Followers

Wednesday, October 2, 2013

Berapa lamakah Najib mampu bertahan?

Walaupun Najib sudah disahkan menang tanpa bertanding dalam pemilihan UMNO 2013 dan ini merupakan penggal keduanya selepas menang tanda ditandingi juga pada 2004 lalu, masa depan beliau sebenarnya masih lagi dilihat tidak selamat. Kerusi Presiden UMNO dan Perdana Menteri dilihat tidak sepanjang masa kukuh untuknya dan beliau seolah-olah bila-bila masa saja boleh tercampak daripadanya.

Jika di hati rakyat beliau tidak mendapat sokongan majoriti, di dalam UMNO juga popularitinya tidak berada ke kedudukan nombor satu sedangkan beliau sedang mengetahui parti dan kerajaan.

Dalam pilihanraya umum, meskipun BN kekal memerintah dengan kemenangan 133 kerusi berbanding PR yang hanya 89 kerusi, tetapi undi majoriti yang diperolehi BN hanyalah 47 peratus manakala PR meraih undi popular rakyat sebanyak 51 peratus.
Di dalam UMNO pula, kaji selidik terbaru yang dilakukan oleh Merdeka Center mendapati populariti Najib di kalangan ahli UMNO hanyalah sebanyak 69 peratus berbanding bekas Perdana Menteri, Mahathir Mohamad yang mendapat 79 peratus undian.

Dengan kedudukan sebagai Presiden UMNO dan Perdana Menteri serta setiap hari berita dan gambarnya terpampang di akhbar dan tv, keberadaannya di kedudukan nombor dua di belakang Mahathir itu merupakan sesuatu yang malang dan memalukan. Ini menjadikan keadaannya adalah sama dengan kemenangan dalam pilihanraya umum lalu. BN yang dipimpinnya menang dalam pilihanraya tetapi kepimpinannya tiada dihati rakyat, di dalam UMNO pula beliau kekal sebagai Presiden UMNO tanpa ditandingi tetapi beliau tidak berada di hati ahli-ahli UMNO.

Tidak berada di hati rakyat dan tidak juga kukuh di hati ahli-ahli UMNO, ini menjadikan kedudukannya tidak selamat dan boleh dikuis pada bila-bila masa, selain perlu sentiasa berwaspada terhadap sebarang kemungkinan yang boleh menggugat kedudukannya.

Kepimpinan dan kewibawaan Mahathir ternyata masih kukuh melekat dalam jiwa ahli-ahli UMNO, tambahan pula dalam banyak aspek pencapaian sebagai Perdana Menteri, Najib bukan saja jauh berbeza dengan Mahathir, malah beliau juga dilihat lebih lemah berbanding Pak Lah.

Mengetahui bahawa kedudukannya lebih popular daripada Najib, Mahathir secara bergurau berkata, "Saya nak jadi PM lagi sekalilah."

Walau dengan nada bergurau, kata-kata Mahathir itu ternyata penuh sindiran. Ini kerana meskipun sudah lebih 10 tahun meninggalkan persada kuasa sebagai Perdana Menteri, Najib masih tidak mampu menandinginya.

Dan menjelang pemilihan UMNO 19 Oktober depan, kedudukan Najib tidak terlepas daripada pemerhatian banyak pihak. Dengan Mahathir dilihat mempunyai proksinya kali ini iaitu anaknya, Mukhriz yang bertanding jawatan Naib Presiden UMNO manakala Najib dipercayai masih mahu mengekalkan penyandang sedia ada iaitu Zahid Hamidi, Hishammuddin dan Shafie Apdal, pertembungan pengaruh antara keduanya tidak dapat dielakkan lagi.

Apatah lagi, seiring dengan mood dan kehendak majoriti perwakilan yang seolah-olah mahukan Mukhriz menduduki salah satu kerusi Naib Presiden UMNO, Mahathir juga terlihat turut sibuk untuk mengelakkan anaknya bakal kecundang. Saranan dan gesaannya berulangkali yang mahukan UMNO membuka pintu kepada pemimpin muda yang berbakat untuk mengelakkan parti itu daripada mati serta terus relevan adalah sebenarnya untuk menyediakan ruang yang lebih terbuka untuk anaknya itu.

Menyedari bahawa wujud pertembungan kepentingan dengan Najib ketika ini, Mahathir juga dilihat mulai kritikal terhadap beberapa dasar dan pendekatan Najib. Selain mengekalkan rasa tidak setujunya dengan pemberian tunai kepada rakyat melalui BR1M, semalam beliau mengkritik lagi rancangan Najib mahu memberi BR1M sebanyak dua kali setahun dengan menyifatkan tindakan itu menyebabkan rakyat menjadi lebih malas dan terlalu bergantung kepada kerajaan.

Najib pula dilihat amat bergantung kepada dasar pemberian tunai untuk meningkatkan sokongan terhadapnya. Kritikan Mahathir sedikit-sebanyak tentunya mengganggu pelan asal Najib mengenai BR1M, sama seperti terganggunya beliau dengan kehadiran Mukhriz dalam pertandingan Naib Presiden UMNO. Sama ada mengekalkan BR1M, lebih-lebih lagi menjadikannya dua kali setahun, ia pastinya akan menjadikan kritikan Mahthir lebih pedas lagi kerana pemberian tunai itu akan dikaitkan dengan peningkatan hutang negara yang kini sudah mencecah 51 peratus berbanding KDNK negara.

Sebelum itu juga, Mahathir melontarkan sindiran dengan mengatakan seseorang pemimpin tidak harus memegang jawatan terlalu lama dan mesti tahu bila harus berhenti bagi mengelakkan parti terus dikuasai oleh orang-orang bodoh. Perjanjian Trans Pasifik atau TPPA juga tidak terlepas daripada kritikan Mahathir manakala Najib pula begitu beria-ia mahukan ia ditandatangani dan bersikap pro Amerika.

