Followers

Saturday, June 1, 2013

Bukti Keganasan Yang Akan Dibawa Kemuka Pengadilan !

Penyokong Setia shared ळठळठळठळठळठळठळळठळठळठळठळठळठळ ळठळठळठळठळठळठळळठळठळठळठळठळठळ's photo.
Hanjeng2 upahan RM30... dengan hanya RM30 hanjeng2 upahan ini boleh melakukan apa jua kerja... Segala perilaku hanjeng2 upahan ini semasa kejadian Berdarah Flashmop di Station 18. Gambar n video2 yg tidak dikeluarkan di You Tube, Facebook n khalayak umum ada di dlm simpanan aku utk di bawakan ke pengadilan... terang2 lagi gambar Ayahanda Hanjeng juga terlibat... ada lg gambar suspek2 Hanjeng yg dikehendaki... tgu sambungan nye nanti...

Hanjeng2 upahan RM30... dengan hanya RM30 hanjeng2 upahan ini boleh melakukan apa jua kerja... Segala perilaku hanjeng2 upahan ini semasa kejadian Berdarah Flashmop di Station 18. 

Gambar n video2 yg tidak dikeluarkan di You Tube, Facebook n khalayak umum ada di dlm simpanan aku utk di bawakan ke pengadilan... terang2 lagi gambar Ayahanda Hanjeng juga terlibat... ada lg gambar suspek2 Hanjeng yg dikehendaki... tgu sambungan nye nanti...

PAS Kota Belud, Sabah Buat Laporan Polis Terhadap SPR.

PAS Sabah
Pesuruhjaya PAS negeri Sabah, Tuan Mohd Aminuddin Aling dan Setiausaha Perhubungan, Ustaz Ag. Laiman Ikin bersama mantan calon Parlimen Kota Belud dan mantan calon Usukan membuat laporan polis tentang dakwat kekal yang tidak kekal.

Pesuruhjaya PAS negeri Sabah, Tuan Mohd Aminuddin Aling dan Setiausaha Perhubungan, Ustaz Ag. Laiman Ikin bersama mantan calon Parlimen Kota Belud dan mantan calon Usukan membuat laporan polis tentang dakwat kekal yang tidak kekal.

Terima Kasih Kerajaan BN - Janji Di Tepati !

Terima kasih undi bn kerana kebodohan anda kami jugak terkena tempias
Wong Mei Chew
Terima kasih undi bn kerana kebodohan anda kami jugak terkena tempias.
 

Fail petisyen PRU, kenyataan Zahid kena batang hidung sendiri ? - (Oleh: Mohd Arif Juhani)

 JohariKUALA LUMPUR 1 Jun: Kenyataan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi agar rakyat yang tidak bersetuju dengan proses pilihan raya berpindah ke luar negara ibarat terkena batang hidung sendiri, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN, Datuk Johari Abdul.

Beliau mengulas tindakan Umno BN mahu memfailkan lebih 50 petisyen membabitkan kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (Dun) di Mahkamah Tinggi sebelum 11 Jun nanti.

“Sebelum ini Zahid Hamidi dengan angkuh menyuruh rakyat Malaysia yang tidak menerima keputusan PRU lalu supaya keluar dari negara ini.

“Kenyataan Zahid ini tidak ubah seperti menjilat ludah sendiri apabila Umno BN pula mahu failkan petisyen pilihan raya. Mungkin mereka sendiri pun sudah tidak yakin dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR),” ujar Johari sinis.

Justeru katanya, Zahid sepatutnya mengkaji terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dan melemparkan tuduhan terhadap Pakatan Rakyat.

Zahid, yang juga Naib presiden Umno sebelum ini menyeru golongan yang enggan menerima sistem pilihan raya agar meninggalkan negara ini dan berhijrah ke negara lain.

Kenyataan itu turut disokong Timbalan Pengerusi Perhubungan BN Selangor, Datuk Seri Noh Omar yang meminta rakyat yang tidak bersetuju dengan sistem pilihan raya agar “duduk di dalam hutan”.

Mengulas lanjut, Johari yang juga Ahli Parlimen Sungai Petani menambah, bilangan petisyen yang ingin difailkan BN menunjukkan tahap kepercayaan mereka kepada SPR jauh lebih buruk berbanding Pakatan Rakyat.

“Pakatan hanya (mahu fail petisyen) 30 lebih sahaja tetapi Umno BN lebih 50 petisyen, ini sudah parah dan terus memburukkan kredibiliti SPR sebagai badan bertanggungjawab.

“Jadi saya gesa, eloklah Pengerusi SPR dan timbalannya meletakkan jawatan ekoran krisis kepercayaan oleh parti yang bertanding dalam PRU lalu,” ujarnya.

Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=52913

KPN berkata tiga bidang tumpuannya sekarang ialah: Membendung perhimpunan haram ??

 

 
KPN berkata tiga bidang tumpuannya sekarang ialah: Membendung
perhimpunan haram
,
pencegahan jenayah n integriti pasukan
polis. Perhimpunan haram menjadi keutamaan polis?
Apa kejadahnya?
Sedangkn perhimpunan haram itu menurut justifikasi polis bukan haram yg boleh membahayakn
keselamatan rakyat!

Apa definasi sebenar perhimpunan haram mengikut pemahaman polis? Adakh perhimpunan halal utk BN n haram utk PR?Apa kita perlu tukar namanya dari PDRM kpd PDBN? Apa makna ungkapan Diraja ditengah2 singkatan PDRM? KPN takkn tak tau siapa ketuanya. Dia
tak melafazkn sumpah kpd menteri KDN @ PM ketika berikrar memulakn jawatannya tetapi YDP Agung.

YDP Agung tidak terlibat dgn mana2 parti politik pun. Satu pertanyaan timbul di benak aku bila KPN meletakn agenda 'membasmi' perhimpunan haram sebagai agenda pertama sebelum membenteras jenayah & menaikn intergriti polis.

