Followers

Saturday, February 6, 2010

Ini kes KANTOI beb ! - kudeta bikin 'silapmata' lagi..!!

al-banjari - Rujuk kepada artikel asal di sini.

Ikut surat yang dihantar, Majlis bacaan Yaasin dan Tahlil serta Doa Selamat. Itu yang semua AJK masjid seluruh Perak difahamkan. Dan 'wajib' datang itu juga ada dimaklumkan di dalam arahan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Agama. Perkara 'kebaikan' kena bersangka baik.


Namun lain pula kisahnya di blog Parpu Kari. Program Solat Hajat Rakyat ! Eh..! Mana satu yang nak dipakai. Sangka baik lagi. Mungkin ada 2 program 'berasingan' kot. Jika dirujuk kepada suruat yang diedarkan ke semua masjid seluruh Perak tidak tertulis pun program solat hajat rakyat itu. Klik di sini.


Atau rakyat dibodohkan lagi. Jika benar pun ada program solat hajat itu, mengapa tidak berterus terang ajer dan ditulis jelas dalam aturcara program. Tak telus la hangpa ni ! Ini kes kantoi beb ! atau hangpa malu nak tulis. MasyaAllah..! Apapun, kita tunggu petang nanti, kerana program itu akan diadakan pada hari ini. Betui orang kata, 'kudeta' penuh dengan 'silapmata'.

Konspirasi 2: Laporan Dilihat Memfitnah Anwar

By Anwar Ibrahim

Dalam pada itu, Utusan Malaysia terus membuat laporan yang dilihat memfitnah Anwar walaupun akhbar itu di tegur oleh hakim perbicaraan semalam.


Namun Hakim Mohamad Zaibin Mohd Diah masih enggan mengenakan tindakan menghina mahkamah terhadap Utusan.


Akhbar itu semalam menyiarkan pula gambar-gambar dengan berita yang tidak berpaut kepada fakta kes.


Semalam, Pengarah Komunikasi Parti Keadilan Rakyat membuat laporan polis terhadap Utusan kerana dikatakan menyiarkan laporan ini yang dilihat bersifat fitnah bersabit keterangan Saiful.


Hari ini pula utusan menyiarkan gambar-gambar katil dan tilam di kondominium dengan fakta yang tidak berpaut kepada keterangan mana-mana pihak.


Gambar-gambar ini diambil oleh Pertubuhan Berita Nasional Malaysia dan disebarkan kepada semua media asing walaupun secara umumnya wartawan dan jurugambar lain tidak dibenarkan masuk ke kondominium berkenaan.


“Tetapi keterangan gambar dari mana Utusan sendiri boleh dapat, dia tidak tahu apa yang dikatakan oleh Saiful semasa itu, tiada wartawan di dalam bilik itu, tetapi dia sanggup menulis keterangan gambar apa yang dikatakan Saiful Bukhari kepada hakim dan sebagainya.


“Jadi ini jelas konspirasi yang melibatkan Umno iaitu tuan punya Utusan Malaysia dan mungkin Perdana Menteri.

“Mengapa ini boleh dibuat oleh Bernama dan bersengkokol dengan Utusan Malaysia di nama saya nampak ramai media lain tidak guna kerana mereka tiada di situ sendiri. Tetapi yang khususnya Utusan Malaysia terbitkan di muka depan dengan banyak keterangan gambar yang tidak betul,”katanya.
Peguam Anwar Sankara Nair berkata selain Utusan, Sinar Harian turut melakukan kesalahan serius dengan memberi fakta salah bersabit gambar-gambar di muka depannya.

“Kami sebagai peguam telah membantah dan memohon kepada mahkamah satu amaran keras diberikan kepada Utusan dengan Sinar Harian yang telah menyiarkan gambar bersama berita tersebut.


“Walaubagaimanapun mahkamah telah menolak dan kami tidak puas hati dengan keputusan mahkamah,”katanya.


Beliau berkata mahkamah perlu mengeluarkan satu amaran keras kepada media tersebut memandangkan ianya disalah laporkan.


“Ini masanya yang sudah berlaku di sini, ini adalah menghina mahkamah dan juga sesuatu kesalahan di bawah akta media cetak dan publikasi,”katanya.-Yusmawati Mhd Yusof/Sharifah Azmawati Syed Abdul Aziz

Friday, February 5, 2010

SAIFUL BAKAL TERPERANGKAP DENGAN HUJAH PEGUAM ?




Gaya seorang `mangsa liwat'.....aku ingatkan YB mana tadi..

Apa tidaknya, Saiful perlu memahami setiap perkataan yang diucapkan di mahkamah. Jika beliau tersilap bicara maka buruk padahnya. Saiful sebelum ini telah beberapa kali memutar belitkan fakta kes liwatnya. Sekejap mengatakan diliwat beberapan kali oleh Anwar sekejap sekali. Kemudian sekejap suka sama suka kemudian dipaksa.

Ini jelas membuktikan yang beliau tidak konsisten dengan apa yang diucapkannya itu. Oleh itu kita harus melihat semua ini sebagai petanda awal yang perancangan mereka bakal menemui jalan buntu sebenarnya.


Saiful boleh bercerita apa sahaja di mahkamah tentang kejadian liwat tersebut, namun beliau harus sedar bahawa yang menyokongnya hanyalah seorang peguam "kelas tiga" bernama Zamri Idrus, ayah dan pakciknya sejak dulu kini dan pasti buat selamanya. Anwar dibela oleh barisan peguam yang cukup terkenal dan "highclass", dimana ia membuktikan mereka yakin untuk membela anak guamnya itu.


Dalam masa yang sama juga beliau harus sedar bahawa Anwar disokong oleh ribuan rakyat dan umat Islam seluruh dunia. Bukan itu sahaja, Anwar disokong juga oleh ulamak tempatan seperti Tuan Guru Nik Aziz serta ramai lagi. Tidak cukup dengan itu, Anwar juga disokong oleh tokoh ulamak tersohor Syeikh Yusuf Al-Qaradawi dan yang lainnya. Bukankah ini bukti jelas bahawa dunia melihat kes liwat ini hanyalah satu konspirasi politik jahat yang digunakan untuk menghancurkan serta menjahamkan kerjaya politik Datuk Seri Anwar Ibrahim itu sebenarnya
.

Dengan segala penjelasan ini maka ingatlah "manusia hanya merancang, tetapi perancangan Allah itu adalah yang lebih utama". Anwar pernah menggunakan ayat Al-Quran itu ketika dibicarakan untuk kes liwat I dulu. Alhamdullillah akhirnya beliau dibebaskan dari mahkamah. Namun pembebasannya itu masih tidak digemari oleh orang-orang seperti Mahathir, Ghani Patail, Musa Hassan serta ramai lagi penyokong UMNO karat.


Mereka menganggap Anwar tetap bersalah dan keputusan membebaskan mantan TPM itu adalah terkhilaf. Lantaran itulah mereka percaya bahawa Anwar memang peliwat dan kes terbaru ini mengesahkan segalanya. Mereka tidak mahu menerima hakikat bahawa Anwar sekali lagi difitnah dan Saiful Bukhari Azlan pula dijadikan "kambing hitam" pada kali ini. Apapun sama-samalah kita nantikan prosding seterusnya yang lebih panas hari ini].


Sumber: Pahang Daily Online

Demo...Terkena Batang Hidung Umno Sendiri...


Wa memang tergelak habisss..bila baca kain rentang di dalam gambar diatas ,lagak laku Umno Umpama "Memukul air di dulang terpercik kemuka sendiri" adanya.Mana tanah Orang melayu yang lu orang kata,lu sebagai tuan tanah..Mamang lu orang muka tak malu,dah clear tanah orang melayu di Pulau Pinang pimpinan Umno kasi jual,sehingga kini hanya tinggal lebih kurang 17 % sahaja tanah orang melayu termasuk lah tanah wakap (Nasib baik lu tanah wakap..kalau tidak aku sapuuuu...kuah3)

Lepas tu..lu nak bertempik maki hamun dan marah kat orang lain macam orang gila meroyan,lu orang jangan jadi keldai tunggangan kepada pimpinan-pimpinan Umno yang memang tak kebuloq nak pejuangkan nasib lu orang,mereka cuma nak pejuangkan "Perut dan Bawah Perut"saja braderr..