Di sebalik semua perlakuan Mahathir itu, persoalan yang mula bermain di kepala ahli-ahli UMNO ialah sampai bilakah Najib mampu mempertahankan kedudukannya? Walaupun sebelum ini Mahathir menyokong Najib terus dikekalkan tetapi sejarah lampaunya juga menunjukkan beliau pernah memainkan peranan menjatuhkan orang yang dulu merupakan pilihannya sendiri.

Semasa berkuasa, beliau menyingkirkan Musa Hitam, Tengku Razaleigh, Ghafar Baba dan Anwar Ibrahim tetapi setelah tiada kuasa, beliau juga mampu menjatuhkan Pak Lah.

Bibit-bibit perbezaan antara Najib dan Mahathir sudah mulai dikesan sekarang ini dan semakin menjadi percakapan ramai, baik di dalam mahu pun di luar UMNO. Kritikan terbukanya mengenai UMNO dan beberapa dasar Najib makin lantang kebelakangan ini memperlihatkan kecenderungan orangramai untuk mempercayainya.

Walaupun menang tanpa bertanding dalam pemilihan UMNO, Najib dipercayai tidak akan kekal sehingga pilihanraya akan datang. Selepas pilihanraya lalu, tidak ada perubahan dalam kepimpinan Najib yang membolehkan sesiapa meyakininya mampu membawa kejayaan lebih cemerlang dalam PRU 14 nanti. Kritikan Mahathir mengenai UMNO dan dasar Najib adalah untuk membuktikan bahawa perubahan yang dijanjikan tidak berlaku sama-sekali sedangkan antara syarat beliau dikekalkan ialah untuk memberi peluang dan memastikannya berubah selepas keputusan terburuk BN dalam pilihanraya lalu.

Mahathir dipercayai sedang memantau dengan teliti semua keadaan yang berlaku dalam UMNO dan juga kerajaan dan keputusan pemilihan UMNO 19 Oktober depan akan menjadi titik-tolak kepada langkah beliau yang seterusnya. Dengan menjadi orang paling popular dalam UMNO, sementara Najib bukan saja tidak popular dalam UMNO tetapi juga tidak melekat dihati rakyat, usaha Mahathir itu tidaklah sesukar mana.

Kita akan melihat sama ada sejarah Pak Lah berulang kepada Najib ataupun beliau mampu mengelaknya tidak berada lama selepas pemilihan UMNO ini berakhir nanti. 
 
 - http://shahbudindotcom.blogspot.com/

Akhirnya.. DAP Dapat Peluru - Posted by Addin Deen

Pendaftar Pertubuhan (ROS) didapati gagal menggunakan kuasanya terhadap 90 pertubuhan walaupun sebelum ini begitu agresif mendisiplinkan DAP dengan mendesak agar parti itu mengadakan pemilihan semula.

Pemeriksaan Jabatan Audit Negara terhadap fail yang disimpan agensi itu di Putrajaya, Pulau Pinang, Johor dan Pahang mendapati ia tidak pernah mengeluarkan sebarang notis terhadap 90 pertubuhan yang masih belum menyerahkan sebarang laporan kepadanya.

Fail itu meliputi fail 17 daripada 31 parti politik yang disenaraikan dalam pemeriksaan itu. 
 
~malaysiakini

Rancangan sulit pedaya rakyat didedahkan .. extra sulit ni ..

Hahahha maka riuh rendahlah satu kampung termasuk JKKK dan ahli totok UMNO kaler biru apabila BR1M seperti gula-gula Najib dan UMNO sebelum pilihanraya bakal dinaikkan jika BN menang ..
JKKK dan para totok kaler biru sanggup menyinsing lengan dan mengangkat kain semata-mata untuk melayu kononnya ..

Tapi apakan daya, selepas pilihanraya, satu demi satu mula menunjukkan simbol dacing yang senget .. bermula dengan kenaikan harga minyak disusuli kenaikan harga barang, harga rokok hahahha dan tungguuuuu akan ada macam-macam lagi akan naikk.

penburukonline.blogspot.com

Terbaru Mahathir bekas PM yang lama sekali menjadi PM dan sangat glamour dengan projek-projek mega berkata bahawa kerajaan tak perlu meneruskan projek BR1M takut-takut rakyat malas .. hahahhahaha

Si negarawan yang terbilang ni tak pula kata perkara seperti ini sebelum pilihanraya. Bravo .. bravo ... yang bodohnya sudah tentu penyokong tegar UMNO. Alahai ...

Tengok apa kata Mahathir ..

PETALING JAYA: Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad pada Selasa berkata Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) tidak perlu diteruskan dalam Belanjawan 2014, dan ini sekali gus mengurangkan kebergantungan rakyat kepada kerajaan.
Kerajaan sebaliknya perlu mencari jalan untuk melatih golongan kurang berkemampuan itu dengan sesuatu kebolehan supaya dapat menjadi sumber pendapatan mereka, katanya kepada pemberita selepas berucap di majlis Program Bicara Petang Bersama Tun Dr Mahathir Mohamad di sini Selasa.

"Sepatutnya dalam masyarakat kita, kita tak suka jadikan orang kita ini, orang yang selalu bergantung kepada kerajaan dan tak mahu membuat kerja.

"Apa yang kita dapat secara percuma tidak akan dihargai sebab itu walaupun banyak BR1M diberi," katanya sambil menambah: "Kalau betul-betul daif, miskin dan tak berupaya barulah boleh diberi bantuan."

Beliau berkata demikian apabila ditanya mengenai cadangannya untuk Belanjawan 2014 yang akan dibentangkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen pada 25 Oktober ini.

