Followers

Saturday, November 7, 2009

Dr. Asri akan menyertai PAS??

Spekulasi ini mula belegar di kalangan ramai berdasarkan perkembangan yang berlaku. Dr. Asri diajak ( disuruh kata Ustaz Harun Taib) dalam satu pertemuan di rumah beliau di Kuala Lumpur. Isu JAIS menyebabkan tak pasal-pasal saham Dr. Asri melambung. Isu saman menyaman menyebabkan indeks saham beliau terus naik mendadak. Semasa seminar yang saya hadiri di Palace Of The Golden Horses kelmarin, slot Dr. Asri audien sampai terpaksa berdiri dan melimpah keluar dewan. Andainya Dr. Asri ditakadirkan menyertai Pas dalam tempoh terdekat sudah pasti ia memberi pukulan maut kepada Umno@BN dengan populariti beliau sekarang. Sekaligus memberi momentum dan kekuatan kepada Pas sekarang yang berhadapan dengan situasi yang berlaku dalam kepimpinan Pas yang didakwa oleh pihak di luar Pas. Sekaligus memberi tonik terbaik kepada Pas setelah tewas di pilihanraya kecil Bagan Pinang. Begitu juga kepada Profesor Dr. Aziz Bari yang kebelakangan ini begitu 'celupar' mengkritik kepimpinan Pas. Beliau sebelum ini dilihat pro Pakatan Rakyat terutama dalam menyentuh isu-isu berkaitan dengan undang-undang dan pelembagaan. Maka tulisan dan ulasan beliau dijadikan 'fatwa dan hujah' Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan isu penyelewengan undang-undang khususnya dalam krisis yang dicipta Umno@BN di Perak. Andainya Dr. Aziz menyertai Umno@BN ia pastinya akan memberi kekuatan kepada Umno@BN yang sekarang sedang berhadapan pelbagai krisis kronik sama ada dalam Umno sendiri atau melibatkan komponen mereka dalam BN khususnya MCA,MIC dan Gerakan. Bagi saya kepada pimpinan dan penyokong Pas agar tak payahlah fikir spekulasi ini. Pas perlu bina kekuatan dari dalam bukannya mengharap orang luar memantapkan perjuangan Pas. Jika berlaku, anggaplah ia sebagai bonus dan bukan faktor penentu kepada kemenangan dan kemantapan jemaah. Berkaitan dengan keceluparan Dr. Aziz Bari dan kemungkinan menyertai Umno biarkanlah, Pas hari ini melangkah dan berdiri gagah kerana iltizam, keikhlasan dan pengorbanan pimpinan dan semua lapisan dalam Pas sehingga Pas begitu digeruni dan dicemburi pada hari ini. Seperti saya sebutkan sebelum ini individu boleh datang dan pergi. Mereka yang hidup akan menempuh saat mati tetapi perjuangan meneruskan kesinambungan dakwah yang dibawa oleh Nabi SAW perlu diteruskan. Berundur tidak sama sekali!
SUMBER: angkasanuri at 11/07/2009

PRESIDEN PAS Sangat Lesu !!!

Kepemimpinan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dianggap sangat lesu sehingga beliau boleh diumpamakan "Pak Lah versi PAS", kata ahli akademik Prof Dr Abdul Aziz Bari hari ini. Tun Abdullah Ahmad Badawi dianggap seorang pemimpin lemah, tidak tegas, lembab dalam pelaksanaan dasar dan dipersalahkan atas kemerosotan teruk BN sehingga dipaksa melepaskan jawatan presiden Umno dan perdana menteri.
Dr Abdul Aziz berkata, kekalahan bertubi-tubi PAS di Terengganu – negeri Abdul Hadi sendiri – pada pilihan raya umum 2004, selepas menawannya pada 1999, dan tahun lepas serta kemerosotan dalam beberapa pilihan raya kecil menyebabkan beliau meyakini bahawa kritikan tersebut mempunyai asas."Kemudian di Bagan Pinang, maaflah, sudah banyak sangat (kalah). Kali ini mungkin betul, bila sudah ada orang sebut, kita ada versi Pak Lah dalam PAS sendiri," katanya. "Dan memang, kalau tengok kenyataan dia (Abdul Hadi), sama ada yang terbaru ini atau beberapa bulan ini, sudah jelas. Maksudnya, kenyataan tentang UG (kerajaan perpaduan) itu, bukan macam orang politik."Pensyarah undang-undang Universiti Islam Antarabangsa (UIA) itu menambah, oleh itu Abdul Hadi dianggap "beban" parti itu untuk terus mengembangkan pengaruhnya dan memainkan peranan lebih besar dalam “politik baru” Pakatan Rakyat. "Kita tidak peduli sama ada kumpulan dia (Abdul Hadi) masih bercinta dengan Umno. Itu kita tidak peduli. Tetapi bagi saya, dalam politik, tidak ada peluang kedua. "Kamu sudah buat, (kemudian) gagal, keluar (berundur). Hendak bertengkar tentang dia jumpa lagi (dengan Umno atau) tidak, imej itu sudah terpalit kepada dia dan kumpulan dia, terutamanya (timbalan presiden) Nasharuddin (Mat Isa)," tambahnya. 'Sudah hilang stim' Dr Abdul Aziz juga berkata, walaupun pada 1980-an dan 1990-an tokoh agama itu berpengaruh luas khususnya melalui pidato tetapi kini presiden PAS itu kini "sudah hilang stim". "Dia sudang hilang stim. Sebahagian daripada tindak-tanduknya tidak datang daripada dia atau cuma disuap dalam mulutnya. Contoh yang paling jelas, (idea) kerajaan perpaduan," katanya. "Tengok, atau kita banding dengan apa yang dibuat sekitar tahun 1980-an dengan amanatnya (petikan ucapan yang dilabel 'Amanat Hadi'). Ini secara efektifnya mengkafirkan Umno. Sekarang kenapa hendak bekerjasama dengan Umno?" Dalam wawancara dengan Malaysiakini hari ini, pakar undang-undang perlembagaan itu mendakwa, kegagalan Abdul Hadi bertindak sebagai "tokoh nombor satu" diburukkan lagi oleh peranan pemimpin lain seperti Nasharuddin dan setiausaha agung Datuk Mustafa Ali.
Diminta mengulas sejak bila tokoh PAS itu "hilang stim", Dr Abdul Aziz berkata: "Sebelum (era) reformasi (1998) dia tidak ada peranan yang penting, (sebagai) naib presiden saja atau timbalan presiden. "Jadi, saya rasa, masalah atau isunya sekarang ini dia seorang timbalan yang bagus. Itu yang selalu disebutkan. Dan itu saya setuju. "Kalau dia (pada jawatan) nombor dua, dia seorang yang setia dan dapat melaksanakan apa yang disuruh. Tetapi kalau letak dia (sebagai) kapten, setakat ini memang jelas tidak dapat. "(Keadaan) itu menjelaskan kenapa dia tidak dapat membalas serangan terhadap 'Amanat Hadi' itu. Jadi, serangan itu sudah bersifat politik dan dia sudah tidak dapat main lagi." Beliau juga mendakwa, Abdul Hadi tidak lagi mempunyai ciri seorang pemimpin dalam senario politik baru, hubungan awamnya pula tidak baik dan gagal berfungsi sebagai ideolog atau peneraju utama yang menjelaskan wawasan parti seperti "PAS untuk semua" dan "negara berkebajikan". Abdul Hadi masih lagi berlegar di sekitar isu Melayu-Islam semata-mata seperti isu yang dijuarai parti itu sejak dulu, tambahnya. 'Ciuman maut'
Dr Abdul Aziz, yang kini semakin lantang mendesak pengunduran Abdul Hadi, diundang membentangkan analisis kemerosotan PAS dalam seminar politik parti itu di Gombak, esok.
Seminar sehari itu, yang dijangka melibatkan 1,000 pemimpin atasan dan akar umbi PAS, dianjurkan susulan desakan untuk mengadakan muktamar khas bagi membincangkan "beberapa pemimpin bermasalah". Ditemui di pejabatnya di kampus Gombak pagi ini, Dr Aziz berkata kelemahan Abdul Hadi, yang juga ahli parlimen Marang, sudah diketahui oleh barisan pemimpin PAS tetapi tiada siapa yang berani menegurnya secara terbuka. "Semua orang tahu (kelemahan ini), tetapi siapa berani cakap dalam parti yang tema wala'-nya (kesetiaannya) cukup kuat," katanya. Mengulas isu kerajaan perpaduan, Dr Abdul Aziz menyifatkan ia sebagai "ciuman maut" dan perangkap musuh politiknya Umno untuk terus mengkucar-kacirkan parti Islam itu. "Kalau yang berunding itu (penasihat PKR, Datuk Seri) Anwar Ibrahim, (mursyidul am, Datuk) Nik Aziz (Nik Mat) atau (tokoh popular DAP) Lim Kit Siang, tidak ada masalah. "Tetapi kalau dia dengan Nasharuddin ataupun yang lain-lain, (mereka ini) akan dilipat, diduduk oleh Umno (kerana kelemahannya)," katanya.
sumber: malaysiakini

