Followers

Friday, April 2, 2010

Selepas ini 'encik' Nizar dan 'encik' Ngeh ? Celako punya Umno !

Lepas jumaat, dimaklumkan akan diadakan konvoi bawa memorandum ke istana Raja di Ipoh. Konvoi yang pastinya akan dikawal oleh polis. Kawal yerr..bukan 'hambat'..! Hambat hanya untuk 'konvoi' Pakatan Rakyat.

Konvoi itu juga akan menyerahkan 'memorandum' desak Raja lucutkan 'gelaran' buat Nizar dan Ngeh. Biar selepas ini Nizar dan Ngeh, hanya tinggal 'encik' saja. Wajah-wajah rutin ini (disebelah) pasti akan ada bersama. Jeritan dan pekik, 'hidup melayu' akan gempita dikumandangkan. Songkok tinggi jangan lupa pakai. Itu syarat maa..! Pakai akan dapat satu pahala disisi 'melayu'...ingat tu! Kes menteri raba bontot tu tak mau demo ker, suruh Raja lucut 'gelaran' juga? Ikut suka hangpa la labuu..!

Kaji Cuaca kata hari ini, Ipoh akan lencun dengan hujan. Hujan kian menjadi-jadi sekarang. Sementelah 'katak-katak' yang sebelum ini 'bisu' di dewan mula berani ber'bunyi'. Malah cukup berani berkata sambil 'berbohong', ditawarkan untuk duduk menjadi Memanda Besar Menteri. Kebetulan katak dan hujan satu yang sinonim.

Jika hujan, agak-agak berapa yang tinggal atas jalan habiskan perarakan ? 10 ribu, 20 ribu ? tunggu jer lepas jumaat ini...! Ongg..ong...ong !!

Masih berkaitan Sidang DUN. Tulisan yang dipetik dari artikel dibawah, memberi pencerahan situasi yang sebenar berlaku. Layan..dan fahamkan !

Oleh : Misbahul-Munir

Persidangan DUN Perak kali ini lebih memperlihatkan keanehan dan kepincangan. Berlaku pelanggaran peraturan yang tidak sepatutnya berlaku. Ganesan sebagai Speaker yang dipertikai cuba mengguna kuasa mengendalikan perjalanan sidang. Ternyata Ganesan gagal mengendali dengan bijak dan baik.

Sejak awal lagi Ganesan melakukan kesilapan besar. Ia bermula dengan penolakan 216 soalan lisan dan bertulis atas alasan soalan-soalan tersebut tidak diemailkan. Sedangkan tidak ada peraturan dalam Perintah-perintah Tetap Dewan Negeri Perak bahawa soalan-soalan mesti dihantar melalui email. Dalam Perintah-perintah Tetap 22 (2) jelas menyebut bahawa setiap soalan yang ingin dikemukakan oleh ahli dewan hendklah diserahkan soalan tersebut dalam tempoh 14 hari sebelum tarikh sidang dengan menyerahkan kepada pejabat Setiausaha Dewan dalam waktu pejabat. Semua soalan-soalan tersebut dihantar mengikut peraturan. Di sinilah bermulanya pelanggaran peraturan yang memberangkan semua Adun PR.

Ganesan juga mengeluarkan surat arahan kepada para Adun supaya memasuki bangunan SUK dan Dewan Persidangan yang berbeza waktu antara Adun PR dan BN. Adun BN dibenarkan memasuki bangunan SUK dan Dewan Persidangan lebih awal sedikit berbanding Adun PR. Penggunaan lift dan pintu masuk dewan juga diasingkan antara PR dan BN. Pintu masuk BN tidak diperiksa dengan ketat dan tidak di scan, pintu masuk PR dikawal dengan ketat dan discan.

Ganesan juga membenarkan pasukan polis yang begitu ramai berkawal di luar bangunan SUK, dalam bangunan dan juga dalam dewan persidangan. Ganesan sendiri di kanan kirinya sejumlah anggota polis yang ramai berpakaian preman mengawalnya dengan ketat. Suasana ini cukup tidak mententeramkan dan menyelesakan Adun PR.

Ganesan tidak menghormati "Standing Order" (Perintah Tetap). Dalam amalan mana-mana persidangan di Dewan Rakyat atau DUN, mana-mana Adun yang merujuk Standing Order dengan menyebut "point of order", Dewan hendaklah memberi peluang kepada Adun tersebut untuk membacakan mana-mana fasal berkaitan dengan isu yang mahu dibangkitkan. Ganesan melakukan pelanggaran besar apabila tidak mengindahkan YB Pantai Remis yang menyebut "point of order" dalam perkara yang berkaitan dengan perlantikan Speaker. Ganesan sepatutnya memberi peluang YB Pantai Remis berhujjah, dan beliau boleh menjawab hujjah tersebut.

Pelanggaran yang paling besar sekali yang dilakukan oleh Ganesan ialah memendekkan tempoh soal jawab lisan untuk berpindah ke agenda pembentangan Rang Undang-undang mendahului perbahasan Titah Tuanku. Inilah isu besar yang mengundang kemarahan Adun PR. Beberapa Adun PR cuba membetulkan supaya agenda perbahasan Titah Tuanku hendaklah didahulukan selepas selesai soal jawab lisan. Adun PR merujuk Perintah Tetap 13 (1), Ganesan dengan nada sombong dan angkuh tetap tidak mahu menerima teguran Adun PR, dan terus mahu Pembentangan Rang Undang-undang dibentangkan. Kesombongan dan keangkuhan hanya mempamerkan kebodohannya sebagai seorang Speaker.

Inilah isu yang menyebabkan semua Adun PR mengambil tindakan keluar dewan sebagai protes di atas kesombongan dan keangkuhan Speaker haram Ganesan. Tindakan ini dilihat oleh PR sebagai satu penghinaan dan biadab terhadap Tuanku yang bertitah semalam. Adun PR bimbang sekiranya Rang Undang-undang telah dibentang, dewan akan ditangguhkan oleh Speaker tanpa ada perbahasan Titan Tuanku. Sidang 7 Mei 2009 yang lalu telah berlaku, sidang ditangguhkan begitu sahaja tanpa disambung semula bagi membahaskan Titah Tuanku.

Media arus perdana UMNO BN memberi gambaran yang cukup buruk kepada PR, sedangkan hakikatnya merekalah yang melanggar peraturan dan tidak menghormati hak adun untuk berbahas di dewan. Pembesar suara juga ditutup setiap kali Adun PR mahu mulakan ucapan.

Strategi menghalang orang ramai mengikuti sidang dan menghalang para wartawan membuat liputan melainkan media yang dikuasai oleh UMNO BN ternyata berjaya menutup isu yang sebenar yang berlaku dalam dewan. Media mereka sahaja yang membuat liputan, sudah tentulah laporannya berat sebelah.

Rakyat tidak tertipu dengan propaganda ini, bermula dengan rampasan kuasa dan isu dalam sidang, rakyat Perak semakin benci dengan UMNO BN.

Pengambilalihan Bantu Paras Harga Air Lebih Rendah

Pengambilalihan industri pembekalan air yang dirancang kerajaan Selangor dan menghampiri kenyataan, bakal menjadikan harga air jauh lebih rendah berbanding sekarang.

Ia berikutan harga air dapat dikawal kerajaan negari berbanding syarikat swasta yang mendahulukan keuntungan tanpa mengutamakan kebajikan rakyat.

Proses pengambilalihan industri air di Selangor kian menghampiri realiti berikutan rundingan penentuan harga bakal diputuskan pada 6 April ini.

Rundingan dengan kerajaan Persekutuan telah berlangsung sekian lama.

Keputusan perkara sebelum ini ditunda oleh Kementerian Air, Tenaga dan Alam Sekitar dari 23 Mac kepada Selasa depan.

Ahli Parlimen Klang Charles Santiago menegaskan Kerajaan Selangor perlu memiliki hak dan kuasa penuh demi merakyatkan pembekalan air dari anasir mensasarkan keuntungan semata-mata.

“Tanpa pengambilalihan, kerajaan negeri tidak ada kawalan, tidak ada kuasa untuk menentukan apa-apa oleh kerana pihak swasta lebih berkuasa berikutan ada 70 peratus oleh Syabas.

"Oleh itu, kerajaan negeri tidak dapat kuasa untuk menentukan dasar-dasar demi kepentingan rakyat,” katanya kepada TV Selangor, hari ini.

Beliau menyifatkan kerajaan negeri bertanggungjawab untuk melindungi hak pembekalan air kepada rakyat di negeri masing-masing dan bukannya bersikap lepas tangan dengan memindahkan tanggungjawab itu kepada syarikat swasta.

“Saya fikir cara yang bagus ialah menguruskan bekalan dan pengurusan air jelas menyatakan bahawa sesiapa pun mesti menguruskan secara holistik," katanya.