Sementara itu, Dr Mahathir berkata ekonomi negara dijangka tidak akan mengalami kesan yang besar akibat penutupan operasi kerajaan Amerika Syarikat, ini kerana perdagangan dua hala antara kedua-dua buah negara kini semakin berkurangan.

Beliau berkata jumlah dagangan negara tidak bergantung sepenuhnya dengan ekonomi Amerika Syarikat, kecuali ia terjadi di masa yang lepas.

"Kesannya sedikit sebanyak ada, tetapi kita bukan berdagang semuanya dengan Amerika Syarikat," katanya.

Dr Mahathir berkata jumlah perdagangan Malaysia dengan Amerika Syarikat mencapai 20 peratus satu masa dahulu tetapi sekarang sudah merosot kerana kemampuan membeli di Amerika Syarikat telah berkurangan.

Operasi kerajaan Amerika Syarikat terpaksa dihentikan selepas Kongres menolak pelan kesihatan yang dibawa Presiden Barack Obama.

BERNAMA

Sekarang baru tau .. betapa bangsatnya permainan politik Mahathir dan UMNO. Kita nak tengok apa kata macai-macai blogger .. tang mana lagi depa nak spin ... spin jangan tak spin ... kargh tuih ...! 

PEN BUROK ONLINE

Azeez: 'Dei thambi', Sulu mati di Sabahlah

Di tengah-tengah perbahasan hangat berhubung cadangan pindaan Akta Pencegahan Jenayah 1959, tindakan dua anggota Parlimen bercakap Tamil membuatkan Dewan Rakyat tercengang.

Ini mungkin kali pertama berlaku apabila bahasa Tamil mengambil tempat di Parlimen.

Lebih menarik, anggota Parlimen Umno, Abdul Azeez Abdul Rahim (BN-Baling), yang memulakannya.

NONEG Manivannan (PKR-Kapar) mencelah dengan menyentuh isu kematian pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng, bulan lalu.

"Pengganas Sulu di Lahad Datu disemadi di Malaysia. Kenapa Chin Peng tidak boleh semadikan Chin Peng di sini sedangkan kita boleh semadi pengganas Sulu di sini?" kata Manivannan (kanan) dalam bahasa Melayu pada mulanya.
Azeez kemudian mengejutkan dewan dengan menjawabnya dalam bahasa Tamil: "Dei thambi (hei adik), (Chin Peng) mati di Bangkok, mereka ini mati di Sabah."

Kelihatan geli hati, Manivannan menjawab dalam bahasa Tamil, sambil menggelar Azeez sebagai "anne" (abang) dan menegaskan bahawa pengganas juga Sulu boleh dibawa balik ke negara asalnya.

Nizar

Waktu ditanya dulu,sekeras-kerasnya menafikan ia bukan WANG rakyat,

Datang laporan #AUDITNEGARA 2012 lain citer plak,..ni antara sebab MINYAK NAIK 20SEN n rokok n bla..bla..bla...bla..yg banggang kena lenjan sapa..??..Melayu & keluarga Melayu...

Inilah negara..(ada sape2 nak nafikan fakta ni tak..?..macai sekalian ..??)

Apakah tindakan Mahathir kalaulah Mukhriz kalah Naib Presiden UMNO... - Shahbudin Husin.

Photo: Apakah tindakan Mahathir kalaulah Mukhriz kalah Naib Presiden UMNO...
Shahbudin Husin.

Penyertaan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO tidak sudah-sudah mengundang kontroversi. 

Daripada disyaratkan meminta nasihat Presiden UMNO terlebih dahulu, kemudian penyertaannya dikatakan tidak mendapat restu berikutan Najib mahu penyandang sedia ada dikekalkan dan terbaru ini, beliau dikatakan merupakan ancaman kepada kedudukan Najib pula.

Namun di sebalik semua itu, mood dan trend perwakilan UMNO menjelang pemilihan 19 Oktober depan terlihat semakin mengukuh terhadapnya. Kedudukan sebagai anak Mahathir, kejayaan BN menawan semula Kedah dan imejnya sebagai antara pemimpin muda yang baik dan berwibawa adalah antara faktor penyumbang ke arah itu.

Ini menjadikan, meskipun tarikh pemilihan ada kira-kira tiga minggu lagi tetapi ramai menjangkakan beliau tidak menghadapi banyak masalah untuk menduduki salah satu daripada tiga kerusi naib presiden itu.

Secara langsung juga keadaan ini menjadikan sekurang-kurangnya salah seorang daripada tiga penyandang kerusi Naib Presiden iaitu Zahid Hamidi, Hishammuddin dan Shafir Apdal mulai rasa tergugat. 

Sekiranya, dua lagi calon iaitu Isa Samad dan Ali Rustam turut berupaya melonjakkan diri masing-masing, tambahan pula kedua mereka juga pernah menyandang kerusi itu sebelum ini, bermakna ketiga-tiga penyandang jawatan naib presiden ini tidak lagi selamat kedudukannya.

Serentak dengan tersebarnya cakap-cakap bahawa penyertaan Mukhriz tidak mendapat restu Najib, spekulasi itu bertambah hangat apabila Zahid, Hishammuddin dan Shafie dilihat bersama-sama dan saling bergandingan tangan ketika hadir di hari penamaan calon pada 21 September lalu.

Walaupun dinafikan ada pakatan atau sebarang usaha untuk mewujudkan blok undi, kempen-kempen yang mahukan ketiga-tiga penyandang itu dikekalkan ternyata semakin tersebar di mana-mana.

Di Wilayah Persekutuan pula, ketika majlis memperkenalkan salah seorang calon Naib Presiden, Zahid Hamidi kepada para perwakilan yang diadakan di sebuah hotel minggu lalu, Tengku Adnan Tengku Mansor secara terbuka menyatakan bahawa Najib mahukan ketiga-tiga penyandang sedia ada dikekalkan.

