Pemimpin pembangkang hari ini mengejek perdana menteri kerana gagal menerangkan sendiri berhubung dana RM2.6 bilion yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.
Naib Presiden PKR Rafizi Ramli (gambar) berkata semalam satu Malaysia menanti “pahlawan Bugis” menerangkan berhubung dana itu di parlimen seperti dijanjikan.
“Malangnya pahlawan Bugis bersembunyi di belakang timbalan perdana menteri dan penerangan hanya tiga minit.
“Kita masih tidak tahu siapa penderma RM2.6 bilion itu,” katanya yang menggunakan hashtag #ManaRM2600juta dan
#awakkatmanaawakawakkatmana di Facebook beliau.
Rafizi turut berkongsi sekeping gambar suntingan yang memaparkan Najib sedang menyorok dan tersenyum di belakang timbalannya Datuk Seri Zahid Hamidi.
“Awak kat mana” sebuah ungkapan popular yang menjadi sebahagian daripada lirik nyanyian penyanyi kelahiran Singapura Taufik Batisah.
Kontroversi itu semalam dijawab ringkas oleh Zahid dalam tempoh kira-kira 3 minit.
Anggota parlimen pembangkang bagaimanapun membantah keras tindakan itu dan mahu Najib sendiri tampil menjelaskannya.
Speaker dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia bagaimanapun berkata berdasarkan peraturan menteri lain berhak menjawab bagi pihak Najib.
Pandrikan juga meminta wakil pembangkang tidak mengganggu prosiding dengan mempertikaikan perkara itu.
Dalam penjelasan itu, Zahid (gambar) berkata Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengesahkan bahawa dana RM2.6 bilion itu sebagai sumbangan politik dan sudah mengenal pasti pendermanya.
Katanya tiada undang-undang menyebut derma politik harus diisytiharkan dan diberhentikan.
Malaysiakini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.