Lu orang pi jalan-jalan makan angin kat Pulau Pinang,lu orang tengok,orang melayu duk mana??berapa banyak kedai dan bangunan nama orang melayu Umno??yang ada kedai mamak penang..baik punya,"Orang melayu merempat dan miskin macam sebelum perang dunia kedua" (Pinjam kata Mahathir) semasa menunggang kuda di tepi pantai Batu Feringgi suatu ketika semasa masih menjadi PM.Kini yang wa tahu..orang PP,hanya tinggal..Boriaaaaa..yea..paa..


Bai : Sendiri Mau Ingat ma..Jangan Jadi Melayu Melukut
Di tepi Gantang..Melalak biar bertempat,jgn sampai diketawakan oleh kaum lain.

Gelagat Nasir, kepemimpinan Najib dipertikai?




Penganalis politik berpendapat kemelut perkauman yang dicetuskan oleh pegawai khas perdana menteri, Datuk Nasir Safar, kali ini benar-benar menyulitkan bossnya, Datuk Seri Najib Razak.

“Najib terpaksa korbankan Nasir semata-mata untuk MIC dan MCA,” kata timbalan dekan Sains Sosial UKM, P Sivamurugan.


Nasir Selasa lalu pada ucapannya di seminra 1Malaysia Melaka membuat kenyataan yang berbaur perkauman sehingga menyebabkan puluhan ahli MIC, MCA dan perwakilan pertubuhan bukan kerajaan meninggalkan majlis berkenaan.

Dia dikatakan menimbulkan kemarahan hadirin apabila melabelkan kaum India dan Cina sebagai pendatang.


Selain itu, Nasir juga didakwa mengancam akan menarik balik kerakyatan mereka yang menentang keputusan kerajaan untuk menghadkan 12 matapelajaran sahaja untuk peperiksaan SPM.


“Jika anda gagal menyakinkan orang-orang yang rapat dengan anda, termasuk pegawai khas anda berhubung dasar yang anda cuba perkenalkan, bagaimana anda ingin menyakinkan masyarakat umum?” tanya penganalisis politik dari UM, Azmi Sharom.


Maksud tersirat


Menurut Azmi, gelagat dan tindakan Nasir itu mungkin mempunyai maksud yang tersirat.


“Adalah tidak logik bagi beliau memperkatakan sesuatu yang bertentangan dengan apa yang cuba dijuarai oleh bossnya,” katanya.


Nasir pernah berkhidmat sebagai ahli dewan undangan negeri Johor dan juga ketua bahagian Umno pada sekitar 80an. Dia kini adalah timbalan ketua bahagian Tanjung Piai.


Menurut Azmi lagi, insiden berkenaan mungkin petanda awal yang sesetengah kumpulan di Umno tidak berpuas hati dengan pimpinan presiden mereka.


Antara ketidak-puasan itu termasuk dasar-dasar Najib yang dikatakan terlalu mementingkan masyarakat bukan Melayu.


“Umno mesti bertindak dengan mengambil pendekatan baru meskipun tindakan berkenaan mungkin akan meminggirkan penyokong tradisionalnya,” kata pensyarah UKM, Agus Yusoff.


Suka atau tidak, kata Agus, golongan veteran harus meninggalkan pandangan pihak konservatif yang terlalu mementingkan Melayu bagi membuktikan rakyat bahawa Umno dan BN tidak mengamalkan perkauman.

DS Nizar Beli Hakim Untuk Menang Kes - Kenyataan UMNO BODOH Cap Ayam


oleh : cikgu din

Sewaktu Ceramah Kudeta Kerajaan Perak baru-baru ini kita telah menyentuh terdapat tukang kempen UMNO telah berucap dalam satu majlis anjuran PIBG dalam DUN trong menyatakan DS Nizar akan kalah.


Mereka ini berhujah Zambry akan menang berdasarkan peruntukan perlembagaan dan undang -undang tubuh kerajaan Negeri Perak.


Tukang kempen ini tergamak menyatakan kepada ibu-bapa di Sekolah Toh Johan,Trong jikalau DS Nizar menang kes 9 Februari ini ,Nizar membeli para hakim.


Berapa juta DS Nizar membeli para hakim empat atau tiga orang hakim penceramah UMNO ini tidak menjelaskan.


Kita yang sering mengikuti DS Nizar pun mengetahui DS Nizar terpaksa menjaga 4 Dun dengan jumlah pengundi lebih 70 ribu orang.Mana mungkin DS Nizar mempunyai duit sekupang dua mampu membeli hakim.


Kita berharap jika betul bagai didakwa,kita mengharap tukang kempen UMNO melaporkan kepada SPRM.SPRM cepat bertindak jika pimpinan pembangkang yang terlibat.Sepertimana kes rasuah dan sadekah seks dua ADUN katak!Kini apabila mereka menjadi penyokong tegar BN kes mereka pun senyap sunyi.


Kita juga difahamkan oleh orang sekeliling Osman Jailu ,teloq Zamry kena jentik selalu."Justeru itu poket kami penuh dan melimpah" dakwa orang kuat Man Katak!


Read more: http://loveperak.blogspot.com/2010/02/ds-nizar-beli-hakim-untuk-menang-kes.html#ixzz0ebtXAzIK

Datuk Seri Najib, lama-lama teloq pun hilang jugak ka?



Sebelum ni, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid bocor cerita kehilangan enjin pesawat F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cedera kerana pendedahan itu.

Zahid pun macam otak pembangkang juga. Hei, orang Umno tak kisahlah!
Bila orang Umno tak kisah, Najib selamat. Sebabnya, mengikut cerita orang, kira-kira 60 peratus orang Melayu masih lagi menjadi lembu pawah Umno. Bila dah sampai masanya nanti, semua akan kena jual sebelum disembelih.

Teringat pula ayat al-Quran yang mafhumnya, "Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai" (Surah al-A'raf: 179).
Teringat juga sebahagian orang PAS yang menyokong apa sahaja yang pemimpin PAS buat kerana dah laluk sakan melantak candu masyarakat bernama thiqah dan wala'.

Candu masyarakat itu perlahan-lahan membentuk 'asabiyyah. Orang ana tak salah walaupun salah. Itulah bentuk bantuan yang diberikan kepada kezaliman - "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" (Riwayat Abu Daud).
Setelah cerita enjin jet hilang membuktikan betapa kebalnya Najib, hari ini Utusan Malaysia menyiarkan pula berita bertajuk

"Kedutaan asing intip maklumat sulit negara - Zahid" dan "Dakwaan rahsia negara dijual: PM perlu dapatkan maklumat".
Bagaimana seorang menteri boleh menceceh tentang perkara yang membawa malu besar kepada negara itu dalam keadaan Perdana Menteri tak tahu apa pun?

Apa benda semua ni? Atau adakah sengaja tempua yang bernama Zahid itu bersarang rendah? (Tiba-tiba teringat pula kisah orang yang takut kepada Singapura kerana Altantuya Shaariibuu).
Perdana Menteri apa kalau orang bawahnya siang malam boleh cakap apa sahaja yang akhirnya menyebabkan beliau menggelejat?

Hari tu Datuk Nasir Safar, ni Zahid pula. Nasib baik Najib tak tahu apa-apa tentang collective responsibility. Kalau tidak mungkin hari-hari dia kena letak jawatan (dan oleh kerana Najib Perdana Menteri dari Umno, esoknya boleh jadi Perdana Menteri semula sebelum meletak jawatan lagi dan jadi Perdana Menteri lagi).

FAKTA - Konspirasi kedua terhadap Anwar - tulisan cikgubard







Hanya sebelas tahun semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, beliau menerima tamparan dengan dakwaan liwat dan seolah-olahnya tuduhan rasuah (penyelewengan kuasa).

