempunyai maklumat termasuk pembiayaan yang dibuat oleh syarikat terlibat.

“Ada beberapa tender dan kontrak yang berbeza. Satu buat loji, terowong dan empangan. Kita sudah ada nama syarikat dan pembiayaan yang dibuat. Sebelum forum air kita akan didedahkan hal ini. Kita akan beritahu kepada semua masyarakat,” kata Abdul Khalid.

Dalam satu kenyataan Isnin lalu, Setiausaha Politik beliau Faekah Husin berkata, masalah air di Selangor berpunca daripada pengurusan air yang lemah dan menyebabkan rakyat terpaksa menanggung kos tarif air tinggi.

Faekah mendakwa pembinaan Loji Rawatan Air Langat 2 (Langat 2) yang melibatkan kos RM12 bilion sebenarnya dilaksanakan atas kepentingan kroni pihak tertentu dan bukannya untuk membantu rakyat.

Penstrukturan semula air
 
Abdul Khalid dalam pada itu menegaskan penstrukturan semula air adalah topik utama berbanding isu Langat 2 dan pengambilan air di Pahang.

Tegasnya penstrukturan semula air penting kerana ia dapat menyelesaikan pelbagai masalah yang wujud ketika ini.

“Perbincangan utama adalah penstrukturan semula air dan bukannya tentang Langat 2 atau pengambilan air di Pahang. Semua ini tidak akan timbul jika penstrukturan semula air dibuat,” katanya.

Ujarnya, sebarang pelaksanaan dan pengurusan loji mempunyai kaitan dengan kenaikan tarif air dan beliau mendapati ia mempunyai kelemahan.

“Pengalaman dari angka-angka yang diterima, pembinaan loji adalah dibina oleh Puncak Niaga. Dari segi kos pembinaan dan pembersihan loji adalah sangat tinggi. Jika kos tersebut tinggi maka rakyat turut menerima kesan melalui tarif air,” katanya.

Beliau berkata daripada 33 loji pembersihan di seluruh Selangor, 29 daripadanya dimiliki oleh kerajaan negeri, manakala empat oleh pihak konsesi.


FMT

Ahmad Shabery Selewengkan Fakta Kemalangan


 
Menteri Belia dan Sukan Datuk Ahmad Shabery Cheek didakwa mengeluarkan kenyataan yang menyeleweng berhubung kejadian kemalangan yang menyebabkan 17 cedera ketika Himpunan Jutaan Belia di Putrajaya Sabtu lalu.

Badrul Hisham Shaharin @ Chegubard berkata beliau sepatutnya memohon maaf, mengakui kesalahan dan bertanggungjawab di atas kejadian tersebut.
“Ahmad Shabery menyalahkan takdir kononnya semua yang berlaku sudah takdir,” kata pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) dalam satu kenyataan semalam.

Kemudian katanya beliau menipu kononnya semua mangsa termasuk keluarga menerima kejadian tersebut dan tidak menyalahkan penganjur dengan mengatakan semua mereka redha sedangkan keluarga mangsa dalam proses menyaman pihak penganjur.

“Terbaru pula Menteri terbabit cuba mengalihkan isu dengan memberikan maklumat salah kononnya semua berpunca kerana tidak ada badan mengawal selia acara sukan seperti itu dan Kementerian akan mewujudkan badan yang mengawal selia.

“Ini satu maklumat yang salah,” ujar Chegubard.

Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) semalam tampil memberi penjelasan Ahmad Shabery bahawa negara sudahpun mempunyai badan khusus untuk mengawal selia sukan perlumbaan bermotor.

Ketua Pengarah Eksekutif MAM Datuk Razlan Razali mengakui bahawa MAM merupakan salah satu dari badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia.

Mengulas lanjut kenyataan Ahmad Shabery, Razlan berkata perlumbaan pada Sabtu malam anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan MAM.

“Sebagai pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian utama kami,” katanya.

Menurut Razlan, pihak penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan melainkan dengan hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar. -FMT
MAM jawab Shabery: Kami perlu luluskan perlumbaan
Persatuan Sukan Bermotor Malaysia (MAM) hari ini tampil dengan penjelasan kepada menteri belia dan sukan bahawa negara sudahpun mempunyai badan khusus untuk mengawal selia sukan perlumbaan bermotor seperti yang menyebabkan 17 orang cedera ketika sambutan Hari Belia, Sabtu lalu.

Ketua pengarah eksekutif MAM Datuk Razlan Razali berkata MAM merupakan salah satu daripada badan yang memikul tanggungjawab itu, selain Persatuan Automotif Malaysia, lapor theSun.

"Sebagai pihak berkuasa, kami perlu meluluskan acara tempatan untuk memastikan ia dijalankan dan diuruskan dengan baik, keselamatan adalah perhatian utama kami," katanya seperti dipetik akhbar itu.

Kos untuk meluluskan perlumbaan itu termasuk perlindungan insurans yang meliputi pelumba, anggota pasukan lumba dan juga penonton, katanya.

Beliau mengulas kenyataan menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek yang dilaporkan mahu mengkaji penubuhan badan induk sukan berkenaan dengan alasan, tiada badan khusus bagi mengawal selia sukan itu dengan lebih berkesan.

"Kita ada beberapa badan dan persatuan yang melibatkan sukan permotoran tetapi adakah ia merangkumi perlumbaan seperti ini. Saya perlu mendapatkan lebih maklumat tentang perkara itu," katanya seperti dilaporkan Bernama pada Ahad lalu.

Mengulas lanjut kenyataan Ahmad Shabery, Razlan berkata perlumbaan pada Sabtu malam anjuran bersama kementerian tersebut juga tidak mendapat kelulusan MAM.

"Penganjur tidak mematuhi apa-apa peraturan keselamatan kami,"
kata Razlan yang mengulas tindakan penganjur yang hanya menggunakan pokok bunga untuk memisahkan penonton dan kawasan litar.

Sementara itu, penganjur kepada acara perlumbaan tersebut berkata mereka tidak dapat menyuraikan orang ramai yang memenuhi kawasan larangan di tepi litar terbabit.

Seorang pegawai perlumbaan tersebut, dari syarikat MUSC Motorsports berkata para penonton tidak sepatutnya berdiri di tepi jalan yang tidak dipagar dengan penghadang besi itu.

MUSC Motorsports telahpun bertindak menghalau individu yang berada di bahagian jalan tersebut, sejam sebelum acara dimulakan, katanya yang enggan dinamakan.

Bagaimanapun, mereka tidak dapat menghalang kesemua individu berkenaan kerana jumlah yang ramai, katanya.
-mk


 

"Lembah Pantai: Mengapa PKR tak 'cekup' orang Umno ?

