Followers

Thursday, August 4, 2011

Menyakitkan..!! Satu "PENGHINAAN" Terhadap Islam..



Erra tanpa tanpa tudung sedang menyanyi dalam satu rancangan yang akan
ditayangkan pada Hari Raya Aidil Fitri tahun ini.Bagaimanakah seorang manusia
yang bernama artis tidak terasa berdosa mempermainkan Perintah Allah dalam
surat an-nur 31 dan al-ahzab 59 berkaitan kewajiban menutup aurat.

Sedangkan dalam suatu masa yang lain beliau menjadi duta tudung
seperti gambar di bawah ini..

Memakai tudung hanya sebagai satu simbol melariskan produk
sesuatu syarikat demi mangaut keuntungan dunia,sedangkan beliau
menjadi idola dan ikutan generasi muda masakini.Maka akan hancur
dan hinalah Islam dengan style kehidupan berpura-pura manusia seperti ini.

Ulamak sewajibnya bersuara..sebelum golongan munafik seperti ini semakin
menjadi-jadi dan menghina hukum Allah.



SEMUA MENTERI KENA NASI KANG KANG - LIHAT DAN SAKSIKAN

nota:

lihat gambar ini
ini adalah gambar terbaik
posing untuk menunjukkan gelang
cara untuk menunjukkan cincin
cara untuk menunjukkan anting anting

kalau ini orane melayu tak faham
memanglah dah kena nasi kang kang
kah kah kah


PELIHARA KEAMANAN NEGARA : ROSMAH - meloya

Usaha memelihara keamanan negara tidak harus disandarkan kepada anggota keselamatan semata-mata kerana ia amanah yang perlu digalas dengan jiwa yang kental dan semangat tinggi oleh seluruh rakyat.

Rosmah Mansor berkata, keamanan adalah ‘kemewahan’ yang harus dipelihara dengan apa cara sekalipun kerana setiap pergolakan akan menyebabkan kemerosotan ekonomi dan ketidakstabilan politik yang akhirnya membawa kesengsaraan kepada rakyat.
 
 
KAH KAH KAH...KAH KAH KAH...KAH KAH KAH

woit...MULA MULA GANTIKAN ANAK MAMI.... kah kah kah..

kah kah kah...SHARIZAT JADI MENTERI PENGIRING.... kah kah kah..

kah kah kah.... LEPAS TU AMBIL TEMPAT MALIKUL MASA LAWAT SAUDI.... kah kah kah..

kah kah kah...MUHYIDDIN ...HILANG KUASA.... kah kah kah..

kah kah kah... SEKARANG AMBIL ALIH MENTERI PERTAHAHAN.... kah kah kah..

kah kah kah...ZAHID HAMIDI ANGGUK SAJE..... kah kah kah...

woit... NAJIB DAH LAMA JADI TUKANG SAPU.... kah kah kah..

NOTA:
baca sekali lagi berita ini
baca sekali lagi

nampak?
nampak tak?

utusan telah menggunakan perkataan
KEMEWAHAN

faham tak?

ini tandanya bahawa
utusan memberi singnal
bahawa kemewahan itu
ialah kemewahan rosmah mansor
kerana itu perkatan kemewahan
di bubuh '.......' ka kah kah

Panas!! 50 Bekas Ahli Parlimen UMNO Mahu Najib Letak Jawatan - Posted by Addin


PETALING JAYA - Spekulasi telah bertiup kencang bahawa kedudukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam Umno sedang terancam. Orang dalaman parti mendakwa bahawa sokongan terhadap Muhyiddin Yassin begitu kuat di samping sokongan oleh Tun Dr Mahathir Mohamad untuk memberi tekanan kepada Najib. 
Cengkaman kuasa Perdana Menteri menurun berikutan perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai manakala kontroversi berkaitan isterinya Rosmah Mansor juga membelenggu beliau. Kini, sebuah organisasi yang mewakili bekas ahli UMNO Parlimen telah menyuarakan kekurangan keyakinan terhadap kepimpinan Najib dan mahu beliau meletakkan jawatan.



Organisasi yang dipanggil Penawar yang diketuai oleh bekas Menteri Kabinet Aziz Shamsuddin, yang merupakan Setiausaha Politik Mahathir dari tahun 1981 hingga 2002.


Bercakap mengenai isu ini, ahli Penawar berkata organisasi ini memutuskan dalam mesyuarat minggu lalu bahawa ini adalah masa untuk Najib melepaskan jawatan."Terpulang kepada Najib. Jika dia mencintai negara dan orang Melayu, beliau harus meletakkan jawatan secepat mungkin.


"Jika dia tidak beliau adalah orang yang mementingkan diri sendiri, maka dia mesti berhenti," kata bekas Ahli Parlimen kepada FMT, sambil menambah bahawa mesyuarat itu dihadiri oleh bekas menteri dari era Mahathir.


Menurut beliau, Penawar, yang mewakili kira-kira 50 bekas Ahli Parlimen, tidak berpuas hati dengan kepimpinan Najib kerana beberapa sebab. Apabila ditanya, beliau enggan mengulas lanjut mengenai sebab-sebab, yang menyatakan bahawa ini adalah pengetahuan umum.