Beliau berdepan dengan dua perbicaraan yang dikutuk seluruh dunia sebagai perbicaraan tidak adil dan bermotivasikan kepentingan politik pihak tertentu. Hasilnya beliau menghabiskan enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, dikurung bersendirian selama pemenjaraan hanya dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga dan para peguam sahaja.

Akhirnya bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mendapat hukuman setimpal dengan berat hati dipaksa bersara pada bulan Oktober 2003. Kemudiannya Anwar dibebas dan dilepaskan pada 2 haribulan September 2004 pada tahap terakhir rayuannya di mahkamah mengubah penghakiman kes liwatnya.


Sekarang mimpi ngeri itu bermula lagi. Pada 16 Julai 2008, Anwar ditangkap atas tuduhan kes liwat yang baru, selepas suatu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah dalam pejabatnya pada 28 Jun 2008.

Anwar berkata tuduhan ini, sekali lagi bermotifkan politik, sebagai cubaan terbaru untuk menghalang kerjaya politiknya yang kembali bangkit mendadak kegemilangannya. Ramai orang di dalam dan di luar negara bersetuju dengan penilaian ini.


Kes terbaru ini hanyalah ulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru – skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campurtangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.


Kes hairan yang benar-benar pelik
Terdapat banyak fakta terhadap dakwaan yang dibuat Saiful dan tindak tanduknya yang sudahpun berada dalam pengetahuan orang ramai. Fakta-fakta ini bercakap dengan sendirinya. Secepatnya ia menunjukkan betapa tidak kukuhnya kes yang direka-reka ini, selain bertujuan menjatuhkan Anwar.

Saiful mendakwa dalam laporan polisnya bertarikh 28 June 2008 di Hospital Kuala Lumpur (”HKL”) yang dia diliwat Anwar pada tengahari Khamis 26 Jun 2008 di sebuah kondominium di Bukit Damansara. Saiful bercerita kepada pihak polis dalam kenyataannya yang mendakwa dia telah diserang paksa sebanyak 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya oleh Anwar sepanjang dua bulan yang berlalu itu.

Dalam laporan polisnya dua hari kemudian pada 28 Jun 2008, dia mendakwa kejadian liwat ini memang berlaku tanpa kerelaan hatinya. Cerita Saiful ini menimbulkan kecurigaan kenapa dia sebagai kononnya “si mangsa”yang dipaksa liwat 8 ke 9 kali tanpa kerelaan hatinya, selama dua bulan tetapi tidak membuat sebarang aduan kepada pihak berkuasa.

Sepanjang waktu itu dia berhubungan secara biasa dengan Anwar dan kesemua kakitangan di pejabat Anwar Ibrahim.
Turut didedahkan pada Rabu 25hb Jun 2008, sehari sebelum serangan seksual terakhir pada hari Khamis keesokan harinya, Saiful telah bertemu dengan pegawai polis berpangkat tinggi Penolong Kanan Komisioner SAC Rodwan Mohd Yusof (waktu itu Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Pasukan Polis DiRaja Malaysia, sekarang Ketua Polis Melaka) di Hotel Concorde, Kuala Lumpur di bilik bernombor 619.

Apabila ditanya wartawan tentang pertemuan ini, Rodwan tidak memberikan sebarang komen. Rodwan telah memainkan peranan penting bersama pasukan polis dalam kes Anwar tahun 1998/99 dahulu. Rodwan terkenal dengan peranannya mengambil sampel darah Anwar untuk ujian DNA tanpa mengikut lunas undang-undang. Dia juga terkenal dengan tuduhan meletakkan kesan DNA yang direka-reka pada tilam yang diusung ke mahkamah.

Sewaktu perbicaraan pertamanya pada tahun 1998, bukti DNA tidak dapat dipakai hinggakan hakim Augustine Paul yang jelas berat sebelah terpaksa membuang bukti tersebut daripada membantu kes pendakwaan.
Umum juga telah didedahkan “si mangsa” ini telah juga bertemu dengan Perdana Menteri sekarang (waktu itu masih Timbalan Perdana Menteri) beberapa hari sebelum kejadian yang didakwa itu berlaku. Apa yang lebih menarik lagi tentang pendedahan ini Najib pada awalnya menafikan pertemuan dengan Saiful kepada pihak media, tetapi kemudiannya mengakui, menjelaskan pertemuan itu berlangsung kerana Saiful (gagal dari universiti, tidak habis belajar) meminta bantuan Najib untuk mendapatkan biasiswa.

Selepas itu barulah Najib memberi tahu pihak media bahawa Saiful diliwat Anwar dan dalam pertemuan tersebut Saiful kelihatan cukup traumatik.
Tindak tanduk Saiful selepas kononnya dipaksa liwat pada hari Khamis turut menimbulkan tanda tanya. Pagi besoknya, Saiful ke pejabat Anwar seperti biasa. Dia tidak mengadu kepada sesiapapun dan muncul dalam keadaan yang normal.Pada sebelah petangnya dia menghadiri acara anjuran Anwar Ibrahim Club di rumah Anwar, yang mana Anwar sendiri turut hadir.

Di sana dia membantu menghidangkan kopi kepada sedozen orang yang hadir, tanpa memperlihatkan tanda-tanda takut atau cemas, dia mampu berdiri dan duduk tanpa menunjukkan tanda-tanda ketidak selesaan.
Pada hari Sabtu berikutnya, pada sebelah tengahari, kira-kira jam 2 petang, Saiful memutuskan untuk pergi ke hospital swasta Pusat Rawatan Islam (PUSRAWI) di Jalan Tun Razak.

Di situ, dia mengadu kepada Dr. Osman yang dia merasa sakit di dalam lubang duburnya selama beberapa hari dan kelihatannya dia merasa seperti ada bahan “plastik” yang dimasukkan. Pemeriksaan protoskopi (menggunakan alat protoskop yang bertujuan memeriksa hujung lubang dubur) oleh Dr. Osman menunjukkan tidak ada tanda-tanda penembusan atau kemasukan dan keadaan normal dubur dan rektum hujung usus.


Selesai pemeriksaan, dia memberitahu Dr. Osman yang dia diliwat oleh VIP (orang kenamaan) dan Saiful telah dinasihatkan untuk mendapatkan pemeriksaan di hospital kerajaan. Meskipun HKL hanyalah terletak di seberang jalan, Saiful mengambil masa selama dua setangah jam untuk sampai ke sana. Di HKL, dia melaporkan yang dia diliwat, dia kemudiannya diperiksa oleh oleh tiga orang doktor pakar, yang mana bukanlah suatu prosedur yang biasa.

Ketiga-tiga doktor tersebut dalam laporan rasmi mereka menyebut, “tidak ada rumusan hasil pemeriksaan klinikal yang dengan pasti dapat mencadangkan penembusan ke dalam lubang dubur …” sekali lagi ia menguatkan kesimpulan yang dibuat Dr. Osman.
Sesiapapun yang menjadi penyiasat dengan sifat waras akan memahami bahawa pertuduhan liwat tidak akan ke mana-mana dalam keadaan bukti perubatan sejelas itu.

Tiada seorangpun penyiasat yang waras akan meneruskan kes pendakwaan. Di sini kita melihat perkara yang sebaliknya berlaku. Pasukan penyiasat bersungguh-sungguh, biarpun bukti perubatan menunjukkan tidak ada penembusan terhadap lubang dubur. Sifat hasad berniat jahat dalam penyiasatan mengukuhkan lagi kewujudan motif politik disebalik tindakan mereka.


Penyiasatan kes ini diteruskan biarpun hasil laporan pemeriksaan perubatan telah diserahkan dengan serta-merta kepada para penyiasat polis. Spesimen yang diambil dengan pengelap daripada Saiful menimbulkan syak wasangka kerana ia mengambil masa dua hari untuk sampai ke makmal untuk dianalisa. Sekarang kita tahu bahawa pihak pendakwaan akan bergantung kepada bukti DNA dalam cubaan untuk membuktikan Anwar terlibat dalam tindakan meliwat Saiful tanpa kerelaannya.