AxZxa AxZxs  

"Lembah Pantai: Mengapa PKR tak 'cekup' orang Umno ?
 
Moron ni ingat dia bijak sangat bila tanya gitu. 
 
Awat hang tak tanya polis yang tengok saja kejadian tu apasal depa tak cekup setan-setan tu ? 
 
Hang ingat kalau orang PKR yang baling batu dan telur tu, polis nak duduk saja dan tengok saja ? 
 
Bajet mcm bagus tanya gitu. Padahal bodoh. 
 
The fact that you are Pemuda Umno shows how stupid you are!".

Peserta Himpunan Belia..pegang RM30 Sorang ??

Pemuda Padang Terap
Percayalah tanpa wang dan kuasa..dah lama UMNO BN mati.. 

Anwar Ibrahim Berucap Dalam "Zon Perang" Lagi

Perang Ceramah: Khalid Samad vs Ummi Hafidah

Batal Panel Hanif, Beri SUHAKAM Siasat BERSIH !!

 



SHAH ALAM  : Suruhanjaya Hak Asasi Manusia(Suhakam) perlu diberikan sokongan penuh untuk menyiasat aksi keganasan semasa perhimpunan aman BERSIH 3.0 28 April lalu.
 
Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang berpendapat Suhakam lebih layak berbanding ‘Panel Penyiasatan Bebas’ yang dikepalai Tun Hanif Omar.
 
Katanya, panel penyiasat ini seharusnya bebas dari tangan-tangan yang tidak sepatutnya apalagi sebelum ini bekas Ketua Polis Negara itu dilihat keras mengutuk perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil itu.
 
“Panel tersebut perlu dibatalkan. Dalam tempoh sebulan yang lalu, kerajaan giat melancarkan kempen fitnah untuk mencerca Bersih 3.0 dan Pakatan Rakyat pula dikaitkan secara meluas dan langsung dalam kempen fitnah ini.
 
“Hanif pula bertindak memegang ‘watak utama’ dalam kempen fitnah ini dari awal lagi dengan sokongan membuta tuli terhadap dakwaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bahawa perhimpunan Bersih 3.0 adalah satu percubaan pihak pembangkang untuk merampas kuasa dan menggulingkan kerajaan,” katanya dalam satu kenyataan media.
 
Malah, lebih hina apabila Hanif berkata yang beliau dapat mengenalpasti individu-individu pro-komunis di Bersih 3.0 dan mendakwa kanak-kanak digunakan dalam Perhimpunan Bersih 3.0 sebagai “taktik komunis”.
 
Dengan dakwaan liar yang dikeluarkan Hanif sebelum ini, Kit Siang mempersoalkan integriti Hanif dilantik sebagai pengerusi panel penyiasatan tersebut.
 
“Jika Hanif tidak mahu menarik balik kenyataan prasangka mengenai Bersih 3.0, beliau perlu menjadi “saksi utama” dihadapan mana-mana penyiasatan Bersih dan bukan mempengerusikan panel tersebut.
 
“Jika tiada bukti yang didapati selepas penyiasatan dijalankan, adakah beliau bersedia untuk mengumumkan secara terbuka yang kedua-kedua Perdana Menteri dan diri beliau mengaku salah dalam dakwaan yang perhimpunan tersebut adalah satu percubaan pihak pembangkang untuk menggulingkan kerajaan?” soal Kit Siang yang juga merupakan Ahli Parlimen Ipoh Timur.
 
Sehubungan itu, Kit Siang berpendapat, Najib selaku Perdana Menteri seharusnya bertindak dengan lebih tegas dalam menuntut penyiasatan yang saksama dan komprehensif berhubung keganasan Bersih 3.0.
 
“Kerajaan harus membatalkan sahaja panel Hanif dan seterusnya memberi sokongan padu terhadap penyiasatan Suhakam dalam Bersih 3.0,” tegas Kit Siang lagi.
 
Sebelum ini, kerajaan menubuhkan panel penyiasatan bebas yang dipengerusikan oleh Hanif untuk menjalankan penyiasatan terhadap keganasan Bersih 3.0 walaupun tiada kredibiliti, sokongan, keyakinan dan kepercayaan orang awam.


Ha ha ha ha ha,,,,,,,,tak di politik kan ke ni????(di Hospital Lipis)


 

TERKINI!!! ADUN Dengkil dan ADUN Sementa dari UMNO terlibat urusan jual beli tanah Sosilawati

 
Beberapa individu penting didedahkan di Mahkamah Tinggi, di sini semalam sebagai terlibat dalam urusan pembelian tanah di Pulau Pinang melibatkan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya, yang dibunuh, dua tahun lalu. Selain syarikat Sosilawati, Southern Simphony, mereka adalah Adun Dengkil, Suhaimi Mohd Ghazali; pembantu peribadinya, Sabari Misran dan Adun Sementa, Abdul Rahman Palil (gambar) menerusi Syarikat Ample Quality Sdn Bhd.

Perkara itu dimaklumkan bekas peguam, N Pathmanabhan, tertuduh pertama kes pembunuhan itu.

Pathmanabhan memberi keterangan sebagai saksi pembelaan pertama selepas diperintah membela diri, semalam.


Pathmanabhan berkata, pada 2008, ahli perniagaan India, Allal Kathan Muturaja, menjual tiga lot tanah di Batu Feringghi kepada Southern Simphony dengan harga RM25 juta.


Adun Dengkil, Suhaimi Ghazali

“Sebanyak RM2.5 juta deposit dibayar kepada Muturaja, RM1.2 juta oleh Sosilawati, manakala RM1.3 juta dibayar oleh saya, Suhaimi dan Sabari,” katanya.

Ditanya bagaimana kepentingan antara dia dan dua lain dijaga menerusi pembelian itu, Pathmanabhan berkata, ada satu lagi perjanjian sefahaman dibuat antara mereka dan Southern Simphony.


Manjeet: Kenapa buat perjanjian lain?


Kenapa tidak letak nama Suhaimi dalam perjanjian jual beli dengan Muturaja?


Pathmanabhan: Sebab dia Adun, jadi tidak boleh letak atas perjanjian jual beli.


Manjeet: Sosilawati tahu fasal rakan kongsi ini? Pathmanabhan: Ya. Pathmanabhan seterusnya memberitahu, baki RM22.5 juta akan dibayar selepas tanah itu mendapat arahan pelepasan sekatan oleh Mahkamah Majistret.


Bagaimanapun katanya, Southern Simphony kemudian jual tanah itu kepada Ample Quality pada harga RM29 juta dan Ample Quality mahu jual kepada One United Sdn Bhd bernilai RM200 juta.