Apabila perkara itu menjadi heboh dan disiarkan dalam beberapa blog pro UMNO, diberitahu kemudiannya bahawa ucapan Tengku Adnan pada malam itu adalah atas kapasitinya sebagai Pengerusi Badan Perhubungan UMNO WP dan bukannya sebagai Setiausaha Agung UMNO. 

Namun yang jelasnya, Ku Nan dengan kedudukan dan gambarannya sebagai "tangan kanan" Najib dilihat mahukan perwakilan UMNO WP mengekalkan naib presiden sedia dan menolak Mukhriz.

Di kalangan ketua-ketua cawangan dan para perwakilan WP, ucapan Ku Nan itu telah menimbulkan keresahan dan serba salah kerana ramai yang beranggapan bahawa kehadiran Mukhriz sebagai salah seorang naib presiden seharusnya diterima dengan baik, sesuai dengan saranan meremajakan parti dan menerima pemimpin muda yang berkelayakan yang sering dilaung-laungkan sebelum ini. 

Tambahan pula, di kalangan tiga penyandang naib presiden itu ada yang begitu dipertikaikan kewibawaan dan daya kepimpinannya.

Di negeri-negeri lain juga didapati bahawa kempen yang mahukan ketiga-tiga penyandang dikekalkan turut kedengaran. Dalam banyak keadaan pula, nama Najib turut digunakan untuk menguatkan keyakinan agar para perwakilan bersetuju tanpa banyak soal dengannya.

Hujah yang digunakan ialah Najib dikatakan cukup selesa bekerja dengan ketiga-tiga naib presiden sedia ada yang sudah dikenalinya cukup lama dan sekiranya berlaku perubahan ia mungkin merencatkan sebarang usaha ke arah transformssi dalam parti dan juga kerajaan yang mahu dilakukan Najib selepas ini.

Dan terbaru ini, kemenangan Mukhriz sebagai naib presiden dikatakan sebagai ancaman kepada Najib pula. Apa yang ditulis oleh The Economist mengenai hal itu sebenarnya adalah perkara yang sudah menular jauh diperbualkan di kalangan para perwakilan. Tujuannya tidak lain ialah untuk menghalang kemenangan Mukhriz dan menjadikan status quo naib presiden tidak berubah.

Isu kehadiran Mukhriz sebagai ancaman kepada kedudukan Najib kini bukan saja terpaksa dinafikan oleh tuan punya badan sendiri tetapi turut dilakukan oleh Mahathir juga. Mukhriz, kata Mahathir lagi, tidak mempunyai apa-apa niat buruk terhadap Najib.

Sementara Mukhriz mulai menyedari bahawa kempen-kempen untuk menolaknya daripada memenangi jawatan Naib Presiden UMNO mulai mengancam peluangnya, Mahathir pula tentunya terpaksa berbuat demikian kerana tidak mahu anak bongsunya itu kecundang dalam pemilihan kali ini.

Setelah kalah dalam pertandingan merebut jawatan Ketua Pemuda Kubang Pasu kepada Haji Zulkifli dalam pemilihan 2004 dan kemudian kalah juga kepada Khairy Jamaluddin dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO Malaysia pada 2009, Mahathir tentunya tidak rela melihat Mukhriz kalah lagi dalam pendakiannya menuju puncak hireaki dalam UMNO dan juga kerajaan.

Walaupun Najib sudah menafikan beliau merestui calon-calon tertentu dan menyerahkan kepada para perwakilan membuat pilihan, namun ia didapati semakin kerap diperkatakan di mana-mana. 

Semakin dekat hari pemilihan, dipercayai lagu yang mengatakan Najib mahu Zahid, Hishammuddin dan Shafie dikekalkan, pastinya lebih kerap didendangkan dengan pelbagai irama dan tempo oleh tukang-tukang kempen sama ada yang rasmi mahupun tidak rasmi.

Semakin kuat Mukhriz cuba menyelit dan memastikan kemenangannya, begitu jugalah semakin kuat gerakan yang mahu menolaknya.

Cumanya, bolehkah Mukhriz disingkirkan sedangkan mood dan kehendak perwakilan secara majoritinya lebih memihak kepadanya?

Kemenangan Mukhriz mungkin menjadikan UMNO tambah menarik dengan wajah kepimpinan yang dilihat lebih segar dan meyakinkan di mata rakyat tetapi sekiranya Mukhriz kalah, drama-drama dalam UMNO selepas itu juga pastinya lebih menarik lagi.

Mahathir tentunya sekali lagi menjadi watak yang paling lantang mengkritik UMNO dan Najib tidak akan terlepas daripada sasarannya.

Kerengga. Penyertaan Menteri Besar Kedah, Mukhriz Mahathir dalam perebutan jawatan Naib Presiden UMNO tidak sudah-sudah mengundang kontroversi.

Kerengga.

LAPORAN AUDIT NEGARA Polis malaysia hilangkan gari dengan sejumlah 156 unit !

LAPORAN AUDIT NEGARA Polis malaysia  hilangkan gari dengan sejumlah 156 unit !
senjata api 44 unit !
kenderaan milik PDRM sejumlah 29 unit !
total nilai kehilangan RM 1.33 JUTA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Biau betul?
http://www.malaysiakini.com/news/242626

Senjata api 44 unit !

kenderaan milik PDRM sejumlah 29 unit !

total nilai kehilangan RM 1.33 JUTA!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

Laporan Ketua Audit Negara: Pembaziran RM2.051 bilion, Kementerian Pendidikan tidak cekap??