Dihubungi kemudiannya, Aziz memberitahu yang merupakan pengerusi Penawar, enggan mengulas mengenai perkara itu tetapi mendedahkan bahawa organisasi akan mengadakan satu lagi mesyuarat esok.

Abang Muhyiddin turut hadir?

Najib mengambil alih pada April 2009 dan segera menggambarkan dirinya sebagai pemimpin yang sederhana di bawah konsep 1Malaysia bertujuan untuk memancing undi Cina dan India.


Walau bagaimanapun, pendekatan menyeluruhnya gagal turun ke bawah dengan baik menyebabkan ketidakpuasan hati golongan pihak-pihak tertentu dalam Umno. Walaupun Mahathir mendakwa bahawa parti itu telah gagal untuk melindungi orang Melayu dan ini membawa kepada munculnya kumpulan-kumpulan seperti Perkasa.


Dalam perkembangan yang sama, sokongan kaum Cina terus meningkat untuk pembangkang seperti yang dilihat dalam beberapa pilihan raya kecil dan tekanan ke atas Najib yang dipasang.


Blogger terkemuka Mohd Sayuti Omar juga mencatatkan satu artikel mengenai panggilan Penawar kepada Najib untuk meletak jawatan.


Menurut suatu sumber, di kalangan mereka yang hadir pada mesyuarat itu adalah abang Muhyiddin, Aziz Yassin, bekas Menteri Belia Dan Sukan Mokhtar Hashim dan Tamrin Ghaffar, anak bekas Timbalan Perdana Menteri, Ghaffar Baba.

Diterjemah dari Free Malaysia Today.

Gerakan Mahathir dan Muhyiddin untuk jatuhkan Najib! - oleh : Milo Suam

SEBELUM ini telah didedahkan di MiLo SuaM, bahawa ada gerakan mendesak Perdana Menteri Najib Tun Razak untuk meletakkan jawatan berikutan imej dan kepimpinannya semakin tidak diyakini [Penawar desak Najib Letak jawatan

Portal Free Malaysia Today, FMT mengukuhkan lagi berita tersebut, malah turut menamakan siapakah gerangan orang di belakang gerakan mendesak Najib melepaskan jawatannya itu.

Menurut FMT, di sebalik tanggapan umum yang menggambarkan sokongan terhadap Najib, timbalannya Muhyiddin Yassin dengan restu bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir secara senyap melakukan gerakan ini [FMT].
Sebuah organisasi yang dianggotai oleh bekas ahli-ahli parlimen Umno telah menyuarakan ketidakyakinan terhadap kepimpinan Najib dan mahu beliau meletak jawatan.

Organisasi yang dimaksudkan ialah, Penawar yang diketuai oleh bekas menteri kabinet Aziz Shamsuddin yang juga bekas setiausaha politik Tun Mahathir sejak 1981 hingga 2002.

Salah seorang ahli Penawar yang tidak mahu dikenali berkata, organisasi tersebut telah mengadakan satu mesyuarat minggu lalu bahawa sudah tiba masanya Najib melepaskan jawatannya.

"Ianya terpulang kepada Najib, Jika beliau sayangkan negara dan orang-orang Melayu, beliau harus letak jawatan secepat mungkin".

"Jika dia bukan seorang yang pentingkan diri, maka dia harus letak jawatan" menurut salah seorang ahli penawar seperi dilaporkan oleh FMT.

Jelas sekali Najib bakal menerima nasib yang sama seperti yang dilalui oleh Imam Hadhari sebelum ini. Masih segar di ingatan, bagaimana Tun Mahathir sanggup keluar Umno, malah mengadakan "road show" ke seluruh negara semata-mata untuk menjatuhkan Pak Lah.

ReJaM© "Berhati-hati, kerana tikus akan mengeluarkan sebusuk-busuk kentut sebelum mati..."

Disimbah Asid Sebelum Tarawih ??

Kota Bharu – “Ketika itu saya sedang membelek senaskhah akhbar di kedai runcit sebelum tiba-tiba bahagian kanan muka dan belakang badan saya terasa panas.”

KECEDERAAN yang dialami Faizal Halim selepas disimbah cecair percayai asid ketika mendapatkan rawatan di HRPZ II di Kota Bharu semalam.
Demikian cerita Faizal Halim Rustam, 37, yang mengalami cedera parah selepas disimbah sejenis cecair dipercayai asid dalam kejadian di hadapan sebuah kedai runcit di Taman Uda Murni, Pengkalan Chepa, dekat sini malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira pukul 8.30 malam itu, mangsa dalam perjalanan ke sebuah masjid untuk menunaikan solat tarawih sebelum singgah di kedai runcit tersebut untuk membeli minuman.

Menurutnya, selepas membeli minuman, dia membelek-belek senaskhah akhbar seketika sebelum tiba-tiba muka dan badannya terasa panas dan pedih seolah-olah terbakar.

“Muka dan badan saya terasa seperti terbakar dan saya terus berlari ke sebuah klinik yang terletak kira-kira 30 meter dari kedai runcit tersebut untuk mendapatkan rawatan.