Friday, November 6, 2009

Siasat CHAN KONG CHOY - Berita Hairan

Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) mengesyorkan supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan polis menyiasat bekas Menteri Pengangkutan, Chan Kong Choy dan bekas Pengurus Besar Lembaga Pelabuhan Klang (LPK), Datuk Paduka O C Phang membabitkan pecah amanah berhubung projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ).
KAH KAH KAH…
KAH KAH KAH…
KAH KAH KAH….
woit…. RUPA RUPANYA ADA LANUN LEBIH BESAR LAGI… kah kah kah..
kah kah kah… SIAPAKAH LANUN INI?.... kah kah kah…
kah kah kah… APAKAH DUA WIRA DUNIA KELIMA?…. kah kah kah..
kah kah kah…. SEORANG PENYAMAR YANG PALING LICIK…kah kah kah….
kah kah kah... DUA PULUH DUA TAHUN MENYAMAR MELAYU...kah kah kah
baca ini: MAHATHIR BERTANGGUNG JAWAB MENILAI TANAH PKFZ – malaysian insider
Former transport minister Ling Liong Sik appeared to pass the buck over the costing and valuation of the Port Klang Free Trade Zone (PKFZ) land to his former boss, Mahathir Mohamad. In the verbatim of the Public Accounts Committee’s (PAC) meeting procedures released yesterday, Ling said his ministry could only “state the fact that we wanted the land.” However, Ling pointed out that the costing and valuation of the land was determined by the Valuation and Property Services Department (JPPH) which was chaired by former prime minister and finance minister, Mahathir. KAH KAH KAH…
kah kah kah… TERBONGENG… kah kah kah..
kah kah kah…PENGERUSINYA TIDAK LAIN DAN TIDAK BUKAN …kah kah kah..
kah kah kah… ONE AND ONLY MAHAFIRAUN…. kah kah kah…
nota: oooo you ni the veri veri
mak nak bersih nama mak di mahkamah
tapa ag kata mak tad de ke... oooi..
what is the because kah kah kah
sumber: tukartiub

PENDAFTARAN PR Petanda Evolusi Politik Tanah Air

Tindakan Pakatan Rakyat memohon secara rasmi untuk mendaftar sebagai sebuah parti mendapat sambutan baik dari pelbagai pihak.
Malah menurut pengamal perundangan, Profesor Dr. Aziz Bari, sudah sampai masanya kematangan Pakatan diterjemahkan melalui cara ini. "Dalam rangka kita hendak mewujudkan sistem dua parti daripada perspektif rakyat, ini benda yang tidak dapat tidak atau pun mesti dilakukan kerana ini adalah kesempatan terbaik dalam tempoh lebih 50 tahun negara merdeka". Ujarnya tindakan Pakatan Rakyat itu juga memudahkan rakyat untuk membuat dua pilihan yang jelas. "Bersedia atau tidak, saya tidak rasa ia bukanlah perkara yang terlalu penting, yang penting sudah ada dan sudah nampak potensinya. Apa yang menjadi masalah saya rasa halangan dan sekatan" tambah beliau lagi. Dalam pada itu, Aziz berpendapat tindakan Pendaftar Pertubuhan dilihat sebagai terpaksa kerana desakan rakyat yang memerlukan perubahan dalam sistem pentadbiran negara. "Saya merasakan pendaftar pertubuhan itu sendiri semacam terpaksa dan kalau kita bercakap dari sudut perundangan, ini hak rakyat dan bukan kuasa mereka. Jadi tidak perlu berterima kasih kepada pendaftar kerana ini bukan bersifat ihsan, ini memang sesuatu yang memang hak rakyat". Pakatan Rakyat yang dianggotai oleh Keadilan, PAS dan DAP. Pendaftaran sebagai sebuah entiti politik akan membolehkan Pakatan Rakyat mengatasi pelbagai kekangan Suruhanjaya Pilihanraya dan juga permasalahan kecil yang melibatkan ikatan rasmi ketiga-tiga parti itu.
sumber: tvselangor

Sistem Cukai Perlu Dirombak ! - YB DS Anwar

Ketua Pembangkang YB DS Anwar Ibrahim menggesa sistem percukaian dirombak dan disesuaikan mengikut kemampuan kelas pendapatan.
Dalam senario hari ini, sistem percukaian menjadi beban kepada kelas berpendapatan tengah seperti para usahawan bumiputera dan bukan bumiputera, penjawat awam dan profesional.
Perdana Menteri Najib Abdul Razak mengumumkan cukai pendapatan maksima diturunkan sebanyak 1 peratus. Anwar berkata meskipun sistem percukaian negara tidak meletakkan beban yang dahsyat di bahu majoriti rakyat, namun ia perlu bergerak seiring zaman untuk membantu ekonomi kelas menengah. "Mengapa kita tidak mengambil pendekatan yang lebih progresif? Seseorang yang meraih RM100 juta setahun tidak sepatutnya diletakkan dalam braket cukai yang sama dengan kita yang mendapat RM100,000 satu tahun," katanya.
Anwar berkata demikian kepada lebih 500 hadirin di wacana Bajet 2010 yang diadakan di Petaling Jaya 3 Oktober lepas. Turut dijemput memberi penerangan adalah Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim, pakar ekonomi DAP Tony Pua dan pemikir Pas Dr Dzulkefly Ahmad. Meneruskan wacananya malam itu, Anwar berkata pelaburan asing ke dalam negara susut kerana keyakinan pelabur kepada institusi politik negara terhakis.
Anwar berkata ia berpunca dari kedegilan pemerintah memulihkan sistem politik negara dan wibawa institusi nadi seperti kehakiman dan pasukan polis. Pelabur lebih selesa bergiat di Hong Kong dan Singapura kerana kekuatan mahkamah dan polis mengendalikan kes-kes penyelewengan dan penipuan. "Sekiranya kita lihat secara menyeluruh, jutaan ringgit hilang dan selagi keyakinan tidak dipulihkan, pelabur akan meninggalkan negara ini," tegas Anwar. "Kita mengalami kadar jenayah yang amat tinggi, tetapi tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara dilanjutkan pula," katanya.
sumber: tvselangor

Permohonan Didengar Panel 11 HAKIM Ditolak !!

Mahkamah Persekutuan hari ini menolak permohonan menteri besar Pakatan, Datuk Seri Mohd Nizar Jamaluddin supaya rayuannya berhubungi kes menteri besar yang sah, didengar oleh panel 11 orang hakim.
Hakim Datuk Alauddin Mohd Sheriff berkata ia diputuskan sebulat suara dan tiada perintah dibuat mengenai kosnya. Keputusan tersebut menimbulkan tandatanya kerana mahkamah tertinggi di negara ini itu sebelum ini pernah membenarkan panel tujuh hakim mendengar dua kes dadah. Bekas Pengerusi Majlis Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan, yang mewakili Nizar, sebelum itu berhujah bahawa panel 11 hakim itu penting kerana kes itu membabitkan kepentingan awam dan banyak implikasinya. Katanya, ia juga memberi kesan pada semua negeri dan serta Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, katanya, seluruh dunia sedang mengikuti kes tersebut, termasuk para akademik dan orang awam "kerana ini adalah satu kes yang unik". Bagaimanapun, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail yang membantu menterjemah perlembagaan Perak dan perlembagaan Persekutuan, berkata permohonan tersebut tidak seharusnya dibuat melalui usul. Sebaliknya, kata beliau, ia seharusnya dibuat melalui semakan kehakiman. Dalam hujahnya, Ambiga juga memetik dari buku 'May Day for Justice' tulisan bekas Ketua Hakim Negara, Tun Mohd Salleh Abas mengenai krisis Umno pada 1987. Petikan itu antara lain berbunyi "nampaknya satu cara untuk mengikis keraguan, terutamanya dalam mendengar kes yang berbaur politik ialah dengan menyemak kes (Umno) di hadapan panel penuh hakim". Salleh menulis bahawa dengan kehadiran semua hakim, maka ia boleh mengikis sebarang tanggapan berlaku berat sebelah di pihaknya. Dengan itu, tiada pihak yang boleh berkata beliau memilih hakim atau memilih panel hakim, tulis Salleh mengenai perlunya panel penuh hakim mendengar kes Umno pada 1988. Bagaimanapun, sebelum idea itu dapat dilaksanakan, Tun Dr Mahathir Mohamad (perdana menteri ketika itu), telah menggantikannya. Keputusan rayuan Nizar, akan menentukan masa depan kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang ditumbangkan Februari lalu selepas beberapa wakil rakyatnya keluar parti dan menyokong Barisan Nasional (BN). Ia juga bukan sahaja akan menentukan menteri besar Perak yang sah tetapi juga akan menjadi duluan bagi kes-kes yang serupa pada masa depan. Panel lima hakim sedang mendengar rayuan tersebut. Sebelum ini, Nizar memohon supaya panel 11 hakim mendengar kes rayuan tersebut.
Panel hakim tersebut diketuai oleh Presiden Mahkamah Rayuan, Datuk Alauddin Mohd Sheriff. Empat lagi hakim ialah Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria, Datuk Zulkefli Ahmad Makinuddin, Datuk Mohd Ghazali Mohd Yusoff dan Datuk Abdull Hamid Embong. Nizar diwakili oleh sepasukan peguam yang diketuai oleh peguam kanan Sulaiman Abdullah, manakala peguam kanan Cecil Abraham mewakili menteri besar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir. Para wartawan dan orang ramai sudah tiba di kompleks mahkamah Putrajaya seawal jam 7 pagi, bagi mengikuti prosiding rayuan tersebut. Kawalan keselamatan juga ketat di mana anggota polis dan anggota keselamatan mewajibkan mereka yang ingin masuk ke dewan mahkamah, mendapatkan pas khas.
sumber: tvselangor

Thursday, November 5, 2009

EZAM M. NOR Masih BERDENDAM dgn AZMIN ?

Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyifatkan kenyataan bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Ezam Mohd Noor dan bekas Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Chandra Muzzafar bahawa wujud sindrom `3A` dalam parti itu, sebagai cuba mengelirukan rakyat. Pengarah Strategik PKR, Tian Chua berkata, isu berkenaan sengaja diperbesarkan oleh dua bekas pemimpin parti itu yang mempunyai agenda mahu menjatuhkan PKR dan Pakatan Rakyat (PR). "Tidak timbul isu '3A', isu ini sengaja ditimbulkan Ezam. Dia hanyalah seorang budak suruhan Barisan Nasional (BN) sahaja. Tidak payahlah layan budak suruhan ini," kata Ahli Parlimen Batu itu ketika ditemui di lobi Parlimen, semalam. Menurutnya, berdasarkan rekod sepanjang 10 tahun perjuangan PKR boleh dikatakan hampir 70 peratus Anwar tidak bersama parti kerana masih dalam tahanan di penjara. “Saya rasa Ezam dan Chandra Muzaffar juga mengetahui perkara tersebut di mana Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah pada ketika itu menerima sokongan padu pemimpin dalam parti itu. “Ini kita boleh lihat daripada bukti sedia ada, saya agak kalau ada yang menuduh Anwar bersama `beberapa kerat orang `run the party`. Itu memang tidak tepat,” katanya. Katanya, Anwar adalah aset penting dalam perjuangan PR kerana beliau berjaya menyampai serta menterjemahkan idealisme perjuangan parti itu. Menurutnya, Anwar berjaya menyatupadukan DAP dan Pas, orang Islam dengan bukan Islam dengan menggabungkan perspektif antarabangsa dan tempatan dalam PKR dan PR. Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, beliau yakin bahawa masalah dalaman PKR dapat diselesaikan dengan cara yang lebih baik tanpa menjejaskan PR. “Itu adalah masalah dalaman mereka, kita berharap mereka akan menyelesaikan perkara ini secara keluarga oleh PKR, ini saya tidak akan campur, saya tidak mahu komen,” katanya. Sementara itu, Azmin ketika ditemui, enggan memberikan sebarang komen lanjut meskipun nama beliau turut dikaitkan dua bekas pemimpin PKR itu.
* KUASA RAKYAT KUASA KERAMAT *
Kalau Takut Dipukul Badai...
Usah Berumah Di Tepi Pantai...
Amizudin Ahmat

PROJEK TIPU RAKYAT ??

