Followers

Wednesday, September 30, 2015

Tempatkan Anwar di hospital, dia bukan nak lari, kata DS Wan Azizah


Tempatkan Anwar di hospital, dia bukan nak lari, kata Wan AzizahMendedahkan tahap kesihatan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang makin buruk, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menggesa Kementerian Kesihatan menempatkan ketua umum PKR itu di hospital bagi rawatan yang lebih kerap, terutamanya fisioterapi di bahu kanannya.

Beliau berkata, sekiranya suaminya itu diletakkan di hospital, ia bukan sahaja memudahkan pakar perubatan malah menjimatkan masa mereka, sambil menambah, Anwar bukannya hendak melarikan diri ke mana-mana.

"Permintaan rawatan Anwar paling mudah untuk diluluskan dan rawatan bukan berkos tinggi. Lebih baik Anwar dibawa ke hospital akan memudahkan."Sejam boleh buat (rawatan) Anwar dan selepas itu pesakit yang lain. Bukan kita menafikan rawatan pesakit lain. Takkan dia (Anwar) hendak lari," kata Dr Wan Azizah pada sidang media di pejabat PKR, Petaling Jaya hari ini.

Justeru, ketua pembangkang itu bersama barisan pimpinan Pakatan Harapan yang lain, hari ini menggesa Anwar dimasukkan ke hospital pada kadar segera untuk rawatan fisioterapi yang lebih berkesan.

"Rawatan fisioterapi dan rejim perubatan konservatif perlu untuk mengurangkan kesakitan dan mengelak kesan lebih teruk pada jangka masa panjang, sambil beliau menunggu rawatan pembedahan yang sesuai," kata Dr Wan Azizah yang juga presiden PKR.

aa

Katanya, jika Anwar tidak ditempatkan di hospital lengkap, bekas ketua pembangkang itu perlu diberi fisioterapi 3 kali seminggu untuk rawatan intensif sementara menunggu pembedahan.

"Ini sama seperti rawatan fisioterapi yang dibuat sewaktu pemenjaraan pertama dahulu," kata Dr Wan Azizah yang mempersoalkan kenapa Anwar kali ini tidak menerima rawatan sama seperti ketika dipenjarakan pada 1999 hingga 2004 dahulu.

Beliau turut mendesak Datuk Dr S Jeyaindran, yang mengetuai 13 doktor bertugas merawat Anwar yang ketika ini menjalani hukuman penjara 5 tahun di Penjara Sungai Buloh sejak Februari lalu, supaya memudahkan proses rawatan.

"Bantu kami memudahcara proses untuk memastikan Anwar mendapat rawatan yang secukupnya pada kadar segera," kata Dr Wan Azizah.Katanya, selagi tidak mendapatkan rawatan fisioterapi yang berkesan, pembedahan Anwar tidak akan dapat dijalankan dan akan terus tertangguh. – TMI


Putrajaya bertindak BERLEBIHAN panggil duta China, kata Dr M


Putrajaya bertindak BERLEBIHAN panggil duta China, kata Dr MPutrajaya bertindak berlebihan apabila memanggil Duta China ke Malaysia, Dr Huang Huikang, berhubung kenyataan yang dibuat beliau mengenai perkauman di Jalan Petaling, Jumaat lalu, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Katanya, Huang cuma mengulas soalan yang diajukan kepadanya mengenai "perhimpunan baju merah" yang dirancang diadakan di kawasan yang juga dikenali sebagai Chinatown itu pada Sabtu lalu tetapi kemudiannya dibatalkan.

"Saya rasa kerajaan bertindak berlebihan dalam perkara ini. Beliau pergi ke sana dan sudah tentu ada orang yang mungkin akan bertanya kepadanya, jadi beliau terpaksa jawab.

"Saya fikir hubungan antara China dan Malaysia adalah jauh lebih besar daripada sekadar kata-kata duta itu yang prihatin tentang isu perkauman yang sebenarnya digalakkan oleh kerajaan," kata Dr Mahathir kepada media selepas melancarkan Projek Pembelajaran Online Human Life Advancement Foundation (HLAF) di Kuala Lumpur, hari ini.

Huang mencetuskan kontroversi apabila melawat Chinatown, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas, di mana beliau dilaporkan berkata, Beijing menentang keganasan, pelampau dan sebarang bentuk diskriminasi berasaskan kaum. – TMI


Azalina: Sebelum ini ada usul undi tak percaya


YB DATO SERI AZALINA OTHMAN

Usul undi tidak percaya terhadap perdana menteri boleh dikemukakan walaupun tiada peruntukan khusus dalam peraturan mesyuarat mengenai perkara itu, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Beliau berkata usul undi tak percaya kepada PM pernah dicadangkan oleh Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, terhadap kepimpinan Abdullah Ahmad Badawi pada Jun 2008 mengikut Peraturan Mesyuarat 18(1) dan (2).