Anwar Kepada Najib: Jawab Kenapa Pilih Apco

Di Parlimen hari ini, Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim tidak gusar dengan langkah wakil rakyat Umno merujuk beliau ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Namun Ketua Pembangkang itu mempersoalkan tindakan Perdana Menteri mengabaikan tanggungjawab untuk menjelaskan tindakan beliau mengupah APCO untuk diberikan peranan penting dalam pentadbiran Negara.

"Suruh dia jawab dulu soal APCO. Jawab APCO, Israel dan perisikan Shin Bet. Jawab itu dulu. Apakah sudah dijawab atau belum? Buat apa serang saya? Soalnya sekarang Umno atau PM mesti jawab. Kenapa pilih APCO? Kenapa pertahan APCO bermatian-matian?"

Najib Patut Jawab Isu Apco Worldwide Sebelum Ambil Tindakan Terhadap Anwar

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk menjelaskan kepada Parlimen berhubung beberapa persoalan yang timbul daripada isu APCO Worldwide sebelum mengambil tindakan terhadap beliau.

"Suruh dia (Perdana Menteri) jawab dulu soal APCO, jawab soal 'Israel intelligence', Shin Bet. Jawab itu dulu apakah sudah dijawab atau belum, apa nak serang saya lagi?

"Saya dah diserang banyak, sekarang ini Umno ataupun Perdana Menteri perlu jawab mengapa pilih APCO, pertahankan APCO mati-matian, ini aneh dong," kata Anwar kepada media di lobi Parlimen petang tadi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz berkata hari ini kerajaan membuat keputusan untuk merujuk Anwar ke Jawatankuasa Mengenai Hak dan Kebebasan berhubung isu APCO, Satu Israel dan hubungkait dengan 1 Malaysia.

MEB: Fomca, MTUC Bantah Penggunaan Dana KWSP

Gabungan Persatuan-persatuan Pengguna-pengguna Malaysia (FOMCA) dan Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC) mahu kerajaan memberi jaminan sebarang pelaburan melibatkan dana Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di luar negara, selamat dan terjamin.

Ketua Pegawai Eksekutif Fomca, Mohd Yusof Abd Rahman dan Pengerusi MUTC, Syed Shahir Syed Mohamud senada dalam isu melibatkan MEB yang dicadang Perdana Menteri yang seakan-akan mempertaruhkan setiap sen simpanan wang rakyat.

Kedua-dua pemimpin itu bimbang pelaburan yang dibuat KWSP tidak memberi pulangan yang sewajarnya kepada pencarum, bahkan sebaliknya menghakis dana sedia ada.

"Perlu ada jaminan sekiranya kerajaan membenarkan KWSP melabur di luar negara, maka kerajaan perlu memastikan ia adalah pelaburan yang selamat.

"Sebab, kita dapati banyak pelaburan yang dibuat KWSP tidak memberi manfaat kepada pengguna dari segi pulangan umpamanya pelaburan dalam sektor berisiko tinggi," kata kepada TV Selangor, hari ini.

Mohd Yusof juga menyatakan Fomca bimbang dengan sikap Jawatankuasa Pelaburan yang sering melabur tanpa memaklumkan Lembaga Pengarah KWSP seperti yang dibangkitkan Kongres Kesatuan Pekerja (MTUC).

"Masalahnya jawatankuasa pelaburan tidak dianggotai oleh wakil pekerja, sebaliknya dianggotai pihak profesional dari segi pelaburan.

"Dari segi pemantauan dan 'check and balance', kita dapati masih kurang. Malah, apa juga yang dilaburkan kadang kala tidak dimaklumkan kepada Lembaga Pengarah," kata Mohd Yusof lagi.

Syed Shahir pula tidak menolak kemungkinan kekaburan fakta berkaitan MEB mungkin bertujuan menutup kelemahan dasar itu yang hanya menguntungkan golongan atasan sebaliknya meminggirkan masyarakat bawahan.

“Kita tak nampak jelas apakah tumpuannya terhadap golongan bawahan. Seolah-olah wujud andaian bahawa apabila selesai masalah ekonomi, maka selesailah masalah pekerja atau orang bawahan,” katanya.

Beliau jmenganggap cakap-cakap kerajaan mahu meningkatkan pendapatan rakyat hanya omong kosong, sebaliknya bimbang amalan penswastaan menyebabkan pemerintah terpaksa menampung kerugian syarikat dengan menggunakan wang rakyat.

“Kita mendapati banyak kelemahan dalam hal berkaitan penswastaan. Malah ada yang terpaksa diambil balik oleh pemerintah. Misalnya, syarikat penerbangan Malaysia yang suatu waktu dulu diswasta tapi terpaksa ditampung balik," katanya.

Sehubungan itu, beliau mengingatkan kerajaan bahawa pelaburan menggunakan dana KWSP perlu dilakukan secara penuh waspada dengan mempertimbangkan setiap risiko.

“KWSP kena berhati-hati betul, cermat berhemat untuk memastikan wang pencarum yang untuk simpanan hari tua itu, selamat dan memberi pulangan munasabah,” katanya.

Akhirnya Menteri Pelajaran Akui UMNO guna Sekolah Untuk Tujuan Politik

Muhyiddin akui Umno guna sekolah untuk tujuan politik

KUALA LUMPUR- Menteri Pelajaran, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengakui terdapat pihak tertentu yang menggunakan sekolah untuk tujuan politik.

Beliau berkata demikian sewaktu menjawab soalan yang dikemukakan Dr Lo'Lo' Mohd Ghazali (PAS- Tittiwangsa) sewaktu sesi penggulungan perbahasan menjunjung kasih titah Yang diPertuan Agung di Dewan Rakyat.

Dr Lo'Lo' sewaktu mencelah ucapan Muhyiddin menyatakan beliau berasa sukacita apabila Muhyiddin menyatakan pimpinan masyarakat boleh masuk ke sekolah-sekolah untuk bersama-sama membantu menjayakan program-program anjuran sekolah.

Bagaimanapun Lo'Lo' melahirkan kekecewaan kerana terdapat sekolah-sekolah yang mengambil peluang bagi tujuan politik di sekolah terbabit.

"Kita bercakap sebagai ahli parlimen yang matang dan bukan mengeluarkan kenyataan sembrono. Saya mendapat maklumat Umno dan Puteri Umno masuk ke sebuah sekolah menengah di Segambut. Ini jelas menunjukkan ia bertujuan untuk aktiviti politik.

"Begitu juga saya difahamkan bekas wakil rakyat Titiwangsa merasmikan sukan di salah sebuah sekolah di kawasan saya, sedangkan saya ahli parlimen kawasan tersebut di larang masuk. Jadi saya minta perkara seperti ini dapat difikirkan kembali," katanya.

Kenyataan beliau itu disokong Ahmad Kassim (PAS-Kuala Kedah) yang menyatakan sekiranya kerajaan membenarkan ahli politik masuk ke sekolah-sekolah, ia tidak harus membezakan parti-parti politik tertentu.

"Kalau kerajaan benarkan, benarkan semua. Kalau tidak benarkan, jangan benarkan semua,"katanya.

Sementara itu, Muhyiddin yang juga Timabalan Perdana Menteri memberi jaminan akan cuba memperbaiki segala kelemahan yang berlaku.

"Jika benar Puteri Umno masuk ke sekolah-sekolah untuk pendaftaran ahlinya, saya rasa ia memang tidak patut berlaku. Dan saya berharap kelemahan ini dapat diperbaiki,"katanya.


***** Harap-harao lepas ni Wakil Rakyat kita dapat masuk ke sekolah dan Para pentadbir sekolah jangan lah takut untuk menjemput YB / MP Pakatan Rakyat untuk rasmi acara-acara sekolah......

Tak Sangka Hukuman Diubah


KUALA LUMPUR: Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang digantikan hukuman rotan dengan kerja-kerja khidmat masyarakat kerana kesalahan meminum arak hari ini tidak menyangka perubahan hukuman yang diterimanya.

Sambil menyatakan rasa hormatnya dengan titah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang diterimannya melalui surat oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP) semalam, dia mengakui terkejut dengan keputusan itu.

"Perasaan saya bercampur-campur. Saya terkejut kerana keputusan ini amat tidak disangka-sangka," kata Kartika, 33, kepada pemberita di sini hari ini.

Kartika menerima surat daripada MAIP memaklumkan bahawa Sultan Pahang menitahkan supaya ibu kepada dua anak itu tidak dirotan sebaliknya diarahkan membuat kerja-kerja khidmat komuniti selama tiga minggu.

