Followers

Tuesday, March 30, 2010

Hulu Selangor, BN Pasti Bakal Berhadapan Dengan Masalah Besar Jika PM Najib Razak Tersilap Membuat Percaturan Pada Kali Ini

UMNO Barisan Nasional bakal berhadapan dengan situasi yang amat meruncingkan menjelangnya pilihanraya kecil parlimen Hulu Selangor tidak lama lagi. Ini berikutan terdapat ura-ura yang kuat mengatakan UMNO mahu merampas kerusi parlimen itu daripada MIC.

Ini dibuktikan dengan beberapa kenyataan yang dibuat oleh Perdana Menteri, Najib Razak yang jelas menjurus ke arah itu. Antara lain, Najib mahu calon yang dipilih diterima oleh penduduk setempat atas gagasan "rakyat didahulukan". Makanya, memikirkan bahawa calon MIC terdahulu iaitu G.Palanivel
(foto), telah tewas kepada bekas Timbalan Menteri Besar Selangor Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dalam pilihanraya umum ke-12 lalu maka UMNO kononnya mempunyai hak untuk bertanding di situ.

Tambahan pula majoriti pengundi melayu disitu ialah 51% sedangkan pengundi kaum India hanyalah 19% sahaja. Maknanya, kawasan parlimen itu dimonopoli oleh pengundi Melayu dan seharusnya UMNO diberikan peluang untuk bertanding pada kali ini. Soalnya sekarang, apakah Presiden MIC, Si Samy Vellu akan berdiam diri dengan senario yang bakal berlaku ini agaknya. Malah, Samy punyai alasan tersendiri untuk mengekalkan calon MIC di situ, atas alasan G.Palanivel hanya tewas dengan majoriti tipis 198 undi sahaja. Ini bermakna, jika usaha diperhebatkan maka peluang untuk BN menang pasti amat cerah.

Segala keputusan kini ditangan PM Najib Razak. Beliau yang layak menentukan siapakah yang bakal menjadi calon yang paling sesuai di situ. Jika menggunakan konsep "rakyat didahulukan" maka sudah pasti UMNO yang lebih layak. Malah, Najib juga mahu membuktikan bahawa beliau kini diterima oleh rakyat biarpun terlibat dengan berbagai skandal sebelum ini. Paling menarik di sini, siapakah yang akan menjadi calon BN dari UMNO jika hak itu dipertahankan.

Terdapat desas desus yang mengatakan bekas Menteri Besar Selangor, Khir Toyo kini sedang mengintai untuk bertanding di situ. Apakah Samy Vellu dan MIC akan berdiam diri jika kerusi mereka itu dirampas oleh UMNO?. Sudah pasti sesuatu yang lebih menarik akan terjadi. Kemungkinan besar jika senario ini tidak berubah, maka Parti Keadilan Rakyat (PKR) berpeluang menang dengan majoriti yang lebih besar.

Ini kerana, sudah pasti BN akan menerima tamparan undi protes daripada masyarakat kaum India jika calon MIC dibuang dari bertanding di situ. Apapun, sama-sama kita nantikan perkembangan terkini isu calon BN ini. Sesuatu harus diingat, masalah besar buat Pakatan Rakyat jika MIC terus dikekalkan kerana majoriti yang dimilik PKR hanya 198. Apapun boleh terjadi dengan jumlah undi sebanyak itu.

Namun, harus diingat juga bahawa ramai pemimpin dan ahli UMNO pasti kecewa jika pucuk pimpinan gagal melantik calon UMNO bertanding di situ. Ini kerana pengundi Melayu adalah majoriti di parlimen itu. Kemungkinan besar mereka juga akan membuat undi protes jika isu ini gagal ditangani dengan baik oleh PM Najib Razak pada kali ini.

TG Nik Aziz dahului terima darjah kebesaran

KOTA BHARU, 30 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) mendahului senarai darjah kebesaran negeri pada pengurniaan kehormatan negeri Kelantan hari ini.

Menteri Besar dianugerah gelaran Dato’ Bentara Setia oleh Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris Petra Ibni Sultan Ismail Petra pada istiadat yang berlangsung di Istana Balai Besar di sini pagi ini.

Turut menerima anugerah tersebut Hakim Besar Malaya, Tan Sri Arifin Zakaria menerima Dato’ Lela Negara.

Manakala Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd Aiseri Alias dianugerahkan Dato’ Sri Setia Raja.

Sementara anugerah Darjah-Darjah Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.P.M.K.), mendahului senarai penerima ialah isteri Perdana Menteri, Datin Paduka Seri Rosmah Mansor diikuti Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi.

Mendahului senarai penerima anugerah Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.) ialah Datuk Tengku Salwani Al-Marhum Sultan Yahya Petra, diikuti Dato’ Tengku Rozan Al-Marhum Sultan Yahya Petra dan Timbalan Menteri Besar, Datuk Ahmad Yakob.

Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Sidek Hassan menerima Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (S.J.M.K.).

Anugerah gelaran Ahli Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.), mendahului senarai penerima ialah peguambela, Datuk Sukri Mohamed, diikuti Pengelola Istana DiRaja, Datuk Abdul Halim Hamad.

Manakala penerima Anugerah Geralaran Kebesaran Ahli Yang Kehormat Yang Pertama (Seri Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (S.P.S.K.), mendahului senarai ialah Ketua Polis Kelantan, SAC I Datuk Abdul Rahim Hanafi.

Penerima Anugerah Kebesaran bagi gelaran Darjah Pahlawan Yang Amat Gagah Perkasa (P.Y.G.P.) ialah Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan.

Anggota Exco kerajaan negeri, Mejar (B) Md Anizam Ab Rahman mendahului senarai penerima anugerah Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.).

Selain itu, Speaker Dewan Negeri Kelantan, Mohd Nassuruddin Daud, bekas pegawai Yayasan Islam Kelantan, Nik Abdul Kadir Nik Mohamad, Adun Pengkalan Kubor, Datuk Noor Zahidi Omar dan bekas Adun Banggol Judah, Yahya Othman.

Mudir Pondok Pasir Tumboh, Tuan Guru Hashim Abu Bakar menerima gelaran Ahli Yang Kehormat Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (D.J.M.K.).

Penerima gelaran Ahli Yang Kedua (Dato’ Paduka) Bagi Darjah Kebesaran Setia Mahkota Kelantan Yang Amat Terbilang (D.P.S.K.) seramai 34 orang termasuk Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kota Bharu – Bandar Raya Islam, Ahmad Mahmood dan Pengarah Tanah dan Galian Negeri Kelantan, Ismail Samah.

Selain itu, Pegawai Kewangan Negeri Kelantan, Mohd Faudzi Che Mamat dan Pengarah Pelajaran Negeri, Mohd Ghazali Abdul Rahman.

Manakala seramai 10 orang menerima pelantikan Jaksa Pendamai (J.P.) termasuk Adun Air Lanas, Abdullah Ya’kub.

