Followers

Sunday, May 2, 2010

Sudah Ada Tanda Najib Tak Kekal Lama Ditampuk No 1



Semasa awal Najib mengambil alih jawatan PM Malaysia, saya telah menulis mengatakan Mahathir tidak akan berdiam diri jika tidak sampai ke satu masa yang anaknya Mukhriz berada di kerusi no 1 negara. Berbagai langkah akan dilakukan untuk meringkaskan masa pemegang tampuk no 1 negara. Kini dengan penonjolan PERKASA dengan imej 'ultra melayu', sentiasa bermain di bibir Mahathir dan cuba ditonjolkan, berlainan sama sekali dengan 1Malaysia.


Mahathir mendakwa "kemenangan BN di hulu selangor adalah semata mata kerana peranan PERKASA yang berjaya menawan kembali hati pengundi melayu, yang sebelum ini dengan jelas telah menolak BN"

Kutukan pemimpin Perkasa terhadap MCA menambahkan lagi rekod buruk 1malaysia Najib. Malah ada juga pemimpin UMNO yang cuba mendesak MCA keluar dari BN. Satu seruan yang bodoh dan menjerut leher BN sendiri.

Agenda dari dalam MCA pula cuba digambarkan bahawa Soi Lek tidak berjaya mendapat tempat di hati pengundi Cina.

Semua ini memeningkan kepala Najib dan merosakkan slogan 1Malaysia. Apapun alasan yang diberikan oleh Ibrahim Ali dan Mahathir tentang kelantangan membela melayu dan mengutuk Cina, ianya telah menyebabkan kaum Cina dan India hilang kepercayaan kepada UMNO. UMNO dilihat sebagai kawan yangn suka menikam kawan. Masa perlu dipuji dan ditatang, masa tak suka dikeji hnedak ditendang.

Namun apapun isu yang berlaku, ianya masih boleh membuat Najib bersabar dan cuba mencari jalan. Tetapi ada sesuatu yang bakal mendebarkan Najib dan Rosmah. Yang bakal membuat mereka tidak lena tidur.

Iaitu dengan kedatangan seorang peguam dari Perancis yang bernama Joseph Brehem. Joseph adalah salah seorang peguam bagi pihak yang menyaman DCN. DCN adalah sebuah syarikat Perancis yang terlibat dalam penjualan dua kapal selam Scorpene.

Beliau datang ke Malaysia untuk mencari maklumat lanjut dalam urusan pembelian kapal selam scorpene. Beliau mencari maklumat tentang perjanjian pembelian yang termeterai ketika Najib menjadi menteri pertahanan, dipercayai menawarkan komisyen sebanyak RM3.7bilion kepada sekutu Najib, Razak Baginda.


Beliau juga akan membuat permohonan supaya mendedahkan bagaimana akaun syarikat isteri Razak Baginda bagaimana syarikat tersebut boleh mendapatkan euro114juta dengan mudah.

Beliau juga akan menggunakan 'waran geledah antarabangsa' supaya dia boleh mengakses maklumat yang diperlukan dengan tiada apa apa halangan. Di bawah Konvesyen Korupsi PBB, malaysia juga perlu memberi kerjasama yang sepatutnya jika siasatan berkaitan korupsi ingin dilakukan di Malaysia.

Selain Joseph Brehem, turut terlibat adalah peguam Renaud Semerdjian dan William Bourdon selaku peguam utama. Mereka merupakan wakil bagi pihak Suaram Malaysia. Permohonan untuk menyiasat telah difailkan di mahkamah Perancis pada bulan Disember tahun lalu. Siasatan akan dilakukan dari aspek rasuah dan wang umpanan terhadap DCN (dulunya dikenali DCNS).

Syarikat DCNS telah membekalkan berbagai alatan dan kenderaan perang ke beberapa buah negara termasuk angkatan laut Amerika, Australia, Chile, Norway, Pakistan, Arab Saudi, Singapura dan Malaysia.

Jadi jika siasatan dilakukan dan dakwaan berlakunya rasuah dan komisyen kepada syarikat DCN benar benar berlaku, sudah pasti ianya akan menjadi satu isu yang menggemparkan dunia. Bila ianya mula terbuka di mata dunia, sudah pasti jika ada sesuatu yang cuba ditutup akan terdedah dengan sendirinya.

Pada saat itu akan nyatalah, BANGKAI GAJAH TIDAK MUNGKIN DAPAT DITUTUP DENGAN NYIRU. Tentu kita sendiri sudah tau, siapa yang sedang berpeluh sekarang.

ramziredang

TERLEBIH DERHAKA ADALAH SI BERAHIM AL KATAKI


IBRAHIM Ali atau raja katak nampaknya tidak habis-habis hendak mencari publisiti murahan. Setiap kali dia bercakap, ternampak pula kebodohannya. Patut pun dia jadi tok wakil di Pasir Mas adalah atas dasar sedekah orang. Sebelum ini dia merempat disepak terajang oleh Umno.

Beliau pernah mencadangkan agar sekatan dikenakan ke atas kaum Cina di Hulu Selangor kerana tidak sokong kerajaan Bn semasa Pilihanraya Kecil baru-baru ini. Kenyataan beliau itu menunjukkan betapa Berahim Ali ini patut tinggal dalam hutan atau terus berada di dalam tempurung. Semakin lama berpolitik bukan semakin cerdik tetapi semakin bodoh.

Terbaru pula, beliau mohon ampun pada Tuanku Sultan Selangor atas dasar beliau anak Kelantan. Kununnya Tuan Guru Nik Aziz menderhaka pada Tuanku Sultan Selangor atas isu politik di dalam masjid. Tuan Guru sendiri tidak mohon ampun kerana beliau tahu sekiranya beliau berkata politik dan agama itu berpisah, maka wajib baginya mohon ampun dan bertaubat kepada Allah SWT. Hakikatnya Tuan Guru tidak menderhaka pada Sultan, beliau cuma menjelaskan hukum.

Siapa yang menderhaka pada Tuanku Sultan? Tidak lain adalah Berahim Ali. Beliau telah memperlekehkan Tuanku Sultan dengan perbuatannya mohon ampun pada Tuanku Sultan hanya melalui media sahaja. Wajarkah sebagai rakyat lebih-lebih lagi sebagai seorang MP walaupun MP tumpang, Berahim mengambil ringan hal ini? Beliau sepatutnya mengadap Tuanku Sultan jika beliau ikhlas untuk memohon ampun. Jika beliau mohon ampun pun, beliau tidak boleh mendakwa sebagai wakil semua rakyat Kelantan kerana kerusi Parlimen beliau itu pun tidak diredhai oleh rakyat Kelantan. Jika tidak percaya, sila kosongkan dan adakan pilihanraya, Berahim Ali boleh pilih calon yang disukainya sebagai `proksi' beliau.

