Followers

Thursday, December 17, 2015

Isu peruntukan kerusi SUPP, UPP, SPDP dan Teras selesai sebelum pilihan raya


denan-satem

Adenan tidak mahu berlaku pertandingan tiga penjuru di semua kawasan.

KUCHING: Isu peruntukan kerusi kepada Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Bersatu (UPP), Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP) dan Parti Tenaga Rakyat Sarawak (Teras) akan diselesaikan dengan sewajarnya sebelum berlangsungnya pilihan raya negeri.

Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem berkata sekiranya parti terlibat tidak dapat mencapai kompromi, sebagai pengerusi Barisan Nasional (BN) negeri, beliau perlu membuat keputusan tegas untuk mengemukakan satu pasukan kuat dan bersatu pada pilihan raya itu.

Katanya, beliau tidak mahu berlaku pertandingan tiga penjuru di sesuatu kawasan kerana ia akan hanya mengelirukan pengundi untuk membuat pilihan.

Beliau berkata berbeza dengan pada tahun 1980-an apabila BN hanya perlu berdepan dengan beberapa “calon Bebas bodoh”, kali ini, ia akan berdepan dengan DAP dan PKR.

“Mereka perlu dipandang lebih serius berbanding beberapa “calon Bebas bodoh”,” kata Adenan pada sidang akhbar selepas penanggguhan persidangan Dewan Undangan Negeri, di pejabatnya di sini petang ini.
Perpecahan dalam SUPP dan SPDP melahirkan UPP dan Teras yang “mesra BN”.



– BERNAMA

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.