Laporan Ketua Audit Negara
 
Pembaziran RM2.051 bilion, Kementerian Pendidikan tidak cekap

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan salah pengendalian teruk sehingga RM2.051 bilion dalam mengupah kontraktor keselamatan untuk sekolah antara 2010 hingga 2012.
Daripada penyediaan kontrak sehingga mengambil pengawal keselamatan, ketua audit negara berkata, pengurusan perkhidmatan keselamatan di 35 sekolah dan asrama yang ditinjau rata-rata tidak memuaskan.
Audit, yang melibatkan sekolah-sekolah di Selangor, Perlis dan Sabah, mendapati bahawa kontraknya tidak seragam.
Tidak dinyatakan juga keperluan khusus yang ditetapkan oleh Kementerian Pendidikan.
Ini termasuk, pelaksanaan sistem jam jaga, bagi memastikan dua pengawal bertugas untuk satu-satu masa dan spesifikasi kamera CCTV dan sistem penggera.

Kerajaan Rakyat.

[MALAYSIA BOLEH] Aset Polis Pun Boleh Hilang!

PAS kesal PDRM hilang aset RM1.33 juta

Laporan Ketua Audit Negara semalam mengesahkan Polis Diraja Malaysia (PDRM) kehilangan 309 unit aset melibatkan kerugian bernilai RM1.33 juta bagi tempoh tahun 2010 hingga 2012.
Jenis aset yang hilang itu melibatkan gari sebanyak 156 unit diikuti dengan senjata api dan kenderaan, masing-masing sebanyak 44 dan 29 unit.

Turut hilang adalah walkie-talkie (26 unit), radio (22 unit), komputer (4 unit), kamera dan telefon bimbit sebanyak 6 dan 1 unit.

Pengauditan yang dijalankan antara bulan November 2012 hingga Januari 2013 mendapati secara keseluruhannya pengurusan kehilangan aset di Ibu Pejabat Polis Diraja Malaysia, Bukit Aman dan tiga Ibu Pejabat Kontigen (IPK) iaitu Kuala Lumpur, Selangor dan Johor yang diperiksa kurang memuaskan.

Antara kelemahan yang ditemui adalah seperti kehilangan aset lewat dikesan, kelewatan melaporkan kehilangan kepada Ketua Jabatan dan Polis serta Ketua Jabatan lewat menyedikan laporan awal kehilangan aset.

Selain itu juga pengauditan turut mendapati Jawatankuasa Penyiasat kes kehilangan aset lewat ditubuhkan, Jawatankuasa Penyiasat lewat menyediakan laporan akhir kehilangan aset, Urus Setia Kehilangan dan Hapus Kira juga turut dilihat lewat mengambil tindakan susulan berhubung laporan kes kehilangan aset.

Kelemahan lain turut dilihat kelewatan mengambil tindakan di peringkat Kontigen setelah kelulusan hapus kira oleh Kuasa Melulus, kelewatan mengambil tindakan proses surcaj, tempat penyimpanan selamat aset tidak disediakan dan ruang penyimpanan aset adalah terhad.

Sementara itu, Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar berkata kehilangan aset tersebut merupakan satu kecuaian dari pihak polis yang amat dikesali.

Jelasnya lagi, rakyat menaruh harapan yang besar dari PDRM untuk mereka memanfaat dan menggunakan aset tersebut terutamanya senjata dalam menjaga keselamatan rakyat dari ancaman penjenayah.

"Bukti ini kecuaian dari pihak polis yang sepatutnya memastikan aset tersebut dijaga dengan baik tetapi akhirnya hilang dari simpanan.

"Rakyat menaruh harapan harapan yang besar untuk mereka memanfaat dan menggunakan aset tersebut terutamanya senjata api dalam menjaga keselamatan rakyat dari ancaman penjenayah tetapi hari ini penjenayah mengambil kesempatan atas kelalaian dan kecuaian polis," jelasnya ketika ditemui di Parlimen.

Mahfuz yang turut menberitahu, kerajaan mengeluarkan perbelanjaan yang besar dalam memenuhi kelengkapan kepada pihak polis untuk keselamatan rakyat tetapi mereka tidak memandang serius dalam soal-soal tersebut dan akhirnya aset tersebut hilang begitu saja.

ULASAN GB

Menghairankan.

Aset polis pun boleh lesap. Siapa yang mencuri atau merompak aset polis ini jika bukan polis sendiri?

Patutlah jenayah berleluasa dengan penjenayah mempunyai pistol dan senjata api merbahaya. Ada pengkhianat di kalangan anggota keselamatan yang mungkin menjadikan aset-aset ini sebagai "business" yang membawa pulangan lumayan.

Siasat dan ambil tindakan segera terhadap pihak yang terlibat!

Kantoi!! Tembelang Kerajaan Pimpinan Najib Akhirnya Terbongkar.. Posted by Addin Deen

Penipuan ternyata tidak akan membawa individu kemana-mana. Banyak penipuan oleh ahli politik didedahkan akhir-akhir ini.

Salah satunya adalah berita pembayaran RM1.6 juta kepada kumpulan K=Pop seksi korea oleh kerajaan.

Awal tahun ini seorang pegawai KBS telah memaklumkan tentang sumber kewangan bagi menjemput kumpulan berkenaan yang kononnya ditaja syarikat tertentu.

Baca berita sebelum ini kerajaan menafikan menggunakan dana awam untuk membayar persempahan K-Pop..

Sumber ~ laporan audit negara

Inilah ulamak2 muda Umno.. Nilai sendiri kenyataan mereka..- Rasyan Umar

Lapuran Ketua Audit Negara 2012.....Polis Hilangkan Senjata Api & Gari ?

Laporan Ketua Audit Negara 2012 mendedahkan bahawa pasukan Polis Diraja Malaysia merekodkan sejumlah 309 barangan dalam bentuk senjata api, gari dan kenderaan yang didapati hilang.
 
