Followers
Friday, February 5, 2010
Datuk Seri Najib, lama-lama teloq pun hilang jugak ka?
Sebelum ni, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamid bocor cerita kehilangan enjin pesawat F-5E milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM). Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak cedera kerana pendedahan itu.
Zahid pun macam otak pembangkang juga. Hei, orang Umno tak kisahlah! Bila orang Umno tak kisah, Najib selamat. Sebabnya, mengikut cerita orang, kira-kira 60 peratus orang Melayu masih lagi menjadi lembu pawah Umno. Bila dah sampai masanya nanti, semua akan kena jual sebelum disembelih.
Teringat pula ayat al-Quran yang mafhumnya, "Mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang-orang yang lalai" (Surah al-A'raf: 179). Teringat juga sebahagian orang PAS yang menyokong apa sahaja yang pemimpin PAS buat kerana dah laluk sakan melantak candu masyarakat bernama thiqah dan wala'.
Candu masyarakat itu perlahan-lahan membentuk 'asabiyyah. Orang ana tak salah walaupun salah. Itulah bentuk bantuan yang diberikan kepada kezaliman - "('Asabiyyah ialah) kamu menolong kaummu atas kezaliman" (Riwayat Abu Daud). Setelah cerita enjin jet hilang membuktikan betapa kebalnya Najib, hari ini Utusan Malaysia menyiarkan pula berita bertajuk
"Kedutaan asing intip maklumat sulit negara - Zahid" dan "Dakwaan rahsia negara dijual: PM perlu dapatkan maklumat". Bagaimana seorang menteri boleh menceceh tentang perkara yang membawa malu besar kepada negara itu dalam keadaan Perdana Menteri tak tahu apa pun?
Apa benda semua ni? Atau adakah sengaja tempua yang bernama Zahid itu bersarang rendah? (Tiba-tiba teringat pula kisah orang yang takut kepada Singapura kerana Altantuya Shaariibuu). Perdana Menteri apa kalau orang bawahnya siang malam boleh cakap apa sahaja yang akhirnya menyebabkan beliau menggelejat?
Hari tu Datuk Nasir Safar, ni Zahid pula. Nasib baik Najib tak tahu apa-apa tentang collective responsibility. Kalau tidak mungkin hari-hari dia kena letak jawatan (dan oleh kerana Najib Perdana Menteri dari Umno, esoknya boleh jadi Perdana Menteri semula sebelum meletak jawatan lagi dan jadi Perdana Menteri lagi).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.