Followers

Friday, November 27, 2015

Saman Khalid, Ismail Sabri kerana tiada pilihan – Nurul Izzah Adam Abu Bakar


4ppl

Tindakan tersebut diambil selepas dirinya dilemparkan dengan tuduhan dan fitnah yang sangat dahsyat ekoran pertemuannya dengan anak perempuan Sultan Sulu, Jacel Kiram.

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar tidak mempunyai pilihan lain tetapi mengambil tindakan undang-undang terhadap Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dan Menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menurutnya, tindakan tersebut diambil selepas dirinya dilemparkan dengan tuduhan dan fitnah yang sangat dahsyat ekoran pertemuannya dengan anak perempuan Sultan Sulu, Jacel Kiram.

“Saya ingin menjelaskan bahawa saya telah membuat permohonan maaf terutamanya kepada ahli keluarga dan mereka yang terlibat dalam pencerobohan pengganas Sultan Sulu di Lahad Datu.

“Saya tidak mempunyai sebarang pilihan lain selain mengambil tindakan undang-undang kerana saya dilemparkan dengan tuduhan yang sangat dahsyat,” katanya sewaktu ditemui pemberita di Parlimen pada Khamis.

Mengulas lanjut, Ahli Parlimen Lembah Pantai itu berkata, dia akan memberikan kenyataan kepada Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bukit Aman pada petang Jumaat.

Pada pagi Khamis, Nurul Izzah melalui peguamnya N. Surendran telah memfailkan saman di pejabat pendaftar Mahkamah Tinggi, Jalan Duta.

Dalam pernyataan tuntutannya, Nurul Izzah menyatakan bahawa kedua-dua individu berkenaan telah menuduhnya sebagai ‘pengkhianat’ dan melakukan ‘jenayah’ yang serius.

Peguamnya N. Surendran menyifatkan dakwaan terhadap Nurul Izzah dengan melabelkannya sebagai ‘pengkhianat’ hanya kerana memenuhi permintaan anak perempuan Sultan Sulu itu adalah karut.


FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.