“Sebaik sampai ke klinik tersebut, kakitangannya kemudian menyapukan krim ke seluruh anggota badan serta muka saya.

“Memandangkan kecederaan dianggap serius, saya kemudian dihantar ke Kota Bharu Medical Centre (KBMC),” katanya ketika ditemui semalam.

Tambahnya, berikutan kecederaan pada bahagian mata yang agak serius setelah diperiksa oleh doktor di KBMC, beliau kemudian dirujuk ke Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZ II) untuk mendapat rawatan lanjut.

Ketika ditanya mengenai punca kejadian tersebut, Faizal berkata, ia mungkin disebabkan oleh dengki namun, beliau enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak nampak dan tidak tahu siapa yang melakukan perbuatan itu.

“Saya harap pihak polis dapat menjalankan siasatan dan menangkap suspek yang melakukan perbuatan ini kerana ketika kejadian, saya pasti terdapat beberapa orang lain yang menyaksikannya di kedai tersebut,” ujarnya.

Berikutan kejadian itu, satu laporan telah dibuat di Balai Polis Kota Bharu semalam.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Asisten Komisioner Azham Othman ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan berhubung kejadian itu.

“Sesiapa yang menyaksikan kejadian tersebut diharap tampil untuk membantu siasatan,” katanya. -kosmo



 

TERKINI!! Zambry Mula Menggelabah!! Perak Bakal Tumbang!!



Desas desus Umno-APCO Perak tak mahu lagi Zambry jadi Menteri Besar Haram,
diaorang dah ada calon baru... Siapa?? Ada laa Menteri Pusat sekor tu, syyyy....

Kah kah kah...

Kah kah kah...

Kah kah kah...

Kalau cakap tak ada pilihanraya olok-olok, maknanya ada kah kah kah...

Kalau cakap BN dah sedia buat pilihanraya umum, maknanya tengah bergadoh lagi aku jadi calon ko tak boleh kah kah kah...

Kalau cerita dah ada senarai calon pilihanraya umum, maknanya memang tak ada kah kah kah...

Barisan Najis cuma boleh menang 26 kerusi daripada 59, lain-lain Pakatan Rakyat sapuuu kah kah kah...


Sebab tu dia cakap Malaysian Insider tak betul kah kah kah...


Kalau semua cerita Zambry jadi Menteri Besar Haram, maknanya dia memang HARAM kah kah kah...


BERNAMA pun kaki lebong macam Zambry kah kah kah...


Kah kah kah...



Barisan Nasional (BN) Perak boleh mengadakan pilihan raya olok-olok pada bila-bila masa kerana ia sentiasa telah bersedia untuk menghadapi pilihan raya umum ke-13, kata Menteri Besar Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.


"Tetapi sehingga kini kita tidak pernah mengadakan sebarang pilihan raya olok-olok dan saya dapati laporan (Perak telah buat pilihan raya olok-olok) yang dibuat itu adalah tidak berasas kepada BN negeri," katanya mengulas laporan sebuah portal berita bahawa BN Perak telah mengadakan pilihan raya olok-olok yang berkesudahan dengan kekalahan BN.


Bercakap kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini, beliau berkata laporan yang dibuat oleh portal berita itu adalah sesuatu yang bersifat provokasi.


"Ia cuba menggambarkan seolah-olah hampir kesemua 23 ketua bahagian Umno di Perak enggan menggerakkan jentera sehinggalah nama calon diumumkan," katanya.


Zambry berkata isu berkenaan tidak timbul kerana BN telah menetapkan untuk mengadakan musyawarah dan perundingan bagi membincang dan mencapai persetujuan dalam sebarang perkara termasuk soal calon.


Pemilihan calon telah dimulakan sejak awal berdasarkan kepada kriteria yang ditetapkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak iaitu calon mestilah orang yang disukai rakyat dan boleh memenangi pilihan raya, katanya.


"Saya telahpun menerima senarai pendek calon dan senarai itu sedang melalui beberapa proses penilaian.


Kita ada formula di BN di mana ianya adalah melalui prinsip persefahaman," katanya.


Zambry berkata calon-calon berpotensi telahpun dikenal pasti dan ianya termasuk mereka yang sedang berkhidmat dan muka baru.

Pencacai SeMalaysia

Wednesday, August 3, 2011

Alasan Kesilapan Teknikal SPR Tak Masuk Akal & Cuba Perbodohkan Rakyat (Video DiDalam)]

Pakatan: Jawapan SPR tak masuk akal

Anggota parlimen Pakatan Rakyat menolak penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa isu pendaftaran penduduk tetap (PR) sebagai pengundi mungkin hanya masalah kemaskini.

"Ini tidak masuk akal," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (kiri) yang mewakili wakil rakyat Pakatan dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu, sebaliknya menyerahkan kepada Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman untuk membuat perjelasan kerana baru sahaja mengadakan pertemuan dengan pihak SPR negeri semalam.

SPR malam tadi menafikan terdapat penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi kerana hanya rakyat Malaysia boleh memohon bagi tujuan itu.

