Dua pakar akademik khuatir aktiviti perlombongan bauksit pada musim
hujan di Pahang boleh mendatangkan kesan yang lebih buruk kepada alam
sekitar.
Ketua Jabatan Kejuruteraan Geoteknikal dan Infrastruktur Universiti
Malaysia Pahang (UMP) Dr Muzamir Hasan menggesa agar kegiatan
perlombongan bauksit dihentikan sementara pada musim hujan kerana boleh
menyebabkan banjir lumpur, tanah runtuh serta banjir yang lebih buruk.
“Bukit Goh, kawasan yang paling banyak dilombong pula
berhadapan risiko gerakan tanah kerana ia kawasan berbukit dengan tanah
laterit yang kurang padat.
“Lebih teruk, kawasan perlombongan tersebut juga berhampiran dengan kawasan penduduk dan sungai,” katanya.
Dalam pada itu, Pakar Jabatan Kejuruteraan Kimia Universiti Teknologi
Malaysia (UTM), Prof Dr Maketab Mohamed pula berkata, hujan lebat akan
menghanyutkan lebih banyak mendapan daripada kawasan perlombongan ke
dalam sungai, menyebabkannya menjadi cetek dan seterusnya meningkatkan
risiko banjir.
Menurut laporan The Star sebelum ini, Jabatan Metereologi meramalkan
hujan lebat dan ribut petir akan melanda Terengganu, Pahang, Johor dan
kawasan barat Sarawak.
Sementara itu, Adun Sungai Lembing Md Sohaimi Mohamed Shah yang
menyokong perlombongan bauksit sebelum ini turut menggesa perlombongan
dihentikan ketika musim hujan.
Ini kerana hujan lebat akan mengancam keselamatan pekerja di kawasan perlombongan, katanya lagi.
Kerajaan Pahang sebelum ini membenarkan perlombongan diteruskan dan
berkata ia menjadi sumber pendapatan ramai penduduk negeri itu.
ADDIN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.