Azalina: Sebelum ini ada usul undi tak percaya

Bagaimanapun, Azalina berkata Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia menolak usul itu bawah peraturan 18(7) kerana ia dikemukakan untuk mengambil ketetapan tidak percaya, sedangkan peraturan yang digunakan Wan Azizah adalah untuk merunding. 

"Maka, ini adalah jelas bahawa bukannya usul tidak dibenarkan tetapi ia bercanggah dengan Peraturan Mesyuarat," kata Azalina dalam blognya hari ini.


Kenyataan Azalina itu dibuat selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad semalam yang membidas bagaimana usul undi tak percaya tidak boleh berlaku di Malaysia speaker akan menyekatnya.

Menulis dalam blognya, Dr Mahahtir mendakwa sebelum ini tidak pernah ada undi tidak percaya terhadap perdana menteri di Dewan Rakyat disebabkan tiada pemimpin yang seteruk Datuk Seri Najib Razak.-Mkini

 

60 orang Asli di Pahang sertai DAP


IMG-20150927-WA093
MENTAKAB 30 SEPT: Selepas ramai personaliti terkenal menyertai DAP sejak beberapa bulan lalu, sekumpulan 60 orang Asli pelbagai lapisan usia di sini, turut berbuat demikian di Bukit Bendera Resort di sini, baru-baru ini.

Pengerusi DAP Pahang, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji, berkata mereka dari Kampung Orang Asli Lubuk Perah menyerahkan borang penyertaan pada majlis yang dirasmikan Pemangku Pengerusi DAP Kebangsaan, Tan Kok Wai, 27 September lalu.

IMG-20150927-WA096 

“Penyertaan mereka ke DAP yang diketuai Tok Batin, Hajemi Din dan ketua kumpulan, Rusman Abu adalah pertama kali di Pahang. Mereka masuk secara sukarela berikutan keyakinan mereka kepada perjuangan parti ini.

“Apatah lagi, DAP sebelum ini banyak membantu dalam isu pencerobohan tanah di Bera dan pemusnahan tanaman berikutan sikap tidak bertoleransi Kerajaan Pahang,” kata Adun entakab itu kepada RoketKini.

Sekalipun dilempar pelbagai fitnah, DAP menjadi parti pilihan ramai termasuk Pakar Perlembagaan, Aziz Bari; Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said; bekas pemimpin Pemuda PAS Johor, Sheikh Omar Ali dan aktivis reformasi, Norazimah Mohamad Nor.

Selain orang Asal, Tengku Zulpuri berkata seramai 40 penduduk sekitar Kuantan dan Temerloh berketurunan Melayu berusia antara 30 hingga 40 tahun turut mengisytihar menyertai DAP.

Hadir sama ialah Adun Semantan, Syed Hamid Syed Mohamed; Timbalan Pengerusi PKR Pahang, Ahmad Nizam Hamid dan Ketua Cabang PKR Temerloh, Jamil Yaakob.

Program itu diadakan bersekali dengan acara Pasca Banjir: Penyampaian Sijil Penghargaan Kepada Sukarelawan dan Sukarelawati. – 


Roketkini.com

Ambiga anggap derma RM2.6 bilion pengakuan campur tangan kerajaan asing OLEH KC NAZARI


Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan bercakap pada forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 30 September, 2015.
 Presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) Datuk Ambiga Sreenevasan bercakap pada forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim. 
 
 
 
 
 
Aktivis hak asasi manusia Datuk Ambiga Sreenevasan menganggap kenyataan kerajaan berkenaan wang RM2.6 bilion dalam akaun peribadi perdana menteri sebagai satu pembohongan yang menjerumuskan kerajaan ke dalam masalah lebih besar.

Penafian kerajaan yang ia bukan satu rasuah sebaliknya merupakan derma dari Timur Tengah ibarat satu pengakuan ia satu campur tangan dalam sistem pilihan raya Malaysia, kata presiden Persatuan Hak Asasi Manusia (Hakam) itu.

"Adakah mereka tahu apa yang mereka lakukan?

"Mereka sebenarnya menyatakan yang mereka membenarkan kerajaan asing dalam pilihan raya kita. 
 
"Bukankah ini tidak masuk akal? Mereka tidak sedar pembohongan itu tidak mengeluarkan mereka daripada masalah tetapi ia menjerumuskan mereka ke dalam lebih banyak masalah," katanya pada forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi.