Keseluruhan penganugerahan tersebut membabitkan penerima seramai 84 orang.

Sementara itu seramai 555 lagi akan menerima penganugerahan pada Majlis Pengurniaan Kehormatan Negeri bagi Darjah-Darjah Kebesaran, Bintang-Bintang, Pingat-Pingat dan Surat-Surat Kepujiandian pada tarikh yang akan ditetapkan kemudian.

Tiga anggota Exco, Che Abdullah Mat Nawi, Dr Mohamed Fadzli Hassan dan Wan Ubaidah Omar pula disenarai penerima Ahli Yang Ketiga (Taulan) Bagi Darjah Kebesaran Jiwa Mahkota Kelantan Yang Mulia Amat Mulia (J.M.K).

Senarai penerima tersebut diumumkan Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Mohd Aiseri pada sidang media di Istana Balai Besar semalam.

“Istiadat penganugerahan kali ini bukan merupakan acara perayaan ulangtahun Hari Keputeraan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Al-Sultan.

“Ia adalah semata-mata merupakan anugerah daripada Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan kepada mereka yang telah diampuni perkenan oleh baginda sendiri,” katanya.-Hrkh

Parlimen Ada 'Peraturan Khas' Untuk Anwar Ibrahim

Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur Speaker Dewan Rakyat yang tidak konsisten dalam menentukan tarikh untuk Ketua Pembangkang itu membuat penjelasan mengenai peranan Apco Worldwide dalam kerajaan pimpinan Datuk Seri Najib Razak.

Anwar bersedia penjelasan bila-bila masa tetapi kesal kerana keputusan mereka saling bercanggah dan memberi gambaran wujud satu peraturan khas apabila sesuatu isu melibatkan beliau.

Tarikh itu menjadi pertikaian apabila Speaker Dewan Rakyat, Datuk Dr Wan Junaidi Jaafar membatal keputusan timbalannya Ronald Kiandee yang menetapkan Anwar untuk membuat penjelasan esok.

Sebaliknya, Dr Wan Junaidi meminta semua pihak menunggu keputusan beliau yang bersangkut paut kandungan Peraturan 34 (1) pada Rabu ini, sekali gus bermakna penjelasan Anwar yang dijadual esok perlu ditunda.

Bagaimanapun, Dr Wan Junaidi selepas didatangi Setiausaha Dewan Rakyat yang memaklumkan sesuatu tiba-tiba menukar keputusan dengan menyatakan Anwar perlu memberi penjelasan esok sebagaimana keputusan yang ditetapkan Ronald Kiandee.

Dolak dalik dan percanggahan mengenai keputusan berkenaan mendorong Anwar membuat teguran.

“Janganlah ada peraturan khas untuk Permatang Pauh. Saya tidak keberatan memberi penjelasan tapi Speaker kenalah teliti keputusan dan adil,” katanya pada sidang Dewan Rakyat yang turut disokong Ahli Parlimen Ipoh Timur, Lim Kit Siang.

Dr Wan Junaidi kemudian menetapkan penjelasan itu perlu dibuat pada Selasa, itu pun selepas dua kali setiausaha dewan rakyat mendatangi Dr Wan Junaidi hingga gelagat itu disindir Anwar dan Kit Siang.

“Jangan sampai orang kata speaker ikut cakap setiausaha,” kata Ketua Umum Keadilan dengan nada sedikit sinis.

Speaker Dewan Rakyat itu kemudian memberi penjelasan panjang lebar terhadap keputusannya itu tetapi ia masih mengelirukan sehingga Anwar sekali lagi bangun dan terpaksa membetulkan fakta.

Enggan menjawab Anwar, Dr Wan Junaidi sebaliknya dilihat cuba mengelak isu itu berpanjangan dengan berkata demikian dan meminta hal itu dibincangkan kemudian.

Apco Worldwide adalah firma perunding antarabangsa yang dilantik bagi menasihati kerajaan Umno Barisan Nasional (BN) pimpinan Najib.

PARTI KOMPONEN BN PULAK KATA "PERKOSA" JIJIK....


UCAPAN MAHATHIR `DIJIJIKKAN' OLEH GERAKAN

Ketua Gerakan Pulau Pinang, Datuk Teng Hock Nam menyelar bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berhubung peranannya merasmikan mesyuarat agung tahunan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa).

Dalam kenyataannya hari ini Teng juga membidas negarawan itu yang menyampaikan ucapan yang didakwanya bersifatperkauman dan 'menjijikan'.

Teng berkata Mahathir juga menggunakan peluang berucapa di perhimpunan NGO pelampau kanan Melayu untuk menyerang Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan konsep 1Malaysia yang diperjuangkannya.

“Perkasa mempunyai pemikir yang merupakan pelampau bangsa dan agama. Ia jelas bertentangan dengan idea tolak ansur, berniat baik serta konsep harmoni sosial yang cuba diterapkan dalam 1Malaysia,” kata Teng.

Pemimpin Gerakan itu merujuk kepada AGM Perkasa Sabtu lalu yang antara lain menyaksikan Presidennya, Datuk Ibrahim Ali memberi amaran kepada masyarkat Cina agar tidak memeras ugut orang Melayu.

Mahathir adalah antara segelintir pemimpin dan bekas pemimpin Umno yang menghadiri mesyuarat itu. Yang lain termasuk anaknya, Datuk Mukhriz yang juga timbalan menteri perdanganan antarabangsa dan industri serta Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin./Malaysiakini

Nik Aziz Dahului Senarai 639 Penerima Anugerah Gelaran Kebesaran

KOTA BHARU 30 MAC: Datuk Nik Aziz Nik Mat mendahului senarai 639 penerima Anugerah Gelaran Kebesaran, darjah, bintang dan pingat daripada Pemangku Raja Kelantan, Tengku Muhammad Faris
Petra Ibni Sultan Ismail Petra.

Menteri Besar Kelantan itu menerima Anugerah Gelaran Kebesaran Datuk Bentara Setia membawa gelaran Datuk, bersama tiga individu lain.

Seramai 70 pula menerima Darjah Kebesaran Mahkota Kelantan Yang Amat Mulia (SPMK), juga membawa gelaran Datuk, antaranya Datin Seri Rosmah Mansor, isteri Perdana Menteri.

Pelbagai darjah kebesaran lain turut dikurniakan dalam majlis yang dijadual bermula esok di Istana Balai Besar.

Setiausaha Kerajaan Negeri Kelantan, Datuk Mohd Aiseri Alias berkata, pengurniaan itu tidak ada kaitan dengan sambutan Hari Keputeraan Sultan Kelantan seperti kelaziman.

Katanya, Pemangku Raja Kelantan pada bila-bila masa berhak mengurniakan darjah kebesaran ini yang kebetulan berlangsung esok.

Sekitar bangunan Dewan Negeri Perak kembali jadi "Zon Perang "

Ternyata segla jangkaan awal dari kami adalah tepat dimana kawalan ketat akan dilakukan selama sidang akan berlangsung untuk kali. Walaupun beberapa kali dijanjikan oleh pihak Bn saya sudah tidak percaya lagi.

