Followers

Friday, April 29, 2011

Polis kawal keselamatan sutradara filem porno.... Malaysia hebat!!

Eskay buat sumpah laknat dengan pakaian kalis peluru....KUALA LUMPUR,  Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah melakukan sumpah laknat berhubung isu video seks — di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul sekitar 4 petang ini — selepas dibatalkan dua jam sebelum itu ekoran kekecohan.


“Datuk T” itu menyempurnakan niatnya dengan mengenakan baju kalis peluru kira-kira 4.15 petang.

Turut hadir dua lagi “Datuk T”, bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari agung Perkasa Datuk Shuib Lazim.

Dua rakannya itu juga memakai baju kalis peluru

Posted by Firdaus Omar

ASAM GARAM PERJUANGAN...!!

NUKILAN BUAT DSAI - FITNAH MEHNAH PERJUANGAN



Saya tak tahu apa yg nak dikata dan nak diluahkan apabila mengenangkan akibat yang sedang ditanggung oleh DSAI dan keluarga. 11 tahun beliau diaibkan dan satu demi satu tuduhan dikenakan ke atas beliau, dan keluarga semata-mata kerana beliau berada di pihak pembangkang.

Andainya ia berada di pihak BN, tentulah ia akan dilayan macam tiada apa yang berlaku. Lihat saja Presiden MCA yg mengaku melakukan aksi tak bermoral, langsung tak disiasat dan tiada sebarang dakwaan pun. Demikian juga Razak Baginda, tiada rayuan dibuat dan beliau kini bebas lepas.

Tekanan ini bukan perkara baru dalam sejarah dunia. Firaun pernah melakukannya ke atas Nabi Musa dan pengikutnya yg beriman. Bahkan tukang sihir Firaun yg asalnya adalah petugas yang berusaha untuk menjatuhkan Nabi Musa, ia dilayan, disanjung tetapi bilamana tukang sihir melihat kebenaran yang dibawa oleh Nabi Musa mereka kemudiannya beriman dengan Allah.

Maka bermulalah penentangan dan penindasan sehingga mereka disalib pada kayu salib, mereka diseksa dengan kaki tangan mereka dipotong secara bersilang. Firaun menyeksa mereka dan setelah segala rayuan dan tangisan tidak dipedulikan, akhirnya yang keluar dari mulut mereka ialah "Hukumlah apa yg kamu ingin lakukan, kerana kamu hanya berkuasa di dunia ini sahaja".

Kini Anwar secara peribadi menjadi mangsa tuduhan. Beliau belum tentu bersalah tetapi kini bukan mahkamah diminta untuk buat keputusan sebaliknya media membuat tayangan, blog memainkan sentimen dan akhbar perdana membentuk minda pembaca agar menjadi hakim dalam perkara yg telah dirancang, disusun dan diedit agar sesuai dengan kehendak pemimpin BN. Mereka mengambil pendekatan agama (bersumpah) dalam perkara yang salah, agar dengannya rakyat yakin.

Bagaimana nantinya kalau dibuktikan bahawa ia bukan sebagaimana yang dituduh? Keaiban telah berlaku, dan ada yang bertanya, "Kalau betul, bagaimana?"

Saya berpegang kepada kaedah asas bahawa sesuatu tuduhan pada peringkat awal adalah tidak benar, melainkan dibuktikan benar. Maknanya dalam keadaan sekarang ia berada pada tahap tidak benar. Kenapa diaibkan sebegitu. Kerana 'kalau benar' akan dibuktikan kemudian.

Bagaimana pula yang membuat tuduhan sanggup bersumpah? Saya ingin agar kita lihat siapa yg membawa wanita itu, siapa yang sedia bilik, siapa yg merakam, siapa yang ada bersama waktu kejadian dan melihat kemungkaran itu. Apakah orang begini boleh menggunakan nama Allah untuk bersumpah, minta Allah agar buktikan?

Dia sepatutnya menentang kemungkaran sebelum berlaku, mencegahnya bukan menyediakannya. Kalau dia seorang Islam dia harus faham bahawa dia mesti bertindak menyekat kemungkaran, bukan memberi ruang dan menyediakan agar berlaku kemungkaran. Kepada saya siapa yg melakukan itu, kalaupun tidak dapat dibuktikan di dunia nanti, di Akhirat akan terbukti jua!

Kepada DSAI dan keluarga, saya menyeru agar bersabar di atas ujian berat ini, dan ambil kaedah yang Rasulullah s.a.w sarankan : "Jangan kamu cuba lawan gelombang waktu tengah-tengah membuak, jangan lari kerana orang akan membenarkannya, dan sabarlah sehingga Allah membersihkannya".

Peristiwa fitnah ke atas Aisyah dan Safwan berlanjutan sehingga 40 hari baru Allah turunkan ayat membersihkan Aisyah, sedangkan Allah boleh menyegerakan ayatnya. Namun para mufassurin menjelaskan sengaja Allah membiarkan 40 hari agar zahir siapa munafik, siapa nuknib, siapa pembela, siapa musuh dan siapa sebenarnya sahabat.

Dekatkan diri kepada Allah kerana Allah Maha mendengar rayuan hambaNya. Wassalam

Posted by Firdaus Omar

Eskay Pegang Quran Terbalik Dan Dilarang Fitnah Anwar !!


SENTUL : Ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay hari ini melafaz sumpah laknat dengan memegang naskah Al-Quran terbalik, sebelum diperbetulkan oleh seorang pendakwah bebas di Masjid Amru Al-As Sentul petang tadi.

