KITA kekadang begitu membuta tuli menerima apa saja yang pemimpin cadang tanpa kaji kesannya sebab pemimpin yang ada sekarang ini akan lakukan apa saja demi kekalkan kuasa mereka.
Demi kekalkan kuasa, mereka akan lakukan apa saja meski kekadang keputusan yang mereka lakukan itu bakal merosak masa depan negara bangsa untuk masa panjang.
Soal TPPA yang dikenali dengan sebutan PERJANJIAN PERKONGSIAN TRANS PASIFIK jelasnya bukan semata dikaitkan dengan perdagangan, tetapi lebih dari itu.
Bila Malaysia tandatangan secara tak langsung Malaysia termasuk dalam blok GEOPOLITIK AMERIKA makna negara kita tidak lagi berkecuali. Ini yang pertama.
Keduanya cuba kita kaji sejarah lampau dan kita ambil contoh SYARIKAT HINDIA TIMUR yang dulu di Tanah Melayu yang mulanya visi perdagangan dan akhirnya berakhir dengan penjajahan berkurun lamanya. Apakah ini tidak kita kaji sebagai sandaran sebelum menerima dan masuk dalam kerangka blok geopolitik Amerika?
Kita baca sejarah sebelum kedatangan British dulu undang2 syarak adalah undang2 tertinggi di tanah melayu dan sesudah British berkuasa menjajah, undang2 itu sedikit demi sedikit dikurangkan skopnya dan apakah ini tidak nampak kesannya?
Memang kita akui Amerika tidak akan perangi Malaysia dan negara di Asia ini sebab tiada alasan yang lojik tetapi mereka akan jajah Malaysia secara halus dan licik.
Amerika memang bijak, dalam keadaan Malaysia tidak berketentuan politiknya di situlah mereka menangguk ikan di air keruh secara bijaksana dan pemimpin2 kita di Malaysia demi selamatkan kuasa masing2 mereka usaha berkawan dengan dunia luar untuk membantu kekalkan kuasa masing2 dan pemimpin kita pula siap melakukan apa saja tak kesah masa depan negara bangsa asal kuasa kekal abadi.
Sebenarnya para kapitalis di luar yang sejak dulu menjarah kekayaan di bumi kita telah lama menunggu agar segala macam dasar yang menguntungkan bumi hancur lebur dan rasanya inilah masa yang paling sesuai untuk masuk ke dalam dengan cara memujuk Malaysia menandatangani perjanjian TPPA itu.
Bila saja ditandantangani makna Malaysia kena akur undang2 yang telah ditetapkan dan dasar2 yang dicipta untuk utamakan kaum bumi tidak lagi terpakai dan kalau Malaysia melanggar peraturan ini maka siap kerajaan boleh di saman di TRIBUNAL ANTARABANGSA kesan melanggar peraturan dan undang2 yang sama dipersetujui itu.
Soal saman ini memang telahpun terjadi dalam kerajaan Afrika sendiri akibat melaksanakan dasar kulit hitam yang dikenali sebagai BLACK ECONOMIC EMPOWERMENT dan secara tidak langsung bakal membunuh dasar2 kita yang sama seperti dasar ekonomi baru.
Nah, secara tidak langsung kedudukan istimewa Islam dan dasar2 Melayu dan Bumiputera di Sabah Sarawak akan dikira sebagai TRADE BARRIER sahaja dan , baik filem lucah dan tanah rizab juga nanti akan menjadi bebas dan Malaysia tidak boleh pertahankan lagi. Lalu apa jadi terhadap negara bangsa kita yang baru saja membangun bakal ditelan oleh gergasi dunia yang kuasanya hebat.
Sebenarnya di sinilah kita lihat kelicikan Zionis yang jelasnya sekitar 600 penasihat korporat Amerika telah membincangkan rangka perjanjian TPPA itu meski di dalamnya kita lihat cantik berdagang bebas tetapi visi yang tersirat rasanya kita harus bijak membaca setelah meneliti sejarah lampau barat terhadap negara kita.
Nah, inilah yang dikatakan STRATEGI yang sulit tujuan utama mereka mahu kuasai dunia dan usaha tutup China dan Russia kuasai Asia dan apakah ini akan terjadi punca perang dunia ke-3?
Meski awalnya hanya empat buah negara yang terlibat menubuhkan TPPA ini iaitu Singapura, Australia, Chile dan Brunei tetapi itu sebagai percubaan saja dipelopori oleh Singapura/Israel kecil di Asia dan akhirnya Amerika ke dalam dan inilah faktanya yang jelas.
NURLIYANA ABDULLAH
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.