Majoriti rakyat Kelantan menganggap Tuan Guru Nik Aziz benar kerana kebenaran itu hanya boleh diambil dari Al-Quran dan Hadis. Tidak hairan orang seperti Berahim Ali ini menolak Al-Quran dan Hadis kerana dia sebenarnya berjiwa UmAPCO./mandor.blogspot

SAMBIL TIDUR PAK LAH GADAIKAN HARTA RAKYAT

بسم الله الرحمن الرحيم

Pak Lah Serah Blok Minyak RM320 Bilion Kepada Brunei

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, sebelum bersara awal tahun lalu.

Menurutnya, perkara itu dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times di mana kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M - tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malaysia.

Menulis dalam blognya, Dr Mahathir mendakwa jumlah kerugian dalam bentuk perolehan berjumlah AS$100 bilion (RM320 bilion).

Menurutnya, Abdullah telah menyerahkan 'Blok L' dan Blok M' di Laut Cina Selatan, dikatakan sebagai pertukaran dengan Brunei supaya menggugurkan tuntutannya terhadap Limbang, Sarawak.

"Blok L dan Blok M dituntut oleh Malaysia berdasarkan kepada fakta sejarah. Menurutnya, Petronas menandatangani kotrak perkongsian pengeluaran dengan Murphy Oil (Corp) untuk memulakan pengeluaran minyak.Simpanan minyak di kawasan itu adalah hampir 1 bilion tong.

"Abdullah berunding dengan sultan (Brunei) untuk mengambil Limbang di Sarawak. Sebagai balasannya, beliau bersetuju untuk menyerahkan dua blog tersebut kepada Brunei.

"Tidak ada wakil Petronas yang hadir, hanya kakitangan pejabat luar dan pnasihat halehwal luar kepada PM," dakwa Mahathir.

Pengundi tak puas hati buat laporan polis

17 Jamadil Awal 1431H.


Beberapa pengundi Hulu Selangor yang tidak puas hati hari ini membuat laporan polis berhubung pengagihan wang tunai yang didakwa tidak setara dalam pilihan raya kecil parlimen itu Ahad lalu.

Ditemui di ibu pejabat polis di Kuala Kubu Bharu, wakil pengundi itu, Othman Moin berkata seramai 10 Orang Asli dari pelbagai kawasan di parlimen tersebut telah membuat laporan polis tersebut.

"Hari ini mereka berada di sini kerana tidak berpuashati dengan cara pengagihan wang tunai diuruskan... aduan mereka menyentuh pelbagai perkara," kata Othman (kanan, berjaket).

Beliau menambah, ada dari kalangan mereka kecewa apabila wang tunai untuk mengundi pihak tertentu seperti yang diarahkan tidak ditunaikan dan ada juga datang ke situ kerana mereka diugut.

Othman memberitahu terdapat 10 laporan polis dibuat. Bagaimanapun hanya seorang sahaja yang kelihatan memegang salinan laporan polis itu.

Menurut Chambah Mohamad, 53, dari Kampung Orang Asli di Serendah pula, pihak pengurusan pengundian di kampungnya menjanjikan wang tunai sejumlah RM100 setiap orang selepas mengundi.Malaysiakini/-

Saturday, May 1, 2010

PR : Polis Tidak Wajar Berkeras Kepada Peserta Perhimpunan Anti-GST

SHAH ALAM 1 MEI: Pimpinan Pakatan Rakyat menyelar tindakan pihak berkuasa dalam meleraikan perhimpunan anti-GST yang diakan-akan anti-pekerja dan anti-rakyat kebanyakan.

Ahli Parlimen Kuala Krai, Dr Hatta Ramli berkata hampir 80 peratus dari rakyat Malaysia akan terkesan dengan pelaksanaan GST ini, yang mengalihkan beban cukai dari golongan pemodal ke pundak kaum pekerja bawahan dan kelas pertengahan.

"Bila GST ada nanti cukai korporat akan dikurang. Kenakan cukai pada orang miskin tapi kurangkan cukai pada orang kaya. Ini yang kita tentang. Jadi saya harap suara rakyat jadi lebih kuat supaya undang-undang ini ditarik balik.

"Saya rasa perhimpunan ni bukan sesuatu yang rahsia, jalan pergi dataran merdeka pun dihalang. Tangkapan ini, bagi saya keterlaluan. Lagi pun hari ini Hari Pekerja, biarlah mereka merayakan," katanya.

Sentimen sama turut dikongsi Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusof yang menyifatkan perhimpunan anti-GST adalah petunjuk jelas betapa ramai membantah perlaksanaan pakej cukai ini.

"Polis yang menangkap tak faham bahawa 1 Mei adalah hari kepada semua pekerja termasuklah polis. Tanggal 1 Mei perlu dilihat sebagai usaha mewakili nasib pekerja.

"Dalam hal ini, polis tidak perlu melihat usaha ini sebagai mengancam. Saya kecewa dengan tindakan polis itu," kata Yusmadi.

Rang Undang-Undang GST dibaca kali pertama di Dewan Rakyat pada Disember lalu tetapi ditangguhkan untuk bacaan kedua pada Mei ini atas alasan lebih masa diperlukan untuk memberi penjelasan kepada rakyat.

Cukai empat peratus yang akan dikenakan kepada barangan dan perkhidmatan dikatakan bertujuan meningkatkan ekonomi negara tetapi kesan terhadap golongan berpendapatan rendah.

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!

Selamat Hari Jadi Altantuya... Jom Hayati Kisah ini...

oleh : blog penyapu sial

Altantuya telah dilahirkan pada tahun 1978, anak kepada Shaaribuu Setev, seorang profesor psikologi dan Sh Altantsetseg. Altantuya tinggal dan dibesarkan di St Petersburg, Rusia, sehingga berusia 12 tahun dan mendapat pendidikan di Beijing, China. Dia fasih berbahasa Mongolia, bahasa Inggeris, Rusia, Mandarin dan Perancis.

Altantuya Shariibuu bekerja sebagai guru siswazah dan penterjemah dan juru bahasa di Ulaan Bataar. Altantuya Shariibuu juga bekerja dengan beberapa agensi pelancongan dan sebagai model sambilan. Beliau sering ke luar negara selaku model sambilan.

