Coretanku,
Tepat jam 9.05 pagi hari Rabu, 9hb. September 2009 genap lah usia ENAM PULUH tahun. Banyak yang telah ku lalui onak dan duri dalam sepanjang usia lalu ku. Dari zaman persekolahan dari tahun 1950an hingga lah ketahun 1960an. Zaman bujangku sangat singkat apabila aku merantau ke Brunei Darussalam dalam tahun 1969.
Di Brunei aku mula melangkah kaki kealam pekerjaan. Pertama aku berkerja di Ang's Hotel di Bandar Seri Begawan, cuma bertahan selama 2 bulan apabila aku berkenalan dengan seorang Tionghua dari Singapura bernama Mr. C. K. Tan, seorang Senior Akauntan disebuah syarikat gergasi dari Eropa, Gammon S.E.A., yang mendapat projek untuk mendalamkan pantai Muara bagi tujuan membina Pelabuhan Antarabangsa Brunei - dia membawa aku bertemu dengan Project Manager, Mr. R.F. Couperthwaite untuk temuduga sebagai Kerani didalam Pejabat Akaun disitu. Aku diterima dan memulakan tugasku pada 5hb. Julai 1969.
Dalam masa lapangku, aku berkawan dengan anak2 muda tempatan, ahli2 pancaragam (maklum zaman 60an) aku diambil untuk bermain dram oleh Awang Hj Sharuddin seorang pengurus pancaragam "THE BRUNEI BOYS". Bermula disaat itu lah aku berkenalan dengan seorang penyanyi RADIO BRUNEI, Dayang Maria (isteriku sekarang).
Kami bernikah pada 4hb. April 1970, dan alhamdullillah telah dikurnia 5 orang cahaya mata, anak pertama lelaki lahir pada 10hb. Januari 1971 kami namakan MOHD. RIDZUAN, kedua perempuan 09hb. Disember 1973 NORADILA, ketiga perempuan pada 15hb. Jun 1975 NORAZLITA, keempat lelaki pada 13hb. November 1986 MOHD. RAZMIE dan kelima juga lelaki pada 26hb. Ogos 1987 MOHD. RAZMAN.
Setelah kembali ketanah air pada tahun 1989, aku ditawarkan berkerja di Pejabat Perwakilan Bank Indonesia di Menara Promet, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur sebagai Sekrataris Kantor. Waktu itu bos ku, Bapa Maulana Ibrahim keturunan Jawa Sunda. Tahun 1993 bosku diganti dengan yang keturunan dari Palembang Bapa Harisman, tahun 1997 diganti lagi dengan berketurunan dari Sumatera Bapa Rosli Simanjuntak, hingga lah pada tahun 2005 genap usiaku 56 - tahun pesaraan.
Sekarang aku menghabiskan sisa sisa hidupku, bermain dengan cucu (udah sembilan) dan berulang alik ke Brunei - menziarah keluarga isteriku. Awal pagi selepas solat subuh, aku berjogging - sarapan dan melayari internet.
Pesanku pada anak anak, jadikan lah hidup kita dengan membuat pekerjaan yang diredhai oleh Allah SWT, hurmati orang yang lebih tua dari kita, dan jadikan lah jiran tertangga sebagai saudara terdekat. Jangan tinggal solat, kerana solat itu mencegah kita dari membuat segala maksiat.
Wassalam.
Followers
Monday, September 7, 2009
Sunday, May 10, 2009
Jangan Undi TS Isa Samad
Kejahatan ISA SAMAD Ketika Jadi MB (2)
Harapan 500 peneroka Felda Sendayan , Labu, Negeri Sembilan untuk menjadi jutawan sepertimana peneroka di Felda LBJ Johnson, Labu hanya tinggal impian. Sebelumnya Isa Samad berusaha menukar status tanah peneroka itu agar lebih lumayan.
LUPAKAH KITA KEPADA PENIPUAN ANGAN - ANGAN KEPADA RAKYAT BAWAHAN INI.
PENGUNDI BAGAN PINANG JANGAN TERTIPU LAGI.
SUATU HARI NANTI KAMPUNG ANDA SEMUA TERGADAI.