Kenapa KPN mau jadikn negara ni sebagai negara polis dgn menggunapakai Ordinan Darurat 1949 ke atas rakyat yg menuntut hak mereka. Sedangkn ianya termaktub dim Akta Perhimpunan Aman 2011 & tidak menyanggahi Perkara 10 Perlembagaan Persekutuan pun.
PERKARA 10
PERLEMBAGAAN
PERSEKUTUAN:
KEBEBASAN BERCAKAP,
BERHIMPUN DAN MENUBUH PERSATUAN.

(1) Tertakluk kepada Fasal
(2), (3) dan (4);

(a) tiap-tiap warganegara
adalah berhak bebas bercakap dan
mengeluarkan fikiran;

(b) semua warganegara
adalah berhak berhimpun
secara aman dan dengan tidak bersenjata;

(c) semua warganegara
adalah berhak
menubuhkan persatuan;

(2) Parlimen boleh dengan
undang-undang
menggunakan:

(a) ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan
yang didapatinya perlu atau mustahak demi
kepentingan keselamatan
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya,
perhubungan
persahabatan dengan negeri-negeri lain,
ketenteraman awam untuk
melindungi keistimewaan-
keistimewaan Parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk
mengelakkan penghinaan
terhadap mahkamah,
fitnah, atau perbuatan
mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;

(b) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau
mustahak demi
kepentingan keselamatan
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;

(c) ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1), apa-apa sekatan yang
didapatinya perlu atau
mustahak demi
kepentingan keselamatan
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau
ketenteraman awam atau
akhlak.

(3) Sekatan-sekatan ke
atas hak menubuhkan
persatuan yang diberi oleh
perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh
atau pelajaran.

(4) Pada mengenakan
sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan
Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau
ketenteraman awam di bawah Fasal (2) (a),
Parlimen boleh meluluskan
undang-undang melarang
perbuatan mempersoal
apa-apa perkara, hak, ttaraf, kedudukan,
keistimewaan, kedaulatan atau hak kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan bahagian 3,
Perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan apa-apa jua melainkan
berhubung dengan
pelaksanaannya
sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-
undang itu.

So aku nak tanya KPN perenggan mana dlm Perkara 1 di atas yg dilanggar olh BERSIH 123, HKR & BLACKOUT 505? Jadi tepatlh jika dikatakn polis adalh alat BN membendung kejahatan mereka.

Di sini aku nak tau apakh KPN sedar yg polis telahpun gagal dlm tugasnya sehingga rumah adiknya sendiri pun dimasuki perompak (warga asing plak tu) baru2 ni. Kegagalan polis ini boleh dirujuk di sini.....

http://.www.antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7WscpZk

Sementara itu intergriti polis dah lama dipersoalkn banyak pihak di negara ini. Kes polis mengganas dlm perhimpunan2 aman rakyat, sikap dwi standard pihak polis & polis menjadi penjenayah berlesen telah diketahui umum.

http://.www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/majlis-peguam-gesa-siasatan-automatik-tembakan-polis/

JELASNYA POLIS RASUAH & SALAH GUNA KUASA MASIH BANYAK DLM PASARAN. KPN TAK TAU KE ZG MANA SATU PRIORITINYA DLM MELAKSANAKN TUGAS SEBAGAI ANGGOTA KESELAMATAN NEGARA INI?

Sultan Ahmad Shah terkilan teguran KJ - Wartawan Sinar Harian


Sultan Ahmad Shah
Sultan Ahmad Shah
1 Jun 2013.
 
KUALA LUMPUR - Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM), Sultan Ahmad Shah menyuarakan rasa terkilan berhubung teguran Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang menyoal ketelusan badan induk itu sebelum ini.

Titah baginda, keputusan untuk mengadakan semula aksi separuh akhir Piala FA, antara Pahang dan Johor Darul Takzim di Stadium Nasional, Bukit Jalil adalah mengikut peraturan yang ditetapkan.


"Ini semua daripada keputusan daripada JKPT, ini bukanlah kehendak saya dan kalau saya baik kita bermain di Kuantan.


"Jadi kenyataan ini adalah tidak sepatutnya dari orang yang bertanggungjawab kepada sukan menyatakan FAM pilih kasih," titah baginda yang dipetik dari portal Astro Awani, hari ini.


Semalam, Khairy membidas FAM dan Persatuan Bola Sepak Negeri Pahang (PBNP) dengan menyifatkan kedua-dua persatuan itu tidak profesional.


FAM dikatakan tidak bertindak adil apabila memperuntukan 60 ribu tiket yang dikeluarkan kepada PBNP.


Manakala, PBNP pula gagal memastikan keselamatan terjamin di Stadium Darul Makmur sehingga memaksa perlawanan terpaksa ditangguhkan.

Kita Kawan Mah - Depan Pavilion.

Maklumat Dari Portal SPR - BN = 47.38% - PR = 50.87%


LIHAT !!!

Bukan dari portal PAKATAN atau Portal Barisan Nasional Tetap Maklumat ini saya dapat melalui sumber Dari Portal Suruhan Pilihan Raya sendiri,Saya Cuba mencari kebenaran sebenar betulkah PAKATAN 50.87% dan BARISAN NASIONAL 47.38% untuk saya lagi yakin dengan apa yang saya memperjuangkan ini adalah satu titik perjuangan yang benar tidak percaya sebulat2 sebelah pihak,akhirnya saya dapat jawapan juga dari portal SPR.

Guru wanita sekolah menengah setapak ditangkap tanpa pakaian ??

 
GARA-GARA tidak dapat menahan nafsu, sepasang kekasih berasmara di dalam sebuah rumah di Kampong Batu 9 disini di cekup penduduk, polis dan pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak, baru-baru ini.

Setiausaha Jawatankuasa Keselamatan dan Kemajuan Kampong (JKKK) Kampong Baru, Batu 9, Ahmad Bahrom, 59, berkata, penangkapan itu dilakukan setelah penduduk mengintip gerak geri pasangan itu selama dua minggu di rumah milik ibu bapa lelaki tersebut yang dikatakan telah menjadi tempat pasangan itu melempiaskan nafsu.