ORANG KAMPONG SUDAH MULA MARAH - INGAT BALING 1974? KAMI MAHU KEADILAN – berita hairan.
BUKIT KAYU HITAM: Seramai 235 peneroka Felda Bukit Tangga di sini, membantah keputusan pengurusan Felda itu berhubung bayaran projek tanaman semula getah di kawasan berkenaan yang didakwa merugikan. Kumpulan peneroka itu tidak berpuas hati dengan tawaran pengurusan Felda yang bercadang membayar RM33,000 bagi aktiviti tanam semula membabitkan kebun getah seluas 3.6 hektar. "Kami mahu tawaran harga yang berpatutan kerana harga setiap kayu getah di pasaran semasa ketika ini mahal. Peneroka mencadangkan RM50,000 bagi keluasan berkenaan," katanya.
KAH KAH KAH…RAKYAT DI DAHULUKAN… KAYU GETAH MEREKA DI KELEPETKAN…. kah kah kah… woit…
TAK HABIS HABIS NAK MENIPU ORANG KAMPONG…kah kah kah.. INGAT PENEROKA TAK TAHU HARGA KAYU GETAH… kah kah kah… SEMASA MENUNGGU GETAH INI DIPOTONG… PENEROKA INI NAK MAKAN APA?.... kah kah kah..
MATI IBRAHIM ALI LAA ORANG KAMPONG…kah kah kah
Dicatat oleh Tukar Tiub

SPRM Digesa Siasat Kes Yg Berprofil TINGGI !!

Tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menghadapkan beberapa ahli Pakatan Rakyat dan ahli Barisan Nasional ke Mahkamah Sesyen Shah Alam semalam dilihat sebagai kosmetik semata-mata. Adun Sekinchan Ng Suee Lim berkata SPRM harus memberi keutamaan memburu dan mendakwa jerung-jerung besar dan bukannya memancing kes-kes rasuah kecil-kecilan. Beliau menggesa SPRM bertindak tegas bukan hanya untuk kes biasa tetapi kes berprofil tinggi seperti PKFZ, kapal selam Scorpene dan mahligai Khir Toyo. "Ini cukup penting sekiranya kes-kes yang berprofil tinggi ini tidak diambil tindakan dan VIP-VIP yang terlibat tidak berani disentuh maka 10, 20, 30 pendakwaan seperti semalam itu yang saya sifatkan, tegaskan sebagai ikan bilis tidak mungkin dapat mengembalikan keyakinan rakyat terhadap peranan SPRM”,katanya. YB Ng Suee Lim berkata demikian kepada TV Selangor ketika dihubungi pagi tadi. Pandangan yang sama turut diberikan Adun Sri Muda, YB Mat Shuhaimi Shafie. Menurutnya, banyak lagi kes besar yang perlu diberi perhatian dan ditangani segera yang kini masih lagi tertangguh. “Jadi walaupun mereka cuba untuk kononnya melakukan tindakan ataupun membawa kepada mahkamah semua pihak melibatkan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional tetapi ianya belum cukup untuk menenggelamkan tanggapan rakyat bahawa SPRM ini lebih melakukankan usahanya sekadar secara berpilih-pilih dan hanya melihat kes sahaja",katanya. Bagi Adun Batu Caves, YB Amiruddin Shahri tindakan yang dilakukan terhadap kedua-dua ahli parti iaitu dari BN dan Pakatan Rakyat itu patut disokong. Katanya, pegawai dan wakil rakyat yang melakukan kesalahan wajar dikenakan tindakan. “Yang jelas dan nyata tindakan itu patut disokong terhadap semualah.Kita tidak akan berkompromi dengan mana-mana orang yang melakukan kesilapan dan melakukan kesalahan.”,katanya.
sumber: tvselangor

Koroner Arah Mayat Mendiang Teoh Digali SEMULA!

Koroner Azmil Muntapha Abbas mengarahkan mayat mendiang setiusaha politik Exco Kerajaan Negeri, Teoh Beng Hock digali semula untuk bedah siasat. Bagaimanapun persoalan bila, di mana, dan siapa yang akan menjalankan bedah siasatan itu hanya akan ditentukan pada 9 November ini. Peguam Gobind Singh Deo dalam hujahnya ketika membuat permohonan bagi menjalankan bedah siasat kali kedua ke atas mayat Beng Hock berkata testimoni daripada pakar patologi Thailand yang dilantik kerajaan negeri, Dr Pornthip amat penting dan ia perlu disahkan melalui bedah siasat baru.
Bagaimanapun peguam mewakili Peguam Negara, Tan Hock Chuan berkata testimoni Dr Pornthip kekurangan satu elemen penting iaitu penemuan kerana bukan beliau membuat bedah siasat pertama. Gobind berkata langkah ini perlu supaya mahkamah dapat melihat semua penemuan-penemuan sebelum mencapai pada satu keputusan. Gobind bagaimanapun berkata Dr Pornthip mengahadapi kesukaran untuk mendapatkan sijil yang sewajarnya untuk menjalankan bedah siasat kedua. Demikian itu Gobind mencadangkan Dr Pornthip menyertai bedah siasat kedua dan mengarahkan salah seorang pegawai perubatan kerajaan. Gobind juga mencadangkan supaya Dr Pornthip bekerjasama dengan Dr Khairul dan Dr Prashant dalam bedah siasat berkenaan.
Peguam mewakili Kerajaan Selangor, Malik Imtiaz Sarwar menyokong permohonan ini. “Permohonan dibuat oleh keluarga simati Teoh Beng hock untuk mengeluarkan mayat beliau untuk tujuan bedah siasat kali kedua, permohonan di dengar oleh Koroner petang tadi dibenarkan dan kita akan dapat perintah yang lebih lanjut dan terperinci pada hari isnin berkenaan masa dan tempat post mortem kedua akan diadakan,"katanya.
Dr Pornthip mencetuskan kegemparan di inkues 21 Oktober lalu selepas penemuannya mendapati ada 80 peratus kemungkinan mangsa telah dibunuh. Penemuan Dr Pornthip bercanggah dengan laporan bedah siasat patologis tempatan dan polis yang mengumumkan bahawa mangsa telah membunuh diri. Dalam siasatannya mendapati ada kemungkinan mangsa dicekik terlebih dahulu, dan duburnya ditusuk sesuatu, sebelum terjatuh dari ibu pejabat SPRM. Penemuan ini dibuat berdasarkan kepada laporan bedah siasat awal dan dokumentasi sekitar kematian mangsa. “Kehadiran Dr Pornthip dibenarkan, itu yang kita beri penekanan semasa pendengaran tadi. Apa yang kita perlukan adalah untuk Pornthip hadir walaupun terdapat masalah dari segi kelayakan tetapi kepada kita itu tidak member i sebarang kesan .Apa yang penting untuk beliau hadir supaya beliau dapat melihat dengan lebih jelas atau terperinci aspek-aspek yang beliau telah pun katakan menimbulkan keraguan khususnya kesan cekik dan juga kesan calar menunjukkan kemungkinan ada kesan dera dan juga beliau telah dicekik,”katanya. Gobind berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di luar mahkamah. Peguam Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM), Datuk Abdul Razak Musa dalam hujahnya petang tadi bagaimanapun tidak membantah bedah siasat baru dibuat namun pihkanya akan menghantar pakar pataloginya untuk menyertai bedah siasat berkenaan.
Sementara itu Hock Chuan menyokong saranan Gobind supaya pakar patologi dari bedah siasat pertama iaitu Dr Khairul Azman dan Dr Prashant hadir di bedah siasat kedua ini.
sumber: tvselangor

DATO ZAID IBRAHIM: Gabungan Parti Pembangkang Membuka Minda Rakyat ?

Perubahan yang dilakukan rakyat pada piliharaya yang lalu membuktikan rakyat mula bangkit menolak kerajaan sedia ada. Demikian antara hujah dan komen Datuk Zaid Ibrahim dalam Forum Sembang Sembang di Geogetown semalam. Turut hadir dalam forum itu ialah Timbalan Menteri Pulau Pinang, YB Dr. Mansor Othman.
“That`s why I believe,I believe that this 2008, it’s a big step. At least the rakyat is spoken,we want a better government, and now how do we go to the next level”, katanya.
Selain menbincangkan isu semasa dan budaya di Malaysia, forum ini turut menfokuskan sistem dwi-parti di Malaysia yang kian menjadi perhatian penganalisa politik dalam dan luar Negara.
Ia menyentuh tentang parti pemerintah, Barisan Nasional dan juga gabungan parti-parti pembangkang. Menurut Zaid perubahan yang berlaku sehingga membolehkan parti parti pembangkang bergabung merupakan satu langkah yang besar dalam sesebuah parti. Perubahan ini seiring dengan peredaran zaman dan dianggap menepati keperluan dan kehendak rakyat sebagai penentu sesebuah kerajaan.
“Remember DAP in the 70`s,lion dance and all chinese sort of cultural protection,and i`m not making fun of it.I think that `s was the issue of the time,but the issue today is good governer”tambah Zaid lagi. Turut hadir dalam forum ini, ADUN Pantai Jerjak, Sim Tze Tsim, Speaker DUN PKR, Dato Haji Halim Hussain Senator Tuan Mustafa Kamal Mohd Yusuf. Selain itu, pemerhati dari Brunei dan penyokong Barisan Nasional turut mendengar wacana yang diadakan buat kali yang kedua ini.
sumber: tvselangor

KERAJAAN KELANTAN Mungkin Tolak Perjanjian PETRONAS !