Sebaliknya, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof, kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya, beliau fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaski.

Khairuddin (kanan) berkata, Abdul Aziz tidak dapat diterima kerana ia masih tidak menjawab persoalan bagaimana status penduduk tetap bertukar dalam tempoh beberapa jam.





Selain itu, tambahanya, timbul juga persoalan kenapa sistem dalam talian itu tidak dikemaskini secara automatik sejurus selepas maklumat baru diperoleh.

"Kalau tidak kemaskini, SPR kena kaji sistem itu," kata Khairuddin yang juga seorang pengamal undang-undang.

Sementara itu, beliau juga mendakwa mengenalpasti seramai 243 pengundi Cina di Paya Jaras namanya masih tercicir dalam daftar pemilih. -mk


SPR nafi penduduk tetap didaftar sebagai pengundi

Sebaliknya, kata pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menafikan penduduk tetap (PR) telah didaftarkan sebagai pengundi.

Sebaliknya, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini,” kata Abdul Aziz dalam SMS kepada Malaysiakini malam semalam.

Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.

"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.

Namun, kata Abdul Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu.

"Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan),” katanya.

Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana terdapat dakwaan bahawa penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru. Status penduduk tetap itu kemudiannya 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online JPN. -mk

Kelab Greenboc

PM &KM SARAWAK TERPALIT SATU LAGI SKANDAL ANTARABANGSA ..


Sekiranya rakyat Malaysia merasakan bahawa busana kuning Ratu Elizabeth dan skandal Scorpenes-Altantuya adalah perkara yang memalukan, tunggu dulu. Ada lagi perkara lebih memalukan yang daripada skandal ini. Sebuah lagi skandal yang akan menggegarkan dunia.

Kali ini, beliau akan menarik bersama beberapa rangkaian penyiaran gergasi antarabangsa ; CNBC, CNN dan BBC World. Skandal ini dijangka lebih besar dan boleh menandingi skandal Rupert Murdoch di Britain.

Dalam kes terbaru yang disiarkan Sarawak Report yang berpangkalan di United Kingdon, Najib dan beberpa pemimpin Malaysia seperti Abdul Taib Mahmud dikatakan membayar jutaan wang rakyat untuk membeli berita yang memberi liputan positif di arena antarabangsa untuk memperbaiki imej mereka.

Amalan memasukkan kandungan berita sebegini adalah setara dengan membayar untuk pengiklanan kerana berita editorial bebas adalah salah disisi undang-undang UK dan US.

“Sekiranya pendedahan kita ini sampai ke pengetahuan pihak berkuasa yang mengeluarkan lesen penyiaran kedua-dua negara; Ofcom (UK) dan Federal Communications Commissions (US), ia akan mencetuskan penyiasatan terhadap CNBC, CNN, BBC World dan banyak lagi programlain yang dihasilkan FBC. “ Tegas Clare Rewcastle-Brown, editor Sarawak Report dalam posting beliau yang bertajuk Taib Paid Out $5 Millions to Attack Sarawak Report- International Expose.

Walaupun badan penyiaran ini bertanggungjawab sepenuhnya untuk semua kandungan yang mereka siarkan, tiada siapa akan mengenepikan kenyataan yang para pemimpin Malaysia sanggup menghabiskan jutaan wang rakyat untuk menaikkan ego mereka. Sememangnya pemimpin-pemimpin ini akan dikecam kerana cuba untuk menyebarkan berita palsu mengenai diri mereka sendiri dan negara untuk mengaburi mata dunia dalam usaha meraka mendapatkan sokongan terhadap rejim meraka dan projek perniagaan yang menguntungkan mereka.

Respon Anwar terhadap laporan ini: “Media untuk disewa? Amat malang sekali kita harus berhadapan dengan amalan sebegini di media antrabangsa dan negara.

Najib syorkan FBC kepada Taib

Sarawak Report telah membongkar kes FBC Media, sebuah syarikat produksi televisyen yang juga bertindak sebagai sebuah syarikat “komunikasi strategik” dalam penipuan selama sedekad beberapa slot berbentuk berita yang berunsur berat sebelah kepada pelanggan antarabangsa mereka termasuk Najib Razak dan bekas perdana menteri Abdullah Ahmad Badawi bersama Sime Darby sebuah syarikat perusahaan kelapa sawit.

“Amalan ini yang direka untuk menipu jutaan penonton telah menguntungkan syarikat sebanyak puluhan juta dollar dengan memaparkan orang seperti Taib Mahmud sebagai seorang yang berimej positif. Semestinya ia dibayar dengan menggunakan wang hasil kutipan cukai rakyatnya sendiri yang mereka ingin tipu dan tarik perhatian.” Kata Clare.

“Siasatan kami juga menunjukkan bahawa FBC Media juga mempunyai pertalian dengan blog-blog berniat jahat di US yang cuba memfitnah Anwar Ibrahim dan juga Sarawak Report beberapa bulan yang lepas [laporan Sarawak Report- Dirty Tricks Coverage]”

Menurut Sarawak Report, “FBC Media juga jelas mempunyai hubungan dengan syarikat PR yang kontroversi APCO. “ Terdapat dokumen yang didedahkan kepada kerajaan Amerika Syarikat bahawa FBC Media telah membayar $70, 000 kepada APCO dalam masa 2 tahun untuk menjalankan kempen melobi di US untuk Kerajaan Malaysia.

