Gambar Hiasan |
SEORANG lelaki berusia 47 tahun yang pernah melakukan hubungan seks
dengan bakal menantunya diugut oleh wanita itu untuk menyebarkan video
aksi seks mereka berdua jika tidak dibayar wang.
Wanita berusia 23 tahun itu mengugut untuk mendedahkan video seks
berkenaan kepada isteri lelaki terbabit, selain ingin membuat laporan
polis mengatakan mangsa merogolnya jika dia tidak dibayar seperti yang
diminta.
Memetik laporan The Star, suspek dikatakan selalu mengunjungi
rumah keluarga bakal suaminya itu yang terletak di Pusat Bandar Puchong
sehinggalah berlaku hubungan terlarang dengan lelaki terbabit.
Panik dengan ugutan itu, mangsa kemudiannya berterus-terang dengan
isterinya yang berusia 42 tahun sebelum si isteri membuat laporan polis
mengenai ugutan yang diterima suaminya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.