Saksikan lima keping gambar yang saya ambil dalam perjalan ke sini sekitar jam 7.45 minit tadi, siapakah mereka kalau bukan pihak keselamatan yang diarahkan bertugas disekitar Bangunan SUK yang menempatkan Dewan Negeri Perak.

banyak Juga yang berpakaian biasa dan menyamar sehingga ada yang duduk dikedai kopi di bawah Wisma DAP tempat kami berkumpul.

Siapakah mereka ?











CALON PR DI HULU SELANGOR - JANGAN LETAKKAN `BERUDU' SEBAGAI CALON

Aku sanggup melutut padamu kerana aku adalah Pendekar Silat Pulut....maka calonlah aku!!

Oleh: WFAUZDIN NS


SAYA telah umumkan awal-awal lagi, blog saya ini menyokong Us Dr Badrul Amin sebagai calon PKR mewakili PR di dalam PRK Parlimen Hulu Selangor tidak lama lagi. Setakat ini pengunjung-pengunjung blog saya meletakkan Us Dr Badrul Amin sebagai pilihan utama mereka, dan saya juga mendapati pilihan yang sama telah dibuat oleh pengunjung-pengunjung website Tranungkite.net. Kita tidak tahu samada pimpinan di dalam PKR mengambil kira sokongan yang kita telah berikan ini. Namun demikian, kita serahkan saja perkara ini kepada pimpinan PKR dan PR untuk menentukannya. Apa yang penting, kita tidak mahu lagi pimpinan meletakkan `berudu' sebagai calon yang bila-bila masa akan menjadi `katak'.
Justify Full
Kita rela kalah di dalam perebutan kerusi ini daripada kita menang kemudiannya kerusi tersebut di`lacur'kan. Rakyat Hulu Selangor ingin memilih pemimpin yang sanggup berjuang, susah dan senang bersama rakyat bukannya seorang `pelacur' murahan seperti yang telah ada beberapa ekor sekarang ini. Rakyat di negeri Selangor bukan seperti kebanyakan rakyat di Melaka yang masih senang serta selesa berada di bawah KM yang pernah terlibat di dalam `rasuah politik'. Kecerdikan rakyat Selangor menilai pemimpin itulah yang menyebabkan Khir Toyo `disapu' oleh `penyapu'nya sendiri.

Apakah selepas pilihanraya ini nanti DS Anwar terpaksa memohon maaf lagi kepada pengundi kerana tersilap memilih calon? Perkara yang lepas biarlah lepas, dan kita sedar ketika itu DS Anwar dan pimpinan masih belum belajar mengenali kawan dan lawan. Jika Tuan Guru Nik Aziz pun terkhilaf apabila merestui raja katak sebagai calon di Pasir Mas, apa lagi lah DS Anwar. Itu semua sejarah yang banyak mengajar kita. Kadangkala terlalu berbaik sangka memakan diri juga. Jadi, siapakah calon yang terbaik untuk kita letakkan berdepan dengan Umno nanti? Saya berani berkata bahawa Umno adalah lawan yang akan berdepan dengan kita kerana kita arif sangat dengan Umno ini. Umno tidak akan menghormati kawannya lagi bila kawannya sudah lemah. MIC sudah lemah dan pastinya Umno tidak akan berharap lagi dengan parti Samy Vellu itu.

PKR mestilah meletakkan calon yang telah terbukti berjuang dan bersusah payah begitu lama demi parti. Calon tersebut mestilah telah diuji dengan berbagai kesusahan dan penderitaan bukannya yang masuk tanpa merasai perit dan jerihnya menaikkan nama parti. Kita mahukan calon tersebut dikenali ramai pengundi di Hulu Selangor dan mempunyai rekod yang baik. Majoriti pengundi di Hulu Selangor adalah Melayu Islam, dan tentunya ramai pengundi di situ adalah terdiri dari penyokong-penyokong PAS yang sebelum ini membantu kemenangan calon PKR yang telah pun kembali ke Rahmatullah. Oleh yang demikian, calon yang bakal dipilih oleh pimpinan PKR nanti mestilah mempunyai akhlak dan nilai-nilai agama yang tinggi.

Mari kita singkap siapakah pula bakal calon dari Umno? Jika saya orang Umno, saya pasti akan melobi untuk mencalonkan Ezam sesumpah sebagai calon. Kerana apa? Ini adalah kerana kita telah melihat bagaimana susah dan peritnya Ezam sesumpah ini berjuang mempertahankan parti pimpinan Najib sekarang. Segala ilmu pembohong, penipu, lawak termasuk sumpah-sumpahnya telah habis dikeluarkan dari dadanya semata-semata untuk memburukkan DS Anwar termasuk Tuan Guru Nik Aziz demi kerana Najib. Hinggakan modal YB Zulkifli Noordin pun Ezam sesumpah curi bila dia berkata dia pun pernah disuruh DS Anwar buat akuan bersumpah untuk libatkan Najib dalam kes Altantuya. Tidakkah bersungguh mamat sesumpah itu?

Lagi pun, Ezam sesumpah anak Selangor dan baru-baru ini baru sahaja mendapat gelaran `pendekar silat' setelah `melutut' depan Muhyiddin. Walaupun `pendekar silat pulut' pengantin, Ezam tetap pendekar buat Umno. Tanpa diminta, bukankah Ezam sesumpah ini sanggup berikan keterangan kepada pihak Polis untuk membantu YB Zul? Besar pengorbanan Ezam ini walaupun tidak sebesar banglonya atau banglo Khir Toyo. Tidak kesihankah orang-orang Umno melihat pendekar sesumpah ini tiada jawatan apa-apa dalam politik? Sekurang-kurangnya naikkan lah darjat Ezam ini lebih sedikit dari kawan-kawannya seperti Zahid Md Arip atau Roslan Kassim yang berterusan menjadi pencacai sampai ke mati itu.

Sama-samalah kita melobi Umno agar mencalonkan Ezam sesumpah agar beliau boleh menyalak dengan lebih nyaring lagi. Tetapi, jika Umno masih juga berharap pada MIC, ini menandakan Umno sebenarnya sudah pupus di Selangor. Tidak dapat dibayangkan betapa amarahnya Presiden Perkosa Berahim katak jika Melayu Umno tidak berani bertanding di Hulu Selangor. Kali ini yang pasti mesti ada calon bebas akan ditaja untuk memberi nyawa kepada calon pilihan Najib. Paling menyeronokkan nanti apakah kita bakal menyaksikan Umno berkempen dengan memungut sisa-sisa bangkai yang keluar dari mulut `pelacur politik' yang ada beberapa ekor itu kerana Umno sebenarnya tiada modal lagi./wfauzdin.blogspot.com

Geng-geng busuk ni tak reti penat ke?

Lebih dari 10 tahun tak sunyi berita media perdana memperkotak-katik kan maruah Anwar. Seingat gua takda 1 pun pujian atau kebaikan pada beliau.

