Followers

Monday, December 7, 2015

Anina tidak boleh cabar pemecatan daripada Umno, putus mahkamah OLEH V. ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Permohonan bekas ahli Umno Anina Saaduddin mencabar pemecatannya daripada Umno ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini. – Gambar fail The Malaysian Insider, 7 Disember, 2015.

Permohonan bekas ahli Umno Anina Saaduddin mencabar pemecatannya daripada Umno ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Permohonan bekas ahli Umno Anina Saaduddin mencabar pemecatannya daripada Umno ditolak Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Bekas ahli Umno Anina Saaduddin gagal dalam cubaan mencabar pemecatannya daripada parti selepas Mahkamah Tinggi hari ini menolak permohonannya atas alasan mahkamah tidak mempunyai bidang kuasa mendengar kes itu.

Pesuruhjaya Kehakiman S Nantha Balan berkata peruntukan dalam Akta Pertubuhan 1966 berhubung keputusan muktamad sesebuah parti politik menghalang permohonan Anina dan menafikan peluangnya mendapatkan keadilan.

“Seksyen 18(C) Akta Pertubuhan 1966 mempunyai ayat dan perkataan yang mempunyai tafsiran luas dan kabur” katanya dalam keputusan untuk membenarkan permohonan membatalkan saman oleh Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor.

Walaupun peguambela Anina, Mohamed Haniff Khatri Abdulla berhujah mahkamah wujud untuk menegakkan keadilan, Nantha berkata, “keadilan perlu berlandaskan undang-undang”. – 7 Disember, 2015.


http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/anina.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.