Menurutnya juga, sebelum ini, ibu bapa lelaki berkenaan dikatakan telah menasihatkan anaknya supaya bernikah dengan gadis pilihanya itu tetapi lelaki tersebut sengaja melengah-lengahkan untuk berkahwin.

“Ketika serbuan dibuat ibu bapa lelaki itu dikatan tiada dirumah, ia memaksa kami untuk memecah pintu depan rumah tersebut yang dikunci kerana pasangan tersebut dikatakan enggan untuk memberi kerjasama.

“Lelaki yang berusia 30-an tersebut adalah seorang kontraktor di kawasan Changkat Jong manakala teman wanitanya yang berusia 25 tahun yang berasal dari Terengganu, adalah merupakan seorang guru yang bertugas si sebuah sekolah menengah di Setapak, Kuala Lumpur, kata ketika ditemui.

Ahmad berkata, ketika serbuan dilakukan, lelaki berkenaan didapati hanya memakai tuala sahaja sementara teman wanitanya berselimut dan berada di atas tilam.

Katanya, pasangan kekasih itu juga gagal menunjukan dokumen yang mengatakan mereka adalah pasangan suami isteri yang sah ketika diminta oleh pegawai penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak, Hilir Perak.

Pegawai penguatkuasa Pejabat Agama Islam Daerah Hilir Perak enggan memberi maklumat dengan alasan semua kenyataan hanya boleh dibuat oleh Pegawai Penguatkuas di Ibu Pejabat Jabatan Agama Islam Perak di Ipoh. – biswardihasbi

adios

Najib Di Singkirkan Pada Pemilihan Umno Kali Ini? - Posted by Addin Deen

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak - ketika ditanya mengenai kemungkinan beliau dicabar dalam pemilihan parti itu tahun ini - menjawab beliau tidak tahu tetapi menegaskan bahawa umno adalah sebuah parti yang demokratik.

Menjawab soalan wartawan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di ibunegara petang ini, Najib berkata: "Anda semua tahu Umno adalah parti yang demokratik.

"Jadi saya tidak tahu (sama ada akan dicabar).

"Kita perlu terima Umno adalah parti yang terbuka - tidak seperti parti-parti lain," kata Najib sambil ketawa kecil dalam sidang media selepas mesyuarat MT Umno di PWTC petang tadi.

Dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), kerusi Parlimen yang diperolehi BN merosot kepada 133 kerusi Parlimen - kurang tujuh kerusi (140) daripada pilihan raya umum tahun 2008.

Manakala Pakatan Rakyat memperolehi 89 kerusi Parlimen berbanding dengan 82 pada 2008.

Berikutan itu, sepertimana 2008, BN juga gagal memperolehi majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat.

Umno sebelum ini telah meminda perlembagaan itu dengan menghapuskan sistem kuota untuk sebarang jawatan parti itu termasuk jawatan presiden, mulai pemilihan parti itu yang dijangka hujung tahun ini.

Sebelum itu, jumlah kuota pencalonan diperlukan untuk layak bertanding bagi jawatan tinggi parti, iaitu:

1. Jawatan presiden: 30 peratus pencalonan (57 daripada 191 bahagian);

2.Timbalan presiden (20 peratus/38 bahagian);

3. Naib Presiden (10 peratus/19 bahagian);

4. Ahli Majlis Tertinggi (5 peratus/10 bahagian);

5. Ketua Wanita, Pemuda dan Puteri (20 peratus/38 bahagian); dan

6. Naib Ketua Wanita, Pemuda, Puteri (15 peratus/28 bahagian).

Cabaran bagi jawatan tertinggi parti itu bukanlah perkara baru dalam Umno. Sejarah parti telah menyaksikan dua kali presiden parti dicabar pada tahun 1978 dan 1987.

Pada 1978, Tun Hussein Onn telah dicabar oleh Datuk Sulaiman Palestin yang merupakan seorang tokoh Umno yang lantang dan pernah memegang jawatan naib ketua Pemuda Umno dan ketua Penerangan Umno.

Hussein mengekalkan jawatan dengan memperolehi 898 undi manakala Sulaiman mendapat 250 undi.

Manakala tahun 1987 menyaksikan Tengku Razaleigh Hamzah mencabar Tun Dr Mahathir Mohamad untuk jawatan presiden Umno.

Mahathir berjaya menewaskan Tengku Razaleigh dengan 40 undi, tetapi pertandingan itu telah memecahkan Umno dan parti itu diisytiharkan sebagai sebuah pertubuhan haram oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 4 Februari 1988.

Pengharaman itu berpunca daripada tindakan sekumpulan ahli Umno mengambil tindakan undang-undang untuk mencabar keputusan pemilihan parti itu yang berlangsung pada 24 April, 1987.

Sementara itu, bercakap lanjut, Najib mengumumkan sekretariat lembaga disiplin Umno menerima 99 aduan sabotaj pada PRU13 dan aduan itu akan disiasat dan diputuskan jawatankuasa khas lembaga disiplin Umno.

Mengenai cadangan untuk menjadikan BN sebagai parti tunggal dan bukan sebuah gabungan parti, Najib menegaskan perkara itu perlu turut mengambil kira pandangan dan penerimaan ahli-ahli Umno.

"Kita perlu adakan perbincangan peringkat makmal (BN) dan perlu juga dibuat tinjauan di kalangan ahli Umno.

"Apa-apa perubahan mestilah berdasarkan penerimaan ahli-ahli Umno sendiri," kata Najib.  
 
~malaysiakini

Salleh sokong keputusan sekat Izzah masuk Sabah ??


KOTA KINABALU - Timbalan Ketua Perhubungan Umno Sabah Datuk Seri Salleh Said Keruak menyokong penuh keputusan kerajaan negeri meminta Pengarah Jabatan Imigresen Negeri menghalang naib presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Nurul Izzah Anwar memasuki Sabah semalam.