Kerajaan Kelantan sedang mengkaji kemungkinan membatalkan perjanjian menyerahkan hak cari gali kepada Petronas jika royalti petroleum tidak diberikan, kata exco ekonomi dan kewangannya. Mengulas kenyataan perdana menteri untuk menyerahkan wang ehsan kepada Kelantan, Datuk Husam Musa berkata isu membatalkan perjanjian itu akan dikaji oleh panel peguam yang dilantik kerajaan negeri. Keputusan tersebut dicapai dalam mesyuarat exco kerajaan negeri hari ini sebagai reaksi segera Kelantan terhadap pengumuman Datuk Seri Najib Razak di Parlimen pagi ini. Dalam satu kenyataannya, Husam turut mempertikaikan penggunaan istilah "wang ehsan" sebagai bentuk bayaran kepada Kelantan, sedangkan "bayaran royalti" digunakan untuk bayaran di Terengganu, Sabah dan Sarawak. "Nyata asas yang disebut oleh perdana menteri mengenai (kedudukan lokasi cari gali di luar pesisiran pantai sejauh) 3 batu nautikal adalah tidak berasas bagi kes-kes Sabah, Sarawak dan Terengganu," katanya lagi.
"Ia sengaja digunakan untuk mendiskriminasikan kerajaan dan rakyat Kelantan."
Sehubungan itu, kata Husam, kerajaan negeri mahu wang ehsan dibayar terus kepada Kelantan dan sebuah badan penyelaras ditubuhkan yang turut dianggotai wakil kerajaan pusat untuk memantau penggunaan wang tersebut. "Sekali lagi kami berharap perdana menteri berfikir semula dan mengambil kira tuntutan ini atas prinsip kesaksamaan, kedaulatan wilayah dan semangat federalisme yang utuh serta penghormatan perjanjian yang termaktub demi kesejahteraan dan keharmonian negara malaysia," katanya. Mengenai penubuhan panel guaman tersebut, Husam berkata, antara isu yang dicadang dipertimbangkan oleh panel guaman ini ialah:

1. Kemungkinan mengambil tindakan mahkamah membatalkan perjanjian penyerahan hak kepada Petronas untuk mencari gali dan mengeluarkan sumber petroleum dan lautan negeri Kelantan 1975 jika sekiranya tuntutan royalti minyak tidak dipatuhi.
2. Kemungkinan untuk kerajaan negeri mengambil tindakan mahkamah di luar negara termasuk perintah injunksi menghentikan pengeluaran di JDA (Kawasan Pembangunan Bersama Malaysia-Thailand) dan CAA (Kawasan Pengurusan Komersial Malaysia-Vietnam) yang melibatkan entiti dan syarikat antabangsa. "Walau bagaimanapun, keputusan muktamad akan ditentukan kemudian selepas pandangan daripada panel guaman tersebut," kata Husam lagi. Dalam kenyataan itu juga, beliau turut mempersoalkan mengapa wang ehsan harus diurus oleh kerajaan pusat "Pengumuman perdana menteri bahawa Kelantan hanya layak menerima 'wang ehsan' dan bukannya royalti dan wang ini pula akan diuruskan oleh kerajaan pusat, adalah satu keputusan politik. "Ia membelakangkan semangat federalisme, kedaulatan undang-undang dan penghormatan terhadap perjanjian dan menekankan kepentingan politik semata-mata," katanya. Di samping itu, tambahnya, keberkesanan pengurusan oleh kerajaan pusat juga boleh dipertikaikan. "Sebagai bukti, dengan jumlah royalti yang besar untuk Terengganu bagi tempoh 20 tahun lalu, masih gagal membanteras kadar kemiskinan yang kekal tinggi di Terengganu," kata Husam. Sementara itu, ketika bercakap kepada pemberita selepas mesyuarat exco di Kota Bharu, Husam berkata kerajaan negeri mengambil langkah proaktif itu untuk memastikan tuntutan wang royalti itu berjaya. "Kerajaan negeri tidak (dapat) menerima bayaran wang ehsan yang diumumkan hari ini bagi menggantikan bayaran wang royalti minyak kepada Kelantan," katanya dalam laporan Bernama.
Bagaimanapun, tambahnya, kerajaan negeri menganggap pemberian wang ehsan itu satu langkah pertama hasil inisiatifnya dalam tuntutan royalti minyak. Menurutnya, kerajaan negeri akan terus mengadakan rundingan dengan kerajaan pusat berhubung tuntutan royalti itu.
Kelantan sebelum ini telah mengemukakan surat rasmi kepada kerajaan pusat bagi menuntut bayaran royalti minyak berjumlah RM1 bilion sejak 2004 berdasarkan laporan Jabatan Statistik.

Wednesday, November 4, 2009

TINDAKAN CUEPACS SALAH : PM Najib

PM Najib Razak berkata, tindakan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Di Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS) meminta bonus adalah salah daripada segi moral kerana keadaan ekonomi negara ketika ini belum pulih sepenuhnya. KAH KAH KAH…
woit… MACAM SALAH DENGAR… kah kah kah..
woit… MACAM SALAH BACA… kah kah kah..
DARI SEGI APA ?... DARI SEGI KOPORAL… kah kah kah..
DARI SEGI MORAL… kah kah kah…
MAT MONGOL SUDAH CAKAP HAL MORAL... kah kah kah..
BELI KAPAL SELAM… TAK SALAH DARI SEGI MORAL… kah kah kah…
woit… 12 BILION RINGGIT HANGUS DI PELABUHAN KLANG

TAK SALAH DARI SEGI MORAL kah kah kah..
BILA BURUH DAN PEKERJA MINTA NAIK GAJI…

MINTA BONUS.. TIBA TIBA EKONOMI BELUM PULEH…. kah kah kah..
woit… OUR ECONOMY HAS NO PROBLEM… kah kah kah..
woit… OUR FUNDUMENTALS IS STRONG…. kah kah kah..

PASAL ITU CAKAP HENDAKLAH JUJURJANGAN TIPU… kah kah kah.

TIPU PUNYA PASAL… LEHER SENDIRI KENA JERAT… kah kah kah

sumber: tukartiub

KENYATAAN MEDIA: KETUA WANITA PKR

Kenyataan Media Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat
KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Penahanan Dr Mohd Asri Zainul Abidin bekas Mufti Negeri Perlis oleh pihak Jabatan Agama Islam Negeri Selangor (JAIS) telah menimbulkan kekeliruan dikalangan masyarakat Islam terutama di Negeri Selangor. Selaku individu yang berada ditempat berlakunya majlis ilmu berkenaan, saya rasa terpanggil untuk menjelaskan beberapa perkara yang mengelirukan berdasarkan kepada beberapa laporan akhbar yang saya rasa telah memetik dari sumber yang cuba melindungi kejadian sebenar yang berlaku. Tetapi apa yang dikesalkan ialah cara pihak JAIS menjalankan operasi penahanan adalah tidak professional dan mempamerkan kelemahan yang tidak sepatutnya wujud dalam organisasi yang tinggi tarafnya seperti JAIS.

Lebih menghairankan apabila ditahan, pihak JAIS gagal menyediakan kertas pendakwaan bagi mengaitkan Dr Asri dengan sebarang kesalahan melainkan dengan alasan mengajar tanpa tauliah. Sepatutnya penahan dibuat setelah terbukti sesorang itu telah melakukan kesalahan. Agak menyedihkan dalam kes ini sewaktu mahu menahan Dr Asri, kelihatan pegawai JAIS sendiri tidak membuat persediaan dan sering menggunakan telefon bagi mendapat arahan dari pegawai atasan yang dipercayai ialah Pengarah JAIS sendiri iaitu Datuk Mohammed Khusrin Munawi. Bagi saya tindakan JAIS yang menggunakan khidmat polis pada malam kejadian juga adalah satu tindakan yang melampau dan meletakkan Dr Asri pada kedudukkan yang tidak sepatutnya memandangkan sebelum ini beliau telah diberi kepercayaan oleh Tuanku Raja Perlis untuk menjaga persoalan berkenaan agama Islam di Negeri Perlis sendiri. Sepatutnya sebagai seorang bekas Mufti dan memiliki pendidikan sehingga kepada peringkat Doktor Falsafah berkenaan Islam, beliau dialu-alukan untuk mendidik masyarakat. Adakah semua ini masih lagi tidak melepasi kelayakan yang diperlukan oleh JAIS untuk seorang seperti beliau bagi menyampaikan dakwah di Selangor. Disini saya bertegas mendesak Pengarah JAIS menjelaskan apakah garis panduan yang digunapakai oleh pihaknya untuk melayakkan seseorang itu boleh ditauliahkan untuk memberi kuliah di Selangor. Berdasarkan kepada maklumat yang diperolehi, sehingga kini terdapat lebih kurang 7 orang Ustaz yang diantaranya adalah pensyarah Universiti Islam Antarabangsa dan telah gagal mendapat tauliah untuk mengajar di Selangor tanpa alasan yang kukuh dan bertulis. Dengan adanya garis panduan tersebut JAIS akan dapat membendung amalan mengikut selera Pengarah JAIS dan memberi keadilan kapada cendekiawan seperti Dr Asri untuk menyampaikan ilmu. Dalam tempoh terdekat, pihak ahli parlimen Pakatan Rakyat Selangor akan menghantar petisyen kepada Duli Yang Teramat Mulia Sultan Selongor agar menilai semula kedudukan dan fungsi Pengarah JAIS yang jelas telah menjejaskan kedudukan Baginda selaku penaung kepada perkembangan Islam di Negeri Selangor yang bertuah ini.