Bagaimana seorang tua dengan sakit belakang dapat memaksa seorang jejaka yang tinggi dan tegap berusia 24 tahun, boleh menjadi soalan yang menarik untuk dijawab para pemerhati politik sepanjang perbicaraan ini.
Soalan lain yang menarik ialah dalam keadaan bukti kukuh perubatan yang menyatakan pemeriksaan klinikal tidak menemui malah untuk mencadangkan penembusan, kurangnya wibawa laporan DNA yang cuba menunjukkan DNA Anwar ditemui didalam lubang dubur Saiful.

Perlu diingatkan bahwa bukti DNA sangat mudah untuk direka atau ditambah-tambah, khususnya jika kerja-kerja mereka-reka tambah bukti ini dilakukan oleh para penyiasat yang sama dalam perbicaraan 1998 dahulu.
Contoh-contoh bukti yang direka-reka bagi mengenakan Anwar Ini bukan kali pertama, kes yang melibatkan Anwar untuk fenomena bukti yang direka-reka muncul. Kes 1998 dan 1999 penuh dengan kejadian pengakuan yang dirancang, bukti DNA yang direka-reka dan penyembunyian bukti pada pihak polis dan para pendakwa kanan yang terlibat.

Beberapa contoh dapat diberikan. Gani Patail merupakan salah seorang Pendakwaraya Kanan dalam kes Anwar pada tahun 1998 telah didedahkan pada tahun ini sebagai mereka-reka bukti perubatan dalam bentuk laporan perubatan. Ianya berhubung penyiasatan serangan terhadap Anwar pada malam 20 September 1998 bilamana Anwar telah diserang secara ganas oleh Rahim Noor.

Setelah dunia melihat mata lebam Anwar, wujud desakan dan barulah diikuti dengan penyiasatan polis. Pegawai Penyiasat dalam kes tersebut, Dato Mat Zain telah mengesahkan hal ini dalam suratnya kepada SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia) bertarikh 15 April. Menurut surat itu, Gani Patail dengan bersungguh-sungguh mereka-reka bukti laporan perubatan dengan dibantu Musa Hassan (sekarang Ketua Polis Negara) dalam cubaan untuk cuba mencadangkan kecederaan Anwar dilakukan oleh dirinya sendiri.

Dr. Mahathir kemudiannya mengumumkan kepada awam tentang kecederaan tersebut dilakukan oleh Anwar sendiri.
Pembentukan bukti rekaan terhadap Anwar juga berlaku dalam kes-kes dan orang-orang yang lain. Gani Patail didakwa terbabis mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuhbagi memaksa dirinya memberi keterangan palsu terhadap Anwar.

Hal ini didedahkan dalam akuan bersumpah yang dibuat peguam Nallakaruppan, Manjeet Singh Dhillon yang merupakan saksi langsung cubaan mengugut oleh Gani Patail bagi mendapatkan bukti palsu terhadap Anwar.
Hakim Mahkamah Persekutuan Steve Shim dalam kes Zainur Zakaria lawan PP [2001] 3 CLJ ada menyatakan bahawa permohonan Anwar untuk membatalkan Gani Patail dan Azahar sebagai pendakwaraya kanan kerana penglibatan mereka dalam mengancam Nallakaruppan dengan hukuman bunuh bagi mendapatkan bukti rekaan yang diinginkan:

”Dalam keadaan ini, apakah beliau (”Anwar”) dianggap tidak wajar atas asas ianya melampaui keraguan munasabah untuk membuat aduan bahawa tindak tanduk Peguam Negara (Gani Patail) sewaktu pertemuan pada 2 Oktober 1998 dalam cubaan memaksa Nalla untuk mereka-reka bukti bagi menyempurnakan tuduhan terhadap Anwar untuk kes kesalahan seksual yang lain?”
Namun Hakim Augustine Paul tidak bertindak untuk membatalkan kelayan Gani Patail dan Azahar.

Malah Augustine mendapati peguambela Anwar, Zainur Zakaria bersalah sebagai menghina mahkamah kerana memfailkan permohonan pembatalan kelayakan tersebut dan menjatuhkan hukuman 3 bulan penjara. Gani Patail terus mendaki puncak kekuasaan menjadi Peguam Negara. Azahar pula menjadi Hakim Mahkamah Tinggi. Malaysia Boleh!
Sukma, adik angkat Anwar, ditangkap pada September 1998 dan ditahan tanpa ada perhubungan dengan peguam dan keluarga selama 14 hari.

Permohonan peguamnya untuk bertemu dengan Sukma ditolak. Dia disiksa secara mental dan fizikal sehinggalah dia membuat pengakuan melakukan liwat dengan Anwar. Pegawai polis yang dinamakan dalam penghakiman Mahkamah Rayuan sebagai bertanggungjawab dalam penyiksaan ini ialah Musa Hassan, sekarang Ketua Polis Malaysia.

Pemeriksaan fizikal oleh Dr. Zahari Noor menunjukkan tidak ada bukti penembusan – laporan ini diketahui oleh pihak pendakwaraya yang menyembunyikannya daripada pengetahuan mahkamah, saat Sukma mengaku “bersalah” hanya berasaskan pengakuan yang dipaksakan itu.

Peguam yang dilantik keluarga Sukma tidak dibenarkan bersuara mewakili anak guamnya setelah dibantah oleh pihak pendakwa raya (Gani Patail and Yusuf Zainal Abiden).
Mahkamah Rayuan dalam penghakiman bertulisnya pada Jun 2006 dalam kes Sukma Darmawan Sasmitaat Madja v PP [2007] 4 CLJ 697] menyatakan: “Di sini kita ada kes kelakuan sumbang pihak pendakwaan dengan secara sengaja menyembunyikan bukti yang memenangkan pihak pembelaan.

Tidak ada lagi kes ketidak adilan sejelas ini, apabila pengakuan bersalah didakwa didapatkan dengan cara tekanan yang tidak sah di sisi undang-undang.”
Penangkapan dan penahanan Dr Munawar Anees juga sama seperti yang terjadi kepada Sukma, dia ditahan tanpa dapat berhubung dengan peguam dan keluarga, disiksa dan dipaksa membuat pengakuan palsu melakukan liwat dengan Anwar.

Malang bagi dirinya, kesemua mahkamah yang dirayu tidak memenangkan kesnya.Hakim-hakim seperti Low Hop Bing J di Mahkamah Rayuan bersama hakim Zaki Tun Azmi ( Ketua Hakim sekarang), Zulkefli Makinudin J. dan Nik Hashim J di Mahkamah Persekutuan telah memastikan permohonan Dr Munawar untuk mendapat keadilan dan membolehkan kesnya dibuka semula telah ditamatkan.

Mereka memastikan Dr Munawar tidak berupaya untuk mendedahkan pengalaman pahitnya pada tahun 1998 di tangan pihak polis, pendakwaan dan mahkamah dalam suatu perbicaraan yang baru. Permohonannya untuk menimbal semula keputusan Mahkamah Persekutuan telah ditolak baru-baru ini pada 28 Desember 2009 oleh panel Mahkamah Persekutuan yang dianggotai Arifin Zakaria J., Raus Sharif J. dan Mohd Ghazali Mohd Yusuf.


Pergeseran yang jelas di antara layanan dalam kes Sukma dan kes Munawar pada peringkat rayuan kepada mahkamah yang lebih atas cukup terang dan nyata. Di dalam sistem perundangan jenayah manapun, apabila pengakuan dicabar atas sebab dilakukaan tanpa kerelaan, pihak tertuduh secara automatiknya dianugerahkan peluang mendengar viva voce (melalui saksi-saksi) berhubung dengan kesukarelaannya.

