Followers

Tuesday, December 15, 2015

KENAPA MELAYU SUSAH MAJU?


Ismaily Bungsu C's photo.

Dua hari lalu saya makan di restoran Melayu dan bila saya duduk sekitar 15 minit barulah pelayan datang, itupun setelah saya panggil. 

pelayan datang dan tanya saya mahu minum apa dan saya katakan “air kelapa” dan ketika saya bertanya matanya memandang ke arah lain dan saya mula tidak senang hati.

Sesudah itu lalu dia menatap wajah saya dan bertanya lagi apa mahunya saya mahu minta dan saya kata “air kelapa” itu kali kedua dan kemudian saya kata lagi bagi saya SUP daging. Lalu dia beredar tanpa kata dan seyum jauh sekali.

Sayapun asyik bercerita dengan teman saya soal politik dan dunia penulisan, lalu pelayan tadi datang dan tanya lagi soal kelapanya apakah perlu gelas atau bagaimana dan saya jawab bawa saja kelapa itu. Saya mula geram dan dia tanya lagi.

“ makannya apa tadi?” tanyanya
“ Sup daging”


“ Daging tak ada ” katanya sambil ramai yang perhatikan termasuk taukehnya dan segan pula diperhatikan dan kemudian pelayan itu tanya lagi apakah saya mahu ais batu untuk dibubuh di air kelapa itu atau bagaimana.


Bila dia asyik memotong perbicaraan kami dan saya mula panas dan marah dan mengatakan apakah dia itu kurang pendengaran atau memang tak faham bahasa. Terkelip-kelip matanya dan memang saya sedikit marah. Saya memang jarang marah tetapi kasus itu saya agak sedikit marah tak bisa ditahan kesan perbincangan terganggu dan saya memangnya lapar.

Tiba2 taukehnya datang dan mengatakan sup daging tiada dan yang ada hanyalah tomyam ayam dan kesan sayapun memang lapar maka saya katakan hantar apa saja yang ada ada tolak batu.

Nah, begitulah keadaannya dan tentunya kita sudah cukup mengerti yang saya jelaskan adalah antaranya kenapa Melayu kekadang susah sangat maju kesan layanan yang tidak baik.

Pernah saya makan di kedai kaling dan tika saya makan nasinya agak basi dan saya panggil taukehnya dan katakan nasi itu basi dan harus yang sisa dibuang dan kemudian ia gantikan dengan yang baru dimasak dan ia percumakan tetapi saya katakan tak mahu makan percuma.

Sambil itu taukeh tadi “upuk2” belakang saya dan berulang kali minta maaf dan hingga sekarang taukeh kaling itu cukup mesra dengan saya dan demikian juga kalau di kedai cina hubungan baik dengan pelanggan selalu mereka jaga dan perhatikan beda dengan bangsa kita.

Fikirkanlah dan mungkin ada lagi kelemahan bangsa kita yang menyebabkan pelanggan lari dan tak mahu makan atau membeli di kedai bangsa kita.


ISMAILY BUNGSU
Sabah

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.