Wanita cantik dari Mongolia ini dipercayai diletupkan dengan C4 di Shah Alam, Selangor. Bahan letupan C4 ini sukar diperolehi di Malaysia kecuali oleh pihak tentera dan polis Malaysia sahaja. Siasatan awal mendapati Abdul Razak Baginda , Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar terlibat secara aktif. Mereka dari Unit Tindakan Khas Kementerian Pertahanan dan penganalisis keselamatan antarabangsa.



























Dari sinilah nama Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Timbalan Perdana Menteri Malaysia dan Menteri Pertahanan dikait-kaitkan . Dari awal lagi Najib Tun Razak telah menafikan pelbagai rumor yang mengaitkan nama beliau. ....kunun-kununnya dan dalam beberapa prk yang di adakan ...semasa berkempen beliau telah beberapa kali bersumpah terutama di dalam masjid bahawa beliau tidak kenal dan tidak terlibat dengan isu pembunuhan altantuya....terutama di prk permatang pauh di dalam sebuah masjid,di prk bukit gantang pulak pulak poster altantuya telah di larang di pasang ...kerana beliau takuti kenangan silam bersama altantuya yang tersangat intim..sampaikan PI Bala berkata yang si najib bercerita kepadanya...oleh kerana tersangat intim....dan keasyikan belaian lelaki berbibir merah ini....
altantuya tak sedar yang dua kubu kuat kewanitaan nya telah tertusuk dengan 1 senjata sulit najib yang sangat ampuh depan dan belakang.....ini mengikut apa yang di ceritakan oleh PI Bala dalam keterangan bersumpahnya....

Setelah sekian lama, kes Altantuya ini berlangsung dan pelbagai rumor penglibatan Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak, barulah dinafikan secara rasmi pada 1 Mei 2008. Semasa dan sebelum pilihan raya 2008, nama beliau diperkatakan oleh pihak pembangkang dan Timbalan Perdana Menteri Malaysia itu hanya 'mendiamkan' diri sahaja.

Pada 1 Mei 2008, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak melalui setiausaha akhbarnya Datuk Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad menafikan sekeras-kerasnya beliau terlibat secara langsung dan tidak langsung dengan kes pembunuhan kejam Altantuya Shaariibuu. Antara kenyataan dan penafian itu termasuklah :
  • Tidak pernah mengenali wanita Mongolia itu dan tidak pernah bertemu dengan mangsa terbabit.
  • Dakwaan seorang saksi kes Altantuya bahawa Altantuya pernah makan bersama dengan Razak Baginda dan individu bernama 'Najib Razak' tidak pernah disahkan . Malahan kredibiliti saksi itu juga tidak pernah diteliti oleh pihak penyiasat mahupun pihak mahkamah.
  • Konon-kononnya ada sekeping gambar Altantuya dengan Razak Baginda dan 'Najib Razak' tidak pernah dibuktikan oleh mana-mana pihak termasuk oleh pemimpin utama pembangkang. Hanya wujud gambar rekaan yang terbukti palsu.
  • Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor tidak ada kaitan dengan pembunuhan Altantuya.
  • Beliau juga tidak pernah menyokong permohonan visa Altantuya untuk datang ke Malaysia.
  • Beliau juga menafikan sengaja menghapuskan rekod Jabatan Imigresen Malaysia berhubung kedatangan Altantuya ke Malaysia.
  • Semua kenyataan-kenyataan ini merupakan 'hearsay' yang tidak pernah dibuktikan kesahihannya. Malangnya artikel dalam Malaysia Today oleh Raja Petra Kamaruddin menyiarkan kenyataan itu seolah-olah ia adalah fakta sebenar.
  • Kes pembunuhan Altantuya tidak bersangkut-paut dengan pembelian kapal selam yang dibeli oleh kerajaan Malaysia. Kementerian Pertahanan Malaysia memang ada membeli kapal selam tersebut tetapi tidak pernah melibatkan wanita bernama Altantuya.
  • Namun beberapa individu-individu lain memang beliau kenali dan lantaran itu cuba menahan ditri dan mengelak daripada membuat sebarang kenyataan tentang kes Altantuya.

yang pelik nya penafian ini tidak di buat di dalam mahkamah...dan banyak di buat di depan media arus perdana kaki ampu...yang tak ada hakim,pendakwara maupun peguam untuk membuat soalan balas.....dah tentu gigit jari punya tak boleh nak jawab....malah terberak dan terkencing dalam seluar najib dan rosmah di buatnya....dan rosmah bini puaka dah tentu berkali kali menukarkan pampers kerana ketakutan yang amat sangat di soal pendakwaraya....

lagi pelik 2 ekor kambing hitam yang kena hukum gantung kerana di katakan bunuh tanpa sebab macam orang gila babi kununnya...tidak di ketahui rupa yang sebenanrnya asik berkelubung muka selama bertahun tahun perbicaraan 'olok olok' ini di jalankan....di khuatiri penagih atau pengedar dadah yang jadi ganti korban 2 polis yang jadi anjing pak turut kaki suntut monggolia ini...dan lagi di khuatiri penama 2 polis itu akan di tukar identiti dan di beri sejumlah wang dan lepas bebas keluar negeri bagi membina kehidupan baru ...

mereka mereka yang terlibat dalam cerita sebenar bersiri ini...selain altantuya dan najib
  • rosmah bini puaka
  • Abdul Razak Abdullah Baginda
  • Cif Inspektor Azilah Hadri
  • Koperal Sirul Azhar Umar.
  • PI Bala
  • Raja Petra
  • Nasir safar
bakal bersambung.....kalau panjang umur...he he he

Pengawal keselamatan Istana Kelantan cedera parah ditembak di dada


16 Jamadil Awal 1431H.

KOTA BHARU: Seorang pengawal keselamatan Istana Kelantan cedera parah ditembak di bahagian dada oleh seorang individu tidak dikenali dalam kejadian di Kampung Sungai Nyior, Palekbang, di sini, awal pagi tadi.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad, berkata ia berlaku kira-kira jam 12.25 awal pagi tadi ketika mangsa Ramli Mohd, 50, dalam perjalanan pulang ke rumahnya di Kampung Kok Keli Tumpat.

Beliau berkata, mangsa ketika ini berada di Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Raja Perempuan Zainab II (HRPZII).

Katanya, mangsa berada dalam keadaan serius berikutan ditembak di bahagian dada dan peluru masih belum dapat dikeluarkan.

Kata Nazree Yunus - apa sebenarnya jasa Ezam pada Najib? Adakah ini berkaitan dengan tuduhan liwat No 2.


