Followers

Friday, December 18, 2015

Terima dulu hudud baru jalin kerjasama dengan Pas FMT Reporters


Datuk Dr Mahfodz Mohamed

UMNO perlu menerima hudud terlebih dahulu jika mahu hubungan kerjasama dengan Pas terjalin

PETALING JAYA: UMNO perlu menerima hudud jika serius mahu meneruskan kerjasama dengan Pas.
Itu kata dua Ketua Dewan Ulama Pas, Datuk Dr Mahfodz Mohamed sebagai peringatan kepada parti Melayu itu yang turut dijadikan sebagai syarat penting jika mahu hubungan kerjasama antara dua parti berkenaan menjadi kenyataan.

Menurut beliau, jika UMNO menolak pelaksanaan huku Islam itu, parti tersebut akan menerima nasib sama seperti DAP.

“Kalau awal-awal mereka tak nak hudud, Ma’assalamah,” katanya yang menggunakan frasa Arab bermaksud `selamat tinggal’.

“Dasar Islam, kita tak boleh tinggalkan. Kita pun ada syarat. Kalau nak, ada syarat.

“Salah satu sebab kita berpecah dengan DAP pasal dia tak nak hudud,” katanya yang dipetik dari themalaymailonline.com.


Menurut Mahfodz lagi, kerjasama antara Pas dan UMNO akan mengambil sedikit masa kerana pengalaman lalu membuatkan kedua-dua parti lebih berhati-hati.

“UMNO kena ubah dasar kepada Islam. Kita tak tolak [mereka] kita belum terima lagi. Perlu kepada perbincangan selanjutnya,” ujarnya.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.