Bekas presiden Majlis Peguam itu berkata, jemaah menteri yang lain sepatutnya menggesa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengosongkan jawatan menteri kewangan sehingga kontroversi wang dalam akaun peribadinya itu dijelaskan dengan sempurna.

"Sekurang-kurangnya saya mengharapkan Kabinet yang bertanggungjawab akan menggesa beliau mengosongkan jawatannya buat sementara waktu," katanya.

Najib sebelum ini mengancam menyaman akhbar The Wall Street Journal yang mendedahkan kemasukan wang sebanyak RM2.6 bilion ke dalam akaun peribadi beliau pada Mac 2013.

Beliau bagaimanapun tidak meneruskan hasrat itu selepas mendakwa wang itu merupakan "derma" pilihan raya dari Timur Tengah.

Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan turut hadir pada forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 30 September, 2015. Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan turut hadir pada forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim.
Seorang lagi ahli panel forum, Ketua Pengarang Kumpulan Malaysiakini Steven Gan berkata pendanaan politik bagi membiayai pilihan raya sebagai punca utama kepada masalah rasuah dalam pentadbiran negara. 
 
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua turut menjadi ahli panel dalam forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim, 30 September, 2015.
"Pembiayaan politik adalah ibu kepada semua rasuah. Hakikat yang parti politik perlu meraih sebegitu banyak wang bagi memenangi pilihan raya dan kekal berkuasa punca segala rasuah.

"Kita tidak akan mampu menangani masalah rasuah yang membelenggu kita hari ini selagi kita tidak menyelesaikan masalah pembiayaan politik ini," katanya.
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua turut menjadi ahli panel dalam forum 1MDB: Will Najib or Malaysia Survive di Petaling Jaya, malam tadi. – Gambar The Malaysian Insider oleh Ahmad Muslim. Sementara itu, pemimpin DAP Tony Pua yang turut menjadi ahli panel, membidas kenyataan Najib yang dakwanya sentiasa meminta masa selama 6 bulan bagi menyelesaikan masalah membelenggu dana sarat hutang 1Malaysia Development Berhad (1MDB). 
 
Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu berkata, masalah berkenaan tidak akan mampu diselesaikan dalam jangka masa terdekat kerana 'lubang' hutang 1MDB sudah terlalu besar untuk ditutup.

"Dia minta tempoh 6 bulan pada Januari, dan memintanya semula pada Mac, Jun dan sekali lagi minta tempoh 6 bulan pada September.

"Dia akan terus minta 6 bulan kerana lubang (hutang) kini terlalu besar untuk dikambus," katanya. 

Forum malam tadi dikendalikan bekas ahli Parlimen Temerloh Datuk Saifuddin Abdullah dan turut menampilkan Ketua Pegawai Eksekutif The Malaysian Insider Jahabar Sadiq dan profesor ekonomi Universiti Malaya Terence Gomez sebagai ahli panel.



Khalwat: Putri Mardiana Kena Waran Tangkap ... Posted by Ibnu Hasyim




Siakap kedah gelama ikan jelawat, 
Sikap dedah lama-lam tangkap khalwat..



HALAMAN HIBURAN
KUALA LUMPUR – Mah­kamah Rendah Syariah Gombak Timur dekat sini semalam mengeluarkan satu lagi waran tangkap oleh polis terhadap pelakon, Putri Mardiana dan teman lelakinya, Shahrizam Abdullah yang masih berdegil untuk menghadiri sebutan kes khalwat mereka.
Hakim Syarie Shaiful Azli Jamaludin membuat keputusan tersebut selepas Pendakwa Syarie, Mohamad Saufi Mastor Lani daripada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya masih gagal menerima sebarang laporan daripada penguat kuasa yang bertanggungjawab melaksanakan waran tangkap sebelum ini.
“Mahkamah bersetuju menge­luarkan waran tangkap kepada polis selepas kedua-dua tertuduh gagal dikesan serta tidak hadir pada prosiding hari ini (semalam),” jelas Shaiful Azli semasa membuat keputusan.
Mahkamah kemudian menetapkan 17 November ini sebagai tarikh sebutan semula kes tersebut.

 

Ketika sebutan pertama yang dibacakan pada 23 Jun lalu, Putri Mardiana atau nama penuhnya Putri Mardiana Zainal Abidin, 34, dan Shahrizam, 31, mengaku tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah rumah beralamat di C-05-08, Jalan UP 1/1D, Ukay Perdana Hulu Klang pada pukul 3.03 pagi 14 Disember 2014.
Mereka didakwa di bawah Seksyen 29(1)(a) dan (b) Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang boleh dihukum denda sehingga RM3,000, penjara atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan. (IH)

BERAPA KALI MAU BOHONG !!... Nak sedapkan hati rakyat dikatanya ringgit jatuh hanyalah sementara..