EZAM, HUTANG AKU DENGAN KAU DAH SELESAI OK

Ezam senator - Nazree Yunus komen


Kata Nazree Yunus - apa sebenarnya jasa Ezam pada Najib? Adakah ini berkaitan dengan tuduhan liwat No 2.

Ezam Senator - Apa 'Jasa' kepada Najib?

Ramai yang menghubungi saya bertanya berkaitan pandangan tentang perlantikan Ezam Mohd Nor sebagai Senator. Sebagai sahabat, saya ucapkan tahniah kepada beliau. Semoga agenda Integriti dan Anti Rasuah mampu dibawa dengan baik termasuk mengambil tindakan terhadap Pak Menteri UMNO/BN yang korup. Ini saya tunggu keberanian Ezam jika dia benar mahu membawa agenda ini.

Namun persoalannya, apakah 'jasa' besar Ezam terhadap Najib? Apakah ini ada kaitan dengan tuduhan liwat kedua yang melibatkan Anwar Ibrahim? Ezam dan Najib ada jawapannya. Jarang sekali seseorang dilantik menjadi Senator tanpa ada jasa baiknya. Ada juga kalangan pembesar PR dan UMNO yang juga bersetuju bahawa 'jasa' besar Ezam kepada Najib itu adalah mungkin termasuk dalam kes tuduhan fitnah liwat kedua ini.

Pelantikan Ezam ke jawatan Senator Dewan Negara ini tidak mengejutkan saya kerana sejak tahun lepas 2009 bahkan di permulaan kemasukan Ezam menyertai UMNO pada Mei 2008 juga, saya telah pun diberikan signal berkaitan peluang Ezam ini yang akan diberikan oleh Najib Tun Razak. Rupanya perkara besar yang dinyatakan oleh orang kuat Ezam kepada saya tatkala memberi kata dua kepada saya agar tidak menyertai PKR adalah berkenaan perlantikan Senator Ezam. Mereka mahu saya membantu Ezam dalam UMNO. Saya menolak tawaran itu. Ada lagi beberapa jawatan lain Ezam yang akan bakal menyusul kemudian selepas dilantik Senator. Inilah mungkin harga yang dibayar oleh Perdana Menteri Najib kepada Ezam.

Namun bagi saya, secara prinsipnya jawatan bukanlah yang pertama. Perjuangan berasaskan prinsip itu adalah keutamaannya. Kita harus berada di landasan kebenaran berasaskan fakta dan petunjuk Al-Quran As-Sunnah. Sebab itu saya menolak sanggahan pihak terbabit yang mahu agar saya tidak menyertai PKR/PR. Saya mengambil keputusan untuk tidak sama sekali bersama Ezam Mohd Nor di dalam UMNO/BN kerana saya tidak melihat besarnya nilai integriti melalui landasan itu. Jika yang kita cari adalah persoalan integriti, amanah dan tanggungjawab, maka itu ada pada Pakatan Rakyat & PKR.

Ayuh anak muda kita gembleng tenaga, kita bina kerajaan beramanah dan berkebajikan untuk rakyat!/umno-reform2







Laporan Polis Ugutan Bunuh TGNA

Berkaitan n3 gua yang bertajuk Ramai2 Jom Buat Repot Polis, di sini gua pastekan satu laporan Polis yang gua sendiri buat pagi tadi terhadap Pemuda Umno yang bangang nih, yang bercakap mengikut perasaan dengan akal sejengkal.


Tujuan gua buat laporan ini adalah;

1) Sebagai pengajaran kepada rakyat Malaysia supaya dengan tidak sesuka hati mengamalkan budaya ugutan terhadap sesiapa pun.

2) Sebagai mempertahankan keselamatan Tuan Guru Nik Aziz Bik Mat, secara tidak lansung jika ada perkara2 yang tidak di ingini berlaku dalam tempoh waktu ini hingga bila2 sahaja terhadap diri beliau, maka mamat ini adalah orang pertama yang kena cekup.

3) Sebagai pengajaran dan tauladan kepada mamat ini, supaya jangan berlagak dan bongkak seolah2 Malaysia ini tiada undang2.

Jadi gua menyeru kepada semua rakyat Malaysia yang terbaca n3 gua ini agar dengan inisiatif masing2 supaya pergi membuat laporan polis di atas ugutan bunuh terhadap Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat.

Khususnya kepada penyokong2 dan ahli PAS sekalian, di sinilah ujian sebenar bagi lu orang semua samada lu orang benar2 WALA' kepada pemimpin atau tidak...., apakah lu orang semua jenis spesis kecut teloq yang pandai melalak dan menyalak dalam ruangan komen blog dan blog masing2.

Sanggupkah lu orang mempertahankan Mursyidul Am PAS ini..... tepuk dada tanya kepala otak lu orang sendiri.....

Setakat yang gua tau DPPP sahaja yang membuat laporan polis, dan gua yakin tiada tindakan yang akan di ambil... kerana ini laporan dari parti Pembangkang. Isu akan menjadi berbeza jika ramai individu yang turut serta... maka tekanan kepada pihak polis tidak wajar di abaikan.

Jadikan kes Aduka Taruna sebagai contoh, di mana jika ikut situasi biasa... tiada apa2 tindakan terhadap beliau dan penulisan beliau akan di abaikan. Tetapi oleh kerana desakan melampau dan laporan polis daripada ramai individu yang membuatkan beliau kantoi.

Apakah kerana puak umno mengambil pendekatan desakan tersebut salah...? Ianya tidak salah... dan kenapakah pihak Pakatan Rakyat tidak mengambil pendekatan yang sama terhadap pemuda umno ini...?

Jawapannya.... penyokong dan ahli2 partinya lembab dan bangang dalam tindakan. Hanya pandai melalak.... sahaja.... inilah peluang terbaik buat semua orang untuk mempertahankan Pemimpin PAS ini.

Aduka Taruna di tuduh MENGHINA Sultan Johor.
Mohd Safuan Hilmi membuat ugutan BUNUH...

Yang mana satu lebih berat..... Menghina atau Membunuh, lu orang semua cerdik pandaikan.... terutama sekali penyokong dan ahli PAS... fikir2 kan lah.... wala.... jangan tak wala.... cehhhh.... wala taik kucing lu orang laaaa....

p/s: Gua melalut sebab gua tak telan pil wala'... sebab itu dengan fikiran yang waras dan dengan inisiatif sendiri tanpa mewakili mana2 parti politik... gua membuat laporan polis atas dasar tanggung-jawab gua sebagai rakyat Malaysia dan dasar hormat terhadap Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat..