Manjeet turut kemukakan soalan kepada Pathmanabhan mengenai Abdul Rahman dan saksi itu jawab ‘dia seorang berkuasa’ dan terlibat dalam skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), berkaitan urusan jual beli tanah.


Jawapan Pathmanabhan membuatkan Timbalan Pendakwa Raya Idham Abd Ghani membantah soalan itu, namun dibenarkan Hakim Akhtar Tahir dengan syarat, Patahmanabhan hanya perlu jawab apa yang dia tahu.Addin
 
 
PASPB 

JENG JENG JENG - MUHYIDDIN BOLEH TEMPAH BAJU MELAYU BARU - ROH SEDANG MENUNGGU?


SUARAM DEDAH MAKLUMAT LANJUT KES SCORPENE HARI INI - keadilan daily

KUALA LUMPUR 29 Mei: Badan hak asasi, Suara Rakyat Malaysia (Suaram) bakal mendedahkan maklumat lanjut mengenai kes samannya berhubung skandal kapal selam Scorpene di Bangkok, Thailand hari ini.

Menurut Suaram, tindakan itu disebabkan peguamnya dari Perancis, Joseph Brehem sehingga hari ini masih gagal mendapatkan kebenaran memasuki Malaysia.

“Tidak pasti bila peguam Suaram dari Perancis, Joseph Breham akan diberi visa kerja untuk memasuki Malaysia, dan oleh itu, pemimpin NGO berkenaan memutuskan untuk menemuinya di Thailand,” kata Suaram dipetik Malaysiakini.

Brehem dan pasukan Suaram yang diketuai pengarahnya, Cynthia Gabriel dan peguam Fadiah Nadwa Fikri akan mengadakan sidang akhbar kemudian mengenai perkembangan baru dalam kes Scorpene yang difailkan oleh badan itu di Paris.

SIAPA PENGUPAH?

JENG JENG JENG JENG JENG JENG
JENG JENG JENG


woit...INI BERITA BAIK....kah kah kah...

kah kah kah..INI BERITA YANG DI TUNGGU TUNGGU... kah kah kah

kah kah kah.... SIAPA THE THIRD MAN?..... kah kah kah...

kah kah kah... RAKYAT MALYSIA GUMBIRAAAAA.... kah kah kah...

NOTA:
muhyiddin sila tempah baju melayu baru
muhyiddin sila tempat suit baru
muhyiddin sila slimkan bini lama
kah kah kah



Tukar Tiub

PANAS! Misteri Kehilangan RM30 Bilion Bank Negara Malaysia Bakal Terbongkar!

 

Penang Institute akan menganjurkan Forum mengenai misteri kehilangan RM30 bilion membabitkan Bank Negara Malaysia (BNM) pada tahun 1992 yang dikaitkan dengan spekulasi tukaran matawang pula pada 2 Jun depan bermula jam 2.30 petang di Dewan Sri Pinang, Georgetown, Pulau Pinang.

Inisiatif itu selepas kejayaan menganjurkan forum ilmiah mengenai skandal Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) berjumlah RM12.6 bilion baru-baru ini yang turut diadakan di bandar pintar tersebut.
 
Zairil Khir Johari selaku Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) institusi itu berkata, skandal forex atau tukaran mata wang asing yang pernah meledak lanskap politik tanah air sejak dekad 1990-an tersebut wajar dinilai semula secara wacana memandangkan tiada satu penjelasan atau langkah penguatkuasaan diambil oleh pihak berwajib sebelum ini.

"(Lebih) 20 tahun berlalu tanpa penjelasan, akauntabiliti dan tidak ada tindakan yang diambil ke atas kerugian besar yang dialami oleh Bank Negara dari kontroversi spekulator mata wang sehingga lah spekulasi tukaran matawang ini.

"Kerajaan (pusat) bertindak balas (terhadap desakan pihak pembangkang) dengan menolak skandal itu sebagai 'kerugian atas kertas' semata-mata yang datang daripada 'keuntungan yang dibuat dalam urusan tukaran mata wang asing pada tahun-tahun sebelumnya'.

"Kerajaan (pusat) masih kekal senyap dan panggilan untuk sebuah suruhanjaya diraja siasatan tidak diendahkan langsung," ujarnya kepada PenangInsight.com.

Justeru katanya, wacana pada hari berkenaan menumpu pada tajuk:
Skandal Tukaran Matawang Bank Negara: Apabila Kerajaan Menjadi Spekulator akan cuba mencungkil kebenaran, mendidik orang ramai serta mengetengahkan keperluan integriti, akauntabiliti dan ketelusan (CAT) terutamanya yang membabitkan wang awam.

Forum kontroversi itu akan menampilkan bekas Timbalan Perdana Menteri merangkap bekas Menteri Kewangan selama lapan tahun, Anwar Ibrahim yang kini merupakan Ketua Pembangkang Parlimen Malaysia sebagai panelis utama.
 
Ketua Menteri Pulau Pinang merangkap Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng turut dijadualkan berkongsi pendapat dalam forum ilmiah tersebut.

Zairil berkata, pihaknya turut menjemput Nor Mohamed Yakcop sebagai panel memandangkan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (JPM) itu dikatakan memainkan peranan penting di sebalik pentadbiran Bank Negara semasa didedah terbabit dalam aktiviti forex sebelum ini.
 
"Adalah diharapkan bahawa dia akan menerima tawaran dalam semangat demokrasi," ujar beliau yang juga Setiausaha Politik Kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Wacana awam secara konsistan anjuran Penang Institute dengan galakan daripada Kerajaan Negeri Pulau Pinang dijangka akan menyemarakkan lagi budaya integriti dalam kalangan rakyat di negeri berkenaan.


Jalan Pulang

Keluar Umno beramai-ramai - Pemuda Umno Hulu Selangor



(VIDEO) PANAS PANAS... PEMIMPIN UMNO SELANGOR BOLEH TERKENCING-KENCING DENGAR BERITA INI BEB, KAH KAH KAH !.