Lebih dari 10 tahun. 10 tahun!!!

Dah duduk dalam penjara pun tak berhenti lagi..

Dah keluar penjara pun masih kena jugak..

Masuk Parlimen bertambah la lagi..

Tak penat ke?

Semoga segala bentuk kejian yang Anwar terima tu di convert pahala buat beliau.. Amin.

Sidang DUN Perak lancar

Sidang DUN Perak lancar
Mac 30, 10 10:19am
Mesyuarat pertama penggal ketiga persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak berjalan lancar dengan istiadat pembukaan berlangsung di pekarangan bangunan Perak Darul Ridzwan pagi ini.

Ia tanda-tanda awal menunjukkan ketegangan politik yang melanda negeri itu sejak setahun yang lalu mulai reda.

Istiadat bermula pada kira-kira pukul 9.35 pagi dengan Pemangku Raja Perak Raja Nazrin Shah berkenan memeriksa kawalan kehormat Pasukan Gerak Am (PGA).

Sebelum itu, Menteri Besar Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, speaker Datuk R Ganesan serta semua Adun Barisan Nasional Bebas dan Pakatan Rakyat mula tiba pada jam 8.50 pagi dan menunggu di tempat masing-masing.

Semua 28 Adun pembangkang tiba secara berkumpulan.

Menteri Besar yang disingkirkan, Datuk Seri Nizar Jamaluddin mengambil tempatnya di barisan kerusi pembangkang.

Manakala speaker DUN Perak yang disingkirkan, V Sivakumar juga berada di barisan pembangkang tanpa memakai jubah speakernya yang dikoyakkan dalam pergelutan setahun lalu.

Suasana sekitar kawasan berkenaan berjalan seperti biasa meskipun dikawal ketat oleh polis yang mengadakan beberapa sekatan jalan masuk menuju kawasan berkenaan.

Berbeza dengan persidangan sebelum ini tahun lalu, tiada pihak berkumpul di sekitar kawasan hingga menimbulkan keadaan tegang apabila polis terpaksa mengarahkan mereka bersurai.

Bagaimanapun sebelum Raja Nazrin Shah menyampaikan titah perasmiannya, ahli dewan undangan negeri Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional mula bertikam lidah.

Wartawan tidak berjaya mendengar perbalahan mereka kerana ditempatkan di sebuah bilik yang kalis bunyi.

Mereka hanya dapat mendengar daripada mikrofon yang disediakan dan tidak berjaya memantau apa yang sebenarnya terjadi di dewan.

Tidak seperti sidang DUN negeri yang lain, wartawan kali ini tidak dibenarkan memasuki dewan berkenaan.

Menurut ad

un Pantai Remis, Nga Kor Ming, yang menghantar SMS, kekecohan berlaku kerana pihak media dan wakil Pakatan Rakyat dikehendaki memasuki melalui pintu yang berlainan.

Mereka juga terpaksa melaui pemeriksaan keselamatan yang ketat berbanding rakan BN.

Menurut Nga mereka membantah terhadap layanan itu yang disifatkan sebagai “memalukan”.

Runtuh Lagi di Ganu, Bumbung UMT pulak rebah ke bumi..

Bumbung Bangunan Dalam Pembinaan UMT Runtuh, Seorang Pekerja Maut

KUALA TERENGGANU: Seorang pekerja binaan maut dan tujuh lagi cedera apabila bumbung sebuah bangunan milik Universiti Malaysia Terengganu yang sedang dalam pembinaan runtuh lalu menghempap mereka petang tadi.

Buruh binaan yang meninggal dunia itu dipercayai pekerja dari Bangladesh. Dua lagi pekerja juga dari Bangladesh dikatakan parah.

Kejadian pada jam 5.10 petang itu berlaku ketika hujan lebat.

Bangunan yang sedang dalam pembinaan itu adalah untuk Institut Oseanografi UMT.

Menteri Besar Terengganu, Datuk Ahmad Said telah bergegas ke tempat kejadian yang terletak di Gong Badak tidak jauh dari sini sebaik sahaja mendapat berita mengenainya.

Dan ketika kejadian berlaku, Naib Canselor Profesor Datuk Aziz Deraman tidak ada di dalam negara. Jawatannya dipangku oleh Prof Yahya Ibrahim iaitu timbalan naib canselor (hal ehwal pelajar).

DS.Nizar menemani Speaker Sivakumar beri keterangan polis.

DS. Nizar bersama Speaker Sivakumar dan peguamnya serta ADUN PR semasa tiba di IPD Ipoh Bahagian komersil pada jam 12.00 tangahhari tadi untuk memberi keterangan menurut seksyen 112 akta polis.

Kesian Umno...Kira 1 Hingga 3 Pun Tak Reti!!!

Penulis Tamu - pendikar gunung kriang

http://www.birthday-greetingcards-tipbasket.com/images/123.jpg

MUAR, 29 Mac: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Muar menafikan dan mengutuk sekeras-kerasnya berita penghijrahan 50 anggota AMK Muar sedangkan hanya tiga orang yang bermasalah sahaja bertindak melompat.

Ini ekoran media-media dan blog-blog semalam dengan bangga memaparkan berita pengisytiharan Naib Ketua AMK Muar dan 50 orang anggota AMK Muar telah pun keluar parti dan menyertai Umno/Barisan Nasional dalam satu majlis Jamuan Nasi Ambang Raksasa yang dihadiri Timbalan Perdana Menteri di Parit Tengah, Air Hitam, Bakri, Muar pada Sabtu, 27 Mac.

Pemangku Ketua Angkatan Muda Keadilan Muar, Ahmad Anwar Asyraf Ismail memberitahu, perkara itu merupakan satu bentuk fitnah jahat yang bertujuan untuk menjatuhkan kredibiliti dan kekuatan AMK Muar yang semakin hari semakin mantap dan dipercayai oleh rakyat Muar untuk memimpin harapan mereka.

“Angkatan Muda Keadilan Cabang Muar menegaskan bahawa ini adalah satu lagi usaha terdesak danbacul Umno/Barisan Nasional Muar. Tiada perkara seperti ini berlaku di dalam organisasi kami,” ujarnya kepada Harakahdaily.
Jelasnya, hanya tiga orang anggota AMK Muar yang bermasalah melompat bukan 50 orang seperti yang digembar-gemburkan oleh media iaitu Razali Jaafar atau lebih dikenali oleh pengusaha kedai menjual kereta sebagai ‘Zali Allright’ atau ‘Zali Confirm’, Bekas Naib Ketua 1 AMK Muar dan 2 lagi anggota.

(Sumber: Harakahdaily)

PGK: Lemahnya puak-puak Umno dalam matematik nie. Nak bilang 1 hingga 3 pun tak reti. Cara pengiraan mereka sungguh celaru: 1, 25, 50, 75, 100. 3 dikatanya 50, 4 dikatanya 100 dan seterusnya. Patutpun bila majlis Umno diadakan selalu dilaporkan yang hadir beribu, pada hal lebih banyak kerusi dari orang dalam dewan, sebab 100 mereka sudah nampak sebagai 1,000! Kesiannya!!!

