Followers

Sunday, November 8, 2015

WANITA ( pemimpin laki2 tak adil pilih laki2 majoriti jadi wakil rakyat)

Nurliyana Abdullah's photo.

DI Malaysia ini wanita lebih ramai banding lelaki dan wanita juga paling ramai punya kelulusan universiti banding lelaki dan buktinya jelas sekitar 2/3 pelajar universiti terdiri kaum wanita.

Bila wanita ramai banding lelaki maka secara tidak langsung wanita lagi ramai jadi pengundi untuk tentukan kepimpinan negara dan kerana itu kerajaan harus memerhatikan agar wanita lebih ramai dipilih untuk bertanding di PRU mendatang.

Ada yang menjelaskan bahawa wanita tidak layak berpolitik dan pandangan itu sama sekali salah sebab kenyataan LAKSMI MENON telah menjelaskan bahawa wanita lagi sesuai berpolitik banding lelaki sebab wanita agak kurang terlibat korupsi banding lelaki yang raja putar belit terbukti yang masuk penjara kesan korupsi terdiri kaum lelaki. rasain kamu!

Kenapa lelaki terlibat korupsi? sebab lelaki biasanya suka sangat joli sana sini, suka berhibur dalam dan luar negeri termasuk punya simpanan atau berkahwin lebih dari satu atau cukup dengan simpanan sedang wanita tidak demikian.

JAMES STEPHEN pernah menjelaskan yang wanita lebih bijaksana banding lelaki kerana kami kaum wanita lebih sedikit tahu tetapi lebih banyak mengerti.

Kenyataan yang wanita hanya layak di dapur dan melayan suami semata itu tidak benar, malah ketinggalan zaman dan saya bantah secara total.

Ada yang mahu komen dan semestinya ada agumentasi untuk meyakinkan hujah nanti tapi jangan sebut mamy montel Rosma. 

Ada berani kamu kaum lelaki? saya tunggu sebelum saya mandi dan masak makan.



NURLIYANA NURLIYANA
7 November, 2015
8:30 malam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.