Beliau yang bernama Yusri bin Ishak... no ahli Umno 0062540... selaku Ketua Pemuda Umno Cawangan... merangkap Naib Ketua Pemuda Umno Hulu Selangor... serta Ahli Jawatankuasa Umno Hulu selangor... telah mengistiharkan diri keluar daripada Umno dengan diikuti oleh sebahagian pengikut-pengikut beliau walaupun menyatakan tidak akan meyertai mana-mana Parti Politik buat masa ini... panas beb panas... kah kah kah !.
Keadaan ini mungkin akan membuat Kepimpinan Umno Negeri Selangor yang terdiri dari Pengerusi Perhubungan Datuk Seri Hj Najib (DSHN) dan Timbalan Beliau Datuk Seri Noh Omar akan terkencing-kencing beb... mana kan tidak dalam keghairahan Umno Negeri Selangor hendak menawan dan menumbangkan Kerajaan Pakatan Rakyat (PR) pada Pilihan Raya Ke-13 (PRU13) tiba-tiba satu tamparan terpaksa mereka terima dari Kepimpinan Naib Pemuda Umno Hulu Selangor... kah kah kah !.
Walaupun tidak menyatakan sebab yang jelas akan tindakkan beliau seperti Timbalan Ketua Pemuda Umno Bahagian Kampar Perak iaitu Saudara Zamhuri Mohd Zin (Yop Pasior)... tapi yang nyata ini adalah tindakkan tidak berpuas hati dengan Kepimpinan Umno Hulu Selangor Khasnya dan Perhubungan Umno Selangor amnya... dan walau apa pun episod cerita beliau selepas ini yang pasti Umno Negeri Selangor boleh melupakan hasrat untuk menumbangkan PR dan menawan Negeri Selangor... kah kah kah !.
                                                                   VIDEO

Muhyuddin Nak Bercakap Soal Agama? Lihat Foto Anaknya Dulu........



Menteri Umno nak cakap pasal agama Islam ? 
 
Sepatutnya dia sembunyikan mukanya dengan kuali lagi baik lah !!

SINAR HaRIAN ini. MUFTI Perak kecewa???...

 
 Kalau Mufti nak tahu, kami lagi kecewa dgn Tok Mufti yg hanya sibuk nak selamatkan UMNO tapi membisu bila hal kemungkaran dan maksiat melibatkan UMNO berlaku depan mata... 
 
Hingga hari ini pun Tok Mufti tak komen Himpunan Belia UMNO yang jelas banyak "kemungkaran" depan mata. 
 
Macam mana PAS nak bersatu dengan UMNO kalau UMNO itu sendiri "Menghalalkan Yang Haram".... 
 
Berjuanglah Demi ISLAM dan bukannya demi UMNO... Alahai....

Kredit photo kpd: https://www.facebook.com/boikotutusan

Bekas IGP: Ada orang politik marah 'rezeki' disekat - Ahmad Fadli KC

 


ex-igp musa hassan interview with malaysiakini 4WAWANCARA Mantan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan mengesahkan wujud pakatan sulit di antara rangkaian kongsi gelap dan pasukan Polis Di Raja Malaysia.

Dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, Musa turut mengakui rangkaian sama wujud antara kongsi gelap dan ahli politik tanah air yang disifatkannya berada pada tahap "serius."

Katanya, beliau mula mengambil langkah serius untuk membanteras aktiviti haram seperti judi, pelacuran dan sindiket peminjam wang ketika mula memegang jawatan Ketua Polis Johor.

Ini kerana beliau tidak percaya kepada konsep "menggunakan penjenayah untuk mengawal penjenayah lain," seperti digambarkan dalam filem Godfather yang menceritakan hubungan kongsi gelap dan pasukan polis.

"Mereka sendiri (di Amerika Syarikat) mengambil masa bertahun-tahun untuk menghapuskan perkara ini," katanya.

Menurutnya, rangkaian kongsi gelap yang memperolehi banyak wang melalui aktiviti haram tidak boleh dibiarkan "mengawal" ahli politik.

"Mereka ini banyak dana. Jadi apabila dana luas mereka boleh kawal orang. Kalau ahli politik terlibat, mereka boleh kawal ahli politik," katanya.

Usaha tersebut katanya diperhebatkan lagi apabila beliau mengetuai Jabatan Siasatan Jenayah.

Namun, tindakan tegasnya kurang disenangi ahli politik tertentu dan sebahagian daripada pegawai di dalam pasukan polis.

"Apabila saya ambil tindakan, orang politik datang pejabat saya tanya 'Kenapa you ambil tindakan sebegini?' dan mengatakan ini (mereka yang dikenakan tindakan adalah) kawan-kawan mereka.

"Jadi apabila kita hendak banteras, mereka marahlah kita sekat rezeki mereka," katanya.

Maklum kepada Pak Lah

Menurutnya, beliau sendiri pernah bertemu secara peribadi dengan ahli politik yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap agar mereka menghentikan hubungan itu.

"Saya dah tegur Menteri berkenaan perkara ini. Tugas saya menyampaikan sahaja. Nak berubah awak kena arahkan sayalah dan saya akan buat cara saya (untuk banteras)," katanya.

Malah, beliau mendakwa turut memanjangkan perkara itu kepada Perdana Menteri pada masa itu, Tun Abdullah Ahmad Badawi.

"Perdana Menteri (Abdullah) pun saya beritahu," katanya.

ex-igp musa hassan on a motorbike 2Menurut Musa, beliau tidak mahu peminjam wang tidak berlesen (Along) terus mewujudkan masalah kepada orang ramai sehingga mengakibatkan kanak-kanak takut pulang ke rumah kerana serangan Along.

Menurutnya, orang ramai tidak sepatutnya menyalahkan peminjam sahaja dalam situasi ini, kerana tindakan perlu diambil terhadap sindiket itu yang mengenakan faedah melebihi 18 peratus setahun.

"Jika mereka bebas mengenakan kadar faedah melebihi 18 peratus, ini bermakna tiada penguatkuasaan," katanya.

"Malah, siapa yang memberikan peminjam wang ini lesen? Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. Ada anggota polis bertugas di kementerian itu tetapi masih ada orang menjadi mangsa hari ini," katanya.

Ketegasan beliau, menurutnya, menimbulkan "reaksi balas" dari mereka yang mempunyai hubungan dengan kongsi gelap terbabit.

Menurutnya, individu berkenaan cuba memburukkan namanya dengan menuduhnya mengatur pelantikan pegawai kanan polis dengan "restu" kumpulan kongsi gelap terbabit.

"Saya terima backlash kerana satu saya cuba banteras aktiviti haram dan kerana saya hendak bersihkan (pasukan polis).

"Kalau saya sertai mereka (kongsi gelap) sayalah IGP terbaik," katanya.

Dalam temubual sama, Musa turut mengiyakan bahawa rangkaian ahli politik-kongsi gelap-polis itu adalah "kuasa ketiga" yang sebelum ini didakwanya membantutkan usaha-usaha reformasi dalam pasukan polis yang cuba dibawa beliau.

"Campur tangan datang dari banyak pihak termasuk ahli politik," katanya.

Wawancara dijalankan Fathi Aris Omar, Hafiz Yatim, Ahmad Fadli KC dan Nigel Aw.


Malaysiakini

Tuesday, May 29, 2012

Mahathir ramal Umno ganas jika kalah? - Oleh Ahmad Lutfi Othman


 Sewaktu debat mempertemukan Pengarah Strategi KeADILan, Rafizi Ramli dan Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin disifatkan sebagai permulaan budaya politik baru yang sihat dan matang, kita dikejutkan dengan siri aksi brutal terhadap program Pakatan Rakyat.
 