Beliau berkata kuasa menghalang seseorang daripada memasuki Sabah disebut dengan jelas oleh Seksyen 66 Akta Imigresen.

"Bagaimanapun, peruntukan undang-undang berupa rayuan, sentiasa ada bagi Nurul Izzah. Saya percaya keputusan ini bukan bersifat politik, tetapi untuk menjaga kepentingan dan kestabilan Sabah.

"Sabah perlu menyekat kemasukan mana-mana ahli politik dari luar negeri ini tanpa mengira kecenderungan politik mereka, yang datang ke negeri kami dengan niat untuk menanam perasaan curiga dan benci dalam kalangan rakyat kami," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.


Sambil menegaskan bahawa rakyat Sabah tidak mahu mengamalkan budaya politik 'pecah dan perintah' seperti yang terdapat di tempat lain, Salleh, yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah, berkata Sabah merupakan sebuah negeri yang sentiasa aman serta harmoni dan "kami berbangga dengan perpaduan dalam kepelbagaian kami".

"Kami tidak boleh membiarkan kepentingan Sabah dipermainkan oleh ahli politik tidak jujur dari Semenanjung Malaysia yang ingin memburu kemegahan politik peribadi," katanya. - Bernama

Demokrasi lawan pada demokrasi. Ini kuku besi bagaimana melawannya? 



Lagi Berita

Amat malang bagi umat Islam Di Kedah ?

Kerajaan UMNO Kedah haramkan kuliah agama di Seri Mentaloon..??


Amat malang bagi umat Islam di negeri ini, khususnya kakitangan awam yang selama ini menghadiri kuliah mingguan setiap hari Sabtu di Seri Mentaloon kerana kerajaan UMNO Kedah telah mengharamkannya! 

Kuliah mingguan tersebut diperkenalkan sejak Pakatan Rakyat mentadbir Kedah pada 2008, menampilkan para penceramah agama yang menyampaikan pelbagai ilmu Islam. Ia mendapat sambutan hangat khususnya dari kakitangan kerajaan dan swasta, memandangkan tempat tersebut lebih selesa dan mempunyai kemudahan parkir yang luas.

Bagaimanapun sejak Kedah diambilalih oleh UMNO 5 Mei lalu, yang dilaporkan memenangi PRU dengan cara 'menipu dan membeli undi' maka kuliah agama tersebut tidak dibenarkan sama sekali.


Untuk maklumat, sewaktu negeri-negeri Islam seperti Uzbekistan, Kazakhstan, Tajikistan berada di bawah naungan Komunis Soviet suatu masa dahulu kuliah-kuliah agama seperti itu memang diharamkan sama sekali. Kerajaan komunis khuatir kesedaran umat Islam terhadap agamanya menyebabkan dasar-dasar yang sekular dan anti Islam akan ditolak.


Umno muncul parti terkuat berdasarkan keputusan PRU13, kata Najib


KUALA LUMPUR — Umno kekal sebagai parti pilihan rakyat berdasarkan pencapaian parti itu pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), 5 Mei lepas, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri (gambar) berkata ini terbukti dengan kejayaan Umno menambah bilangan kerusi Parlimen daripada 79 pada PRU12 2008 kepada 88 pada pilihan raya kali ini.

“Jika dibandingkan dengan pembangkang, mereka mempunyai 89 buah kerusi, bererti Umno sebagai parti tunggal boleh menyamai gabungan parti pembangkang yang terdiri daripada tiga parti tersebut (DAP, PKR dan PAS),” kata Presiden Umno itu kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno di sini hari ini. 


Najib berkata prestasi Umno juga diukur berdasarkan kejayaannya merampas kembali Kedah dan Perak berserta bilangan undi yang diperolehi yang semakin bertambah.

“Mengikut kajian kita, lebih kurang 30 peratus peningkatan undi yang diberikan kepada Umno berbanding tahun 2008,” katanya.

Justeru, Najib berkata Umno akan terus berjuang dengan memantapkan gerak kerjanya melalui beberapa penambahbaikan pentadbiran di peringkat ibu pejabat seperti dicadangkan oleh timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin selaku Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan.

Beliau berkata antara penambahbaikan tersebut ialah mewujudkan beberapa bidang pengkhususan sepenuh masa seperti penyelidikan dan latihan, media sosial dan bidang penerangan.

Beliau berkata penyusunan semula tersebut perlu bagi memastikan usaha, mesej dan segala keputusan daripada Majlis Tertinggi itu dapat dilaksanakan dengan lebih berkesan. Menurutnya khidmat tenaga
profesional sepenuh masa dan berdedikasi akan digunakan untuk melaksanakan tugas dan arahan majlis itu.

Sementara itu, Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata pengumuman Najib mewujudkan pelbagai pengkhususan dalam memantapkan lagi parti itu akan menjadikan Umno lebih fokus untuk mendekati golongan muda.

“Ini merupakan tumpuan baharu parti kerana pada 2017 atau 2018 nanti (jika pilihan raya umum diadakan), dijangka hampir 2.5 juta pengundi muda, dan ini harus diberikan tumpuan bagi mendekati kumpulan berkenaan,” katanya.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin pula berpendapat pengwujudan pelbagai pengkhususan itu adalah cadangan yang tepat bagi memulakan usaha parti itu menghadapi pilihan raya umum ke-14. 


“Kita pisahkan media sosial daripada penerangan, jadi kita akan memberi input untuk kaedah menjalankan kempen melalui media alternatif dengan lebih berkesan. Pemuda Umno akan menyumbang idea untuk memperkukuhkan bidang itu,” katanya.

— Bernama

Pemimpin2 & Ahli Ahli UMNO Dinasihatkan "BERFIKIR DULU SEBELUM BERCAKAP."

SPR : "Dakwat Kekal Bertahan 5 Ke 7 Hari"?