TETAPI setiap kali kamu kata sedemikian TERBUKTI RINGGIT TERUS JATUH BERTERUSAN HINGGA KINI RM4.53 berbanding US$1.

Ini sebahagian kenyataan pengampu KERAjaan yg dpt Admin senaraikan.. Antara lain spt dari kenyataan dari; -

Kata pakar Pong Teng Siew (Ketua Penyelidik Inter-Pacific Research S/B).. "Kelembapan ringgit hanya sementara" -12/8/2015. -

Kata Pengerusi Bank Pembangunan Malaysia Berhad, BPMB..


"Kejatuhan ringgit bersifat sementara" -9/5/2015.


Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

Tun Mahathir Naik Angin ?

Hahaa.......bila datang soal duit dan kedudukan wala' pun diketepikan! ??


Iskandar: Itu pandangan peribadi ketua Dewan Ulama Shakira Buang Hari ini,

Kenyataan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Dr Mahfodz Mohamed bahawa parti itu mempertimbang keluar daripada kerajaan Selangor dikatakan hanya pandangan peribadi.

Sebaliknya, Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Iskandar Abdul Samad menegaskan mereka akan terus kekal dalam kerajaan pimpinan menteri besar PKR itu, walaupun selepas Pakatan Harapan dibentuk.

“Itu pandangan peribadi, bukan pandangan PAS Selangor.

Malah PAS Pusat bersetuju kita terus bersama di dalam kerajaan negeri Selangor.

“Kami di Selangor telah diarah untuk terus bersama dalam kerajaan,” kata Iskandar yang juga naib presiden PAS kepada Malaysiakini.

ADUN Cempaka itu mengingatkan bahawa YAB Menteri Besar Mohamed Azmin Ali sendiri menegaskan Pakatan Harapan tiada kena mengena dengan kerajaan negeri Selangor.

“Pakatan Harapan adalah strategi politik untuk menghadapi PRU14,” kata Iskandar. “Negeri Selangor dirampas bersama dari BN oleh PAS, PKR dan DAP bukan Pakatan Harapan,” tegas Iskandar lagi.

Utusan Malaysia hari ini melaporkan Mahfodz sebagai berkata, PAS akan mempertimbangkan keputusan keluar daripada Selangor berikutan pembentukan Pakatan Harapan tanpa PAS.

“PAS tidak akan ada perhubungan lagi de­ngan DAP.

Kita akan bawa berbincang mengenai perkara ini (keluar dari Selangor) dalam jawatankuasa politik PAS dalam masa terdekat.

“Pakatan pembangkang yang baharu masih baharu dan secara realitinya, PAS masih berada dalam pakatan kerajaan di Selangor sehinggalah pilihan raya umum akan datang,” Mahfodz dipetik sebagai berkata.

Dalam gabungan baru itu, PKR dan DAP menerima Parti Amanah Negara (AMANAH), serpihan PAS, sebagai sekutu baru.



Posted by mountdweller.

Pelajar kantoi ragut waktu cuti sekolah Posted by Kita Bantai

Pelajar kantoi ragut wanita
Kuantan: Dua pelajar lelaki yang mengambil kesempatan cuti sekolah akibat jerebu dengan melakukan jenayah ragut akhirnya tumpas apabila ditahan polis dalam operasi khas di dua lokasi berasingan di bandar ini, kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 12 tengah hari itu, suspek yang masing-masing berusia 15 dan 17 tahun ditahan di rumah mereka di Lorong Sungai Isap dan Kampung Kurnia, di sini, selepas polis memperoleh maklumat berhubung kegiatan ragut dilakukan remaja terbabit.

Pelajar kantoi ragut wanita
Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan Superintendan Abdul Aziz Ahmad berkata, dua suspek terbabit sebelum itu meragut beg tangan seorang wanita berusia 22 tahun dalam kejadian di bandar ini hingga menyebabkan mangsa kerugian lebih RM200.

“Mangsa memaklumkan kejadian itu kepada bapanya sebelum mereka terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuantan, di sini.HM

Lelaki Dakwa Dipukul Guna 'Hanger' Kerana Selimut, Sering Disembur Racun Serangga Oleh Isteri


Seorang lelaki kurang upaya (OKU) yang bisu dan pekak mendakwa dirinya dipukul oleh isterinya menggunakan penyangkut baju plastik oleh bekas isteri dilengan dan bahu selepas mereka bergaduh kerana selimut di rumah mereka di Bandar Baru Kubang Kerian, 5 Nov lalu.