Ketika rakyat masih mengingati dengan jelas perlakuan ganas polis semasa menyuraikan himpunan aman Bersih 3.0, riak kempen Pilihan Raya Umum Ke-13 yang dijangka bakal menjadi gelanggang terburuk dalam sejarah, seperti hampir tidak dapat dielakkan lagi.
 
Terbaru, 24 Mei, di Pantai Dalam, media melaporkan batu dan telur berterbangan semasa Ketua Pembangkang, Anwar Ibrahim berceramah, mengakibatkan seorang warga emas cedera di kepala. Seorang kanak-kanak berusia 12 tahun, Nurul Balqis dturut terkena lontaran batu sebesar kira-kira penumbuk tangan.

Menurut saksi, batu itu dibaling dari kawasan ceramah Umno di kuarters Dewan Bandaraya Raya Kuala Lumpur (DBKL) Pantai Dalam yang terletak bersebelahan. 

Personaliti yang ghairah menabur fitnah, Ummi Hafilda Ali berceramah dengan pembesar suara dihalakan kepada audien program Pakatan Rakyat, dengan menjawab secara langsung isu-isu yang dibangkitkan penceramah Pakatan berhampiran.

Hari yang sama, di Sayong Lembah, Kuala Kangsar, pada majlis ceramah membabitkan bekas Menteri Besar Perak yang digulingkan, Nizar Jamaluddin, 11 kereta disimbah cat biru. "Cat itu kebanyakannya disimbah di bahagian lampu depan," kata Nizar.

Minggu ini juga, kumpulan anti-Bersih, yang diketuai pemilik Restoran Sekinchan Ikan Bakar, Jamal Yunus, secara berterusan melakukan provokasi dan gangguan melampau di hadapan rumah Pengerusi Bersama Bersih, S Ambiga selepas aksi "senaman punggung" dipamerkan pada 15 Mei.

Minggu lalu, di Melaka, batu dan telur juga berterbangan di majlis minum petang anjuran PAS, di mana Ambiga dijadual hadir. Dua Adun DAP, Khoo Poay Tiong (Ayer Keroh) dan Tey Kok Kiew (BAndar Hilir) berkata, tayar kenderaan mereka dipancitkan, cermin sisi pecah dan badannya kemik teruk dihantam kumpulan pengacau yang didalangi Umno, termasuk beberapa wakil rakyatnya.

Siri gangguan ke atas program dan personaliti pembangkang dijangka berterusan, malah mungkin ditingkatkan, kerana ia sudah menjadi budaya Umno sejak zaman berzaman (ingat zaman Pemuda Tahan Lasak Umno), yang kini pimpinan parti berkenaan gelabah dan kelihatan gabra menghadapi "hukuman rakyat" dalam PRU13.

Secara peribadi, saya pelik memikirkan bagaimana Umno-BN yang meniti saat-saat sukar ini, memilih pendekatan konfrontasi, yang sebenarnya semakin menjauhkan lagi parti itu daripada sokongan pengundi.

Meskipun ia ibarat "baling batu sembunyi tangan, namun banyak bukti boleh ditunjukkan bahawa segala serangan dan provokasi jahat selama ini (ingat siri gangguan sejak keputusan PRU12, Mac 2008, khususnya di negeri-negeri yang dikuasai Pakatan, dengan kemuncaknya rampasan kuasa kerajaan Perak), ditaja oleh Umno.

Sepatutnya, menjelang PRU13 yang cukup kritikal itu, semua parti-parti yang bertanding mempersembahkan pendekatan terbaik bagi memikat hati dan pemikiran pengundi, bukannya melakukan tindakan agresif -- apatah lagi berunsur samseng dan ganas -- yang hanya menyebabkan masyarakat menjadi lebih marah dan jelik.

Aneh sekali strategi Umno ini, 'kan? Ketika perayu kempen berusaha dengan segala tenaga untuk melunakkan hati pengundi, mereka memilih taktik yang boleh menikam belakang sendiri!

Tentu ramai mengingati bagaimana Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menghadapi asakan di luar adab kemanusiaan, termasuk dihadiahkan "kek tahi" yang menjijikkan sempena hari jadinya tidak lama dahulu.

"Apa nak dihairankan, tengok saja akhbar-akhbar yang dimiliki Umno, yang tidak malu-malu menyiarkan gambar lucah dan porno, hanya untuk memburuk-burukkan pemimpin Pakatan Rakyat. 

Blogger yang ditaja dan diupah Umno, serta mendapat layanan istimewa pemerintah, bersikap biadab dan kurang ajar ketika memaparkan posting mereka," kata seorang teman, seorang pensyarah sains politik.

Ternyata Umno tidak sabar dan tahan uji menghadapi kekalahan, apatah lagi menunggu "saat kematian". Sedangkan selama ini, sejak pilihan raya umum pertama, pembangkang khususnya PAS, tetap  menolak pendekatan kekerasan atau militan meskipun sering diganasi secara fizikal dan istiqamah dengan  "muwajahah silmiyyah".

Pemimpin dan aktivis PAS menghadapi ujian perit, termasuk dibunuh, dipenjarakan, dibuang daerah, dinafikan hak sebagai warga dan pelbagai bentuk pengkhianatan lain. 

Biarpun kalah teruk -- termasuk melalui penipuan -- dalam pilihan raya, PAS tetap menghormati proses demokrasi dan pemimpinnya berjaya meyakinkan ahli-ahlinya agar tidak memilih jalan di luar batas undang-undang.

Justeru, apabila bekas Perdana Menteri, Dr Mahathir Mohamad cuba melakukan satu lagi provokasi jahat, bagi saya ia satu tindakan tidak bertanggungjawab dan patut dikecam.

Dalam blognya,  Dr Mahathir mendakwa jika Pakatan Rakyat tewas dalam PRU13, mereka akan menganjurkan "demonstrasi ganas" tanpa henti untuk menolak keputusan itu. Selepas itu, pembangkang akan mengusahakan pilihan raya baru yang dimanipulasi mereka diadakan.

"Tunjuk perasaan Bersih yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya. 

Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan," dakwanya.

Kalah dalam pilih raya bukan satu isu besar bagi pembangkang. Mereka sudah melaluinya sejak sekian lama. Sejarah menjadi saksi pembangkang dapat menerima kekalahan itu tanpa menimbulkan huru-hara. 

Yang panik dan gelabah apabila ditewaskan adalah Umno. Tidak dapat dengan jalan kasar, mereka memilih pendekatan membeli wakil rakyat dengan sogokan rasuah.