 

Bekas Pengerusi gerak mohon maaf kepada MB Selangor !!

Pemfitnah MB Selangor Kesal Dan Akui Kesilapan Di Mahkamah


SHAH ALAM - Kes saman fitnah Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim terhadap bekas Pengerusi Gerak Malaysia, Mohd Nazree Mohd Yunus, selesai hari ini apabila Menteri Besar Selangor itu menerima permohonan maaf Mohd Nazree di Mahkamah Tinggi di sini.

Kenyataan permohonan maaf secara terbuka yang dibacakan Mohd Nazree itu direkodkan di hadapan Hakim Datuk Dr Badariah Sahamid.


Terdahulu, Mohd Nazree, yang juga Ketua Angkatan Muda Keadilan Negeri Sembilan ketika membacakan kenyataan dalam bahasa Malaysia berkata beliau memohon maaf kepada Abdul Khalid atas kenyataan yang diberikannya selaku Pengerusi Gerak Malaysia pada sidang media bertarikh 21 Jan 2009 dan 3 Feb 2009.

"Saya mengaku amat menyesal kerana membuat kenyataan akhbar yang tidak benar terhadap Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Saya juga berjanji tidak akan mengulangi perbuatan mengeluarkan perkataan berunsur fitnah terhadap plaintif (Abdul Khalid) pada masa akan datang," katanya.

Di awal prosiding, peguam S.N Nair, yang mewakili Abdul Khalid memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihak defendan (Mohd Nazree) akan mengemukakan permohonan maaf secara terbuka di mahkamah.

Selain permohonan maaf, defendan yang diwakili peguam Nurul Atikah Chut Jais juga perlu menyiarkan kenyataan permohonan maaf itu di dalam akhbar Sinar Harian dengan ukuran 15cm x 18cm dalam tempoh 14 hari daripada tarikh penghakiman hari ini.

Abdul Khalid memfailkan saman fitnah terhadap Mohd Nazree pada 24 Mac 2009 yang mendakwa Menteri Besar Selangor itu telah menggunakan wang kerajaan negeri bagi membiayai pembelian 46 ekor lembu korban bernilai RM110,400 pada Hari Raya Korban tahun itu untuk kawasan Parlimen Bandar Tun Razak yang diwakili Abdul Khalid.

Beliau memohon ganti rugi teruk, ganti rugi teladan, ganti rugi am dan juga injunksi untuk menghalang defendan daripada mengulangi kenyataan memfitnah itu.

Dalam pernyataan tuntutan, Abdul Khalid mendakwa bahawa kenyataan itu menjejaskan reputasinya dari segi politik dan jawatannya di dalam kerajaan negeri tanpa defendan membuat semakan terhadap kebenaran di dalam kenyataan yang dikeluarkannya.

Mohd Nazree dalam pernyataan pembelaannya bertarikh 25 Jun 2009 berkata kenyataan yang dibuatnya adalah berasas dan berdasarkan bukti yang kukuh dalam bentuk dokumen atau apa pun bentuk lain dan defendan akan membuktikan ketika perbicaraan di mahkamah nanti.

Ketika ditemui di luar mahkamah, Abdul Khalid berkata beliau menerima kenyataan maaf Mohd Nazree yang sanggup mengakui kenyataan beliau terhadapnya adalah tidak benar.

- Bernama

Isu Batal Pasport: Peguam Tempelak Ketua Pengarah Imigresen Sebagai Jahil Undang-undang



Peguam: Tiada peruntukan untuk batal pasport

Akta Pasport 1966 tidak mempunyai peruntukan bagi pembatalan pasport Malaysia seperti yang didakwa oleh Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Alias Ahmad, kata para peguam.

"Selepas meneliti Akta Pasport, saya tidak dapat mencari peruntukan mana yang membolehkan (Imigresen membatalkan pasport)," kata peguam Syahredzan Johan (kiri).

Malah, katanya, beliau tidak tahu adanya sebarang undang-undang yang membolehkan kerajaan membatalkan pasport Malaysia.

Bagaimanapun, katanya, terdapat undang-undang individu yang memperuntukkan kuasa untuk menghalang individu daripada meninggalkan Malaysia, contohnya, di bawah Akta Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) 1997 dan Akta Kebankrapan 1967, dan juga mereka yang diikatjamin berkaitan kesalahan jenayah.

Dalam mesej teks kepada Malaysiakini, Syahredzan bagaimanapun menegaskan bahawa akta-akta tersebut hanya melarang individu keluar negara ini, tetapi bukan membatalkan pasport Malaysia yang sah.

David Matthews, seorang pakar dalam bidang tersebut, berkata sekatan ke atas individu di bawah undang-undang yang berasingan itu, bagaimanapun, tidak boleh dilakukan secara pentadbiran oleh ketua pengarah (KP), tetapi mesti melalui suatu perintah mahkamah.

Menurutnya, Akta Pasport merupakan satu undang-undang pentadbiran dan tidak berurusan tentang kewarganegaraan dan lain-lain.

Ketika dihubungi, David berkata, ia hanya membolehkan KP mengeluarkan bukan warganegara yang memasuki Malaysia secara haram, dan tidak terpakai kepada rakyat tempatan.

Beliau berkata KP boleh berhujah bahawa di bawah Seksyen 12D akta tersebut, beliau boleh diberikan kuasa oleh menteri, tetapi ini lebih merujuk kepada perkara-perkara dasar.

Tetapi, tambahnya, apa-apa arahan seumpama itu hendaklah munasabah dalam erti kata undang-undang pentadbiran dan juga adil.

'Mencemarkan imej negara di luar negara', tambahnya, adalah samar-samar dan tidak boleh dijadikan sebab untuk membatalkan pasport.

Dalam soal pembatalan kewarganegaraan, katanya, ini adalah dinyatakan di dalam Perlembagaan Persekutuan, tetapi hanya boleh diguna jika seseorang warganegara itu melakukan perkara-perkara yang membatalkan kewarganegaraannya.

