Followers

Tuesday, December 1, 2015

Ketua Audit Negara serah laporan akhir 1MDB 17 Disember ini – PAC Faiz Zainudin


hasan-1mdbPAC menegaskan keutamaan adalah untuk menjalankan siasatan yang adil dan menyeluruh ke atas 1MDB.

KUALA LUMPUR: Ketua Audit Negara dijangka akan menyerahkan laporan akhir siasatan terhadap 1Malaysia Development Berhad (1MDB) kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) pada 17 Disember ini.

“PAC dimaklumkan bahawa laporan akhir Katua Audit Negara berkenaan 1MDB akan siap dan diserahkan kepada PAC untuk dibantangkan pada 17 Disember 2015,” kata Pengerusi PAC, Datuk Hasan Ariffin menerusi kenyataan pada Isnin.

Hasan berkata, PAC telah mendengar pengurusan kawalan tadbir urus syarikat 1MDB yang diberikan oleh bekas Presidennya , Datuk Shahrol Azral Ibrahim Halmi.

Katanya, siasatan tersebut akan diteruskan apabila pihaknya akan memanggil Presiden 1MDB, Arul Kanda untuk memberi keterangan bermula esok.(Selasa).

“PAC menegaskan keutamaan adalah untuk menjalankan siasatan yang adil dan menyeluruh keatas 1MDB. Laporan lengkap untuk 1MDB disasarkan untuk siap pada Mac 2016,” katanya.

Beliau yang juga, Ahli Parlimen Rompin berkata, PAC akan mendengar keterangan Pengerusi 1MDB, Tan Sri Lodin Wok Kamaruddin selepas membuat pendengaran akhir Ketua Audit Negara melibatkan 1MDB yang sarat dengan hutang itu.


FMT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.