Namun, jika PRU13 berjalan secara tempang, penuh penipuan dan sarat dengan manipulasi, seperti tergambar melalui pelbagai komplot hari ini, saya sendiri tidak dapat menolak kemungkinan rakyat akan bangkit membantah melalui perhimpunan yang lebih ramai daripada Bersih 3.0 lagi.

Apakah Dr Mahathir sudah menduga bahawa Umno-BN sudah bersiap untuk melakukan "kejahatan dahsyat" itu dalam PRU13 nanti? 

Atau beliau sekadar membayangkan Umno sendiri  mungkin mencetuskan huru-hara dan keganasan sekiranya kalah dan hilang kuasa di peringkat persekutuan nanti, seperti terjelma secara kecil-kecilan sehari dua ini?


 
 harakahdaily/Nizar

KEMANA HILANGNYA DUIT HASIL PETROLEUM?,ADAKAH MASUK POKET UMNOGOK

KEMANA HILANGNYA WANG HASIL PETROLEUM MALAYSIA?

Ini adalah satu misteri yang sangat besar yang sehingga kini masih tidak terjawab. Hasil yang dibayar oleh Petronas kepada Kerajaan juga amat besar. 
 
Sebenarnya tiada siapa tahu jumlah sebenar hasil minyak Malaysia dan kemana perginya wang ini serta bagaimana wang ini dibelanjakan. Ia adalah misteri yang melanda 27 juta jiwas di Malaysia.

Mengikut Dr Mahathir, sepanjang 22 tahun beliau memerintah, Petronas telah membayar hampir RM168.9 billion (ribu juta) kepada kerajaan.

Sepanjang 6 tahun pemerintahan Pak Lah, Petronas telah membayar kepada Kerajaan Malaysia sebanyak RM 254 billion.

Di bawah pemerintahan Tun Hussein Onn, Petronas telah membayar hampir RM 22 billion kepada kerajaan Malaysia.

Jumlah keseluruhan pembayaran Petronas kepada kerajaan dari tahun 1976 ke tahun 2008 adalah RM 456 billion. (Nota: Zaman Najib kita tak tahu berapa banyak wang hasil petroleum dibayar kepada kerajaan)

Bayangkan ini cuma pembayaran kepada Kerajaan sahaja. Ini belum lagi jumlah keseluruhan hasil petroleum negara yang sampai sekarang tiada siapa tahu. 
 
Itulah sebabnya YB Lim Kit Siang telah meminta dengan tegas supaya akaun Petronas didedahkan kepada Parlimen bagi disiasat kemana perginya setiap sen hasil Petroleum negara.

Pilihanraya Umum Ke 13: Najib beri indikasi selepas September 2012

 

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan bahawa Bajet 2013 akan dibentangkan pada 28 September. 

Pastinya pilihanraya umum ke-13 akan diadakan selepas Bajet 2013 kerna masih banyak fulus rakyat yang hendak dirembat olih UMNO BN selepas mereka terlingkup.. !!!


Kerajaan Rakyat

"SAPA KATA SOKONG PAS MASUK SYURGA???

 
 
 
 
 
 
Zam Usop PA

"SAPA KATA SOKONG PAS MASUK SYURGA???
 
SAYA KATA???BILA MASA SAYA KATA???
 
SAYA HANYA SEBUT UNDI PAS DAPAT PAHALA.
 
BUANG DURI YANG MENGANGGU JALAN PUN DAPAT PAHALA,
 
SOKONG PARTI YANG NAK BUAT BAIK,TAKKAN TAK DAPAT PAHALA." 

Koleksi Foto: Tunku Abdul Rahman Minta Orang Melayu Hapuskan UMNO - Oleh: Karmic Wheel

 

Wahai orang orang ameno. Lihatlah dan saksikanlah, orang yang luorang sendiri kagumi sebagai ikon pejuang kemerdekaan negara, iaitu Tunku Abdul Rahman, telah pun meminta agar luorang hapuskan parti ameno yang luorang bangga bangga kan tu .. takkan ini pon luorang nak spin salahkan Pakatan Rakyat gak ? kah kah kah 

KOMEN TERBAIK !

Selps UMNO Asal di haramkan maka Mahaded menubuhkan UMNO Baru..bermula dari saat itu lah UMNO atau yg.di panggil "Pertubuhan Kebangsaan MELAYU Bersatu"di buka keahlian nya kepada BUKAN Melayu yg di panggil BUMIPUTRA.

Di sini lah puak puak Mamak menyelinap dlm UMNO.,yg.pada masa sekarang merasakan mereka MELAYU malah lebih MELAYU dari Melayu itu sendiri..

Kerana itu kita lihat UMNO hari ini tidak menampakan ciri ciri BUDAYA orang Melayu...segala tindak tanduk nya jauh berbeza dgn.tatacara org.Melayu yg.kaya dgn adat budi bahasa bersopan santun, walaupun berhadapan dgn seteru politik nya.

Sebenar nya Mereka ini saja yg.beria ia mempertahankan UMNO.,coz tanpa UMNO mereka tidak ada apa apa.

Kah kah kah.

Sekadar pandagan.,

Jgn Maree!

Keluar Umno beramai-ramai - Pemuda Umno Hulu Selangor


VIDEO] Pemuda Umno Hulu Selangor Keluar Beramai-ramai dari Parti Keris Telanjang Itu

SAHAM FGVH : Kroni UMNO 11.5%, Sykt Yahudi 4.9%, Peneroka Hanya Dapat 2.5%

 


FGVH bakal jatuh ke tangan Yahudi?

[FMT] Kontroversi penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) semakin hangat apabila PKR mendakwa para peneroka hanya diberi peruntukan sebanyak 91 juta saham atau 2.5% dari jumlah keseluruhan saham di bawah Tawaran Awam Permulaan (IPO – Initial Public Offering).

Data dari Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) mengesahkan sebahagian besar jumlah saham akan dibolot oleh kroni Umno, yang diistilahkan sebagai “pelabur-pelabur bumiputera yang diiktiraf Miti”. Mereka diberi peruntukan sebanyak 420 juta saham atau 11.5% dari jumlah saham.

Ketua biro perdagangan dan pelaburan parti itu Wong Chen semalam mendedahkan bahawa para pelabur yang dimaksudkan ialah mereka yang mempunyai hubungan rapat dengan kerajaan Barisan Nasional.

Prospektus FGVH menunjukkan peruntukan 2.5% untuk 112,635 peneroka itu sebenarnya adalah kurang dari peruntukan saham untuk para pekerja Felda sendiri. Para pekerja Felda diberi peruntukan sebanyak 109 juta saham atau 3% dari jumlah keseluruhan IPO.

