Followers

Wednesday, December 2, 2015

Mariani disemadi bersebelahan dengan Saloma FMT Reporters


Zar Ali's photo.


PM turut rakam ucapan takziah kepada keluarga Allahyarhamah
mariani

PETALING JAYA: Allahyarhamah Mariam Ismail, 82, atau lebih dikenali sebagai Mariani selamat disemadi di Tanah Perkuburan Islam Jalan Ampang, jam 11.30 pagi tadi.

Jenazah primadona filem Melayu itu dikebumi bersebelahan dengan kubur adiknya, Puan Sri Saloma Ismail.
Allahyarhamah yang sinonim dengan watak Cikgu Manisah dalam filem Labu Labi meninggal dunia malam tadi di Sentul kerana kanser usus.

Sementara itu, di laman Twitternya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham.

“Saya masih ingat lakonan seniwati Mariani dalam filem seperti Labu Labi dan banyak lagi. Semoga roh Allahyarhamah dirahmati. Al-Fatihah,” tulis beliau.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.