Barangan yang hilang itu direkodkan dalam tempoh 2010 hingga 2012, melibatkan kerugian berjumlah RM1.33 juta.

Ia melaporkan bahawa kehilangan gari mencatat kes paling tinggi, sebanyak 156, diikuti senjata api (44) dan kenderaan polis (29).

Jenis senjata api yang dilaporkan hilang itu bagaimanapun tidak dinyatakan.

Turut dilaporkan hilang ialah 26 walkie-talkie, enam kamera, empat komputer dan 22 radio.

Laporan berkenaan juga mendapati tahap pengurusan yang tidak memuaskan di ibu pejabat polis Bukit Aman dan tiga ibu pejabat polis kontinjen negeri.
Menurut laporan itu lagi, Jabatan Kastam Diraja Malaysia turut membazirkan RM600,000 dalam perolehan sebanyak 7,659 pasang kasut yang tidak mengikut spesifikasi.

Kasut berkenaan dilaporkan rosak selepas simpanan yang lama, laporan itu dipetik.

VIDEO - Jawapan Terbaik Zairil Khir Johari utk geng UMNO & Utusan

Suara Rakyat

"KEBEBASAN MEDIA Bukan Kebebasan Untuk Memfitnah"... Terbaek jawapan yg tepat & matang dari MP Bukit Bendera, Zairil Khir Johari. Nak kenakan org konon last2 terkena balik.. Kah! Kah! Kah!... padan muka UMNO... ckp tak guna otak inilah jadinya..

VIDEO : Bukti UMNO Selangor Gadai Tanah Rizab Melayu

Hujah pakatan didewan parlimen berkenaan pencerobohan tanah rezab melayu seluas 73ekar oleh umno terbongkar..dgn peralihan kuasa diselangor,pakatan merampas kembali tanah rezab melayu yg tergadai oleh bn,dan memelihara tanah itu kembali sbg tanah rezab melayu yg terpelihara....umno terkebil kebil setelah hujah fakta itu dihujah oleh wakil rakyt pkatan...umno sememangnya tamak haloba sanggup menjual tanah rezab melayu kpd bkn bumiputra...mari saksikan perbahasan parlimen ini...

https://www.youtube.com/watch?v=ql87FCLBeUQ&feature=youtube_gdata_player

VIDEO - KliP video dah habis, tapi saya masih belum habis ketawa...

Hishamuddin Abdul Aziz 

Kadang2 YAB Lim Pergi Pejabat Naik Motor Sendiri ?

Pakatan Rakyatposted toSayap kanan
melayu umno yang berjawatan lebih sikit ada buat macam yb lim guan eng.?

.tauladan yang baik seorang cina yang baik...
pergi pejabat kadang kereta sendiri..jika jalan jem yb lim akan naik motor sendiri KEPEJABAT dan bila singgah minum di warung tepi jalan yb lim tidak benarkan orang lain belanja walau pun seringgit dua ringgit..
bila yb lim mahu dengar aduan dari rakyat beliAu sendiri akan menemui mereka masalah diajukan..bila lebihan wang negeri pulau pinang beliau beri untuk semua pelajar pulau pinang yang berjaya ke universiti rm500 wang belanja..

yang bagusnyabeliau tak ada dikaitkan dengan rasuah seperti mb negeri BN.ini lah ciri ciri cina yang baik dalam DAP..pemimpin melayu umno mau pergi pejabat naik motor..
sampai dunia kiamat pun tak mahu.! Leceh.melayu bangga diri.. Melayu umno yang berjawatan lebih sikit ada buat macam YAB Lim Guan Eng.?

Tauladan yang baik seorang Cina yang baik...

Pergi pejabat kadang kereta sendiri..jika jalan jem YAB Lim akan naik motor sendiri KEPEJABAT dan bila singgah minum di warung tepi jalan YAB Lim tidak benarkan orang lain belanja walau pun seringgit dua ringgit..

Bila YAB Lim mahu dengar aduan dari rakyat beliAu sendiri akan menemui mereka masalah diajukan..bila lebihan wang negeri Pulau Pinang beliau beri untuk semua pelajar Pulau Pinang yang berjaya ke universiti RM500 wang belanja..

Yang bagusnya, beliau tak ada dikaitkan dengan rasuah seperti MB negeri BN.

Ini lah ciri ciri Cina yang baik dalam DAP..  Pemimpin Melayu UMNO mau pergi pejabat naik motor..???
 
Sampai dunia kiamat pun tak mahu.! Leceh. Melayu bangga diri..

Rumah menteri hal ehwal agama Sarawak yang terlibat dalam kes penyelewengan wang zakat RM250 juta...

Otai Reformasi II's photo.
Photo: Rumah menteri hal ehwal agama Sarawak yang terlibat dalam kes penyelewengan wang zakat RM250 juta....

Apa dah jadi... Duit zakat pun demo berani sebat lening...
 
HARAMJADAH MEMBAWA PADAH !

Photo: HARAMJADAH MEMBAWA PADAH  

Kera jaan Malaysia kini terbentuk hasil daripada penipuan undi dalam PRU lalu dan tak lama selepas tu lahir pula kabinet dapur yang dilantik tanpa mengikut prosedur undang2 negara ini.

Akibat daripada penipuan dan penyusunan jentera yang lara ini la wujud menteri2 bermulut longkang pabila setiap kali timbul kritikan dari rakyat yang  sebenarnya tak puashati dengan perubahan2 dari kera jaan yang lebih membebankan rakyat.

Kununnya Taqdir Allah dan Wasathiyah tapi hakikatnya mencari helah untuk memayahkan rakyat. Rakyat dimangsakan kerana kerangkusan  pemerintah yang bodoh dan takda penyelesaian alternatif terhadap setiap permasaalahan.          