MB Selangor: "Siasat Penahanan Dr. Asri Dengan ADIL !"

Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mahu Jabatan Agama Islam Selangor atau JAIS memberi penjelasan munasabah mengenai isu penahanan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin. Dalam kenyataan akhbar yang dikeluarkan lewat hari ini, Tan Sri Khalid berkata, langkah ini perlu kerana pelbagai persoalan dan pertikaian timbul berhubung cara penahanan itu dibuat. Katanya, Kerajaan Negeri telah dimaklumkan bahawa JAIS memiliki kuasa yang bebas dari kekangan kerajaan negeri dalam menguatkuasakan Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor, masih menyiasat kes Dr Asri yang dikatakan mengajar agama tanpa tauliah. Khalid menggesa Jais supaya memberi penjelasan sewajarnya kepada rakyat Selangor yang terkesan dengan penangkapan Dr Asri.
Pasukan penguatkuasa JAIS dengan bantuan polis malam tadi menahan Dr Asri di sebuah rumah di Taman Sri Ukay, Hulu Klang. Dr Asri yang dituduh mengajar agama tanpa tauliah ketika itu sedang memberi ceramah kepada lebih 300 hadirin. Penahanan ini menarik perhatian umum kerana Dr Asri adalah bekas Mufti Perlis. Sementara itu, dalam satu sidang akhbar petang tadi Pengarah Jais Datuk Mohammed Khusrin Munawi berkata siasatan terhadap Dr Asri akan disegerakan. Dr Asri Zainul Abidin akan didakwa selepas Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) selesai menjalankan siasatan. “Kita telah pun menerima banyak aduan tentang kegiatan Dr Asri ini sejak beberapa tahun yang lalu dan kita memang telah beberapa kali cuba mengambil tindakan dan kali ini kami berjaya dan beliau akan didakwa selepas kertas siasatan itu siap,’katanya. Bekas Mufti Perlis itu akan didakwa bawah Seksyen 119 Enakmen Pentadbiran Agama Islam Selangor 2003. Khusrin Munawi menafikan pendakwaan ini bermotifkan politik. Pihaknya bertindak mengikut peruntukkan undang-undang yang telah ditetapkan. Tambahnya, Jais juga telah bertindak kepada sekurang-kurangnya 10 orang penceramah agama yang menjalankan kuliah di Selangor tanpa tauliah. “Kepada mana-mana pihak yang ingin membuat ceramah di negeri Selangor ini dinasihatkan agar mengikut peraturan yang telah ditetapkan dan diminta menghormati undang-undang dan titah Duli Yang Maha Mulia Tuanku. Dimana semua pihak tidak terkecuali ,dimana sahaja didalam negeri Selangor ini perlu mendapatkan tauliah dari Jabatan Agama Islam,”jelasnya. Beliau berkata demikian dalam sidang media di Bangunan Jais, petang tadi.
Mengulas isu penyebaran ajaran Wahabbi, Datuk Khusrin berkata ia tidak sesuai untuk dijelaskan sekarang, memandangkan siasatan masih dijalankan. Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas laporan Berita Harian hari ini yang mendakwa Jais menyiasat bekas mufti Perlis ini kerana menyebarkan ajaran Wahabbi. Dr Asri mencabar pihak yang membuat tuduhan itu supaya tampil dan mengemukakan bukti.
sumber: tvantara

Kes Liwat DS Anwar Ditangguh 23 November !

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan 23 November sebagai tarikh permohonan rayuan dan sebut semula kes dakwaan liwat ke atas Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat,Dato' Sri Anwar Ibrahim. Hakim Mohd Zabidin Mohd Diah memutuskan tarikh berkenaan setelah dipersetujui barisan peguambela dan juga pendakwaraya kes ini. Hakim turut mengarahkan peguam Anwar mengumpulkan semua dokumen dan keputusan specimen DNA yang dijangka keluar pada Jumaat ini untuk dibawa pada perbicaraan 23 November ini sebagai bahan bukti. Anwar yang diwakili peguam tiba di mahkamah jam8.55 pagi untuk menghadiri sidang pendengaran berkenaan di Kompleks Mahkamah,Jalan Duta. Turut hadir memberikan sokongan,Menteri Besar Selangor,Tan Sri Khalid Ibrahim. Saiful Bukhari Azlan yang turut hadir di mahkamah menyatakan kekecewaannya berhubung penangguhan ini dan bersedia memberikan keterangan pada bila bila masa. Terdahulu, Anwar dituduh sebagai kononnya meliwat Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu. Laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur dan doktor Hospital Pusarawi bagaimanapun mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat. Saiful membuat tuduhan itu beberapa hari selepas berjumpa dengan Presiden Umno, Najib Razak ketika parti itu sedang cuba menundukkan Anwar pada pilihanraya kecil Permatang Pauh. Pertuduhan kali kedua itu, sebagaimana pertuduhan kali pertama ditolak oleh rakyat. Anwar menang kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti lebih besar dan diangkat sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
sumber: tvselangor

"Wakil Rakyat BN didakwa Seleweng" : SPRM

Ahli parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dihadapkan dengan lapan pertuduhan memalsukan tuntutan berjumlah RM80,000 bagi projek yang tidak wujud. Wakil rakyat Umno itu, yang juga bekas ADUN Sungai Air Tawar, dibebaskan dengan ikat jamin RM30,000. kemaskini 12.25pm Bekas pegawai menteri besar Selangor, Mohd Yahya Mohd Sahri dituduh memperdaya seorang ahli perniagaan sejumlah RM50,000 yang didakwa akan digunakan untuk program Pakatan Rakyat tahun lalu. Bekas pemimpin PKR Selangor itu juga dituduh memalsukan dokumen untuk membuka satu akaun parti itu. Mohd Sahri mengaku tidak bersalah dan dibebaskan dengan jaminan RM10,000. kemaskini 12.15pm Pembantu kepada exco kerajaan Selangor, Wong Chua How, dituduh membuat tuntutan palsu RM2,500 kepada Majlis Perbandaran Sepang berhubung pembelian bendera. Pembantu kepada Ronnie Liu itu dihadapkan dengan pertuduhan pecah amanah sekeping cek bernilai RM5,000. Macc dpp appled bail at Rm16000. Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Syafeera Mohd Said membenarkan ikat jamin RM10,000. kemaskini 11.50pm Ahli parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dan bekas pegawai menteri besar Selangor, Mohd Yahya Mohd Sahri kelihatan di luar Mahkamah Sesyen Shah Alam sebelum pendakwaan dijalankan. Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan berjalan tidak lama lagi selepas mereka menunggu kira-kira tiga jam. Mohd Yahya dan pembantu kepada exco kerajaan Selangor, Wong Chua How, dijangka akan dituduh dahulu sebelum tiga yang lain. Pembantu kepada Ronnie Liu tiba kira-kira jam 8.30 pagi, setengah jam selepas Abd Rahman (foto). Mohd Yahya, bekas pegawai Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, tiba kira-kira 8.45 pagi.
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dijadual mendakwa lima orang ahli politik, pembantu mereka, dan seorang pengarah syarikat. Kecuali Wong, empat lagi yang bakal didakwa tidak dinamakan. Kelima-lima mereka akan dituduh bawah Akta Pencegahan Rasuah dan juga Kanun Keseksaan. Kira-kira 100 orang, termasuk ahli-ahli parlimen (MP) Umno, berhimpun di luar Mahkamah Sesyen Shah Alam. Antara MP yang hadir ialah datuk Halimah Mohd Sadique (Tenggara), Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong), Mohd Nor Othman (Hulu Terengganu), Mohamad Shahrum Osman (Lipis), Ahmad Hamzah (Jasin), and Hamim Samuri (Ledang) and Salleh Kalbi (Silam). Halimah berkata, wakil-wakil rakyat BN yang hadir itu mewakili Kelab Penyokong Kerajaan.
Menurutnya, kira-kira 70 penyokong Umno dari Sabak Bernam turut hadir.
Sementara itu Ronnie, yang turut hadir di mahkamah, berkata SPRM telah menjalankan siasatan terhadap 20 wakil rakyat Selangor dan turut merampas fail-fail daripada mereka."Wong adalah yang pertama, tetapi dia mungkin bukan yang terakhir," katanya. Menurut Ronnie, pembantunya itu akan diwakili empat peguam, yang diketuai oleh Cha Kee Chin, juga ADUN Kepayang, Negeri Sembilan. Wong disiasat SPRM berhubung peruntukan bagi kawasan DUN Sungai Pelek, yang diselianya.
sumber: malaysiakini

Tuesday, November 3, 2009

Tanah Runtuh di KM 12 -Jln. Selayang - Templer !

Satu kejadian tanah runtuh berlaku di Kilometer 12, Jalan Selayang-Templer berhampiran Kolam Air Panas jam 2.45 pagi tadi. Kini Pasukan Smart sedang memeriksa runtuhan tanah bagi mengesan jika ada mangsa tertimbus dalam kejadian berkenaan.
Anggota Smart yang tiba di lokasi kejadian kira-kira jam 8 pagi tadi menggunakan alat pengesan getaran pada runtuhan berkeluasan antara 200 hingga 250 meter yang melitupi laluan jalan berkenaan. Kedua-dua laluan jalan itu kini masih ditutup kepada semua lalu lintas dan pengguna dinasihatkan menggunakan Lebuh Raya Utara-Selatan (Plus).
sumber: tvselangor

ORANG BN, Pakatan Dituduh Seleweng Dana DUN

Ahli parlimen Sabak Bernam, Abd Rahman Bakri dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Shah Alam dengan lapan pertuduhan memalsukan tuntutan berjumlah RM80,000 bagi program yang tidak wujud.
Lapan program itu meliputi bantuan kepada pelajar sekolah, penganjuran forum perdana dan sambutan Maulidur Rasul.
Beliau, ketika itu ADUN Sungai Air Tawar, didakwa melakukan kesalahan-kesalahan itu antara 21 Januari hingga 18 Februari tahun lalu. Abd Rahman (foto kiri) bagaimanapun mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan dan dibenarkan ikat jamin RM30,000 dengan seorang penjamin. Ahli parlimen Umno itu hadir sejak jam 8 pagi tadi di mahkamah tersebut dengan ditemani lapan ahli parlimen BN, antaranya Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong), Datuk Halimah Siddiq (Tenggara) dan Datuk Dr Mohamed Shahrom Osman (Lipis). Pertuduhan terhadap Abd Rahman dibacakan menjelang jam 1 tengah hari tadi. Hakim Syafeera Mohd Said menetapkan tarikh perbicaraan pada 14 Februari depan. Sementara itu, pembantu Abd Rahman, Mohd Rosli Bushra pula didakwa bersubahat dengan majikannya membuat tuntutan palsu itu. Hakim Mat Ghani Abdullah membenarkan beliau diikatjamin dengan jumlah RM9,000.
sumber: malaysiakini

Jangan BODOH Macam LEMBU ! !!