Dia memberitahu akan memulakan khidmat berkenaan di rumah amal kanak-kanak esok. - AP

UMNO ejen Israel hingga sanggup hukum Anwar


Kerajaan Umno-Barisan Nasional berada dalam keadaan terdesak sehingga terpaksa mempertahankan hubungannya dengan syarikat komunikasi pro Zionis-Israel, APCO Worldwide apabila membuat keputusan untuk menghadapkan Datuk Seri Anwar Ibrahim ke jawatankuasa khas Parlimen.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata demi mempertahan isu APCO yang semakin memakan diri Umno-BN, kerajaan mahu mengenakan tindakan ke atas Anwar kerana mahu menutup skandal itu.

"Saya tidak terkejut dengan tindakan kerajaan. Ini membuktikan bahawa Umno dalam keadaan tertekan dan sanggup pertahankan Zionis dan APCO untuk mengorbankan Datuk Seri Anwar.

"Speaker telah mengarahkan Datuk Seri Anwar untuk memberikan keterangan di Parlimen. Walaupun saya telah bangkitkan prosedur itu tidak tak kena, kalau prosedur digunakan 37(1) ia mestilah dibangkit ketika ahli Dewan sedang bercakap, tetapi perkara ini dibangkitkan setelah selesai ucapan Ketua Pembangkang bebrapa hari selepas itu," jelas Azmin.

Kata beliau, meskipun Anwar mengemukakan bukti yang cukup jelas mengenai peranan APCO dan slogan 1Malaysia yang diciplak dari slogan Satu Israel, namun kerajaan tetap meneruskan tindakan mereka untuk menghukum Ahli Parlimen Permatang Pauh itu.

"Kenyataan Datuk Seri Anwar berdasarkan bukti yang cukup kuat dan kukuh termasuk beberapa perjanjian yang telah ditandatangani antara Umno dan kumpulan Zionis.

Jadi apalagi yang mereka tidak puas hati?," soal beliau.Azmin yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata, Pakatan Rakyat akan tetap mempertahankan kenyataan Anwar berdasarkan bukti yang dikemukakan sebelum ini .

"Umno dalam keadaan terdesak untuk hadapkan Datuk Seri Anwar ke jawatankuasa khas tetapi kita akan gunakan ruang ini untuk pertahankan kes kita dengan bukti cukup kukuh supaya rakyat tahu siapa sebenarnya agen Zionis dan dalam perkara ini bukan setakat Zionis tetapi golongan perisik yang pernah berkhidmat dengan rejim Israel," tegas Azmin lagi.

Azmin menegaskan berlaku salah tafsir dalam peruntukan itu yang sepatutnya diguna pakai hanya terhadap anggota Kabinet kerana mereka terlibat secara langsung dalam mengemukakan rang undang-undang di peringkat jemaah menteri dan bukan Ahli Parlimen yang sekadar membahaskan undang-undang tersebut.

"Maka yang dimaksud dengan mengelirukan Dewan ini ialah sekiranya seseorang menteri itu bercakap dalam Dewan dengan tidak berasaskan fakta betul dan tepat dalam keadaan beliau mengetahui bahawa ia boleh ditafsir sebagai mengelirukan Dewan.

"Bukan ahli Dewan kerana kita bukan menteri kabinet dan kita tidak ada akses kepada maklumat kerajaan. Kalaupun dikatakan mengelirukan Dewan, kita telah mengemukakan bukti yang kukuh termasuk perjanjian malahan Ahli Parlimen BN agak terkejut keupayaan Datuk Seri Anwar mempertahankan tuduhan ini dan mengemukakan bukti yang cukup jelas dan terperinci," kata Ahli Parlimen Gombak itu.

Ditanya penafian APCO, beliau berkata "APCO Malaysia menafikan kenyataan pembangkang, tetapi APCO Worldwide menafikan kenyataan APCO Malaysia.

Kalau kita tengok dalam tempoh 24 jam ada dua keterangan daripada APCO yang berbeza antara satu sama lain. Ini membuktikan APCO Worldwide telah mengesahkan memang benar mereka pernah berkhidmat dengan rejim Israel seperti yang dinyatakan Datuk Seri Anwar," jelas Azmin.

Malah akhbar Straits Times Singapore memetik dokumen-dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang mengesahkan hubung kait Apco dengan kerajaan Israel yang selari dengan hujah-hujah Anwar di Parlimen.

“Ketua pembangkang telah mengambil peluang ini untuk berikan keterangan, penjelasan dan bersandarkan kepada bukti-bukti yang cukup kuat dan kukuh.

“Ini termasuk beberapa perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan Umno dan kumpulan Zionis ini.”

“Apco Antarabangsa sudah pun mengesahkan memang membenarkan mereka pernah berkhidmat dengan rejim Israel seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar,” tegas Azmin.


* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Ibrahim Ali berang lagi ??!!

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali berang dan mengutarakan kata-kata kesat ketika diajukan soalan berhubung Dasar Ekonomi Baru (DEB) dalam wawancaranya dengan Al Jazeera.

Klip video itu disiarkan dalam rangkaian perkongsian video Youtube.

Dalam laporan itu, wartawan Al Jazeera mengajukan soalan berhubung DEB yang didakwa bersifat perkauman.

Sebaik mendengar dakwaan itu, Ibrahim terus berang dan berkata berulang kali berkata: "Jika bangsa-bangsa asing ini mendakwa mereka rakyat kelas kedua, 'don't talk s**t! Don't talk s**t!' Saya ulang untuk kali ketiga, 'don't talk s**t!”

Suara Ibrahim ketika kata-kata kesat itu diluahkan telah disunting oleh Al Jazeera kerana dianggap tidak bersesuaian untuk tontonan.

"Kami bangsa Melayu telah banyak maafkan mereka, malah kami juga berkorban kepentingan kami," kata Ibrahim lagi.

Rencana Al Jazeera itu melaporkan ramai rakyat Malaysia berpendidikan tinggi meninggalkan negara ini kerana dasar-dasar diskriminasi melaui DEB.

Antara yang dipaparkan ialah Shirlene Ong yang telah menetap selama enam tahun di Hong Kong.

“Saya tidak akan pulang ke Malaysia dalam masa terdekat ini. Apa yang mungkin membuat saya menukar pendirian ialah apabila semua rakyat Malaysia dilayan secara saksama," katanya.

Turut diwawancara dalam laporan itu ialah penganalis politik Malaysia, Farish Noor yang mendakwa kebebasan akademik tidak wujud di Malaysia dan kini menjadi pensyarah di Singapura.

Menurut video terbitan Al Jazeera itu, DEB yang diperkenalkan oleh ayahanda Najib, Tun Abd Razak Hussein dan adalah bersesuaian bagi beliau menanggalkan dasar-dasar diskriminasi berkenaan

Malaysiakini

TIDAK ADA PENCAPAIAN APA-APA OLEH DS NAJIB KATA TUN M........AHLI UMNO BAWAHAN NAK KATA APA?????



oleh : Abdul Aziz Mustapha

KUALA LUMPUR, 1 April: Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar bersetuju dengan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa tidak ada apa-apa pencapaian sepanjang Datuk Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri."Bekas Perdana Menteri kata, sepanjang lima, enam tahun lalu, anda tidak melihat pertumbuhan negara sama sekali."Ia bermakna, sepanjang Najib menjadi Perdana Menteri, anda tidak melihat pertumbuhan negara sama sekali," katanya.


Oleh kerana Umno sentiasa menisbahkan kejayaannya dengan pembangunan, kata Mahfuz, jika Dr Mahathir kata anda tidak melihat pertumbuhan negara sama sekali sepanjang lima enam tahun lalu, ia bermakna tidak ada apa-apa pencapaian sepanjang Najib menjadi Perdana Menteri. "Itu sahaja maknanya kerana Dr Mahathir tidak buat kenyataan yang berbelit-belit mengenai perkara itu. Sangat mudah difahami," kata Ahli Parlimen Pokok Sena itu.Malaysian Insider 27 Mac memetik Dr Mahathir berkata: "Saya bimbang kerana sepanjang lima, enam tahun lalu, anda tidak melihat pertumbuhan negara sama sekali."Pada masa yang sama anda boleh melihat tuduhan (satu sama lain) di kalangan pelbagai kaum.


Orang Melayu menuduh orang Cina, orang Cina menuduh orang India dan orang India menuduh orang Melayu".Bagi Mahfuz, Dr Mahathir bukan sahaja menyatakan tidak ada pertumbuhan negara sama sekali sepanjang Najib memerintah, malah beliau juga menggambarkan Najib tidak dipercayai oleh orang-orang Melayu.Menurut bekas Presiden Umno itu, wujudnya begitu ramai NGO Melayu yang memberi tumpuan masalah Melayu kerana terhakisnya kepercayaan mereka kepada Umno sebagai pelindung nasib mereka."Apabila Dr Mahathir kata orang-orang Melayu tidak lagi mempercayai Umno, ia sekaligus bermakna orang-orang Melayu tidak mempercayai Najib dan para pemimpin Umno yang lain kerana Umno di bawah kepimpinan mereka," kata Mahfuz.