Dr Chua perlu didakwa kerana perlakuan seks melampau

"Tuduhan salah laku Dr Chua Soi Lek di bawah Seksyen 337B Kanun Keseksaan, adalah peruntukan undang-undang sama yang dikenakan terhadap Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim kerana dituduh meliwat pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan,"

"Meskipun beberapa laporan polis telah dibuat (tentang kes Chua ini) dan terdapat bukti-bukti yang sah, peguam negara enggan mendakwa Chua," kata Sankara Nair (gambar) yang mewakili Anwar dalam kes pertuduhan liwat itu.

Dalam satu kenyataannya, Sankara berkata, "ini merupakan satu bentuk diskriminasi tahap tertinggi dan jelas Gani bersikap berat sebelah."

Speaker dan Timbalan Speaker bercanggah keputusan

Keputusan Timbalan Speaker, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar dan Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee mengelirukan apabila meminta Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat penjelasan berhubung isu Apco.

Dalam kenyataan Wan Junaidi di dalam dewan pagi tadi, semua isu Peraturan Mesyuarat 37(1) akan dibincang pada hari Rabu depan tetapi pada masa yang sama, Ronald pula berkata Permatang Pauh akan membuat penjelasan esok setelah diberi notis seminggu untuk membuat penjelasan tersebut.

Sehubungan itu Ahli Parlimen Datuk Johari Abdul berkata sementara menunggu semakan tersebut oleh Wan Junaidi, Ahli Parlimen Pakatan Rakyat meminta penjelasan oleh Ketua Pembangkang ditangguhkan dahulu sebelum menunggu keputusan

"Isu Peraturan Mesyuarat 37(1) yang dibawa oleh Ahli Parlimen Kota Belud Datuk Abdul Rahman Dahlan itu jauh menyimpang dan langsung tidak relevan, jikalau Ronald membenarkan Kota Belud bercakap diikuti dengan Salahuddin dan kemudian Ahli Parlimen Beruas, ini boleh dianggap keputusan yang luar biasa.

"Sementara menunggu semakan oleh Wan Junaidi, keputusan untuk Permatang Pauh berucap usul tersebut sepatutnya ditangguhkan.

"Tetapi Ronald telah menggunakan kuasa dia untuk memuktamadkan keputusannya itu dengan menggunakan Perkara 34 untuk Pakatan Rakyat mengemukakan usul jika tidak berpuas hati dengan keputusan beliau," kata Johari kepada Suara Keadilan di Parlimen.

Rabu lalu Ronald membuat keputusan memberi tempoh tujuh hari kepada Ketua Pembangkang untuk membuat penjelasan terhadap isu syarikat Apco yang dikatakan mempunyai hubungan dengan 1Israel selepas disokong menteri setelah isu tersebut dibangkitkan AhliParlimen Kota Belud menggunakan Peraturan Mesyuarat 37(1).



* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Politik MCA - Teori Kepala Ikan..

Salam Sejahtera...

Masih ramai lagi yang belum lupa bila apek ni keluar dalam TV dengan teori seekor ikan, dan menerangkan apabila kepala ikan dah busuk, maka keseluruhan ikan itu dah tak boleh dimakan lagi....








Namun semalam perwakilan MCA sendiri dah kena virus seperti mana rakan utama mereka UMNO, dah hilang prinsip maruah untuk memilih pemimpin no 1 mereka,

Kita boleh lihat bagaimana mantan Presiden Amerika hero Bill Clinton dengan Monica Lewinsky, bagaimana sikap rakyat Amerika menolak dan sikap Bill Clinton sendiri.

Apakah kebusukan di kepala ikan tersebut dalam MCA dan juga UMNO akan memberi tuah kepada Pakatan Rakyat.., Insyaallah, semakin busuk bau kepala ikan semakin ramai yang akan tinggalkan BN dan UMNO.

Monday, March 29, 2010

Kes Saman Fitnah Zaid Terhadap Kadir 7 Julai

KUALA LUMPUR 29 MAC: Saman fitnah yang difailkan oleh bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Zaid Ibrahim terhadap Datuk A Kadir Jasin berhubung artikel dalam blognya, ditetapkan pada 7 Julai.

Timbalan Pendaftar Mahkamah Tinggi, Anisah Normah Muhammad Nor menetapkan
tarikh itu dalam kamar semasa mengadakan perjumpaan dengan peguam Datuk M.David
Morais yang mewakili Zaid dan peguam Azhar Arman Ali yang mewakili Kadir.

Azhar berkata mahkamah memerintahkan kedua-dua pihak untuk menyerahkan ikatan pliding, dokumen, isu yang akan dibicarakan, fakta yang dipersetujui dan senarai saksi.

Pada 2 Dis, 2009, Zaid, yang kini ahli majlis tertinggi Parti Keadilan
Rakyat menyaman Kadir berhubung artikel bertajuk "The Hurricane Hattie
Of PR' yang ditulis pada 21 Okt, 2009, dalam 'The Scribe A. Kadir Jasin'.

Beliau memohon ganti rugi bagi memfitnah dan juga injunksi untuk menghalang
Kadir dan lain-lain yang mempunyai rangkaian dengan blognya daripada terus
menyiarkan atau menerbitkan artikel dan perkataan yang terkandung dalam artikel
itu.

Zaid juga menggesa Kadir, bekas Ketua Pengarang New Straits Times Press Bhd,
untuk memohon maaf dengan permohonan itu disiarkan dalam akhbar-akhbar utama.

Kadir, dalam pernyataan pembelaannya yang difailkan pada 8 Jan, berkata isi
kandungan dalam kenyataannya itu mempunyai justifikasi dan komen yang adil demi
kepentingan awam. (Bernama)

PRK Hulu Selangor: PKR Pertimbang Lima Nama - YB Fuziah Salleh

Parti Keadilan Rakyat pertimbang lima nama untuk dipilih sebagai calon dalam Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

Pengarah Pilihanraya Fuziah Salleh mengesahkan pihaknya telah menerima nama-nama tersebut dan akan diputuskan oleh pimpinan PKR Ahad depan.

Beliau berkata demikian kepada portal The Malaysian Insider. Beliau melahirkan keyakinan Pakatan Rakyat mampu mempertahankan kerusi tersebut.

Sementara itu, Pengerusi Perhubungan Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata antara strategi yang dipertimbangkan adalah memilih calon tempatan. Beliau juga berkata jentera Selangor telah digerakkan dengan kerjasama Pas dan DAP.

Dalam PRU12 lalu, PKR menewaskan calon BN, Datuk G Palanivel dengan majoriti kecil 198 undi.