Muhyiddin Yassin mengingatkan semua kakitangan awam supaya tidak mengulangi kesilapan seperti teguran dalam laporan Ketua Audit Negara, baru-baru ini. Dia berkata, jika kakitangan awam masih membuat kesilapan, bermakna teguran Ketua Audit Negara tidak memberi kesan dan rakyat akan menganggap kerajaan tidak serius dalam membanteras penyelewengan.
KAH KAH KAH…
woit… ITU SAHAJA… kah kah kah…
woit… INI LAPORAN KETUA AUDIT…. kah kah kah…
woit…. INI BUKAN TEGURAN… kah kah kah…
kah BANGANG… ITU PASAL KURANGKAN SIKIT DAGING DI KEPALA….
kah BERAT .. TAK DAPAT BERFIKIR… JADI BODOH…kah kah kah..
woit… BILA ADA LAPORAN… WAJIB ADA TINDAKAN…kah kah kah..
kah kah BILA ADA TINDAKAN BARU ADA PEMBAIKAN KAN…kah kah kah..
kah KALAU TIDAK LAPORAN INI JADI RITUAL…TIAP TIAP TAHUN… SAMA SAJA…. kah kah kah..
DAH LIMA PULUH AUDIT… APA TINDAKAN PEMBAIKAN DIAMBI。。。
kah kah kah… TAHUN DEPAN SAMA SAHAJA…kah kah kah..
nota:
jika tidak hendak penyelewangan berlaku hanya ada satu tindakan humbankan gerombolan dan kuncu kuncu nya ke dalam tong sampah sejarah. baru kita semua boleh relaaaax

苏么:图卡日

BADRUL HISHAM Dibeli UMNO/BN : YB Kapar

Ahli Parlimen Kapar,YB S.Manikavasagam dengan lantang menyatakan kemungkinan besar bekas Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah di beli UMNO-Barisan Nasional. Beliau yakin kerana dirinya turut pernah di tawar oleh ahli parti itu sebanyak 50 juta semasa mempunyai sedikit salah faham dengan PKR sebelum ini. “Saya rasa Badrul di beli 10 juta atau 20 juta...Umno ada belakang di sini, masa sidang media, tengok siapa disebelahnya....masa saya ada perbalahan sikit dulu, Aziz Samsudin offer saya 50 juta, bukan 1 ringgit, 2 ringgit, tapi 50 juta, tapi saya masih disini, rakyat pilih kita, Badrul adalah pengkhianat kepada pengundi di Port Klang,” katanya. Katanya, dakwaan ini menjadi lebih jelas apabila Badrul keluar dari parti itu dan menyertai parti bebas menyokong UMNO-BN. Beliau berkata demikian kepada media di Majlis Rumah Terbuka Deepavali di Kota Damansara hari ini. Beliau kesal Badrul gagal menjalankan tugas dengan baik dan kerana itu telah menyebab nama Parti Keadilan Rakyat tercemar. Jelas YB Mike, Badrul langsung tidak mahu menemui mana-mana wakil rakyat lain yang mahu berjumpa dan berbincang dengannya. Justeru itu, Manikavasagam setuju dengan cadangan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk memilih calon wakil rakyat dari parti itu yang benar-benar faham falsafah parti dan dengan semangat untuk memperjuangkan parti. “Kita kena skrin calon, betul-betul jiwa rakyat baru bertanding..bukan macam Badrul, yang lain takkan lompat parti, kita tengok apa yang dia lakukan, mana dapat wang? Peruntukan dari mana?,” katanya.
sumber: tvselangor

MB Selangor: Kerajaan Negeri teliti Akaun2 Anak Syarikat

Kerajaan Negeri akan memastikan semua anak syarikat kerajaan negeri mempunyai sistem yang berkesan untuk mengutip semula hutang yang tertunggak pelbagai pihak. Menteri besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata langkah itu akan membolehkan kerajaan negeri menggunakan dana berkenaan untuk membiayai projek-projek mesra rakyat.
Tan Sri Khalid berkata beliau prihatin dengan jumlah hutang terkumpul anak-anak syarikat ini dan tindakan tegas perlu diambil bagi memastikan tunggakan dilangsaikan. Khalid berkata langkah ini perlu supaya wang yang berjaya dipungut semula dapat dibelanjakan untuk program kebajikan rakyat seperti bantuan khairat kematian dan bantuan pendidikan untuk anak-anak miskin. “I’ve been working for that account of subsidiaries of company, now under control of MBI. Since december last, has revive MBI, holding company for whole company, we found out, substantial not been paid, to collect this dept,” katanya. Lebih dikenali sebagai Menteri Besar Incorporated, ia adalah entiti yang berada terus dibawah bidang kuasa Menteri Besar.
Bagi memastikan hutang-hutang ini tidak dilupakan dengan sewenang-wenangnya, Khalid akan mengarahkan kerajaan negeri memantau proses pembayaran semula ini. “In shortly, we are going to announce the size the dept to be collected, not forgetten, transferring to state, incorporated considerate fund, owning by state, collect the dept n the same time, not be paid…use for people purposes,” jelasnya.
sumber: tvselangor

Monday, November 2, 2009

KEADILAN Untuk YB Tian Chua !

Sebanyak 400 tandatangan berjaya dikumpul hari ini dalam kempen Menegakkan Keadilan Tian Chua di Pasar Jinjang Selatan pagi tadi. Kempen yang bermula jam 8.30 berjalan lancar tanpa sebarang gangguan kecuali dari pihak polis. Kira-kira lapan anggota polis dari Balai Polis Jinjang menghalang penggunaan pembesar suara dan memeriksa kad pengenalan mereka yang hadir. Ditemui Tv Selangor, Ketua Penerangan Angkatan Muda Keadilan, Lee khai Loon berkata berkata kempen ini sebagai tanda sokongan kepada Ahli Parlimen Batu Tian Chua yang kini berdepan dengan hukuman penjara berikutan dakwaan mencederakan seorang anggota polis dalam satu perhimpunan di Bangunan Parlimen, dua tahun lalu. "Hari ini adalah pelancaran untuk kita mengadakan kempen secara besar-besaran di seluruh Kuala Lumpur dan negeri Selangor ,di negeri Selangor kita ada 22 cabang angkatan muda keadilan akan mengadakan kempen di pasar pagi atau malam, yang kita akan turun kepadang untuk memberi penjelasan dan penerangan kepada orang awam terhadap kes tersebut Tian chua yang dijatuhkan hukuman yang tidak adil ini",katanya. Turut hadir menyatakan sokongan untuk kempen ini,Ahli Parlimen Kelana Jaya, Low Gwo Burne dan Ahli Parlimen Segambut,Lim Lip Eng dan Timbalan Ketua cabang Batu, Md Noor Kamil Abd Samad. Gwo Burne berharap kempen ini dapat membantu menegakkan keadilan untuk Ahli Parlimen tersebut. "I hope that we were gain more signature today for we the show support to YB Tian Chua and anybody who interested and justice in YB Tian Chua, I hope their step forward not only today, in future we have signature campaign and they were came justice and support Tian Chua",katanya.
Selain kempen tandatangan pagi tadi,orang ramai turut digalakkan menyertai kelab penyokong Tian chua di http://wwww.justice4tian.co.cc/,memakai lencana 'Keadilan Untuk Tian Chua serta menyebarkan video kejadian. Tian Chua pada 22 Oktober lalu dihukum penjara enam bulan dan denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah mencederakan seorang anggota polis dengan cara menggigit lengannya, dua tahun lalu. Hukuman itu menyebabkan Tian Chua berdepan dengan kehilangan kelayakan sebagai Ahli Parlimen kerusi tersebut mengikut peruntukan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan. Tian Chua mungkin kehilangan jawatan sebagai ahli parlimen memandangkan dalam Artikel 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan, seorang ahli parlimen yang dikenakan hukuman penjara lebih dari setahun atau denda melebihi RM2,000 akan digugurkan dari jawatannya. Peguam bela yang mewakili tertuduh, Ranjit Singh dan Amer Hamzah Arshad bagaimanapun memohon penangguhan hukuman sementara menunggu keputusan rayuan di Mahkamah Tinggi.
sumber: tvselangor

PENAHANAN DR. ASRI TIADA KAITAN DGN KERAJAAN PUSAT KATA NAJIB !

Najib Razak mempersoal motif penahanan bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin oleh Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan penahanan beliau tidak ada kaitan dengan kerajaan Pusat.
KAH KAH KAH…KAH KAH KAH..
woit… TAK ADA KAITAN DENGAN KERAJAAN PUSAT? woit… KALAU TIDAK KERAJAAN PUSAT KERAJAAN MANA?.... kah kah kah KERAJAAN LUTUT KE?.... kah kah kah…
.ATAU KERAJAAN PERUT… kah kah kah…
ATAU KERAJAAN BAWAH PERUT… kah kah kah..

PELIK… HAIRAN… RUPA RUPANYA ADA KERAJAAN LAIN…kah kah kah... INI MESTI AYAH PIN... KERAJAAN LANGIT....kah kah kah..
sumber: tukartiub

Kerajaan UMNO cuba Melindungi Pihak Tertentu !