Pendinding perundangan ini menjadi amat penting kerana apabila pengakuan bersalah direkodkan berdasarkan pengakuan tanpa rela. Cukup disesalkan mahkamah tertinggi di Malaysia tidak nampak prinsip-prinsip asas keadilan sistem kehakiman ini. Melalui tindakan tersebut, mereka telah mengesahkan jenayah serius yang dilakukan pihak polis dan pendakwaraya terlibat apabila dia ditangkap, ditahan dan disiksa bagi mendapatkan pengakuan palsu dan dipenjarakan selama enam bulan hanya kerana untuk memburukkan nama Anwar dengan perkaitan hubungan perkenalan.


Konspirasi hasad niat jahat dalam kes sekarang ini
Gani Patail sekarang merupakan Peguam Negara di Malaysia. Musa Hassan ketua pasukan polis negara. Kedua-dua nama, secara khususnya Gani Patail, telah didedahkan oleh Mat Zain sebagai mereka cipta bukti palsu, suatu jenayah yang serius, bagi mengenakan Anwar dalam penyiasatan ke “mata lebam” Anwar. Penyiasatan kes sekarang ini dibawah kawalan polis yang mendapat arahan dari Musa Hassan.

Hasad jahat penyiasatan menjadi cukup nyata apabila anggota polis bersenjata dan bertopeng menangkap Anwar kira-kira jam 1 tengahari di rumahnya pada 16 Julai 2008 – ini terjadi kira-kira dua setengah minggu selepas laporan dibuat Saiful. Penangkapan itu sebenarnya langsung tidak perlu dibuat. Ini disebabkan para peguam Anwar sedang mengiringi beliau ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Lumpur pada jam 2 petang hari yang sama bagi menghadiri temujanji yang telahpun diatur sebelum itu dan dipersetujui oleh pegawai polis yang ditugaskan merekod kenyataan Anwar.


Namun, beliau ditangkap umpamanya beliau seorang penjenayah yang sedang melarikan diri. Anwar ditahan semalaman di lokap, sekali lagi ianya tidak perlu dan cukup jelas menunjukkan hasad jahat. Beliau dipaksa tidur di atas lantai simen yang dingin, menambah burukkan kecederaan lama bahagian belakangnya.

Alasan yang diberikan polis untuk menahan Anwar selama semalaman adalah kerana mereka perlu menyelesaikan untuk mengambil kenyataan beliau – namun permintaan beliau untuk pulang pada waktu yang dijanjikan telah ditolak. Sekarang ia menjadi amat jelas bahawa Anwar ditahan semalaman dilokap kerana percubaan untuk mendapatlan sampel DNA dari tubuh beliau.


Tuduhan Saiful diperkuatkan lagi dengan Saiful mengambil bahagian dalam acara “sumpah lakhnat” di Masjid Negara Kuala Lumpur pada 15 Julai 2008 dengan kehadiran Ustaz Ramlang bin Porigi, salah serang imam di sana. Kemudiannya pada bulan Ogos, Ustaz Ramlang mendedahkan yang dia diarahkan oleh Ketua Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JAIWP) Dato Che Mat bin Che Ali untuk hadir sebagai saksi saat sumpah tersebut berlangsung.

Disebabkan dia membuat pendedahan umum berhubung perkara ini, Ustaz Ramlang kemudiannya ditukar ke bahagian “kewangan” (JAIWP). Beberapa bulan kemudiannya dia dikenakan tindakan disiplin.
Campurtangan politik juga ditunjukkan dalam pengendalian aduan qazaf yang difailkan oleh Anwar ke atas Saiful kepada pihak JAIWP pada 9 Julai (qazaf merupakan kesalahan dibawah undang-undang syariah kerana memberi kenyataan fitnah terhadap orang lain, khususnya dalam hubungannya dengan kesalahan seksual).

Jabatan penguatkuasaan JAIWP telah menyelesaikan penyiasatannya dalam masa beberapa bulan dan telah merekod kenyataan dari Anwar, Saiful dan saksi-saksi yang relevan. Sehingga ke hari ini JAIWP masih belum mengisytiharkan tidak ada kesalahan yang dilakukan Saiful. Dalam masa yang sama, tidak ada pendakwaan terhadap Saiful yang cuba dibuat.

Para pegawai JAIWP telah diarahkan oleh Menteri Persekutuan bertanggungjawab dalam hal ehwal agama Islam untuk tidak mengambil sebarang tindakan terhadap Saiful, atas alasan kes liwatnya masih belum habis berlangsung. Hal ini adalah salah kerana perundangan kedua mahkamah ini adalah terpisah dan indipenden dan sekali lagi ia menunjukkan campurtangan politik.


Hasad jahat dan berat sebelah di pihak pendakwaan; memegang dokumen daripada pihak pembelaan; perbicaraan tidak adil
Perhatian yang serius patut diberikan terhadap hasad jahat dan sikap berat sebelah di pihak pendakwaan. Gani Patail menandatangani sijil pemindahan kes Anwar dari Mahkamah Sesyen ke Mahkamah Tinggi.

Yusuf Zainal Abiden, Pendakwaraya Kanan dalam pasukan pendakwaan kes sekarang juga terlibat secara giat dalam kes Sukma dan kes pendakwaan Anwar pada tahun 1998. Terdapat keprihatinan dengan memberikan sikap berat sebelah dan mala fide atau niat jahat yang ditunjukkan pihak pendakwaan dalam kes-kes sebelum ini, bahawa Anwar tidak akan mendapat perbicaraan yang adil daripada Pendakwaraya Kanan yang mendakwanya sekarang.


Beberapa tindakan berniat jahat telahpun ditunjukkan dalam persoalan pencarian dokumen-dokumen dan bukti dalam kes semasa ini. Permohonan beterusan dari barisan para peguam Anwar untuk mendapatkan dokumen-dokumen yang sesuai bagi mempersiapkan pembelaan seperti kenyataa saksi Saiful dan saksi-saksi lainnya tidak dilayan oleh Pendakwaraya Kanan.

Anwar kemudiannya memohon dokumen-dokumen ini kepada hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi. Hakim Zabidin Mohd Diah telah membenarkan permohonan Anwar ini. Pihak pendakwaraya pula merayu, yang menyebabkan Mahkamah Rayuan mengenepikan penghakiman Mahkamah Tinggi. Rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan ditolak pada Jumaat 28 Januari 2010.

Suatu keputusan yang tidak mengejutkan, dengan melihat pendirian politik yang diambil oleh hakim-hakim Mahkamah Persekutuan dalam kes Dr Munawar.
Fakta menunjukkan rayuan Anwar ke Mahkamah Persekutuan terhadap beberapa hal penting berhubung pengeluaran dokumen itu masih lagi menunggu keputusan.

Namun demikian, hakim perbicaraan Mahkamah Tinggi pada 6 Disember 2009 muncul dalam keadaan tertekan untuk menetapkan tarikh perbicaraan lebih awal dan menetapkan perbicaraan dimulakan pada 25 Januari selama sebulan. Hakim yang sama pernah berkata bahawa tahun ini tarikh perbicaraan tidak akan ditetapkan sehinggalah perihal mendapatkan dokumen-dokumen itu ditentukan oleh rayuan ke peringkat mahkamah yang lebih atas.


Keadilan perbicaraan yang bakal dihadapi Anwar telah dipersoalkan dengan penafian dokumen-dokumen penting bagi persiapan pembelaan. Di dalam perbicaraan jenayah pada hampir keseluruhan sistem perundangan, pihak tertuduh akan diberikan, sebelum perbicaraan, kenyataan-kenyataan kesemua saksi dan keseluruhan dokumen yang dikeluarkan oleh kesemua saksi terbabit. Prosedur ini memastikan keadilan terhadap semua pihak, dan menghalang penangguhan perbicaraan.

Meskipun terdapat peruntukan undang-undang sedia ada, namun perbicaraan Anwar akan berjalan seperti cara lama dengan serangan-serangan hendap penghujahan dan pembuktian. Setiap butir-butir perincian kes pendakwaan dan banyak dokumen-dokumen penting akan dilihat kali pertama oleh pihak pembelaan hanya sewaktu perbicaraan berlangsung.