JANGAN UNDI ISA SAMAD
Posted by dragsuperstar at 08:13
Labels: Bagan Pinang, Pilihanraya Kecil

Saturday, April 11, 2009
Musa Aman dlm kes RM16 juta di Hong Kong
Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Musa Aman menghadapi satu pertuduhan serius selepas di dakwa terbabit dalam jenayah penyeludupan dan pengurupan wang haram berjumlah RM16 juta di Hong Kong. Ketua Angkatan Muda Keadilan, Shamsul Iskandar Md Akin berlepas ke Hong Kong semalam bagi membantu siasatan Badan Pencegah Rasuah Hong Kong (ICAC) keatas orang kanan Musa Aman, Micheal Chia Tien Foh. Chia ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong pada 14 Ogos tahun lalu, selepas cuba menyeludup wang sejumlah RM16 juta dalam matawang dolar Singapura. Sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat memfailkan laporan ke ICAC selepas Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia enggan mengambil tindakan keatas orang kanan Ketua Menteri Sabah ini. “ Saya baru tiba dari Hong Kong dalam rangka menghantar satu laporan dalam kes penyelewengan, rasuah dan wang haram yang membabitkan seorang ahli perniagaan Michael Chia dan juga ada kaitan dengan Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman” ujarnya. Menurut Shamsul, pihaknya difahamkan wang yang diseludup orang kanan Musa Aman itu adalah hasil sindiket pembalakan haram yang bermaharajalela di Sabah.Wang-wang haram ini dipercayai masih tersimpan kemas dalam akaun-akaun bank di Hong Kong. ICAC memberikan komitmen bahawa pihaknya akan memburu dan menyiasat kes ini. ICAC juga telah memberi dua jaminan kepada Shamsul iaitu akan memberikan maklum balas dalam tempoh seminggu sama ada wujudnya kes dalam hal ini dan juga hak kerahsian kerana ia melibatkan isu kerajaan dengan kerajaan. “ Saya mendakwa bahawa terdapat perlakuan rasuah di dalam negara Hong Kong. Saya juga membuat dakwaan duit-duit haram ini masih disimpan dalam akaun-akaun di Hong Kong dan meminta akaun-akaun itu dibekukan tetapi tidak ada komen sama ada setuju atau tidak dari pihak ICAC” tambahnya.
Tambah Shamsul, Chia merancang untuk menyeludup RM16 juta wang haram ini ke Kuala Lumpur bagi memperkasa kempen Umno-BN menewaskan Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dalam Pilihanraya Kecil Permatang Pauh. AMK telah memfailkan kes ini yang mendapat liputan meluas media antarabangsa ke SPRM, namun selepas setahun berlalu tiada sebarang tindakan diambil. “ Kita kecewa dengan sikap SPRM yang sampai sekarang tidak mengambil sebarang tindakan. Akhirnya kita terpaksa walaupun dengan berat hati menggunakan semua saluran yang ada kerana kita merasakan wang ini adalah wang rakyat. Wang ini perlu dikembalikan kepada rakyat Malaysia khususnya rakyat Sabah” tambahnya lagi.
Sementara itu, bagi Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff yang juga seorang peguam menyifatkan, penyeludupan dan pengurupan wang haram ini sebagai jenayah baru di Malaysia dan ia bersifat serius. “ Bagi saya apa yang dikatakan sebagai pengubahan wang haram politik ini satu perkara yang perlu ditangani segera kerana ia melibatkan satu jumlah yang besar. Lebih menarik pula, ia merupakan satu kesalahan di bawah akta yang baru diluluskan oleh kerajaan Malaysia iaitu di bawah AMLA” katanya.
sumber: tvantara
Tuesday, March 10, 2009
Bagan Pinang: Satu Lawan Satu
Bagan Pinang: Pertandingan satu lawan satu BN-PAS
Okt 3, 09 8:45am
10.23am: HPilihanraya kecil DUN Bagan Pinang akan menyaksikan pertandingan satu lawan satu antara calon BN, Tan Sri Isa Samad dengan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar.
Pengumuman itu dibuat oleh pegawai pengurus pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang Abdul Wahab Shamsuddin
11am: Masa bantahan tamat
10.14am: Hanya calon BN, Tan Sri Isa Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar yang menyerahkan borang pencalonan. Tempoh serah borang pencalonan tamat jam 10 pagi.
Sebelum ini, Shahruddin tidak dapat menyerahkan kertas pencalonannya kepada penyokong bukan orang tempatan.
10.am: Ketegangan meningkat apabila kelihatan penyokong membaling botol air dari sebelah BN. Penyokong Pakatan Rakyat menjerit kepada pihak polis supaya mengambil tindakan.
9.42am: Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menegaskan bahawa matlamat PAS adalah untuk menang bukan setakat mengurangkan majoriti BN di Bagan Pinang.
"Kita mahu menang," katanya kepada pemberita. Menurutnya, majoriti dalam pilihanraya umum 2008 adalah 2,000 lebih undi. Jadi tidak mustahil untuk pembangkang menang kali ini.
