Followers

Thursday, November 12, 2015

Zahid cetus kekecohan di Dhaka, tangguh MOU pekerja



Mnteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamidi mencetuskan kekecohan di Bangladesh selepas beliau menangguhkan pemeteraian perjanjian dua hala untuk pengambilan 1.5 juta pekerja Bangladesh oleh Malaysia.

Zahid berbuat demikian selepas menghantar surat kepada Kementerian Kebajikan Ekspatriat dan Guna Tenaga Kerja Luar Negara, Bangladesh dengan menegaskan bahawa "cadangan syarikat terpilih Malaysia" mesti dimasukkan ke dalam MOU.

"Saya dengan ini meminta Yang Berhormat supaya menggabungkan cadangan syarikat terpilih Malaysia dalam draf MOU yang sedang disediakan.

"Merujuk perkara di atas, sila abaikan semua rancangan awal yang dibuat sebelum ini, sehingga ini dimuktamadkan,” kata Zahid yang juga Timbalan Perdana Menteri dalam surat bertarikh 6 November.

Beliau tidak menyatakan mana syarikat yang dimaksudkannya tetapi adalah dipercayai bahawa syarikat berkenaan adalah Synerflux.

Pada 21 September lalu, Wisma Putra, dalam surat kepada Pesuruhjaya Tinggi Bangladesh di Kuala Lumpur memaklumkan bahawa Synerflux dilantik sebagai "entitit tunggal dan eksklusif” untuk menjalankan sistem pengurusan berpusat bagi pengambilan pekerja Bangladesh.

Bulan lalu, Zahid dalam jawapan bertulis kepada Parlimen memaklumkan kementeriannya "memilih Synerflux selepas menilai cadangan dan perbincangan awal dengan Kementerian Dalam Negeri dan Jabatan Imigresen, berdasarkan konsep pengambilan pekerja Bangladesh melalui dalam talian".

Kaitan Bestinet dan Synerflux

Isu itu menjadi tajuk utama apabila firma - Real Time Networking - milik adik Zahid , Abdul Hakim Hamidi dilaporkan adalah antara mereka dalam perbincangan untuk menawarkan perkhidmatan tersebut di mana setiap pekerja yang diambil dikenakan bayaran sebanyak RM3,000.

Zahid kemudian memberitahu Dewan Rakyat bahawa syarikat adiknya tidak akan dilantik.

Sistem pengurusan pengambilan pekerja asing dalam talian sebelum ini disediakan oleh Bestinet, tetapi khidmat firma itu digantung selepas ejen dalam dan luar negara mengadu tentang yuran tinggi yang dikenakan.


Semakan Malaysiakini, bagaimanapun, mendapati Synerflux dikaitkan dengan Bestinet, melalui firma lain iaitu JR Joint Resources.

Pengarah Bestinet termasuk bekas Menteri Dalam Negeri Tan Sri Azmi Khalid dan bekas Pengarah Jabatan Tenaga Kerja Tengku Omar Tengku Bot.

Tengku Omar juga adalah pengarah di JR Joint Resources, syarikat di mana pengarah Synerflux Nor Alizat Pungot berkhidmat.

Malaysiakini telah menghubungi Synerflux, JR Joint Resources dan Bestinet untuk mendapatkan komen mereka.

- mkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.