Followers

Wednesday, December 2, 2015

AL FATIHAH - Seniwati Mariani meninggal dunia FMT Reporters


Seniwati-Mariani_

Kematian Mariani diberitahu anaknya Melissa Saila menerusi laman sosial

PETALING JAYA: Seniwati filem Melayu klasik, Siti Mariam Ismail atau lebih dikenali Mariani meninggal dunia dikediamannya di Sentul kira-kira jam 7.32 malam ini.

Kematian Mariani yang berusia 82 tahun diberitahu oleh anaknya yang juga pelakon, Melissa Saila menerusi Twitter dan Facebook miliknya.

“Bismillahirohmanirahim..Ibu saya Mariam @ Mariani Bt. Ismail baru menghembuskan nafas terakhir beliau pada 7.32 mlm..Jenazah di 12A,Lorong Sentul Jaya 3,Taman Kosmo Jaya..Sentul. Rancangan pengkebumian akan diupdate kelak,” kongsi Melissa di laman sosial.

Mariani merupakan seorang seniwati Melayu terkenal yang juga kakak kepada biduanita Puan Sri Saloma. Antara filem yang pernah dibintanginya ialah Tiga Abdul, Saudagar Minyak Urat, dan Setinggan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.