Beliau juga menyifatkan Najib membahayakan negara kerana beliau tidak mempunyai kebolehan untuk mempertimbangkan mana yang baik dan mana yang buruk untuk negara."Amat berbahaya kepada negara apabila Perdana Menterinya seperti dicucuk hidung dan menerima begitu sahaja cadangan supaya firma Zionis, Apco Worldwide bermaharajalela di dalam pentadbirannya," kata Mahfuz.Ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum itu menuntut supaya kerajaan segera membatalkan kontrak perkhidmatan Apco Worldwide Sdn Bhd dan menubuhkan suruhanjaya siasatan diraja bagi menyiasat skandal yang disifatkan sebagai mencalar maruah negara.Anwar yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh berkata, beliau bimbang kerana kerajaan mengambil sikap membisu terhadap dakwaan penglibatan Apco, sedangkan maklumat strategik negara telah terjejas apabila kerajaan melantik syarikat Yahudi itu sebagai perunding komunikasi itu.


TAPI LAIN DALAM BLOG PENYOKONG UMENO KATA....TENGOK DAN BACA DI BAWAH.....

DIPETIK DARI LAMAN WEB PEMUDA UMNO.SAMPAI TAK ADA SATU PUN CERITA ILMIAH YANG BOLEH MENYEDARKAN RAKYAT.PADA HAL RAKYAT DAH SAMPAI TAHAP CERDIK MENILAI SEMUA BERITA DAN KENYATAAN YANG ADA INI.PATUT LAH UMNO KALAH KERANA ADANYA ORANG SEPERTI INI.TAMBAHAN PULA YANG BERGELAR DOKTOR......KIAAAAQTUIIHHHHH...KALAU DI PULAU PINANG MEMANG TAK ADA APA-APA UNTUK KRONI DAN KETUA-KETUA AMK .MEMANG TAK SAMA DENGAN KETUA PEMUDA UMNO ATAU JAWATAN DALAM UMNO..TAPI KURANG-KURANGNYA BANTUAN UNTUK SEKOLAH AGAMA RAKYAT,MENGHARGAI WARGA EMAS WALAU SEDIKIT,ADA KETELUSAN DALAM PENTADBIRAN,TIDAK MENYALAHGUNAKAN DUIT MAJLIS AGAMA....ITU DIANGGAP SATU KEBAIKAN YANG RAKYAT DAH NAMPAK.

BILA KITA AJAK BERDEBAT, DIKOYAK KERTAS,TAK MAHU PULA PELAWA DIRI UNTUK HADIR BERDEBAT.INI MEMANG PERANGAI UMNO SEJAK DULU LAGI....KITA AKAN BAWA DR INI BERDEBAT DI PULAU PINANG.


Dr Novandri Hasan Basri- PECACAI UMNO BAYAN BARU.PATUT MELAYU PULAU PINANG MAJU-MAJU BELAKA KERANA ADANYA DOKTOR SEPERTI BELIAU....KAH...KAH...KAH.....PAKAT JUAI UMAH & TANAH BELI DI SEBERANG.........KERANA SEJAK 52 TAHUN DULU PAKATAN RAKYAT MEMERINTAH........



Tidak ada istimewanya parti Pakatan Rakyat walaupun sudah berumur dua tahun. Inilah ringkasan kepada perkahwinan songsang yang terdapat di dalam parti-pati politik yang bernaung di bawahnya.Akan tetapi, perkahwinan tersebut telah menyerlahkan kepincangan parti Pas yang tidur sekatil dengan seteru rapat mereka sejak dahulu lagi. Jika membuat perbandingan, parti Pas telah tewas di dalam menegakkan prinsip perjuangan mereka jika dibandingkan dengan parti DAP.Kepimpinan parti Pas telah mengecewakan ramai penyokong mereka dengan berganding bahu dengan satu parti yang tidak mungkin akan menyetujui perjuangan asas parti Pas. Pemimpin PAS selalu menggunakan ayat 'satu hari nanti hati mereka (DAP) akan terbuka' apabila ramai yang mempertingkaikan perkahwinan songsang tersebut……


Kamarulzaman Kamdias

CIFU Anwar. Mungkin gelaran ini lebih sopan dari Tagline “Can I F**k U”- Anwar. Memang layak pun Anwar digelar Cifu.

Dia adalah cifu dalam bidang :

1. Demonstrasi jalanan.

2. Pakar dalam melakukan pelanggaran terhadap semua undang-undang.

3. Pakar dalam kaedah menjatuhkan martabat saingan politiknya.

4. Pakar dalam kaedah menjatuhkan imej polis.

5. Pakar dalam mencacatkan institusi kehakiman pada pandangan rakyat.

6. Pakar dalam memindahkan bidang kuasa kehakiman kepada kehakiman rakyat.

7. Pakar dalam melakukan manipulasi hukum perundangan.

8. Pakar dalam mengalih pandangan rakyat terhadap kesalahan jenayah yang dilakukannya. Rakyat akan menyalahkan semua institusi kerajaan dan pihak yang membuat tuduhan apabila berlaku sebarang kepincangan pada batang tubuhnya.

9. Pakar dalam meraih simpati walaupun kali ni tak berapa menjadi seperti kes CIFU 1998.

10. Pakar dalam mendapatkan sokongan moral isteri dan anak-anak walaupun hati si isteri tak tahulah macam mana remuk redamnya.

11. Pakar dalam menimbulkan prasangka buruk rakyat terhadap sebarang langkah yang diambil kerajaan.

12. Pendek kata, kalau ada bau kentut dalam kelompok yang Anwar ada, bolehlah kita keluarkan dia awal-awal dari senarai mereka-mereka yang disyaki terkentut.. sebab semua orang akan kata mana mungkin kentut Anwar berbau..

CIFU memang layak jadi hak milik intelektual @Anwar. Siapa yang pandai-pandai guna perkataan CIFU, Anwar boleh saman.

Dipetik Dari Blog kkamdias.blogspot

Al-Fatihah - Din Beramboi Meninggal Dunia

Afdhlin Shauki : Inalillah..... Pada 12.30 malam, kawan kita Din Beramboi telah meninggalkan kita dan pulang ke rahmatullah

Shahriza Mahmud : Innalillah...Takziah buat isteri,anak-anak dan keluarga Allahyarham abang Din..Isteri dan anak-anak sebenarnya sudah dimaklumkan seawal petang semalam mengenai situasinya.Mereka tabah dan sedar semuanya ketentuan Illahi.Walaupun payah,mereka terpaksa pasrah dengan berita yang disampaikan doktor sebelum pemergiannya.

Begitu juga rakan-rakan yang sudah bersedia sejak petang semalam. Itu yang tidak dapat kami sampaikan kepada semua kerana masih mengharap. Sekitar jam 12.30 pagi Jumaat dia telah kembali menemuiNYA..Al-Fatihah..

Saya bagi pihak LovePerak mengucapkan takziah dan banyak bersabar terhadap keluarga Din Beramboi...semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama orang-orang yang soleh...innalilla hiwainna ilaihi rajiun...



UPDATE BERITA RASMI

KUALA LUMPUR, 2 APRIL 2010: Setelah hampir sejam bertarung nyawa, pelawak dan penyampai radio Era FM, Din Beramboi telah kembali ke rahmatullah kira-kira jam 12.30 tengah malam tadi.

Allahyarham Din Beramboi atau nama sebenarnya Mior Ahmad Fuad Mior Badri, 44, sebelum ini dimasukan ke Unit Rawatan Rapi (ICU), Hospital Selayang kerana disyaki menghidap kejutan denggi berdarah pada 29 Mac 2010.

Pemergian arwah telah disahkan oleh adik iparnya, Shariffudin Che Man, 37, yang mengumumkan kematian arwah sejurus selepas beliau keluar dari wad ICU.

Turut berada disamping arwah ketika pemergiannya ialah ahli keluarga serta tiga orang rakan artis iaitu Azwan Ali, Zul Yahya dan Ifa Raziah.

Jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumah keluarga isterinya, di Taman Ehsan, Kepong sebelum dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Frim, sebelum solat Jumaat.

Allahyarham meninggalkan seorang balu Suhaini Che Man dan 3 orang anak Nil Aina,17, Mior Syafiq Aridhuan,12 dan Nir Ain.

Warga murai.com.my mengucapkan takziah di atas pemergian Allahyarham dan semoga rohnya ditempatkan dikalangan orang yang beriman. Al-Fatihah.

CABAR UMNO TARIK DARJAH KEBESARAN SULTAN


Dewan Pemuda PAS Negeri Perak (DPPN Pk) mencabar Datuk Shaahrani Mohamad, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Rungkup mengulangi desakan di luar Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak agar Darjah Kebesaran yang telah di anugerahkan oleh Seri Paduka Sultan Perak kepada Datuk Seri Ir Haji Mohammad Nizar Jamaluddin dan Datuk Ngeh Koo Ham di tarik semula serta menunggu tindakan daripada Umno Negeri Perak dan Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir di atas perkara ini.

