Followers

Friday, April 29, 2011

TERKINI : Video seks: Majlis kecoh, angkat sumpah laknat ‘Datuk T’ batal

Majlis angkat sumpah oleh ahli perniagaan Datuk Shazryl Eskay Abdullah - salah seorang “Datuk T” — dibatalkan saat-saat akhir ekoran bantahan oleh sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat dikepalai ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK).

Pengerusi jawatankuasa Masjid Amru al-As di Bandar Baru Sentul Abdul Razak Hussin mengesahkan majlis itu dibatalkan.

Terdahulu, Masjid Amru al-As yang dipilih Shazryl untuk melakukan sumpah laknat, bertukar menjadi kecoh ekoran tindakan sekumpulan penyokong Pakatan Rakyat membantah tindakan “Datuk T” itu.

Sejurus selepas solat Jumaat, mereka melaungkan takbir dan mendesak Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan mengambil tindakan qazaf terhadap “Datuk T” sebelum membenarkan sumpah laknat dilakukan.

Bagaimanapun ketika protes itu, dipercayi dilakukan oleh berpuluh-puluh orang, Shazryl tidak berada di masjid tersebut.

Ketika dihubungi, beliau berkata: “Saya menunggu pengesahan. Akan hubungi balik.”

Semalam, beliau berkata akan menunaikan solat Jumaat bersama dua rakannya dan kemudian menyempurnakan sumpah laknat di masjid itu.

The Malaysian Insider difahamkan ahli perniagaan itu bersolat Jumaat di masjid lain dan sedang dalam perjalanan ke Masjid Amru al-As.

-malaysianinsider-

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.