Beliau bagaimanapun gagal mncapai hasrat mengambil sumpah bahawa Anwar adalah pelaku dalam video lucah yang ditayangkannya selepas dinasihati oleh pendakwah Firdaus Supri mengenai nas-nas Islam.

"Saya nak beritahu, sumpah ini tidak boleh digunakan dalam menuduh seseorang berzina kerana ia tiada dalam syariat Islam," kata beliau kepada Eskay sebelum menyerahkan senaskah buku mengenai hukum Qazaf kepada ahli perniagaan itu.

Firdaus kemudian membetulkan cara Eskay memegang Al-Quran sebelum ahli perniagaan itu menyempurnakan sumpah laknat bahawa beliau ada dalam rakaman video lucah yang diedarkan menerusi Internet sejak 4 April lalu.

Eskay, bekas Ketua Menteri Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas Bendahari Perkasa Shuib Lazim hadir di masjid itu memakai baju kalis peluru seolah-olah keselamatan mereka terancam.

Rahim semalam berkata beliau dan Shuib telah mewakilkan Eskay untuk membuat sumpah laknat itu bagi pihak mereka. 

Terdahulu, Pengerusi Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul, Abdul Razak Hussin mengesahkan bahawa majlis sumpah laknat itu dibatalkan apabila gandingan Datuk T itu tidak hadir.

Selesai upacara mengangkat sumpah laknat, tiga Datuk T itu bergegas meninggalkan masjid tanpa menjawab soalan pemberita.

Terdahulu keadaan selepas solat Jumaat menjadi kecoh seketika apabila sekumpulan jemaah memasuki ruang solat dan menuntut penangkapan Eskay kerana menabur fitnah bersabit video lucah itu.

Hadir bersama mereka adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan Samsul Iskandar Md Akin. 

Shamsul Iskandar Md Akin berkata Eskay memperalatkan sumpah laknat dan membelakangkan hukum Qazaf yang jauh lebih sesuai untuk kes-kes fitnah.

AMK telah menfailkan pertuduhan Qazaf terhadap Datuk T, kerana menfitnah Anwar dan isterinya yang juga Presiden Parti Keadilan Rakyat.

Shamsul kesal kerana pihak berkuasa Islam seolah-olah merestui sumpah laknat Eskay.

"Saya hairan dengan kehadiran pegawai Jawi sedangkan penyiasatan dikatakan sedang dilakukan oleh Jawi tentang kes Qazaf saya.

"Ini bukan caranya, kita ada Mahkamah dan (sumpah) ini bukan cara yang betul," kata Shamsul kepada media.
 
sumber: Pencacai SeMalaysia

Sumpah Eskay: Itu kerja orang jahil, kata bekas Mufti Wilayah

KUALA LUMPUR: Bekas Mufti Wilayah Persekutuan, Dato Md Hashim Yahya berkata sumpah yang tidak dilakukan menurut hukum syarak, diumpamakan sebagai kerja-kerja orang jahil.

Beliau diminta mengulas tindakan salah seorang trio datuk T, Shazryl Eskay Abdullah yang  melakukan sumpah laknat di sebuah masjid di Sentul kira-kira pukul 4.15 petang tadi,

Ulama terkenal itu berkata, tidak ada peruntukan dalam undang-undang Islam yang membenarkan sumpah seperti yang dilakukan Eskay, berhubung tuduhan seks terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Dalam hukum qazaf, iaitu peruntukan untuk sabitan kes zina dan liwat, pihak yang menuduh perlu membawa empat orang saksi terlebih dahulu.

“Sekiranya gagal membawa empat saksi, yang menuduh itu akan dikenakan hukuman qazaf sebanyak 80 rotan,” ujarnya ketika dihubungi Keadilandaily.com.

Bagaimanapun, sumpah li’an iaitu sumpah laknat itu pula katanya, hanya tertakluk antara suami dan isteri sahaja dan tidak ada peruntukan selain itu dalam hukum Islam.

Tambah beliau, seseorang suami yang menuduh isterinya berzina perlu melalui prosedur perbicaraan di mahkamah terlebih dahulu di mana dia perlu mengemukakan empat saksi seperti yang digariskan Islam seperti tidak fasik dan membuat dosa-dosa besar.

Sekiranya tuduhan itu tidak dapat dibuktikan, katanya, mahkamah kemudian akan memerintahkan supaya kedua-duanya melakukan sumpah li’an.

“Mereka yang menuduh isterinya berzina tapi tak dapat bawa empat saksi, maka dibolehkan kedua-duanya bersumpah.

“Kalau tak dapat bawa empat saksi suami dan isteri melakukan zina, dengan perintah mahkamah boleh dilakukan sumpah li’an. Kalau mahkamah panggil untuk kedua-duanya bersumpah, mahkamah akan perintah untuk buang kes itu. Siapa yang bersalah, itu diserahkan kepada Allah untuk menentukan.

“Tetapi ia dengan perintah mahkamah, tak boleh sendiri-sendiri bersumpah. Kalau kedua-duanya bersumpah, yang menuduh tidak kena 80 rotan dan yang dituduh pula tidak kena had zina. Qadi pula akan menjatuhkan fasakh iaitu tidak boleh rujuk sampai bila-bila.

“Kalau bukan arahan mahkamah, apa faedahnya bersumpah. Ia tidak kena dengan hukum syarak,” ujar beliau.
Tambah beliau, dalam kes bersumpah yang cuba dilakukan Eskay, ia tidak memberi sebarang ke atas pendakwaan dari sudut sistem perundangan Islam, malah semakin mengelirukan umat Islam.