Lelaki terbabit, Mohd Bazely Mohamed Amin, 28, yang pekak dan bisu sejak lahir memberi keterangan menggunakan bahasa isyarat di Mahkamah Majistret dibantu oleh jurubahasa yang kemudian menterjemah bahasa isyarat oleh beliau.

Selain dari dipukul dengan penyangkut baju, Bazely juga turut mendakwa dia disembur dengan penyembur serangga oleh bekas isterinya, Noor Ashiqin Azmi, 25, sebelum dia bertindak pergi ke rumah ibunya di Bachok.

“Dalam kejadian itu, saya bergaduh dengan isteri kerana dia mahu selimut.

“Isteri kemudian mengambil penyangkut baju plastik dan terus memukul lengan dan bahu saya,” katanya memetik laporanmyMetro.

Bazeley dan Ashiqin kini sudah bercerai selepas dua bulan berkahwin.


Ketika disoal oleh Timbalan Pendakwa Raya, Mohd Syahrun Nizam Mohd Misan, adakah dia pernah dipukul oleh Ashiqin sebelum ini, Mohd Bazely berkata ini adalah kali pertama.

“Bagaimanapun, sebelum kejadian itu, dia sering menyembur penyembur serangga termasuk ketika saya berada di dalam bilik air,” katanya.

Ketika Bazely disoal oleh peguam bela, Mohd Faizal Hazim Abdul Rahman yang mewakili Ashiqin berhubung dakwaan adakah beliau pernah mengasari isterinya termasuk menolak sehingga keguguran, Mohd Bazely menafikan perkara itu.

“Saya tidak pernah menolaknya.

“Setahu saya dia tidak mengandung dan saya pun tidak tahu dia mengandung,” katanya.

Mohd Bazely bagaimanapun mengaku dia menghidap penyakit sawan namun ia berlaku sebelum kejadian dia dicederakan oleh bekas isterinya itu.

Perbicaraan di hadapan Majistret Mohamad Nasrudin Mohamed  bersambung 24 November ini. - hmetro


Senarai Penuh Kerosakan Yang Dibawa Oleh Kerajaan BN Pimpinan Dr. Mahathir Selama 22 Tahun ?





Senarai sebahagian dari pembaziran dan kerugian wang rakyat yang disonglap dibawah regim Mahathir
Berikut ialah petikan sebuah laman zaman "reformasi' mengenai regim dibawah Mahathir.

PEMBAZIRAN DAN KERUGIAN

1. Beria-ia kempen ke seluruh negara menyeru rakyat berhemah ketika berbelanja, beli barangan buatan Malaysia, amalkan sikap menabung, beli yang perlu saja dan suruh rakyat menderma untuk dana negara. 
Tapi dia sendiri yang membazir ratusan juta ringgit untuk mahligai di Putrajaya baginya bersemayam, jet mewah Global Express untuknya bergerak dan segala serba aneka kemewahan yang tak terfikirkan oleh rakyat jelata. 
Sedangkan masih ada 400,000 kakitangan awam pangkat rendah (kebanyakan Melayu) belum punya rumah sendiri. 
Samy Vellu pula belanjakan RM1 juta hanya untuk kahwinkan anaknya S.Vellu Paari dan Shaila Nair di sebuah hotel terkemuka.

2. Mahathir mengutamakan projek mega yang menelan belanja besar hingga mencecah angka RM 150 bilion. Antara projek-projek membazir yang muncul bawah pemerintahan Mahathir, samada secara awam atau penswastaan:

Multimedia Super Corridor (MSC): RM2.0 bilion
. Hingga kini MSC masih gagal menarik usahawan tempatan dek kerana infrastruktur MSC yang mega-besar telah menjadi terlalu mahal dan sukar dihampiri.

Istana/Mahligai PM: RM200 juta yang hanya mahu dihuni oleh ‘2 orang tua’. Mahathir enggan mengakui kos berkenaan, mati-mati beliau mencanangkan bahawa belanjanya hanya sekitar RM16juta sahaja. 
Akhirnya, terbongkar juga bila firma arkitek yang merekabentuk mahligai itu mendedahkan kos bina bangunan sahaja dah cecah RM110.6 juta. Kuat auta betul PM kitani.

Jet peribadi PM (Global Express): RM200 juta. Pesawat TUDM yang usang terhempas tak apa, pasal nak beli baru duit tak ada. Wira negara terkorban tak ada hal, asalkan jangan wira dunia ketiga yang jalan. 
Sehingga 30 Sept 01, kos operasi jet eksekutif ini menelan belanja RM4.8 juta [TUDM], manakala kos penyelenggaraan RM5.3 juta [Airod S/B].