DPPN Pk sangsi dengan tindakan terdesak Umno yang akan cuba dengan segala keadaan untuk menyekat pengaruh Datuk Seri Nizar yang terus berkembang di Negeri Perak ini dan masih di serang dalam pelbagai keadaan. Pelbagai usaha memburukkan Datuk Seri Nizar akan di lemparkan bagi memburukkan imejnya dan yang paling membimbangkan sekali ialah Umno akan memperalatkan semua jentera Kerajaan bagi menjayakan usaha jahat mereka ini.

DPPN Pk menasihatkan Umno supaya tidak mencampuri dan mempertikaikan Darjah Kebesaran yang telah Seri Paduka Sultan Perak kurniakan kerana ianya akan mengesahkan persepsi rakyat selama ini bahawa Umno telah memperalatkan Institusi DiRaja untuk kepentingan mereka. DPPN Pk mengharapkan agar rakyat sedar akan kejahatan Umno yang akan memastikannya terus berkuasa dengan apa cara sekali pun.


SALMAN HAJI SALEH
Naib Ketua,
Dewan Pemuda PAS Negeri Perak

Thursday, April 1, 2010

Anwar Disiasat, Umno Berkeras Pertahan Zionis

Umno di lihat terdesak mempertahankan unsur-unsur Zionis sehingga sanggup mengheret Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen.

Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali berkata tindakan Ahli Parlimen Padang Rengas, Nazri Aziz itu bagaimanapun tidak mengejutkan beliau ekoran ianya sudah dijangkakan dari awal lagi.

“Ini sekali lagi membuktikan bahawa Pemuda Umno dalam tertekan sanggup mengorbankan Datuk Seri Anwar Ibrahim, speaker telah mengarahkan Datuk Seri untuk memberi keterangan di dalam Parlimen.

“Walaupun saya telah membangkitkan, prosedur itu tidak kena. Kalau prosedur yang digunakan ialah 37 (1), ianya mesti dibangkitkan ketika ahli berkenaan sedang bercakap.”

Beliau berkata bagaimanapun perkara ini dibangkitkan setelah selesai Ketua Pembangkang memberi ucapan beberapa hari selepas itu.

Azmin berkata penjelasan Anwar yang mengaitkan kerajaan mempunyai hubungan dengan Apco Worldwide jelas terbukti dengan maklumat-maklumat yang didedahkan sendiri oleh Ketua Pembangkang itu.

Malah akhbar Straits Times Singapore memetik dokumen-dokumen Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat yang mengesahkan hubung kait Apco dengan kerajaan Israel yang selari dengan hujah-hujah Anwar di Parlimen.

“Ketua pembangkang telah mengambil peluang ini untuk berikan keterangan, penjelasan dan bersandarkan kepada bukti-bukti yang cukup kuat dan kukuh.

“Ini termasuk beberapa perjanjian yang ditandatangani oleh kerajaan Umno dan kumpulan Zionis ini.”

“Apco Antarabangsa sudah pun mengesahkan memang membenarkan mereka pernah berkhidmat dengan rejim Israel seperti yang dinyatakan oleh Datuk Seri Anwar,” tegas Azmin.

Beliau berkata PR akan mempertahankan perkara ini sekali lagi dengan melampirkan bukti-bukti yang kukuh dan akan membongkarkan personaliti yang terlibat termasuk golongan perisik yang pernah berkhidmat di bawah rejim Israel.

Mangsa Tembak Mahu Serah Memorandum Kepada Hishamuddin Di Parlimen


KUALA LUMPUR 1 APR: Mangsa tembakan polis, Norizan Salleh hari ini mengunjungi sidang Dewan Rakyat bagi menyerahkan memorandum kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Hussein.

Ia berikutan beliau tidak mendapat sebarang jawapan daripada kerajaan selepas beberapa memorandum sama diserahkan sejak Januari lalu.

"Saya datang untuk mengetahui kenapa saya ditembak pada malam tersebut. Sampai sekarang saya tidak tahu apa sebabnya. Saya sangat terkejut dengan peristiwa itu," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Sebelum ini, masing-masing satu memorandum diserahkan kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan di Bukit Aman pada 4 Februari dan Suhakam 11 Februari lalu.

Norizan kemudian cuba menyerahkan memorandum itu kepada Hishamudin pada 25 Februari lalu di pejabat KDN, Putrajaya tetapi gagal.

Pada 30 Oktober 2009, Norizan ketika berada dalam kereta ditembak dan ditendang sehingga patah tulang rusuk ketika merangkak keluar dari kereta, dengan darah mengalir dari tubuhnya.

APCO: UMNO Gagal Jawab,Heret Anwar Ke JK Hak


Dari Harakah

Kerajaan disifatkan sebagai takut untuk menjelasakan isu APCO apabila mengambil tindakan merujuk Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen tanpa membahaskan perkara itu di Dewan Rakyat.

Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar berkata, tindakan kerajaan itu menunjukkan kerajaan juga lemah untuk berhujah dan mengemukakan fakta bagi menafikannya.

“Sebelum merujuk Anwar, mereka perlu membuat penjelasan berhubung dakwaan Anwar tentang penglibatan APCO sebagai perunding dan penasihat 1Malaysia.

“Pada saya, kerajaan lemah dan tiada fakta untuk berhujah, mereka masih belum menjawab di Dewan Rakyat biarpun menafikan penglibatan APCO dalam gagasan 1Malaysia,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Parlimen Pokok Sena berkata, tindakan merujuk Anwar ke JK Hak dan Kebebasan Parlimen juga akan terus memburukkan imej kerajaan.

Rakyat Malaysia dan antarabangsa, katanya sedang menunggu penjelasan tuntas daripada kerajaan berhubung perkara itu.

“Tindakan merujuk Anwar tidak membantu membersih imej kerajaan malah akan terus memburukkan lagi imej negara kepada masyarakat negara dan juga masyarakat antarabangsa khususnya negara anggota OIC,” katanya lagi.

Beliau juga tidak menolak kemungkinan, tindakan terhadap Anwar itu bertujuan bagi menyekat Ahli Parlimen Permatang Pauh itu terlibat dalam perbahasan Dewan Rakyat akan datang.

“Sidang akan datang sangat penting kerana melibatkan perbahasan isu Model Ekonomi Baru (MEB) Najib dan RMK10, mereka mungkin mahu menyekat Anwar daripada terlibat,” katanya lagi.

MEB: Najib Bakal Tempuh Jalan Sukar

Ahli Parlimen Kuala Selangor, Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) menjangkakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bakal menempuhi jalan yang sukar dalam merealisasi Model Ekonomi Baru (MEB).

Bagi beliau, krisis integriti seperti dalam institusi mahkamah, Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bakal menyukarkan kerajaan memacu ekonomi berprestasi tinggi, seperti yang dirancang dalam MEB.

“Selagi kerajaan tidak menangani isu-isu integriti institusi-institusi krtikal negara seperti SPRM dan kehakiman serta urusan ‘governance’ yang berlandaskan ketelusan, pertanggungjawaban serta komptensi, maka niat baik kerajaan Najib bakal melalui jalan sukar,” jelasnya pagi tadi.

Pun begitu, melihat sepintas lalu pada pengucapan Najib, beliau berkata, MEB seolah-olah menciplak Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang ditawarkan oleh Pakatan Rakyat sejak 2006 yang lalu.

“Nak kata ciplak terlalu kasar sangat, tetapi mereka yang menekuni hal ini akan tahu alasan kami. Semacam Najib telah menelaah dan tak mustahil mengambil banyak syor-syor kami (Pakatan) atau penghujahan kami di Dewan Rakyat, termasuk yang mutakhir (iaitu) analisis kami tentang ekonomi negara,” ujarnya yang juga Ahli Jawatankuasa PAS Pusat.

Daripada ucapan Menteri Kewangan II, Datuk Seri Ahmad Husni Mohamad Hanadzlah di Dewan Rakyat semalam, menurut beliau, kerajaan Umno/BN seakan mengakui bahawa ekonomi negara mengalami masalah dari segi fundamental dan struktural ekonomi sendiri.

“Najib bercakap tentang meningkatkan pendapatan perkapita rakyat kerana terlalu lama rakyat terperangkap dalam regim berpendaptan rendah, meningkatkan pelaburan pihak swasta kerana kerajaan tidak lagi mampu mengepam dengan perbelanjaan awam,” ujarnya.

Jelasnya lagi, Najib membuat pengakuan demikian mungkin disebabkan beliau sedari bahawa hutang kerajaan Pusat sudah meningkat sehingga 52 peratus daripada jumlah Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK).

Disebabkan senario ekonomi negara yang meruncing itu, menurutnya, mungkin memaksa Najib untuk menyebutkan MEB tersebut secara ‘inclusiveness’ atau ‘untuk semua pihak’.