Pentadbiran Jiptuya yang lemah dan paling banyak memperbodohkan rakyat ini seperti biasa sentiasa  menonjolkan isu2 lain bagi mengalihkan tumpuan rakyat  daripada isu utama sehingga  rakyat sering terpengaruh dengan hal2 yang tak penting. Tengok la kes kat bawah ni ;

1. Kenaikan mendadak harga barangan berikutan naiknya harga  bahan bakar iaitu minyak yang terlalu membrbankan rakyat.

2. Mahathir perli Muhyiddin, draf
pendidikan apa yang sampai bayar perunding luar RM20juta. Berapa? Ya, RM20juta ko tahu. Apa guna PEMANDU?

3. Kos untuk satelit RAZAKSAT II
meningkat sebanyak 71.2 juta. Ini
bukan isu nak mempersoalkan
kemajuan, kebaikan teknologi
ataupun apa, sebaliknya menyoal
pertambahan kos itu, adakah ia
telus? Adakah ia benar2 perlu
ataupun wujud unsur2
penyelewengan disitu? 71.2 juta
bukan sikit. Disaat rakyat
dihadapkan dengan pelbagai
kempen jimat cermat, sejauh mana kerajaan kita juga menerapkan perkara yang sama dalam pentadbiran mereka.

4. Tahanan tanpa bicara
diwujudkan semula. Pada
sesetengah orang, alah tak buat
salah nak kecoh apa. Tapi dia
tak faham apa maksud tahanan
tanpa bicara. Ia adalah satu akta
bahawa polis boleh menahan
sesiapa saja walaupun takde
bukti2 yang konkrit untuk
menyabitkan bahawa dia ialah
penjenayah. Ini bermaksud, polis
boleh tahan orang walaupun takda bukti dalam akta ini. Jika suatu hari nanti polis beranggapan bahawa sekian2 orang ni di anggap mendatangkan bahaya walaupun
takda bukti dan atas syak
wasangka saja, polis boleh tahan
ko. Ya, betul kadang2 kalau fikir
dari sudut mangsa, mana2
penjenayah yang terlepas dari
menjalani hukuman seperti Khir
Toyo, kalau dihadapkan dalam
akta macam ni memang best.

Tapi fikirkan pula kalau akta ini
menghukum mereka2 yang tak
bersalah? Sebab itu dalam prinsip
undang2, mereka menyatakan
bahawa membebaskan seseorang
penjenayah adalah lebih baik
daripada menghukum seseorang
yang tidak bersalah.

Ini bermaksud biarpun disebabkan kelemahan undang2 kita gagal untuk sabitkan seseorang penjenayah dalam kes tertentu, tetapi kita masih ada harapan untuk berterus-terusan mencari bukti bahawa dia ialah penjenayah kerana seseorang penjenayah cenderung lakukan jenayah.

Seseorang penjenayah juga
cenderung untuk mengingati
kembali perbuatan jenayah dia
sehinggalah suatu masa nanti dia
kantoi. Tetapi pada saat kita
jatuhkan hukuman pada seseorang yang tak bersalah, masa + maruah individu tersebut jadi taruhan. Kalau dipenjarakan 10 tahun alih2 rupa2nya tak bersalah, macam mana?

Sebab itu akta ini harus ditentang
dengan sekeras-kerasnya. Tapi
rakyat Malaysia tahu pasal PCA?

Ingat, barat adalah contoh bagi
kita selagi mana ia mengamalkan
apa2 benda yang tak menyalahi
tuntutan agama kita. Tetapi mereka tidak boleh dijadikan contoh jika undang2 tersebut telah melanggar etika dalam Islam. Dalam Islam kita hanya menghukum seseorang setelah disabitkan dengan bukti, saksi dan keterangan yang lengkap + asli.

Kita tak boleh penjarakan
seseorang berdasarkan syak
wasangka. Ataupun bukti tak
lengkap. Boleh jadi bukti itu
disalahtafsir oleh akal manusia
yang terhad, siapa tahu? Oleh
kerana kita tidak tahu, maka
undang2 draconian seperti ini kita
mesti tolak. 

Persoalannya adakah rakyat Malaysia yang concern pasal bini Matyo concern juga pasal perkara2 di atas? Jika ya, tahniah. Jika tidak, ini nasihat untuk anda. 

Perjuangan bukan la perjuangan pada saat kita tak pandai meletakkan keutamaan
dalam perjuangan.

5. Nilai matawang kita pun dah jatuh 10% dari nilaian sebelumnya.  

Jika perubahan2 yang sedang  dibuat tak dihentikan, maka ini lah jawapannya....... 

http://www.beritaterkini.my/negara-malaysia-muflis-bankrap-2019

Semua isu2 ini adalah masaalah terkini rakyat negara ni. Kera jaan Malaysia kini terbentuk hasil daripada penipuan undi dalam PRU lalu dan tak lama selepas tu lahir pula kabinet dapur yang dilantik tanpa mengikut prosedur undang2 negara ini.

Semua isu2 ini adalah masaalah terkini rakyat negara ni.
 
Sebelum PRU-13 awak janji kat saya, awak nak turunkan harga kereta..

Awak memang baik , awak turunkan harga kereta siap buat iklan SUPER VALUE Saga lagi , terima kasih turunkan harga, dengan hilangkan aksesori kereta nya sekali, comel saya tengok ekzos kereta Saga SV tu, macam buluh perindu, belum tengok dalamnya lagi.. so kiutt..

Awak kata tak nak naikkan harga minyak, terima kasih awak tak naikkan, awak berkata manis lg, awak hanya kurangkan Subsidi..