Kenapa para peneroka mendapat jumlah saham yang kurang berbanding dengan peruntukan saham bagi golongan pekerja di Felda yang seramai 3,835 orang itu adalah sesuatu yang sukar dijelaskan.

Jika diandaikan kesemua saham dibeli maka setiap peneroka hanya mendapat 810 saham sedangkan setiap pekerja Felda mendapat sebanyak 28,368 saham.

Berbalik kepada janji yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di mana dalam ucapannya beliau sering mencanangkan bahawa kerajaan pimpinannya sangat mengambil berat tentang hal ehwal kebajikan para peneroka.

“Hanya BN sahaja yang mampu membela nasih para peneroka,” begitulah apa yang sering beliau laung-laungkan di mana sahaja beliau pergi bagi menjustifikasikan niatnya untuk mengapong saham FGVH di Bursa Malaysia.

Kroni Umno untung besar

Keadaan ini menjelaskan kepada kita bahawa tokoh-tokoh korporat dan kroni Umno akan mengaut faedah dan keuntungan yang besar hasil dari titik peluh para peneroka.

Mereka ini tidak perlu berusaha untuk meneroka, meratakan tanah dan menanam tanaman, kalau dulu getah dan sekarang kelapa sawit.

Mereka juga tidak perlu menunggu masa kira-kira tujuh tahun untuk menuaikan hasil seperti peneroka yang berhempas pulas untuk mengerjakannya selama 10 hingga 20 tahun dan lebih.

Dengan kekuatan wang ringgit yang mereka miliki mereka boleh membeli seberapa banyak jumlah saham yang mereka ingini apabila terapong di Bursa Malaysia nanti.

Benarkah Najib prihatin dengan nasib para peneroka atau Najib mempunyai kepentingan lain sehingga membuka ruang kepada golongan kaya untuk menambah kekayaan mereka.

Data dari Miti juga mendedahkan bahawa sebanyak 1.5 bilion saham FGVH iaitu setinggi 41% diperuntukan kepada para pelabur gergasi termasuk syarikat komoditi Peranchis, Louis Dreyfus milik keluarga Yahudi.

Akhbar mingguan bisnes dan pelaburan, The Edge juga menyebut tentang syarikat Yahudi ini di mana Louis Dreyfus akan menerima 4.9 peratus kepentingan dalam FGVH.

Ini mengesahkan kebimbangan kita bahawa berkemungkinan FGVH pada suatu hari nanti, akan jatuh ke tangan Yahudi berdasarkan kekuatan kewangan dan pengaruh mereka di pasaran antarabangsa.

Peruntukan 4.9 peratus ini bermakna syarikat Yahudi itu mendapat peruntukan saham lebih daripada keseluruhan jumlah 112,635 peneroka di negara ini yang hanya mendapat peruntukan sebanyak 2.5 peratus.

Dengan kepintaran mereka dalam selok belok permainan saham dan ditambah dengan kekuatan kewangan yang mereka miliki, maka tidak mustahil syarikat seperti Louis Dreyfus boleh menambah pegangan sahamnya dalam FGVH.

Mereka bebas untuk membeli lebih banyak saham dalam pasaran terbuka, apabila saham FGVH diapongkan nanti.

Walaupun kerajaan menjanjikan bahawa kepentingan majoriti FGVH tetap kekal di tangan para pelabur tempatan, bumiputera dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan tetapi ianya tidak semudah itu.

Melihat kepada saham MAS yang kini jatuh ke paras serendah RM1.08 sesaham yang ditutup semalam, yakinkah kita bahawa kerajaan BN mampu memelihara dan mengawal saham FGVH dari jatuh kepada pelabur-pelabur asing?

Prospektus FGVH dijangka diedarkan Khamis ini dan permohonan sahamnya akan ditutup 10 hari atau dua minggu selepas itu.


 P/s: Menang sorak, kampung tergadai. Takziah!
 
 
Duniacacamarba

UMNO SELANGOR GIGIT JARI!!! Najib akan pilih Ezam, Hasan Ali, Fadzilah Kamsah, Zul Nordin bertanding di Selangor ?

 
Jika belum memiliki buku ini sila email seperti alamat diatas.
Selain mahu mempertahankan Putrajaya, Najib juga ghairah untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat. 

Antara sebab kenapa Selangor menjadi sasaran sudah tentulah kerana negeri itu merupakan negeri yang paling kaya dalam Malaysia. 

Keghairahan Najib mahu menawan Selangor bukan saja disandarkan kepada kesediaannya menjadi Pengerusi UMNO Selangor tetapi juga melalui kekerapannya turun ke negeri itu.

Walaupun berasal dari Pahang tetapi Najib dilihat lebih kerap turun dan mencurahkan wang yang banyak untuk Selangor berbanding negeri kelahirannya sendiri. 

Berjaya mempertahankan Putrajaya dan menawan Selangor sekaligus adalah impian politik Najib dalam pilihanraya umum ini.

Tetapi sebagaimana kata bekas Presiden MCA, Tun Ling Liong Sik, cabaran Najib untuk menawan Selangor ialah imej kerajaan dan pimpinan negeri itu yang diketuai oleh Khalid Ibrahim yang dilihat mempunyai imej lebih baik, bersih dan telus berbanding UMNO dan BN.


Dalam masa yang sama imej UMNO Selangor tetap tidak menunjukkan peningkatan kerana wajah-wajah pemimpin yang ada adalah wajah yang langsung tidak meyakinkan rakyat seperti Noh Omar atau Zin Mohamed dan lain-lain Ketua UMNO Bahagian. Wajah pemimpin muda dan pelapis yang membanggakan langsung tidak ada dalam barisan kepimpinan UMNO Selangor sekarang ini.


Bercakap soal kualiti kepimpinan di Selangor, bukan saja Ling Liong Sik tetapi sebahagian besar penduduk Selangor sendiri tidak yakin UMNO mampu merampas kembali negeri itu jika bersandarkan wajah pemimpin yang sedia ada. Bahkan ramai pula yang tidak mahu memberikan UMNO kemenangan jika wajah-wajah yang ada ini dikekalkan.


Dalam soal pemilihan calon pilihanraya di Selangor, Najib sendiri memahami keadaan itu. Meletakkan calon-calon dari kalangan pemimpin UMNO semata-mata mungkin akan menyebabkan kekalahan diketahui lebih awal lagi. 

Mahu tidak mahu, Najib terpaksa meletakkan calon yang dianggap "winnable" dan bukan dari kalangan kepimpinan UMNO Bahagian bagi merealisasikan hasratnya menawan negeri itu.