Kata beliau lagi, Najib juga dilihat mula menerima definasi afimatif menurut Pakatan Rakyat, iaitu pengagihan kekayaan berasaskan pada keperluan sosial, bukannya berasaskan kepada bangsa etniksiti seperti yang diamalkan oleh Umno/BN.

“Ini semua kritikan kami dalam parlimen tentang ekonomi tapi mereka buat-buat pekak satu masa dahulu. Sekarang ini semua dah jadi program mereka, baguslah,” ujarnya.

Selaku Ahli Parlimen Pakatan Rakyat yang ditugaskan memantau Kementerian Kewangan di Dewan Rakyat, beliau berkata, kerajaan sepatutnya berusaha memastikan pelaburan asing langsung (FDI) masuk ke negara ini.

Di samping itu, beliau berkata, kerajaan juga perlu mencari jalan untuk menggalakkan aktiviti pelaburan oleh pelabur tempatan atau domestik sendiri supaya mereka tidak membuat aktiviti pelaburan di luar negara.

Kata beliau, kerajaan juga seharusnya memulihara keyakinan dunia dengan tidak membiarkan segala kebocoran dahulu akibat amalan kronisme, rasuah dan penyalahgunaan kuasa akan sekali lagi tidak menggagalkan perlaksanaan program-progran kerajaan BN ini.

Lim Guan Eng Mimpi Ngeri Buat UMNO

Pemikiran pimpinan UMNO Pulau Pinang telah dipenjarakan oleh media massa arus perdana dan ideologi sempit Melayu.Lim Guan Eng ingin membebaskan masyarakat Melayu supaya lebih merdeka dan Lim Guan Eng juga sedar jika PR tidak membantu rakyat,PR boleh dihukum pada PRU 13.

Saudara Lim Guan Eng satu watak yang digeruni UMNO.Banyak betul program beliau untuk rakyat.

Begitu dengki- khinat UMNO yang memperlekehkan usaha Saudara Lim Guan Eng untuk sekadar memberi RM100.00 untuk warga emas.Mereka mampu mengira berapa sen sehari yang warga emas dapat.Umno melalui tukang karutnya tetap pergi ke kampung orang Melayu menyatakan itu rasuah dan menghina orang Melayu Pulau Pinang.

Malangnya mereka tidak melaporkan kepada SPRM,sekadar riuh sekampung untuk menidakkan program kerajaan PR Pulau Pinang.

Begitu juga apabila Lim Guan Eng membantu Sekolah Agama Rakyat ,itu dianggap tugas kerajaan.Mereka menutup isu jumlah besar yang diberi Kerajaan PR Pulau Pinang.

Begitu juga isu golongan peniaga Melayu yang dipinggirkan oleh UMNO selama ini dipeti sejukkan tetapi apabila gerai haram cuba diatasi oleh kerajaan tempatan ,Sdr Lim Guan Eng dituduh anti-Melayu.

Padahal Lim Guan Eng anti- BN dan anti-UmNo. -Love Perak-

Apahal takut sangat dengan isu Apco?

Belum sempat berada dalam pasaran, tabloid politik terbaru -Kabar - mendakwa 'diganggu' oleh Kementerian Dalam Negeri (KDN), dipercayai ekoran laporan muka depannya edisi sulungnya berhubung isu mengenai firma perhubungan antarabangsa, Apco Worldwide.

Ketua pengarang akhbar dengan slogan “Era Pakatan” - menggantikan Konsep yang gagal diperbaharui permit penerbitannya - Mohd Zahari Ali berkata, empat pegawai KDN datang ke kilang pencetaknya di Shah Alam pagi tadi dan melarang pencetakannya.

“Mereka kata tiada permit. Mereka tidak benar cetak,” katanya sambil menambah bahawa tabloid Kabar telah mendapatkan permit dari kerajaan pada Disembar tahun lalu.

“Mereka berada di situ kira-kira 30 minit. Lepas kita faks permit (penerbitan) ke kilang, mereka beredarlah,” katanya.

Kelmarin, Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan di Parlimen mengenai perjanjian antara kerajaan Malaysia dengan Apco dan Apco dengan dengan kerajaan Israel, ketika Ehud Barak mengetuai angkatan tentera Israel.

Beliau dilaporkan berkata, kontrak Malaysia dengan Apco ditandatangani pada 4 Ogos 2009 dengan tugas khusus untuk memperbaiki imej Malaysia di luar negara.

Bercakap kepada Malaysiakini hari ini, Mohd Zahari mengesyaki 'gangguan' terhadap kilang pencetak akhbarnya itu disebabkan tindakan Khabarmengetengahkan isu Apco dan memuatkan teks ucapan penuh Anwar.

“Ia bukan sebab permit (mereka ganggu), tetapi isu Anwar dan Apco,” kata Mohd Zahari yang pernah berkhidmat dengan beberapa akhbar dan penerbitan pembangkang dan saluran TV arus perdana.

Akhbar 32 mukasurat itu berada dalam pasaran di sekitar Lembah Klang hari ini dan esok di lain-lain negeri. Memfokuskan isu-isu Pakatan Rakyat, ia diedarkan di seluruh negara dengan harga RM2 senashkah di Semenanjung dan RM3 di Sabah dan Sarawak.

Edisi sulung akhbar yang diterbitkan dua kali seminggu itu, buat permulaan dicetak 40,000 nashkah, memandangkanKonsep sebelum ini mendapatkan sambutan menggalakkan – dengan 30,000 nashkah terjual.

Mohd Zahari berkata, pihaknya - penerbit Damak Media - menerbitkan akhbar baru ekoran Konsep berkubur - keluaran terakhir 15 Mac - kerana gagal memperbaharui permit penerbitan “dengan pelbagai alasan” daripada KDN.

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *

http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat
(Din Binjai)

Khairy Kehabisan Modal Jawab APCO?

Oleh: GONOD M

SEKALIPUN Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) berhempas pulas menunaikan kehendak penyokong kerajaan BN untuk menjelaskan dakwaannya gagasan 1Malaysia ditiru daripada slogan ‘One Israel’ menerusi pembabitan APCO Worldwide namun selepas penjelasan itu masih ada pihak dalam kelab penyokong kerajaan bertindak untuk cuba memutarbelitkan penjelasan DSAI.

Penjelasan DSAI bukan sekadar cakap-cakap kosong bahkan beliau turut mengemukakan beberapa dokumen perjanjian kontrak di antara kerajaan Malaysia dengan APCO Worldwide termasuklah pendedahan DSAI tentang latar belakang APCO dan modus operandi firma komunikasi antarabangsa itu.

Sesiapa juga tentunya merasa gerun dan terkejut selepas DSAI menghuraikan bentuk kehadiran firma terbabit khususnya latar belakang APCO yang selama ini tidak difahami rakyat Negara ini bahawa rupa-rupanya ia mempunyai pautan dengan pemimpin pemimpin Negara Zionis yang selama ini ditakuti Malaysia kerana kekejamannya.

Apa tidaknya kalau ahli-ahli panel penasihat APCO terdiri daripada bekas-bekas Jenderal yang telah pun bersara dari perkhidmatan ketenteraan Israel di bawah pimpinan Ehud Barak, salah seorang diktaktor dan perancang utama meningkatkan tekanan kemanusiaan terhadap perang Palestin.

Hakikatnya, apa akan terjadi kepada rakyat di negara yang kita cintai ini jika ditakdirkan bahawa prinsip yang diperjuangkan menerusi firma komunikasi antarabangsa APCO yang terlalu condong kepada fahaman zionis berjaya menyusup masuk ke tubuh dan nadi pentadbiran Negara ini.

Siapakah akan bertanggungjawab? Bolehkah kemaraan itu disanggah lagi?

Prinsip perjuangan DSAI ialah kebimbangan dari aspek keselamatan Negara ini jika ia dibiarkan terus menular, sebaliknya bukan terbit dari perasaan hasad dengki mahupun kekuatiran lonjakan nama Perdana Menteri ke-6 hanya kerana slogan 1Malaysia, tetapi DSAI lebih mementingkan pencegahan penularan produk tiruan yang bakal menghancurkan Negara.

Berbalik kepada isu segelintir pemimpin penyokong kerajaan khususnya Ahli Parlimen Rembau yang terus melenting lalu beliau mengungkit soal moral yang bersifat peribadi selepas penjelasan dan bukti yang dikehendaki dimana semuanya tersedia oleh DSAI ketika diminta oleh Speaker Dewan Rakyat yang seakan akan menggambarkan ‘tiada kes untuk dijawab’.

Kebanyakkan masyarakat di sekeliling yang melihat kelibat KJ yang dilihat seakan akan tidak selesa duduk seraya berkata, “Mungkin juga MP Rembau sudah kehilangan modal untuk mengaibkan DSAI, itu sebab KJ tercari-cari akan jawapan lain untuk menyerang DSAI. Macam budak-budak pula ye!”