Tindakan Jemaah Menteri menubuhkan Jawatankuasa Petugas untuk menyiasat unsur penyelewengan dan rasuah yang didedahkan dalam Laporan Audit Negara 2008 dibidas Ahli Parlimen Pembangkang. Ahli Parlimen Puchong, YB Gobind Singh Deo berkata tindakan berkenaan merupakan satu lagi bentuk pembaziran yang dilakukan pemerintah.
Menurutnya, kerajaan sewajarnya menggunakan institusi-institusi sedia ada seperti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat pendedahan berkenaan. “Itu merupakan satu pembaziran wang dan juga tenaga manusia. Isu ini boleh disiasat SPRM tidak perlu kita mempunyai jawatankuasa khas untuk buat siasatan. “Dalam negara ini kita ada tubuhkan badan-badan tertentu untuk menyiasat perkara-perkara seperti ini, saya tidak nampak perlunya kita tubuhkan jawatankuasa khas melainkan jawatankuasa itu mempunyai niat untuk melindungi beberapa pihak,” katanya.
Beliau berkata demikian kepada TV Selangor ketika mengulas mengenai keputusan Jemaah Menteri menubuhkan Jawatankuasa Petugas untuk menyiasat unsur penyelewengan dan rasuah yang didedahkan dalam Laporan Audit Negara 2008. Perdana Menteri Najib Razak yang mengumumkan perkara itu berkata, jawatankuasa berkenaan akan dipengerusikan Ketua Setiusaha Negera, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan. Ia akan dianggotai oleh Ketua Setiusaha Perbendaharaan, Ketua Pengarah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), Ketua Audit Negara, Peguam Negara, dan SPRM. Sementara itu Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago berkata pembentukan jawatankuasa berkenaan dilihat sebagai satu cara yang digunakan kerajaan untuk melengahkan siasatan penyelewengan berkenaan. Menurutnya, penubuhan jawatankuasa petugas seolah-olah telah menjadi satu budaya di negara ini kerana tindakan kerajaan yang gemar menubuhkan jawatankuasa itu sekiranya sesuatu isu timbul. “Lebih baik kalau kerajaan minta pejabat Peguam Negera untuk menyiasat kes ini bukannya jawatankuasa sebab sudah jelas pendedahan Ketua Audit negara bahawa ada unsur penyelewengan dan salahguna kuasa. “Saya fikir kita jangan menjadi satu adat dalam negara bila mempunyai masalah membentuk satu jawatankuasa penyiasat dan bila timbul masalah lain, terus kita tubuh jawatankuasa lain. Ini jelas ada penyelewengan, kita ada dua cara hantar kepada SPRM atau terus pejabat Peguam Negara,” katanya. Menurutnya adalah lebih baik ia disiasat terus Peguam Negara memandangkan kredibiliti SPRM mula tercemar dengan isu ketidak telusan badan berkenaan. “Tapi kita tahu sekarang SPRM tidak boleh dipercayai tidak ada sokongan dari orang ramai serta tidak telus dalam kerja mereka. Jadi rujuk hal ini kepada Peguam Negera untuk mereka menyiasat dan terus mengheret individu yang bersalah ke mahkamah,” katanya. sumber: tvselangor

DATO ZAID IBRAHIM: "Saya Pun Melayu"

Saya Pun Melayu
ISBN: 9839675266034
Author: Zaid Ibrahim
Publisher: ZI Publications Sdn Bhd
Year: 2009
Number of page: 320
Delivery: Next day shipping
Price: RM35.00 RM31.50
Melalui buku Saya Pun Melayu, pembaca berpeluang untuk memahami dengan lebih jelas siapa Zaid Ibrahim. Kenapa beliau meletak jawatan sebagai Menteri dan seterusnya dipecat daripada UMNO yang disertainya sejak 23 tahun, dan juga mengapa sesetengah pemimpin UMNO begitu membencinya sehingga ada yang mendesaknya keluar daripada rumpun Melayu. Anda akan mengetahui rahsia di sebalik kritikan beliau terhadap konsep Ketuanan Melayu serta pandangannya berhubung kedudukan Raja-Raja Melayu dari segi undang-undang dan politik. Beliau juga berkongsi pengalaman sebagai anggota kabinet Abdullah Ahmad Badawi serta mengupas sejauh mana kemampuan Najib Tun Razak untuk memulihkan keyakinan rakyat kepada kerajaan. Tulisan Zaid Ibrahim mungkin menimbulkan kontroversi tetapi bagi beliau, kebenaran harus ditampilkan walaupun pahit. Buku ini menampilkan pandangan, kritikan dan cadangan beliau yang ingin melihat demokrasi dipupuk dan disuburkan di negara ini. Tulisannya jelas, jitu dan padu. Saya Pun Melayu sememangnya sebuah buku yang menarik, berani serta seronok dibaca kerana ia membolehkan kita memahami lebih mendalam tentang kemelut politik, ekonomi dan sosial yang melanda Malaysia masa kini.

Sunday, November 1, 2009

Nak Jadi BODOH - Takada Yang Melarang !

MODUL BTN AKAN DIPERTAHANKAN -melayau
Biro Tata Negara (BTN) tidak akan tunduk dengan serangan pembangkang kerana modul kursus Jari (Jasmani, Rohani, Emosi dan Intelek) yang dipraktikkan sejak sekian lama terbukti berjaya memupuk semangat patriotik dan nasionalisme di kalangan rakyat. Ketua Penerangan UMNO, Ahmad Maslan ketika mendedahkan modul itu berkata, tiada asas untuk pembangkang menyerang dan menuduh BTN sebagai salah satu sebab penghalang kepada pembentukan satu negara bangsa Malaysia. ''Modul yang kita guna adalah secara integrasi dan bersepadu. Modul ini telah kekal sejak sekian lama, tetapi ia tidak statik sebaliknya sentiasa melalui proses penambahbaikan agar sesuai dengan cabaran semasa. ''Kita akan mengekalkan modul ini tetapi pengisian akan sentiasa berubah mengikut dasar utama kerajaan pada masa-masa tertentu.

KAH KAH KAH… woit… PERGI MAMPUSLAAA…PERTAHANKAN LAAA… kah kah kah.. kah kah kah… BUKAN MODUL YANG DILAWAN… kah kah kah… woit…. KERAJAAN PAKATAN TAK NAK HANTAR PELAJAR… kah kah kah.. kah kah kah… SIAPA NAK MODUL TU… PERGI MAMPUSLAA…kah kah kah.. kah kah kah… YANG PENTING … PELAJAR DARI NEGERI PAKATAN TIDAK DATANG…. SIAPA YANG NAK DATANG DAN NAK JADI BODOH… TAK ADA SIAPA NAK LARANG…. kah kah kah…
sumber: tukartiub

The Green Berets ? ? ?

PASUKAN KHAS SIASATAN LAPORAN KETUA AUDIT NEGARA
Kerajaan telah menubuhkan pasukan petugas peringkat tinggi, diketuai Ketua Setiausaha Negara Mohd Sidek Hassan, untuk menyiasat laporan Ketua Audit Negara 2008 dan mengambil tindakan yang sesuai terhadap mereka yang bertanggungjawab bagi penyelewengan kewangan dan salah guna kuasa yang disebut dalam laporan itu.
Najib Razak berkata penubuhan pasukan petugas itu diluluskan oleh Kabinet, yang bermesyuarat hari ini, dan selaras dengan usaha kerajaan untuk merealisasikan budaya prestasi tinggi dalam perkhidmatan awam.
KAH KAH KAH… KAH KAH KAH… woit… NAK TUBUH PASUKAN GERAK KHAS?.... kah kah kah…kah kah kah… SATU LAGI JAWATAN KUASA DI TUBUHKAN…. kah kah kah kah kah kah… JAWATAN KUASA MENYIASAT BUMBUNG PARLIMEN RUNTUH… kah kah kah.. kah kah kah… JAWATAN KUASA MENYIASAT STADIUM RUNTUH…kah kah kah…kah kah kah… JAWATAN KUASA MENYIASAT JAMBATAN GANTUNG RUNTUH… kah kah kah…kah kah kah… JAWATAN KUASA MENYIASAT LAPORAN KEWANGAN SUKOM 98…. kah kah kah.. woit… BERAPA BANYAK JAWATAN KUASA NAK DITUBUH… kah kah kah.. woit… POLIS ADA… SPRM ADA… MAHKAMAH ADA… kah kah kah.. woit… NAK BUAT APA JAWATAN KUASA LAGI… kah kah kah…kah kah kah… INI MESTI NAK MENIPU RAKYAT… kah kah
sumber: tukartiub

PAKATAN RAKYAT : Apa Dah Jadi Ni ???