“Ia tidak memberi kesan apa-apa, tambah mengelirukan umat Islam dan menyebabkan fitnah itu berterusan. Ini menimbulkan kekeliruan kepada masyarakat.

“Ini kerja orang jahil dan tidak ada faedah.

“Kalau sumpah, orang hisap dadah, mencuri dan merompak pun boleh bersumpah dengan begitu mudah dan terlepas dari hukuman,” ujarnya.

Beliau mengulangi kisah yang terjadi kepada Hilal Bin Umaiya yang menuduh isterinya berzina dengan Sharik Bin Sahma seperti yang diceritakan dalam surah An Nur, ayat 6.

“Rasulullah kemudian berkata kepada Hilal, sekiranya dia tidak dapat membawa empat saksi, Hilal akan dihukum dengan 80 sebatan, walaupun Hilal mendakwa melihat dengan mata sendiri isterinya melakukan zina,” ujarnya.

-keadilandaily-

Angkatan Muda Keadilan Selar JAWI Subahat Dalam Sumpah Laknat ?


KUALA LUMPUR: Angkatan Muda Keadilan menyelar tindakan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) yang turut bersekongkol apabila membenarkan tindakan sumpah laknat yang ingin dilakukan salah seorang Trio Datuk T, Datuk Shazryl Eskay Abdullah di sebuah masjid di Sentul hari ini.

Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd Akin berkata, beliau turut merasa terkejut apabila Pengarah Jawi, Che Mat Che Ali turut hadir bagi menjadi saksi acara angkat sumpah itu- yang jelas bercanggah dengan ajaran Islam.
“Saya hairan kenapa ada wakil dari jabatan agama islam untuk menyaksikan sumpah laknat ini. Sedangkan kita telah buat laporan qazaf dan kita telah memberikan keterangan.
“Bagaimana Jawi bersedia untuk menjadi alat kepada pemerintah untuk bersekongkol dengan perkara-perkara taghut,” ujar Shamsul ketika mengadakan sidang media di masjid tersebut.
Hari ini, JAWI dalam kenyatannya membenarkan Eskay, untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru Al As, di sini selepas solat jumaat, sebelum acara itu dibatalkan di saat akhir.
Che Mat Che Ali, turut hadir di masjid berkenaan, dikatakan untuk menjadi saksi sumpah laknat
Che Mat Che Ali dilapor berkata, tiada sebarang halangan untuk ahli perniagaan itu untuk berbuat demikian meskipun masjid berkenaan adalah di bawah pentadbiran agensi agama itu.
“Kita ingin memberitahu bahawa, tindakan ini tidak dibenarkan dalam agama Islam. Merujuk kepada ulama-ulama dan kitab-kitab syariah, menyatakan dengan jelas berkenaan dalam hal-hal yang berkaitan dengan tuduhan-tuduhan, jawapannya adalah qazaf,” kata shamsul.
Sementara itu, seorang penduduk tempatan yang juga guru agama di bahagian kor agama angkatan tentera, (kagat) ustaz Hasbulllah Ismail berkata tindakan itu mencemar kesucian dan institusi perundangan agama Islam itu sendiri.
“Sumpah laknat ini adalah perkara terakhir yang dilakukan selepas melalui proses qazaf dan dakwaan di mahkamah.
“Manakala masjid bukanlah tempat untuk dilakukan perkara tersebut kerana mencemar kesucian rumah ibadat.
Beliau yang ditemui keadilandaily kesal dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang memanipulasikan rumah ibadat atas kepentingan politik.

MARI DOAKAN KEMUSNAHAN MEREKA YG MEMPERMAINKAN AGAMA !!

AGAMA JADI MAINAN POLITIK.? SUMPAH LAKNAT VIDEO SEKS..
 
Datuk Shazryl Eskay Abdullah - seorang anggota trio Datuk T - muncul di Masjid Amru Al-As, Bandar Baru Sentul kira-kira jam 4.15 petang tadi untuk melakukan sumpah laknat.

NONEBeliau tiba bersama dua lagi anggota tiro Datuk T - bekas ketua menteri Melaka, Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari PERKASA, Datuk Shuib Lazim.

Kumpulan trio 'Datuk T' bertanggungjawab menayangkan video seks tersebut kepada sekumpulan wartawan sebelum ini, yang memapar seorang lelaki yang didakwa mirip ketua pembangkang yang juga ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semalam, Eskay memberitahu media yang beliau akan melakukan sumpah laknat di masjid tersebut selepas solat Jumaat hari ini.

Bagaimanapun, penyokong Angkatan Muda Keadilan (AMK) bersama ketuanya, Shamsul Iskandar Mat Akin berkumpul di masjid itu selepas solat tadi sambil bertakbir dan melaungkan "kami mahu qazaf, bukan sumpah".

Mereka juga turut melakukan solat hajat dan berdoa supaya mereka yang membuat fitnah terhadap Anwar.

Selepas masuk melalui pintu belakang masjid, Eskay mengerjakan solat sunat sebelum melakukan sumpah laknat yang berbunyi.

"A'uzubillahi minal syaitanirrajim. Bismillahirahma nirrahim. (Mengucap 3 kali). 

Pada hari ini, 29 April 2011, dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Penyayang, saya Shazryl Eskay Abdullah berikrar dan bersumpah seperti berikut: A'uzubillahi minal syaitanirrajim, wallahi, wabillah, watallahi, aku bersumpah bahawa aku dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berada dalam paparan video yang dirakamkan pada 21 Februari 2011. Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pelaku dalam video tersebut. Sekiranya aku melakukan fitnah, maka Allah akan melaknat akanku."