Seperkara lagi yang menyeksa pemikiran rakyat di negara ini bahawa kos kira-kira lebih RM20 juta dari dana rakyat terlibat untuk tujuan yang sia-sia itu menjadi lesap, sedangkan pembangunan infrastruktur di kawasan luar bandar termasuklah beberapa kedaifan frasarana sekolah masih terbengkalai dan sedang menunggu suntikan peruntukan.

Mana dia slogan “Rakyat didahulukan, pencapaian diutamakan”?

Ehsan Sabahkini

MB: Proses Pengambilalihan Air Hampiri Realiti

Proses pengambilalihan industri air di Selangor kian menghampiri realiti berikutan keputusan rundingan penentuan harga bakal diputuskan pada 6 April ini.

Rundingan dengan kerajaan Persekutuan terus berlangsung walaupun keputusan perkara itu ditunda Kementerian Air, Tenaga dan Alam Sekitar dari 23 Mac kepada 6 April ini.

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berkata demikian pada sidang media selepas mesyuarat EXCO Kerajaan Negeri .

“EXCO Kerajaan Negeri telah diberitahu mengenai negotiation rundingan mengenai air, industri air di Selangor,walupun perundingan itu sepatutnya tamat pada akhir Mac ini, oleh kerana setengah syarikat masih lagi dalam perundingan.”

“Kerajaan negeri selepas itu akan berbincang semula dengan Kerajaan Federal untuk memastikan perlaksanaan mengenai pengambil alihan industri air di negeri Selangor,” katanya.

Keputusan terakhir itu bersangkut paut dengan penentuan harga yang ditawarkan oleh Kerajaan Persekutuan kepada syarikat terbabit dalam rundingan dengan Syabas.

Dalam pada itu, Khalid berkata, Gamuda Berhad membuat tawaran untuk mengambil alih perkhidmatan air tetapi hal tersebut akan dibincang selepas 6 April ini.

“Latest offer belum lagi dipersetujui tetapi sudah ada lagi satu offer, yang dibuat oleh Gamuda, itu akan kita bincangkan selepas 6 April,” katanya.

YBK Belum Fail Saman Terhadap Kerajaan Selangor

SHAH ALAM 1 APR: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mendedahkan Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) sebenarnya belum memfail sebarang saman terhadap kerajaan negeri walaupun sudah membuat pengumuman kepada media.

Rutin bercakap kepada media sebelum membuat tindakan, memang menjadi tabiat kebanyakan pimpinan Umno Barisan Nasional dulu kini dan selamanya.

Ugutan saman itu timbul berikutan kerajaan negeri mengambil semula tanah di Serendah berikutan YBK tidak melunaskan premium tanah berbelas-belas tahun lamanya.

YBK sebaliknya memberi alasan, kononnya membangunkan kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) di Serendah sedangkan tanah itu terbiar selama ini.

"Dia dikatakan memfail, dia buat pengumuman telah memfailkan apa yang dipanggil ‘sue’ kepada kerajaan negeri tetapi membuat pengumuman kepada media," kata Khalid pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco, semalam.

Bagaimanapun, Khalid berkata, kerajaan Selangor sudahpun bersiap sedia jika saman itu diteruskan, dengan melantik peguam bagi proses pembelaan kes saman yang dikemukakan YBK itu.

“Kerajaan negeri melantik Edmund Bon dari Chooi & Co untuk mewakili kerajaan negeri dalam kes saman YBK. Kita juga ada Penasihat Undang-undang Kerajaan Selangor,” katanya lagi.

MPEN tak setuju kuota kaum diteruskan

Aidila Razak

Model Ekonomi Baru (MEB) tidak akan mempunyai kuota pemilikan berdasarkan kaum jika pengerusi Majlis Penasihat Ekonomi Negara (MPEN), Tan Sri Amirsham A Aziz mempunyai caranya sendiri.

Pada sidang media hari ini, beliau berkata laporan MEB yang diterbitkan oleh MPEN mencadangkan semua kuota pemilikan berasakan kaum dihapuskan secara beransur dan digantikan langkah-langkah meningkatkan keupayaan untuk semua.

"Tindakan sekarang lazimnya mensasarkan ekuiti, pekerjaan dan sebagainya. Apa yang kami katakan pada masa depan, ini tidak seharusnya berlaku. Sasaran kami ialah golongan bawahan 40 peratus kumpulan berpendapatan rendah,” kata beliau pada taklimat media di Kuala Lumpur.

Mengulas mengenai penyertaan Bumiputera, Amirsham berkata MEB akan meningkatkan lagi kapasiti usahawan dan tidak akan meminggirkan mana-mana kaum sepanjang pelaksanaannya.

Beliau berkata MPEN akan mengkaji pendekatan terbaik yang boleh menyokong bidang ekonomi utama yang disasarkan dalam MEB.

"Dalam MEB, tidak ada kuota pemilikan, namun apa yang kami mahu lihat ialah kapasiti perniagaan bumiputera disokong supaya mereka boleh menjalankan perniagaan yang lebih baik."

Sebagai contoh, pembiayaan dan akses internet adalah antara bidang yang perlu ditingkatkan supaya mereka dapat menyediakan persekitaran perniagaan yang lebih baik dan operasi yang lebih cepat," kata Amirsham.

Timbalan Presiden melepak ketika yang lain menentang Apco di Dewan Rakyat.

Oleh : Zainulfaqar :

Salam Pencerahan!
“Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata: Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku bagaimana Engkau menghidupkan orang mati. Allah berfirman: Belum yakinkah kamu (Wahai Nabi Ibrahim a.s)?. Ibrahim menjawab: Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku). Allah berfirman: (Kalau demikian) ambillah empat ekor burung lalu cingcanglah semuanya olehmu. (Allah berfirman): Lalu letakkan di atas tiap-tiap satu bukit satu bahagian dari bahagian-bahagian itu, kemudian panggillah mereka, niscaya mereka datang kepadamu dengan segera. Dan ketahuilah bahwa Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana.” [2:260]
KENAPA Timbalan Presiden Pas Nasharuddin Mat Isa perlu melenting dengan pertanyaan saya kelmarin (30 Mac 2010)?

Apabila semua Ahli Parlimen Pakatan Rakyat bersama-sama Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sibuk bertikam lidah dengan Ahli Parlimen Umno BN di Dewan Rakyat, menentang usaha Umno melantik Badan Perundingan Antarabangsa Apco Worldwide (IAC), iaitu proksi Zionis-Israel; saya bertanya beliau,

Kenapa Ustaz asyik bersembang dengan Datuk (Ahmad) Husni Mohamed Hanadzlah (Menteri Kewangan) di Cafeteria (Ahli Parlimen) ini?"

Saya berasa, saya wajar mengetahui tentang kepimpinan saya, apakah perkara yang begitu penting di sisi Nasharuddin sehingga beliau mengutamakan Ahmad Husni dari komitmennya menentang Umno di Dewan Rakyat? Bukan sahaja lima wartawan Harakah melahirkan rasa hairan melihat kelaku Nasharuddin, seorang wartawan dari suatu akhbar berbahasa Cina yang kebetulan bersama saya pun turut menyuarakan rasa hairan dengan iltizam politik Nasharuddin pada saat itu.

Al-Froggy


Dalam fikiran saya, sekiranya yang duduk melepak di situ adalah Datuk Ibrahim Ali (Ahli Parlimen Pasir Emas), Zulkifli Nordin (Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baru) atau Datuk Zahrain Md Hashim (Ahli Parlimen Bayan Baru) atau Mohsin Fadzli Samsuri (Ahli Parlimen Bagan Serai); saya tidak kisah. Mereka Ahli Parlimen Bebas. Mereka dipanggil pengkhianat. Mereka dipanggil ‘Katak-katak Jadian’.
Nasharuddin adalah Ahli Parlimen Bachok. Nasharuddin adalah Timbalan Presiden PAS. Nasharuddin adalah Ahli Parlimen Pakatan Rakyat. Nasharuddin bukan Ahli Parlimen Bebas. Nasharuddin bukan Ibrahim, Zulkifli, Zahrain atau Mohsin yang dipanggil ‘katak’ di Parlimen. Apa sahaja yang dilakukan oleh kepemimpinan parti saya, saya kira saya wajar tahu dan saya wajar berfikir.
Gaya 'elit' seorang pemimpin rakyat. Anak murud Yusuf Qadrawi.