Ianya meletakkan pihak tertuduh dan para peguam belanya dalam keadaan tekanan yang tidak adil.
Konspirasi politik Kunci kepada perbicaraan ini dapat dilihat dengan tindak-tanduk bermotif politik oleh pihak pendakwaan dan kepentingan pihak-pihak yang terlibat, secara khususnya Gani Patail (Peguam Negara sekarang) dan Musa Hassan (Ketua Polis Negara sekarang) serta Perdana Menteri hari ini.

Pakatan Rakyat dan Anwar telah mengkritik mereka secara habisa-habisan di dalam dan di luar parlimen – Peguam Negara Gani Patail dengan perlakuan jenayahnya sendiri di dalam kes penyiasatan “mata lebam”, kegagalannya untuk memastikan pendakwaan bagi banyak kes-kes rasuah yang serius, secara khususnya yang berkaitan dengan jenayah dan rasuah yang didedahkan dalam video klip VK Lingam; juga terhadap hubungan terhadap dakwaan-dakwaan berwibawa keterlibatan KPN Musa Hassan dalam tindakan jenayahnya berserta hubungan rasuahnya dengan ketua-ketua kumpulan kongsi gelap seperti BK Tan dan Goh Cheng Poh.


Kritikan terbuka Anwar terhadap keterlibatan Perdana Menteri dalam kes rasuah pembelian jet Sukhoi dan kapal Selam Scorpene oleh Kementerian Pertahanan telah menjadi rekod umum. Anwar juga berulang kali mendesak Najib membenarkan penyiasatan bebas bagi membersihkan namanya atas dakwaan berwibawa penglibatan dirinya dan isterinya Rosmah dalam pembunuhan terkenal model Mongolia Altantuya Shaaribuu.


Blog-blog di internet melaporkan bukti akuan bersumpaj yang dibuat oleh penyiasat persendirian Balasubramaniam yang mengatakan Altantuya memberitahunya yang dia mempunyai hubungan peribadi dengan Najib dan kaitannya dengan rundingan pembelian senjata yang sama serta tentang bagaimana DSP Musa Safiri, pegawai polis pengiring Najib memainkan peranan dalam penangkapan dan pelenyapan Altantuya. Musa Safiri malah tidak dipanggil sebagai saksi dalam perbicaraan kes pembunuhan Altantuya.


Anwar pada bulan Julai tahun 2008 dan pada Februari tahun lalu turut memfailkan laporan polis berkenaan Gani Patail dan Musa Hassan atas peranan mereka dalam mereka-cipta bukti terhadap diri beliau dalam penyiasatan kes “mata lebam” pada tahun 1998.

Laporan itu juga turut mendakwa mereka bersubahat memfailkan laporan polis palsu pada malam 20 September 1998 dalam hubungannya dengan penangkapan Anwar di rumah beliau di Bukit Damansara. Tidak ada satupun laporan-laporan ini menghasilkan pendakwaan biarpun seorang bekas hakim Mahkamah Persekutuan berpendapat Gani melakukan kesalahan jenayah dalam kes penyiasatan “mata lebam”.


Penyalahgunaan lembaga-lembaga awam seperti pasukan polis, Pejabat Peguam Negara, Kehakiman dan institusi lainnya seperti yang pernah terjadi pada tahun 1998, sedang berlaku sekali lagi dengan kes terbaru ini. Ia bukanlah kes jenayah yang mudah. Apa yang sedang diperjudikan sekarang ini adalah penggunaan kes aniaya dan palsu sebagai senjata politik untuk menghentikan kemajuan Anwar Ibrahim dan gerakan politik Pakatan Rakyat yang dipimpinnya. Suatu kemajuan gerakan yang mengancam kewujudan dan masa depan kerajaan Barisan Nasional dan para pemimpinnya.


by cheguBard

Thursday, February 4, 2010

Liwat II: Senarai saksi masih gagal dibekalkan





Meskipun perbicaraan kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim masuk hari kedua, hari ini, namun pihak pembelaan masih gagal mendapatkan senarai saksi daripada pihak pendakwa raya.

Lazimnya, dalam kes jenayah, senarai saksi perlu dibekalkan pada hari pertama perbicaraan. Malah dalam kes sivil, senarai saksi biasanya perlu disediakan atau dipersetujui sebelum perbicaraan bermula.


Menurut seorang daripada peguam Anwar, Sankara Nair mereka akan mengemukakan permohonan pada Isnin, jika senarai berkenaan tidak dibekalkan esok.


“Pendakwa tidak berlaku adil dalam perbicaraan ini, malah mereka juga tidak membekalkan senarai saksi kepada kami. Mahkamah Persekutuan ketika menolak permohonan kami berkata senarai saksi boleh diberikan apabila perbicaraan bermula.”


“Perbicaraan sudah memasuki hari kedua, tapi kami masih belum menerima senarai saksi. Kami memerlukan senarai itu untuk membuat persiapan kes. Tanpa senarai itu, ia seolah-olah perbicaraan secara serang hendap oleh pendakwa raya,” katanya.


Dalam pada itu, kes perbicaraan hari kedua tertumpu di Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansar di ibu negara, lokasi bekas timbalan perdana menteri itu dituduh melakukan kesalahan tersebut.


Rombongan hakim, pihak pendakwaan dan pembelaan serta Anwar, Mohd Saiful dan Zambri Idrus, peguam pemerhati bagi pihak Mohd Saiful, meninggalkan mahkamah pada 11.43 pagi.


Anwar yang turut berada di lokasi tidak naik ke kondominium itu, sebaliknya berada dalam kenderaan Mazda MPV hitam.


Sebelum itu, perbicaraan pagi tadi diadakan secara tertutup. Wartawan tidak dibenarkan mengikutinya.


Peguam utama Anwar, Karpal Singh, semalam memohon agar keterangan Saiful didengar secara tertutup kerana saksi itu telah menceritakan apa yang berlaku di kondiminium berkenaan semasa disoal semalam.


Dalam keterangannya itu, Mohd Saiful memberitahu mahkamah bahawa Anwar mahu mengadakan hubungan seks dengannya apabila dia pergi ke kondominium itu untuk menyerahkan beberapa dokumen kepada Anwar.


Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 377B Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan jika disabit kesalahan.


Kemaskini laporan dari Mahkamah Tinggi:


4.20pm: Mahkamah ditangguhkan sehingga jam 9.30 pagi esok.


4.10pm: Saiful berkata doktor di Pusrawi mecadangkannya supaya ke hospital kerajaan untuk diperiksa.


Saiful berkata dia kemudiannya ke hospital Kuala Lumpur dan memberitahu seseorang yang dikenali sebagai Dr Daniel yang dia diliwat oleh tertuduh.


Doktor itu memberikannya sekeping nota dan dia dirujuk ke wad kecemasan bagi membuat laporan polis. Superintenden Jude Pereira adalah antara pegawai polis yang membantunya membuat laporan.


4.00pm: Saiful berkata pada jam 1.00 petang, 28 Jun 28, 2008, dengan ditemani oleh bapa saudaranya Tuah Mohd Halim, mereka ke Hospital Tawakal. Bagaimanapun dia gagal mendapat rawatan kerana hospital itu beroperasi separuh hari.


Berikutan itu, dia pergi ke sebuah lagi hospital swasta, Hospital Pusrawi dan dirawat oleh Dr Mohd Osman Abdul Hamid.
3.45pm: Rakaman menunjukkan Saiful memasuki lif di tempat letak kereta dan meninggalkan kondominium lebih sejam kemudian.

3.40pm: Komputer yang menayangkan rakaman visual CCTV di tempak letak kereta kondominium dipegunkan.


Hakim mengarahkan Anwar keluar dari kandang bersalah dan menghampiri skrin kerana tertuduh tidak dapat melihat dengan jelas.


3.35pm: Mahkamah mempertontonkan rakaman CCTV Saiful di kondominium.


3.30pm: Hakim Mohd Zabidin memutusakan tiada tindakan menghina mahkamah kerana ia perlu dibuktikan melalui siasatan terperinci.


Katanya, pihak pembelaan perlu membuat laporan polis terhadap Utusan Malaysia jika berpendapat laporan berkenaan menghina mahkamah.