‘IGP mesti letak jawatan atau berdepan demo’

Beberapa wakil rakyat Pakatan Rakyat telah memberi tempoh sebulan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan supaya meletak jawatan atau berdepan dengan demonstrasi di seluruh negara.

Kata dua itu diberikan sebagai respons kepada laporan yang menyebut Musa berkata beliau bersedia mengarahkan anggotanya tidak lagi mengawal sekiranya itu kehendak rakyat, ekoran kecaman terhadap insiden seorang remaja Aminulrasyid Amzah mati ditembak polis di Shah Alam awal pagi Isnin lalu.

Ahli parlimen DAP Segambut, Lim Lip Eng, serta ahli parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad, hari ini menghantar memorandum kepada pengarah lembaga disiplin polis, Datuk Abdul Razak Bokhari, menuntut Musa meletak jawatan.

Komander Kem Bukit Aman, Supt Ali Ahmad menerima memorandum tersebut.

Lim mendakwa kenyataan kontroversi Musa itu ‘hanya akan menjejaskan keselamatan negara’.

Beliau juga menggesa Abdul Razak supaya menubuhkan sebuah jawatankuasa untuk menyiasat Musa dan sama ada menasihatkan beliau bersara atau memecatnya dalam tempoh sebulan, dan jika gagal berbuat demikian, mereka akan menganjurkan protes di Bukit Aman dan di seluruh negara untuk menuntut Musa meletak jawatan.

Tuduhan Rasuah Agenda BN Jatuhkan Kerajaan PR Di Perak

Barisan Nasional (BN) didakwa mempunyai agenda terselindung untuk menjatuhkan Pakatan Rakyat di Perak dengan mensabitkan 16 pertuduhan rasuah ke atas ahli Exco Dewan Undangan Negeri (ADUN), Changkat Jering Kapten (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi.

Ironinya dua bekas exco serta tiga individu lain yang terlibat dilepaskan oleh Mahkamah Sesyen Ipoh 23 April lalu tanpa dipanggil bagi membela diri.

Pembebasan mereka jelas ekoran pendakwaan gagal membuktikan kes ‘prima facie’ dan mahkamah mengarahkan mereka dibebaskan serta merta.

Menurut Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Khoo Ham, peguam bela Abdul Roni Rahman yang mewakili kedua-dua exco terbabit mengaku bahawa BN mempunyai agenda tertentu untuk mensabitkan anak guamnya.

"Mengikut kenyataan peguam bela, Abdul Roni beliau mendedahkan kenyataan anak guamnya (Osman Jailu dan Jamaluddin) mengakui bahawa BN mempunyai agenda tertentu untuk mengenakan mereka.

"Sedangkan pertuduhan dikenakan ke atas mereka tidak berasas sama sekali," kata Ngeh yang juga Adun Sitiawan ketika dihubungi Free Malaysia Today, hari ini.

Ngeh mendakwa pertuduhan rasuah terhadap mereka berdua hanya bertujuan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) di Perak semata-mata.

Strategi jatuhkan Pakatan

Beliau berkata, "saya bersetuju dengan Abdul Roni, BN cuba merangka strategi untuk jatuhkan Pakatan dengan dakwaan ke atas bekas exco terbabit.

"Malah menyalah gunakan kuasa dengan menggunakan institusi mahkamah dan kehakiman dengan membuat pertuduhan yang tiada asas. Mereka melakukan sedemikian hanya untuk menjatuhkan Pakatan," kata beliau lagi.

Ngeh berkata tuduhan ke atas bekas exco terbabit berunsurkan ‘tuduhan politik’ kerana tiada asas pendakwaan untuk disabitkan.

Maka beliau menggesa agar Peguam Negara lebih meneliti ‘asas pertuduhan’ agar tidak mengheret individu yang tidak bersalah dalam hal tersebut.

"Pada hemat saya, jika mereka bersalah atas tuduhan rasuah itu, maka perlu bukti kukuh untuk sabitkan mereka. Semua asas pertuduhan perlu dibuktikan," jelas Ngeh.

"Maka sebagai Peguam Negara beliau perlu meneliti asas pertuduhan. Jika ada asas maka boleh melakukan pendakwaan di mahkamah.

Namun dalam kes ini katanya, tiada asas pertuduhan tetapi lebih kepada ‘tuduhan politik’ semata-mata.

"Situasi ini amat bahaya kerana individu yang dituduh didakwa di mahkamah sedangkan mereka tidak bersalah," katanya. -FMT / GB

Blok L, M bukan lagi milik Petronas


Nie Baru Betul..Bumi Di Pijak Milik Orang...

KUALA LUMPUR 1 Mei – Petroliam Nasional Bhd. (Petronas) hari ini mengesahkan kontrak perkongsian pengeluaran yang melibatkan Blok L dan Blok M yang dianugerahkan kepada Petronas Carigali Sdn. Bhd. dan Murphy Sabah Oil Co. Ltd telah dibatalkan pada 7 April lalu.

Pembatalan kontrak menerusi Surat Pertukaran yang bertarikh 16 Mac 2009 itu berikutan kedua-dua blok itu bukan lagi sebahagian dari Malaysia.

Blok L dan Blok M itu telah ditandakan semula sebagai CA1 dan CA2.

``Petronas juga mahu menjelaskan bahawa syarikat ini telah dijemput oleh Brunei untuk terlibat dalam membangunkan CA1 dan CA2 berdasarkan perjanjian komersial,’’ katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini. - Utusan

Step Down Now, Ex-Sabah CM Tells Musa


From Malaysia Today
By Queville To

Step down immediately, Inspector-General of Police Musa Hassan was urged today by Sabah Progressive Party president Yong Teck Lee, who said Musa was no longer qualified to be the nation’s top police officer.

Yong was commenting on Musa’s threat to take police off the streets and not enforce the law in the wake of Monday’s fatal shooting of 14-year-old teenager, Aminulrasyid Amzah.

Yong, a former Sabah chief minister, said the remark was totally irresponsible.

“This is the kind of arrogant attitude that gives the police force a bad name. Since the IGP has threatened not to enforce the law, he has forfeited public confidence in the entire police force.

“He must resign with immediate effect. If he remains in office for another day, it will cause unnecessary fear among the people. He has hurt the feelings of the people and damaged the reputation of the police force,” Yong said in a statement.

He added that Musa’s conduct was unfair to other policemen who are hardworking and risk their lives in the discharge of their duties.