Katanya, ini termasuk perkara-perkara seperti menerima kewarganegaraan negara lain atau melaksanakan hak-hak rakyat negara lain, seperti mengundi.

"Tetapi ia bukan pembatalan per se. Seseorang itu tidak boleh dinafikan hak kewarganegaraan," katanya.

Beliau menambah, jika 6,564 orang yang disebut itu, didakwa di negara asing, maka mereka akan menghadapi hukuman undang-undang di sana.

Semalam, Alias dipetik oleh Berita Harian sebagai berkata, jabatan itu akan membatalkan pasport Malaysia 6,564 rakyat Malaysia, antaranya kerana "mencemarkan imej Malaysia di luar negara".

Alias memberitahu akhbar tersebut bahawa ini selaras dengan Akta Pasport, tetapi tidak menyatakan secara khusus seksyen Akta tersebut.

Bagaimanapun, beliau kemudiannya berkata undang-undang itu hanya membenarkan kerajaan menghalang rakyat Malaysia daripada keluar negara, dan bukan menghalang mereka memasuki Malaysia.

Pada hari Isnin, beliau telah dilaporkan oleh Berita Harian sebagai berkata rakyat Malaysia yang memprotes di luar negara boleh dihalang daripada pulang dan pasport mereka boleh dibatalkan di bawah Seksyen 8 Akta Imigresen 1959/1963.

Menurut Matthews, adalah mengejutkan bagi Alias berkata demikian kerana ia menunjukkan satu kejahilan undang-undang.

Seluruh seksyen itu merujuk kepada pendatang, kata Mathews sambil menambah bahawa cara Alias beralih dari satu akta kepada yang lain, menunjukkan beliau tidak tahu apa yang dicakapkannya.

Seksyen 8, Akta Imigresen menyatakan bahawa KP Imigresen boleh mengklasifikasikan mana-mana bukan warganegara sebagai pendatang yang dilarang, sebagaimana yang ditakrifkan dalam Seksyen 8 (3) akta yang sama, dan melarangnya daripada memasuki negara ini.

Dalam satu kes, kerajaan telah membatalkan pasport pemimpin Hindraf - yang kini menjadi timbalan menteri, P Waythamoorthy - memaksanya ketika itu hidup dalam buangan di London.

Agensi Sempatan United Kingdom, dalam jawapan bertulis kepada permohonan peguam Waythamoorthy di bawah Akta Kebebasan Maklumat, berkata pasport itu "dibatalkan kerana pihak berkuasa Malaysia mahu menangkap Waythamoorthy untuk menghadapi tuduhan jenayah."

Malaysiakini telah berulang kali cuba menghubungi Alias untuk mendapatkan penjelasan mengenai seksyen Akta Pasport yang mahu digunakan untuk membatalkan pasport, tetapi belum berjaya menghubungi. -mk
,br>

Kritik kerajaan akan dibatalkan pasport mereka? Kenapa begitu?

Dalam keadaan kedua-dua pihak pembangkang dan parti kerajaan sedang berperang mulut berhubung dengan banyak isu, keluar pula kenyataan yang sangat mengelirukan dari Ketua Pengarah Imigresen Malaysia, Dato' Alias Ahmad. Mengapa dan kenapa kenyataan yang sangat mengelirukan ini dikeluarkan, hanya beliau sahajalah yang tahu.

Dato' Alias telah mengeluarkan kenyataan bahawa Jabatan Imigresen mempunyai hak untuk membatalkan pasport rakyat Malaysia yang mengkritik kerajaan di luar negara dan ini tidak dapat diterima. Mengkritik kerajaan yang memerintah adalah hak rakyat negara ini dan ia boleh dilakukan di mana-mana, samada di dalam atau dari luar negara.

Kita bersetuju rakyat yang mengkritik dan memburukkan negara itu wajar diambil tindakan seperti itu, tetapi setakat mengkritik kerajaan yang mereka anggap rasuah dan menyalahgunakan kuasa itu bukannya mengkritik negara. Jika seorang rakyat mengkritik kehadiran sistem negara seperti kedudukan Raja-Raja Melayu dan apa yang berkaitan dengannya adalah salah bagi negara ini dan wajar pasport mereka dibatalkan.

Tetapi jika seseorang mengkritik kerajaan yang rasuah dan menyalahgunakan kuasa dan membantutkan usaha memperkayakan perpaduan kaum itu tidak salah dan adalah ‘ultra-vires’ jika tindakan diambil terhadap rakyat itu. Jika semua kritikan terhadap kerajaan itu membolehkan pasport mereka terbatal maka negara kita seolah-olah sebuah negara yang zalim dan tidak bertamadun.

Rakyat dan pemimpin yang meminta pertolongan kuasa asing, misalnya CIA, untuk menumbangkan kerajaan, itu adalah tindakan yang jahat dan perlu pasport mereka itu ditarik balik atau dibatalkan terus. Tindakan ini adalah tindakan memusuhi negara dan Yang Di Pertuan Agong, maka mereka wajar dibatalkan pasport mereka.

Tetapi jika setakat mengatakan Najib atau Muhyiddin sebagai pemimpin yang tidak sesuai dengan negara, itu adalah isu politik dalaman dan tidak sepatutnya pihak imigresen membatalkan pasport mereka. Tuduhan seperti itu pun sememangnya ada kebenarannya.

Apabila kita mendengar kenyataan-kenyataan seperti ini dikeluarkan oleh mereka yang memegang amanah untuk mentadbir jabatan dan negaranya, kita amat khuatir dengan jenis apa negara kita akan berada pada masa-masa yang akan datang.

Saya secara peribadi berharap Ketua Pengarah Imigresen itu akan membuatkan pencerahan yang betul kerana ramai rakyat yang sedang tertanya-tanya kenapa kenyataan itu keluar dalam waktu yang sangat panas ini. Adakah kenyataan itu untuk menyediakan pemikiran rakyat yang jika ada pimpinan mana-mana pihak yang akan dibatalkan pasportnya nanti, rakyat diminta tidak bertindak dengan cara ganas atau apa?