Dialog panas bermula.
Yang anta (kamu) nak tahu kenapa? anta siapa?” Nasharuddin membengis.
Saya pun memperkenalkan diri. Saya membuat pengakuan di depan Nasharuddin sambil diperhati Ahmad Husni bahawa saya merupakan ahli Pas, wartawan Harakahdaily dan blogger anti Kerajaan Perpaduan. Saya juga membuat pengakuan di depan Nasharuddin, sambil diperhati oleh Husni, yang saya ini benci dengan pemimpin yang mengkhianati Pakatan Rakyat; saya benci pemimpin pro Umno; saya benci pemimpin yang penipu; dan saya akan lawan mereka habis-habisan.
“Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk lepak di sini sedangkan MP-MP Pakatan (Rakyat) yang lain sedang sibuk menghentam fraksi Zionis (Umno) di Dewan Rakyat? Sebab itu saya nak tahu, kenapa Ustaz duduk asyik bersembang dengan dia (saya menunjuk jari kepada muka Husni) ini? saya mula bertegas.
Nasharuddin menekan suaranya, “Ana (saya) kenal anta (kamu). Ana tahu apa yang anta buat. Semuanya ana tahu (iaitu saya anti pemimpin pro Umno dan Kerajaang Perpaduang), apa yang anta buat. Kenapa anta nak tahu? Kenapa anta sibuk nak tahu ana buat apa (sekarang)?
Aaaaih…salahkah saya nak tahu apa yang hang (kamu) buat di sini? Salahkah aku nak tahu kenapa hang tak sama-sama Pakatan Rakyat sekarang (dalam) menentang usaha membawa Zionis-Israel ke Malaysia (di Dewan Rakyat),” saya bertanya Nasharuddin lagi.
Ana pun kenal hang. Aku pun ada rakaman-rakaman dan bukti pemimpin Pas khianat Pakatan (Rakyat) dengan pergi mengadakan pertemuan dalam gelap dengan Umno (yang) zalim sebelum ini.”
Husni kemudiannya bersalaman dengan Nasharuddin dan bersalaman dengan saya apabila saya saya serius memperkatakan kepentingan Ahli Parlimen PAS menentang Apco/IAC menggunakan pentas Dewan Rakyat.
Ana tengah dengarkan,” kata beliau sambil menunjukkan peti televisyen di Kafeteria Ahli Parlimen.
Sebab itulah saya nak tahu, kenapa Ustaz berada di sini dan asyik berbual dengan Husni? Saya cuma nak tahu sahaja, kenapa Ustaz tidak berada di Dewan Rakyat pada waktu genting sebegini? saya mengerut dahi dan mata saya tidak lepas memandang mata hitam Nasharuddin.
Kenapa anta (kamu) nak tahu? Kenapa nta sibuk nak tahu ana buat apa (sekarang)?” Nasharuddin seperti mengelak untuk memberi jawapan yang wajar apabila saya terus bertanya soal yang sama, ’saya nak tahu…’
Aaaiihhh…takkan salah saya nak tahu. Bila Nabi Ibrahim tanya Allah, nak tahu tentang Allah, Allah pun tak marah Nabi Ibrahim. Allah perjelas apa yang dipersoal oleh Nabi Ibrahim sebab Ibrahim nak tahu tentang (kebesaran) Tuhannya, saya berhujah.
Aaaaihhh…kalau Allah pun layak ditanya, takkan saya salah (sekiranya) bertanya Ustaz: kenapa Ustaz di sini? Kenapa Ustaz bersama Husni ketika semua orang (Ahli Parlimen Pakatan Rakyat) sedang sibuk menentang Zionis Malaysia (Umno)."
Lama juga beliau berdiam dan saya nampak kebengisannya. Saya tidak nampak wajah seorang Timbalan Presiden PAS. Saya tidak nampak wajah seorang ahli PAS dalam dirinya.
Sambil mengusap belakang beliau, saya kemudiannya merapatkan muka kepadanya lalu berbisik, Ustaz ini Islam, pemimpin Islam dan pemimpin Pas. Ustaz tak perlu takut kepada saya"
Saya Muslim. Saya wartawan paling junior. Saya ahli Pas. Ustaz tak perlu takut kepada saya kerana saya hanya bertanya: kenapa Ustaz di sini (di Kafeteria Ahli Parlimen)?
Aftermath
Kata saya lagi, sekiranya saya seorang Blogger yang tidak bermaruah, saya tidak bersemuka dan bertanya Ustaz semua (persoalan) ini. Saya kemudiannya meninggalkan Nasharuddin seorang diri di Kafeteria tersebut. Kemudiannya, saya mendapat tahu bahawa beliau meninggalkan Parlimen, tidak menyertai sesi penghujahan pada sebelah petang di Dewan Rakyat.

Selepas peristiwa itu, banyak wartawan menemui saya. Beberapa Ahli Parlimen PAS juga menemui saya meminta penjelasan lanjut daripada saya. Saya kata, saya seorang yang tidak pandai politik. Sebab itu, saya pergi bersemuka sendiri dengan Nasharuddin dan bertanya semua persoalan tersebut.
Kalau beginilah sikap kepemimpin PAS, saya anggap beliau tidak layak memimpin jamaah PAS dan tidak layak memimpin kerajaan Malaysia apabila Pakatan Rakyat menang dalam Pilihan Raya Umum Ke-13 kelak. Maafkan saya, tulisan ini bukan sekadar tulisan blog. Doa seorang Muslim. Ini doa seorang ahli marhaen Pas.

Lawak terbaru dari Perak...

Sekali lagi Anwar dikambing hitamkan. Kita kini menyaksikan satu lagi sandiwara mencari nama dan glamor dalam etnik Umno dimana Anwar akan disabitkan. Politik Umno selepas era Mahathir amat mudah, sesiapa jugak yang bijak dan berani menghenyak Anwar Ibrahim, dia akan dianggap hero zaman oleh pimpinan Umno.

Inilah satu satunya cara yang paling mudah untuk glamor terkenal dalam Umno. Apabila glamor dan terkenal, mudah untuk mendaki kepuncak kuasa. Pimpinan Umno sentiasa membuka ruang luas bagi sesiapa jugak yang bijak meletakkan Anwar sebagai mangsa.

Sesatunya MB Mahkamah di negara 1Malaysia ini iaitu Zambry Abdul Kadir hari ini telah membuat satu cubaan menarik dalam usahanya menumpang glamor Anwar itu. Mugnkin dia cemburu melihat publisiti melampau yang diberikan pada Zahrain membuatkan dia tumpang sekaki cari makan ala ala katak dan mengambil pulak sifat katak sebagai modal.

Yang tak tahan tu bilamana dia mendakwa beliau adalah calon pertama bagi jawatan MB Perak dan bukannya Mohammad Nizar Jamaluddin daripada Pas apabila pakatan DAP-Pas-PKR mahu menubuhkan kerajaan negeri hari tu.

Woi Zambry, kita nak cari Melayu la jadi MB, takkan tak faham faham perlembagaan kot... bankrupt dah hang ni...

sumber dari Shalehudin

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’


™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........®

!!" MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/
!!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!, SUARA RAKYAT, SUARA KERAMAT...!!!
Posted by zul mamak png

Gerakan PP tidak akan mohon maaf pada UMNO Bukit Bendera

GEORGETOWN - Pengerusi Gerakan negeri, Datuk Dr Teng Hock Nan membidas kenyataan bekas Ketua UMNO Bahagian Bukit Bendera, Datuk Ahmad Ismail yang menuntut Gerakan Pulau Pinang mohon maaf secara terbuka.

Menurutnya, tidak wujud persoalan untuk memohon maaf kepada UMNO Bukit Bendera untuk menjernihkan semula hubungan kerana ia jelas bertentangan dengan konsep 1Malaysia.

“Parti Gerakan lebih menekankan aspek perpaduan dalam negara untuk membina masyarakat berbilang kaum, adil dan saksama seperti saranan Perdana Menteri dan Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Kini, persoalannya kenapa perlu mohon maaf sekiranya kita dapati permintaan Ahmad begitu jelas bersifat perkauman. Selain itu, beliau masih berfikiran seperti zaman dulu yang lebih berdasarkan sentimen perkauman,” katanya.

Dr Teng berkata, permintaan Ahmad menuntut permintaan sedemikian mencerminkan tindakan dan kenyataannya berbaur perkauman.

“Lagipun, Gerakan bukan sengaja memutuskan hubungan dengan UMNO Bukit Bendera, itu berpunca daripada tindakan beliau sendiri.

“Antaranya ialah mencetuskan kemarahan masyarakat Cina dan mewujudkan konflik dengan mengoyak gambar Dr Koh Tsu Koon sehinggakan kontroversi perkauman antara dua parti sesama Barisan Nasional (BN) di peringkat negeri. Ini menyebabkan beliau digantung daripada parti,” katanya.

“Oleh itu, Gerakan tidak akan memohon maaf kepada Ahmad kerana aspek ideologinya jauh berbeza daripada BN mahupun Gerakan,” katanya.

Beliau mengulas kenyataan Ahmad bahawa hubungan antara UMNO Bukit Bendera dan Gerakan dapat dijernihkan sekiranya Gerakan memohon maaf.