Istana Budaya, Jln Tun Razak, KL: RM210 juta. Tapi sayang, bila ia siap keutamaan diberikan kepada pementasan yang berunsurkan budaya asing, muzik asing dan orang asing. 
Budaya tempatan dipinggirkan dengan pelbagai alasan [Mingguan Malaysia, 24 Feb 2002].

Kompleks Sukan Bukit Jalil: RM1.5 bilion

Sukom: RM330juta (boleh bina kompleks sukan yang besar tetapi tak mampu uruskan bekalan air di Lembah Kelang hingga terpaksa dicatu; memalukan!!) 
Kenyataan dariKementerian Belia dan Sukan di sidang parlimen (Ogos 1999) Sukom mengalami kerugian RM10,642,844.00 dan hutang belum selesai RM17,545,052.00

· Replika keris gergasi: RM9 juta
· Projek Bakun: RM13.4 bilion
· Pusat Pentadbiran Putrajaya: RM5.2 bilion
· Program Jaya MSN: RM160 juta
· Velodrom Cheras: RM9 juta


KLIA, Sepang: RM10.5 bilion (tak termasuk kerugian airport Subang yang ditinggalkan untuk penerbangan domestik). 
Dan kini KLIA mula menerima pengurangan persinggahan penerbangan asing dan jumlah penumpang. 4 syarikat penerbangan menghentikan jadual persinggahan KLIA [All Nippon Airways, British Airways, Ansett, Qantas dan Lufthansa].

· KLCC (Menara Kembar Petronas): RM4.56 bilion. Tapak tanah KLCC ialah bekas tapak lumba kuda. 
Mahathir memberi arahan kawasan tersebut ditutup dan dijual kepada Ananda Krishnan. Beliau perolehi keuntungan RM100 juta bila menjual semula tanah tersebut kepada Petronas dan turut memegang ekuiti KLCC.

Litar Formula 1, Sepang: RM286 juta

Gelanggang Lumba Kuda Tambalang, Tuaran (1983): RM40 juta, kini terbiar begitu saja

· Projek elektronik MECCity di Pahang lingkup dengan kerajaan negeri berhutang dengan bank sebanyak RM2 bilion.

· Projek saluran air menghubungkan Sg Besar Air Hitam, Sg Dua ke loji penapisan air Merbau Kudung, Tasek Gelugor, P. Pinang yang bernilai RM44 juta terbengkalai.

3. Membazir duit berjuta-juta untuk mengadakan perhimpunan besar-besaran; samada menyambut kemerdekaan atau tujuan politik mereka. 
Sambutan hari Merdeka baru-baru ini (di seluruh negara) saja dianggarkan, RM100 juta. 
Untuk pertunjukan laser di KLCC saja melibatkan belanja RM10 juta. Bayangkan pula perhimpunan paksaan BN (Mahathir) berapa banyak belanja digunakan, kos pengangkutan, kos makanan (Seremban), kos stadium, kos promosi dll kos.

4. Pengurusan yang tidak cekap, kerja sambil lewa, tidak amanah, ketamakan dan keegoan mereka selalunya membabitkan pembaziran wang rakyat dan kerugian yang amat besar.

Antaranya:
 
Kementerian Pelancongan & Kebudayaan membayar USD150,000 (RM570,000) untuk iklan melawat Malaysia di majalah Time (11 Feb 02). Di masa yang sama majalah berkenaan memburukkan Malaysia sebagai sarang pengganas.

· Wakil rakyat BN boleh membuat tuntutan palsu dari kerajaan negeri. Sepertimana laporan BPR oleh wakil rakyat DAP Melaka ke atas KM dan 18 lagi rakannya yang melibatkan wang sejumlah RM168,099. 
Tuntutan berkenaan banyak melibatkan kerja-kerja parti (BN) dan bukannya untuk kemaslahatan rakyat (Harakah 1 Jun 01).

Pantang berkuasa atau menang dalam pilihanraya, langkah pertama mereka kesemuanya untuk diri dan keluarga sendiri. 
Beli kereta besar, bina rumah besar dan paling tidak repair rumah yang nak diduduki dengan kos yang tak terjangkau oleh kita iaitu RM5 juta seperti apa yang dibuat oleh Tok Uban Selangor.

· MPPJ bertindak keras ke atas Mines Resort kerana tak bayar cukai RM9 juta. Dua banglo Mahathir di Country Height dan Mines Resort dikendalikan oleh syarikat Lim Kim Yew (kroni beliau). Sebab itu Timb Menteri Perumahan, Kayvies melompat dan membantah tindakan MPPJ.