Lalu awak pun hantarkan saya ke kelas agama di tempat awak belajar, lalu ustaz tu kata pada saya, minyak tu naik adalah ketentuan tuhan, awak benar-benar buat saya lagi percaya dan lega dengan awak..

Cinta saya makin bertambah pada awak setelah awak menjaga kesihatan saya, awak kata boleh elak diabetes dengan naikkan harga gula, saya pun setuju awak, awak memang caring dengan saya..

Sekarang awak dah naikkan harga minyak, macam mana ni awak?.. tak apa, saya tahu awak nak naikkan Nafkah BR1M 2x sthun kan? awaklah segalanya dalam hidup saya..

Saya tak sabar nak lihat awak berucap dlm berita setiap mlm
 
Saya nak dengar kata-kata manis awak, sy mmg percaya, yakin dgn kepimpinan awak...

- Pengundi Tegar Umngok

(Kredit Sumber: FB Blackout 505. Suara Rakyat Suara Keramat)

Antara ciri dan sifat orang munafik adalah "MENIPU/PEMBOHONG".

 Kalau tak MENIPU bukan umno/bn laknatullah namanya, dan kalau tak BODOH bin BANGANG pun bukanlah umno/bn laknatullah juga namanya...

Penyakit Bodoh Bangang nih... tak mengenal siapa dan usia beb..., lu mengaku ada PHd, Masters berkeping-keping..., kalau dah bangang bertingkek-tingkek walau umur masing2 dah lanjut nak mengadap batu 2... memang takda ubatnya beb... melekat penyakit tu sampai mampuih jelah... contoh...

Nampak sangat tahap bangang malaun ni kaaannnn...., laporan Ketua Audit Negara setiap tahun dia buat kertas sampah agaknya... setiap negeri jajahan bn mesti failed...., bukannya dia baca pun.... hahahaha.... pasai tu bangang bertingkek-tingkek....

Kat sini akhbar mat saleh kata Malaysia Champions beb.... dalam bab rasuah merasuah nih... hahahaha....

Ntah laaaa.... pandai2 lu orang la nak menilaikannya... sebab gua tak hairan bin ajaib dengan keajaiban puak2 umno/bn laknatullah nih.... sebab Allah dah cipta otak diorang seperti ini... terima jelah seadanya dan sebagai bahan lawak penghibur jiwa kacau akibat kos sara hidup yang semakin meningkat sekarang ini....

Tambahan pulak dengan malaun nih.... gua dah no komen lagi pasal dia nih..., ntah kenapa Najib razak masih nak simpan makhluk macam dia ni pun gua tak tau....

Memang 1st Class Goblok sepanjang zaman...., itupun masih nak tunjuk hebat lagi padahal dengan setiap kenyataan yang keluar dari mulut longkang dia..., 1Malaysia dah tau tahap bebal 3.85 CGPA dia macamana.... muakakakakaaaa....

Macai2 umno laknatullah... lu orang tak menyesal ke... ada goblok2 seperti ini dalam parti lu orang tuuuu.... hahahaha....!!!! 
 
TUNKU ABDUL RAHMAN MINTA MELAYU HAPUSKAN UMN

 Project Rakyat's video

LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA 2012 SIAPA YANG KALUT

Video - Keganasan & kebiadaban polis di Kg Hakka, Mantin, Negeri Sembilan

Sebenarnya Rakyat 46% yang BODOH JAHIL undi BN.. KERAjaan Rompak Hak Rakyat, masih lagi mereka tidak memiliki mata dan telinga! Haramjaddah lah UMNO-BN!!!! Sampai nak bawak FRU....

Tuesday, October 1, 2013

Tolak Obama - Zahar Jaa

Share....
Kalau Ada yg Nak MengaLungKan Bunga Kat Leher OBAMA...pii Laa AMPUU...!!
Jangan Pula Kita diBONEKA Kan...
deaL TPPA laa tuu...
Bersama Kita Berganding Bahu MenyuaraKan Bantahan..

Kalau Ada yg Nak MengaLungKan Bunga Kat Leher OBAMA...pii Laa AMPUU...!!
Jangan Pula Kita diBONEKA Kan...deaL TPPA laa tuu...
 
Bersama Kita Berganding Bahu MenyuaraKan Bantahan..

Labbaikallahumalabaik.......

 Alhamdulillah syukur kepada seluruh jemaah haji yang akan berangkat ke tanah suci Makkah..Disini ustaz mendoakan kesejahteraan jemaah dan moga-moga jemaah akan peroleh Haji yang Mabrur dan diberkati.

‪#‎Buat‬ Al-Fadhil Ustaz Azhar Idrus dan Zaujah Puan Rogayah Sulong yang bakal berangkat esok,semoga perjalanan ust.dan zaujah diredhai dan dirahmati..Amin

Nak jadi PM lagi?...... Boleh...Boleh blah......

Jaafar Budi's photo.

Photo: Mahathir mengatasi pemimpin Umno pada masa kini dengan mendapat undian sebanyak 79 peratus mengalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (69%), Tan Sri Muhyiddin Yassin (54%) dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (58%). - 1 Oktober, 2013.

kahkahkahkahkah...mungkin sbb umur dia ni panjang hingga sekarang..ada yg cadang mahathir amik balik lah kerusi tu...dah hari-hari sebuk ganggu tadbir najib ...lg pun najib teruk sgt urus negara..
Mahathir mengatasi pemimpin Umno pada masa kini dengan mendapat undian sebanyak 79 peratus mengalahkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (69%), Tan Sri Muhyiddin Yassin (54%) dan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (58%). - 1 Oktober, 2013.

kahkahkahkahkah...mungkin sbb umur dia ni panjang hingga sekarang..ada yg cadang mahathir amik balik lah kerusi tu...dah hari-hari sebuk ganggu tadbir najib ...lg pun najib teruk sgt urus negara..