Minggu2 terakhir dibulan oktober ini berlaku berbagai rentetan peristiwa yang menggegarkan Malaysia yang antaranya Persidangan Dun Negeri Perak yang mencetuskan huru hara, kematian tragis 3 kanak2 sekolah akibat dari robohnya jambatan gantung di Sg Kampar Kuala Dipang, Kes kepimpinan Pas sehingga Pas Pusat terpaksa bermesyuarat sehingga lewat malam dan juga bilamana seorang lagi adun PKR keluar parti dengan mengumumkan menjadi adun bebas tetapi menyokong BN. Ini tidak termasuk lagi kes2 kemelut yang melanda BN sendiri seperti yang berlaku pada MCA. Saya tidak mahu menghuraikan kemelut yang melanda UBN kerana biar lah mereka terjun dengan labu2nya kerana rakyat telah jelak dan meluat dengan perangai UBN itu sendiri. Walau media yang bersekongkol dengan mereka tidak menyiarkan kemelut yang melanda mereka sesama sendiri tetapi secara tidak langsung akhirnya rakyat akan tahu juga. Masakan bangkai gajah ditutup dengan daun kelapa tapi baunya akan tersebar juga. Saya cuma ingin menyatakan beberapa perkara yang terjadi dalam PR yang mana tak sepatutnya terjadi dalam keadaan rakyat yang mengharapkan PR membela nasib mereka tetapi apabila hal2 ini terjadi akan mengikiskan lagi sokongan dan pengharapan rakyat kepada PR itu sendiri. Kemelut yang melanda secara tak sengaja atau pun sengaja diadakan samada mendapat upahan atau bayaran lumayan atau pun tidak mendapat sesuatu yang diidamkan seperti jawatan EXCO atau yang tertinggi disesebuah negeri iaitu sebagai Menteri Besar. Maklumlah mereka akan merasakan mereka adalah yang terbaik dari yang ada. Jadi angkara mereka ini seperti nila setitk maka rosak susu sebelanga, seekor kerbau membawa lumpur maka habis terpalit kesemua kerbau. Maka yang menanggungnya adalah siasah yeng tercemar samada PAS ataupun PKR. Rakyat terbanyak tidak tau bagaimana Pentadbiran kerajaan negeri PR memerintah dengan berintegriti dan telus serta sifar rasuah kerana tidak dicanangkan oleh media secara umum. Tak keluar di Utusan Melayau dan Berita Hairan mau pun di TV 3suku, disorokkan tetapi yang keluar saban hari adalah krisis yang melanda PR. Jadi rakyat Marhaen seperti saya ingin berpesan kepada pimpinan agar berhati hati lah dalam segala tingkah laku kerana apabila berita ini diulang2 takut mempengaruhi rakyat terbanyak terutamanya yang diatas pagar. Saya tidak mahu menghuraikan kejadian dan kemelut yang melanda PAS. Cuma bilamana TGNA tiba2 menyarankan agar EGM perlu diadakan oleh PAS menyentak juga hati saya agar mengambil tahu serba sedikit apa yang sebenarnya berlaku. Walau pun hal yang berlaku secara umumnya diketahui sejak dulu lagi iaitu UG atau kerajaan Perpaduan PAS-Ameno dibuat dalam senyap tapi bau hamisnya dihidu oleh TGNA. Jadi tiada salahnya TGNA menyarankan EGM tersebut diadakan sehingga satu mesyuarat tergempar AJK PAS pusat diadakan maka telah diketahui umum EGM tidak akan diadakan tetapai diganti dengan seminar PAS. Walau dipihak ahli tidak bersetuju tetapi terpaksalah menerima apa yang diputuskan oleh Keputusan Mesyuarat PAS Pusat. Dalam pemerhatian rakyat marhaen seperti saya merasakan perkara ini tidak akan selesai selagi barah dan nanah tidak dibuang. Hal yang sama akan diulang ulang oleh pencinta UG ini bila akan adanya PRK lagi sehinggalah PRU yang ke 13 nanti. Maka akan kalahlah satu persatu kerusi yang akan ditandingi pada PRK dan kalah secara total pada PRU akan datang. Tetapi ini terpulanglah pada Pimpinan Pas Pusat membuat keputusan setelah mengambil kira JK disiplin Parti menyiasat. Jikalau JK disiplin juga mengatakan tidak bersalah dan Puak2 ini dikekalkan juga maka tunggulah rakyat yang akan mengajar mereka setelah dikianati. Jangan salahkan lagi rakyat jiga tidak memangkah PR dimasa depan. Hati saya cukup tersentuh semasa PRK Bagan Pinang yang lalu apabila melihat TGNA diwaktu makan malam disatu restoran di Teluk Kemang. Beliau makan seorang diri tanpa ditemani oleh walau seoarang pun Pimpinan PAS negeri atau Pusat pada 2 malam terakhir sebelum pengundian. Kalau pun tak mahu mengiktiraf beliau sebagai Menteri Besar Kelantan oleh kerana dalam PRK sekurang kurangnya menemani beliau sebagai Mursyidul Am PAS. Kenapakah beliau dibiarkan kesaorangan tatkala PAS sendiri yang bertanding. Dimanakah Tim Presiden atau PJ Pas Negeri. Kita tau PJ PAS N9 yang bertanding tetapi dimana PJ PAS begeri yang berjiran dengan N9. Sahlah mereka ini tidak turun berkempen sama. Cuma mereka ini sedang menghuru harakan keadaan ketika mau berperang. Jadi fikir2kan lah sendiri bhai....... Mengenai PKR pula saya tersentak juga bila tiba2 tiada angin dan ribut melanda Dato' Zaid Ibrahim mengumumkan ingin bercuti selama 6 bulan dari jawatan Kepimpinan Pusat. Cuma saya tabik spring kepada Dato'Zaid ni kerana cepat memberi alasan mau merangka strategi untuk mengukuhkan PR. Mau menumpukan kerja untuk Konvensyen PR bulan disember ini.Kemudian dikejutkan perletakan jawatan Datok Jeffry Kitingan dan Cristina Liew dalam Pimpinan PKR Pusat.Walau pun azalinya setiap perletakan jawatan oleh pimpinan tidak akan menjejaskan parti tetapi persepsi PKR dikaca mata rakyat akan tercalar juga. Mutakhir ini 1Malaysia dikejutkan lompatan katak pepuru Port Klang yang menyatakan keluar PR dan menjadi bebas tetapi menyokong UBN. Rakyat dihidangkan dengan irama yang sama iaitu menjadi bebas dan menyokong UBN sama seperti katak2 PKR yang lain. Dah 4 katak yang diternak PKR melompat keluar kolam. Behrang, Cangkat Jering, Lunas dan terakhir Pelabuhan Klang. Mungkin makan tak cukup kot. Duduk dalam PR dok makan kang kong aje sekali sekali nak la makan dedak yang berprotin tinggi.....hampeh btoi. Sebenarnya katak pelabuhan Klang ni dah lama nak melompat keluaq. Cadangnya sebelum hari raya aidil fitri yang lalu tetapi oleh kerana tak ada habuan diperolehi dari Khir Toyo maka diposponkan sehinggalah dijanjikan oleh Ketua 1Malaysia. Adalah bodohnya beliau memberi alasan kononnya kes Liwat DSAI menyebabkan beliau kelauq. Bak kata Ezam Mat Noor dulu tunjukkan 1 orang padanya yang masuk Ameno ikhlas kalau tak dijanjikan FULUSSSS....akhirnya dengan dia2 sekali melompat masuk Ameno. Sahihlah pasal FULUS. Cerita pasal katak2 ni tak payah lah mendesak barua2 ni meletak jawatan. Buat kering kerongkong aje.Depa akan buat selamba berok aje kerana ada tunjang kuat dibelakang mereka. Pimpinan kena terus membuat kerja tanpa menoleh kebelakang lagi. Jangan dilayan berok2 mak yeh ni. Salah sendiri juga. Rakyat marhaen dah membuat lapuran dan aduan awai2 lagi tetapi pimpinan buat dek aje. Lambat tindakannya. Sepatutnya dipecat atau diwar war awai lagi. Katak2 ni memanglah prestasi mereka menjunam bila mana diberi amanah. Juak2 dan pecacai mereka dah bergerak sejak mula. Banyak pembongkaran dibuat tapi hampas, Juak2 broker ni tidak disingkirkan dan masih memegang jawatan terutamanya sebagai ahli2 majlis di Dun masing2. Tak ada satu tindakan yang diambil oleh Pimpinan PKR Negeri, Surat pemecatan tidak dibuat atau lambat dibuat sehingga sekarang, Puak2 ni elaun dan crown diambil selamba je. Buat muka tak malu. Secara tak lansung rakyat melihat betapa lemahnya Kerajaan PR bila memerintah. Hal dalaman sendiri pun tak boleh selesai macammna nak diharapkan untuk memerintah Negara.Lagi senang kuasa asing akan menjajah negara kata PM 1 Malaysia menaburkan propagandanya kepada Rakyat Malaysia.Lambat laun rakyat akan terpengaruh apabila rakyat ditaburkan dengan gula2 dan madu dari UBN. La ni PM 1Malaysia bila berbicara ibarat orang tua2 kata 'burung tengah terbang dah dipipiskan lada'. Terpengaruh sungguh rakyat terutamanya sang makcik2 dan nenek2 saluran 1 bila mendengarkannya. Menitik air liuq mereka. Mereka ini tidak tercabar lansung dengan penyelewengan PKFZ yang negara kerugian berbilian ringgit wang rakyat. Mereka tidak teruja dengan kenaikan harga minyak, Mereka buat dek dengan kematian Teoh Beng Hock. Mereka juga digelapkan dengan cerita rasuah dan salah laku pepimpin UBN. Yang depa perihatin apabila diceritakan memang DSAI meliwat si saifool tu. Hak tu depa percaya sungguh2........Akhir kalam rakyat marhaen seperti saya ingin menyedarkan Pimpinan PR agar jaga dari lena, bak kata pepatah Cina Tidur yang Panjang Akan memberi Mimpi yang bermacam2. Dalam waktu yang ada maka gerakkan lah semua Adun2 dan AP PR yang telah diberikan amanah oleh penyokong dan pendokong agar menjalankan amanah yang telah diberikan secara bijaksana dan sentiasa turun dilapangan berjumpa penduduk,Jangan hanya mengwaw warkan secara tulus mulus didalam blog masing2 seolah olah mereka membuat kerja dan menyelesaikan masalah rakyat pada hal mereka berada kononnya di Dubai, di Indonesia lah dan bermacam2 negara atas dan bawah angin,Akhir sekali penduduk setempat makan asap. Pejabat khidmat Parlimen pun tak ada tapi bila rakyat bising pasai susah nak jumpa,dia p la sewa rumah kedai buat pejabat tapi semedang aje berkunci sapa pun tak ada. Last sekali pengundi terpaksa cakap dan pesan pada pintu pejabat aje la.......Tetapi kalau dah tak upaya mmemberikan perkhidmatan yang terbaik eloklah meletak kan jawatan sahaja. Tak payah ditekan dan tak payahla nak melompat parti. Letaklah jawatan secara ikhlas dan rakyat akan menyanjung tinggi jika berbuat begini. Akan dikenang sehingga akhir hayat. Tak akan terima cacian dan sumpah seranah dari pengundi, percayalah orang yang kianat akan menerima khifarah dan tulahan suatu hari nanti.Hanya masa yang akan menentukannya.Buatlah yang terbaik semasa pengharapan rakyat masih lagi memihak kepada PR.

Wallahualam.........
sumber: kedahlanie