Bagi Najib mengetepikan sebahagian besar pemimpin UMNO dan menggantikannya dengan calon "winnable" adalah jalan terbaik untuk mencapai kemenangan serta lebih mudah untuk meyakinkan pengundi, terutama pengundi muda dan atas pagar. 

Lagi pula dalam setiap kali kunjungan Najib ke Selangor, beliau sering menekankan faktor "winnable" dan ikrar daripada pemimpin UMNO bahagian-bahagian bahawa mereka akan akur dengan sesiapa saja calon yang dipilih oleh pucuk pimpinan juga sudah pun diperolehi.

Malahan Tun Mahathir sendiri dalam perjumpaannya dengan jentera BN Selangor turut menekankan betapa pentingnya mengutamakan parti melebihi kepentingan peribadi. Kata Mahathir, kemenangan UMNO lebih penting dari kemenangan peribadi.


Saranan Najib dan Mahathir itu pada asasnya adalah bagi memudahkan calon-calon yang bermasalah atau mereka yang memegang jawatan dalam UMNO tetapi tidak diyakini boleh menang, untuk diketepikan. Dari segi politiknya, Najib sudah ada kebebasan untuk memilih calon tanpa terikat dengan kehendak UMNO Bahagian-bahagian.


Oleh itu, difahamkan lebih daripada 50 peratus calon pilihan Najib untuk mewakili UMNO di Selangor dalam piliharaya akan datang ini bukan terdiri daripada kepimpinan UNMNO Bahagian. Sebahagian mereka yang dipilih ialah kalangan pemimpin NGO, tokoh motivasi, tokoh pengguna dan kalangan profesional yang terdiri daripada arkitek, jurutera, akauntan dan pegawai bank. 

Bagi kalangan profesional yang dipilih, mereka ini tidak memegang jawatan yang penting dalam UMNO tetapi disenangi di kalangan penduduk tempatan manakala bagi pemimpin NGO pula pemilihan mereka lebih kepada kekerapan muncul di dada-dada media yang pada Najib menunjukkan kesungguhan mereka membantu perjuangan politiknya.

Calon Menteri Besar pilihan Najib ialah Ezam Mohd Nor yang kini merupakan seorang Senator dan penasihat Tibai, sebuah NGO yang berperanan menghentam Anwar berkaitan isu-isu seks dan moral. Beliau difahamkan akan diletakkan bertanding di DUN Sri Muda untuk berhadapan dengan Ketua Penerangan PKR Selangor, Suhaimi Shafie.


FD Iskandar, Bendahari UMNO Selangor dan Rozali Ismail, pemilik Puncak Niaga yang sebelum ini turut disebut-sebut sebagai bakal Menteri Besar jika UMNO kembali berkuasa, didapati tiada dalam senarai calon pilihanraya. Calon tunggal Menteri Besar hanyalah Ezam Mohd Nor.


Turut dicadangkan untuk dipilih sebagai calon di Selangor ialah beberapa tokoh NGO seperti Pengerusi Gerakan Anti Penyelewengan Selangor atau GAPS, Hamidzun Khairuddin, tokoh pengguna Dr Maamor Othman, tokoh motivasi Fadzillah Kamsah, Pengerusi Jati, Dr Hassan Ali, bekas Ahli Parlimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin dan beberapa lagi daripada kalangan profesional yang sedang berkhidmat dengan sektor swasta.


Hamidzun difahamkan akan diletakkan bertanding di Dun Sementa, Dr Maamor di Ampang dan Fadzillah Kamsah dijangka diletakkan di DUN Bukit Antarabangsa untuk menentang Azmin Ali.


Bagi Dr Hassan Ali dan Zulkifli Nordin pula, kedua-dua mereka akan melalui ranjau "kamikaze" dalam piihanraya kali ini kerana Najib lebih berminat untuk meletakkan kedua-duanya bertanding di peringkat Parlimen dengan Hassan Ali dijangka diletakkan di Gombak untuk berhadapan dengan Azmin Ali manakala Zulkifli Nordin pula di Shah Alam untuk menentang Khalid Samad.


Daripada sudut yang lain, Najib nampaknya benar-benar mahu membuatkan Azmin Ali begitu sibuk dan menghadapi cabaran paing sengit kali ini. Jika Azmin bertanding di Gombak, musuhnya ialah Hassan Ali manakala jika bertanding di DUN Bukit Antarabangsa pula, cabarannya ialah Dr Fadzillah Kamsah.


Bersandarkan kepada asas "winnable" juga, calon daripada kalangan pemegang jawatan dalam UMNO hanya akan dipilih sekiranya mereka itu benar-benar boleh membawa kemenangan dan bersih daripada sebarang masalah, selebihnya kouta itu akan dipilih daripada kalangan AJK Bahagian atau pun golongan profesional yang diketahui mirip kepada UMNO.


Bagi Noh Omar dan Zin Mohamed pula, walaupun mereka tidak begitu disenangi oleh ramai penduduk Selangor tetapi berasaskan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi UMNO Selangor dan Penyelaras BN Selangor serta hubungan akrab dengan Najib, kedua-duanya dijangka akan dikekalkan untuk bertanding di kerusi Parlimen sedia ada iaitu di Tanjung Karang dan Sepang.


Persoalan yang menarik untuk dilihat ialah sama ada tindakan Najib mengetepikan sebahagian besar pemimpin UMNO ini akan menyebabkan berlakunya sabotaj ketika pilihanraya atau sebaliknya. 

Jika berlaku sabotaj oleh mereka yang tidak terpilih itu, harapan Najib untuk mencapai kemenangan pasti menjadi bertambah sukar. Kiranya sabotaj dapat dielakkan dan pemimpin UMNO yang tidak terpilih itu dapat memberikan kerjasama sepenuhnya, UMNO dan BN mungkin mampu memberi cabaran sengit kepada Pakatan Rakyat.

Apakah UMNO Selangor sedia menerima Ezam menjadi Menteri Besar? Mahukah mereka melihat kalangan yang pernah rapat dengan Anwar dan kini berdiri atas pelbagai NGO dan hanya bermodalkan isu-isu seks dan moral yang dikaitkan dengan Anwar tetapi tidak memegang apa-apa jawatan dalam UMNO, mengambil alih pula kedudukan sebagai Yang Berhormat.


Apakah juga pemimpin UMNO Selangor sentiasa patuh dan berpegang kepada ikrar yang mereka lafazkan kepada Najib bahawa mereka akan akur sesiapa saja calon yang dipilih?


Tetapi mengenali kebanyakan yang bergelar pemimpin dalam UMNO yang hanya mengutamakan kepentingan peribadi melebihi segala-galanya, formula Najib di Selangor ini mungkin membawa kekalahan yang lebih parah lagi. (SAHBUDIN HUSIN 28/05/2012)
 
 
PASPB