Sebelum itu, seorang ustaz dipercayai penyokong PKR, menasihatkan Eskay supaya jangan melakukan sumpah laknat tersebut.

Lepas Eskay melakukan sumpah laknat itu, berlaku kekecohan apabila beberapa penyokong AMK melaungkan "tolak, tolak, tolak fitnah".

Bagaimanapun, mereka kemudiannya dibawa keluar dari ruang solat masjid itu oleh anggota polis.

Sewaktu Eskay melakukan sumpah laknat, pintu utama masjid dan pintu ruang solat telah ditutup.

Selepas selesai melakukan sumpah tersebut, Eskay, Rahim dan Shuib beredar dengan kawalan ketat pihak polis, juga melalui pintu belakang masjid.

KITa berdoa :

Maksudnya: “Aku berlindung dengan kalimat Allah yang sempurna, yang tidak boleh ditembusi oleh orang yang baik dan yang jahat, dari kejahatan semua makhluk, dari kejahatan semua yang turun dari langit dan yang naik kepadanya, dari kejahatan semua yang tumbuh di dalam bumi dan yang keluar daripadanya, dari kejahatan fitnah yang berlaku di waktu malam dan siang dan dari kejahatan yang datang (pada waktu malam) kecuali dengan tujuan baik, wahai Tuhan yang Maha Pengasih.”

Read more: http://suwaritimur.blogspot.com/#ixzz1Ku4y0K22

KEADILAN kemuka bukti imej palsu Anwar ??

POLIS KEMPEN BURUKKAN ANWAR - NURUL IZZAH
 
PETALING JAYA: KEADILAN hari ini mengemukakan bukti bergambar bahawa imej individu yang dikatakan sebagai Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam video fitnah adalah palsu.

Dalam sidang media di ibu pejabat Keadilan di Tropicana hari ini, Pengarah Komunikasi Keadilan, Nik Nazmi Nik Ahmad menunjukkan gambar imej potongan rambut individu di dalam video tersebut jauh berbeza dengan Anwar. “Dalam video ini, rambut individu tersebut adalah ‘slope’ dan lebih nipis dari Anwar.

Kalau kita lihat satu lagi gambar yang diambil ketika Ketua Umum di mahkamah, begitu hebat sekali rambutnya kerana tumbuh begitu cepat. “Gambar kedua ini tidak pula kita nampak begitu pendek seperti gambar yang pertama. “Ini merupakan satu lagi percanggahan yang dibuktikan, bahawa Umno memang sengaja dan berniat busuk untuk menjatuhkan maruah keluarganya,” ujar Nik Nazmi.
Dalam pada itu, Naib Presiden Keadilan, Tian Chua berkata, perbuatan melakukan sumpah laknat yang akan dilakukan oleh penyebar video fitnah oleh Datuk Shazril Eskay bukan sahaja tindakan yang menghina agama, bahkan membelakangkan prosedur undang-undang. “Ini merupakan perkara yang amat memalukan kerana mereka ingin memperlekeh dan mencemar kesucian institusi agama dan rumah ibadat.

“Saya turut mendapat aduan dan rungutan dari penduduk di Bandar Baru Sentul, iaitu di kawasan Parlimen Batu yang saya wakili. “Difahamkan oleh kawan-kawan, warga di kawasan Sentul rasa terhina kerana Eskay cuba mempermainkan kesucian rumah ibadat dan mereka akan bersuara dan mendeak untuk tidak gunakan masjid di kawasan mereka,” kata Tian.
Polis kempen burukkan Anwar

Dalam sidang media yang sama, Nurul Izzah membuat pendedahan bahawa beliau mendapat maklumat tentang tindakan seorang pegawai kanan polis, SAC 1 Datuk Dr Isa Abd Rahman yang telah pergi ke sekolah-sekolah di Kelantan dan menyatakan kepada guru-guru bahawa Anwar adalah ancaman kepada keselamatan negara.

Pegwai polis itu juga katanya, turut menyatakan watak di dalam video yang disebarkan adalah Anwar. “Kita mendapat sendiri maklumat ini dari para guru yang memaklumkan kepada kita. “Difahamkan bahawa, pihak polis selama 4 minggu berturut-turut telah menjelajah ke seluruh negeri kelantan untuk bersyarah mengenai perkara ini,” kata Nurul izzah. “Kita menolak politik lucah yang dibawa.

Dalam masa yang sama kami mengecam tindakan pegawai tinggi polis yang seolah-olah mendapat sokongan daripada pimpinan kerajaan,” katanya. Izzah berkata pihaknya akan membuat laporan dan bantahan rasmi terhadap pegawai tersebut dan Kementerian Pelajaran./KeadilanDaily
 
sumber: Mandor Blogspot

[Kemas Kini] Eskay Baru Selesai Lafaz Sumpah

,  


Berita terkini

BH melaporkan trio Daruk T iaitu Datuk Shazryl Eskay Abdullah, Tan Sri Rahim Thamby Chik dan Datuk Shuib Lazim muncul di Masjid Amru Ibni Al As, Bandar Baru Sentul bagi tujuan melakukan sumpah laknat berhubung isu rakaman video seks fitnah DSAI.

Majlis itu bermula kira-kira jam 4.15 petang tadi dan tamat pada jam 4.25 petang. Hanya Eskay yang melafaz sumpah laknat bagi pihak dua yang lain.

Kalau anda mahu tahu lafaz sumpahnya, cari-carilah di blog pencacai.