3.10pm: Selepas permohonan daripada pihak pembelaan, hakim Mohd Zabidi berkata perkataan 'lagi' yang digunakan oleh Utusan Malaysia agak 'nakal'
.


Mahkamah berehat sebentar bagi membolehkan hakim membuat keputusan samada tindakan menghina mahkamah dilakukan atau tidak.

Coretan Dari Seorang Sahabat AZRAAI ANDREW

Subject: my flow of thoughts since midnight....express your opinions please

ALLAH telah membenarkan ini berlaku dan ini telah berlaku dengan izin ALLAH

ALLAH telah menyebabkan segala manusia untuk bersama dengan DSAI
dan dari sudut pandangan lain, kemungkinan besar, ini adalah kegagalan besar bagi UMNO
Kemenangan besar bagi pakatan
Kesedihan untuk Wan Azizah
Kegembiraan untuk semua
Kemantapan yang khusus dari segi status institusi badan kehakiman yang semakin reput
cara pemakaian akta-akta serta undang-undang dalam prosiding dalam mahkamah
Perjuangan demi perjuangan
Soal bicara hati tentang perjuangan
Naluri yang mengimbas kembali tahun 98
Keterpaksaan, yakni pada suatu hakikat yang umum
biarlah berterus terang
Perjuangan untuk martabat sesuatu parti mestilah datang dari soal bicara hati yang tulen
suatu bicara hati yang ikhlas
Suatu nawaitu yang menyusunkan strategi yang rumit
dari gamut persendirian
Sehingga genap suatu persoalan dengan pelbagai jawapan yang umum dan licik
lagi lincah.


langkah pertama bermulanya dari institusi kezaliman
dengan adanya sikap yang angkuh, bongkak, riak dan takbur
dari zaman penjajahan british
sehingga kemerdekaan pada 1957
sehingga 2010
tepatnya 2.2.10
satu tarikh yang takkan dilupakan
sampai bila akan dikenangkan
kenangan zaman silam kembali sekali lagi
zaman zalim
zaman akhir
petanda yang datang dari pelbagai sudut
menghentam negara ini
yang kian tercinta
namun, cinta tersebut ditukar menjadi benci
apatah manusia ini, yang sanggup mengorbankan kalimahNya untuk kesenangan muafakat yang tersungkur
terkubur...
tersasuh dalam aspek kezaliman agama dan undang undang
kepala khinzir
kepala lembu
dilontar, dicampak, dibuang, dihumban
yang telah membelahkan kaum serta agama
yang selama ini tinggal di kampung halaman
ruang tersebut diendahkan
misteri tersebut membukakan minda tersungkur
membelahkan umat serta rakan telah menjadi lawan alhamdulillah katanya orang islam
praise be to god katanya orang kristian
om sri ram katanya orang hindu
om pad me hum katanya orang buddha
yang sekian ini duduk di bawah satu bumbung
bumbung yang dikenali sebagai malaysia
bumbung yang menjadikannya identiti begitu unik
tonggak identiti perlembagaan
tonggak identiti persekutuan
tonggak identiti negara
suatu inspirasi, suatu mimpi, suatu kejayaan
mimpi indah negara lain
yang baru baru ini kian hancur
kehadiran keadilan tepat pada masanya
bermulanya dari detik pemecatan yang berhormat
sehingga dipukul, ditampar....aduhai apatah lagi?
kezaliman berlaku, diakur oleh semua pihak
menyebabkan dihina, ditindas, dikeji
prosiding demi prosiding
mahkamah demi mahkamah
hakim demi hakim
sampailah bila ini akan berakhir?
nadi badan kehakiman tidak konsisten
jantung perlembagaan yang semakin pudar
memalukan kejayaan penggubal keadilan
semenjak jauhari kyshe...
--------------------

Ketua Menteri PP LIM GUAN ENG Berjiwa Rakyat !






SELAMAT DATANG KE PULAU PINANG

Thursday, February 4, 2010
Pakatan Rakyat Berjiwa rakyat NEGARA DAN RAKYAT MALAYSIA SELAMAT TANPA UBN.......

'UMNO PERASUAH 1 Malaysia... Pembohong seluruh rakyat Malaysia’
™ kaasiii peecaaahhh laaaaaa........® !!"

MEMBUJUR LALU MELINTANG PATAH "!!
http://zulmamakpng.blogspot.com/ !!!.. LAWAN TETAP LAWAN...!!!!,
SUARA RAKYAT, SUARA KERAMA
T...!!!

Mangsa Liwat paling glamour dan Cool... - sharpshooter




Pemuda tinggi lampai dan muda perkasa ini mendakwa dirinya diliwat oleh orang tua yang berumur 60 tahun, Tidak payah tulislah nama orang tua itu, semua orang tahu, lagipun pertuduhan kali ini bukan yang pertama, tetapi kali kedua.

Jika betul, hebat lelaki tua itu kerana dapat “menewaskan” lelaki tinggi lampai dan muda perkasa ini!


Sukenya..

Pemuda ini juga dikategorikan sebagai “mangsa” rogol merangkap mangsa liwat paling cool pernah saya ketahui. Tidak pernah lagi ada “mangsa” rogol/liwat yang begitu menonjol seperti pemuda ini. Mangsa rogol/liwat yang lain takut hendak tunjuk muka. Mungkin sebab malu atau trauma. Yang ini lain daripada yang lain.


Pemuda ini bukan sahaja mempunyai akaun fan page di Facebook, malah menulis blog tentang perjalanan kesnya di mahkamah. Malah cerita pemuda ini turut mempunyai halaman di Wikipedia. Lebih hebat, pemuda ini pernah bersumpah laknat di Masjid Wilayah Persekutuan mengaku dirinya diliwat oleh seorang tua yang berumur 60 tahun.


Walaupun 1Malaysia heboh tentang cerita “tiada penetrasi di tempat itu”, tetapi dia tetap “maintain” mempertahankan dakwaannya. Itulah yang membuatkannya lebih cool.

Selalu Update Blog
Aktif Facebook, sempat jadi Fan Yuna lagi Dan wajah cool beliau sewatu di Mahkamah

Walaupun anwar sudah tidak berpangkat atau tidak lagi berjawatan tp tokoh2 ilmuan Islam dan kenamaan Islam tetap berkunjung ke kediaman DS Anwar Ibrahim antaranya:


Pengerusi Kesatuan Ulama Dunia yg juga Tokoh maal hijrah 09, Dr. Yusuf al-Qaradawi..
Tokoh Maal Hijrah 08, Dr. Wahbah Zuhaily.. Mufti Besar Bosnia, Dr. Mustafa Efendi.. Intelektual Islam yg juga cucu kpd pencetus Gerakan Islam Hasan al-Bana, Dr. Tariq Ramadhan..

Pemimpin Gerakan Islam Turki, Erdogan dan Abdullah Gul..
dan barisan pimpinan tertinggi Jemaah Islah Malaysia (JIM)

dan ramai lg tokoh2 yg tiada dalam gambar ni tp ada dlm gambar lain antaranya: Dr. Jamal Bazinna (Pengasas IIIT), Dr Annas Sheikh Ali (IIIT UK) Dr A. Hamid Abu Sulaiman (Rektor UIA), Syed Naquid Alattas dan ramai lg..


video:
http://www.facebook.com/profile.php?v=app_2392950137&ref=name&id=100000094794184#!/video/video.php?v=106617936018032

* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *


Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...

Amizudin Ahmat


http://sharpshooterblogger.blogspot.com/
BANDINGKAN LAH PERGAULAN SAYFOOL DENGAN PERGAULAN DS ANWAR Updated about a minute ago ·

(Sodomy 2) - Kondo dan 'ejekan' wanita ! Memang 'shy full' ..lah !!




Perbicaraan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini bertumpu di tempat kejadian di mana Saiful bukhari Azlan mendakwa berlakunya pertuduhan yang dibawa oleh beliau terhadap mantan timbalan perdana menteri itu.