Bagaimanapun, beliau mengaku persaingan di Bagan Pinang adalah sengit bagi PAS, tetapi beliau yakin boleh menang.
9.40am: Penyokong kedua belah pihak semakin meningkat dan jumlahnya dianggar sama banyak.
9.33am: Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid keluar dari pusat penamaan calon selepas mendapati penyokongnya bukan dari Bagan Pinang. Pencadang penduduk Bagan Pinang.
9.31am: Keadaan menjadi agak tegang apabila penyokong kedua belah pihak bergerak hampir satu sama lain. Penyokogn BN dan Pakatan terus melaung antara satu sama lain. Polis cuba meredakan keadaan.
9.20am: Ketegangan meningkat. Kira-kira 50 anggota polis pencegah rusuhan membuat benteng antara penyokong BN dan Pakatan. Namun mereka terus melaung antara sama sama lain.
9.17am: Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid (foto bawah) memasuki pusat penamaan calon untuk menyerahkan pencalonannya.
9.16am: Presiden PAS, Datuk Seri Hadi Awang, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Dr Hatta Ramli ke kemah BN untuk bersalaman dengan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Menteri Besar, Datuk Seri Mohammad Hassan.
Kelihatan pemimpin utama yang kelihatan berada dalam kemah BN termasuk Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat; Presiden MIC, Datuk Seri S Samy Vellu; Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon; Presiden PPP, Datuk M Kayveas, dan pemimpin utama Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, Datuk Rais Yatim, Datuk Shahrizat Abdul Jalil, Datuk Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Mohd Ali Rustam.
9am: Calon BN, Tan Sri Isa Samad dan calon PAS Zulkefly Mohamad Omar masuk ke pusat penamaan calon. Calon bebas, Shahruddin Abdul Hamid belum kelihatan. Di luar, penyokong BN menyanyikan lagu 'Inilah barisan kita' manakala penyokong Pakatan melungkan 'rasuah, hidup rakyat dan hancur BN".
8.56am: Penyokong Pakatan seramai kira-kira 5,000 berkumpul di pintu masuk pusat penamaan calon, sambil melaung "julung rakyat, hancur BN, hancur ISA, hidup rakyat".
8.55am: Penyokong BN tiba di pusat penamaan calon. Mereka dipisahkan kira-kira 100 meter dari penyokong PAS.
8.45am: Penyokong BN dianggarkan seramai 3,000 mula bergerak ke pusat penamaan calon sejauh 1km. Hujan telah berhenti, tetapi orang ramai sudah basah lencun.
8.40am Hujan lebat menyebabkan orang ramai lari berlindung di bawah khemah yang disediakan di pusat penamaan calon. Ada yang menggunakan payung dan sesetengahnya menggunakan kain rentang untuk berlindung dari hujan.
8.30am: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin sudah sampai bersama calon BN, Tan Sri Isa Samad untuk bergerak ke pusat penamaan calon. Hujan mula turun
Manakala penyokong Pakatan sudah sampai ke pusat penamaan cal0n di pejabat daerah Port Dickson.
8.23am: Penyokong Pakatan mula bergerak ke pusat penamaan calon di pejabat daerah Port Dickson. Mereka melaung slogan "Tolak tolak rasuah, undi undi undi Islam" dan "Mansuhkan ISA".
Ada penyokong yang memakai baju-T bertulis "Tak Nak ISA", dipercayai merujuk kepada calon BN, Tan Sri Isa Samad.
Dengan dikawal oleh anggota unit keselamatan PAS, mereka berarak melalui kawasan perumahan menuju ke pusat penamaan calon .
Polis telah menyediakan dua tempat perhimpunan berasingan bagi penyokong Pakatan dan BN. Kedua-dua pihak juga menggunakan laluan yang berlainan menuju ke pusat penamaan calon bagi mengelak sebarang kejadian yang tidak diingini.
8.09am: Seorang penunggang motosikal yang memakai jaket biru BN tersilap tempat dan mendapati dirinya berada bersama sekumpulan penyokong PAS.
Dia terus dikelilingi dan diboo oleh penyokong berkenaan di hadapan Sekolah Menengah Datuk Haji Abdul Samad - tempat perhimpunan untuk penyokong Pakatan Rakyat sebelum berarak ke pusat penamaan calon di pejabat daerah Port Dickson.
Turut kelihatan di situ ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan beberapa pemimpin PKR termasuk Azmin ALi (MP Gombak) dan S Manikavasagam (MP Kapar).
sumber: malaysiakini

Subscribe to:
Posts (Atom)