Sementara itu, dalam perkembangan lain, Parti Hak Asasi Manusia yang dikepalai pemimpin Hindraf, P Uthayakumar tidak akan mengetengahkan calon di Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

TGNA : Semua pihak dalam PAS perlu membantu menjayakan misi bersama dengan PR

KOTA BHARU, 29 Mac: Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dalam kenyataan pertamanya selepas dipilih semula sebagai Mursyidul Am meminta semua pihak dalam PAS agar membantu beliau bagi menjayakan misi parti bersama dengan Pakatan Rakyat.

"Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat," kata beliau dalam kenyataan bertulis yang dihantar kepada media sekejap tadi.

Kenyataan ini dibuat beliau selepas dipilih sekali lagi sebagai Mursyidul Am dalam mesyuarat kedua Majlis Syura Ulamak PAS pagi tadi. Turut dipilih semula adalah Datuk Dr Haron Din sebagai timbalannya.

Dalam kenyataan itu beliau berkata, "menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti."

Berikut adalah kenyataan penuh beliau:-


KENYATAAN RASMI
YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT
MENTERI BESAR KELANTAN


PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI
AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.


TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT


'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

RM52 bilion Saham Bumiputera Hilang ? - Ketrua Menteri P. Pinang.

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menggesa saham-saham bumiputera bernilai kira-kira RM52 bilion di Bursa Malaysia yang dilaporkan hilang disiasat segera.

Dengan merujuk kepada satu laporan oleh agensi berita Bernama hari ini, Guan Eng berkata kehilangan saham-saham bumiputera itu disahkan sendiri oleh Perdana Menteri Najib Abdul Razak.

Najib, dipetik Bernama sebagai berkata bumiputera hanya memiliki RM2 bilion saham dari RM54 bilion yang diperuntukkan.

Guan Eng menjelaskan jika saham-saham ini diagihkan secara telus dan adil, sasaran ekuiti 30 peratus sudah pasti akan tercapai.

Seks Luar Tabii: Peguam Persoal Chua Soi Lek Masih Bermaharajalela

Sekiranya Umno-BN benar-benar komited mengetengahkan pemimpin yang bermoral, maka Perdana Menteri Najib Abdul Razak harus mendesak Dr Chua Soi Lek melepaskan jawatan Presiden MCA.

Peguam Wan Anwar Wan Syahadat berkata BN pantas mendakwa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim atas tuduhan seks luar tabii, namun tiada tindakan undang-undang diambil keatas Chua Soi Lek walaupun telah dibuktikan bersalah.

Semalam, Chua Soi Lek merampas kerusi Presiden MCA dengan undi 901 dari 2,315 undi yang sekali gus menjadikan beliau presiden MCA yang kesembilan.

Chua melepaskan jawatan Menteri Kesihatan selepas skandal seksnya terbongkar pada 3 Januari 2008.

Wan Anwar berkata kegagalan pemerintah bertindak keatas Presiden MCA yang baru ini menguatkan persepsi rakyat bahawa pendakwaan terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri bermotifkan politik.

“Kes mengenai dia yang ada oral seks dan sebagainya itu, kita lihat Peguam Negara tidak mengambil tindakan terhadap perkara ini walaupun adanya keterangan yang nyata daripada pihak Chua Soi Lek sendiri dan juga pengakuan serta laporan polis dibuat terhadapnya.

“Tetapi masih juga tiada pendakwaan yang dilakukan oleh peguam negara terhadap Presiden MCA sekarang ini. “

Wan Anwar berkata Peguam Negara Tan Sri Gani Patail mempunyai bukti kuat termasuk rakaman video perselingkuhan untuk mendakwa Chua dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.

“Jadi mengapa dalam kes pendakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang kita nafikan sekeras-kerasnya dan tidak mempunyai bukti dan nyata yang keras, kenapa Datuk Seri Anwar didakwa di mahkamah sedangkan Datuk Chua soi Lek tidak didakwa di mahkamah.”

Dr Halili calon PKR di Hulu S'gor?





PKR Cabang Hulu Selangor akan mencadangkan tiga nama sebagai calon parti itu bagi menghadapi BN dalam pilihan raya kecil di parlimen tersebut tidak lama lagi.

Dua daripadanya, naib ketua cabang Razali Mokhtar dan bendaharinya Dr Halili Rahmat. Seorang lagi masih belum ditentukan.

Nama-nama tersebut dijangka akan diserahkan kepada ibu pejabat PKR tidak lama lagi.

Razali merupakan seorang jurutera, berumur sekitar 40-an dan merupakan anak tempatan.

Manakala Dr Halili pula merupakan seorang pakar bedah saraf dan mempunyai hubungan dengan keluarga Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anak kelahiran Ulu Yam itu pernah dua kali bertanding dalam pilihan raya umum sebelum ini pada 1999 dan 2004, tetapi tewas kedua-duanya.

Berdasarkan pengalaman dan hubungan yang rapat dengan keluarga Anwar. Dr Halili dijangka mempunyai peluang yang lebih cerah untuk dipilih./Malaysiakini

Bantu saya jayakan misi bersama Pakatan Rakyat - TG Nik Aziz

KENYATAAN RASMI YAB TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT, MENTERI BESAR KELANTAN

PERLANTIKAN SEMULA SEBAGAI AL-MURSYIDUL AM PAS

• Saya telah dimaklumkan mengenai perlantikan semula saya sebagai Al-Mursyidul Am bagi Parti Islam Se-Malaysia (PAS) untuk sesi 2010-2015 sebagaimana yang telah diputuskan di dalam mesyuarat kedua Majlis Syura pada hari ini, jam 10 pagi pada hari ini, 29 Mac 2010.

• Sukacita saya ingin merakamkan terima kasih kepada kepimpinan PAS Pusat di atas kepercayaaan diberikan kepada saya bagi memikul amanah yang berat ini. Ia juga adalah satu cabaran bagi saya untuk terus memberikan khidmat sebagai Al-Mursyidul Am menurut apa yang termaktub di dalam Perlembagaan PAS.

• Namun, saya anggapkan ia sebagai ketentuan Allah Subhanahu wataala kerana kemampuan saya untuk menjalankan tugas ini amat bergantung kepada masa dan keupayaan serta keadaan kesihatan saya. Bahkan pada pagi ini pun, saya baru saja menghadiri sesi pemeriksaan doktor di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian.

• Seperti yang telah saya tegaskan sebelum ini, bahawa saya tidak mempunyai sebarang halangan untuk menerima pelantikan ini sekiranya Majlis Syura berpandangan untuk terus memberi kepercayaan kepada saya. Saya sifatkan itu adalah keputusan ‘syura’ yang bakal membantu saya memikul amanah ini. Lebih-lebih lagi di dalam mempersiapkan upaya parti menghadapi pilihanraya umum yang ke-13 nanti.

• Menyedari harapan ahli dan semangat serta kepercayaan Majlis Syura, maka dengan lafaz bismillah, saya menerima amanah ini dengan doa agar Allah Subhanahu wataala sentiasa memandu saya di dalam mengemudi hala tuju parti.