Ramai yang sangat keliru sekarang ini. Ada pihak yang menggunakan kuasa sejak berdekad-dekad lamanya. Ada pihak yang telah merasakan akan dapat menggantikan kuasa sudah begitu celupar untuk mengambil tindakan dan memenjarakan pihak yang akan digantikannya itu.

Kalau hendak ambil tindakan pun biarlah setelah kuasa diperolehi. Tidak perlu bercakap besar di atas nama ketegasan dan pembaharuan. Apabila ternampak 'rusa di hutan tembak dahulu baru bersorak'. Tetapi mereka ini bersorak baru hendak menembaknya. Belum pun sempat menembak rusa sudah cabut lari.

Bila rusa sudah lari, marah-marah pula kepada semua orang kerana kesalahan sendiri itu. Diri sendiri tidak pernah bersalah. -aspanaliasnet

 

VIDEO - Najib flayed for flip-flopping over Sedition Act
















Pembangkang komponen kerajaan, bukan pengkhianat?? - Written by Hadi Kamilan

 
Pada 10 April 1826, Sir John Hobhouse ketika berhujah di dalam House of Commons, Westminster (Parlimen British) telah mengungkapkan istilah His Majesty's Opposition (Pembangkang Di Raja) atau di sesetengah negara memanggilnya His Majesty's Loyal Opposition (Pembangkang Taat Di Raja) yang menjadi batu asas penting dalam sistem demokrasi berparlimen di negara England ketika itu. 

Setelah 162 tahun, peninggalan dan jasa besar beliau masih lagi diguna pakai di seluruh Parlimen di negara-negara Komanwel sehingga hari ini.

Apakah yang dimaksudkan beliau sebagai Pembangkang Di Raja ketika itu? Menurut Geraltz Schmitz (1988) dalam kertas kajiannya "The Opposition in a Parliamentary System" istilah His Majesty's Opposition atau Pembangkang Di Raja, membawa maksud ahli-ahli pembangkang di dalam Dewan Perundangan sesebuah negara berkemungkinan akan mempertikai dasar kerajaan sedia ada. 

Namun pada masa yang sama masih lagi berfungsi di dalam kerangka demokrasi yang dibenarkan.

Pencerahan berhubung maksud pembangkang pula diperincikan dalam kertas kerja "The Role of Political Parties in Democracy" oleh National Democratic Institute for International Affairs sebagai "democratic opposition" iaitu parti politik yang tidak menerima undi yang mencukupi untuk membentuk kerajaan namun memainkan peranan yang sama penting untuk ahli dan penyokongnya serta termasuk juga kepada orang yang tidak menyokong dasar dan aktiviti yang dilaksanakan oleh kerajaan pemerintah.

Justeru, atas dua definisi ini maka konsep Pembangkang Di Raja dapat difahami sebagai membenarkan pencanggahan idea melalui hujah dan debat bagi memastikan demokrasi itu berfungsi tanpa rasa takut dituduh sebagai pengkhianat memandangkan tugas mereka bertanggungjawab terhadap penyokongnya dan kepada siapa yang tidak bersetuju dengan dasar kerajaan pemerintah. 

Pada sesiapa yang menganggapnya is hanyalah perubahan terma perkataan, mereka silap kerana ia menunjukkan kepentingan kedudukan pembangkang di dalam sistem Parlimen negara-negara Komanwel yang mempunyai sejarahnya yang panjang.

Ini kerana pada awal abad ke 16 dan ke 17, sesiapa sahaja ahli-ahli Parlimen yang cuba mengemukakan rang undang-undang peribadi (private bill), bertentangan pendapat atau idea dengan Raja (kerajaan), hatta berdebat isu-isu nasional seperti hak pewarisan, dasar luar dan agama telah merisikokan diri mereka untuk di penjara. 

Oleh yang demikian, adalah sesuatu yang lumrah jika hari ini pembangkang sering dipinggirkan, diperkecil dan diperkotak-katikkan peranannya memandangkan ia telah berlaku ratusan tahun dahulu.

Pembangkang komponen kerajaan

Walau pun terma Pembangkang Di Raja tidak wujud di dalam Perlembagaan Persekutuan di Malaysia secara terang dan jelas, namun pengiktirafan terhadap ketua pembangkang dan peranannya dapat dilihat dalam beberapa akta dan undang-undang kecil. 

Ini pastilah berbeza dengan kedudukan His Majesty’s Opposition di United Kingdom memandangkan Perlembagaan United Kingdom ini tidak bertulis maka atas warisan dan sejarahnya pada tahun 1826, maka terma ini telah di kanunkan secara tidak langsung disisi Perlembagaannya.

Norman Wilding di dalam bukunya "An Encyclopedia of Parliament" menyatakan di dalam menentukan kedudukan dan mengiktiraf peranan pembangkang di dalam dewan perundangan, kebiasaannya kedudukan pembangkang diketuai Ketua Pembangkang yang akan duduk di barisan hadapan sekali dan di sebelah kiri Yang Di Pertua Dewan Perundangan. 

Parti politik pembangkang yang menguasai kerusi terbanyak akan diberikan keutamaan diikuti parti-parti politik yang berikutnya.

Kedudukan yang diguna pakai ini juga terpakai di dalam Parlimen Malaysia memandangkan Malaysia juga merupakan sebuah negara jajahan takluk negara British satu ketika dahulu.

Walau pun pilihanraya di Malaysia telah diadakan pada tahun 1955, namun ia merupakan Majlis Perundangan Persekutuan yang ditubuhkan sebelum merdeka. 

Justeru, ia tidak boleh di anggap Parlimen Tanah Melayu yang mencerminkan kedudukan sebuah Parlimen yang berdaulat. Hanya pada tahun 1959, barulah Malaysia mempunyai sebuah kabinet kerajaan dan pembangkang yang formal di dalamnya.