P/s: Bersiap sedia dimakan sumpah!

Presiden MCA Menghina Perlembagaan Negara ? - Mana PERKASA ???

Soi Lek sanggup undi PKR jika sedia mansuh hak Melayu..??-Oleh Shannon Teoh — Datuk Seri Dr Chua Soi Lek menegaskan beliau akan menjadi orang pertama mengundi PKR jika parti komponen Pakatan Rakyat itu sanggup memansuhkan keistimewaan orang Melayu. 

“Jika PKR berani meminda Perlembagaan dan memansuhkan keistimewaan orang Melayu, saya adalah orang pertama akan mengangkat tangan untuk mengundi PKR,” kata presiden  MCA dalam video yang diposkan menerusi Youtube di laman partinya.
 
Bagaimanapun beliau tidak mengatakan sama ada beliau akan secara peribadi menyokong keistimewaan orang Melayu dimansuhkan.
 
“Mengapa tidak? Tiada parti politik yang cakap mengenai ini.

Jika ya, undi orang Melayu akan pergi. Tiada kaum lain akan membatalkan hak dan keistimewaan mereka,” kata beliau.
 
Dalam video bertajuk “Harapan Seharusnya Bersandarkan Realiti-realiti Politik Negara”, bekas menteri kesihatan ini kelihatan mengesyorkan bahawa komuniti Cina seharusnya menerima senario politik semasa  didominasi Umno dan Barisan Nasional (BN).
 
Bagaimanapun katanya, janji-janji Pakatan Rakyat memberi publik satu harapan tetapi itu semua adalah pembohongan.

“Saya mengakui bahawa kata-kata pembangkang menggambarkan keinginan generasi muda sebab mereka mewujudkan satu bentuk harapan.
 
“Tetapi dalam peredaran masa, rakyat akan melihat ia adalah pembohongan,” katanya.

Dr Chua berkata, harapan mesti bersandarkan pada realiti politik, dengan menekankan ia hanya boleh dipenuhi dengan menyokong MCA dalam lingkungan BN, perikatan yang memerintah.
 
“Jadi, anda boleh ada harapan anda tetapi harapan perlu bersandarkan realiti politik negara ini,” katanya lagi.
  
Malah dalam video 84 saat itu, Dr Chua juga mengingatkan bahawa agenda politik PAS ialah mempromosikan Islam.

Pandangan Dr Chua ini muncul beberapa hari selepas keputusan pilihan raya negeri Sarawak pada 16 April di mana BN hilang di kesemua kerusi majoriti Cina.

sumber: Pencacai SeMalaysia

TERKINI : Video seks: Majlis kecoh, angkat sumpah laknat ‘Datuk T’ batal

Majlis angkat sumpah oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - salah seorang “Datuk T” — dibatalkan saat-saat akhir ekoran bantahan oleh sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat dikepalai ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Pengerusi jawatankuasa Masjid Amru al-As di Bandar Baru Sentul Abdul Razak Hussin mengesahkan majlis itu dibatalkan.

Terdahulu, Masjid Amru al-As yang dipilih Shazryl untuk melakukan sumpah laknat, bertukar menjadi kecoh ekoran tindakan sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat membantah tindakan “Datuk T” itu.

Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil tindakan qazaf terhadap “Datuk T” sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.

Bagaimanapun ketika protes itu, dipercayi dilakukan oleh berpuluh-puluh orang, Shazryl tidak berada di masjid tersebut.

Ketika dihubungi, beliau berkata: “Saya menunggu pengesahan. Akan hubungi balik.”

Semalam, beliau berkata akan menunaikan solat Jumaat bersama dua rakannya dan kemudian menyempurnakan sumpah laknat di masjid itu.

The Malaysian Insider difahamkan ahli perniagaan itu bersolat Jumaat di masjid lain dan sedang dalam perjalanan ke Masjid Amru al-As.

-malaysianinsider-

Sumpah Laknat Salah Menurut Hukum Qazaf, Kumpulan Bantah Fitnah Hadir...

Kumpulan bantah fitnah hadir sumpah laknat

 Majlis sumpah laknat oleh Datuk Shazryl Eskay Abdullah berhubung video seks di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul selepas solat Jumaat hari ini akan berdepan pihak yang menbantah tindakan itu.

Difahamkan kumpulan peguam syarie akan bertemu Eskey bagi mendesak beliau membatalkan niat bersumpah itu kerana ianya salah menurut hukum qazaf.

Selain itu mereka juga turut akan mengadakan sesi penerangan berhubung perkara itu menurut pandangan syarak kepada orang ramai yang datang menunaikan solat.

Selain itu, penyokong Pakatan Rakyat juga dijangka akan berada di sana bagi mengadakan solat hajat 'menolak fitnah jahat' berhubung video seks yang mengaitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Solat hajat tersebut akan diadakan bahagian belakang dewan masjid, sejurus selesai solat Jumaat.

Eskey dijadual melakukan sumpah laknat bagi mendakwa Anwar adalah pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Beliau bagaimanapun belum dapat dipastikan sama ada dua lagi rakan trio 'Datuk T' itu iaitu bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim akan menyertainya.

Media juga hari ini melaporkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) memberi kebenaran kepada Eskay untuk melafazkan sumpah laknat di Masjid Amru al-As, Bandar Baru Sentul di sini hari ini.

Pengarahnya, Datuk Che Mat Che Ali dilaporkan berkata, tiada sebarang halangan untuk ahli perniagaan itu untuk berbuat demikian meskipun masjid berkenaan adalah di bawah pentadbiran agensi agama itu.

