Followers

Friday, December 4, 2015

Umno ‘diktator’ jika sekat perbezaan pendapat, kata Musa Hitam OLEH MD IZWAN DAN ANISAH SHUKRY



Umno bukan parti “diktator” yang sekat perbezaan pendapat, isu 1Malaysia Development Berhad, wang derma RM2.6 bilion dan kemelut dalam parti perlu dibahas dalam perhimpunan agung, kata bekas timbalan presiden Umno Tun Musa Hitam. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Disember, 2015.
 
Umno bukan parti “diktator” yang sekat perbezaan pendapat, isu 1Malaysia Development Berhad, wang derma RM2.6 bilion dan kemelut dalam parti perlu dibahas dalam perhimpunan agung, kata bekas timbalan presiden Umno Tun Musa Hitam.

Umno bukan parti “diktator” yang sekat perbezaan pendapat, isu 1Malaysia Development Berhad, wang derma RM2.6 bilion dan kemelut dalam parti perlu dibahas dalam perhimpunan agung, kata bekas timbalan presiden Umno Tun Musa Hitam.

Umno bukan parti “diktator” yang menyekat perbezaan pendapat, isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB), wang derma RM2.6 bilion dan kemelut dalam parti perlu dibahas dalam perhimpunan agung akan datang, kata Tun Musa Hitam.

Bekas timbalan presiden Umno itu berkata, menjadi satu kesilapan jika Tan Sri Muhyiddin Yassin disekat dan berpura-pura seolah-olah isu 1MDB, derma RM2.6 bilion dalam akaun peribadi Datuk Seri Najib Razak dan serangan Tun Dr Mahathir Mohamad tidak penting untuk perwakilan berdebat mengenainya.

"Dibimbangi ia akan mewujudkan perbezaan dalam parti.

"Tolonglah, sebuah parti yang demokratik akan sentiasa ada perbezaan pandangan dan pendapat, jika tiada itu (parti) diktator. Saya kata buat ini, baik tuan. Saya kata itu, baik tuan," kata Musa dalam wawancara bersama The Malaysian Insider di kediamannya di Kuala Lumpur baru-baru ini.

Beliau berkata, bukan cerminan imej sebuah parti berkuasa jika Umno melarikan diri dan menganggap isu berbangkit tidak penting.

"Dalam mesyuarat agung kali ini, mereka kata isu 1MDB tidak penting, isu pecat Muhyiddin tak penting, isu perbalahan Dr Mahathir tidak penting, mungkin mereka ini hidup dalam dunia mereka sendiri.

"Kita melarikan diri, ini bukan lambang sebuah parti berkuasa," kata bekas timbalan perdana menteri itu.

Perhimpunan 8 Disember ini dilihat penting kerana pergolakan dalaman Umno, beberapa sekatan juga dikenakan bagi menghalang isu sensitif dibangkitkan.

Tidak disekat berucap ketika lawan Dr Mahathir

Turut menerima kesan, Muhyiddin yang juga timbalan presiden Umno kerana lantang membidas Najib berhubung isu 1MDB dan derma RM2.6 bilion apabila dihalang daripada merasmikan mesyuarat sayap Pemuda, Wanita dan Puteri.

Musa berkata, perhimpunan agung Umno pada minggu depan menyaksikan pertama kali dalam sejarah tradisi parti diabaikan.

Katanya, sesuatu yang pelik apabila pemimpin nombor 2 Umno tidak dibenarkan merasmikan mesyuarat sayap dan menambah beliau tidak berdepan sekatan sedemikian walaupun bertegang urat dengan Dr Mahathir sewaktu menjadi timbalan presiden parti Melayu itu.

"Ia tidak pernah didengar. Walaupun terdapat pertarungan antara dua orang utama, saya rasmikan majlis itu.

"Dan semasa perhimpunan agung, saya duduk sebagai timbalan presiden tanpa sesiapa membantah atau cuba menghalau saya keluar," katanya.

Musa menceritakan, pada ketika itu beliau dibenarkan berdebat dan menjadi orang kedua terakhir menyampaikan ucapan penggulungan, mengikut tradisi Umno.

Musa pada ketika itu meletak jawatan sebagai timbalan perdana menteri kerana tidak sebulu dengan Dr Mahathir tapi kekal sebagai timbalan presiden Umno.

Berbeza dengan setengah pihak yang takut dengan kritikan bakal dibuat Muhyiddin, sebaliknya Musa yakin sesuatu yang positif akan terhasil kerana ia akan memperlihatkan keterbukaan dan demokratiknya Umno itu.

Muhyiddin juarai isu rakyat


Bekas timbalan presiden Umno Tun Musa Hitam berkata isu dibangkitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah isu hangat diperkatakan rakyat dan tidak salah jika mahu bercakap bagi pihak rakyat. – Gambar The Malaysian Insider oleh Najjua Zulkefli, 4 Disember, 2015.
 
Musa berkata, isu dibangkitkan Muhyiddin ialah isu hangat diperkatakan rakyat dan ia bukan kesalahan jika mahu bercakap bagi pihak rakyat.

"Saya nampak risalah sedang beredar, mengatakan tentang dosa Muhyiddin, seperti mendedahkan 1MDB. Jika lihat senarai baik-baik, kamu akan kata, 'oh Tuhan, dia buat kerja baik. Ini isu yang rakyat soalkan’.

"Dia lakukan begitu dan kamu tidak benarkannya bercakap di perhimpunan? Betulkah?" kata Musa yang bingung dengan keputusan pucuk pimpinan Umno menghalang Muhyiddin.

Bekas timbalan presiden Umno Tun Musa Hitam berkata isu dibangkitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah isu hangat diperkatakan rakyat dan tidak salah jika mahu bercakap bagi pihak rakyat.

Bekas timbalan presiden Umno Tun Musa Hitam berkata isu dibangkitkan Tan Sri Muhyiddin Yassin ialah isu hangat diperkatakan rakyat dan tidak salah jika mahu bercakap bagi pihak rakyat

Musa berkata, jika ini berterusan, Umno bakal kehilangan kuasa kelak kerana semua isu penting itu menjadi bualan mulut segenap lapisan masyarakat.

"Mungkin jika ini berterusan, ia menjadi sebuah parti yang kehilangan kuasa.

"Menuju ke arah hilang kuasa," katanya.

Peluang akhir Umno

Musa berkata, masalah dihadapi pemerintah ketika ini bukan isu perkauman, tapi isu nasional yang relevan kepada negara dan perlu dijawab pucuk pimpinan Umno.

"Saya ulangi mustahil kita boleh elak dengan menjustifikasikan, tidak mungkin kita boleh berhujah mengatakan ia tidak relevan dengan parti, tidak relevan kepada negara.

"Saya akan kata, tolonglah, tak bolehlah macam itu," katanya.

Musa berkata, semua isu dan kemelut yang dihadapi perlu ditangani secara demokratik, memerlukan disiplin dan ketertiban.

"Ia perlu diuruskan secara demokratik. Demokrasi memerlukan disiplin dan ketertiban," katanya.

Katanya, ini peluang terakhir untuk Umno membuktikan sesuatu sebelum Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) dan balik ke pangkal jalan.

"Bagi saya, ini peluang terakhir untuk Umno buktikan diri sendiri, khususnya dalam konteks pada 2018, kita akan berdepan pilihan raya umum.

"Apa yang saya ingin gesa kepada ahli Umno sangat mudah, kembali ke pangkal jalan. Bermakna, kita perlu melalui proses modenisasi," katanya. – 4 Disember, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.