Ibrahim Ali perasan MB Kelantan ?


Kelmarin, Ibrahim Ali mewakili rakyat Kelantan memohon maaf kepada Sultan Selangor.


Katanya beliau berbuat demikian setelah Nik Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan enggan berbuat demikian ekoranmempertikaikan titah Sultan melarang masjid digunakan sebagai pentas politik.

Ibrahim merasakan dirinya seolah-olah berada ditempat Menteri Besar Kelantan.

Dia lupa diri bahawa kerusi Pasir Mas yang sedang didudukinya kini pun adalah ihsan dari parti PAS. Jika bertanding sekali lagi di situ, entah boleh menang atau tidak.

Orang macam Ibrahim perlu ada di dalam politik Melayu. Jika tidak sunyi kenduri-kendara orang Melayu lebih-lebih lagi politik Melayu UMNO.

Dia pemimpin Melayu Malaysia. Mendapat sokongan pemimpin 'Melayu' seperti Tun Mahathir Mohamed. Dia jugalah pernah berbohong kepada orang Melayu bahawa akan mencium buntut Mahathir jika dia masuk semula kedalam UMNO.

Cakap berdegar-degarnya ketika itu telah mempengaruhi ramai orang Melayu nasionalis.

Sayang dalam hal mencium buntut, tidak ada siapapun dari kalangan orang Melayu termasuk Perkasa yang mahu mewakilinya mencium buntut Mahathir sepertimana ia cuba mewakili orang Kelantan memohon maaf kepada Sultan Selangor.

Ada kawan-kawannya berkata bab mencium buntut itu cuma lawak jenaka Ibrahim dalam politik.

Boleh percaya lagikah cakap berdegar-degarnya itu sekarang jika semuanya dianggap lawak ?

Ayuhh Tengahari Ini..beramai2 kita buat report POLIS pasal budak ugut nak bunuh Tok Guru NIK AZIZ

Tok Guru diugut Bunuh oleh Pemuda UMNO!

1. Insyaallah , Esok [sabtu / 1 Mei] jam 12.30 tengahari , Dewan Pemuda PAS Pusat akan membuat satu report polis [ di Balai Polis Jalan Chow Kit ] terhadap satu ugutan bunuh ke atas Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat al Mursyidul Am PAS oleh Mohd Safuan Hilmi yang mengaku sebagai anggota pemuda UMNO .

2. Dewan Pemuda PAS Pusat [DPPP] mengesa pihak Polis menyiasat ugutan bunuh tersebut yang disiarkan dalam laman sosial facebook .

3. Mohd Safuan Hilmi, 24 bekas pelajar UiTM yang mengaku sebagai ahli pemuda Umno membuat ugutan itu dengan berkata "aku sanggup dihukum gantung jika aku dapat bunuh Nik Aziz".

4. Sama ada beliau mempunyai niat untuk melakukan jenayah itu atau tidak pihak Polis perlu menyiasat dan jika benar ia adalah anggota pemuda Umno maka ia sangatlah dikesali kerana terdapat anggotanya yang samseng dan sanggup melakukan ugutan jenayah sebegini.

5. DPPP menyeru Pemuda PAS disemua negeri turut membuat laporan Polis bagi memastikan percubaan untuk melakukan jenayah ini dapat dihalang dan kita sesekali tidak akan membiarkan peristiwa lama berulang kembali.

6. Dalam lipatan sejarah :

a] Julai 1967, Ahli Parlimen PAS-Pasir Mas Hulu, YB Abdul Samad Gul Ahmad Mianji mati ditetak dengan kapak ketika selesai sahaja acara Maulid Nabi di bangunan Pas Kelantan di Kota Bharu, Kelantan. Beliau yang ketika itu Ketua Pemuda PAS diserang ketika sedang membuka pintu keretanya.

b] 8 Mac 1970, YB Cikgu Tahrim Ariffin wakil tunggal PAS dalam Dewan Undangan Negeri Perlis, meninggal dunia dalam satu peristiwa pembunuhan yang memeranjatkan di rumahnya di Perlis.

c] 18 Januari 1985, tragedi ngeri Lubuk Merbau dalam pilihanraya kecil Parlimen Padang Terap. Seramai lebih 200 ahli Umno bersenjata parang, botol pecah, batu-bata telah menyerang, menetak, memukul dan menghentak petugas PAS di Felda Lubuk Merbau. Tujuh daripada ahli PAS cedera parah, berpuluh cedera ringan dan seorang daripada mereka, saudara Osman Talib syahid.

7. Serangan berulang beberapa kali lagi semasa Pilihanraya kecil Ijok dan Bagan Pinang tahun lepas hingga menyebabkan petugas PAS tercedera.

8. Jenayah yang dilakukan ini bukan hanya melibatkan mangsa dari kalangan pemimpin dan ahli PAS sahaja. Speaker Dewan Undangan Negeri Sembilan Datuk Mohamad Taha Talib telah dibunuh oleh Datuk Mokhtar Hashim yang ketika itu memegang jawatan Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan pada 14 April 1982 ekoran pertelagahan mereka dalam merebut jawatan dalam mesyuarat Agung Bahagian Umno Tampin.

9. Dewan Pemuda PAS Pusat melihat Umno seperti mendatangkan ancaman kerana sentiasa melahirkan penjenayah dan samseng yang suka mengugut dan menindas rakyat hatta sanggup menggunakan kekerasan seperti membunuh .

10. Dewan Pemuda PAS Pusat mahu pemuda ini disiasat dan didakwa di Mahkamah atas tindakan yang menimbulkan ancaman keselamatan kepada pemimpin PAS malah sebagai ketua kerajaan Negeri Kelantan . Andai benar ia adalah anggota pemuda UMNO sebagaimana yang didakwa , Pemimpin Umno khasnya dituntut agar memohon maaf secara terbuka kepada Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat dan seluruh anggota PAS serta rakyat yang kasihkan pemimpin bertaraf ulama' ini .

Fuhh...Inilah Lakonan Terbaru Ibrahim Ali...

Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali, semalam mewakili rakyat Kelantan memohon ampun kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah berikutan tindakan Menteri Besar, Datuk Nik Aziz Nik Mat yang mempertikaikan titah baginda melarang masjid digunakan sebagai pentas politik.

Ibrahim yang juga Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) berkata, beliau bertindak demikian atas perasaan tanggungjawab sebagai rakyat negeri itu kerana percaya Nik Aziz tidak akan menarik balik kenyataannya yang melanggar titah Sultan Selangor.