· Kelemahan pengurusan Perbadanan Johor (PKENJ) menyebabkan berterusan mengalami kerugian semenjak 1997. Badan itu menghadapi krisis beban hutang berjumlah RM5.4 bilion.PKNP (Pahang) pula berhutang RM1.2 bilion.

Hutang kerajaan BN Trengganu sebelum dijatuhkan oleh Pas ialah sebanyak RM731.3 juta. 
BN Kelantan yang memerintah 12 tahun meninggalkan hutang lebih dari RM750 juta. Punyala cekap dia orang memerintah…

· Pernas mencatat kerugian meningkat kepada RM16.39 juta bagi suku tahun pertama berakhir Mac 2001.

· Bangunan Pularek yang dipantau/jaga oleh 10 jurutera rosak teruk setelah disiapkan melibatkan kos baikpulih bernilai jutaan ringgit, biarpun kontraktor yang sama memperbaikinya.

5. BBMB rugi sebanyak RM2.5 bilion melalui skandal BMF/Carrian di Hong Kong (hanya Mahathir dan Kuli tahu angkara siapa).  
Kematian Jalil Ibrahim, yang ditugaskan untuk mengaudit BMF mati dibunuh di sana. 
Rugi lagi RM1.393 bilion pada Mac 1997. Dari laporan audit jawatankuasa siasatan skandal BMF, jelas menunjukkan Fleet Holding syarikat pelaburan Umno mendapat banyak faedah daripada skandal BMF.

6. Maminco (lombong timah) rugi RM620 juta melalui tansaksi jualan bijih di London Metal Exchange.

7. Indah Water Konsortium berhutang sebanyak RM650 juta dan diselamatkan oleh kerajaan.

8. Skandal yang membawa kerugian kepada Bank Negara dalam perjudian tukaran matawang asing, Pound Sterling British.

9. Skandal syarikat Perwaja. DSAI memberitahu di Dewan Rakyat pada 1995:-

a. Kerugian terkumpul Perwaja berjumlah RM2.985 juta.
 
b. Tanggungan jangkapanjang Perwaja (dalam bentuk hutang bank) sebanyak RM6,013 juta dan tanggungan semasa berjumlah RM926 juta

c. Kontrak Perwaja diberi sebelum tender dibuat atau diluluskan, misalnya kontrak tempatan bernilai RM975 juta kepada syarikat-syarikat berkaitan dengan Datuk Kok Mah Shoon dan Ng Kim Lin

d. Bayaran RM76.4 juta telah dibayar kepada NKK Corp. melalui Frilsham Enterprise Inc. di Hong Kong yang didapati tidak wujud.

Ini menunjukkan negara kerugian hampir RM10 bilion akibat penyelewengan pengurusan. Dan Perwaja adalah syarikat kerajaan 100%. 1997 & 1998, kerajaan tambah beban lagi dengan meminjamkan Perwaja RM1.6 bilion.

10. Skandal syarikat-syarikat Pendeposit Koperasi.

11. Skandal wang PPRT di Trengganu & Kelantan berjumlah RM36.5 juta .

12. Skandal yang membawa keruntuhan Sime Bank (hampir RM2 bilion). Sime Bank mulanya dikontrol oleh bekas S/U Mahathir, Mohd Noor Yusof sebelum dijual kepada Sime Darby. 
Kemudiannya diambilalih oleh Kumpulan RHB. Apakah nasib bank-bank milik kerajaan terhadap hutang Hottick Investment Incorporation sejumlah RM3.2 bilion.

13. Berapakah keuntungan atau kerugian MAS akhir-akhir ini? Menurut Timb. Menteri Pengangkutan, Ramli Ngah Talib [di dalam persidangan parlimen akhir 2001]; MAS dianggarkan rugi RM750 juta setahun (± RM1 juta sehari). MAS dilaporkan sedang dibebani hutang terkumpul RM9.2 bilion dan kerugian terkumpul sebanyak RM2.5 bilion [The Star, 19 Feb 2002]. 
Siapa yang menanggung semua ini bila MAS kerugian besar. Tajuddin Ramli senang-senang saja diselamatkan dengan pembelian semula saham MAS. 
Mahathir menyalahkan peristiwa 11 Sept 01 (WTC, New York diserang) menjadi punca kerugian besar MAS. Pengurusan yang bangang, pengganas antarabangsa pula jadi kambing hitam. 
Dilaporkan nasi lemak yang disediakan untuk penerbangan MAS kelas pertama berharga RM125 dan mesti dibayar (oleh MAS kepada pembekal) untuk semua 12 tempat duduk samada penuh atau tidak. Wow…?