“Kerja melobi ini merupakan sebahagian daripada perkhidmatan yang dibayar oleh pemimpin Barisan Nasional kepada FBC Media. Syarikat produksi/PR tersebut juga tidak menyangkal bahawa Kerajaan Malaysia sering mendapat slot dalam program-program terbitan mereka.” Ujar Clare lagi.

“Maklumat yang kita perolehi daripada orang dalam, ialah Najib mencadangkan Taib untuk mengambil FBC Media untuk melakukan kempen yang sama setelah Ketua Menteri itu mengalami krisis publisiti berikutan pendedahan terhadap kes-kes rasuah beliau.

Menurut Clare, Taib juga membayar FBC $5 juta (RM 15 juta) setahun untuk menjalankan kempen media global yang memburuk-burukkan Sarawak Report.

Kebergantungan terhadap publisiti yang melampau

Sememangnya apa yang dapat dilihat ialah kebergantungan Najib terhadap publisiti melampau dalam 2 tahun tempoh perkhidmatan beliau. Beliau telah dituduh sebagai indah khabar dari rupa. Sikap tidak ambil kisah terhadap hakikat sebenar telah menimbulkan keresahan rakyat yang sering hairan dengan tindak tanduk beliau yang sukar diramal.

Di Vatican baru-baru ini, beliau mencanangkan kesederhanaan dalam beragama dan menolak pandangan ekstrimis ketika berhadapan Pope. Akan tetapi, setelah tiba di Kuala Lumpur, beliau terus membuat komen ala fanatik yang menakutkan pengganut agama Kristian di sini. Sekarang adalah lebih mudah untuk memahami kenapa rakyat di sini memberi jolokan “Raja yang tidak memakai sebarang baju” kepada beliau.

Sebenarnya yang menerima batunya adalah negara ini. Malaysialah yang akan menjadi bahan ketawa dan pembayar cukai yang membayarnya. Rekod rasmi menunjukkan bahawa dari 2008-2009, sebanyak RM57.68 juta telah dibayar oleh Pejabat Perdana Menteri kepada FBC Media untuk menjalankan “Kempen Komunikasi Strategik Global” untuk Kerajaan; RM29, 337, 650 telah dibayar pada 2008 dan RM28, 350, 000 pula dibayar pada 2009.

RM42 juta pula dihabiskan untuk “Hal Ehwal Awam danPerkhidmatan Kerajaan dan Komunikasi Strategik, Perhubungan Awam dan Jangkauan Media” seperti yang terdapat dalam buget tambahan.

Menurut Clare lagi, “Pihak FBC Media mahupun Kerajaan Malaysia belum lagi menyangkal dakwaan mengenai kontrak tersebut. Mereka juga tidak menafikan jumlah yang telah didaftarkan dalam buget kerajaan,”

-Malaysia Chronicle

TERKINI!! KANTOI!! Pelakon Lagak Ngeri Sahkan SPRM BOHONG!!



Pelakon lagak ngeri, Mohd Haslin Azriff Ramley memberitahu inkues kematian pegawai kastam Ahmad Sarbaini Mohamad bahawa agak sukar untuk keluar dari tingkap - tempat mangsa didakwa jatuh - dan beliau mengambil masa tiga hingga empat minit untuk berbuat demikian.

Saksi ke-31 inkues itu menjelaskan walaupun mempunyai pengalaman dalam melakonkan adegan lagak ngeri, namun perasaan gementar dan takut tetap ada ketika cuba keluar dari tingkap berkenaan.


Ahmad Sarbaini, 56, yang bertugas di pejabat Kastam Pelabuhan Klang, ditemui mati di gelanggang badminton di tingkat satu pejabat SPRM di Jalan Cochrane pada 6 April.

Sementara itu, pakar patologi Prof Dr Shahrom Abd Wahid dari Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) berkata, Ahmad Sarbaini terjatuh dari aras tiga bangunan SPRM Wilayah Persekutuan itu dengan tidak disengajakan.

Dr Shahrom, 54, yang juga saksi ke-32 inkues berkata daripada hasil penemuan yang dibuat selepas melawat tempat kejadian, didapati Ahmad Sarbaini (mangsa) keluar dari tingkap di bilik pantri di aras tiga bangunan itu untuk menuju ke bumbung berhampiran yang mengelilingi gelanggang badminton.

"Ini adalah kerana jika berdiri berhampiran tingkap, kelihatan bumbung yang terletak di sebelah kiri tingkap itu nampak dekat tetapi apabila mangsa berjaya keluar dari tingkap, didapati bumbung berada dalam kedudukan yang jauh," katanya ketika pemeriksaan utama oleh Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Abazafree Mohd Abbas.

Dr Shahrom berkata Ahmad Sarbaini kemudiannya cuba meniti di atas tebing tingkap ke arah kanan untuk mencapai bumbung berhampiran sambil tangannya berpaut pada bingkai tingkap, namun tidak berjaya.