Bagaimanapun tegas beliau, Jawi tidak mempunyai kaitan dengan sebarang tindakan dan urusan membabitkan upacara sumpah laknat mubahalah tersebut. -HD

sumber: Kelab Greenboc

Rahim wakilkan Eskay sumpah laknat bagi semua ??

Sumpah ala The 3 Munkees .......Bahawasa nya saya, salah sekor The 3 Munkees, mewakili all the 3 Munkees, bersumpah...Bla-bla-bla...Kah...kah... kah....

Obviously, salah sekor munkee itu....munkee yang kena cucuk idung....Cuber teka, sapa munkee bangang itu??
Kah... kah... kah...

Ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah bersedia bersumpah laknat dalam majlis bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ketua pembangkang merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Shazryl berharap dapat bersama-sama melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di Sentul selepas solat Jumaat esok.

"Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya.

Bagaimanapun, belum pasti sama ada dua lagi anggota Datuk T - bekas ketua menteri Melaka Tan Sri Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Datuk Shuib Lazim - akan turut serta mengambil tindakan sama.

"Kalau diperlukan (mereka bersumpah), kenapa tidak?" kata Shazryl Eskay ketika ditanya sama ada Abdul Rahim dan Shuib akan turut bersumpah.

Rahim yang turut hadir dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Shuib bagaimanapun menyampuk:

"Eskay (bersumpah) wakili semualah."

'Atas nama Allah, Rasulullah'

Menurut Shazryl Eskay lagi, tindakannya esok bergantung kepada pandangan tokoh agama yang akan menyaksikannya.

Beliau bagaimanapun enggan menamakan pihak berkenaan.

Shazryl Eskay juga bersumpah, tindakannya menayangkan video seks itu bukan fitnah bagi memenuhi kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu.

"Demi Allah yang maha mengetahui, tindakan yang kami (Datuk T) ambil ini semata-mata bertujuan menzahirkan kebenaram dan bukan sekali-kali memfitnah atau bagi memenuhi kepentingan pihak-pihak tertentu atau kepentingan peribadi kami sendiri," katanya.

Beliau yang mengakui mengenali Anwar secara peribadi juga berkata, "atas nama Allah, Rasulullah, rakyat dan anak cucu kita", beliau dan rakan-rakannya bertangungjawab sepenuhnya atas pendedahan itu.

Mum Of Three/Malaysiakini

Trio 3 Badigol penyebar fitnah....!! - Polis, SKMM buru individu muat naik video seks......m'siakini

Polis telah melancarkan siasatan bagi mengesan individu yang memuat naik sebahagian lagi rakaman klip video hitam putih aksi seks melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang semalam.

Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar berkata siasatan polis mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 telah dimulakan dengan kerjasama Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) tidak lama selepas berita mengenai klip video aksi seks itu tersebar di internet.

"Sehingga kini kita masih belum kenal pasti identiti mereka yang memuat naik klip itu," katanya kepada pemberita di Bukit Aman di Kuala Lumpur hari ini.

Ditanya sama ada polis telah menerima laporan berhubung penyiaran klip terbaru itu, Khalid berkata walaupun sehingga kini tiada laporan polis dibuat mengenainya tetapi polis masih boleh menjalankan siasatan.

"Tidak semestinya laporan perlu dibuat. Siasatan masih akan dijalankan. Perkara yang paling penting adalah mencari siapa yang bertanggungjawab dalam hal ini," katanya.

Semalam heboh diperkatakan mengenai penyiaran sebahagian lagi rakaman video seks dengan durasi 47 saat yang dikatakan melibatkan individu mirip pemimpin pembangkang yang telah dimuat naik di internet antaranya di laman web perkongsian video disukai ramai YouTube and beberapa blog.

Pada 4 April lalu, satu klip video berdurasi yang sama juga dipercayai melibatkan individu yang sama tersebar luas di internet.........

SEBAGAI WARGA YANG BERTANGGUNG JAWAB DAN PATUH KAPADA KELUHURAN PERLEMBAGAAN DAN KEDAULATAN UNDANG-UNDANG MAKA DI PAPARKAN INDIVIDU-INDIVIDU BERKENAAN BAGI MEMUDAHKAN KERJA SIASAT POLIS DAN SKMM...KALAU TUKANG CIPTA, TERBIT DAN TAYANG DIKENALI SEBAGAI DATUK "T"...

YANG INI DIPANGGIL DENGAN NAMA TIGA BADIGOL "P"....Papa Gomo @ Mohammad Norzamrizal,House Pk @Parpu Kari @Mohammad Salim Iskandar dan Pas Beruk @ Mohammad Shamsul Azrai......KETIGA-TIGA MEREKA AMAT AKTIF MUAT NAIK VIDEO KLIP YANG DIMAKSUDKAN SAMA ADA DIBLOG MEREKA ATAU DI FACEBOOK......

SEMOGA MAKLUMAT INI MEMBOLEHKAN SIASATAN TEGAS, ADIL DAN BERHEMAH DAPAT DIJALANKAN....RAKYAT MEMBERIKAN SEPENUH KEPERCAYAAN KAPADA PIHAK POLIS DAN SKMM MENJALANKAN SIASATAN TANPA GENTAR DAN BERPIHAK...

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Hai Mufti-Mufti Malaysia!!! Bakar Aje Riyadhul Solihin Jilid 2 - Oleh: neraca

Wahai mufti mufti Malaysia... kahkahkah...


