Followers

Monday, November 2, 2015

Umno milik ahli, bukan presiden, kata MB Terengganu OLEH MOHD FARHAN DARWIS


Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pendirian Umno Terengganu berhubung isu membabitkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan akan dikenakan tindakan adalah untuk menyelamatkan parti, bukannya individu.

Menteri Besar Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata pendirian Umno Terengganu berhubung isu membabitkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan akan dikenakan tindakan adalah untuk menyelamatkan parti, bukannya individu.

Pengerusi Badan Perhubungan Terengganu Datuk Seri Ahmad Razif Abd Rahman menegaskan Umno tidak dimiliki presiden parti, sebaliknya dipunyai ahlinya yang terdiri daripada komuniti Melayu.

Tanpa merujuk kepada mana-mana pihak, menteri besar Terengganu itu berkata, mana-mana ahli juga tertakluk kepada Perlembagaan parti.

"Saya yakin Umno bukan kepunyaan presiden, Umno milik semua dan serah pada badan yang bertanggungjawab (ambil tindakan).

"Saya yakin badan (lembaga disiplin) kita badan yang telus, bila jatuh hukuman mesti ada fakta. Kalau tidak ada integriti, ahli sudah tentu akan protes dan akan bagi kesan pada parti," katanya kepada pemberita di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya pendirian Umno Terengganu berhubung isu membabitkan Timbalan Presiden Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dikatakan akan dikenakan tindakan susulan kritikan-kritikan terbuka terhadap presiden parti Datuk Seri Najib Razak berhubung skandal syarikat 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Razif bagaimanapun berkata, pendirian Umno Terengganu adalah untuk menyelamatkan parti dan bukannya individu.

"Ini bukan soal Muhyiddin, tapi kena cakap pada ahli Umno. Mereka tertakluk pada peraturan, sesiapa nak anggotai mana-mana organisasi baik politik kena akur dan patuh pada peraturan.

"Kalau badan yang bertanggungjawab jaga disiplin, padangan ahli dah langgar peraturan maka saya setuju dan menyokong penuh tindakan tegas diambil.

"Kita nak selamatkan organisasi bukan selamatkan individu," katanya.

Beliau berkata, tindakan menggantung keahlian juga adalah amalan biasa dalam organisasi bagi mereka yang menentang dan melanggar peraturan parti.

"Disiplin dalam satu organisasi atau parti perlu ada, mana-mana organisasi kalau kita tengok pun soal gantung pecat adalah kebiasaan pada ahli-ahli yang tidak sokong atau langgar peraturan," katanya yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan (Adun) Seberang Takir.

"Soal Muhyiddin pulangkan pada badan disiplin, kalau badan disiplin mendapati Muhyiddin bersalah maka saya sokong tindakan diambil."

Razif bagaimanapun enggan mengulas lanjut apabila ditanya sama ada kenyataan-kenyataan Muhyiddin terhadap Najib sebelum ini dianggap melanggar disiplin parti.

"Saya tidak boleh jawab kerana yang akan tentukan adalah lembaga disiplin parti.

"Saya difahamkan perkara itu sedang diteliti lembaga disiplin, kalau kita dapati berlakunya kesalahan tiada masalah (jatuhkan hukuman)," katanya.

Tambahnya lagi, mana-mana pihak yang tidak berpuas hati terhadap parti perlu meluahkannya kepada saluran betul dan tidak bertindak di luar batasan Perlembagaan dan undang-undang parti.

"Kepimpinan Umno Terengganu akan terus menyokong kepimpinan parti sedia ada. Kita di belakang presiden Umno, yang jadi ketua adalah presiden," katanya. – 1 November, 2015.


- See more at: http://www.themalaysianinsider.com/

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.