Saksi itu berkata mangsa kemudiannya cuba memanjat semula tingkap untuk masuk ke bilik pantri tetapi beliau tidak dapat mengimbangi badannya lalu tergelincir dan jatuh ke aras satu bangunan itu.

Katanya perlakuan itu dibuat dengan berhati-hati dan tidak terburu-buru kerana jika seseorang cuba melarikan diri dengan cara terburu-buru akan terdapat kecederaan dan tanda lebam pada badan disebabkan keadaan tingkap yang agak menyukarkan seseorang untuk keluar dengan cara sedemikian.

Beliau berkata kesimpulan yang dibuat juga berdasarkan kepada lakonan lagak ngeri yang dilakonkan semula oleh pelakon lagak ngeri, Mohd Haslin Azriff Ramley.


Saksi itu menjelaskan lakonan dibuat berdasarkan penemuan kesan calar pada cat dinding di bilik pantri, tapak kasut, kepala tali pinggang, kedudukan mayat yang berada selaras dengan tingkap di aras tiga berkenaan dan juga kesan pada tapak tangan mangsa.


"Terdapat kesan putih pada tapak kasut di sebelah kiri mangsa tetapi kesan itu tidak berapa jelas kerana terkena pada belakang seluar kanan mangsa semasa dia terjatuh dan juga terdapat kesan geseran pada kepala tali pinggang ketika mangsa dipercayai cuba masuk kembali ke dalam bilik pantri melalui tingkap," katanya.

Dr Shahrom berkata lakonan semula oleh pelakon lagak ngeri itu menunjukkan kemungkinan mangsa telah jatuh ke belakang apabila kaki kanannya tergelincir dari tebing tingkap dan jatuhan itu menyebabkan kecederaan teruk pada kepala dan keretakan pada tengkorak dan patah tulang di bahagian lutut.

Selain itu tiada tanda lain yang mencurigakan selain daripada disebabkan oleh kejatuhan dan tiada tanda-tanda mangsa dipaksa keluar dari tingkap itu.

"Jika mangsa dipaksa keluar dari tingkap, pasti akan terdapat kecederaan pada tubuh mangsa kerana dia akan melawan kembali serangan daripada seseorang dan akan ditemui kesan pergelutan di tempat kejadian," katanya.
 
Jalan Pulang

TERKINI!! PECAH BERITA!! ADA LEBIH 1,000 "MISMAH" DI SELANGOR SAHAJA!!




Dalam satu sidang media tergempar sebentar tadi di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub mendedahkan bahawa terdapat lebih 1,000 pengundi yang berdaftar melalui cara "Mismah-Gate"!

"Mismah-Gate" merujuk kepada pendatang asing tanpa izin (PATI) yang didaftar sebagai pendatang yang sah kemudian diberi taraf penduduk tetap (Permanent Resident - PR) dan dalam masa beberapa jam mereka akan diberi taraf WARGANEGARA MALAYSIA!!



Salahuddin mendakwa, selain Mismah yang berjaya "dikesan' menjadi warganegara hanya dalam tempoh EMPAT jam, ada juga laporan "print screen" dari daftar pemilih dari pelayan (server) Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang hanya memerlukan masa selama DUA JAM SAHAJA!!

Sidang media yang turut disertai Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar dan Sivarasa Rasiah turut memperolehi pelbagai bukti sahih menafikan kenyataan SPR sendiri yang menuduh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)mengalami "kegagalan teknikal" beberapa jam lalu!


Salahuddin mendesak sekiranya Najib Altantuya berani memanggil pilihanraya umum ke 13 dalam waktu terdekat, beliau dan seluruh kepimpinan Pakatan Rakyat akan mendedahkan siapa dalang di sebalik penipuan yang cuba disembunyikan di sebalik program pemutihan pendatang yang sedang giat dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri di bawah sepupunya, Hishamuddin Hussein.


Kesemua pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat sebulat suara mendesak supaya Najib Altantuya mengadakan sidang Parlimen tergempar berhubung perkara ini, atau berdepan dengan satu lagi protes besar-besaran oleh rakyat selagi pendedahan mengejutkan ini tidak diselesaikan!!


LAGI LAPORAN LANJUT MENYUSUL

JALAN PULANG



Islamist party PAS has claimed to have found more than 1,000 permanent residence (PR) holders in Selangor alone who have been included in the electoral roll of eligible voters, strengthening assertions that the problem may be more than a case of mere 'technical negligence' by the National Registration Department (NRD).

Anggota parlimen Pakatan Rakyat hari ini menuntut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memanggil sidang tergempar Parlimen untuk membincangkang isu pertukaran status penduduk tetap (PR) kepada warganegara dengan sekelip mata.


Ahli Parlimen Kubang Kerian Salahudin Ayub berkata mereka akan menghantar surat dalam masa terdekat kerana mendakwa perkara "khianat" itu "mengancam keselamatan dan kedaulatan negara".


"Kami beri masa seminggu kepada perdana menteri untuk menjawabnya," katanya dalam sidang akhbar ahli parlimen Pakatan di di ibu pejabat pakatan di Petaling Jaya hari ini.



