Followers

Wednesday, December 2, 2015

Apa jaminan UMNO menang jika Najib berundur? Faiz Zainudin


bung-mokhtar_mahaihit_najib_600

Kemelut yang berlaku dalam UMNO sekarang ini bukanlah disebabkan faktor kelemahan kepimpinan Najib sebaliknya kegagalan ahli menjawab serangan pembangkang.

PETALING JAYA: Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Bung Mokhtar Radin berkata, apakah jaminan UMNO akan menang dalam PRU-14 sekiranya Datuk Seri Najib Razak meletak jawatan.

Beliau berkata demikian bagi menjawab kenyataan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa UMNO akan kalah pada pilihan raya nanti sekiranya terus mempertahankan Najib sebagai Perdana Menteri dan Presiden parti.

Katanya, kemelut yang berlaku dalam UMNO bukan disebab faktor kelemahan kepimpinan Najib, sebaliknya kelemahan ahli parti dalam menyelesaikan isu rakyat dan menjawab segala tuduham pembangkang.

“Apa jaminan UMNO akan menang dalam PRU-14 sekiranya Najib Razak berhenti jadi PM?

“Isunya bukan terletak kepada kelemahan Najib sendiri. Kesemua ahli UMNO perlu berubah dan mempertahankan apa jua bentuk serangan dan fitnah dari pembangkang dan cuba menyelesaikan isu-isu semasa dengan cepat,” katanya kepada FMT.

Jelas Ahli Parlimen Kinabatangan itu, beliau yakin bahawa rakyat masih setia kepada UMNO.

Namun, katanya, apa yang perlu dilakukan ialah kesemua pemimpin UMNO harus turun padang bagi menyelesaikan masalah yang dihadapi rakyat.

Ditambah pula dengan kegagalan parti pembangkang membawa perubahan di negeri-negeri yang dimenangi mereka pada pilihan raya lepas.

“Kita telah melihat kegagalan parti pembangkang selama ini dan tidak ada apapun yang boleh dibanggakan di negeri-negeri mereka perintah.

“Dalam dua tahun ini adalah masa yang sesuai untuk UMNO menyusun strategi dan menyelesaikan kemelut yang berlaku,” katanya.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.