Followers

Wednesday, November 4, 2015

YB Tony Pua tidak boleh lagi cakap isu 1MDB, kata pengerus -i PAC OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Tony Pua harus akur dengan keputusan speaker Dewan Rakyat dan tidak meneruskan debat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Datuk Hasan Arifin. – Gambar fail The Malaysian Insider, 3 November, 2015.

YB Tony Pua harus akur dengan keputusan speaker Dewan Rakyat dan tidak meneruskan debat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Datuk Hasan Arifin.

YB Tony Pua harus akur dengan keputusan speaker Dewan Rakyat dan tidak meneruskan debat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, kata Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Datuk Hasan Arifin.

Selaku ahli Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC), Tony Pua harus akur dengan keputusan speaker Dewan Rakyat dan tidak meneruskan debat dengan Presiden 1Malaysia Development Berhad (1MDB) Arul Kanda Kandasamy, kata Datuk Hasan Arifin.

Pengerusi PAC itu berkata, keputusan Tan Sri Pandikar Amin Mulia yang diumumkan di Dewan Rakyat pagi tadi bermakna Pua tidak boleh bercakap berkenaan 1MDB, walaupun ketika beliau berada di luar mesyuarat PAC dan Parlimen.

"Kita mendengar keputusan speaker tadi. Saya selaku pengerusi jawatankuasa di bawah Parlimen patuh pada arahan yang ditetapkan speaker.

"Ini bermakna, Pua tidak boleh bercakap tentang 1MDB walaupun di luar dan sebagainya," kata Hasan pada satu sidang media di lobi Parlimen, hari ini.

Malah, ahli Parlimen Rompin itu berkata, keputusan speaker itu juga menunjukkan Pua tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan berkenaan 1MDB.

"Interim sudah dibentangkan, dan lebih wajar ia dipatuhi.

"Sebagai ahli Parlimen, beliau harus mematuhi keputusan dikeluarkan speaker. Kalau beliau nak teruskan juga, beliau kena berhenti daripada PAC," katanya.

Hasan bagaimanapun berkata, keputusan meminta Pua melepaskan jawatan dalam PAC itu tidak terletak di bawah bidang kuasanya.

Beliau berkata, pihaknya turut berharap, badan eksekutif mematuhi keputusan yang dibuat Pandikar itu.

"Bukan bidang kuasa saya mengarahkan eksekutif, (tetapi) speaker sudah keluarkan arahan," katanya.

Mengenai hasrat DAP mencari pengganti kepada ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu dan meneruskan debat dengan Arul, Hasan berkata ia terpulang kepada parti pembangkang itu. – 3 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.