Followers

Wednesday, August 3, 2011

Alasan Kesilapan Teknikal SPR Tak Masuk Akal & Cuba Perbodohkan Rakyat (Video DiDalam)]

Pakatan: Jawapan SPR tak masuk akal

Anggota parlimen Pakatan Rakyat menolak penjelasan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bahawa isu pendaftaran penduduk tetap (PR) sebagai pengundi mungkin hanya masalah kemaskini.

"Ini tidak masuk akal," kata Naib Presiden PAS Salahuddin Ayub (kiri) yang mewakili wakil rakyat Pakatan dalam sidang media di Petaling Jaya hari ini.
Beliau bagaimanapun tidak mengulas lanjut berhubung perkara itu, sebaliknya menyerahkan kepada Setiausaha PAS Selangor Khairuddin Othman untuk membuat perjelasan kerana baru sahaja mengadakan pertemuan dengan pihak SPR negeri semalam.

SPR malam tadi menafikan terdapat penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi kerana hanya rakyat Malaysia boleh memohon bagi tujuan itu.

Sebaliknya, kata pengerusinya Tan Sri Abdul Aziz Yusof, kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Katanya, beliau fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaski.

Khairuddin (kanan) berkata, Abdul Aziz tidak dapat diterima kerana ia masih tidak menjawab persoalan bagaimana status penduduk tetap bertukar dalam tempoh beberapa jam.





Selain itu, tambahanya, timbul juga persoalan kenapa sistem dalam talian itu tidak dikemaskini secara automatik sejurus selepas maklumat baru diperoleh.

"Kalau tidak kemaskini, SPR kena kaji sistem itu," kata Khairuddin yang juga seorang pengamal undang-undang.

Sementara itu, beliau juga mendakwa mengenalpasti seramai 243 pengundi Cina di Paya Jaras namanya masih tercicir dalam daftar pemilih. -mk


SPR nafi penduduk tetap didaftar sebagai pengundi

Sebaliknya, kata pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia menafikan penduduk tetap (PR) telah didaftarkan sebagai pengundi.

Sebaliknya, kata pengerusinya, Tan Sri Abdul Aziz Yusof kesilapan itu mungkin berpunca akibat kecuaian teknikal Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).

"Saya fikir senarai nama PR di laman web JPN adalah senarai lama yang belum dikemaskini,” kata Abdul Aziz dalam SMS kepada Malaysiakini malam semalam.

Katanya, hanya rakyat Malaysia yang boleh memohon untuk mendaftar sebagai pengundi.

"PR tidak dibenarkan kecuali Kementerian Dalam Negeri meluluskan permohonan mereka sebagai rakyat Malaysia. Jika tidak permohonan mereka sebagai pengundi secara automatik akan ditolak oleh sistem saringan SPR selepas menyemak status mereka dengan sistem JPN - Agency Link Up System (Alis)," katanya.

Namun, kata Abdul Aziz SPR akan mempamerkan daftar pemilih tambahan yang dikeluarkan setiap empat bulan untuk tatapan umum selama seminggu.

"Pengundi di kawasan itu boleh membantah (jika mendapati ada penyelewengan),” katanya.

Abdul Aziz mengulas kontroversi di mana terdapat dakwaan bahawa penduduk tetap didaftarkan sebagai pengundi dan nama mereka tersenarai pada daftar pemilih tambahan yang baru. Status penduduk tetap itu kemudiannya 'dinaik-taraf' sebagai warganegara dalam beberapa jam, mengikut sistem pengesahan online JPN. -mk

Kelab Greenboc

2 comments:

  1. haaaaa spr salahkan jpn pula ... yang pasti menteri mensti bertanggung jawab dalam hal ini.

    ReplyDelete
  2. Bila udah kantoi, masing2 menunding jari..tak mahu mengaku kesalahan masing2. Kita tunggu BALASAN DARI ALLAH SWT...."Mereka Merancang Apa Saja, Tapi Mereka Lupa Akan Perancangan Allah SWT."

    ReplyDelete

Note: Only a member of this blog may post a comment.