Spekulasi ini mula belegar di kalangan ramai berdasarkan perkembangan yang berlaku. Dr. Asri diajak ( disuruh kata Ustaz Harun Taib) dalam satu pertemuan di rumah beliau di Kuala Lumpur. Isu JAIS menyebabkan tak pasal-pasal saham Dr. Asri melambung. Isu saman menyaman menyebabkan indeks saham beliau terus naik mendadak. Semasa seminar yang saya hadiri di Palace Of The Golden Horses kelmarin, slot Dr. Asri audien sampai terpaksa berdiri dan melimpah keluar dewan. Andainya Dr. Asri ditakadirkan menyertai Pas dalam tempoh terdekat sudah pasti ia memberi pukulan maut kepada Umno@BN dengan populariti beliau sekarang. Sekaligus memberi momentum dan kekuatan kepada Pas sekarang yang berhadapan dengan situasi yang berlaku dalam kepimpinan Pas yang didakwa oleh pihak di luar Pas. Sekaligus memberi tonik terbaik kepada Pas setelah tewas di pilihanraya kecil Bagan Pinang. Begitu juga kepada Profesor Dr. Aziz Bari yang kebelakangan ini begitu 'celupar' mengkritik kepimpinan Pas. Beliau sebelum ini dilihat pro Pakatan Rakyat terutama dalam menyentuh isu-isu berkaitan dengan undang-undang dan pelembagaan. Maka tulisan dan ulasan beliau dijadikan 'fatwa dan hujah' Pakatan Rakyat untuk berhadapan dengan isu penyelewengan undang-undang khususnya dalam krisis yang dicipta Umno@BN di Perak. Andainya Dr. Aziz menyertai Umno@BN ia pastinya akan memberi kekuatan kepada Umno@BN yang sekarang sedang berhadapan pelbagai krisis kronik sama ada dalam Umno sendiri atau melibatkan komponen mereka dalam BN khususnya MCA,MIC dan Gerakan. Bagi saya kepada pimpinan dan penyokong Pas agar tak payahlah fikir spekulasi ini. Pas perlu bina kekuatan dari dalam bukannya mengharap orang luar memantapkan perjuangan Pas. Jika berlaku, anggaplah ia sebagai bonus dan bukan faktor penentu kepada kemenangan dan kemantapan jemaah. Berkaitan dengan keceluparan Dr. Aziz Bari dan kemungkinan menyertai Umno biarkanlah, Pas hari ini melangkah dan berdiri gagah kerana iltizam, keikhlasan dan pengorbanan pimpinan dan semua lapisan dalam Pas sehingga Pas begitu digeruni dan dicemburi pada hari ini. Seperti saya sebutkan sebelum ini individu boleh datang dan pergi. Mereka yang hidup akan menempuh saat mati tetapi perjuangan meneruskan kesinambungan dakwah yang dibawa oleh Nabi SAW perlu diteruskan. Berundur tidak sama sekali!
SUMBER: angkasanuri at 11/07/2009
aku tk fikir Dr Aziz Bari akn mnyertai UMNO. cuma andaian dangkal. bagiku apa yg Dr Aziz Bari ulas memang tepat & demi kebaikan PAS sndiri. Pmimpin2 PAS bukannya maksum sampai tak boleh dikritik. ulasannya mengenai Hasan Ali, Ust Nasa & yg tbaru ttg Ust hadi yg jadi pak Lah versi PAS mmg betul & kena pd masanya. takkan kena kritik sikit dh hukum Dr Aziz Bari pro UMNO. Nampak sangat blogger bkenaan bfikiran sempit & emosi tk bertempat. dulu ramai ustaz & org PAS yg kutuk Dr Asri kononnya tak tau politik & keluar hukum ssuka hati hanya kerana pendapatnya tidak sealiran dgn kehendak PAS. sekarng mereka yg melompat suka bila ada ura2 Dr Asri nk masuk PAS. dulu jugak mereka sanjung Mufti perak krana berani keluar hukum ttg Jom Heboh & mcm2 lagi yg jelas melanggar hukum islam tapi sekarang mereka kutuk Harusani kerana pendapatnya yg tidak kena dengan selera PAS. spatutnya kita bfikiran tbuka dan berhujah bdasarkan ilmu bukan emosi & semangat parti. bagi aku Dr Asri & Harusani adalah ulamak yg berfikiran tbuka, mengeluarkan hukum blandaskan nas (bukan kerana Kpartian) berani & prihatin dgn isu2 smasa jika dibandingkan dgn ulamak2 authoriti yg lain. Dr Asri sndiri sorg reformis yg brani berhujah ttg ssuatu hukum yg sstengahnya tidak sealiran dgn tabiin & ulama2 salaf & khalaf yg kita warisi. dia ibarat Ibni Taimiyyah yg berani mbuka pintu ijtihad setelah 200 tahun tertutup & tidak taqlid kpd ssuatu hukum scara mbuta tuli. wallahualam
ReplyDelete