"Hai Mufti-Mufti Malaysia!!! Bakar Aje Riyadhul Solihin Jilid 2, Oleh Al Iman Al Nawawi

Kitab Riyadhul Solihan karangan Al iman Al Nawawi diterbitkan oleh BAHAGIAN HAL EHWAL ISLAM, JABATAN PERDANA MENTERI MALAYSIA.

Jilid 2, Mukasurat 88,89,90,91.

Bab menutup keaiban orang-orang islam dan larangan mendedahkannya.

Agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad SAW adalah bertujuan untuk membantu masyarakat yang aman damai dansuasana yang tenteram, justeru iitu, umat islam diharamkan daripada menimbulkan gejala-gejala fitnah dalam masyarakat dan mendedahkan keburukan orang lain.

Firman Allah Taala;

Sesungguhnya orang-orang yang suka menghebahkan tuduh-tuduhan yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan akhirat..
(surah ALNUR ayat 19)

Maksud hadis;

Daripada Abu Hurairah ra, daripada Nabi SAW bersabda,"tiada menutup seseorang hamba akan keaiban seseorang hamba di dunia melainkan ALLAH menutup keaibannya di hari Qiamat"

Pengajaran hadis;

1. Islam mengajar umatnya supaya tidak mendedahkan keburukan seseorang kepada orang lain.

2.Sesiapa menutup keburukan saudara seagama nescaya ALLAH menutup keburukannya di hari Qiamat.

Wahai mufti-mufti Malaysia!

Apa yang Iman AlNawawi bagi dalil Naqli iaitu FIRMAN ALLAH DAN HADIS NABI SAW maka adakah kamu masih takut nak menasihati Perdana Menteri apa yang berlaku dalam ISU_ISU terkini?

2. Seandainya kamu sudah ada jawapan di hadapan ALLAH di Akhirat maka tak usahlah kamu jawab soalan adakah kamu percaya yang MUHAMMAD itu NABI KAMU dan adakah kamu percayai akan hari Qiamat dan adakah kamu percayai AL Quran itu kalam suci ALLAH, adakah kamu percayai tiada tuhan yang wajib disembah melainkan ALLAH dan MUHAMMAD SAW itu pesuruh Allah.

3. Adakah kamu takut kepada manusia selain dari Allah, maka kamu buka Surah Al taubat ayat 18'

4. Adakah kamu takut kehilangan pangkat dan gaji bulanan??

Harapan agar kamu (mufti-mufti) bermuhasabah dan sekiranya kamu hanya mempunyai ILMU dan Amal sahaja tanpa Hal maka takapalah ...bialah fitnah-fitnah itu bermaharaja-lela di bumi Malaysia ini sehingga ......."

Posted by Shalehudin

KETUANAN MELAYU MENIAGA MENIPU - MUKA PENIPU ??

nota:...inilah muka melayu bumiputera islam...yang kerjanya menipu...cari projek...cari tender bila china marah...tuduh china tak patriotik...tapi meniaga menipu...inilah contoh perniagaan melayu bumiputera

DAP: APAKAH PM AKAN BATALKAN EMAIL SATU MALAYSIA?----mkini
DAP mendakwa apa yang telah berlaku menunjukkan projek emel 1Malaysia jelas merupakan satu percubaan untuk mendapatkan wang daripada satu proses yang sepatutnya percuma.

Setiausaha publisitinya, Tony Pua berkata kini sudah jelas
bahawa penyedia perkhidmatan tersebut - Tricubes Bhd - akan mengautkan keuntungan besar daripada skim tersebut.

Ini kerana syarikat itu akan mengenakan bayaran RM0.50 ke atas agensi-agensi kerajaan bagi setiap transaksi emel - bercanggah dengan kenyatan awal Najib Tun Razak bahawa kerajaan tidak perlu membayar apa-apa untuk projek tersebut.

"Ini akan mengakibatkan berjuta-juta dibelanjakan oleh setiap agensi kerajaan sekiranya mereka menghantar satu emel sahaja kepada jangkaan 15 juta pengguna," kata Pua dalam satu kenyataan hari ini.

Pua (kiri) mendakwa pentadbiran Najib ada kaitan dengan
rancangan tersebut kerana ia adalah sebahagian daripada pelan transformasi ekonomi dan Malaysia Venture Capital itu (Mavcap) - milik penuh kementerian kewangan - adalah pelabur dalam Tricubes.

Kekeliruan yang melucukan itu, katanya, ditambah pula dengan Mavcap yang serta-merta membuat satu penafian secara tidak langsung yang pelaburan adalah untuk projek emel 1Malaysia, tetapi sebaliknya adalah satu lagi anak syarikat Tricubes - Tam Tam Sdn Bhd - yang terbabit dengan penjualan bergerak produk automasi.

Oleh kerana keseluruhan skim itu telah didedahkan, Pua berkata,
Najib seharusnya tidak lagi senp tentang kontroversi tersebut dan menghentikan segera projek itu bagi mengelak agensi-agensi kerajaan membuat bayaran yang sedemikian tinggi.

