Hadi Kata Sunni BODOH dan Syiah BODOH Punca MARANG:
Umat Islam diingatkan agar tidak leka dan terpengaruh dengan agenda barat mahu melemahkan Islam dengan permasalahan mazhab Sunni-Syiah. Presiden PAS,
Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan isu kontroversi antara mazhab Sunni-Syiah perkara lama yang sengaja ditimbulkan semula. Justeru, katanya secara sedar tetapi bodoh atau jahil isu perbalahan mazhab tersebut telah melekakan umat Islam tentang kebangkitan Islam di seluruh dunia.
Menurut Ustaz Abdul Hadi, asyik dengan pertikaian mazhab hingga umat Islam sendiri lupa musuh sebenarnya adalah Israel serta kuasa-kuasa besar dunia.
“Sekarang kita (umat Islam) menghadapi zaman kebangkitan Islam. Kumpulan Islam menang di rata-rata dunia, bangkit sama ada secara sedar tapi bodoh atau pun jahil isu-isu lama ini ditimbulkan semula.
“Sehingga orang Islam lupa masalah kebangkitan Islam yang patut mereka tangani dan mereka lupa sepatutnya mereka (umat Islam) hadapi Israel dan kuasa-kuasa besar dunia. Asyik sibuk dengan masalah-masalah mazhab yang ditimbulkan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika sesi dialog pada Majlis Ramah Mesra Idulfitri anjuran Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan (Perantau) di Dewan Tok Guru Rusila, baru-baru ini.
Katanya, umat Islam juga wajar memahami bacaan politik antarabangsa yang dikuasai oleh kuasa-kuasa besar dunia termasuk Israel.
Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan kuasa besar dunia yang dipengaruhi Israel cukup bimbang dengan kebangkitan Islam seluruhnya terutama di Mesir dan Turki.
Menurutnya, 90 peratus dunia Islam hari ini ahli Sunnah termasuk Mesir dan Turki merupakan negara Sunni yang mampu menguasai serta memimpin dunia Islam.
“Seorang pimpinan dari Syiah pernah mengatakan depan saya, bahawa kebangkitan Islam mesti dipimpin oleh ahli Sunnah. Orang Syiah tidak boleh pimpin kerana 90 peratus dunia Islam adalah ahli Sunnah. Merekalah (Sunni) yang layak memimpin dunia Islam.
“Sebab itulah seluruh kekuatan barat mengepung Mesir, mengepung Turki kerana barat mengetahui jika berlaku kemenangan di Mesir dan Turki akan menguasai dunia Islam seluruhnya. “Iran tidak boleh menguasai dunia Islam dan ini bacaan politik antarabangsa yang kita kena faham,” jelasnya di hadapan lebih 500 peserta perantau.
Hadir sama sebagai tetamu khas pada majlis perantau tersebut Penaung Majlis Permufakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan Ismail Nasiruddin Shah dan wakil kerajaan Hamas Palestin, Syeikh Dr Ahmed al-Najjar.
Kata Ustaz Abdul Hadi, sepatutnya pihak yang berautoriti membincangkan masalah antara mazhab adalah di kalangan ahli-ahli agama, ahli ilmu akademik dan bukan golongan yang ‘bodoh’ serta jahil.
“Dalam hal ini kita kena sedar dalam masalah mazhab ini sepatutnya dibincang oleh ahli-ahli ilmu, jangan yang bodoh. Dalam Sunni ada bodoh, dalam Syiah pun ada yang bodoh dan ini ‘penyakit’ yang kita sedang hadapi hari ini,” ujarnya.
Tambah beliau, pengaruh mazhab Syiah dalam masyarakat Melayu bukan perkara baru tetapi sejak kedatangan Islam ratusan tahun lalu.
Namun, katanya orang Melayu dan masyarakat Islam di negara ini masih lagi berpegang dengan mazhab Ahli Sunnah. -Harakahdaily via Celah Gelegar # Maka kamu janganlah jadi bodoh sebagaimana Presideng kamu ucapkan!
Posted by mountdweller.
Isu Syiah dan Sunni:
Orang PAS, kot korang dah lupa aku hidang balik apa Hadi kata!
Tuesday, August 20, 2013
Hadi Kata Sunni BODOH dan Syiah BODOH Punca
MARANG: Umat Islam diingatkan agar tidak leka dan terpengaruh dengan
agenda barat mahu melemahkan Islam dengan permasalahan mazhab
Sunni-Syiah.
Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan isu
kontroversi antara mazhab Sunni-Syiah perkara lama yang sengaja
ditimbulkan semula.
Justeru, katanya secara sedar tetapi bodoh atau jahil isu perbalahan
mazhab tersebut telah melekakan umat Islam tentang kebangkitan Islam di
seluruh dunia.
Menurut Ustaz Abdul Hadi, asyik dengan pertikaian mazhab hingga umat
Islam sendiri lupa musuh sebenarnya adalah Israel serta kuasa-kuasa
besar dunia.
“Sekarang kita (umat Islam) menghadapi zaman kebangkitan Islam. Kumpulan
Islam menang di rata-rata dunia, bangkit sama ada secara sedar tapi
bodoh atau pun jahil isu-isu lama ini ditimbulkan semula.
“Sehingga orang Islam lupa masalah kebangkitan Islam yang patut mereka
tangani dan mereka lupa sepatutnya mereka (umat Islam) hadapi Israel dan
kuasa-kuasa besar dunia. Asyik sibuk dengan masalah-masalah mazhab yang
ditimbulkan,” jelasnya.
Beliau berkata demikian ketika sesi dialog pada Majlis Ramah Mesra
Idulfitri anjuran Persatuan Anak-anak Terengganu di Perantauan
(Perantau) di Dewan Tok Guru Rusila, baru-baru ini.
Katanya, umat Islam juga wajar memahami bacaan politik antarabangsa yang
dikuasai oleh kuasa-kuasa besar dunia termasuk Israel.
Datuk Seri Abdul Hadi yang juga Ahli Parlimen Marang menjelaskan kuasa
besar dunia yang dipengaruhi Israel cukup bimbang dengan kebangkitan
Islam seluruhnya terutama di Mesir dan Turki.
Menurutnya, 90 peratus dunia Islam hari ini ahli Sunnah termasuk Mesir
dan Turki merupakan negara Sunni yang mampu menguasai serta memimpin
dunia Islam.
“Seorang pimpinan dari Syiah pernah mengatakan depan saya, bahawa
kebangkitan Islam mesti dipimpin oleh ahli Sunnah. Orang Syiah tidak
boleh pimpin kerana 90 peratus dunia Islam adalah ahli Sunnah. Merekalah
(Sunni) yang layak memimpin dunia Islam.
“Sebab itulah seluruh kekuatan barat mengepung Mesir, mengepung Turki
kerana barat mengetahui jika berlaku kemenangan di Mesir dan Turki akan
menguasai dunia Islam seluruhnya.
“Iran tidak boleh menguasai dunia Islam dan ini bacaan politik
antarabangsa yang kita kena faham,” jelasnya di hadapan lebih 500
peserta perantau.
Hadir sama sebagai tetamu khas pada majlis perantau tersebut Penaung
Majlis Permufakatan Rakyat Terengganu (Mampat), Tengku Ibrahim Sultan
Ismail Nasiruddin Shah dan wakil kerajaan Hamas Palestin, Syeikh Dr
Ahmed al-Najjar.
Kata Ustaz Abdul Hadi, sepatutnya pihak yang berautoriti membincangkan
masalah antara mazhab adalah di kalangan ahli-ahli agama, ahli ilmu
akademik dan bukan golongan yang ‘bodoh’ serta jahil.
“Dalam hal ini kita kena sedar dalam masalah mazhab ini sepatutnya
dibincang oleh ahli-ahli ilmu, jangan yang bodoh. Dalam Sunni ada bodoh,
dalam Syiah pun ada yang bodoh dan ini ‘penyakit’ yang kita sedang
hadapi hari ini,” ujarnya.
Tambah beliau, pengaruh mazhab Syiah dalam masyarakat Melayu bukan
perkara baru tetapi sejak kedatangan Islam ratusan tahun lalu.
Namun, katanya orang Melayu dan masyarakat Islam di negara ini masih
lagi berpegang dengan mazhab Ahli Sunnah.
-Harakahdaily via Celah Gelegar
# Maka kamu janganlah jadi bodoh sebagaimana Presideng kamu ucapkan!
Posted by mountdwelle
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
Copy the BEST Traders and Make Money : http://bit.ly/fxzulu
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.