• Saya berharap agar seluruh kepimpinan PAS di pelbagai peringkat akan terus memberikan komitmen di dalam menjayakan misi parti bersama-sama Pakatan Rakyat.

Semoga kerjasama dan husnul-zhon (sangka baik)dari semua kepimpinan, saya yakin PAS akan terus menjadi parti yang perkasa dan Insya-Allah PAS di Kelantan bersama-sama PAS di seluruh Negara akan terus utuh bersama-sama rakan-rakan Pakatan Rakyat dalam mendepani cabaran politik baru di Malaysia hari ini.

Sekian, wassalam.


TUAN GURU DATO’ HAJI NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT

Khas Buat Awang,Bila Pagar Mula Makan Padi

Oleh Zahid Ibrahim

Awang Selamat marah benar. Kepada orang Melayu yang tidak mahu bersekongkol dengan Ibrahim Ali dan Mahathir Mohamad dalam mesyuarat agung pertama Perkasa pada Sabtu ini, Awang yang kerdil itu berkata, “Usahlah menjadi Melayu di tanah air ini, jika kita terlalu takut dan mengikut telunjuk pihak yang sedang pun menghakis kedudukan Melayu”. Kalaulah saya Sultan Selangor, tentu terguris hati saya dengan sindiran yang biadab dan bodoh ini.

Awang naik berang kerana menurutnya, Perkasa patut disanjung dan disokong kerana begitu lantang mempertahankan kedaulatan institusi Raja-Raja Melayu yang dikatakan sedang dihina. Yang anehnya sejak bila pula institusi Raja-Raja Melayu kita dihina? Saya belum terbaca atau mendengar mana-mana pihak yang mencabar institusi Raja. Kalau pun Karpal Singh itu dikatakan mencabarnya, bukankah kes itu belum lagi selesai?

Itu pun kes perundangan. Kenapa Awang, Ibrahim Ali dan Mahathir tak sabar-sabar hinggakan perlu memanggil 10,000 orang Melayu berhimpun? Kalau setakat nak beri orang ramai makan percuma dalam dewan yang empok, 20,000 orang pun boleh dicari.

Tetapi Melayu sekarang tidaklah sebodoh yang difikirkan oleh Awang. Lebih baik Awang bagi contoh-contoh siapa dan apa yang mencabar Raja-Raja kita? Saya sangka orang akhbar ini bijak dan pintar, dan kenyataan pun biasanya berasas dan ada minat ke arah mencari kebenaran. Itu sepatutnya menjadi kriteria utama wartawan cemerlang.

Awang juga mendakwa kepentingan Melayu diasak begitu hebat selepas pilihanraya umum 2008 dan hanya Perkasa yang mempertahankan hak orang Melayu. Wah! Bila UMNO dan Barisan Nasional hilang banyak kerusi, maka itu bererti menghina Melayu? Ini rupanya punca kemarahan Awang dan Utusan Malaysia. Sebenarnya, itu bukan menghina Melayu, cuma rakyat membuat pilihan mengikut selera mereka.

Takkanlah kalah sikit, sudah nak marah. Itu gila kuasa namanya. Bagaimana nak ada demokrasi macam itu? Awang perlu sedar banyak juga orang Melayu yang mengundi Pakatan Rakyat? Bukan setakat pilihanraya umum 2008, malah dalam banyak pilihanraya kecil selepas itu pun orang Melayu memilih Pakatan Rakyat. Malah lebih ramai yang mengundi Pakatan daripada UMNO. Jadi Melayu mana yang Awang wakili?

Untuk pengetahuan Awang, biarlah dijelaskan di sini bahawa yang menghakis kedudukan Melayu ialah golongan Melayu atasan UMNO kerana merekalah yang memerintah. Tak ada kumpulan lain pun yang mentadbir negara ini kecuali mereka, sejak merdeka dahulu. Jika Awang kata kedudukan Melayu terhakis, maka kumpulan Melayu atasan inilah yang bertanggungjawab sepenuhnya.

Tapi Awang berani kutuk Pakatan saja. Awang kecut perut dan takut nak berdepan dengan “political masters” dia. Kalau benar anak jantan, tanyalah kepada orang seperti Mahathir Mohamad, Muhyiddin Yassin dan Najib Razak mengapa Melayu masih ketinggalan, mengapa tanah rezab Melayu makin berkurangan, mengapa jurang di antara Melayu kaya dan Melayu miskin bertambah besar? Salah siapa?

Masalah Melayu dan bumiputra bukan kerana Melayu/bumiputra tidak ada hak atau keistimewaan Melayu dicabar. Soal hak tak timbul. Masalah sebenar ialah orang Melayu selama ini telah mengharapkan pagar tapi pagar itu pula yang telah makan padi. Sampai hari ini pagar itu masih tak berhenti-henti makan padi milik orang Melayu. Itulah punca kemunduran Melayu sabenar. Takkan lah ini pun tak faham?!

Hoi polis! tangkaplah Ganesan itu!


Berikutan dengan laporan polis yang dilakukan oleh Ganesan yang mendakwa Sivakumar telah menyamar sebagai Speaker, pihak polis telah memanggilnya untuk memberi keterangan disini pada jam 12.00 tengahari.


Apa punya bengap polis kita ni! Bertindak cepat tapi tidak tepat! Takanlah tidak tahu yang mana satu yang menyamar sebagai speaker? Terlalu seronok dapat gaji baru hingga tidak tahu membezakan yang mana satu 'mutiara ' dan yang mana satu biji mata kucing!

Oh lupa! Ketua mereka hanya lulusan diploma sahaja, tapi ngaku ada ijazah konon.... padanlah.

Sepatutnya polis kena tangkap Ganesan itu. Semasa persidangan DUN pada 7 lepas dulu tu, polis Perak telah melarang orang awam daripada berada berhampiran bangunan SUK dalam lingkungan 300 meter kalau tak silap.

Beberapa anggota parlimen Pakatan Rakyat yang mendapat jemputan Speaker Sivakumar untuk hadir pun tidak dibenarkan masuk.

Tapi bagaimana Ganesan ini boleh masuk kedalam dewan? Dia bukan ahli dewan dan bukan petugas di bangunan SUK? Kenapa polis tidak tangkap Ganesan ini ?

Malahan, yang paling melucukan, macam mana Ganesan ini boleh dilantik sebagai speaker? Persidangan belum diresmikan , mesyuarat belum bermula ....Hoi polis! tangkaplah Ganesan tu!

Kadar baru tol dikaji

Sejak Aku Lahir Sampai Sekarang Setiap Kajian Kadar TOL, Sentiasa Saja Naik Naik Naik....

- muin.sapidin@utusan.com.my

Kerajaan tidak bercadang untuk menetapkan kadar baru tol di negara ini memandangkan kajian menyeluruh mengenainya masih dijalankan, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop.