KAH KAH KAH...KAH KAH KAH...KAH KAH KAH

woit..INI PROJEK TIPU RAKYAT… kah kah kah…

kah kah kah…PAKSA JABATAN KERAJAAN KENA BAYAR…. kah kah kah..

kah kah kah…EMAIL DARI YAHOO… GMAIL… HOT MAIL…SEMUA PERKUMA…. kah kah kah..

kah kah kah…INI SYARIKAT DARI NEGARA NEGARA KAPIR …kah kah kah..

kah kah kah…TUAN PUANYA SYARIKAT INI MAKAN BABI DAN MINUMA ARAK…. kah kah kah..

kah kah kah… TETAPI TIDAK AKAN MENIPU… kah kah kah..

kah kah kah…TAPI SYARIKAT MELAYU BUMIPUTERA ISLAM… YANG TUNGGANG TUNGGIT… kah kah kah..

kah kah kah…MULUT BERBUIH BUIH BERDOA… kah kah kah..

kah kah kah… PERGI UMRAH TIAP TAHUN…. kah kah kah..

kah kah kah… TAPI MENIPU ORANG RAMAI…. kah kah kah…

woit…BILA CHINA MARAH TUDUH CHINA TAK PATRIOTIK… kah kah kah..

kah kah kah… BILA INDIA MARAH … TUDUH INDIA TAK KENANG JASA… kah kah kah..

woit…INI LAH MUKA MELAYU MENIAGA…. kah kah kah…

woit… BUAT LAH KEJA HALAL…. KALAU TAK PANDAI MENIAGA … JADI JAGA LEBIH BAIK…. kah kah kah…

Dicatat oleh Tukar Tiub

BOLEH MAIN PAS PAS - MACAM PAKAI BIK MAMA ?? - oleh: Tukar Tiub

SEMUA BISA DI ATUR PAK!
 
nota:
 
buat pahala pun
boleh wakil wakil
kah kah kah

RAHIM WAKILKAN ESKAY SUMPAH LAKNAT BAGI SEMUA - mkini

Ahli perniagaan Shazryl Eskay Abdullah bersedia bersumpah laknat dalam majlis bersama Anwar Ibrahim bahawa ketua pembangkang merupakan pelaku dalam video seks yang didedahkannya.

Shazryl berharap dapat bersama-sama melakukan sumpah itu di Masjid Amru Al-As Bandar Baru Sentul di Sentul selepas solat Jumaat esok.

"Saya juga mempelawa semua pihak yang meragui kebenaran ini untuk turut hadir menyaksikan upacara tersebut," katanya.
 
Bagaimanapun, belum pasti sama ada dua lagi anggota Datuk T - Abdul Rahim Thamby Chik dan bekas bendahari Pertubuhan Pribumi Perkasa Negara (PERKASA) Shuib Lazim - akan turut serta mengambil tindakan sama.

"Kalau diperlukan (mereka bersumpah), kenapa tidak?" kata Shazryl Eskay ketika ditanya sama ada Abdul Rahim dan Shuib akan turut bersumpah.

Rahim yang turut hadir dalam sidang media di sebuah hotel di Kuala Lumpur bersama Shuib bagaimanapun menyampuk:

"Eskay (bersumpah) wakili semualah."

Menurut Shazryl Eskay lagi, tindakannya esok bergantung kepada pandangan tokoh agama yang akan menyaksikannya. 
 
Beliau bagaimanapun enggan menamakan pihak berkenaan.

Shazryl Eskay juga bersumpah, tindakannya menayangkan video seks itu bukan fitnah bagi memenuhi kepentingan peribadi atau pihak-pihak tertentu.

KAH KAH KAH...KAH KAH KAH...KAH KAH KAH

woit… INI CUKUP BAIK… kah kah kah..

kah kah kah… BOLEH WAKIL WAKIL….. kah kah kah…

woit… DATUK ESKAY BANYAK BUAT PAHALA KERANA SUMPAH UNTUK KAWAN DAN SAHABAT…kah kah kah…

kah kah kah….NANTI DATUK ESKAY DAPAT DUA BIDADARI DI SYURGA MACAM MANA?... kah kah kah….

kah kah kah… NAK BOLOT SEMUA ATAU NAK BAGI SATU PADA TAMBI?.... kah kah kah…

kah kah kah…BOLEH PAS PAS … MACAM PAKAI BIK MAMA… kah kah kah…

woit..KALAU MACAM INI LEBIH BAIK TUBUH SYARIKAT SUMPAH LAKNAT… kah kah kah..

kah kah kah…AMBIL KOMISEN UNTUK SESIAPA YANG NAK BERSUMPAH…. kah kah kah..

kah kah kah…INI SATU PELUANG PERNIAGAAN YANG CHINA DAN INDIA TAK BOLEH MASUK…. kah kah kah…

kah kah kah…. KALAU LEBAI DAN ALIM ULAMA YANG JADI SAKSI… MAHAL SIKIT…kah kah kah..

kah kah kah…KALAU IMAM DAN KADI YANG JADI SAKSI… LEBIH MAHAL… kah kah kah..

kah kah kah…KALAU ORANG KAMPOMNG JADI SAKSI TAK MAHAL… kah kah kah..

kah klah kah…KALAU NAJIB , MUHYIDDIN DAN AHLI GEROMBOLAN JADI 
 
SAKSI… PALING MURAH… kah kah kah…

VIDEO SEKS GUNA TEKNIK MERONG MAHAWANGSA?


Kalau anda tengok berita TV3, banyak benda yang tidak disiarkan sewaktu sessi temuramah Anwar Ibrahim di Ibu Pejabat Polis Dang Wangi. 
 
Cuba lihat youtube ini, banyak benda yang TV3 padamkan dari siaran berita terutama dakwaan Anwar yang pihak polis cuba lindungi dalang video seks tersebut. 
 
Paling mengejutkan soalan dari wartawan tentang teknik video ini hampir sama dengan teknik Filem Merong Mahawangsa. Saksikan. 
 
(Nota sejak subuh tadi hujan turun tak henti-henti sekitar Kuala Lumpur. 
 
Adakah ianya ada kaitan dengan sumpah yang tak betul hari ini?)