Empat termasuk Najib dan isterinya enggan ditemu bual peguam Anwar





KUALA LUMPUR, 3 Ogos: Empat daripada 25 saksi utama kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya mahu muncul di mahkamah untuk memberi keterangan jika sapina dikeluarkan ke atas mereka.

Empat saksi itu ialah Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak (gambar), isterinya Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan dan bekas Ketua Polis Melaka Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof.

“Mereka enggan datang ke mahkamah, untuk ditemu bual oleh (pasukan) pembela melainkan mereka diberikan sapina,” kata Peguam Cara Kanan II Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden hari ini.

Temu bual biasanya akan diadakan untuk menentukan sama ada seseorang saksi boleh digunakan untuk memberi keterangan ketika perbicaraan.
Juga difahamkan bahawa seorang lagi saksi, Hasanuddin Abdul Hamid berkata dia hanya

bersetuju untuk ditemu bual jika peguamnya turut hadir bersama.

“Kami menerima surat pemakluman mengenai keengganan mereka untuk ditemu bual dan mereka hanya akan muncul di mahkamah jika dikeluarkan sapina,” kata peguam Anwar Sankara Nair.

-malaysianinsider-

Pakatan selamatkan RM200 bilion wang rakyat !!


Pakatan Rakyat akan berusaha menyediakan satu belanjawan yang baik bagi tahun 2012 untuk semua rakyat di negara ini, di samping menyelamatkan RM200 bilion wang rakyat yang tiris dalam belanjawan yang disediakan dan diibentangkan oleh kerajaan BN bagi tahun lalu.
Bagi mencapai matlamat itu, Pakatan Rakyat akan berusaha menyediakan belanjawan yang menekankan kesemua subsidi akan disalurkan terus kepada rakyat, khususnya golongan sasar, bagi menjadikan belanjawan itu benar-benar berguna kepada pelbagai lapisan rakyat negara ini.
Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menjelaskan, belanjawan yang akan disediakan oleh Pakatan Rakyat itu adalah belanjawan yang turut menekankan tentang penyalahgunaan kuasa di kalangan pemimpin Umno BN, sehingga menyebabkan peruntukan subsidi RM200 billion untuk petroleum tidak sampai kepada orang ramai.


PR to unveil 'alternative' Budget 2012


Menurut beliau, peruntukkan tersebut cukup besar. Ia sepatutnya sampai kepada sasaran, tetapi terjadi di sebaliknya ekoran sikap tidak bertanggungjawab para pemimpin Umno BN yang mengambil kesempatan untuk mendapatkan subsidi itu bagi kepentingan mereka sendiri.

Katanya, kejadian itu menyebabkan rakyat menjadi amat terhimpiit dengan kenaikan harga petrol dan diesel, walaupun mereka tidak sepatutnya menerima bebanan itu ekoran subsidi yang begitu besar yang telah disediakan oleh kerajaan.
"Begitu juga dengan subsidi bagi padi atau beras untuk petani. Walaupun subsidinya ada dan jumlahnya agak besar, tetapi para petani tetap juga tak dapat, tetap terus miskin dan hidup susah.
"Sebaliknya yang mendapat subsidi itu adalah orang yang dah kaya yang memiliki syarikat-syarikat besar terutama Bernas," katanya pada sidang media di pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor (SUK) di sini, hari ini.
Sebelum itu, beliau bersama Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ahli Jawankuasa Kerja PAS Pusat yang juga Ahlli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzullkefly Ahmad, pemimpin PKR dan DAP telah mengadakan rundingan dengan ahli-ahli ekonomi utama di tanah air di tempat yang sama.
Rundingan tersebut diadakan bagi membincangkan pelbagai perkara berkaitan dengan ekonomi, termasuk langkah-langkah untuk mengatasi inflasi di negara ini, di samping mendapatkan pelbagai pandangan untuk digarap oleh Pakatan Rakyat dalam belanjawannya bagi tahun 2012 yang akan dibentangkan Oktober ini.
Pada sidang media bersamanya dengan Datuk Seri Anwar itu, Mohamad menjelaskan, belanjawan yang akan disediakan oleh Pakatan Rakyat itu akan turut menekankan langkah-langkah yang akan dilakukan di negeri-negeri yang berada di bawah Pakatan Rakyat untuk kepentingan rakyat.
"Langkah-langkah tersebut seperti yang terdapat dalam Buku Jingga. Antaranya termasuklah mengadakan skim kifalah bagi ibu tunggal seperti yang dilakukan oleh Kerajaan kelantan yang akan turut dilaksanakan di negeri-negeri Pakatan Rakyat lain termasuk Selangor, Kedah dan Pulau Pinang.
"Selain itu, kita juga akan turut menyediakan subsidi yang akan disalurkan terus kepada rakyat termasuk subsidi petroleum dan lain-lain subsidi sekiranya Pakatan Rakyat diberikan mandat memerintah negara pada pilhanraya umum akan datang," tegas beliau.
Kerajaan Rakyat Pakatan

Melayu P.Pinang Bersama Guan Eng !! Habislah UMNO !!

