Followers

Monday, December 28, 2015

Mejer Zaidi Tinggalkan PAS Dan Sertai AMANAH

Selepas beberapa bulan menyertai PAS, bekas mejar tentera udara Zaidi Ahmad yang kehilangan pencen kerana bersuara berkenaan isu dakwat kekal sewaktu dalam perkhidmatan, meninggalkan parti Islam tersebut dan menyertai Parti Amanah Negara (Amanah).

Bekas juruterbang pesawat pejuang itu berkata keputusan tersebut dibuat kerana "PAS cenderung terhadap Umno dan tidak bersama parti pembangkang lain".



Beliau pada asalnya menyertai Gerakan Harapan Baru – gerakan pra penubuhan Amanah yang dilancarkan pada September lalu.

Katanya, penyertaan dalam Amanah berlaku kerana PAS tidak melakukan perkara yang perlu dilakukan sebagai parti pembangkang sedangkan beliau sebelum ini menyertai PAS "kerana ia menegakkan Islam".

"Saya rasakan PAS cenderung kepada Umno. Ia bukan perkara yang sepatutnya dilakukan parti pembangkang.

"Semua parti dalam pembangkang sepatutnya bersatu menentang Umno. Itu peraturannya. Tapi PAS melakukan sebaliknya...dan ia juga meninggalkan Pakatan Rakyat," katanya. - Tmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.