Followers

Thursday, November 19, 2015

Raja-raja Melayu berhak atas Islam, bukan Jakim, kata pakar Perlembagaan

 Peranan menjaga hal ehwal Islam sepatutnya menjadi milik Raja-raja Melayu, kata pensyarah Universiti Selangor (Unisel) yang juga pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari. 

Peranan menjaga hal ehwal Islam sepatutnya menjadi milik Raja-raja Melayu, kata pensyarah Universiti Selangor (Unisel) yang juga pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari. 

Pakar Perlembagaan Dr Abdul Aziz Bari terus berdebat mengenai sejauh mana relevannya Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dengan menyangkal dakwaan Jabatan Perdana Menteri (JPM) adalah penjaga bagi agama Islam. 

Peranan itu sepatutnya menjadi milik Raja-raja Melayu, kata pensyarah Universiti Selangor (Unisel) itu memandangkan Perlembagaan Persekutuan menggariskan Raja-raja di setiap negeri mempunyai kuasa ke atas hal ehwal agama. 

"Bertindak balas terhadap kenyataan ketua pengarah Jakim, saya ingin mengatakan apabila Perlembagaan menyatakan (kuasa ke atas) Islam dimiliki Raja-raja dan negeri, jelas sekali, mereka yang harus mempertahankan (Islam)," katanya kepada The Malaysian Insider. 

"Raja-raja perlu diberi peluang terdahulu dan kerajaan persekutuan membantu, bukannya merampas kuasa dan sumber mereka. "Ada sesetengahnya, termasuk pemimpin kerajaan mendakwa Raja-raja tidak mampu melakukannya. Untuk berlaku adil kepada mereka, soalannya, adakah kita memberikan mereka peluang dan sokongan?" 

Aziz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Ketua Pengarah Jakim Datuk Othman Mustapha, yang menafikan agensi Islam peringkat persekutuan itu bertentangan dengan Perlembagaan, mengatakan Perlembagaan Persekutuan dengan jelas merujuk kepada JPM sebagai pihak yang mempertahankan Islam. Seterusnya, JPM mengamanahkan kepada Jakim tugas mempertahankan Islam dan menegakkan ia sebagai agama persekutuan, kata Othman. 

Bagaimanapun, Aziz berkata, beliau percaya kerajaan persekutuan mengambil peluang menggunakan Islam untuk kepentingan politik mereka sejak zaman perdana menteri pertama, Tunku Abdul Rahman. Aziz berkata, 

Tunku menubuhkan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama, dan juga memulakan amalan memberi ucapan Hari Raya di peringkat nasional. 

Zar Ali's photo.

"Mungkin terdapat beberapa kebenaran dalam dakwaan yang Raja-raja tidak mempunyai kapasiti moral untuk melakukan kerja agama tetapi ini boleh diperdebatkan. "Sekarang isu ini menjadi perdebatan, mari kita perhalusi dengan mendalam situasi sebenarnya. Raja-raja perlu bersuara. 

"Atau sekurang-kurangnya Majlis Raja-raja, melalui penjaganya. Rakyat, khususnya pembayar cukai yang menanggung kosnya, berhak untuk tahu," kata Aziz. 

Perdebatan sama ada Jakim masih relevan timbul apabila Tawfik Ismail, anak kepada timbalan perdana menteri kedua Tun Dr Ismail Abdul Rahman berkata, agensi itu perlu dihapuskan kerana umat Islam di negara ini tidak memerlukan kerajaan untuk menentukan bagaimana mereka harus mengamalkan kepercayaan mereka. Katanya, peranan Jakim turut bertindih dengan kementerian lain yang turut menjalankan beberapa fungsinya. Sebagai tindak balas, 

Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Senator Datuk Asyraf Wajdi Dusuki berkata, Jakim menjadi lebih relevan hari ini kerana ia terlibat dalam urus Syiah dan Islam liberal serta ancaman daripada pihak pelampau seperti kumpulan militan Negara Islam Iraq dan Syria (Isis). 



Posted & copy by RAKYAT MARHAEN.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.