Followers

Monday, September 7, 2009

MENJELANG USIAKU KE ENAM PULUH

Coretanku,

Tepat jam 9.05 pagi hari Rabu, 9hb. September 2009 genap lah usia ENAM PULUH tahun. Banyak yang telah ku lalui onak dan duri dalam sepanjang usia lalu ku. Dari zaman persekolahan dari tahun 1950an hingga lah ketahun 1960an. Zaman bujangku sangat singkat apabila aku merantau ke Brunei Darussalam dalam tahun 1969.

Di Brunei aku mula melangkah kaki kealam pekerjaan. Pertama aku berkerja di Ang's Hotel di Bandar Seri Begawan, cuma bertahan selama 2 bulan apabila aku berkenalan dengan seorang Tionghua dari Singapura bernama Mr. C. K. Tan, seorang Senior Akauntan disebuah syarikat gergasi dari Eropa, Gammon S.E.A., yang mendapat projek untuk mendalamkan pantai Muara bagi tujuan membina Pelabuhan Antarabangsa Brunei - dia membawa aku bertemu dengan Project Manager, Mr. R.F. Couperthwaite untuk temuduga sebagai Kerani didalam Pejabat Akaun disitu. Aku diterima dan memulakan tugasku pada 5hb. Julai 1969.

Dalam masa lapangku, aku berkawan dengan anak2 muda tempatan, ahli2 pancaragam (maklum zaman 60an) aku diambil untuk bermain dram oleh Awang Hj Sharuddin seorang pengurus pancaragam "THE BRUNEI BOYS". Bermula disaat itu lah aku berkenalan dengan seorang penyanyi RADIO BRUNEI, Dayang Maria (isteriku sekarang).

Kami bernikah pada 4hb. April 1970, dan alhamdullillah telah dikurnia 5 orang cahaya mata, anak pertama lelaki lahir pada 10hb. Januari 1971 kami namakan MOHD. RIDZUAN, kedua perempuan 09hb. Disember 1973 NORADILA, ketiga perempuan pada 15hb. Jun 1975 NORAZLITA, keempat lelaki pada 13hb. November 1986 MOHD. RAZMIE dan kelima juga lelaki pada 26hb. Ogos 1987 MOHD. RAZMAN.

Setelah kembali ketanah air pada tahun 1989, aku ditawarkan berkerja di Pejabat Perwakilan Bank Indonesia di Menara Promet, Jalan Sultan Ismail, Kuala Lumpur sebagai Sekrataris Kantor. Waktu itu bos ku, Bapa Maulana Ibrahim keturunan Jawa Sunda. Tahun 1993 bosku diganti dengan yang keturunan dari Palembang Bapa Harisman, tahun 1997 diganti lagi dengan berketurunan dari Sumatera Bapa Rosli Simanjuntak, hingga lah pada tahun 2005 genap usiaku 56 - tahun pesaraan.

Sekarang aku menghabiskan sisa sisa hidupku, bermain dengan cucu (udah sembilan) dan berulang alik ke Brunei - menziarah keluarga isteriku. Awal pagi selepas solat subuh, aku berjogging - sarapan dan melayari internet.

Pesanku pada anak anak, jadikan lah hidup kita dengan membuat pekerjaan yang diredhai oleh Allah SWT, hurmati orang yang lebih tua dari kita, dan jadikan lah jiran tertangga sebagai saudara terdekat. Jangan tinggal solat, kerana solat itu mencegah kita dari membuat segala maksiat.

Wassalam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.