Followers

Saturday, November 21, 2015

Umat Islam dipaksa ikut agama versi JAKIM - Adam Abu Bakar


mahathir,jakim

Umat Islam di negara ini seharusnya mengikut ajaran Islam seperti yang tertulis di dalam kitab suci al-Quran.

KUALA LUMPUR: Umat Islam di negara ini seolah-olah dipaksa untuk mengikuti ajaran Islam versi Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM), kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad.
Negarawan terulung itu sebaliknya menegaskan, umat Islam sepatutnya mengikut ajaran Islam sebenar seperti yang tertulis di dalam al-Quran.

“JAKIM seolah-olah memaksa semua pihak mengikut ajaran Islam versi JAKIM,” katanya dalam sidang media selepas melancarkan buku hasil tulisan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim pada Jumaat.

Mengulas lanjut, Dr Mahathir menjelaskan Islam bukan agama yang memaksa penganutnya untuk menuruti dengan segala perintah dengan cara paksaan.

“Al-Quran ada menyatakan bahawa tiada paksaan di dalam Islam,” ujarnya lagi.

Sebelum ini, Tawfik Ismail, anak sulung kepada bekas Timbalan Perdana Menteri. Tun Dr Ismail Abdul Rahman menggesa agar jabatan itu dimansuhkan.

Menurutnya, JAKIM telah dicipta pada zaman Dr Mahathir dan ia seolah-olah bertugas tanpa tujuan selain campur tangan dalam kehidupan peribadi rakyat Malaysia.

Bagi Tawfik, Yang di-Pertuan Agong, Sultan, imam (ulama) boleh menggantikan dan mampu menggalas tugas JAKIM.

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Dr Ashraf Wajdi Dusuki mempertahankan JAKIM kerana jabatan itu penting bagi menghadapi ancaman yang mahu mengugat kedudukan Islam.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.