Beliau berkata, kajian tersebut akan menentukan kaedah terbaik bagi memastikan kadar tol supaya tidak membebankan rakyat terutamanya yang berpendapatan rendah, selain memberi situasi menang-menang kepada syarikat konsesi lebuh raya.

"Kajian sudah memasuki peringkat kedua dan melibatkan pelbagai pihak termasuk di peringkat kerajaan dan perbincangan dengan syarikat (konsesi) terlibat.

"Apa yang penting, kerajaan mahu memastikan kadar baru tol tidak memberi tekanan kepada rakyat. Setakat ini, belum ada keputusan dibuat kerana ia masih lagi dibincangkan," katanya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Tasek Gelugor berkata demikian selepas merasmikan Program Pemimpin Bersama Rakyat dan Karnival Sukan anjuran Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan (JKKKP) Lahar Yooi, di sini hari ini.

Kerajaan sedang menjalankan kajian penetapan kadar baru tol yang antara lain menjadi asas rundingan semula perjanjian konsesi antara kerajaan dan syarikat konsesi lebuh raya di negara ini.

Antara mekanisme utama rundingan semula itu adalah klausa semakan semula tol yang tidak membenarkan pihak konsesi menaikkan kadar tol sesuka hati tetapi bergantung kepada jumlah kenderaan yang menggunakannya.

Mekanisme mengenainya masih diteliti Unit Perancang Ekonomi (EPU) dengan mengambil kira cadangan dan pandangan pelbagai pihak.

Nor Mohamed menjelaskan, kajian itu perlu dilakukan dengan menyeluruh kerana ia turut membabitkan operasi syarikat konsesi yang mempunyai orientasi perniagaan serta pendapatan yang berbeza.

"Syarikat konsesi ini pula terdiri daripada beberapa kategori sama ada (beroperasi) di kawasan bandar dan luar bandar, ada yang berjaya buat keuntungan dan ada yang tidak.

"Pada masa sama, pandangan rakyat juga perlu diambil kira, sebab itu kerajaan perlu membuat tindakan yang betul sebelum membuat sebarang keputusan dan ia bukan sesuatu yang mudah," jelasnya.

Bagaimanapun, katanya, perbincangan setakat ini menunjukkan syarikat konsesi memberikan kerjasama yang baik dengan memberi cadangan munasabah bagi memastikan kadar tol tidak membebankan rakyat.

Kenapa Jangan Sokong Umno (Akhir)


Manusia yang cerdik adalah manusia yang mampu menilai dengan baik yang mana betul yang mana salah. Manusia yang bodoh adalah manusia yang hanya menyokong tanpa usul periksa. Rakyat yang cerdik adalah rakyat yang tahu memilih kerajaan mana benar - benar membela rakyat. Rakyat yang bodoh adalah rakyat yang termakan dengan penipuan dan kenangan lama yang sudah lama hilang.

Kita harus memilih antara cerdik dan bodoh. Jika kita memilih menyokong sebuah kerajaan yang tahu membohong maka jangan salahkan esok bila generasi yang akan datang terus - menerus menyalahkan kita kerana tidak pernah sesekali kita menghukum kerajaan yang penipu ini. Jika kita memilih dengan baik dan memilih sebuah kerajaan yang adil kepada semua rakyat, sudah pasti generasi akan datang akan hidup dengan terus gemilang dan berterima kasih kerana kita telah meletakkan satu penanda politik yang baik kepada mereka.

Umno adalah sebuah parti yang sudah lama menipu Melayu. Umno juga telah lama menipu Cina dan India melalui MCA dan MIC. Kita rakyat Malaysia sudah sekian lama dipaksa menerima cerita Cina akan rampas hak Melayu. Melayu akan bunuh semua orang Cina. Hanya kerana untuk mempertahankan kuasa untuk mengayakan sanak - saudara, Umno, MIC dan MCA sanggup melihat rakyat bergaduh sesama sendiri. Tapi mereka tidak rela melihat rakyat bersatu. Kerana mereka tahu jika rakyat bersatu segala macam penipuan yang lebih teruk dari Zionis Yahudi itu akan terbongkar dan ditanam kedalam tanah.

Sekarang Umno memperalatkan PERKOSA. Tujuannya supaya membangkit amarah orang Melayu yang sudah lama tidak mahu terjerumus ke kancah pergaduhan kaum. Mereka mahu dilihat bersih dari sebarang usaha mencetuskan pergaduhan kaum. Tapi mereka juga mahu melihat Melayu terus bergayut dengan tongkat reput Umno. Caranya? Perkosa diwujudkan. Apabila usaha Perkosa yang secara terus - menerus membangkitkan soal KETUANAN MELAYU dan membuahkan hasil. Percayalah Umno akan senada dengan Perkosa. Kenapa? Lihatlah, hingga sekarang usaha untuk menangkap Ibrahim Ali dan kuncu - kuncunya tidak dibuat. Bayangkan jika Perkosa ini milik PAS atau PKR. ISA 10 TAHUN!!!

Jadi, kita sudah melihat bahawa Umno menipu Melayu semata untuk memenuhkan poket mereka dengan wang dan membulatkan isteri mereka masing - masing. Umno sanggup meroboh dan menjual tanah orang Melayu kepada pemaju tidak kiralah pemaju itu Cina atau India mahupun Melayu kerana ianya menjanjikan keuntungan yang tinggi. Umno sanggup melihat orang Melayu bergaduh dengan Cina, India dan lain - lain semata kerana ingin mempertahankan kuasa kerana mahu mengekalkan kekayaan yang mereka miliki.

Umno akan sekali lagi memperalatkan MIC pada PRK Hulu Selangor. Apabila MIC menang maka bertambahlah kerusi untuk Umno. Kenapa Umno? Umno hanya memperalatkan lambang dacing untuk kuasa mereka. Ingat, Umno tidak akan berkuasa jika rakyat Malaysia sebulat suara menolak kebusukan mereka. Umno tidak akan berkuasa jika orang Melayu sedar bahawa selama ini mereka ditipu. Orang Melayu harus sedar Umno sememangnya penipu besar. Mereka lebih jahat dari Yahudi Zionis. Mereka lantang menentang Yahudi Zionis tapi mereka juga melantik syarikat APCO (yang merupakan penyokong kuat ZIONIS YAHUDI) yang mereka 1Malaysia. Bukankah penipu namanya?

Terakhir dari penulisan ini, sedarlah. Umno perosak negara sebenarnya. Umno menjahanamkan Melayu dengan terus - menerus membiarkan Melayu hanyut dengan cerita dongeng mereka. Baik dari sejarah Melaka hinggalah mitos orang Cina akan rampas hak Melayu. Semuanya menipu orang Melayu. Sampai bila orang Melayu relah dibodohkan oleh Umno. PRK Hulu Selangor menjadi medan kita membuang Umno. Membuang Umno bererti kita telah selamatkan Malaysia dan bagi orang Melayu buang Umno bererti kita sudah tidak rela dibodohkan. Berfikirlah secara bijak.

Sekian Terima Kasih