Hakim, peguambela, pendakwaraya dan pihak berkenaan berlepas sebentar tadi ke kondominium di Desa Damansara Kuala Lumpur. Perbicaraan bersambung pagi tadi dengan Saiful dijadualkan memberi keterangan secara tertutup.


Datuk Seri Anwar menyifatkan pertuduhan liwat terhadapnya di reka cipta sekali lagi oleh pemimpin kerajaan bagi menjatuhkannya.

Beliau menyifatkan Saiful hanya sebagai kambing hitam yang diperalatkan oleh Perdana Menteri Najib Razak dan isterinya Rosmah Mansor.

Najib mengaku menemui Saiful beberapa hari sebelum Saiful membuat pertuduhan itu.


Namun Perdana Menteri telah berdolak dalik mengenai sebab beliau mengadakan pertemuan dengan Saiful di rumahnya.


Di kondo tersebut, Saiful dilaporkan telah disindir dan diejek oleh beberapa orang penyokong PKR yang kebanyakkan adalah wanita.

NST Must Correct Misrepresentation

NST Must Correct Misrepresentation MEDIA STATEMENT FOR IMMEDIATE RELEASE

Date: 4 February 2010


I am shocked with the report of NST today which titled “PKR ready to refer Lim Guan Eng to Pakatan Rakyat”.
I deeply regret that NST has maliciously misquoted my statement. Upon reading the news, I called the reporter to seek clarification. Subsequently he admitted over the phone that the line was not written by him and it has been inserted by the editor.

I hereby call on the NST to take immediate action to correct the misrepresentation of PKR’s stance on this issue.


In my phone interview, I unequivocally said that YB Dato’ Seri Zahrain is wrong to lash out at CM Lim Guan Eng. I stressed that inter-party relations and complaints should be brought up in Leadership Council of Pakatan Rakyat.
I

have never said that PKR will refer Zahrin’s criticism against Lim Guan Eng into the discussion of Pakatan Rakyat leadership. In fact I maintained that such move is unnecessary and inappropriate.


PKR is fully supportive of CM Lim Guan Eng and our relationship with DAP as coalition partner is strong and solid. We understand that the cooperation and unity of Pakatan Rakyat represnts a great threat to the ruling Barisan Nasional. BN has tried various divisive measures to sow suspicion between partners of Pakatan Rakyat.


I would like to reiterate that PKR’s commitment to advance the agenda for democratic reforms is unshakeable. To realise this objective, it is essential to continue strengthen good relationship with DAP and PAS.


SAIFUDDIN NASUTION ISMAIL
Secretary-General Parti Keadilan Rakyat

Kes liwat: Anwar fail 'semakan kehakiman' kedua

Ketika perbicaaan kes liwat berlangsung, pasukan peguam bela bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim, Sankara Nair 3.15 petang tadi menmfailkan satu lagi permohonan semakan kehakiman yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur 1 Disember lalu.

Semakan kehakiman tersebut merujuk pada keputusan Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Datuk Zabidin Mohd Diah menolak permohonan Anwar untuk membatalkan kes liwat berasaskan pada pada laporan perubatan yang jelas menunjukkan tidak ada spesimen Anwar di dalam dubur saksi utama, Saiful Bukhari Azlan.


Inisiatif tersebut merupakan yang ke dua, selepas pasukan peguam bela Anwar membuat suatu permohonan semakan kehakiman di Istana Keadilan, Putrajaya pagi tadi – iaitu berhubung keputusan Hakim Zabidin menolak permohonan Anwar mendapatkan beberapa bahan bukti dan material penting seperti DNA Saiful, rakaman CCTV, nota doktor, senarai saksi utama daripada pasukan pendakwaraya.


Memberitahu wartawan di lobi Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur kemudiannya, Sankara Nair berkata, pasukan peguam bela Anwar sedang fokus menunggu kedua-dua keputusan semakan kehakiman tersebut, yang dianggap penting untuk anak guamannya.


Media dihalang buat liputan

Sebelum pada itu, Anwar bersama-sama keluarganya disambut dengan laungan reformasi di anjung bantahan, di sini sekitar jam 2.30 petang tadi.


Turut kelihatan Ketua Strategi PKR Tian Chua dan bekas Pengerusi Gerakan Anti Rasuah dan Korupsi (Gerak) Mohd Nazri Mohd Yunus, yang baru menyertai PKR memimpin gerakan reformasi di luar kompleks mahkamah.


Dalam pada itu, pihak polis dilihat begitu agresif menghalang jurukamera dan wartawan dari membuat liputan terhadap rakyat yang menyokong Anwar.


Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin yang temui Harakahdaily berkata, tindakan agresif tersebut mungkin disebabkan kebanyakan media massa melaporkan Anwar berniat untuk sapina Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib Tun Razak dan isterinya Rosmah Mansor; yang menurut dakwaan Anwar, mereka terbabit mendalangi konspirasi mengfitnahnya bersama Saiful.


Badrul yang juga Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR mendakwa, tindakan agresif polis tersebut mungkin disebabkan tidak mahu laporan lanjut berkaitan Anwar sapina Najib dan Rosmah dari diketahui oleh rakyat melalui media-media baru.


“Reformasi 1998 dulu banyak mengajar Polis tentang media, mungkin polis takut rakyat disedarkan dengan berita-berita lanjut berhubung niat Anwar sapina dua individu penting negara (Najib dan Rosmah),” jelas Barul Hisham.


Melihat aksi polis menghalang media dari mengambil gambar rakyat yang menyokong Anwar, Badrul mendakwa polis seolah-olah cuba bersengkongkol dengan kerajaan demi membendung kesedaran rakyat seperti era Reformasi 1998 dahulu.


Dalam perbicaraan petang ini, antara perkara yang ditanya kepada saksi utama, Saiful ialah berhubung pengajiannya dan bagaimana dia diambil sebagai pembantu peribadi Anwar.


Menjelaskan perkara itu di kandang saksi, dia mengakui gagal dalam pengajian di Universiti Tenaga Nasional (Uniten) tetapi diberi peluang oleh Anwar untuk menjadi pembantu peribadi.


Dia juga memberitahu, Anwar mengarahnya memasuki pejabat untuk melakukan sesuatu dan Anwar memeluknya dari belakang lalu memasukkan sesuatu ke dalam duburnya.


Perbicaraan yang berakhir kira-kira jam 5.00 petang ini disambung pada jam 9.00 pagi esok.

Perbicaraan Anwar, Najib Dan Maruah Malaysia

Umno, khususnya Najib Razak sudahpun memilih gelanggangnya. Beliau mahu mahkamah menentukan siapa bercakap benar – Anwar Ibrahim atau apa yang disifatkannya sebagai rakyat kerdil Mohd Saiful Bukhari Azlan – dalam kes liwat yang kini jadi perhatian dunia.

Anwar juga jelas sudah bersedia menyahut cabaran ke atas keluhuran peribadinya dengan berdiri di atas paksi bahawa ini adalah satu lagi konspirasi untuk mencatas kerjaya politiknya sebagai ketua pembangkang dan orang yang berpotensi menumbangkan hegemoni Umno.


Lantaran beberapa soal teknikal, Anwar dan pasukan peguamnya mahu perbicaraan ditangguh sehingga kes ini boleh diadili dengan saksama. Anwar mahu maklumat cukup mengenai apakah bahan bukti yang hendak dikemukakan ke mahkamah seperti pita rakaman video litar tertutup yang diperolehi di tempat yang dikatakan jenayah itu berlaku.


Anwar juga mahu mendapatkan spesimen DNA yang dikatakan yang hendak digunakan bagi pendakwaan terhadapnya. Contoh itu perlu disilang semak bagi menentukan kesahihannya. Apa yang dimintanya ialah peluang untuk mempersiapkan seberapa kemas yang boleh pembelaan diri di mahkamah. Anehnya, jika dalam prosiding biasa permintaan itu adalah lumrah yang tidak perlu jadi persoalan dalam kes biasa. Mahkamah memutuskan tidak boleh dipenuhi permintaan itu.