“Saya mahu memohon ampun kepada Sultan Selangor atas kemurkaan baginda yang saya percaya terhadap Menteri Besar kerana mempertikaikan titah baginda melarang masjid dijadikan sebagai pentas politik,” katanya selepas majlis kesyukuran Ibrahim sebagai Ahli Parlimen dan penyampaian 100 kereta sorong kepada petani di sini, semalam.

Ibrahim berkata, beliau berbuat demikian selepas keengganan Nik Aziz memohon keampunan kepada baginda berikutan kenyataan pemimpin Pas di Hulu Selangor baru-baru berhubung larangan Sultan Selangor supaya masjid tidak digunakan bagi tujuan politik.

KepalaAngin : Ini baru lebih senduk dari Kuah...

Laporan polis di Hulu Selangor, BN sudah terdesak bila kempen dianggap hasutan


16 Rabiul Awal 1431H.

Tiga orang dari Melayu, Cina dan India yang mendakwa mewakili tiga kaum itu di Selangor membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa menyampaikan ceramah politik yang berbau hasutan semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor

Nizar didakwa membuat hasutan itu semasa berceramah di hadapan masyarakat Cina di Kg Baru Kalumpang pada 17 April lepas dan kenyataan beliau mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa di dalam ceramah itu telah dijadikan video klip dan tersebar di internet

Zulkarnain mendakwa perbuatan menghasut orang Cina di penempatan Cina adalah perbuatan politik yang melampau dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad Nizar itu didakwanya berniat jahat.

Saya kira semua maklum apa itu ceramah dan kempen kalau bukan ajakan dan pujukan, dan dalam bahasa lain dipanggil hasutan untuk mengajak pengundi memberikan sokongan.

Demikianlah yang dilakukan oleh Nizar dan termasuk juga pemimpin UMno yang lain, semuanya ada untuk menarik pengundi di Hulu Selangor.

Namun apa yang diucapkan oleh penceramah Pakatan Rakyat penuh dengan fakta dan bukti untuk menyakinkan rakyat termasuklah kepada orang cina di Hulu Selangor.

Saya kira laporan BN mengenai isi ceramah tidak lengkap bila tidak disekalikan dengan laporan yang sama terhadap semua orang cina yang telah mengikuti ceramah Pakatan Rakyat di Hulu Selangor khususnya ceramah yang dilaporkan. Tuduhlah mereka kerana sudah percaya dengan hasutan.

Yang penting laporan diatas menggambarkan BN sudah sangat terdesak bila kaum cina hampir keseluruhanya sudah mengucapkan selamat tinggal kepada BN. Langkah ini dilihat untuk membendung apa yang dianggap "hasutan" di PRK Sibu pada pertengahan bulan ini.

Semuga semuanya tidak patah semangat dengan lapOran itu dan kerjakanlah usaha untuk menghasut siapa saja bagi memastikan BN cepat ditumbangkan.

DRS. KHALIL IDHAM LIM
ADUN TITI SERONG.

Dengan Brunei pun Kantoi, Apa lagi Yahudi!


Malaysia nampaknya tidak cerdik dalam banyak perkara. Semuanya nak diserahkan kepada orang. Kira bicara hanya nak diselesaikan cepat-cepat, kesannya main acah-acah sahaja.

Hak mutlak Malaysia, dua blok pengeluaran minyak luar pantai iaitu blok L dan M kini berada di bawah kedaulatan Brunei. Ini diakui oleh Abdullah Badawi. Walaupun dapat mengambil sebahagiannya ia tetap menjadi milik Brunei.

Apa lagi yang nak diserahkan oleh pemimpin Malaysia kepada negara luar. Kini juga sedang menyerahkan sebahagian Johor kepada Singapura melalui Iskandar Malaysia. Dahlah Pulau Batu Putih pun disambar orang. Semuanya dibiarkan untuk disapu orang. Orang luar lebih cerdik dari pemimpin Malaysia. Nanti bini mereka digadaikan juga nanti.

Dengan Brunei pun boleh lebur, bagaimana dengan Yahudi yang lebih cerdik. Nanti semuanya dilebur Yahudi melalui Singapura. Kita hanya pandai gigit jari juga nanti.

Tamrin Ghafar Bidas Rais Yatim


Anak mantan Timbalan Perdana Menteri, Tamrin Ghafar menyifatkan Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Dr Rais Yatim sebagai hipokrit apabila mempertikai kehadiran beliau pada dua ceramah kempen pilihan raya kecil Pakatan Rakyat di Hulu Selangor minggu lalu.

Ketika ditemuramah Suara Keadilan, Tamrin yang juga bekas Ahli Parlimen Batu Berendam selama dua penggal berkata berbanding Rais beliau tidak pernah meninggalkan Umno dan juga tidak bertindak membakar 'jambatan'.

"Tidak pernah dalam sejarah karier politik, saya tinggalkan parti tetapi Rais pernah berada di dalam parti Semangat 46 dan berkata beliau telah membakar jambatannya dengan Umno.

"Semasa di luar Umno beliau memaki hamun, mencerca dan menyerang begitu hebat sekali semua pemimpin Umno termasuk Najib dan isterinya Rosmah.

"Apabila dia perlukan jawatan Menteri kembali Rais sanggup mencium tangan yang membina jambatan yang dibakarnya," kata Tamrin di pejabatnya hari ini.

Tamrin yang juga bekas Pengerusi MARA dan Exco Pergerakan Pemuda Umno menyifatkan Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan itu sebagai seorang politikus yang licik tetapi gagal sebagai seorang anggota Kabinet.

"Rais akan berbuat apa sahaja dan cakap apa sahaja untuk memuaskan hati ketuanya asalkan jawatan dan kepentingan dia terjamin.

"Semasa menjadi Menteri Luar beliau gagal mempertahankan kedaulatan Pulau Batu Putih sehingga kita hilang pulau itu kepada Singapura.

Tamrin mengulas laporan Utusan Malaysia semalam yang memetik Rais sebagai berkata bahawa tindakan beliau menyertai ceramah Pakatan Rakyat diibarat seperti 'mendengar guruh dilangit, air tempayan dicurahkan' serta tidak mencerminkan perjuangan ayahnya, Tun Abdul Ghafar Baba.

"Sekarang ini Umno pandai bercakap mengenai perjuangan Tun Ghafar tetapi apabila sahaja ayah saya tidak lagi berada dalam kerajaan tidak ada pemimpin Umno yang peduli atau datang melawatnya. Mereka hanya datang ziarah disaat Tun Ghafar menghembuskan nafas terakhir beliau. Begitulah Umno melayan dan mengiktiraf jasa dan sumbangan Tun Ghafar. Dia hanya penting ketika pegang jawatan tinggi dalam parti dan kerajaan," kata Tamrin dalam nada kesal.