KUALA LUMPUR — The Malay Contractors Association of Malaysia's (PKMM) Penang branch has defended the state's open tender system as fair and warned Penang MCA to stop politicising contracts awarded to Bumiputeras there.


Acting Penang PKMM chief Datuk Izham Merican today condemned what he said was Penang MCA's "ignorance" for failing to understand that open tenders allowed the state government to select the best and most competitively priced contractors, regardless of race.


"By only questioning contracts awarded to Malays, is MCA being racist towards the abilities of Malay contractors whom they regard as less competent than other contractors?" Izham said in a statement today.


"The Penang Malay Contractors Association of Malaysia strongly rejects MCA's racist sentiment which insults Malay contractors … MCA should remember that there are good and not-so-good groups in all races, including the Chinese."


He pointed out that non-Bumiputeras were not sidelined even when contracts were given to Bumiputera companies as many suppliers and construction workers were non-Bumiputeras.


"Therefore, for every project offered by the (state) government to Bumiputera contractors in its own way also provides opportunities for other races," he said.


Izham also heaped praise on Penang Chief Minister Lim Guan Eng for his professionalism and willingness to help Penangites of all races, including Umno-dominated PKMM, despite criticism from "those who do not understand the state government's policies".


He added that the federal government should give greater assistance to contractors, many of whom were facing closure as the construction industry no longer provided as many opportunities for work as before.


In the past two weeks, Penang MCA has repeatedly accused the DAP-led state government of being anti-Chinese for awarding only two contracts in the past three years to Chinese contractors.


In its latest salvo today, the state MCA said the Penang government's decision to award only 0.2 per cent of the 968 projects tendered since the opposition party took power in 2008 suggested that Lim thought the Chinese community "incompetent".

Before this latest attack, the Penang administration under Lim has regularly been accused by Umno, MCA's senior partner in the ruling Barisan Nasional (BN) pact, of being racist for allegedly discriminating against the Malay community. - MI

edyesdotcom

Bongkar Lagi!!KJ Mengaku Dialah Dalang Utama Kes Pembuangan Pelajar



Konpirasi KJ pegawai atase pelajar di mesir terus dibongkar setelah akaun facebooknya yang ini telah dihack oleh hacker yang menggelar dirinya sebagai MAKLIMAH.Kah,kah,kah,KJ kena hack dengan Hantu maklimah rupanya..
Rancangan KJ untuk menyusahkan pelajar mesir ketikamana berurusan dengan kedutaan terus dibongkar dan rancangan KJ dengan seorang pegawai HEP Melaka didedahkan melalui facebooknya

KJ juga mengaku dia yang menjadi dalang utama menghantar senarai nama peserta BERSIH kepada pihak universiti dan merancang pembuangan pelajar di sana.Apa punya daa KJ ni.




Isu Pelajar mesir ni x selesai-selesai.Adoi!!Hantar ja KJ ni balik Malaysia.Menyemak ja kat Mesir tu..Pelajar pun tak suka kat dia ni.Dok simpan-simpan lagi kat Mesir buat apa?Menurut wartawan SK yang menyalurkan maklumat.Banyak lagi perkara akan didedahkan.

Briged Al - Akhdor LR2

Siapa di belakang Blogger UMNO yang lancarkan serangan ke atas Najib dan Hishamudin


Pejam celik hari ini dan masuk hari ketiga umat Islam berpuasa, apakah dengan keberkatan bulan ramadhan yang penuh berkat ini UMNO semakin hari semakin dekat dengan kemusnahanya..Insyaallah...

2 orang Menteri yang menjadi penasihat Najib telah dipanggil oleh blogger UMNO sebagai Punahsihat......hangpa pi baca sendiri la,, aku tak sanggup nak baca di.aku-tak-peduli


kerismudin.

hishamudin.
menteri amaran.
menteri amaran dalam negeri.

menteri CKMM ?
apa itu menteri CKMM ?

CKMM bermaksud 'cium keris mintak maap '..

hangpa boleh baca itulah ungkapan yang diberikan oleh blogger ternama UMNO gerakan-anti-pkr. kepada Menteri dalam Negeri dan meminta Hisyammudin meletak jawatan....

Apakah ini bayaran tunai di atas kezaliman yang mereka lakukan terhadap rakyat yang berdemontrasi BERSIH pada 9 Julai lalu,,,

Bukan lagi pembangkang yang menyuruh mereka letak jawatan,,, tetapi penyokong mereka sendiri... Allah Hu Akbar... Baca di kerismudin-wajib-letak-jawatan.. Manjung Mari
Tekanan ke atas Najib dari dalaman parti semakin hebat. Persatuan Bekas Wakil Rakyat UMNO desak letak jawatan. Sekarang blogger UMNO yang selama ini setiap hari menyerang Pakatan sudah menghalakan serangan kepada Najib , Hishamudin dan Menteri tertentu yang kuat menyokong Najib.

Adakah ini kebetulan atau konspirasi yang dirancang. Siapa dibelakang blogger UMNO ini? Muhyidin dan Zahid mungkin tahu jawapannya.
Admin