14. Perbezaan pengurusan balak di Kelantan di antara 5 tahun BN dan PAS memerintah: BN (1985 – 1989: 158,200 hektar = RM167.6 juta) dan PAS (1994 – 1998: 30,451 hektar = RM355.85 juta). Di manakah tahap profesionaliti Umno?

15. Bekalan air untuk rakyat. Krisis bekalan air Lembah Kelang akhir 1997 hingga pertengahan 1998. Air disimpan untuk Sukom (KL 98) dan disebabkan ketidakcekapan pengurusan Puncak Niaga. 
Kualiti air yang dibekalkan tidak begitu diambil berat (bekalan air masin di Dungun, 1998 untuk 10,000 orang pengguna) (Selangor dengan peningkatan harga air malangnya kualiti air menyedihkan). Negara kerugian lebih RM500 juta setahun akibat kegiatan curi air (RM240 juta) dan paip bocor (RM321 juta). 
Yang peliknya kes begini disedari dari tahun 1995, tapi entah atas sebab apa ianya dibiarkan tanpa tindakan. 
Akhirnya apa yang Khir Toyo buat, senang-senangje dia naikkan harga air. Ini menunjukkan dengan jelas ketidakupayaan mereka menguruskan hal-hal yang berkait dengan rakyat. 
Penswastaan Syarikat Air Johor mengalami kerugian RM1.1 bilion membuktikan lagi kelemahan pentadbiran kerajaan BN/Umno.

16. Kepincangan pengurusan ekonomi negara begitu ketara. Lihat saja isu Tabung Haji, bonus yang menurun dari 8% - 9% ke 3.25% untuk tahun 2001 – alasannya disebabkan faktor ekonomi, kehilangan wang penyimpan sejumlah RM9 juta, pelaburan yang tak kena pada tempat dan pelbagai lagi kelemahan yang ketara. 
Pak menteri yang bertanggungjawab hanya mengatakan wang yang hilang tersebut jumlahnya amat kecil. Bangang punya menteri! Apa dia ingat RM9 ke? 
Pembayaran bonus Tabung Haji yang rendah merunsingkan pendeposit. Mereka meminta ianya diuruskan dengan telus dan pelaburan dijalankan dengan tepat. 
Bagi Mahathir, dia hanya tahu menyindir pendeposit dengan menyatakan mereka boleh melabur dalam sistem perbankan lain kalau nak untung banyak. 
Selain untuk bekalan mengerjakan haji, rakyat mempercayai Tabung Haji kerana ketiadaan riba’ dan pelaburan yang halal. Bukannya untung semata-mata. 
Tak cukup dengan itu, kos mengerjakan haji dinaikkan saban tahun dari RM5,770 (1992) ke RM9,445 (2001) dan mungkin akan naik lagi ke angka RM10,000. Dah naik banyak macamtu, baru Pemuda Umno nak berkokok konon (BM 3/3/02). 
Belum pun reda dengan kehilangan wang, lagi diumumkan kehilangan RM200 juta (RM120 juta berjaya diperoleh balik) disebabkan pelaburan berisiko yang dibuat oleh pengurusan TH. Utusan, TV3 dan NST rugi besar tapi boleh beroperasi dengan biasa seolah tiada apa-apa berlaku. 
Utusan (RM23.05 juta), NSTP (RM1.28 bilion) dan TV3 (RM500 juta), malah bil telefon pun hutang berjuta ringgit. Disebabkan mereka ini bagaikan ‘parti komponen’ BN jadi mereka akan terus diselamatkan biarpun pincang akaun kewangannya. 
Terbaru diumumkan oleh kerajaan ialah dividen EPF, menyedihkan dividen boleh turun ke angka 5% terendah semenjak tahun 1967.

17. Berura-ura nak memindahkan zoo negara. Kononnya zoo sekarang dikelilingi kepesatan pembangunan, jadi sudah menjadi tidak sesuai untuk habitat haiwan. 
Tapi disebalik perancangan itu, yang terselindung ialah nilai tanah zoo negara berkenaan. 
Berapa besar projek dapat dibangunkan di sini, berapa keuntungan yang akan diperolehi. Soal binatang pedulikan, soal kos perpindahan, kos infrastruktur baru, soal tempat yang jauh untuk dilawati – itu semua tak penting bagi mereka. 
Pokok pangkalnya kalau Mahathir kata pindah, maka semua monyet dan kawan-kawan dalam zoo terpaksalah mengangguk.