Timbalan Presiden UMNO, Muhyiddin Yassin membayangkan dirinya hanya
ibarat tunggul di atas pentas dalam Perhimpunan Agung UMNO pada 8 hingga
12 Disember ini berikutan sekatan berucap yang dikenakan terhadapnya.
Katanya, setelah tidak dibenarkan berucap merasmikan Perhimpunan Agung Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO tahun ini, beliau juga dimaklumkan tidak akan terlibat dalam ucapan penggulungan nanti.

Saya jadi tunggul saja duduk di atas pentas, ujar bekas Timbalan Perdana Menteri itu lagi.
Dalam hal ini, dengan menjadikan Muhyiddin sebagai tunggul, bermakna Najib Razak tidak cukup keberanian untuk memecat atau menyingkirkan terus Timbalan Presiden itu daripada UMNO.
Yang berani dilakukannya hanyalah setakat menanggalkan satu demi satu peranan Muhyiddin yang kemudian memperlihatkan seolah-olah beliau umpama tunggul saja di mata umum.
Muhyiddin tidak perlu gusar dengan keadaan dirinya yang menjadi umpama tunggul itu. Ini kerana tunggul biasanya berasal dari pokok atau kayu yang kuat dan kukuh saja, manakala yang rapuh dan tidak berapa kuat tidak mungkin berupaya menjadi tunggul.
Menjadi kebiasaan juga tunggul mempunyai hayat yang agak lama sebelum dapat dimusnahkan sama sekali.
Tetapi tidak sedikit, ketika menjadi tunggul, ia menyebabkan ramai orang tercucuk lalu mengaduh kesakitan atau berdarah kakinya.
Tidak kurang juga, disebabkan oleh tunggul, ramai yang tersepak dan akhirnya jatuh tertiarap ke tanah.
Oleh itu, jangan main-main dengan tunggul.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.