Walaupun definisi ketua kerajaan hatta ketua pembangkang tidak di masukkan di dalam peruntukan Perkara 160, Perlembagaan Persekutuan namun sedia difahami ketua kerajaan adalah Perdana Menteri manakala penjelasan secara ringkas dan tuntas maksud ketua pembangkang diungkap dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Rakyat, Peraturan 4A (3.) dan (4.) menyebut tentang definisi yang membawa maksud Ketua Kumpulan bagi pihak pembangkang.

Justeru, Ketua Pembangkang mendapat keistimewaan seperti keutamaan berhujah selepas Menteri Kewangan membentangkan belanjawan tahunan. 

Selain itu, berdasarkan peruntukan di dalam Akta Ahli Parlimen (Saraan) 1980, selain itu Ketua Pembangkang juga mendapat kelayakan gaji sebagai ahli Dewan Rakyat sebanyak RM 5969.00 sebulan, beliau juga mendapat elaun tambahan secara bulanan sebanyak RM3190.00 selain pejabat dan sebagainya. 

Jumlah ini sama atau kecil sedikit dengan gaji seorang Timbalan Menteri di Malaysia.

Bagaimana pula kedudukan ketua pembangkang di negara-negara komanwel? Di negara-negara lain pula, kedudukan dan pengiktirafan ketua pembangkang di angkat begitu tinggi.

Gaji seorang ketua pembangkang adalah hampir setaraf dengan gaji seorang menteri kabinet di sana dan pengiktirafan ini telah pun diberikan semenjak tahun 1937. Di United Kingdom, elaun dan gaji ketua pembangkang berjumlah 139, 355 pound sterling manakala Menteri Kabinetnya mendapat gaji berjumlah 145, 499 pound sterling setahun. 

Antara negara-negara lain yang memberikan pengiktirafan yang sama kepada ketua pembangkang di mana gajinya hampir setaraf Menteri Kabinet adalah di Australia, New Zealand dan Kanada.

Pelindung hak minoriti

Kehadiran pembangkang di Parlimen harus dilihat sebagai pelindung bagi sebahagian hak minoriti di dalam negara ini. Ini kerana mereka secara sahnya telah dipilih sebagai wakil rakyat bagi konsitusi tersebut. 

Ini bersesuaian lah dengan konsep majority rule, minority right dimana walaupun kumpulan majoriti yang memerintah, hak bagi minoriti perlu dipelihara dan dilindungi.

Seharusnya masyarakat tidak melihat parti pembangkang di dalam Dewan Perundangan ini sebagai mereka yang suka menghentam kerajaan semata-mata malahan mereka juga harus dilihat berfungsi sebagai kerajaan alternatif.

Ini kerana apabila parti-parti pembangkang ini berfungsi secara formal maka mereka mempunyai tanggungjawab besar yang perlu di beri perhatian di dalam dewan khususnya terhadap pembangunan, dasar yang dibentangkan kerajaan di dalam dewan perundangan tersebut.

Resoluti dari Bengkel Hak dan Tanggungjawab Pembangkang anjuran Sekretariat Parlimen Komanwel juga sepakat menyatakan bahawa kunci yang di perlukan bagi membuktikan pembangkang sebagai sebuah kerajaan alternatif adalah kredibiliti sesebuah pembangkang apabila berhujah.

Ia bermaksud bagi sesebuah pembangkang itu dilihat sebagai sebuah kerajaan alternatif maka pakatan pembangkang itu bukan sahaja mesti berkemampuan untuk mengambil alih kerajaan tetapi dilihat mampu juga membuatnya. 

Ini dapat dilihat melalui idea-idea dan gagasan yang dikemukakan kepada rakyat dan gagasan ini perlulah disokong dengan data dan fakta yang menguatkan hujah mereka.

Penulis suka memetik kata Sir John Hobhouse pada tahun 1819 di mana ketika itu beliau di tahan di dalam penjara Newgate, katanya “Aku adalah orang yang dipilih untuk rakyat, oleh rakyat dan jika dipilih dalam pilihanraya ini Aku tidak akan melakukan apa-apa perniagaan selain untuk rakyat.”

Justeru, terdapat suatu persoalan yang bermain-main di minda penulis, sudah sampaikah masanya kita beranjak mengiktiraf pembangkang di Malaysia sebagai Pembangkang DiRaja jika tujuan murni mereka juga sama adalah berkhidmat untuk rakyat. 

Memandangkan sudah mula menjadi satu budaya ahli-ahli politik di Malaysia ‘mengkhianatkan’ ahli politik lain hanya semata-mata perbedaan idea dan pandangan. Ayuh, kita setapak lagi maju ke depan membudayakan politik baru di Malaysia.

Penulis adalah seorang calon Doktor Falsafah di dalam Undang-undang Perlembagaan di Fakulti Undang-undang, Universiti Kebangsaan Malaysia.


Malaysia Chronicle.

VIDEO - Ucapan Adam Adli Di Blackout 505 Di Ipoh, Perak.


 

Gambar ini memberi sejuta makna.... tokpepijat

 
 
ada hari kita di atas
ada hari kita di bawah

ada hari kita di luar
ada hari kita di dalam

ada hari kita tidak kisah apa orang kata
kerana kita berkuasa dan berpangkat

ada hari kita tidak peduli sengsara rakyat di Berembang
ada hari kita seronok bagi penyapu pada pegawai kita

hari ini
baru kita tahu langit tidak selamanya cerah bagi kita
dan langit tidak selamanya mendung bagi yang dizalimi

hari ini juga
baru kita tahu doa-doa yang dizalimi dimakbulkan Tuhan Yang Maha Adil

dan hari ini juga baru kita tahu jalan yang diambil Mat Taib
jalan yang betul, benar dan penuh keinsafan

Kita masih ada saki baki hari yang bakal indah
kerana Tuhan itu Maha Pengampun

 
 

VIDEO - Jika semua boleh undi, 60% sokong Pakatan