Menyentuh mengenai kehadirannya pada ceramah Pakatan Rakyat di Sungai Buaya dan Stadium Kuala Kubu Baharu, Tamrin berkata beliau mengkagumi ketokohan Datuk Nik Aziz Nik Mat sejak dalam Pemuda Umno lagi.

"Saya dengar Tuan Guru Nik Aziz akan berada di Sungai Buaya jadi saya pergilah. Kebetulan Datuk Seri Anwar, kawan lama saya, ternampak saya dan memperkenalkan saya kepada hadirin dan menjemput saya ke atas pentas. Apabila Tuan Guru tidak datang saya kembali keesokan malamnya untuk mendengar ceramah beliau di stadium. Baru sekarang saya dapat berpeluang untuk mendengar ceramah Tuan Guru setelah menunggu sekian lama.

"Terpulang kepada pucuk pimpinan parti sekiranya mereka ada niat untuk pecat saya. Saya sedia menerima apa juga keputusan dengan hati terbuka," kata beliau lagi. -SK

Dr Mahathir puji Perkasa atas dasar perkauman


Oleh Qayum Rahman

KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Balik Pulau, Yusmadi Yusoff menyifatkan langkah Tun Dr Mahathir Mohamed memuji Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) kerana beliau juga mengamalkan dasar perkauman.

Menurut Dr Mahathir katanya, kenyataan-kenyataan yang dikeluarkan oleh Perkasa telah berjaya menarik undi Melayu membantu Barisan Nasional memenangi pilihan raya kecil Parlimen di Hulu Selangor Ahad lalu.

"Dr Mahathir sendiri seorang rasis. Sebab itu dia memuji Perkasa dan menyokong badan bukan kerajaan itu," kata Yusmadi ketika dihubungi Free Malaysia Today, hari ini.

Beliau berkata, "Dr Mahathir adalah seorang pelopor dasar perkauman dan telah sebati dalam hidupnya sejak berkurun lalu untuk digunakan sebagai modal mainan politik semasa sehingga sekarang.

Menurut Yusmadi, pendirian Dr Mahathir dan Perkasa tidak diterima oleh banyak golongan termasuk parti mereka sendiri (BN) yang juga menolak isu perkauman.

Tegas beliau, Perkasa wujud adalah hasil dari sisa buangan Umno yang telah kecewa kerana ditolak Umno dan tidak mempunyai platform lain untuk membentangkan agenda politik mereka.

Beliau berkata, Dr Mahathir menggunakan Perkasa sebagai pengurus majlis untuk beliau menonjolkan diri setelah dibelakangkan oleh Umno sebelum ini.

"Saya lihat Perkasa menjadi orang suruhan untuk penggerak Dr Mahathir untuk terlibat dalam politik kerana Umno tidak lagi memberi ruang kepada beliau untuk menjadi tunggak utama dalam perjalanan Umno.

"Dr Mahathir boleh bekerjasama dengan Perkasa kerana perjuangan kedua-duanya adalah sama dan akan sentiasa semat di hati mereka bahawa perkauman di antara bangsa-bangsa perlulah dibezakan," tambahnya.

Yusmadi berkata, kemenangan BN di Hulu Selangor bukanlah bantuan dari Perkasa seperti yang didakwa oleh Dr Mahathir tetapi adalah kerana merasuah duit rakyat kepada rakyat hingga dapat membeli Hulu Selangor dengan nilai puluhan juta ringgit.

"Janganlah BN mahupun Perkasa atau pun Dr Mahathir sendiri menafikan kemenangan BN adalah dari merasuah rakyat kerana perkara itu amat jelas untuk rakyat menilai," ujar beliau.

Freemalaysiatoday

Apa agaknya masa depan mereka-mereka yang melompat ni pada PRU akan datang ye?


Kenapa Ibrahim Ali agresif? Dia tahu dia tiada mana-mana tempat untuk bertanding PRU akan datang. Mana mungkin ada untuk beliau dalam barisan Pakatan Rakyat dan mungkin perit UMNO untuk berkorban kerusi untuk beliau. Namun dengan berbaik-baik dengan Che Det itu ada positifnya buat beliau. Mungkin Che Det akan memujuk Najib untuk letakkan Berahim dalam list nama yang akan bertanding dalam PRU akan datang. Manalah tahu kan....

Ezam? Haha.. mat gimik. Cukup cekap buat gimik walaupun kadang-kadang gua rasa nak termuntah. Ada manfaatnya dia ni sebab mukanya memang tebal tak tahu malu. Letak aje untuk ceramah berkempen memang beliau sanggup. Tak caya tengoklah PRK Sibu nanti. Confirm dia bantai Anwar jugak. Ntah apa gila dia ni gua pun tak pasti.. Ala-ala WTF jugakla dia ni sebenarnya. Untuk next PRU mungkin juga ada tempat untuk beliau. Pastinya kawasan panas seperti Permatang Puah atau lawan pada Azmin. Kiranya kategori Kambing Trojan jugak dia ni. Serbaguna kesimpulan dari gua untuk beliau.

Zul Nordin? Mat Kompang dan Sembang kencang. Tapi realiti mulut dia ngan bau longkang seakan-akan sama. Isu APCO dia citer someone upah dia untuk burukkan Najib.Muslihat untuk pusing cerita pun boleh bagi kat dia walaupun keberkesanannya hanya 10% gua kasik. Agak kurang bantai PAS sebab mungkin ilmu di dada tak secerdik Ustaz-ustaz dalam PAS namun dengan muka tebal beliau itu, ada advantage kat situ. Untuk next PRU, susah nak cakap dan duga. Mungkin juga tempatnya kat ceruk-ceruk felda yang core pakatan rakyat. Kat bandar kang sia-sia aje kena baling telor tembelang burung unta...

3 famous kataks!! No value added. Retired!!

Zahrain and the others yang melompat baru-baru ni? Mungkin bebas tempat yang dimenangnya itu. Just untuk pecah undi pakatan and advantage untuk UMNO BN.

Bagaimana cara mahu susun, gua syak tak susah Najib nak fikir sebab APCO ada. Nantikan gempar dari Najib ni nanti. Broher ni boleh tahan gak strateginya dan mungkin juga sebab Rosmah genius??

Hanya Allah yang tahu....